Anda di halaman 1dari 3

10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 1)

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai
antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian
hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.

Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau..Jom semak 10 cara terhebat memotivasikan diri
sendiri seperti di bawah.

Sebelun tu, cara bangkit dari GAGAL adalah muhasabah diri. Jom semak cara muhasabah penting untuk
kekal positif dan bermotivasi dalam video ini.

[Video] Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.

Kita sebagai manusia memang dah jadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan
secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia
memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa
tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-
biasa. Berikut adalah 10 cara terhebat yang anda boleh cuba.

"Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga - sebab tu kita cadangkan ia
dilakukan setiap hari" Zig Ziglar

1. Vision Board Anda

Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang
anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal
kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita
merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah
atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision
Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam
minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih
tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda
akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-
apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-
masing dan alaminya sendiri.

2. Tulis Impian Anda SETIAP HARI

Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target, dan dah ada target
pun. Tetapi terdapat satu cara paling menarik yang boleh buatkan anda sentiasa termotivasi.

Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa.
Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini.
Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa
yang anda nak capai dalam hidup ni.

Anda telah mengambil langkah pertama untuk tekad nak capai juga target anda bila anda tulis ia di atas
kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh
bayangkan tak betapa hebatnya kesannya nanti?
3. Gunakan Sistem Hadiah

Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga
sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini,
anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.

Bila guna strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target.
Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena
berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh
bagi motivasi untuk anda.

4. Kisah Inspirasi Orang lain

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi
mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka
atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak
langsung termotivasi.

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh
juga memberi kesan.

Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan
orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

5. Fokus dengan apa yang anda fikir.

Apa yang anda sentiasa fikirkan sepanjang masa? Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan
untuk capai apa sahaja yang kita nak dalam hidup. Ia bergantung bagaimana anda guna ia. Jika anda fikir
pasal benda positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan nasib
anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang.

Jadi, bagaimana anda guna minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, tapi mungkin susah nak
apply pada peringkat awal sebab anda tak terbiasa lagi.

Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman,
melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.

Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu
kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.

Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita
lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap
positif sepanjang masa.

Sebelum itu, mari kita hayati cara menjadi lebih HAPPY dan TENANG selain dari bermotivasi dalam setiap
perkara yang kita lakukan. Sila klik Video di bawah ini

Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.
6. Mencipta Sokongan
Rasa bosan dan tiada motivasi untuk buat perkara yang anda harus buat untuk berjaya? Jangan risau, cari
sorang kawan yang boleh bantu. Anda boleh cipta sokongan dengan share apa yang anda nak buat
dengan seseorang yang anda fikir boleh support anda. Minta dia semak progress anda. Secara tak langsung,
anda dah ada motivasi dari luar dan ada seseorang yang boleh ingatkan anda.

Rakan anda itu tak perlu memarahi anda buat itu dan ini, cukuplah dia ingatkan anda apa perkara yg anda
nak capai dan kenapa anda nak capai perkara itu. Ia lebih berkesan dari kena marah sebab nak push buat
kerja.

Cara lain yang berkesan adalah bina group mastermind. Group ni adalah sekumpulan rakan yang ada misi
dan visi yang lebih kurang sama macam kita. Dalam group ni, anda boleh bincang masalah dan cara nak
selesaikan masalah yg anda hadapi untuk capai target.

7. Raikan semua Kejayaan


Adakah anda tahu, cara paling mudah untuk motivasikan diri sendiri adalah ketika semangat tengah naik?
Bila kita dapat jual sesuatu, kita akan rasa bersemangat dan bermotivasi tinggi. Di sinilah anda boleh
implement teknik ni..jika anda rasa down dan tak semangat, anda boleh kembalikan motivasi anda semula.

Strategi ini dipanggil Raikan Semua Kejayaan. Seperti mana Tiger Woods melonjak menggenggam jari
setiap kali dia berjaya score dalam golf. Ini adalah cara dia raikan kejayaannya. Anda mesti buat perkara
yang sama. Cipta satu corak gerakan, lakukannya setiap kali anda berjaya capai. Bila dah jadi habis, ia
boleh digunakan gerakan itu bila anda nak. Teknik ni dipanggil anchoring.

8. Berpura-pura Bahawa Anda Bermotivasi


Pernah dengar quote "Fake it until you make it"? Ia adalah prinsip yang sama yang boleh digunakan untuk
memotivasi diri sendiri. Ya. Anda hanya perlu pura-pura bermotivasi sehingga anda cipta motivasi yang
anda nak. Bila anda tak termotivasi dan down, berpura-puralah bahawa anda bermotivasi, jalan dan
bercakaplah seakan-akan anda bermotivasi. Bernafas laju, Cakap lebih kuat, Berfikir lebih yakin.

Jika anda cuba buat, akhirnya anda tidak lagi pura-pura tetapi benar-benar dapat motivasi yang anda cari. Ini
kerana tindakan dan emosi kita saling berhubung. Tindakan kita akan mempengaruhi emosi kita. Jadi,
bila anda bernafas lebih laju, bercakap lebih kuat dan berjalan dengan lebih yakin, anda akan cipta emosi
motivasi dan emosi kejayaan dalam diri.

Tak percaya? cuba senyum selebar-lebarnya dan fikirkan sesuatu sedih. Macam tak boleh kan? sebab
tindakan dan emosi tidak selari. Bila anda gembira, anda akan senyum. Bila anda down, org lain boleh lihat
dari riak muka anda. Maka, gunakanlah teknik berkuasa ini untuk kekal bermotivasi dari masa ke semasa.

9. Ikrar kepada Diri Sendiri


Dah buat ikrar kepada diri sendiri? Jika belum, buat sekarang! Ikrar yang anda boleh buat adalah seperti
"Saya telah ditakdirkan berjaya dan hebat", "Saya adalah usahawan yang hebat", "Saya adalah jutawan
bisnes yang terbilang" , "Saya berjaya dapat income berpuluh ribu ringgit sebulan" dan macam-macam lagi.

Gunakan ikrar ini untuk kekal termotivasi dan paling cepat walaupun ikrar itu semudah "Sayalah juara"
dengan syarat anda buat dengan yakin dan diulang banyak kali.

10. Jadikan ia Habit / Kebiasaan


Semua point yang telah dibincangkan boleh berkesan pada peringkat awal tetapi ia tidak akan bertahan lama
jika anda tidak membiasakan diri anda melakukannya.

"We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, buat a habit" - Aristotle

Selalunya, ramai yang hilang motivasi dan putus asa dengan targetnya kerana tidak bertindak untuk
jadikannya habit. Mereka bersemangat pada awalnya, dan lama-lama hilang motivasi dan tak bertindak
seperti yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai