Anda di halaman 1dari 22

KEBUDAYAAN MELAYU

DALAM BIDANG SOSIAL


Agama Islam, adat dan kepercayaan dalam budaya Melayu
Agama Islam dalam budaya Melayu
Islam menjadi identiti masyarakat Melayu.
Sifat keanjalan agama Islam memudahkannya diserap masuk ke dalam budaya
Melayu.
Penyebaran Islam ke tanah Melayu telah mengubah sistem nilai dan cara
berfikir orang Melayu.
Islam juga telah mencorak budaya Melayu dari sudut sistem sosial,
intelektual, politik, bahasa, tatacara hidup, perundangan, kepercayaan, adat
istiadat, estetika seni, kesusasteraan dan lain-lain.
Islam telah mengambil alih adat istiadat terdahulu dengan nilai-nilai yang
lebih Islamik contohnya, bayi akan diazanakan dan diiqamatkan apabila
dilahirkan dan akan dikhatankan apabila meningkat usianya dan apabila
meninggal, dikebumi serta ditalkinkan mengikut ajaran Islam.
Tradisi mendewa-dewakan pemimpin diubah kepada menghormati dan
mentaati pemimpin.
Perundangan Islam telah membantu proses pengurusan dan perundangan
Melayu lebih sempurna terutama dalam konsep menegakka keadilan sosial
dalam masyarakat Melayu.
Adat dalam budaya Melayu
Adat peraturan yang digunapakai sejak turun temurun.
Contoh adat:
Mendirikan rumah baharu menggantung buah kelapa muda, menanam tahi besi, emas,
tembaga, perak pada tiang seri rumah dan menepung tawar.
Upacara menurunkan perahu supaya selamat dari gangguan hantu laut.
Kenduri tolak bala Imam dijemput membaca doa dan bomoh dijemput membaca jampi.
Setiap penduduk membawa sepinggan makanan.
Megandung / Kelahiran bayi sebelum upacara lenggang perut. Semasa kelahiran
persiapan menyediakan kain, tilam, bantal, pulut kuning dan duri untuk mengelak hantu
penanggal. Selepas kelahiran pantang 45 hari.
Contoh adat:
Meninggal dunia bomoh meletakkan gunting. Semasa menghantar mayat ke kubur,
diadakan kenduri masuk kubur. Selepas 7 hari, kenduri pecah perut. Selepas 14 hari,
kenduri makan serabai (sejenis kuih). Kenduri 40 hari, tanda roh berpisah dengan waris.
Kenduri 100 hari kenduri turun batu nisan. Semua amalan ini bertentangan dengan
Islam.
Upacara membuka gelanggang - dilakukan oleh guru supaya pelatih tidak mendapat
kecederaan. Darah ayam atau kambing disimbah sekeliling gelanggang. Bomoh
mengasapkan kemeyan untuk menghalau hantu.
Larangan membuang air kecil tidak boleh kencing di busut, padang dan perlu
meminta kebenaran apabila hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar. Minta
ampun tok nenek cucu tumpang lalu.
Kepercayaan
Kepercayan merupakan anggapan atau perakuan bahawa sesuatu itu ada dan
benar.
Berkait dengan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau dan berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang yang diturunkan secara lisan.
Bertujuan untuk mendidik
Contoh:
Jangan pukul haiwan dikhuatiri anak yang akan dilahirkan cacat Untuk mengelakkan
penganiayaan terhadap haiwan
Jangan bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesukaran semasa melahirkan
anak - Bagi menjaga ketenteraman keluarga terutamnya apabila tinggal bersama ibu mertua selepas
melahirkan anak.
Jangan duduk di atas bantal, nanti tumbuh bisul supaya bantal tidak pecah atau koyak dan
tidak sopan apabila pelapik kepala diletakkan bawah punggung.
Makan nasi biar habis. Kalau tidak nasi menangis untuk mengelakkan pembaziran.
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua - untuk mengelakkan
makanan hangus kerana leka menyanyi.
Pengajaran yang wujud di sebalik pantang larang:
Sebagai undang-undang untuk mendisiplinkan diri sama ada kanak-kanak
atau orang dewasa.
Sebagai cara halus mendidik anak dan mengelakkan daripada anak-anak
tersinggung atau malu.
Penggunaan kesan dan akibat melampau melambangkan ketegasan orang
Melayu pada zamannya. Peraturan tidak akan dipatuhi oleh kanak-kanak
jika mereka tidak takut dengannya.
Bahasa
Terdapat empat jenis ragam bahasa Melayu yang popular bahasa sapaan,
bahasa sindiran, bahasa terbalik dan bahasa halus.
Menyatakan rasa hormat terhadap orang lain melalui penggunaan bahasa
sapaan, menegur tingkah laku yang tidak baik melalui penggunaan bahasa
sindiran, bahasa terbalik dan bahasa halus supaya orang yang ditegur tidak
tersinggung.
Bahasa Sapaan
Bahasa sapaan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Terdapat pelbagai jenis contohnya bahasa sapaan istana, ahli politik, orang bergelar
dan yang lebih tua.
Tujuannya untuk menunjukkan rasa hormat yang tinggi nilainya terhadap individu
yang dijadikan lawan bercakap.
Contohnya, perkataaan saudara / saudari sebagai sapaan kepada orang yang baru
dikenali manakala kata saya digunakan apabila bercakap dengan orang yang
berstatus lebih tinggi.
Contoh:
1. Kata panggilan dalam keluarga mencerminkan kedudukan seseorang
itu dalam susunan kekeluargaan.
2. Kata panggilan dalam masyarakat mencerminkan pentingnya
kedudukan seseorang dalam masyarakat.
3. Bentuk sapaan dalam masyarakat wujud akibat pangkat atau status.
Gelaran pergaulan tak sengaja, gelaran warisan, gelaran kurniaan
kerajaan, gelaran akademik, gelaran kurniaan ikhtisas dan gelaran
keagamaan.
Bahasa Sindiran
Adalah perkataan yang digunakan untuk mengata, mengejek, mengeji, mencela.
Sindiran dilakukan tanpa bercakap berterus terang.
Mengandungi maksud yang ditujukan kepada seseorang tetapi tidak disebutkan
secara tepat, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain.
Contohnya, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.
Untuk menyatakan sesuatu perasaan yang terbuku atau tidak puas hati dengan
penuh hormat.
Contoh bahasa sindiran:
1. Hai, sekejap sahaja dah berhenti?
Ditujukan kepada orang yang cepat letih dan berhenti dari melakukan
sesuatu kerja.
2. Aku seorang sahaja bekerja macam nak mati.
Ditujukan kepada orang yang malas bekerja.
3. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari.
Ditujukan kepada orang tua yang masih tidak sedar diri.
4. Orang yang baik itu ialah yang memberi faedah kepada orang lain.
Ditujukan kepada orang yang selalu menjahati orang lain.
Bahasa sindiran juga digunakan dalam ungkapan berangkap,
khususnya dalam bentuk pantun. Contohnya:
Puas sudah saya menanam padi,
Nanas juga ditanam orang,
Puas sudah saya menanam budi,
Emas juga dipandang orang.
Sebagai gambaran kepada orang yang kecewa kepada orang yang tidak mengenang budi
atau jasa.
Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Ditujukan kepada orang yang tidak menghiraukan sahabat atau kekasih lamanya apabila
memperoleh yang lebih baik.
Bahasa Terbalik
Digunakan untuk menyatakan maksud tertentu secara tersirat atau
berlawanan dengan apa yang berlaku.
Menggunakan perkataan terbalik daripada maksud asalnya dan berharap agar
orang faham akan maksudnya.
Sekiranya tidak difahami, mesej yang disampaikan tidak berjaya.
Contoh:
1. Pergi panjat lagi pokok tu.
2. Makan la banyak lagi.
3. Sedikitnya barang, beli la lagi.
Bahasa Halus
Bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak
menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca.
Bahasa halus juga merupakan penggunaan bahasa yang beradat dan bersopan
serta menggunakan segala strategi untuk kemanisan berbicara.
Contoh situasi:
Arwah meninggal dunia sebab apa? tanya seorang mak cik.
Arwah kemalangan jalan raya semalam sewaktu balik dari kerja, jawab kawannya.
Oh. Begitu. Bila arwah hendak disimpan? tanya mak cik itu lagi.
Insyallah, selepas asar jenazah akan dikebumikan.
Menunjukkan penggunaan sistem ganti nama dan perkataan yang halus betul
dan tepat serta bersopan santun.
Penggunaan perkataan-perkataan tertentu misalnya, dalam suasana kematian
perkataan, mayat digantikan dengan jenazah, mati disebut meninggal
dunia, Bila simpan? bukannya, Sudah tanam? Arwah, Allahyarham,
mendiang, Almarhumah bukannya si mati.
Nilai dalam budaya Melayu
Nilai diadakan untuk memastikan masyarakat menjadi orang yang
berguna.
Nilai yang lahir dari individu mestilah tidak bercanggah dengan
nilai-nilai yang dikongsi oleh anggota masyarakat.
Contoh:
1. Bergotong-royong.
2. Bertimbang rasa.
3. Bersopan santun
4. Hormat-menghormati
5. Bekerja bersungguh-sungguh
Falsafah dalam budaya Melayu
Berasal dari cantuman bahasa Yunani iaitu Philo dan Sophia.
Philo bermaksud cinta atau suka manakala Sophia bermaksud pengetahuan
atau hikmat.
Philosophia bermaksud cintakan kebijaksanaan atau cintakan hikmah.
Plato dan Aristotle menganggap falsafah sebagai kajian tentang perkara-
perkara azali (sejak dulu) dan abadi (kekal) bagi mengharmonikan kepercayan
mistik atau agama dengan menggunakan akal untuk berfikir.
1. Mengutamakan nilai Islam dalam semua aktiviti.
2. Mentaati raja dan menghormati pemimpin.
3. Berpegang teguh kepada adat resam.
4. Menghormati golongan yang lebih tua.
5. Tetamu mesti diraikan dan diutamakan.
6. Masalah diselesaikan secara musyawarrah dan bermuafakat.
7. Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim.

Anda mungkin juga menyukai