Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PEMANTAPAN SAHSIAH JATI DIRI PEMIMPIN MUDA


SK PARIT PENGHULU

BIL CUE / TEKS PENGACARA


ATURCARA
1 Pengumuman Assalamualaikum W.B.T
Para hadirin diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi

2 Ucapan Bismillah…..
pembukaan dan Assalamualaikum wbt DAN Salam sejahtera,
alu-aluan
Yang berusaha Pengurus stesen MARDI Bagan Datuk
Tn Hj Ahmad Bin Ngalim
Barisan penceramah, fasilitator, seterusnya para peserta kursus sekalian.

3 Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis penutup
Kursus Penanaman Kelapa (MOA)
MARDI Bagan Datuk

4 Ucapan jemput Sidang hadirin sekalian


pembaca doa
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini,
majlis dengan sukacitanya menjemput
En. xxx
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

5 Ucapan terima Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


kasih kepada
pembaca doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Xxx atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
6 Ucapan Untuk makluman hadirin sekalian,
pengenalan
program kursus Penanaman kelapa ini merupakan kursus dibawah tajaan
kementerian pertanian dan industri asas tani (MOA) dengan kerjasama
institut penyelidikkan dan kemajuan pertanian malaysia (MARDI).

Kursus ini melibatkan para usahawan, golongan penyelidik dan juga wakil
agensi kerajaan bagi tujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
pendedahan yang menyeluruh berkenaan aspek penanaman kelapa dan
juga industri kelapa di Malaysia secara am nya.

7 Ucapan wakil Hadirin yang dihormati sekalian,


peserta
Seterusnya saya menjemput En. Xxx untuk menyampaikan ucapan beliau
selaku wakil daripada peserta kursus.

majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. xxx atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

1
8 Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,
Perasmian
Penutup Seterusnya, Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Tn Hj Ahmad Bin Ngalim


Pengurus stesen MARDI Bagan Datuk

Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup


Kursus Penanaman Kelapa (MOA)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Tn Hj Ahmad atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

9 Penyampaian sijil Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada para peserta kursus
Penanaman Kelapa (MOA).

Dengan itu, majlis mempersilakan Tn Hj Ahmad Bin Ngalim bagi


menyampaikan sijil kepada peserta.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Ahmad Bin Ngalim atas kesudian


menyampaikan sijil itu tadi.

10 Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Kita telah pun sampai ke penghujung majlis.

Saya mewakili pihak penganjur, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus penanaman
Kelapa yang berlansung sepanjang 3 hari ini.

Semoga ilmu yang dituntut akan beroleh manfaat kepada semua dan tiada
kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan terima kasih
yang tidak terhingga buat semua dalam menjayakan kursus kita pada kali
ini.

Di kesempatan ini juga, saya mewakili pihak urusetia MARDI ingin


memohon maaf andai ada salah dan silap atau pun kekurangan di
sepanjang penganjuran kursus ini. Kami doakan tuan-tuan dan puan-puan
selamat kembali ke destinasi masing-masing.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai