Anda di halaman 1dari 7

BIDALAN

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU ADIBAH BINTI SULAIMAN SKPG 4, PASIR GUDANG, JOHOR

Definisi
Bidalan merupakan jenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar. Biasanya merupakan ungkapan pendek yang telah melekat di mulut orang.

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut


Erti:

Rahsia hendaklah disimpan dengan baik. Ayat: Rahsia temannya itu masih disimpan dengan baik hingga hari ini kerana baginya biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar


Erti:

Berhati-hatilah ketika bercakap tentang orang lain. Ayat: Ali menumbuk Ahmad setelah terdengar perbualan mereka yang memburukkannya. Oleh itu, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Genggam bara api biar sampai jadi arang


Erti:

Melakukan perkara yang susah mestilah bersabar sehingga mendapat nikmatnya nanti. Ayat: Untuk berjaya kita mestilah belajar bersungguh-sungguh bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.


Erti:

Hendaklah berhati-hati sebelum kita menyesal. Ayat: Encik Kadir selalu mengingatkan keluarganya supaya berjimatcermat kerana baginya ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit


Erti:

Kerja yang dilakukan dengan sabar, lama-lama berhasil juga. Ayat: Asnawi mengumpul duit belanja sekolahnya dari sekarang kerana dia tahu bahawa sedikit-sedikit lamalama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai