Anda di halaman 1dari 5

Guru merupakan prosfesien kerjaya yang mulia, tanpa guru seseorang itu tidak akan

berjaya di dalam mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Melalui sajak yang dihasilkan oleh
Sasterawan Negara terkenal Usman Awang, (1979) bertajuk Guru oh Guru antara baris yang
terdapat dalam sajak tersebut ada menyatakan jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, jika hari ini seorang presiden sebuah Negara, jika hari
ini seorang ulama yang mulia, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang
penulis terkemuka, jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa. Sejarahnya dimulakan oleh
seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. Petikan dari sajak tersebut
jelas mengambarkan betapa hebatnya kerjaya sebagai seorang guru yang dapat melahirkan
mereka-mereka yang berjaya walaupun guru tersebut sekadar seorang guru biasa. Dewasa ini
kerjaya sebagai seorang guru telah mula menjadi rebutan dikalangan generasi muda.
Perubahan yang dilakukan telah sedikit sebanyak meningkatkan persepsi orang ramai terhadap
kerjaya sebagai guru. Jika dulu kerjaya sebagai guru kurang diminati atau sering menjadi
kerjaya pilihan terakhir pada generasi muda. Jika dulu semua lepasan Institusi Perguruan pasti
akan dilantik menjadi sebagai guru, manakala situasi sekarang pula telah berubah dimana
hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan dilantik sebagai guru berdasarkan
kelulusan yang mereka perolehi. Ramai lepasan-lepasan Institusi Pendidikan Guru yang masih
tidak mendapat tempat untuk berkhidmat kerana ketiadaan kekosongan jawatan tersebut di
sekolah-sekolah.

Menurut Trotter, (1986) seorang guru akan berkembang mengikut beberapa peringkat
sebelum mereka menjadi Guru Pakar. Pelbagai cabaran dan langkah yang perlu dihadapi
sehingga mereka boleh menjadi seorang Guru Pakar. Terdapat lima peringkat perkembangan
guru iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan
peringkat pakar.

Pekembangan seorang guru itu bermula dengan peringkat novis. Pada peringkat novis,
seorang guru itu baru sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar di Institusi Pendidikan Guru.
Pada peringkat ini guru novis baru sahaja mula untuk mempelajari tentang selok belok untuk
menjadi seorang guru melalui teori-teori berkaitan pendidikan yang disampaikan oleh
pensyarah-pensyarah semasa kuliah. Kebiasaannya di peringkat ini bakal guru akan
mempelajari beberapa kemahiran asas seperti cara untuk mengendalikan pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas, pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-kanak,
falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan. Walaubagaimanapun pada
peringkat ini kefahaman guru novis tentang fungsi seorang guru masih belum lengkap banyak
perkara yang perlu dipelajari sepanjang tempoh pengajian di Institusi Pendidikan Guru.

Peringkat kedua pekembangan guru menurut Trotter (1986), ialah guru novis lanjutan.
Pada peringkat ini guru novis lanjutan telah mula memahami tugas-tugas sebagai seorang guru
yang sebenar selepas mengikuti kuliah-kuliah yang disampaikan oleh pensyarah sepanjang
tempoh tahun pengajian. Selain itu, guru novis lanjutan juga diberi peluang untuk melalui
pendedahan kepada situasi sebenar dengan menjalankan praktikum di sekolah-sekolah.
Melalui pengalaman menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah serta bimbingan dari guru-
guru mentor atau guru pembimbing sedikit sebanyak dapat membantu guru novis lanjutan untuk
menghadapi cabaran yang mendatang dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.
Kebiasaannya pihak sekolah akan membantu guru-guru novis lanjutan memperlengkapkan
kemahiran professional mereka dengan memberi peluang untuk membantu mengendalikan
sesuatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebagai guru novis lanjutan, mereka
perlu sentiasa peka serta memastikan diri mereka mengikuti perkembangan terkini tentang
pelbagai aspek seperti pengurusan maklumat murid, kemudahan teknologi maklumat dan
komunikasi, pusat sumber, maklumat berkaitan pengurusan serta takwim sekolah dan
sebagainya.

Peringkat ketiga perkembangan guru menurut Trotter (1986) ialah guru cekap. Pada
peringkat ini seorang guru itu baru saja dilantik sebagai sebagai seorang guru selepas
menamatkan pengajian di Institusi Pendidikan Guru. Seorang guru itu telah dikira berada pada
peringkat cekap sebaik sahaja menerima tawaran lantikan sebagai sebagai seorang guru. Pada
peringkat ini guru telah mula dapat menyesuaikan diri apabila ditempatkan di sekolah melalui
pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Pada peringkat ini kebiasaannya guru telah
menampakkan ciri-ciri sebagai seorang guru berwibawa. Peningkatan tempoh tahun berkhidmat
sedikit sebanyak telah memberikan pengetahuan baru tentang proses pengajaran dan
pembelajaran terkini serta memantapkan pengetahuan berkaitan peristilahan, prinsip dan
konsep-konsep yang berkiatan dengan kerjaya sebagai seorang guru. Pada penghujung
peringkat ini, guru telah mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah pengajaran
dan pemberlajaran selain berkemampuan untuk menyiasat masalah yang dihadapi.

Peringkat keempat perkembangan seorang guru ialah peringkat mahir. Pada peringkat
ini seorang guru boleh dikatakan telah mencapai tahap terbaik dalam kerjaya mereka sebagai
seorang guru. Hanya sebahagian kecil guru yang boleh diketegorikan telah mencapai pada
tahap ini. Kebiasaannya seorang guru mahir dapat mengenal pasti elemen-elemen yang
penting dalam sesuatu tugas selain mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi untuk
menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif dan tersendiri. Pada peringkat ini, guru
mahir juga telah mempunyai banyak pengalaman yang dapat membantu memahami situasi
serta boleh membuat keputusan berdasarkan situasi yang dihadapi. Selain itu, guru mahir juga
mempunyai gaya pengajaran yang tersendiri dalam menarik minat pelajar-pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya seorang guru mahir mempunyai
kebolehan untuk membimbing atau menjadi mentor kepada guru baru melalui pengalaman
serta kemahiran yang ada pada mereka.

Peringkat kelima perkembangan seorang guru ialah menjadi guru pakar. Pada peringkat
ini seorang guru tersebut dikatakan telah mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang di
dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Guru pakar juga sering
dijadikan rujukan serta role model kepada guru-guru lain di sekolah-sekolah. Guru pakar ini
biasanya juga dikenali sebagai Guru Cemerlang. Untuk diiktiraf sebagai seorang guru pakar
kebiasaan guru tersebut akan dinilai oleh Jemaah nazir melalui pemantauan sebelum mendapat
gelaran tersebut. Kebiasaannya apa yang dilakukan oleh seorang guru pakar sentiasa berjaya
berbanding dengan guru mahir yang kadang-kadang masih melakukan kesilapan. Idea dan
kemahiran yang ada pada guru pakar kebiasaannya boleh mempengaruhi polisi-polisi yang
berkiatan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru pakar biasanya
mempunyai pelbagai kaedah atau teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti
pengajaran mereka. Sebagai seorang guru pakar biasanya mereka haruslah mempunyai ciri-ciri
yang berkualiti seperti sahsiah terpuji, berketrampilan, berpegang teguh kepada etika perguruan
dan etika perkhidmatan awam. Selain itu sebagai guru pakar juga perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi
serta boleh menyampaikan idea dan maklumat dengan berkesan dalam pelbagai keadaan.

Dewasa ini kerjaya sebagai seorang guru telah mula mengalami tranformasi. Jika di era
tahun 80an dulu ramai guru-guru kurang mahir tentang penggunaan teknologi maklumat
berbanding guru diera abad ke 21. Perkembangan teknologi yang semakin pesat memerlukan
guru menguasai sedikit sebanyak tentang teknologi tersebut. Pelbagai perubahan dasar
pendidikan telah dilaksanakan serta diubah suai mengikut keperluan semasa. Untuk
memastikan sistem pendidikan Negara sentiasa seiring dengan keadaan semasa, satu Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Melalui pelan pembangunan yang dirancang kerajaan telah mengambil
keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard antarabangsa
yang semakin meningkat, peningkatan aspirasi Negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi
abad ke 21. Kerajaan telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi
mentransformasikan sistem pendidikan Negara. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada
sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan.

Antara 11 anjakan tersebut ialah pertama, menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Kedua, memastikan setiap murid profesien dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ketiga, melahirkan rakyat Malaysia dengan penhayatan
nilai. Keempat, tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Kelima, Memastikan
kepimpinan berprsetasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Keenam, mengupaya JPN, PPD
dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Ketujuh,
memanfaat ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Kelapan, Mentranformasi
kebolehupayaan dan kapasiti penyempaian kementerian. Kesembilan, bekerjasama dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Kesepuluh, memaksimum keberhasilan murid
bagi setiap ringgit. Kesebelas, meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara
langsung.
Untuk memastikan tranfomasi pendidikan ini dapat dilaksanakan, kementerian
pendidikan telah mengemukakan tiga gelombang pembaharuan dalam tranformasi pendidikan
yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun. Melalui gelombang satu bermula pada tahun
2013 hingga 2015, kerajaan berhasrat untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan
kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Perkara-perkara yang diberi
tumpuan dalam gelombang pertama ini antaranya ialah membimbing guru secara khusus bagi
meningkatkan standard guru. Meningkatkan standard bagi pengambilan guru baru.
Mengukuhkan kateria pemilihan untuk pemimpin sekolah. Merombak soalan peperiksaan
dengan tumpuan kepada peningkatan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS).
Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah di Malaysia. Memastikan sokongan daripada
PPD ditumpukan kepada sekolah berprestasi rendah. Meningkatkan enrolemen dan
penglibatan ibu bapa serta menawarkan pendidikan vokasional yang lebih baik. Mengukuhkan
pratikum dalam program vokasional melalui peningkatan kolaborasi dengan sector swasta.
Meletakkan pemimpinan terbaik untuk menerajui JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi
sistem penyampaian KPM. Melalui gelombang pertama ini antara keberhasilan utama yang
diberi tumpuan oleh KPM ialah 100% literasi murid dalam BI dan BM dan menguasai kemahiran
numerasi selepas 3 tahun. Peningkatan enrolemen prasekolah 92% sekolah rendah 98% dan
sekolah menengah rendah 95%. Melalui gelombang pertama ini juga kerajaan berhasrat untuk
mengurangkan 25% jurang Bandar dan luar Bandar. Pelaksanaan Pelan Tindakan PPPM ini
akan diteruskan dengan gelombang kedua yang akan bermula pada tahun 2016-2020 yang
akan memberi fokus kepada memacu peningkatan sistem pendidikan di Malaysia serta
gelombang ketiga yang akan bermula pada 2021-2025 yang memberi fokus untuk menganjak
ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri.

Pelaksanaan PPPM ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada guru-guru untuk
memastikan supaya sistem pendidikan di Malaysia semakin meningkat dan bertambah baik
selaras dengan perkembangan pendidikan di abad ke 21. Untuk memastikan PPPM ini dapat
dilaksanakan selaras dengan hasrat KPM guru-guru haruslah terlebih dahulu untuk melakukan
transformasi dalam semua aspek yang berkaitan dengan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai