Anda di halaman 1dari 1

MARI BERSUKAN

Bersukan adalah salah satu aktiviti yang baik dan patut


diamalkan oleh semua anggota masyarakat. Aktiviti ini
mempunyai banyak kebaikan.
Aktiviti bersukan akan dapat menyihatkan badan. Orang
yang rajin bersukan dapat mengekalkan berat badan mereka. Hal
ini kerana lemak yang tersimpan dalam badan dapat dibakar
ketika melakukan senaman.
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang. Terutamanya
pada hujung minggu. Melalui aktiviti ini akan dapat mengelakkan
sikap membuang masa yang tidak berfaedah.
Selain itu, bersukan juga dapat mengaktifkan jantung.
Jantung akan dapat berfungsi dengan baik dan mengelakkan
penyakit yang berkaitan dengannya. Orang yang sihat dapat
menjalani kehidupan seharian dengan lebih ceria.

Anda mungkin juga menyukai