Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN C

CONTOH 2 Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

KITA TEMAN SEJIWA Akan kumaafkan segala salahmu, teman kerana salahmu hanya sebesar kuman. Akan kucurahkan wang ringgitku, teman agar pelajaranmu kekal sepanjang jalan. Akan kukongsikan segala ilmuku, kawan agar bersama kita bergelar graduan Akan kutempuh godaan dan dugaan demi memperteguh nilai persahabatan. Dengan ilmu, kau yang buta dapat melihat kerana ilmu memimpinmu mencapai hajat.

JAWAPAN CADANGAN Antara amalan baik yang terdapat dalam petikan ialah memafkan kesalahan kawan seperti yang dilakukan Aku. Amalan baik yang kedua ialah bersedia berkorban. Aku bersedia mengorbankan wangnya demi memastikan kawannya dapat menerukan pelajarannya. Amalan baik yang seterusnya ialah murah hati. Aku bermurah hati untuk berkongsi ilmu dengan kawannya. Amalan baik yang seterusnya tabah. Aku tabah menghadapi godaan dan cabaran untuk memastikan kerukunan persahabatannya dengan kawannya. Amalan baik yang terakhir ialah menuntut ilmu. Kawan Aku yang buta dapat mencapai cita-citanya dengan adanya ilmu.
percikanbahasa.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai