Anda di halaman 1dari 9

PUISI TRADISIONAL

PANTUN DUA KERAT - NASIHAT


izzathakim74@gmail.com
www.kkomsas.blogspot.my
MAKSUD PANTUN

Rangkap Maksud

1 Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.

2 Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak.

3 Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.

4 Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil.

5 Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya.
Tema
Bertemakan nasihat  dalam menjalani
realiti kehidupan seharian.
Persoalan
Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.
◦ Contoh :- Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
 Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan
obesiti
◦ Contoh :- Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan
manfaat yang lebih bernilai.
◦ Contoh :- Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
Persoalan
Bersyukur dengan usaha yang telah
dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki
yang diberikan oleh Tuhan.
◦ Contoh :- Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
Itik bertelur ayam menetas.
Tidak bersopan dalam bertutur terhadap
seseorang akan membawa bencana kepada
orang itu.
◦ Contoh :- Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Bentuk
1. Mempunyai lima rangkap
2. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3. Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku
kata.
4. Terdiri daripada empat hingga tujuh
perkataan dalam sebaris.
5. Rima akhirnya  aa.
Gaya Bahasa
Repitisi         pengulangan perkataan  lain
◦ contoh :-    Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya.

Asonansi        pengulangan vokal a
◦ Contoh :-      hilang pisau berganti parang

Aliterasi         pengulangan konsonan  b
◦ Contoh :-      sebab mulut badan binasa.
 
Imejan   -        imej alam
◦ Contoh :-       kerbau, puyuh, itik, ayam,
Nilai
Keprihatinan – mengambilberat dan prihatin terhadap
penjagaan kesihatan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
Contoh :           Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan
Contoh:-           Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
Itik bertelur ayam menetas.
Contoh :-          Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
Kesopanan – sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus
dielakkan demi kebaikan diri.
Contoh :-          Sebab pulut  santan binasa
                     Sebab mulut  badan binasa
Pengajaran
Kita haruslah sentiasa bersopan santun apabila
bercakap agar tidak menyakiti hati orang lain.
Contoh :- Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa
Kitasepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki
yang telah ditentukan oleh Tuhan.
Contoh :- Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
Kitasewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat
mengelakkan daripada menghidapi pelbagai penyakit.
Contoh : Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.

Anda mungkin juga menyukai