Anda di halaman 1dari 4

Syair Nasihat Tingkatan 2

Syair Maksud Syair


Tamatlah kitab dikarang orang, Rangkap 1:
akalnya pendek ilmunya kurang, Penyair telah tamat mengarang kitab
daripada sangat hajatku gerang,
supaya dapat dijadikan SYAIR
diperbuat juga sebarang-barang .
NASIHAT

Melepaskan hati yang terbuku, Rangkap 2 :


pengajaran kepada sekalian anakku, Ayah berharap agar anaknya akan
mudah-mudahan betul tingkah dan
menjaga tingkah laku dan menjadi
laku, perangai yang baik biar terpaku.
insan yang berakhlak mulia.

Dengarkan tuan ayahanda berperi, Rangkap 3:


kepada anakanda muda bestari, Ayah menasihati anaknya agar tidak
nasihat kebajikan ayahanda beri,
bersikap malas.
amalkan jangan malas dan ngeri.

Ayuhai anakanda muda remaja, Rangkap 4 :


jika anakanda menjadi raja, Menurut ayahnya lagi, jika anaknya
hati yang betul hendaklah disahaja,
itu menjadi raja, dia hendaklah
serta rajin pada bekerja.
bertindak dengan betul dan rajin
bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas, Rangkap 5:


zahir dan batin janganlah culas, Ayah menasihati anaknya supaya
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
rajin berbuat kebajikan. Pada masa
seperti air di dalam gelas.
yang sama, hati perlulah ikhlas dan
bersih.

Menuntut ilmu janganlah segan, Rangkap 6 :


ilmu yang benar jangan yang bukan, Ayah menasihati anaknya supaya
iaitu ilmu yang kebajikan,
tidak malas untuk menuntut ilmu. Ilmu
di kitab ini sudah disebutkan.
yang drtuntut itu mestilah ilmu yang
betul seperti yang telah diperintahkan
oleh Allah SWT.

Hendaklah anakanda mengaji selalu, Rangkap 7:


dari yang lain lebihkan dulu, Ayah menasihati anaknya agar rajin
had syarak janganlah dilalu,
mengaji dan hal ini perlu diberi
tidaklah anakanda beroleh malu.
keutamaan daripada hal yang lain.
Hukum syarak pula tidak boleh
Syair Nasihat Tingkatan 2
dilanggar kerana akan
menyebabkannya mendapat malu.
Segala perbuatan dengan berilmu, Rangkap 8:
maka kebajikan boleh bertemu, Sebarang tindakan perlu didasarkan
jika sebarang-barang diramu,
kepada ilmu pengetahuan agar
akhirnya anakanda jatuh tersemu
membawa kebaikan. Ayah juga
menasihati anaknya agar berhati-hati
dalam melakukan setiap perkara
agar tidak terjerumus dalam perkara
yang membawa kemudaratan.

Ilmu itu benar faedahnya, Rangkap 9:


membezakan hak dengan batilnya, Ilmu itu banyak manfaatnya kerana
mengetahui rakyat benar salahnya,
dengan ilmu, perkara yang benar
supaya dihukumkan dengan adilnya.
dengan perkara yang tidak benar
dapat dibezakan. Dengan adanya
ilmu, pemimpin dapat mengetahui
sama ada rakyat benar atau salah
dan dapat menjatuhkan hukuman
yang adil kepada mereka.

Jika ilmu tidak diendah, Rangkap 10 :


sebab anakanda capak permudah, Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu
rakyat datang membawa gundah,
dianggap remeh, hal ini tentu akan
anakanda tercengang tunduk
tengadah membawa masalah kepada
anaknya jika menjadi pemerintah.
Jika ada rakyat yang datang untuk
menyatakan masalah, anaknya tidak
akan dapat menyelesaikan masalah
tersebut kerana tiadanya ilmu
pengetahuan.

Hendak menghukumkan tiada tahu, Rangkap 11:


hendak diam hati tak mahu, Anaknya tidak tahu untuk
berpeluk tubuh tangan ke bahu,
menjatuhkan hukuman dan tidak
mengeluh mengucap mengata
Allahu. mahu pula berdiam sahaja. Anaknya
itu cuma mampu berpeluk tubuh dan
menyebut nama Allah SWT.
Syair Nasihat Tingkatan 2

Terkadang duduk mendiamkan diri, Rangkap 12 :


sepatah tidak mengeluarkan peri, Akhirnya, anaknya tidak dapat
penat duduk bangkit berdiri,
berkata apa-apa. Setelah penat
lalu masuk ke dalam purl.
duduk dan bangun, anaknya itu akan
menyembunyikan diri di dalam istana.

Orang berdakwa duduk menanti, Rangkap 13:


serta dengan bersakit hati, hairan Orang yang ingin mendapatkan
takjub tidak mengerti,
pengadilan akan menjadi marah
sebab bicaranya belum pasti.
kerana perbicaraan belum pasti
dapat dilakukan.

Terkadang dihukumkan dengan Rangkap 14:


biladah, bukannya syarak bukannya Sebarang hukuman tidak boleh
'adah, ambil lekas jalan yang mudah,
diambil mudah. Jalan yang terbaik
supaya jangan berhati gundah.
ialah kembali merujuk kepada hukum
syarak untuk mendapatkan
ketenangan hati.

Jika demikian apa jadinya, Rangkap 15 :


hukum tak betul dengan jalannya, Jika perbicaraan tidak dijalankan
di hadapan majlis diterimanya,
mengikut hukum, maka pemimpin
di belakang kelak diumpatnya.
pasti akan dikeji oleh rakyat.
Jika yang benar kita hukumkan, Rangkap 16:
di belakang jangan kita hiraukan, Jika perbicaraan tidak dijalankan
umpat dan puji kita biarkan,
mengikut hukum Allah SWT, maka
kepada Allah kita syaksikan.
kejian dan pujian rakyat bawahan
tidak perlulah dihiraukan oleh
mereka.
Jika anakanda jadi menteri, Rangkap 17 :
orang berilmu anakanda hampiri, Ayah berpesan lagi, jika anaknya
lawan mesyuarat lawan berperi,
menjadi menteri, dia digalakkan
supaya pekerjaan jadi ugahari
untuk berdamping dengan orang
yang berilmu supaya dapat
memudahkan segala kerjanya.

Hendaklah periksa adabnya wazir, Rangkap 18 :Ketua haruslah


Syair Nasihat Tingkatan 2
di dalam kitab sudah terukir, memerhatikan tingkah laku pegawai
hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, bawahannya supaya
supaya jangan jadi tergelincir.
penyelewengan tidak berlaku.

Anda mungkin juga menyukai