Anda di halaman 1dari 8

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH

PEGAWAI PENGURUSAN, LEFTENAN MUDA, PEGAWAI WARAN, STAF SARJAN DAN SARJAN
TAHUN 2017 (SEKOLAH RANGKAIAN IKRAM MUSLEH)

1.0 PENDAHULUAN

Modul Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH bagi Pegawai Pengurusan,
Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan disusun untuk memastikan para pemimpin sekolah,
guru dan pelajar mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRS
Malaysia. Dengan itu para pemimpin sekolah, guru dan pelajar dapat melaksanakan tugas mengikut
tatacara pengurusan yang ditetapkan dalam KRS Malaysia dan KRS MUSLEH. Dari segi kemahiran, tahap
kefahaman dan penguasaan dapat diukur dan dimantapkan pada tahap yang sewajarnya. Dari segi
nasionalnya kita dapat mengumpulkan para pemimpin, penggerak KRSM bagi merapatkan ukhuwwah dan
meningkatkan semangat berpasukan yang utuh. Di samping itu aspek pentaksiran dapat dimantapkan
secara praktikal dan lebih fokus. Ini membantu pihak sekolah merancang program-program yang boleh
membawa kepada pencapaian objektif sekolah secara khususnya dan MUSLEH secara umumnya.

2.0 OBJEKTIF

1. Mengumpulkan para pemimpin, penggerak KRSM dan meningkatkan ukhuwwah.


2. Menyelaraskan kefahaman tentang modul pelaksanaan dan penilaian.
3. Memberi pengalaman yang praktikal tentang pentaksiran bidang kemampuan.
4. Mengukur tahap kefahaman dan kemahiran peserta dalam sukatan yang telah ditetapkan.
5. Menyediakan para peserta agar mampu bersaing dan berkemampuan melaksanakan
tugas di sekolah dan penglibatan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya.
6. Membina penghayatan terhadap amalan kerohanian.
7. Menerapkan kemahiran pengurusan organisasi secara praktikal.

3.0 TARIKH

18 – 22 Mac 2017

4.0 TEMPAT

a. Rindu Alam, Setiawan, Perak


(Pegawai Pengurusan, Leftenan Muda KRSM)
b. D’Amer Chalet dan Pulau Pangkor, Perak
(Staf Sarjan KRSM)
c. D’Amer Chalet, Kampung Bahru, Setiawan, Perak
(Sarjan Tunas KRSM dan Sarjan KRSM)
d. D’Amer Chalet, Teluk Batik, Lumut, Perak
(Pegawai Waran)

5.0 PESERTA

Anggaran :

a. Sarjan KRSM : 200 orang


b. Sarjan TKRSM : 200 orang
c. Staf Sarjan : 100 orang
d. Pegawai Waran : 20 orang
e. Leftenan Muda : 100 orang
f. Pegawai Pengurusan : 20 orang
A. BILANGAN DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Pegawai Pengurusan
a. Semua Guru Besar/Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum/Tarbiyah yang belum ditauliahkan.
Terbuka juga kepada Penolong Kanan yang lain.

2.
Leftenan Muda
a. Semua guru yang bertugas di sekolah rangkaian IKRAM-Musleh yang belum ditauliahkan.
b. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan merbahaya

3. Pegawai Waran
a. Telah ditauliahkan Staf Sarjan KRSM di peringkat kebangsaan
b. Mengikut bilangan Kompeni di sekolah – satu kompeni 2 orang PW (1 syabab 1 fatayat)
c. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berbangkit dan merbahaya

4. Staf Sarjan KRSM


a. Telah di tauliahkan Sarjan KRSM di peringkat kebangsaan
b. Mengikut bilangan platun di sekolah
- Satu platun seorang Staf Sarjan
c. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan merbahaya

5. Sarjan KRSM
Telah lulus dan ditauliah Koperal KRSM di peringkat sekolah
Berumur 14 tahun @ tingkatan 2 ke atas
Mengikut bilangan seksyen di sekolah
- Satu seksyen seorang Sarjan.
Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan merbahaya

Sarjan TKRS MUSLEH


Telah di tauliahkan Koperal TKRSM di peringkat sekolah (tahun 5 @ 6)
Mengikut bilangan kompeni dan platun di sekolah.
Nota :
1. Bagi sekolah yang mempunyai 1 KOMPENI (4 Platun), perlu ada :
a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni
b. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 4 Sjn Platun
Jumlah Sarjan yang perlu ada = 6 orang

2. Bagi sekolah yang mempunyai 2 KOMPENI (8 Platun), perlu ada :


a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni
b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 4 Sjn Kompeni
c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 8 Sjn Platun
Jumlah Sarjan yang perlu ada = 14 orang

3. Bagi sekolah yang mempunyai 3 KOMPENI (12 Platun), perlu ada :


a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni
b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 6 Sjn Kompeni
c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 12 Sjn Platun
Jumlah Sarjan yang perlu ada = 20 orang

4. Bagi sekolah yang mempunyai 4 KOMPENI (16 Platun), perlu ada :


a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni
b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 8 Sjn Kompeni
c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 16 Sjn Platun
Jumlah Sarjan yang perlu ada = 26 orang

5. Bagi sekolah yang mempunyai 5 KOMPENI (20 Platun), perlu ada :


a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni
b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 10 Sjn Kompeni
c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 20 Sjn Platun
Jumlah Sarjan yang perlu ada = 32 orang

* Kursus kenaikan pangkat adalah merangkumi ujian teori dan amali serta pentaksiran konstruk
kemampuan. Oleh yang sedemikian adalah amat diharapkan persiapan dibuat di dalam menguasai ilmu
kemahiran KRSM seperi kawad, BaSeD, ikatan dan ilmu kemahiran KRSM yang lain. Pihak kami juga
mengharapkan latihan fizikal dan rohani dilakukan sebelum mengikuti kursus ini.

B. MAJLIS PENTAULIAHAN

1. Bagi anggota dan pegawai yang akan ditauliahkan sebagai Komandan/Timbalan Komandan, Leftenan
Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan @ Sarjan boleh membuat pilihan sama ada memakai pakaian no 3 @ no
4.
2. Pemakaian mestilah bersama aksesori yang lengkap.
3. Standard pemakaian adalah mengikut skima pemakaian yang telah ditetapkan.
4. Anggota tidak akan diberi pentauliahan sekiranya tidak memakai pakaian mengikut standard sepertimana
yang telah ditetapkan.
5. Anggota tidak akan diberi pentauliahan sekiranya GAGAL di dalam ujian yang dilaksanakan atau didapati
menipu maklumat yang diberi.
6. Untuk rujukan bolehlah menghubungi Kapten (KRSM) Rofazlin b. Jusoh, Pegawai Adat Istiadat dan
Protokol KRSM-Tel: 011-32065873.

D. PERINGATAN

Mana–mana peserta yang menghidap penyakit yang merbahaya dan berjangkit adalah dilarang sama
sekali mengikuti kursus kenaikan pangkat ini.
2. Pakaian melambangkan mana-mana parti politik atau badan-badan dan pertubuhan yang tidak sah adalah
dilarang memakainya sepanjang kursus
3. Pakaian yang mempunyai lambang, corak, simbol, lukisan atau sebagainya yang tidak bercirikan Islam
adalah dilarang.
4. Semua pakaian mempunyai tanda atau nama peribadi untuk mudah dikenali.
5. Tidak menampakkan dan mendedahkan aurat.
6. Bagi peserta wanita, baju T yang dibenarkan hanya yang potongan labuh paras lutut.
7. Pihak KRSM tidak bertanggung jawab atas sebarang kehilangan dan sebarang kerosakan barang berharga
yang dimiliki oleh pemilik atau peserta kursus.
8. Kamera dibenarkan untuk dibawa, namun tidak digalakkan. Sebarang kerosakan atau kehilangan adalah
tanggungan peribadi.
9. Digalakkan peralatan peribadi dan berharga seperti jam, telefon bimbit dan beg duit dikumpulkan
mengikut sekolah masing-masing dan disimpan oleh guru pengiring.
10. Bagi mana-mana peserta yang mempunyai keperluan ubat peribadi adalah dinasihatkan untuk dibawa
bersama.
11. Pihak sekolah diminta memastikan pelajar mempunyai insuran kelompok.

6.0 PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN

A. DOKUMEN

1. Dokumen yang perlu dibawa bersama:


a. Calon Sarjan TKRSM/KRSM - Rekod Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan TKRSM/KRSM.
b. Surat pengesahan dari Guru Besar/Pengetua yang menyatakan bahawa peserta ini adalah layak
mengikut syarat dan sihat untuk mengikuti kursus dan telah ditauliahkan pangkat Koperal TKRSM/KRSM
sebelum ini.
c. Senarai nama (seperti dalam kad pengenalan), no kad pengenalan dan penyakit (jika ada), yang telah
disahkan oleh Komandan (Guru Besar/Pengetua) – rujuk borang penyertaan
d. Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga
B. PENDAFTARAN
1. Sila e-mailkan atau faks borang pendaftaran sebelum atau pada 28hb Februari 2017 mengikut format
yang disediakan.

Berdasarkan Modul Kenaikan Pangkat

8.0 KEPERLUAN RUPADIRI, PAKAIAN DAN PERALATAN

A. RAMBUT
Bagi peserta lelaki wajib dipotong pendek. Saiz maksimum saiz 3. Peserta yang tidak berambut pendek
seperti yang disyaratkan akan dikenakan tindakan disiplin dan kos memotong rambut di tempat kursus
dikenakan sebanyak RM 10.00.

B. INDIVIDU

LELAKI

1. Pakaian no 3 @ Kemeja putih @ Kemeja cerah (aktiviti kuliah waktu malam)


2. Pakaian no 3 @ no 4 (untuk majlis pentauliahan)
3. Pakaian solat
4. Seluar slack warna hitam
5. Kasut sukan
6. T-shirt KRSM
7. Seluar sukan berwarna gelap
8. Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan
9. Kelengkapan mandi
10. Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
11. Ubat-ubatan peribadi
12. Alatulis

PEREMPUAN

1. Pakaian no 3 @ Baju kurung warna putih @ baju kurung warna cerah (aktiviti kuliah
waktu malam)
2. Pakaian no 3 @ no 4 (untuk majlis pentauliahan)
3. Pakaian solat
4. Tudung warna hijau, hitam dan putih
5. Kelengkapan mandi
6. Kasut sukan
7. T-shirt KRSM
8. Seluar sukan berwarna gelap
9. Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan
10. Kelengkapan mandi
11. Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
12. Ubat-ubatan peribadi
13. Alatulis
Perhatian: Sila rujuk skima pemakaian KRSM bagi mengetahui standard pemakaian yang betul

C. PERALATAN LATIHAN (Individu)

1. Tali nilon ( 4 meter )


2. Kain anduh
3. Lampu suluh
4. Alat tulis
5. Al-ma’thurat dan Al-Quran

D. MAKANAN (perindividu untuk 5 hari 4 malam . Peserta Kursus Pegawai


Pengurusan dan Sarjan Tunas KRSM disediakan makanan)
1. Beras
2. Lauk segera ( cth: sardin dan makanan keluaran Brahim )
3. Minuman bertenaga
4. Makanan ringan
5. Makanan segera seperti Maggi tidak dibenarkan

Makanan tengahari hari terakhir akan disediakan oleh pihak urusetia untuk semua peserta.
Guru pengiring adalah dilarang sama sekali membantu bagi membeli keperluan peserta
disepanjang kursus berjalan )

E. KHEMAH (hanya untuk peserta Kursus Sarjan KRSM/TKRSM sahaja )

1. Pihak sekolah menyediakan sendiri khemah bagi pasukan masing-masing


2. Khemah adalah dinasihatkan bersaiz sederhana
3. Mengikut bilangan peserta
4. Jenis khemah yang dibenarkan adalah khemah jenis “A” atau khemah pasang siap (igloo)

*** Khemah untuk Kursus Staf Sarjan, Pegawai Waran, Leftenan Muda dan Pegawai Pengurusan
disediakan oleh Urusetia.

F. PERALATAN DARI SETIAP SEKOLAH


1. Parang
2. Belerang@Garam – secukupnya mengikut keperluan untuk keselamatan
3. Kotak ubat
4. Plastik sampah
5. Ridsect @ Sheltox jenis semburan
G. PERALATAN TAMBAHAN (semua peserta kecuali Kursus Sarjan TKRSM dan
Pegawai Pengurusan)
1. Mestin sepasang
2. Solid fuel sekotak
3. Pakaian kalis hujan

H GURU PENGIRING

a. Telah ditauliahkan pangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda.


b. Bertindak sebagai pengurus kontijen sekolah masing-masing dalam urusan
i. Pendaftaran peserta
ii. Makan minum
ii. Pengurusan pasukan
iii. Keselamatan & kesihatan
c. Membawa pakaian lengkap KRSM no 3 atau no 4 untuk majlis penutup.
d. Perlu sentiasa bersama pelajar khususnya peserta Sekolah Rendah
e. Makanan disediakan sepanjang kursus

PENUTUP
Semoga modul kursus yang disusun ini dapat memberi kesan yang maksimum kepada para peserta bagi
menyediakan diri mereka menjadi seorang anggota kadet dan pegawai kadet yang berketrampilan dan
berwibawa.
Sebarang persoalan sila hubungi Pengarah Kursus : 013-2023159 @ Pengerusi KRSM 013-
2296552 atau via grup telegram UNIT KOKU IKRAM MUSLEH.

Anda mungkin juga menyukai