Anda di halaman 1dari 1

LAMAN KOMSAS - !

ANTOLOGI DAN NOVEL


TERKINI
Kupasan Novel dan Antologi, KBSM,
KSSM, Sekolah Menengah

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)


# 3:55 PTG $ ANTOLOGI TINGKATAN 2, Syair % 3 comments

Kupasan puisi tradisional:


Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Rangkap Maksud
1 Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.
Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang
2
berakhlak mulia.
3 Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas.
Menurut ayah lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan
4
betul dan rajin bekerja.
Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan.
5
Dalam masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.
Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut itu
6
perlulah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan
7 daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan
menyebabkannya mendapat malu.
Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa
8 kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap
perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.
Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara
yang benar dengan yang tidak benar dapat dibezakan.
9
Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah
dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka.
Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa
masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk
10
menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut
kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak
11 mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu
berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.
Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun,
12
anaknya itu akan menyembunyikan diri di dalam istana.
Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi
13
marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.
Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan
14 yang terbaik ialah kembali merujuk hukum syarak untuk
mendapatkan ketenangan hati.
Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka
15
pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.
Jika perbicaraan dijalankan mengikut hukum Allah, maka
16 kejian atau pujian daripada rakyat bawahan tidak perlulah
dihiraukan oleh mereka.
Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia
17 digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu
supaya dapat memudahkan segala kerja.
Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai
18
bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.

Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik
sebagai raja/menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan
(a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
(b) Kerja kebajikan harus dilakukan dengan penuh keikhlasan.
(c) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
(d) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tidak
tersilap dalam menjatuhkan hukuman.
(e) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair


(a) Terdiri daripada lapan belas rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada lapan hingga empat belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya terikat.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


(a) Inversi. Contohnya, nasihat kebajikan ayahanda beri; Kerja
kebajikan janganlah malas.

(b) Anafora. Contohnya, Hendak menghukumkan tiada tahu,


hendak diam hati tak mahu,

(c) Bahasa Arab. Contohnya, ikhlas; syarak; batil; Allahu; Allah.

(d) Responsi. Contohnya, Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas,

(e) Simile. Contohnya, seperti air di dalam gelas.

(f) Sinkope. Contohnya, tak.

(g) Asonansi. Contohnya, Segala perbuatan dengan berilmu


(perulangan vokal e).

(h) Aliterasi. Contohnya, maka kebajikan boleh bertemu


(perulangan konsonan b).

(i) Rima akhirnya sama, iaitu aaaa.

Nilai
(a) Keadilan.
(b) Berilmu.
(c) Keikhlasan.
(d) Kepatuhan.
(e) Kebijaksanaan.
(f) Bertawakal.
(g) Hati-hati.
(h) Persaudaraan.
(i) Kerajinan.
(j) Berakhlak mulia.

Pengajaran
(a) Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.
(b) Seorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan
urusan pentadbiran.
(c) Kita hendaklah menuntut ilmu yang benar dan menghindarkan diri daripada menuntut ilmu yang
sesat.
(d) Kita mestilah rajin melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.
(e) Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.
(f) Sebagai anak kita perlulah patuh akan nasihat ibu dan bapa agar hidup beroleh keberkatan.
(g) Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran.
(h) Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah setelah membuat apa-apa keputusan.

Share: & ' (

Related Posts:

Syair Nasihat Syair Bidasari Syair Burung


(Penghujung Nuri
Thamarat al-
Muhimmah)

Catatan Terbaru Laman utama Catatan Lama

3 ulasan:

Unknown 7 Julai 2020 8:49 PG

Wow! this is Amazing! What were you in your pastlife ? Scratch here to dnd what were you in
your pastlife …
████████████████████████████████████████
████████████████████████████████████████
████████████████

Balas

Unknown 17 Februari 2021 12:35 PTG

What the fuck are you saying?

Balas

Unknown 5 Julai 2021 8:07 PG

Tq its so amazing

Balas

Untuk meninggalkan ulasan, klik butang di bawah untuk log masuk dengan Google.

LOG MASUK DENGAN GOOGLE

Search...

POPULAR POSTS

Cerpen: Menuai Emas


Kupasan Cerpen: Menuai Emas (Salina Ibrahim) Sinopsis Alif terkenang akan perbualan dia dengan
ayahnya suatu ketika dahulu. Ali...

Cerpen: Hadiah
Kupasan Cerpen: Hadiah (Tie Camar) SINOPSIS Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-
cakap mengenai hadiah yang akan diberi...

Drama - Hadiah
Hadiah (Aripin Said) SINOPSIS Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan.
Hayati tidak dapat membayar bayara...

Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad


Kupasan cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad (Zanija Azzura Abdullah) Sinopsis Talia dan keluarganya
merupakan masyarakat orang as...

Kuih Bakul Limau Mandarin


Kuih Bakul Limau Mandarin (Mohd. Helmi Ahmad) SINOPSIS Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang
gembira apabila menerima panggilan telefon...

Pelanduk Mengajar Memerang


Kupasan Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang Sinopsis Pada zaman Nabi Allah Sulaiman
semua haiwan ditakdirkan oleh Alla...

Asal Padi
Kupasan Prosa Tradisional: ASAL PADI SINOPSIS Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu
yang masih kecil dan telah ditingga...

Kunci Bahasa
Kunci Bahasa (Abdul Hadi Yusof) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Penyajak menegaskan bahawa
bahasa yang berma...

Drama: Mahkamah
Kupasan Drama: Mahkamah (Awang Abdullah) Sinopsis Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu,
hakim memulakan perbicaraan. Pegawai ...

Sajak: Kuingin Berterima Kasih


Kupasan Sajak: Kuingin Berterima Kasih (Ihsan Noorzali) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1
Penyajak be...

CATEGORIES

ANTOLOGI TINGKATAN 1

ANTOLOGI TINGKATAN 2

ANTOLOGI TINGKATAN 3

ANTOLOGI TINGKATAN 4

ANTOLOGI TINGKATAN 5

Berita Pendidikan

Bintang Hati

Cempaka Putih Untukmu

Cerpen

Destinasi Impian

Di Sebalik Dinara

Drama

Formula Termodinamik

Gurindam

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Jalan Ke Puncak

KOMSAS TINGKATAN 1

KOMSAS TINGKATAN 3

KOMSAS TINGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 5

Leftenen Adnan Wira Bangsa

Novel

Novel Tingkatan 1

Novel Tingkatan 2

Novel Tingkatan 3

NOVEL TINGKATAN 4

NOVEL TINGKATAN 4 2015-2020

Novel Tingkatan 5

Pantun

Pelari Muda

Pengarang

Prosa Tradisional

Puisi Moden

Puisi Tradisional

Sajak

Sejadah Rindu

Sejambak Bakti

Seloka

Syair

Tingkatan 1

Tingkatan 4

PAGES

Laman utama

BLOG ARCHIVE

► 2022 (15)
► 2021 (29)
▼ 2020 (20)
▼ Mei (20)
Inti Pati Bab: Darah Titik Di Semantan
Novel: Meniti Impian (Osman Ayob)
Inti Pati Bab Novel Meniti Impian - Sinopsis Mengi...
Drama: Mahkamah
Cerpen: Menuai Emas
Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad
Pelanduk Mengajar Memerang
Sajak: Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed)
Cerpen: Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail)
Sajak: Kucari Damai di Sini
Istilah Dalam Komponen Sastera (Komsas)
Sajak: Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap
Sajak: Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)
Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Pantun Kasih Sayang
Pantun Nasihat
Pantun Budi
Pantun Kiasan
Antologi Komsas Tingkatan 2: Baik Budi, Indah Bahasa
Pantun Alam Remaja
► 2018 (10)
► 2015 (32)

COPYRIGHT © 2022 LAMAN KOMSAS - ANTOLOGI DAN BACK TO TOP "


NOVEL TERKINI | POWERED BY BLOGGER
DESIGN BY HOWLTHEMES

Anda mungkin juga menyukai