Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis AGM PGPI 2014

Situasi Teks
AGM Sirih berlipat sirih pinang,
dimulakan. Sirih dari negeri Perlis
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah membuka majlis.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam AGM


2014!
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan atau
Annual Grand Meeting (AGM) Persatuan Guru Pelatih Islam
(PGPI) IPG Kampus Raja Melewar tahun 2014 bersamaan
1435H pada malam ini.

Bagi pihak jawatankuasa majlis, saya dengan sukacitanya


mengalu-alukan kehadiran tuan puan, dan saudara saudari
ke Balai Islam IPG Kampus Raja Melewar, Seremban ini.
Semoga kehadiran anda semua dapat menambahkan
keserian serta memeriahkan lagi majlis ini.

Kata alu- Yang berbahagia, Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah
aluan IPG Kampus Raja Melewar,
Yang dihormati Puan Hasnah binti Haji Ahmad, Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Raja Melewar,

Yang berusaha Ustaz Mohd Fauzan bin Abd. Wahid, Ketua


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,

Yang mulia, Ustazah Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil,


Pensyarah Penasihat Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI)
IPG Kampus Raja Melewar,

Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit,


pensyarah cemerlang,pensyarah kanan, pensyarah-
pensyarah, staf-staf sokongan,

Yang Dipertua PGPI IPG Kampus Raja Melewar sesi


2013/2014 saudara Faruk Amirul bin Abd Rahman,

Jawatankuasa PGPI IPG Kampus Raja Melewar sesi


2013/2014 serta rakan-rakan pelajar dan hadirin yang
dihormati sekalian.

Sarung Ketupat Berisi Inti


Dibawa Budak Sambil Berlari
Kehadiran Semua Sangat Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri.
Bacaan doa Meraut Kunai Daun Merimbun,

Manis Cermai Pekat Berlikat,

Tangan Ditadah Doa Dipohon,

Semoga Majlis Mendapat Berkat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan


saudara Mohd Amin bin Ishak untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd


Amin atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa
itu tadi, majlis kita pada malam ini, sentiasa berada di bawah
lembayung rahmat-Nya.
Persembahan Seterusnya, sebelum kita beralih ke agenda mesyuarat,
marilah sama-sama kita nikmati alunan merdu qasidah dan
Qasidah al-
selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w melalui persembahan
Muallim yang akan didendangkan oleh kumpulan qasidah yang tidak
asing lagi iaitu al-Muallim.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan al-Muallim atas


alunan qasidah yang didendangkan sebentar tadi.
Ucapan YDP Sebagai pembuka persada ucapan, majlis diteruskan dengan
ucapan oleh Yang Dipertua PGPI IPG Kampus Raja Melewar
PGPI sesi
sesi 2013/2014. Dengan ini, majlis dengan hormatnya
2013/2014 mempersilakan saudara Faruk Amirul bin Abd Rahman untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara


Faruk Amirul bin Abd Rahman, Yang Dipertua PGPI sesi
2013/2014 atas ucapan yang disampaikan tadi.
Tayangan Sekarang, mari kita alihkan perhatian kita kepada layar putih
yang telah disediakan di hadapan untuk tayangan video yang
video
telah disediakan oleh pihak penganjur. Saksikan.
Pembentanga Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan
n Laporan setiausaha agung PGPI IPG Kampus Raja Melewar sesi
Aktiviti PGPI 2013/2014 saudari Maisarah binti Alloha
2013/2014 untuk membentangkan laporan aktiviti PGPI bagi sesi
2013/2014. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari


Maisarah binti Alloha, setiausaha agung PGPI IPG Kampus
Raja Melewar atas pembentangan laporan aktiviti PGPI bagi
sesi 2013/2014.

Pembentanga Bagi meneruskan majlis, majlis dengan hormatnya


n Laporan mempersilakan pula bendahari agung PGPI IPG Kampus
Kewangan Raja Melewar sesi 2013/2014
PGPI Saudari Aziathul Azreema binti Jaas untuk membentangkan
2013/2014 laporan kewangan PGPI bagi sesi 2013/2014.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari


Aziathul Azreema binti Jaas bendahari agung PGPI IPG
Kampus Raja Melewar atas pembentangan laporan
kewangan PGPI bagi sesi 2013/2014.
Ucapan Pemimpin dan kepimpinan adalah dua perkara yang
Penasihat membawa makna yang cukup dalam kehidupan kita. Sesiapa
PGPI, sahaja yang bergelar pemimpin, pasti akan menggalas
pembubaran tanggungjawab dan amanah yang cukup berat untuk
AJK PGPI dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
2013/2014, Pemimpin bersilih ganti, namun matlamat dan perkara yang
dan ingin direalisasikan tetap akan kekal sama dan tidak berubah.
pelantikan Pemimpin yang lama disanjungi, pemimpin yang baharu
AJK PGPI dinanti-nanti.
2014/2015
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Pensyarah Penasihat Persatuan Guru Pelatih Islam IPG
Kampus Raja Melewar, Yang mulia Ustazah Tengku Nor
Husna binti Tengku Jamil untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya membubarkan AJK PGPI sesi 2013/2014 dan
memengisytiharkan tampuk kepimpinan yang baharu PGPI
IPG Kampus Raja Melewar bagi sesi 2014/2015. Majlis
mempersilakan.
Upacara Ribuan terima kasih kepada Ustazah Tengku Nor Husna atas
angkat ucapan itu tadi.
sumpah
Kita sudahpun mengetahui dan mengenali pemimpin baharu
kita. Seterusnya adalah bacaan ikrar.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan saudara
Mohd Dzulkarnain bin Mohd Jefri
Yang Dipertua PGPI IPG Kampus Raja Melewar sesi
2014/2015 serta barisan kepimpinannya untuk melafazkan
bacaan ikrar angkat sumpah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas upacara angkat sumpah yang


dilakukan sebentar tadi.

Semoga dengan bacaan ikrar angkat sumpah itu tadi


dijadikan sebagai pembakar semangat dan pegangan azimat
oleh tampuk kepimpinan yang baharu dilantik dalam
melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Ucapan Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan Ustaz
Ketua JAPIM Mohd Fauzan bin Abd. Wahid, Ketua Jabatan Pengajian
Islam dan Moral untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Fauzan atas


ucapan yang disampaikan.
Ucapan Sebagai kemuncak Mesyuarat Agung Tahunan 2014 PGPI
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar, marilah sama-sama kita
IPG KRM menumpukan segenap perhatian kepada ucapan yang akan
disampaikan oleh Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah
IPG Kampus Raja Melewar. Majlis dengan takzimnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abu Bakar untuk


ucapan yang disampaikan.
Penyampaian Kuning Emas Masaknya Padi,
sijil Mawar Merah Dalam Jambangan,
penghargaan Terima Kasih Daun Keladi,
kepada AJK Budi Tuan Puan Jadi Kenangan.
PGPI sesi
2013/2014 Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada ahli-
ahli jawatankuasa PGPI sesi 2013/2014 yang telah
bersungguh-sungguh dan bekerja keras memikul amanah
serta menjalankan tanggungjawab demi mengukuhkan syiar
Islam di bumi IPG Kampus Raja Melewar ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Abu Bakar bin
Sahari, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar diiringi oleh
Ustaz Mohd Fauzan bin Abd. Wahid untuk menyampaikan
sijil penghargaan kepada wakil ahli jawatankuasa PGPI IPG
Kampus Raja Melewar sesi 2013/2014.

Dipersilakan saudara Faruk Amirul bin Abd Rahman sebagai


wakil ahli jawatankuasa PGPI IPG Kampus Raja Melewar
sesi 2013/2014 untuk menerima sijil penghargaan dan
cenderahati.

Penyampaian Seterusnya, dipersilakan Ustaz Mohd Fauzan bin Abd. Wahid


Cenderahati menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Abu Bakar bin
kepada VVIP Sahari sebagai tanda kenang-kenangan atas kesudian Tn. Hj.
menghadirkan diri ke majlis ini. Terima kasih Tn. Hj.

Majlis juga mempersilakan Ustaz Fauzan bin Abd. Wahid


untuk menerima cenderahati daripada pihak majlis yang
disampaikan oleh saudara Mohd Dzulkarnain bin Mohd Jefri.
Dipersilakan.
Penutup Maka dengan ini, berakhirlah sudah majlis mesyuarat agung
tahunan 2014 PGPI IPG Kampus Raja Melewar. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini sama ada secara lansung
ataupun tidak lansung. Saya bagi pihak majlis memohon
kemaafan sekiranya terdapat sebaran kepincangan dan
kekurangan sepanjang mengendalikan majlis ini. Insya Allah,
selepas selesai mengerjakan solat Isyak, hadirin hadirat
semua dijemput untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan. Sekian, assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai