Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

JAMUAN TEH AMAL DIABETIS MALAYSIA CAWANGAN SUNGAI BULOH


BULAN OGOS 2017

Bil Cue/atucara Teks pengacara Slide/tindakan


1. Pengumuman Menarik perhatian tuan puan. Boleh diumum berulang
kali mengikut
Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis akan bermula kesesuaian.
sebentar lagi.

-Mohon perhatian tuan puan untuk memberi kerjasama


memperlahankan nada dering telefon bimbit atau letakkannya di
dalam mod senyap atau getaran semasa majlis sedang berlangsung.

-Tuan puan diminta untuk mendaftar kehadiran bagi melayakkan


dalam acara cabutan bertuah.

- Diminta para peserta hormat menghormati di antara satu sama lain


dan memberi kerjasama agar majlis beroleh keberkatan dan berjalan
dengan lancar.

- Diminta para peserta untuk berdiri bagi menghormati ketibaan


tetamu-tetamu kehormat kita

- Jamuan pada petang ini disediakan secara buffet. Diharap tuan


puan dapat berbaris dengan tertib semasa mengambil makanan dan
minuman untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.

- Kita juga ada menjemput anak-anak yatim untuk diraikan pada majlis
ini daripada Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras. Semoga usaha kita
mendapat hidayah dari Allah swt.

Terima kasih.

2. 3.00pm Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan dif-dif jemputan yang


Ketibaan tetamu diraikan.
kehormat
Yang Berhormat
Ucapan 1.______________________________________________________
pembukaan & 2.______________________________________________________
Kata Alu-aluan 3.______________________________________________________
4.______________________________________________________
Perhatian
5.______________________________________________________
Protokol Majlis Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
(kata alu-aluan)
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke


Jamuan Teh Amal Diabetis Malaysia Cawangan Sungai Buloh.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis


yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan
sempena memenuhi objektif persatuan iaitu mengumpul dana,
mempromosi aktiviti persatuan dan mengeratkan silaturrahim sesama
kita.

Saya, Nor Nadia Binti Ali Jinah, telah diberikan mandat untuk
mengendalikan majlis sepetang berdendang sayang dengan anda
semua. Sambil bersantai dengan juadah yang disediakan, marilah kita
Bacaan Doa menghayati pertunjukan peragaan batik warisan budaya melayu yang
kita sayangi. Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Itulah
sebabnya Diabetis Malaysia Sungai Buloh membawa kraftangan
Malaysia ke daerah ini supaya dapat kita hayati bersama-sama.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh: _________________________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada _______________________________________________
atas bacaan doa itu tadi.
3. Ucapan Majlis diteruskan dengan menjemput yang Yang Berhormat Dato Hjh
pembukaan & Rahimah bte Dato Hj Ahmad, Pengerusi Persatuan Diabetis Malaysia
alu-aluan dan Setiausaha Agung Diabetis Malaysia untuk menyampaikan
Pengerusi ucapan alu-aluan pada petang yang mulia ini. Dipersilakan.

4.
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Negaraku.

Alhamdulillah dan syukur kita ke hadrat yang maha esa kerana


dengan izin-Nya dapat kita diberikan ruang dan masa untuk
berkumpul sekali lagi di dalam majlis perhimpunan bulanan.

Pada kali ini, dua bahagian bergabung tenaga bagi menjayakan


perhimpunan ini iaitu:
Bahagian Pengurusan dan
Bahagian Penyelidikan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
5. Ucapan jemput Terbang turun dekat-dekat, En. Md Firdaus bin Md
pembaca doa Si cenderawasih sama cencala, Yusoff
Doa dimohon mengharap berkat,
Moga majlis tidak tercela
Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, saya dengan
sukacitanya menjemput Encik Md Firdaus bin Md Yusoff untuk
bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan.
6. Bacaan doa Slaid doa
7. Ucapan terima Amin, majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Md
kasih kepada Firdaus bin Md Yusoff di atas bacaan doa sebentar tadi.
pembaca doa
8. Nyanyian Lagu Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Slaid lagu:
Selangor dan Lagu Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia 1. Negaraku
2. Selangor
3. Korporat KKM
9. Bacaan ikrar Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh Slaid ikrar
Puan Suhana binti Jawahir. Dengan ini majlis mempersilakan. Pn. Suhana
10. Ucapan jemput Terima kasih diucapkan kepada Puan Suhana atas pimpinan ikrar
pembaca berita sebentar tadi. Bagi meneruskan majlis perhimpunan bulanan Institut
Penyelidikan Sistem Kesihatan, pastinya tidak akan lengkap tanpa
berita-berita perkembangan semasa dari bahagian-bahagian IPSK.
11. Berita semasa Untuk makluman tuan puan, IPSK telah menganjurkan beberapa Slide aktiviti-aktiviti
program besar iaitu Lawatan Delegasi dari Thailand dan Hong Kong ditayangkan
serta Majlis Hari Raya Peringkat Jabatan IPSK sepanjang bulan Julai
2017.

Untuk pengetahuan tuan puan juga, terdapat 2 orang pegawai kita


yang akan bertukar keluar daripada IPSK iaitu Puan Azni Mazhana
binti Abdul Manab dan Dr. Jayan Gnanapandythan. Semoga maju
jaya diucapkan kepada kedua-duanya di penempatan baru.

Pihak IPSK dengan sukacitanya mengucapkan Tahniah kepada Dr.


Mohd Ridzwan telah diwartakan sebagai Pakar Kesihatan Awam.

Di samping itu, kita juga telah menerima 3 orang pegawai sambilan


baru yang akan berkhidmat di bawah seliaan Projek Dr Fun Weng
Hong iaitu:
- En Nicholas Wong Jun Ren
- Cik Vivien Eow Han Ying
- Cik Lim Wei Lin

Selamat Datang ke IPSK!

12. Ucapan jemput Tidaklah lengkap nasi tanpa kuahnya,


pengarah untuk Tidaklah kemilau tanpa dengan permatanya,
ucaptama Tidaklah tuntas majlis dengan ucapannya,

Justeru, saya dengan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia


Datin Dr. Siti Haniza binti Mahmud, Pengarah Institut Penyelidikan
Sistem Kesihatan untuk menitipkan ucaptama bagi menyempurnakan
majlis perhimpuan bulanan bagi bulan Ogos 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


13. Ucaptama Slaid

14. Ucapan terima Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
kasih kepada Datin Dr. Siti Haniza binti Mahmud di atas ucaptama yang telah
pengarah disampaikan tadi.

Semoga amanat tersebut dapat dijadikan panduan, pedoman dan


pendorong dalam melaksanakan tugas seharian
15. Untuk makluman hadirin sekalian, bulan Ogos adalah bulan Slaid
kemerdekaan di Negara ini. Dengan bertemakan Negaraku Sehati
Sejiwa. Tema Hari Kebangsaan tahun 2017 ini adalah bagi
menunjukkan bahawa, betapa pentingnya rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama, saling memahami dan hormat
menghormati, serta bersatu padu untuk menentukan masa depan
Negara, agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.
16. Video Bagi meneruskan acara majlis, kami telah menyediakan tayangan Slide nyanyian
video untuk tatapan semua. Marilah sama-sama kita menghayati
seterusnya menyanyi bersama-sama.
17. Sesi Pop kuiz Kini adalah masa yang ditunggu-tunggu, kita beralih kepada segmen En Zaidan
Kuiz Negaraku yang akan dikendalikan oleh Encik Zaidan. Dengan ini
majlis mempersilakan
18. Acara pop kuiz
dijalankan
19. Penutup Hadirin sekalian, dengan ini tugasan kami berakhir di sini

Saya Aini Kamilah binti Ahmad Saupi selaku pengacara majlis bagi
perhimpunan bulanan kali ini mewakili Bahagian Pengurusan dan
Saya Sister Megalah a/p Soomoo mewakili Bahagian Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada hadirin yang telah meluangkan masa dan sudi memeriahkan
perhimpunan bulanan ini.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat


sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Salam Merdeka 1 Malaysia dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai