Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN C

CONTOH 3 Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

9:00 pagi Aku tiba di perhentian bas Temerloh bersama-sama dengan ibuku. Sementara menunggu bas tiba, aku membeli senaskhah surat khabar dan sekotak minuman. Selepas meminum air kotak itu, aku membuang kotak minuman tersebut ke dalam tong sampah. 9:30 pagi Bas yang menuju ke Maran tiba. Ada penumpang yang berebut-rebut menaiki bas. Aku, ibuku, dan beberapa orang penumpang tetap beratur. Aku mengambil tempat duduk bersama-sama ibuku. Di pertengahan jalan, naik seorang wanita yang sarat mengandung sambil memimpin seorang kanak-kanak perempuan menaiki bas tersebut. Aku segera memberikan tempat dudukku kepada wanita tersebut. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku.

JAWAPAN CADANGAN Kita harus mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca akhbar. Kita harus menjaga kebersihan alam sekitar juga. Kita haris mempunyai nilai perikemanusiaan terhdapa golongan yang lemah. Kita harus memberikan tempat duduk kepada perempuan yang mengadung dan kanak-kanak. Kita perlu berterima kasih kepada orang yang memberi banytuan kepada kita.

percikanbahasa.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai