Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN C

CONTOH 5 Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Perah santan kelapa parut, Untuk dimasak lemak berlada; Ilmu pengetahuan wajar dituntut, Walau di mana kita berada. Bunga anggerik di tepi cermin, Bunga kiambang biru tertekat; Jangan asyik leka bermain, Masa hilang ilmu tak lekat. Pucuk tembusu tumbuh berkudup, Bunga angsana di dahan meranti; Ilmu itu penyuluh hidup, Tetap berguna sehingga mati. Berbaju biru berkain samping, Baju kurung corak berbunga; Gunakan ilmu sebaik mungkin, Agar hidup aman bahagia.

JAWAPAN CADANGAN Ilmu pengetahuan wajar dituntut kerana ilmu menjadi panduan hidup. Kita perlu sedar bahawa ilmu dapat dimanfaatkan seumur hidup. Ketika menuntut ilmu, janganlah leka bermain kerana hal tersebut akan merugikan kita. Ilmu yang kita pelajari hendaklah digunakan sebaik mungkin. Janganlah menyalahgunakan ilmu yang kita pelajari supaya hidup kita aman bahagia.

percikanbahasa.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai