Anda di halaman 1dari 10

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT

MALAYSIA
PENGERTIAN BUDI, BAHASA DAN BUDI BAHASA
PENGERTIAN BUDI:

Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik ,
perbuatan baik dan kebajikan.

Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan
masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik
Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.

Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu
lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .

Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun
pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.

Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang
menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.

PENGERTIAN BAHASA

Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat
ucap manusia.

Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan
masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.

Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.

Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati
dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan
seharian.

PENGERTIAN BUDI BAHASA:

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur
kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA


Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada
orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama,
bangsa dan adat serta kepercayaan.
Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh
dengan kerelaan.

Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan
seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti
pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

CIRI-CIRI BUDI BAHASA


Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
(1) Bertimbang rasa

Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira


perbezaan latar belakang sesuatu kaum

bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain

memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain
(2) Bertoleransi

bersikap sabar

sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain
(3) Bertolak ansur

tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata

tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain

mudah memaafkan kesalahan orang lain


(4) Bersopan-santun

lemah-lembut

tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang
lain.

perilaku yang sopan.


(5) Ramah mesra

mudah diajak berunding.

mesra dan memberi senyuman

penyabar dan tidak emosional.


(6) Tidak mementingkan diri sendiri

tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.

selalu tolong-menolong antara satu sama lain

memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


Kata Sapaan.
Contoh:
KATA GANTI DIRI
Saudara/saudari
Cik
Saya
Aku
Patik/hamba
Beta
Tuan
Puan
Engkau/Kau
Tuk
Anda
Tuanku/ Baginda
Ia/Dia
Beliau
Mereka
-nya

ORANG YANG DITUJUKAN

Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin ma
Orang perempuan yang belum berkahwin/ berkedudukan tinggi daripada penutur.
Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan mempunyai status y
lebih tinggi. (guru, orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali)
Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada kenalan rapat.
Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja.
Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan rakyat biasa.
Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur.
Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis
jawatan sperti Puan Pengetua.
Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan rapat.
Kadi/Iman/Penghulu
Digunakan dalam situasi formal dan boleh ditujukan kepada pendengar tanpa me
peringkat umur.
Digunakan kepada raja.
Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada objek bukan manusia dan bend
Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati dan mempunyai kedudukan.
Kata ganti diri orang ketiga jamak.
Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini
pennya). Boleh juga digunakan sebagai kata ganti diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya)

Rujukan orang yang telah meninggal dunia


Contoh:

ALMARHUM
ALMARHUMAH
ALLAHYARHAM
ALLAHYARHAMAH
MENDIANG

Digunakan untuk kerabat diraja lelaki


Digunakan untuk kerabat diraja wanita
Digunakan untuk lelaki Islam
Digunakan untuk perempuan Islam
Digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan Islam

Kata Gelaran
Contoh:

GELARAN
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong
Raja-raja

RUJUKAN HORMAT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagi
Yang di-Pertuan Agong.
Duli yang Maha Mulia

Balu Raja
Bergelar warisan (Tengku, Raja, Tunku,
Engku, Ungku)
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Tun
Orang Besar Empat
Toh Puan
Yang Dipertua Negeri
Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Seri,
Datuk Seri Paduka.
Ketua Hakim Negara
Kadi
Mufti
Ketua Jabatan/Guru Besar

Yang Maha Mulia


Yang Mulia
Yang Amat Berhormat

Yang Amat Berbahagia


Yang Berbahagia
Yang Berbahagia
Yang Arif
Sahibul-Fadilah
Sahibus-samahah
Yang Berusaha

Panggilan
Contoh:

Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.

Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri

Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau
nenek kendiri.

Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua
kendiri.

Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak
semuda kendiri.
Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Memberi Salam

Bertanya Khabar

Melayan Tetamu Jamu Makan

Menghormati Orang Tua

AMALAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT


MAJMUK MALAYSIA

1. Masyarakat Melayu:
Contoh:

Berpegang kuat pada adat resam dan agama.

Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.

Memberi salam apabila bersua.

Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.


2. Masyarakat Cina:

Contoh:
Tunduk ketika memberi salam.

Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.

Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.

Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.

Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.


3. Masyarakat India:

Contoh:
Duduk bersila ketika makan.

Tidak membazirkan makanan.

Senyap semasa bersembahyang.

Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.

Mematuhi adat dan resam.

Salam orang yang lebih tua.

AMALAN BUDI BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA


MELAYU
DRAMA BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH
1. Memohon maaf dan bertaubat setelah menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
Contoh:

Bawang merah : bawang putih ! aku mohon maafkan aku. Maaf karna sikapku selalu jahat
padamu. Sungguh aku minta maaf.
2. Bersikap pemaaf

Contoh:
Bawang putih : sudahlah. Aku sudah memaafkan kalian. Aku yakin kalian bisa berubah.
3. Memberi salam
Contoh:

Ibu bawang merah: selamat pagi bu. Sendirian aja nih?


4. Mengucapkan terima kasih
Contoh:

Ibu bawang daun: walaikumsalam. Terima kasih ya.

DRAMA KAKI KAMBING


1. Memberi salam semasa masuk rumah.

Contoh:
Manap: (memberi salam). kau tengah buat apa tu?

Munah: (menjawab salam). hmm...tengah jahit baju abang la ni...


2. Mengambil berat seorang wanita yang baru kehilangan suami.

Contoh:
Insp. Lamin: baiklah puan. (senyap). Puan o.k ke duduk kat sini sekarang? yelah, dengan
orang-orang saya sibuk menggeledah...?
Insp. Lamin: atau puan nak naik ke bilik puan, berehat, berbaring. saya rasa, puan mesti
tertekan sekarang...
3. Menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan mesra

Contoh:
Munah: sebab saya tak jamu tetamu yang datang ke rumah. jadi suami saya tentu marah
kalau saya tak jamu tuan dan orang-orang tuan makan. lagipun saya pasti, tuan dan orang-orang
tuan tentu sangat lapar sekarang. dah berjam-jam kat sini. dah lepas waktu makan malam pun...jadi,
tolong lah ke dapur tu, rehat sekejap. ajak orang-orang tuan makan kaki kambing panggang tu...
4. Meminta pertolongan orang lain dengan sopan
Contoh:

Munah: boleh tolong ambilkan air sejuk untuk saya tak? ada di dapur kat dalam peti sejuk,
saya dahaga...
5. Menjaga perasaan orang lain

Contoh:
Insp. Lamin: minta maaf puan, nampaknya kami terpaksa menggeledah rumah ni...

NOTA GSB1012
Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau
budi pekerti, beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses
berkomunikasi.
Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi
bahasa atau budi pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh
sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket
dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi
tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan
rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam
masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang

tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan
tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu
bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya,
ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi
yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan
tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan
masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan
mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan
maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang
dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau
agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan
yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan,
situasi dan tempat tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan
yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara
percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru
dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat

mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.


-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti
III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW melalui hadis-hadis:a) Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik
atau lebih baik diam.
b) Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari
Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata
keji.
d) Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji
ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.
e) Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci,
dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah
hamba-hamba Allah yang bersaudara.
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang
keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang
lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.

Anda mungkin juga menyukai