Anda di halaman 1dari 8

ATURAN PENGUMUMAN CATATAN

Pembuka • Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk berada


Majlis
dalam keadaan tenang sepanjang majlis ini berlangsung.
• Mohon kerjasama daripada para hadirin untuk memastikan
telefon pintar anda dimatikan atau berada dalam keadaan
pengaturcaraan senyap.
• Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan, hadirin
dimohon untuk berdiri sehinggalah dipersilakan duduk.
Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima Kasih.
Pengumuman • Mengumumkan ketibaan;
ketibaan VVIP
• Yang Berbahagia prof Madya Dr. Mohd Asri bin Mohd Noor
Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi serta diiringi Dif-Dif
jemputan masuk ke perkarangan majlis.
• Sebelum majlis diteruskan, hadirin diminta berdiri untuk
menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman.
• Para hadirin sekalian dipersilakan duduk.
Pendahuluan • Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillahi Rabb Al-Alamin,
Wassolatu Wasala Mu ‘Ala ‘Asrofil, Anbiyaa E Walmursalin,
Wa’alaa aaalihi Wasohbihi Ajmaeen.
• Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari negeri Perlis
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah membuka majlis
• Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera, salam Malaysia madani dan salam upsi no 1
pendidikan.
• Y. Berbahagia Prof madya Dr. Mohd Asri bin Mohd Noor
Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
• Y, Berusaha Dr Khalizul bin Khalid
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti
pengurusan & ekonomi)
• Y. Berusaha Dr Jessnor Elmy binti Mat Jizat (Penasihat Majlis
Penghargaan dan Mesyuarat Agung Tahunan)
• Y.Dikasihi saudari Munirah Binti Zulkafli Yang Dipertua
Persatuan Pengurusan dan Ekonomi sidang 2022/2023
• Y.Dikasihi saudara Muhammad Syahmi bin Sulaiman selaku
pengarah program Majlis Penghargaan dan Mesyuarat Agung
Tahunan
• Seterusnya barisan penasihat persatuan pengurusan dan
ekonomi, Staf-staf Fakulti Pengurusan & Ekonomi, barisan ahli
jawatankuasa pelaksana serta hadirin dan hadirat yang dikasihi
dan diraikan sekalian.
• Selamat Datang ke, MAJLIS PENGHARGAAN DAN MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PPEFPE SIDANG 2022/2023
• Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Penghargaan dan Mesyuarat Agung
Tahunan Persatuan Pengurusan dan Ekonomi Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi sidang 2022/2023 pada pagi ini.
• Bagi pihak jawatankuasa majlis, saya dengan sukacitanya
mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis pada pagi ini.
Semoga kehadiran anda semua dapat menambahkan keserian
serta memeriahkan lagi majlis ini.
Bacaan Doa • Sidang hadirin sekalian,
• Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
• Bagi memberkati majlis ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan munajat kepada Allah semoga majlis ini
berjalan dengan sempurna hingga ke akhirnya.
• Dengan ini, dijemput;
Saudara WAN AIMAN FARHAN BIN WAN HARUN untuk
menitipkan doa dalam majlis yang penuh gilang-gemilang ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
• Amin-amin Ya Rabbal ‘Alamin
Terima kasih diucapkan kepada saudara WAN AIMAN FARHAN
BIN WAN HARUN di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Semoga dengan bacaan doa tersebut, majlis ini akan berjalan
dengan lancar
Ucapan YDP • Sudilah puteri jalan berlapan,
PPEFPE Sidang
Jalan berlapan di malam kelam,
22/23
Sudilah puteri beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
• Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dipertua Persatuan
Pengurusan & Ekonomi iaitu, saudari Munirah binti Zulkafli
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
• Terima kasih diucapkan kepada saudari Munirah binti Zulkafli,
di atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan para • Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada
penasihat
penasihat persatuan pengurusan dan ekonomi. Dengan ini
PPEFPE
majlis mempersilakan Dr Jessnor Elmy binti Mat Jizat selaku
Penasihat persatuan dan merangkap penasihat Majlis
Penghargaan dan Mesyuarat Agung Tahunan untuk
memberikan sepatah dua kata. Majlis dengan ini
mempersilakan.
• Terima kasih diucapkan kepada Dr Jessnor Elmy binti Mat Jizat
diatas ucapan sebentar tadi.
