Anda di halaman 1dari 9

MASA 11.

10 pg

CUE/ANN Perarakan masuk Tuan Pengarah dan VVIP

CATATAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail serta kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail yang dirai ke majlis.

11.15 pg

Negaraku Hadirin dijemput duduk

Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Duduk bersama satu tujuan Indah majlis gilang gemilang Mohon doa kupohon tuhan Semoga Majlis peroleh berkat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Bacaan doa 11.20 pg Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Protokol Majlis

Yang Berbahagia, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,

Yang diraikan : 1. En Zakaria Bin Mohd 2. Pn. Normah Binti Othman 3. Pn. Hamidah Binti Awang 4. Tn. Haji Ahmad Zahari Bin Omar 5. Pn. Hajah Siti Aishah Binti Mokhtar 6. Tn. Hj. M Shaipullah Bin Awang Ibrahim

Yang dihormati, saudara Muhammad Syauqi Bin Zamry, Yang di-Pertua Jawatankuasa perwakilan Pelajar.

Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah, delegasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013, seterusnya guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail sekalian.

Assalamualaikum w.b.t ,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Selamat Datang ke Majlis Persaraan Kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

11.30 pg

Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi dengan limpah kurniaNya kita semua dapat berkumpul di dalam Dewan al-Farabi ini bagi meraikan persaraan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Hadirin yang dimuliakan, Walaupun berat hati ini untuk melepaskan namun harus kita ingat setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Walaupun begitu jasa mereka tetap dikenang. Mereka telah menyumbang jasa dan komitmen yang padu dalam bidang kerja mereka bagi memastikan segala urusan di IPG Kampus Dato Razali Ismail berjalan dengan lancar dan merupakan jentera penggerak yang

telah banyak menyalurkan masa dan tenaga mereka untuk berbakti demi kecemerlangan IPG Kampus Dato Razali Ismail. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.

Ucapan Yang Dipertua Jawatankuasa Pelajar Warga dewan yang di rahmati sekalian,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Saudari Muhammad Syauqi Bin Zamri, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah diberikan sebentar tadi

Ucapan Pengarah

Hadirin-hadirat yang dikasihi, Seterusnya, majlis dengan penuh hormatnya menjemput En.Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

************************************************************************************************************* Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan pengarah memberikan ucapan sebentar tadi

12.30 tgh

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat, Kerang berjemur dengan lokan; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah kami kasihkan tuan.

Hadirin, majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan kakitangan IPGKDRI yang dirai:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

En Zakaria Bin Mohd Pn. Normah Binti Othman Pn. Hamidah Binti Awang Tn. Haji Ahmad Zahari Bin Omar Pn. Hajah siti Aishah Binti Mokhtar Tn. Hj. M Shaipullah Bin Awang Ibrahim

Terima Kasih di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

12.45 tgh

Penyampaian Hadiah dan Cenderamata Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa

Tanjung Katong airnya biru, Tempat mandi si dara jelita; Sama sekampung lagikan rindu, Inikan lagi jauh dimata

Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga IPG Kampus Dato Razali Ismail , Majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata kepada yang dirai. Justeru, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail diiringi saudara Muhammad Syauqi Bin Zamry, Yang di-Pertua Jawatankuasa perwakilan Pelajar untuk menyampaikan cenderamata. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului. dipersilakan: 1. En Zakaria Bin Mohd 2. Pn. Normah Binti Othman 3. Pn. Hamidah Binti Awang

Seterusnya, dipersilakan: 4. Tn. Haji Ahmad Zahari Bin Omar 5. Pn. Hajah siti Aishah Binti Mokhtar

Dan yang terakhir sekali, dijemput: 6. Tn. Hj. M Shaipullah Bin Awang Ibrahim

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, saudara yang di-pertua dan kakitangan yang

dirai. 12.50 tgh Persembahan Selingan Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh Saudari Freda Laleng Jok dan Saudara Patrick. Dipersilakan. Begitulah tadi lagu Lagenda dan Kenangan Terindah yang ditujukan kepada mereka yang dirai. Sesungguhnya mereka amat dekat di hati seluruh warga IPG Kampus Dato Razali Ismail. 1.10 tgh Majlis Bersurai Dengan berakhirnya persembahan istimewa tadi, maka majlis bakal melabuhkan tirainya. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 1. 2. 3. 4. 5. 6. En Zakaria Bin Mohd Pn. Normah Binti Othman Pn. Hamidah Binti Awang Tn. Haji Ahmad Zahari Bin Omar Pn. Hajah siti Aishah Binti Mokhtar Tn. Hj. M Shaipullah Bin Awang Ibrahim

yang telah bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kakitangan IPG Kampus Dato Razali Ismail yang dirai kerana telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sepanjang menjalankan tugas disini.

Harum baunya Si bunga cengkih Dibawa orang dari ambon Buang yang keruh ambil yang jernih Jari disusun maaf dipohon.

Bintang barat terbitan petang, Bintang timur terbitan pagi, Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi.

Kepada tuan pengarah dan kakitangan yang dirai serta pensyarah dan kakitangan, anda dijemput ke dataran ilmu untuk menikmati jamuan makan tengahari. Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang bersejarah ini.

Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mengumumkan.. tuan pengarah dan yang dirai untuk meninggalkan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai