Anda di halaman 1dari 28

GLOBALISASI &

CABARAN
PENDIDIKAN

Oleh:

Nabiilah Borhanudin

Nurul Anisah Md Shah

GLOBALISASI PENDIDIKAN
MAKNA
GLOBALISASI
Adanya

Merentasi sempadan dan


media

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), ilmu dapat


diperoleh dengan tidak terbatas dalam bangku sekolah sahaja,
tetapi dapat berlaku pada peringkat antarabangsa melalui
internet.
Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan GATS (general
Agreement on Trade and Services : 1999) yang telah
ditandatangani oleh kebanyakan negara maju, bersetuju
menghapuskan pendemokrasian pendidikan dan
Membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan,
penubuhan institusi pendidikan dan institusi pendidikan,serta..
Mengiktirafkan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan
dan institusi pendidikan tinggi di antara anggota-anggota.

PROF MICHAEL GIBBONS SAMB.

Setiausaha Agong persatuan Universiti Komonwel


(ACU)

Globalisa
si
Globalisa
si
pendidika
n

Proses bertproses
Proses
bertproses
berterusan dalam
berterusan dalam
perindustrian pendidikan
perindustrian pendidikan
telah berlaku telah lama
telah berlaku telah lama
dahulu.
dahulu.
Proses perubahan untuk
amalan dan pelaksanaan
pengajaran yang
berkualiti.

Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi
serta pengujian dan penilaian.
Beliau menegaskan ; globalisasi bukan membawa
budaya homegeniti, tetapi menjana diversiti.
Globalisasi membawa tekanan kepada guru supaya
berubah dari stail pengajaran lama kepada yang baru,
mengikut hasil dapatan penyelidikan yang terkini.

Fungsi Utama Globalisasi Pendidikan


Menghasilkan

sumber-sumber yang diperlukan untuk


pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran
dan pengalaman seseorang.

Malaysia mengambil beberapa langkah positif untuk


menghadapi cabaran globalisasi pendidikan:
Menubuhkan

Multimedia Super Corridor(MSC).

Mengembangkan

sekolah-sekolah bestari.

Mereformasikan

kurikulum sekolah; menukar


bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam
pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains.

Memberi

peluang untuk penubuhan kolej-universiti


swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan
tinggi).

IMPLIKASI GLOBALISASI
PENDIDIKAN TERHADAP GURU
Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat
dinamik.
Guru dinamik adalah guru yang sentiasa
responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk
menghadapi perubahan dari masa ke masa.
Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran
baru yang sering timbul.

Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan


peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi
dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Guru pada asasnya :


* Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
mata pelajaran yang hendak diajarnya.
* Mengetahui dan menguasai kaedah dalam
pengajarannya.
* Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh pelajar.

Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta


kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada
latihan yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan.

Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap


sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanakkanak serta teori penyampaian pelajaran.

Peranan guru yang lain :


Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa.
Penasihat dan pembimbing dalam pembentukan
sahsiah pelajar.
Menjadi kaunselor kepada mereka.
Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan
yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang
baik dalam masyarakat.
Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.

Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan


ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut
matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak
masyarakat.
Di bawah konteks profesionalisme keguruan,
pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan
kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap
seseorang guru merupakan faktor faktor penentu
yang penting.

Meningkatkan mutu perkhidmatan :


* ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam.
* menguasai kemahiran mengajar.
* kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab
diamanahkan.
* sikap positif terhadap pekerjaanya.
( Ciri ciri profesionalisme keguruan alaf baru)

CIRI CIRI GURU DALAM CABARAN


GLOBALISASI PENDIDIKAN
1.Seorang yang beriltizam
Keterlibatan

diri secara bersungguh-sungguh serta penuh


dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya
sebagai pendidik di sekolah.

2.Guru yang berorientasikan maklumat


Bersungguh-sungguh

mengejar maklumat-maklumat baru


yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.

3.Guru yang berwawasan


Berpandangan

jauh dan mempunyai visi yang berkaitan


dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai
kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.

4.Guru perlu berpandangan global


Melihat

perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam


negeri tetapi juga secara global, agar berjaya menangkis
cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi
yang kian meningkat.

Perubahan

kurikulum yang mendadak; pertukaran bahasa


Melayu kepada bahasa Inggeris bagi matapelajaran
Matematik dan Sains mulai dari 2003 (salah satu usaha
menghadapi proses globalisasi dalam pendidikan).

5.Guru yang berpandangan positif


Memperlihat

reformasi dan inovasi pendidikan serta


perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau
yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri,
pelajar, masyarakat dan negara.

Ciri berpandangan positif dalam kualiti profesion


keguruan:
Peka kepada perubahan.
Sedar tentang keperluan negara.
Bersikap positif terhadap pembelajaran.
Mempunyai inovasi dalam tugas.

6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan


diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan
pendidikan.
Hendaklah

menguasai kemahiran belajar untuk


melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu
pengetahuan.
Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari
semasa ke semasa serta dalam persekitaran sosial.

CIRI FLEKSIBEL DAN MUDAH MENYESUAIKAN


DIRI DALAM PERSEKITARAN SOSIAL:

Mempunyai inovasi dalam perhubungan sosial


Berperkerti mulia
Mudah suaikan diri
Berdaya kepimpinan
Kesedaran terhadap persekitaran
Mengamalkan sikap toleransi

7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran (p&p) :

Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam


pelbagai bidang pendidikan khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran,
pengurusan sekolah, sistem pentabiran pendidikan serta
kemahiran dan latihan guru.
Perkembangan sekolah bestari dalam alaf aliran dan
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam
reformasi pendidikan di Malaysia, berikut diakui bahawa
sekolah bestari merupakan sekolah yang satu-satunya dapat
melahirkan pelajar-prlajar yang cerdik dan berpengetahuan
dan dijangka akan cukup mampu bersaing menghadapi
cabaran wawasan negara.

Bagi

menentukan kejayaan pencapaian matlamat sekolah


bestari, guru bestari hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran penggunaan komputer dan alat teknologi terkini
serta pedagogi baru untuk mengahdapi cabaran di sekolah
bestari.

Guru

bestari bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar


sahaja dan memberi limu pengetahuan tetapi berperanan
mendidik pelajar mengikut matlamat wawasan 2020 yakni
melahirkan teknokrat-teknokrat yang bertaraf dunia serta
bermoral di samping membentuk generasi cemerlang yang
mempunyai daya kreativiti dan daya saing seterusnya
menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan
pendidikan bertaraf dunia.

8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan


Amat penting untuk peningkatan
profesionalisme keguruan.

Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan


pembelajaran untuk menilai kebaikan dan
kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu
membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah
dan teknik mengajar ke arah meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah apabila menggunakan proses
refleksi.

9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open


education)
Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai
pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di
luar sekolah.

Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik


tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar.

Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempattempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan
badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan
negara-negara maju.

Di antaranya ialah :
Pendidikan jarak jauh
Pendidikan universiti virtual
Pendidikan universiti terbuka

Pada tahun 2000, Malaysia telah menubuhkan


sebuah universiti terbuka (UNITEM) dan sebuah
universiti virtual (UNITAR).
Kedua-duanya ialah universiti swasta yang
menggunakan teknologi terkini termasuk videoconferencing, internet dan televisyen masing-masing
untuk menyampaikan kuliah.

UNITAR mula dibuka pada Julai 1999 menggunakan


ruang udara RTM 2 untuk menyampaikan kuliah
kepada orang ramai yang mengikuti kursus-kursus
ijazah di luar kampus dalam masa-masa tertentu.
International Medical University (IMU) merancang
untuk menubuhkan Virtual medical University (VMU)
yang membolehkan pelajar mengikuti kursus
perubatan melalui internet.

Pada peringkat antarabangsa, selain universiti terbuka


di UK, Masachusetts Institute Technology (MIT) di
Amerika Syarikat menawarkan 100 kursus pengajian
dalam internet dengan percuma melalui pada bulan
September, 2002.
Mengikut Rancangan 10 Tahun pada bulan Mac 2003,
MIT akan menawarkan lagi 250 kursus pengajian
diikuti 500 kursus lagi pada bulan September untuk
pekerja-pekerja ilmu antarabangsa yang berminat.

Pemerolehan ilmu pengetahuan pada hari ini tidak


lagi hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja.
Pendidikan hari ini sememangnya telah merentasi
sempadan media. Ilmu pengetahuan dan kemahiran
dapat diperoleh di sempadan luar sekolah dalam
negeri tetapi juga di luar negeri melalui penggunaan
komputer sebagai media.

10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara


sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi
pendidikan

Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara


Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara
antarabangsa.

Malaysia sejak awal pembentukannya pernah


memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam
usaha menjamin keamanan, keadilan dan
kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat.

Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh


generasi-generasi mendatang.
Sehubungan ini, program pendidikan negara
hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan dan berakhlak mulia bukan sahaja
berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada
negara tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah
kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan


interpersonal secara sarwajagat ;

Menjalin hubungan dengan pendidik luar negeri


melalui internet atau e-mail.

Menghadiri konferens dan seminar pendidikan


antarabangsa seperti Konferens Pendidikan yang
dianjurkan oleh Pusat Wilayah UNESCO.

Menyertai rombongan pendidikan yang dianjurkan


oleh Kementerian Pendidikan atau Persatuan Guru
untuk membuat lawatan sambil belajar di institusi
pendidikan di luar negeri.

Anda mungkin juga menyukai