Anda di halaman 1dari 5

ATURCARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGAWAS

SEKOLAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PERCUBAAN


SMK SUNGAI LEMBING
BAGI TAHUN 2014
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ucapan Aluan Pengacara Majlis


Nyanyian Lagu
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Pengawas
Ucapan Pengetua
Pelantikan pengawas percubaan
Serah tugas ajk tertinggi kepada ajk baru disaksikan oleh Pengetua
Bersurai

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS


PENGAWAS SEKOLAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS
PERCUBAAN SMK SUNGAI LEMBING
BAGI TAHUN 2014
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala
umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Dari Johor hendak ke Kuantan,
Singgah di Pekan membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.
Yang Berusaha, Encik Hamzah b K. Mohamed, Tuan Pengetua
Encik Mohamad Nasir b Abd Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran
Cik Norjanah bt Suhadi , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Mohd Azmi b Nor, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan,
Guru-guru,
barisan Pengawas ,
serta para pelajar SMK Sungai Lembing
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Serah Tugas AJK
Tertinggi Badan Pengawas dan Pelantikan Pengawas Percubaan SMK
Sungai Lembing bagi sesi 2014.
Kita mulakan majlis kita pada pagi ini dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu
lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu sekolah. Diminta para hadirin
bersedia dan menyanyikan dengan penuh semangat.
Hadirin dipersilakan duduk.

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN


AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan
segala hormatnya ,mempersilakan Saudara Mohd Zulfikri b Mohd Nasir
untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul
izzati.
Untuk makluman hadirin, Majlis ini diadakan bagi memberi laluan kepada para
pemimpin pelajar Tingkatan 5 dan pengawas-pengawas Tingkatan 3 yang
sedang rancak membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM dan PT3
mereka. Ini bermakna, dengan sesi penyerahan tugas, barisan pengawas
tingkatan 5 dan tingkatan 3 dikecualikan daripada menjalankan tugas mereka
sebagai pemimpin pelajar bagi sesi persekolahan pada penggal ini. Majlis ini
juga akan mengumumkan senarai pengawas percubaan bagi tujuan pelantikan
sebagai pengawas sekolah pada tahun hadapan.
Bagi memberi peluang dan penghormatan kepada ajk tertinggi badan pengawas
sesi 2014, Majlis menjemput Ketua Pengawas SMK Sungai Lembing sesi 2014
saudari Mardiana Izati bt Mokhtar bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Tidak sempurna kata tanpa bicara
Tiada sempurna bicara tanpa bahasa
Tiada sempurna perjalanan majlis kita
jikalau tiada ucapan dari Tuan Pengetua.
Majlis menjemput Tuan Pengetua En hamzah b K.Mohamed untuk
meyampaikan ucapan sempena Majlis Serah Tugas dan Pelantikan
Pengawas Percubaan ini. Segala hormatnya dipersilakan.
Ikan gelama si ikan Sengat
Berenang-renang di dalam tebat
Tuan laksana mutiara hikmat
Pemberi dorongan peniup semangat.

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput En Mohd Nasir b Abd Rahman


untuk mengiringi Tuan Pengetua, En Hamzah b K. Mhamed bagi menyerahkan
tanda nama kepada pengawas percubaan yang dilantik. Diharap pengawas
percubaan yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik sepanjang
tempoh percubaan. Semoga anda dapat memberi komitmen yang terbaik bagi
membantu meningkatkan disiplin sekolah.
Dengan ini, diumumkan barisan pengawas percubaan sesi 2014. Dipersilakan.
(senarai nama)
----------------Seterusnya,sebagai simbolik penyerahan tugas, ajk yang baru dilantik akan
menerima fail tugas daripada ajk tertinggi disaksikan oleh Tuan Pengetua.
Majlis mempersilakan barisan ajk tertinggi y ang baru menerima fail tugas
daripada ajk tertinggi sesi 2014.
Dengan ini, Dipersilakan saudara Mohd Rashidi Razali menerima fail Ketua
Pengawas daripada saudari Mardiana Izati sebagai tanda menerima tugas yang
diamanahkan. Dengan ini, saudara Mohd Rashidi mengetuai barisan pengawas
dan akan meneruskan tugas ketua pengawas bagi sesi 2014.
Seterusnya, saudari siti umairah menerima fail timbalan ketua pengawas
daripada saudara mukhlis alif b mahadi. Ini bererti siti umairah akan
menjalankan tugas sebagai timbalan pengawas bagi sesi 2014. Untuk makluman
hadirin, siti umairah dan mukhlis alif tidak dapat hadir di dalam majlis ini
kerana mewakili sekolah kita dalam pertandingan inovasi yang sedang
berlangsung di smk pelindung kuantan. Marilah bersama-sama kita mendoakan
kejayaan mereka di sana.
Dengan berakhirnya simbolik serah dan terima tugas itu tadi maka berakhirlah
Majlis Serah tugas ajk tertinggi badan pengawas dan pelantikan pengawas
percubaan bagi tahun 2014.
Semoga barisan pengawas tingkatan 5 dan 3 dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran masing-masing bagi mengahdapi peperiksaan pada
tahun ini bagi meningkatkan prestasi akademik seterusnya menaikkan nama
SMK Sungai Lembing. Bagi ajk tertinggi yang baru dan pengawas percubaan
yang dilantik, diharap anda dapat menjalankan tugas dan tanggunjawab yang
diamanahkan dengan dedikasi.

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pengetua, guru-guru


Penolong Kanan , guru-guru serta pelajar-pelajar sekalian atas kerjasama dan
sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi
Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hitaalawabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai