Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI

1 UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun menurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirohmanirohim….
Assalamualikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Yang berusaha En. Azmi b Abdul Raoh, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Chenein.

Yang berusaha..

2. En Mazlan b Yahaya, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK


Chenein
3. En Azri Azrul b Taharim, Guru Penolong Kanan HEM SK Chenein.
4. Ustaz Jamaluddin b Ahmad , Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum SK Chenein.

Yang diraikan..

1. En. Mohd Shukri b Mohamed Adam, Guru Penolong Kanan


HEM SK Manong merangkap mantan Guru Penolong Kanan
HEM SK Chenein.
2. En. Dzulhelmi b. Syukri, Mantan Juruteknik SK Chenein.

Seterusnya para guru, AKP dan murid-murid yang saya hormati


sekalian.

Selamat datang ke Majlis Perpisahan dan Pertukaran En. Mohd Shukri


b Mohamed Adam dan En. Dzulhilmi b Ahmad

Untuk makluman hadirin sekalian majlis ini adalah bertujuan untuk


memanifestasikan penghargaan kami warga Sekolah Kebangsaan
Chenein atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang
tempoh kalian yang diraikan berkhidmat disekolah ini.

1|
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI

Sarung ketupat berisi inti,


dibawa budak sambil berlari,
kehadiran yang dirai sangat dihargai,
moga majlis bertambah seri,
2 BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan..

Ustaz Ahmad Ridzauddin b Abdullah

Untuk membacakan doa , falya tafaddol masyku ra.

Amin..amin…ya rabbalalamin. Terima kasih ustaz atas kesudian


memimpin bacaan doa sebentar tadi.
3 UCAPAN GURU BESAR

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya dengan segala hormatnya mempersilakan En. Azmi


b Abdul Raoh, Guru Besar SK Chenein untuk menyampaikan ucapan.

………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Azmi atas untaian
kata sebentar tadi.

4 TAYANGAN VIDEO MONTAJ EN. MOHD SHUKRI B MOHAMED ADAM.

Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Tayangan Video Montaj khas untuk


tetamu yang diraikan iaitu En. Mohd Shukri b Mohamed Adam.

Marilah sama-sama kita menonton tayangan video tersebut.


2|
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI

5 UCAPAN EN. MOHD SHUKRI B MOHAMED ADAM

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tuan tidak berbicara
untuk itu majlis mempersilakan En. Mohd Shukri b Mohamed Adam
untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Shukri atas
ucapan itu tadi.

6 TAYANGAN VIDEO MONTAJ EN. DZULHELMI B SYUKRI

Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Tayangan Video Montaj khas untuk


tetamu yang diraikan iaitu En. Dzulhelmi b Syukri.

Marilah sama-sama kita menonton tayangan video tersebut.

7 UCAPAN EN. DZULHELMI B SYUKRI

Hadirin sekalian,

Marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada seorang lagi


tetamu yang kita raikan pada pagi ini iaitu En. Dzulhelmi b Syukri.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Dzulhelmi b


Syukri untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Dzulhelmi atas


ucapan itu tadi.

3|
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI

Malam hari berlagu unggas,


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budi kalian dalam ingatan,

Bukan senang menampi selasih,


Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah bercerai kasih,
Kerana kasih bercampur saying,

8 PERSEMBAHAN GURU

Hadirin sekalian,

Majlis kita dihangatkan lagi dengan persembahan oleh Guru-guru


lelaki SK Chenein yang bertajuk “Semua tentang Kita”.

Majlis mempersilakan guru-guru lelaki SK Chenein untuk


mempersembahkan persembahan mereka.

……………..

Begitulah tadi hebatnya persembahan daripada guru-guru lelaki SK


Chenein. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
9 PERSEMBAHAN MURID
Oleh: Adik Suhaila
Lagu: Amy Search. “Tiada Lagi”

Seterusnya majlis mempersilakan Adik Suhaila untuk menyanyikan


sebuah lagu bertajuk “ Tiada Lagi’.

…………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada adik Suhaila atas


persembahan itu tadi.

10 PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN HADIAH

4|
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI

11 JAMUAN DAN BERSURAI

5|

Anda mungkin juga menyukai