Anda di halaman 1dari 1

Penjagaan Kesihatan

Nabil:

Apa khabar Johan? Apa yang sedang awak buat tu?

Hakim: Oh, awak rupanya Arif! Khabar baik. Saya sedang membaca risalah tentang
cara-cara menjaga kesihatan badan.
Nabil: Memang bagus risalah yang awak baca tu. Menjaga kesihatan amat penting
kerana badan yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan
bahagia.
Hakim: Untuk menjaga kesihatan, kita perlu makan makanan yang seimbang dan
berkhasiat. Janganlah kita mengambil makanan yang memudaratkan
kesihatan seperti makanan yang tidak bertutup, makanan dalam tin,
makanan yang sudah basi, dan makanan ringan.
Nabil:

Selain menjaga pemakanan, apa lagi yang perlu dilakukan?

Hakim: Selain makan makanan yang berkhasiat, kita perlu melakukan senaman
ringan seperti bersenam dan berjogging serta menjalankan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah seperti berkebun. Dengan cara demikian, badan kita akan
sihat dan otak akan cergas.
Nabil: Bagaimana pula dengan kebersihan diri dan tempat tinggal kita?
Hakim: Kita perlu menjaga kebersihan diri seperti mandi, memotong rambut dan
kuku,serta memakai pakaian yang bersih. Rumah tempat kita tinggal dan
alam sekelilingnya perlu dijaga supaya bersih. Dengan itu, serangga dan
haiwan pembawa penyakit tidak akan membiak.
Nabil: Selain perkara-perkara yang telah awak sebut tadi, saya rasa kita juga perlu
menjauhi amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti merokok,
malas bersenam, dan menyalahgunakan dadah.
Hakim: Betul kata awak tu. Awak mesti ingat bahawa kesihatan tidak boleh dibeli
denganwang ringgit. Kita patut mengambil berat akan kesihatan diri kita.
Nabil: Nampaknya banyak pengetahuan yang saya peroleh pada hari ini. Eh,
nampaknya hari dah nak senja ni! Saya pulang dululah.
Hakim: Baiklah. Nanti kita jumpa lagi esok di sekolah
Nabil : Ya, jumpa lagi esok. Selamat tinggal

Anda mungkin juga menyukai