Ucapan aluan • Emas tempawan buatmu puteri,
TDHEPA FPE
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
• majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Dr
Khalizul bin Khalid, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar &
Alumni, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bagi menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
• Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Khalizul bin
Khalid atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Dekan • Terbang di awan burung jentayu,
FPE
Kerana penat gugur ke bumi,
Tampil lah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
• Kini, majlis mengalu-alukan dekan fakulti pengurusan &
ekonomi Y. Berbahagia Prof madya Dr. Mohd Asri bin Mohd
Noor untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya
merasmikan majlis Majlis Penghargaan dan Mesyuarat Agung
Tahunan PPEFPE Sidang 2022/2023. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.
• Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Prof
madya Dr. Mohd Asri bin Mohd Noor di atas ucapan perasmian
beliau sebentar tadi.
Majlis • Hadirin sekalian,
penghargaan
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara
barisan
PPEFPE Sidang penghargaan kepada Barisan Kepimpinan PPEFPE Sidang
2022/2023
2022/2023.
• Bagi menyempurnakan acara, Majlis menjemput dan
mempersilakan Prof madya Dr. Mohd Asri bin Mohd Noor
diiringi Dr Khalizul bin Khalid serta Dr Jessnor Elmy binti Mat
Jizat untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada seluruh
barisan kepimpinan PPEFPE Sidang 2022/2023.
• Majlis dengan ini dimulakan dengan (tengok slaid and then
sebut nama dan jawatan dia sampai selesai semua)
• Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof madya Dr.
Mohd Asri bin Mohd Noor di atas penyampaian sijil
penghargaan sebentar tadi.
Perbentangan • Seterusnya ialah slot pembentangan daripada Exco Kebajikan &
daripada Exco
Kerohanian. Dengan ini saya menjemput wakil dari Exco
kebajikan &
kerohanian Kebajikan & Kerohanian untuk meneruskan sesi
pembentangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
• Terima kasih kepada Exco Kebajikan & Kerohanian untuk
pembentangan sebentar tadi.
Perbentangan • Seterusnya ialah slot perbentangan laporan kewangan
dari Bendahari
daripada Bendahari Persatuan Pengurusan dan Ekonomi
PPEFPE
Dengan ini saya menjemput saudara nara dan saudari hidayah
untuk meneruskan sesi pembentangan laporan kewangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
• Terima kasih diucapkan kepada saudara Nara dan saudari
Hidayah selaku bendahari dan timbalan bendahari persatuan
pengurusan dan ekonomi atas pembentangan laporan
kewangan persatuan sebentar tadi.
Pembentangan • Seterusnya ialah slot perbentangan laporan aktiviti oleh
laporan aktiviti
Setiausaha persatuan pengurusan dan ekonomi. Dengan ini
oleh SU
Persatuan saya menjemput saudari Wan Alia dan saudari Fong Qiao Qi
untuk meneruskan sesi pembentangan laporan aktiviti
persatuan sepanjang sidang 2022/2023 ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
• Terima kasih kepada saudari Wan Alia dan saudari Fong Qiao Qi
atas pembentangan laporan aktiviti persatuan sebentar tadi.
Sesi cabutan • Sebelum kita ke sesi makan dan persembahan, kita akan ada
bertuah
sesi cabutan bertuah. Jadi dijemput Dr Khalizul bin Khalid
untuk mencabut 6 nombor cabutan bertuah. Diminta semua
ambil perhatian dan bersedia manalah tahu nombor anda yang
terpilih. (kemudian sebut nombor sehingga selesai)
• Terima kasih diucapkan kepada Dr Khalizul bin Khalid di atas
cabutan bertuah sebentar tadi dan tahniah kepada yang
bertuah pada hari ini.
Persembahan • Hadirin sekalian anda dijemput untuk menikmati hidangan
dan makan
yang telah disediakan. Disamping anda semua menikmati
hidangan marilah kita menyaksikan persembahan dari barisan
unit dan exco persatuan pengurusan dan ekonomi. Dimulakan
dengan persembahan dari unit pengurusan dan perniagaan
dan exco media dan publisiti kemudian diikuti dengan
persembahan dari exco akademik dan kerjaya serta exco
kebajikan dan kerohanian. Tanpa membuang masa marilah kita
sama-sama saksikan.
• Terima kasih di atas persembahan yang sungguh mencuit hati
oleh wakil dari setiap unit dan exco sebentar tadi.
Pengumuman • Hadirin Sekalian,
ahli Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman
jawatankuasa
ahli jawatankuasa Persatuan Pengurusan dan Ekonomi Fakulti
baru
Pengurusan dan Ekonomi sidang 2023/2024.
