Anda di halaman 1dari 5

TABUNG KEBAJIKAN DAN AMAL JARIAH.

PERKIM CAWANGAN MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA


PETALING JAYA

Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala
amalnya, kecuali tiga perkara : (1) Sedekah jariah, (2) Ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan (3)
anak yang salih yang selalu mendoakannya

Assalamu’alaikum W.R.T.

TABUNG KEBAJIKAN DAN KEBAJIKAN DAN AMAL JARIAH PERKIM.

Al-Hamduli’Lah, PERKIM Cawangan Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya telah menubuhkan satu
tabung yang dinamakan “Tabung Kebajikan dan Amal Jariah” (TKAJ).

2. TKAJ ini beroperasi secara berterusan untuk memberi peluang kepada orang ramai menghulurkan
bantuan bagi maksud kebajikan dan amal jariah melalui PERKIM. Konsep penubuhan Tabung dan tujuan-
tujuan secara khususnya ada diterangkan didalam risalah ini.

3. Di atas sumbangan tuan / puan itu kami terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih serta
berdoa semoga di berkati Allah S.W.T.

Sekian dimaklumkan. Wassalamu’alaikum.

Dato’ Mohd Mokhtar Bin Shafii


Pengerusi
PERKIM CAWANGAN MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA
PETALING JAYA
Pembentukan Tabung Kebajikan PERKIM Cawangan Masjid Kolej Islam Malaya
Petaling jaya.

Pengenalan.

1. Perkim atau nama penuhnya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ialah sebuah pertubuhan
kebajikan yang telah lama dikenali umum baik di Malaysia mahupun di luar negara. Ianya telah
diiktiraf oleh kerajaan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kegiatan
dakwah dan perkhidmatan kebajikan masyarakat kepada semua kaum tanpa mengira agama.

2. Selama hampir lima dekad (1960-2010) PERKIM telah menjalankan kerja-kerja dakwah dan
kebajikan demi memperkembangkan syiar Islam. Ia bukan sahaja bergiat cergas bagi kemajuan
ummah khususnya saudara-saudara baru tetapi juga memberi pertolongan kepada orang-orang
Islam dan bukan Islam yang memerlukan bantuan-misalnya menyediakan rumah tempat tinggal
sementara bagi ahli-ahli keluarga bermasalah, memberi perkhidmatan kaunseling, menghulurkan
bantuan makanan, pakaian, dan wang kepada mereka yang memerlukannya seperti fakir miskin,
orang-orang cacat, penghuni rumah kebajikan, orang-orang asli dan lain-lain aanggota masyarakat
yang kurang bernasib baik.

Firman Allah S.W.T


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi
setengahnya yang lain, mereka menyuruh membuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-
NYA. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (At-Taubah 71).

3. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini bertambah ramai orang-orang bukan Islam yang
memeluk agama Islam. Selain itu ramai pula mereka yang berminat untuk memahami Islam dan
nilai-nilai universalnya. Perkembangan ini telah memberi cabaran baru serta rangsangan bagi
PERKIM untuk mempertingkatkan iltizam terhadap dakwah islamiah dan memperbagaikan lagi
aktiviti kebajikannya.

4. Bagi memcapai objektif ini PERKIM memerlukan kepakaran dan kemahiran yang sesuai dengan
perkembangan masyarakat semasa. Pendekatan baru dan teknologi yang relevan perlulah
digunakan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan PERKIM. Dengan itu PERKIM akan lebih mampu
untuk melaksanakan kegiatan dakwah dan perkhidmatan kebajikan kepada lebih ramai orang
dngan lebih berkesan, Insya Allah.

5. Namun demikian, sebagai sebuah badan sukarela PERKIM tidaklah mempunyai sumber kewangan
yang stabil. Tenaga sukarela yang sesuai dan mahir juga semakin sukar didapati. Pertugas-pertugas
PERKIM seringkali menggunakan wang sendiri bagi melaksanakan sesuatu program. Sedangkan
khidmat kebajikan yang perlu dijalankan oleh PERKIM meliputi berbagai aspek kehidupan,
terutamanya yang dihadapi oleh saudara-saudara baru, seperti pendidikan dan latihan bagi
memantapkan iman,rawatan, dan perubatan, khidmat guaman, kaunseling, pembangunan social
ekonomi dan sebagainya.
6. Disamping itu terdapat juga anggota-anggota masyarakat yang menghadapi kesukaran hidup yang
mendadak serta memerlukan bantuan segera. Di antaranya, tiada tempat tinggal kerana masalah
keluarga (misalnya dihalu oleh keluarga kerana menukar agama), kebakaran, ditimpa bencana
alam, cacat cedera, keuzuran dan lain-lain dugaan hidup. Memang benar ada agensi-agensi
kerajaan dan badan-badan sukarela yang menghulurkan bantuan, tetapi tidak memadai. Oleh itu
lebih banyak pihak yang memberi pertolongan lebih ramai pula mereka yang malang dapat di
tolong.

7. Bantuan yang diberikan bukan sahaja berupa kebendaan atau wang ringgit, tetapi bantuan bukan
kebendaan juga penting terutama bagi mereka yang menghadapi masalah. Diantara bantuan yang
dapat diberi dalam aspek ini ialah :

a. Menjalinkan silaturrahim antara individu dan antara keluarga.


b. Mewujudkan hubungan kasih saying sesame manusia
c. Bersimpati dan bersedia memberi sokongan bagi mengurangkan penderitaan.
d. Membentuk kumpulan sokongan (support group) dan “net working”
e. Khidmat kaunseling.

Dan lain-lain pertolongan berbentuk sosio-psikologi yang tidak dapat dinilai dari segi kewangan, tetapi
amat dituntut dalam cara hidup islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya)

1. Janganlah kamu memperkecilkan nilai kebajikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu
dengan wajah yang berseri-seri (ramah-mesra) H.R. Muslim

2. sesiapa yang tidak mengasihi manusia, Allah tidak mengasihinya”. H.R At Tabrani)

3. “sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain” H.R. Qudhai)

4. “tidaklah sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum ia cinta kepada saudaranya atau
jiranya seperti cintanya kedapa dirinya sendiri. (H.R.Muslim)

5. “perumpamaan orang-orang mukmin dalam membina kasih saying dan cinta kasih serta saling
menaruh rasa simpati adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu angota sakit, maka seluruh
anggota tubuh akan merasakannya “ (H.R. Muslim).

6. “Amalan kebaikan yang amat segera pahalanya ialah pemberian (bantuan) dan silaturrahim
(tali persaudaraan)” (H.R. Ibn Majah)

7. Dalam hal ini, PERKIM sebagai sebuah pertubuhan kebajikan masyarakat merasa prihatin dan

8. Bertanggungjawab untuk mempertingkatkan lagi kegiatan bagi membantu mereka yang


memerlukannnya. PERKIM akan berusaha mengambil langkah-langkah yang sesuai dengan
hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang (caring society) dan juga memupuk
perpaduan ummah (kaum).
Tabung kebajikan dan Amal Jariah PERKIM.

9. Bagi memperluaskan perkhidmatan kebajikan yang tersebut diatas, PERKIM perlulah


mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Disamping itu sumber tenaga mahir dan teknologi yang sesuai perlu juga dikumpulkan. Untuk
menjayakan hasrat ini, pihak pengurusan PERKIM Cawangan Masjid Kolej Islam Malaya, yang
beroperasi di Masjid Kolej Islam, Jalan Universiti, Petaling Jaya telah membentuk sebuah “
Tabung Kebajikan dan Amal Jariah PERKIM (TKAJ).”

10. Melalui tabung ini dapatlah dikumpulkan sumbangan wang amal jariah, zakat dan derma dari
berbagai-bagai sumber, seperti agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat, badan korporat
dan orang-orang perseorangan yang ingin membuat amal jariah serta membantu PERKIM
menjalankan kegiatannya kerana Allah.

Firman Allah S.W.T di antaranya :

1. “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)…” (At
Taubah : 103)

2. “ Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata,
dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara
bersembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara
yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada
hari akhirat” Ar-Raad : 22)

3. “… Adapun orang yang memberi (zakat, derma) dan bertaqwa. Dan mengakui akan kebaikan.
Maka Kami akan mudahkannya kepada kesenangan. Adapun orang yang bakhil dan merasa
cukup. Dan mendustakan kebaikan. Maka kami mudahkannya kepada kesusahan….. Yang
mendermakan hartanya supaya membersihkan dirinya dan hartanya. Sedang dia tidak
menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas. Hanyalah mengharapkan keredhaan
Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan Tuhannya akan meredhainya kelak. “ (Al Lail :1-21)

4. “Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang di kehendaki-
NYA dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-NYA. Lagi meliputi ilmu pengetahuan –NYA. (Surah
Al-Baqarah, ayat 261).

5. “…………Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” (Al Maidah : 2)
6. Pengurusan Tabung Kebajikan dan amal Jariah (TKAJ) di kendalikan oleh Ahli Jawatankuasa
PERKIM Cawangan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya dan semua pembelanjaran akan di luluskan
di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERKIM MKIM.

7. Kumpulan wang TKAJ ini akan di auditkan oleh juru audit bertauliah setiap tahun dan
penyatanya hendaklah dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat agung PERKIM Cawangan
Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya.

Tujuan TKAJ PERKIM.

1. Menjalankan kegiatan pendidikan dikalangan saudara-saudara baru dan keluarga mereka.

2. Membantu pendidikan anak-anak fakir miskin dan anak-anak yatim.

3. Mempertingkatkan dakwah di kalangan orang bukan Islam dan orang-orang asli, di antara
strategi yang boleh digunakan :

a. Mendampingi mereka dengan hasrat menarik minat ; kerjasama / menganjurkan aktiviti


sosial, sukan dan sebagainya ; membina sikap positif dan toleransi antara kaum;
perbincangan perbandingan agama dan lain-lain yang di fikirkan sesuai.

b. Mempertingkatkan imej Islam dengan cara berdakwah melalui contoh-contoh yang nyata,
positif dan amalan cara hidup Islam yang dapat dijadikan tauladan.

c. Memberi bantuan dalam berbagai aspek kehidupan yang diperlukan oleh mereka yang
menghadapi masalah / miskin seperti : rawatan dan perubatan, kaunseling, guaman dan
perundangan ; pembangunan sosio-ekonomi dan sebagainya.

4. Mengadakan “Pusat Perkhidmatan Kebajikan dan Latihan “ bagi ahli dan bukan ahli PERKIM
supaya aktiviti kebajikan dan latihan dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan berkesan.

5. Membantu orang-orang miskin yang berminat untuk berniaga, dan peniaga-peniaga kecil /
sambilan bagi menjalankan perniagaan.

6. Mengadakan rumah perlindungan sementara bagi ahli keluarga yang menghadapi masalah.
Mempertingkatkan penerbitan dan publisiti untuk mendapatkan sokongan yang lebih meluas
daripada orang ramai.

7. Melaburkan sebahagian dari kumpulan wang tersebut bagi menambahkan pendapatan supaya
aktiviti amal jariah dan kebajikan dapat dilaksanakan secara berterusan dan Insya Allah
berkekalan.

8. Lain-lain kegiatan yang difikirkan sesuai dan diluluskan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa
PERKIM yang boleh mempertingkatkan syiar dan imej Islam.

Anda mungkin juga menyukai