Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS ANUGERAH PENGARAH 2014


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2015


MASA : 1100 PAGI – 1300 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN BESAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

CUE ANN
PENGUMUMAN  Di sini ada beberapa pengumuman.
UMUM  Sila matikan telefon bimbit anda atau menukarkannya ke dalam mode senyap.
 Mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan sepanjang majlis ini sedang berlangsung
kerana ia akan mengganggu konsentrasi majlis pada hari ini.
ELIN  Sama-sama berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan dan sekali lagi berdiri
semasa tetamu kehormat meninggalkan dewan.
 Mohon agar hadirin senyap ketika tetamu kehormat memberikan ucapan sebentar lagi.
 Pelajar dilarang untuk duduk di bahagian atas dewan bagi menghormati majlis pada kali ini.
 Penerima anugerah boleh menuntut sijil anda di unit peperiksaan bermula pada esok hari
pada waktu pejabat.

KERJASAMA DARIPADA WARGA DEWAN AMAT KAMI HARGAI DAN KAMI DAHULUKAN
DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH
MENGUMUMKAN Mengumumkan ketibaan,
KETIBAAN Yang Berbahagia,
Datin Naimah Binti Jaafar,
SHAKIR Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman,

Diringi
Ketua-ketua jabatan
Ketua-ketua Unit
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016

Masuk kedalam dewan

Semua hadirin mohon berdiri.


NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian,
NEGARAKU DAN Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu “Negaraku”, Lagu Negeri Kedah dan alunan nasyid asma
LAGU NEGERI ul-husna. Dipersilakan.
KEDAH
SHAKIR Para hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia dan
Salam Kedah Aman makmur.

Sirih berlipat, sirih pinang ,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang ,
Awal bismillah pembuka bicara.

PROTOKOL Yang Berbahagia,


MAJLIS Datin Naimah Binti Jaafar,
Elin Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman,

Yang Berusaha,
Puan Norhayati binti Mohd Saad,
Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman,

Yang Berusaha,
Puan Hajah Natrah binti Shaari, menjalankan tugas setiausaha akademik Institut Pendidikan Guru
Kampus Darul Aman
Ketua-ketua Jabatan,
ketua-ketua unit ,
Pensyarah-pensyarah kanan,
Pensyarah pensyarah cemerlang,
para pensyarah,
Saudara Muhammad Amirul Syafiq Bin Mohd Yusuf
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016
Dan warga dewan sekalian.
Buat hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kami titipkan ucapan,
Selamat datang, Welcome, ahlan wasahlan ke Majlis Anugerah Pengarah 2015 IPGKDA
BACAAN DOA
Lebat Kemiri Pohonnya Rendah,
Dahan Terikat Tali Perkasa
SHAKIR Sepuluh Jari Kami Menadah
Mohon Berkat Yang Maha Esa
Warga dewan sekalian,
Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, kini majlis ingin mempersilakan saudara
.......................................................................................................pelajar...............................................
Bagi memimpin bacaan doa
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-amin yarabbal alamin.majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

KATA ALU- Alhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
ALUAN dapat kita dipertemukan dalam Majlis Anugerah Pengarah 2015 pada hari yang sungguh berbahagia
ini. Majlis Anugerah Pengarah 2015 ini diadakan bertujuan tidak lain tidak bukan adalah untuk
meraikan kejayaan dan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir Mei 2015. Dan untuk pengetahuan hadirin
ELIN sekalian, jumlah keseluruhan penerima anugerah kecemerlangan pada hari ini ialah seramai
88 orang yang merangkumi pelbagai kursus dan semester.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati
ELIN
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha, Puan Norhayati binti Mohd
Saad, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus Darulaman untuk membentangkan
Anugerah Pengarah peperiksaan Mei 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norhayati binti Mohd Saad atas ucapan itu tadi.
UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian,
PERASMIAN
Tidaklah molek alu, tanpa lesungnya
Tidak berguna dayung, tanpa perahunya,
Tidak berkat ilmu, tanpa amalnya,
Tidak lengkaplah majlis, tanpa ada yang menyempurnakannya.
SHAKIR
Untuk itu majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia, Datin Naimah Binti Jaafar
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Pengarah IPG KAMPUS DARULAMAN bagi sesi 2015. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah atas ucapan dan
penyempurnaan majlis itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba


ANUGERAH
PENGARAH MEI Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah pengarah kepada pelajar-
2013 pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir Mei 2015
Majlis akan dimulakan dengan penyampaian anugerah pengarah bagi Peperiksaan akhir Mei 2015
dan untuk makluman hadirin sekalian, pelajar-pelajar yang terpilih untuk menerima Anugerah
Pengarah bagi Peperiksaan akhir Mei 2015 ini adalah pelajar yang memperoleh keputusan purata
AIDIL mata gred 3.80 ke atas dan jumlah pelajar yang layak menerima Anugerah Pengarah bagi
ASLINA peperiksaan ini adalah seramai 88 pelajar.

Untuk itu, dengan segala hormatnya, majlis menjemput Puan Norhayati Binti Mohd Saad,
Ketua unit Peperiksaan dan Penilaian IPG Kampus Darulaman untuk mengiringi Yang berbahagia
Datin Naimah Binti Jaafar Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, untuk
menyampaikan Anugerah kepada pelajar yang cemerlang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pemberian Anugerah dimulakan dengan pelajar dari PPISMP ambilan Jun 2014
............

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Naimah Binti Jaafar , pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman atas kesudian utuk menyampaikan anugerah sebentar tadi.
PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
ASLINA Majlis mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua penerima Anugerah
Pengarah bagi tahun 2014. Semoga kejayaan dan kegemilangan ini dapat dikekalkan dan menjadi
pembakar semangat serta motivasi kepada semua pelajar IPG Kampus Darulaman yang lain untuk
lebih maju dan berjaya pada masa akan datang. Semoga dengan adanya penghargaan seperti ini
akan membuatkan kita semua bangkit dari tidur lena untuk bekerja lebih keras pada masa akan
datang bagi merealisasikan hasrat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi melahirkan guru
minda kelas pertama serta bertaraf dunia. Oleh itu, Dengan berakhirnya penyampaian anugerah
sebentar tadi, maka majlis memohon untuk melabuhkan tirainya.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur petah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain acara.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama berdiri bagi menyanyikan
lagu IPDA dan lagu IPGM
Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
Di kesempatan ini, Pihak majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir
dan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Anugerah Pengarah 2015
peringkat IPG Kampus Darulaman ini. Saya mewakili seluruh jawatankuasa majlis ini menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kekurangan semasa kami mengendalikan majlis
ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada pencipta, dan yang lemah itu merupakan
kelemahan kita sebagai hamba yang dicipta.

Sekian wabilahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam IPG.

BERSURAI Mengumumkan pergerakan keluar dewan Tuan Pengarah diiringi dan tetamu-tetamu kehormat
meninggalkan dewan.

Anda mungkin juga menyukai