• Dimulakan dengan (sebut jawatan dan nama sehingga selesai)
• Tahniah diucapkan buat para pelajar yang berjaya menjadi ahli
jawatankuasa PPEFPE Sidang 2023/2024. Semoga yang telah
terpilih mampu melaksanakan tugas dengan Amanah dan
bertanggungjawab serta mampu menaikkan dan memajukan
nama persatuan pada masa akan datang.
Ucapan YDP • Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
PPEFPE Sidang
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
23/24
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika YDP baru tidak berbicara.
• Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dipertua Persatuan
Pengurusan & Ekonomi sidang 2023/2024 iaitu, (sebut nama
penuh dia) untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
• Terima kasih diucapkan kepada (sebut nama penuh dia), di atas
ucapan sebentar tadi.
Tayangan • Sekarang, mari kita alihkan perhatian kita kepada layar putih
video montaj
yang telah disediakan di hadapan untuk tayangan video yang
telah disediakan oleh pihak penganjur. Saksikan.
• Jutaan terima kasih kepada exco media dan publisiti atas
penghasilan video montaj yang menarik.
Sesi cabutan • Hidangan sudah dijamu, Makanan sudah dijamah, Kini, tibalah
bertuah
masanya untuk agenda kita iaitu Acara Cabutan Bertuah.
Baiklah, bagi cabutan bertuah sesi kedua ini, saya ingin
menjemput prof madya dr mohd asri bin mohd noor untuk
mencabut 6 nombor. Majlis dengan ini mempersilakan. Mari
kita lihat siapa yang bertuah (sebut nombor sehingga selesai)
• Terima kasih diucapkan kepada prof madya dr mohd asri bin
mohd noor di atas cabutan bertuah sebentar tadi dan tahniah
diucapkan kepada para pemenang yang bertuah.
Persembahan • Kini majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari exco
PPEFPE. Persembahan kali ini akan dimulakan dengan exco
ekonomi dan keusahawanan serta exco kesenian dan
kebudayaan, diikuti exco sukan dan rekreasi dan exco tugas-
tugas khas. Tanpa membuang masa majlis mempersilakan.
• Terima kasih di atas persembahan yang sungguh menarik dan
menghiburkan oleh wakil dari setiap wakil exco sebentar tadi.
sesi king and • Sesi cabutan bertuah sudah, sesi persembahan pun sudah, sesi
queen of the
makan-makan pun sudah. Sekarang tibalah masanya untuk kita
day.
nak tahu siapa king and queen of the day pada petang ini.
Sebelum kami mengumumkan King and Queen of The Day,
saya ingin menjemput Prof madya Dr. Mohd Asri bin Mohd
Noor diiringi Dr Khalizul bin Khalid serta Dr Jessnor Elmy binti
Mat Jizat untuk menyampaikan hadiah kepada King and Queen
of the day. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
• Baiklah rasa-rasa siapa king of the day kita (tanya audience)
• Baiklah king of the day jatuh kepada (sebut nama)
• Baiklah king kita dah tahu siapa jadi siapakah gadis yang
bertuah untuk menjadi queen of the day pada petang ini.
• Baiklah queen of the day AGM PPEFPE 22/23 jatuh kepada
(sebut nama)
• Tahniah diucapkan kepada King and Queen of the Day kita
pada petang ini.
• Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof madya Dr.
Mohd Asri bin Mohd Noor, Dr Khalizul serta Dr Jessnor di atas
kesudian menyampaikan hadiah pada king and queen of the
day sebentar tadi.
Sesi • Hadirin dan hadirat yang dihormarti sekalian,
bergambar
Kini kita sudah tiba di pengakhiran majlis. Oleh yang demikian,
kami selaku wakil pihak urus setia dan penganjur MAJLIS
PENGHARGAAN DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN PENGURUSAN DAN EKONOMI SIDANG 2022/2023
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada dif-dif jemputan diatas kesudian hadir bagi
menyerikan lagi majlis pada petang ini.
• Sebelum saya menutup majlis, jutaan tahniah kepada semua
kru-kru dan ahli-ahli jawatan kuasa yang telah berpenat lelah
dalam menyiapkan serta memastikan majlis berjalan dengan
lancar.
• Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
• Saya Nurul Syazreen Izzati binti Hassan dan ...............
memohon maaf sekiranya tersilap tutur kata sepanjang
mengendalikan majlis ini. Kami meminta izin untuk mengundur
diri. Semoga kita bersua lagi di lain hari.
• Wabilahitaufik………...
• Perhatian kepada semua barisan kepimpinan persatuan,
selepas ini akan diadakan sesi bergambar bersama dif-dif
kehormat kita dan semua tetamu jemputan. Diminta semua
untuk datang berkumpul di depan.

Anda mungkin juga menyukai