Anda di halaman 1dari 2

PANTUN  DUA  KERAT

MAKSUD
Rangkap Maksud
Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.
1
Kerbau yang tidak mampu beranak, akan mempunyai banyak lemak.
2
Hilang sesuatu yang kecil, akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.
3
Pihak lain yang bersusah payah, pihak lain pula yang mendapat hasil.
4
Disebabkan mulut yang terlajak kata, badan yang akan menerima padahnya.
5

TEMA
Bertemakan nasihat  dalam menjalani realiti kehidupan seharian.

PERSOALAN
1.     Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan.
Contoh :-          Lain dulang lain kakinya,
                        Lain orang lain hatinya.

2.     Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti.


Contoh :-          Hujung bendul dalam semak,
                        Kerbau mandul banyak lemak.

3.     Kehilangan sesuatu yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih bernilai.
Contoh :-          Taptibau puyuh padang,
                        Hilang pisau berganti parang.

4.     Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan, namun harus reda dengan rezeki yang
diberikan oleh Tuhan.
Contoh :-          Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
                        Itik bertelur ayam menetas.
5.     Tidak bersopan dalam bertutur  terhadap seseorang akan membawa bencana kepada
orang itu.
Contoh :-          sebab pulut santan binasa,
                        sebab mulut badan binasa.

BENTUK

1.     Mempunyai lima rangkap


2.     Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3.     Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku kata.
4.     Terdiri daripada empat hingga tujuh perkataan dalam sebaris.
5.     Rima akhirnya  aa.
GAYA BAHASA
1.     Repitisi             -           pengulangan perkataan  lain
contoh :-   Lain dulang lain kakinya
       Lain orang lain hatinya.
2.     Asonansi          -          pengulangan vokal a
Contoh :-          hilang pisau berganti parang
3.     Aliterasi            -           pengulangan konsonan  b
Contoh :-          sebab mulut badan binasa.
4.     Imejan   -           imej alam
Contoh :-          kerbau, puyuh, itik, ayam,

NILAI
1.     Keprihatinan – mengambilberat dan prihatin terhadap penjagaan kesihatan agar dapat
mengelakkan pelbagai penyakit.
Contoh :           Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.

2.     Kesyukuran - Bersyukur dan reda dengan ketentuan Tuhan.


 Contoh:-          Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
Itik bertelur ayam menetas.

3.     Kesopanan – sikap tidak bersopan ketika berkata-kata harus dielakkan demi kebaikan diri.
Contoh :-          Sebab pulut  santan binasa
                        Sebab mulut  badan binasa

PENGAJARAN
1.     Kita haruslah sentiasa bersopan santun apabila bercakap agar tidak menyakiti hati orang
lain.    
        Contoh :-              Sebab pulut  santan binasa
                                       Sebab mulut  badan binasa
2.     Kita sepatut nya bersyukur dan reda dengan rezeki yang telah ditentukan oleh
Tuhan.                 
         Contoh :-            Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
3.     Kita sewajarnya menjaga kesihatan diri agar dapat mengelakkan daripada menghidapi
pelbagai penyakit.

Contoh :           Hujung bendul dalam semak,


Kerbau mandul banyak lemak.

Anda mungkin juga menyukai