Anda di halaman 1dari 17

SK ASAM JAWA/CHAROK KELIAN

JALAN PARIT PANJANG – SUNGAI LIMAU


09100 BALING, KEDAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

NAMA: ________________________________________

TAHUN KELAS
PENDAHULUAN

Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar SK Asam Jawa
/ Charok Kelian sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan
kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh
pembelajaran di sekolah.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini


termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke
semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat
am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana pihak
berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di
sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.
RUKUNEGARA

Maka Kami, Rakyat Malaysia


Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut :

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan


Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

LAGU ALLAH SELAMATKAN SULTAN

Allah selamatkan Sultan Mahkota


Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

LAGU SKAJ SEKOLAH KAMI

SKAJ sekolah kami,


Sekolah kebanggaan semua,
Terasnya ilmu pelita hatiku,
Untuk mencapai cita.

SKAJ sekolah kami,


Namamu tetap disanjungi,
Nasihat guru panduan kami,
Teras usaha jayakan wawasan.

Jasa yang telah diberi,


Didikan dan juga asuhan,
Disiplin jadi amalan kami semua,
SKAJ disanjungi.
IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SK Asam Jawa/Charok Kelian berikrar akan


mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip
Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang
lebih tua daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai


kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi
kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH

● Melahirkan insan kamil selaras dengan konsep “Insan Sebagai Hamba


dan Khalifah Allah”.
● Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin.
● Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.
● Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru
dan kakitangan.
● Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih .
Peraturan Sekolah

SK ASAM JAWA/CHAROK KELIAN,


JALAN PARIT PANJANG – SUNGAI LIMAU,
09100 BALING, KEDAH.

PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN

1.1 Loceng Pertama


Ia akan dibunyikan pada pukul 7.25 pagi. Murid dikehendaki beratur di
tapak perhimpunan.

1.2 Loceng Kedua


Ia dibunyikan pada pukul 7.45 pagi. Kelas bermula.

1.3 Loceng Rehat


1.3.1 Waktu rehat selama 30 minit.
1.3.2 Masa Rehat: 10.15 pagi hingga 10.45 pagi (Tahap 1)
10.45 pagi hingga 11.15 pagi (Tahap 2)
1.3.3 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan
arahan dan pengawasan guru.
1.3.4 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan
di tanggabangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah
sahaja.
1.3.5 Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di
luar kelas masing-masing dan masuk ke kelas dengan arahan
guru.

1.4 Waktu Balik

Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari
kelas dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas /
ketua kelas.

PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi


peringkat sekolah.Semua murid diwajibkan hadir.

2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.

2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan


lagu negeri dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera
yang dinaikkan semasa itu.

2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus
mengambil perhatian dengan sepenuhnya.

2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-


masing dengan teratur dan senyap.
PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada
hari-hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan
membuat lawatan rasmi.

Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke


sekolah sehingga balik semula ke rumah.

3.1 Pakaian Murid Lelaki

3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.

3.1.2 Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.
-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang
baju hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.

3.1.3 Tali pinggang


Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis
kepalanya tidak besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak
melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.4 Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek.
Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’.
Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :

- Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping


telinga.
- Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
- Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak
melebihi garis tengah hidung.
- Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut)
seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran
KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2 Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna biru tua


(navy blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.

3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung


Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang
dipakai mesti berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih
dengan ukuran yang sesuai.

3.2.4 Rambut / Kuku /Riben


- Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
- Rambut tidak boleh mencecah bahu.
- Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai
tocang(plait) dengan menggunakan riben hitam atau biru.
- Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan
mewarnakannya dengan cat kuku dan sebagainya.

3.2.5 Alat-alat solek


-Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.

3.2.6 Barang-barang Kemas


Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas
seperti gelang,rantai leher,anting-anting,subang yang besar,cincin
dan lain-lain.

3.3 Kasut dan Sarung kaki

3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang
berwarna putih.
Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah

3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki


Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan
bertali leher berwarna merah tua.

3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan


Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung
berwarna biru dan bertudung biru tua.
Gaun / blaus warna biru gelap.

3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1 Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan


memakai seluar panjang (track bottom).

PERKARA 4: KEDATANGAN

4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.


4.1.1 Pada semua waktu persekolahan.
4.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
4.1.3 Aktiviti kokurikulum.

4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau
surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut,
murid dianggap ponteng.
4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak
hadir dan diminta memberi penjelasan.

4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari


kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong
Kanan.

4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu
bapa / penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar
sekolah.

4.6 Kes ponteng

SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR


BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir

PERKARA 5: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

5.1 Bilik Darjah

5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.

5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.

5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias


kelas dengan bahan-bahan akademik.

5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan


teratur.Tutup suis kipas dan lampu.

5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot


antara kelas.

5.2 Kawasan Sekolah

5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam


tong sampah yang disediakan.

5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.


5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang
bahan.

5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.

5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.

5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam


kawasan sekolah.

5.3 Tandas Sekolah

5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang


alat.

5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan


menutup paip setelah digunakan.

5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran


air / najis.

5.4 Papan Kenyataan

5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat


kebenaran guru.

5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.

5.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan


dan tidakmemindah atau merosakkannya.

5.5 Harta Benda Sekolah.

5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda


sekolah yangterdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat
sumber, bilik computer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.

5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada


guru.

5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid
sendiri.

5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan /


diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.
PERKARA 6: KAWASAN LARANGAN

6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :


Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak
kereta, lorong di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.

6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di
tempat yang ditetapkan.

PERKARA 7: KANTIN

7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.

7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke
dalam bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.

7.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau


menyediakan makanan.

7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah.

7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 8: TATATERTIB DAN KESOPANAN

8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.

8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan
sesama pelajar.

8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan
sejahtera bagi yang bukan Islam.

8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan
dan menjaga nama baik sekolah.

8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik
dengan sesiapa sahaja.

PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT


SEKOLAH

Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh
diambil.

9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

9.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

9.3 Memukul guru-guru.

9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.


9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh
sekolah dan pejabat pendidikan.

9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa
sekolah.

9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.


9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan
merbahaya.

9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah.

9.10 Berjudi.

9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan


sekolah.

9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat
kali amaran.

9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru


atau Guru Besar.

9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan


menimbulkankacau bilau.dan perpecahan kaum.

PERKARA 10: TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Nasihat / Kaunseling


10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung sekolah
10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
10.10 Dibuang sekolah (dicadang)
10.11 Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar
undang-undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang
dilakukan.
PERKARA 11: KOKURIKULUM

11.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti


kokurikulumberikut :
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan / Permainan

11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai


kegiatan yangdiambil.

11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian
unit beruniform/ pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru
penasihat .

PERKARA 12: PEPERIKSAAN

12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.

12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun


waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali
mendapat kebenaran Guru Besar.

PERKARA 13: PERTUKARAN SEKOLAH

13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau


penjaga.

13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga
hendaklah memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 14: YURAN

14.1 Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.

PERKARA 15: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

15.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan
baik.

15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :
15.2.1 pada akhir tahun
15.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah
15.2.3 sebelum bertukar sekolah
15.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah.

15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.
PERKARA 16: PUSAT SUMBER SEKOLAH

16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber
Sekolah.
16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu
murid lain di dalam pusat sumber.
16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.
16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat
yang digunakan tersusun.
16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17: PELAWAT

17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan
diri di pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong
Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa / murid di sekolah.

PERKARA 18: PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari
pertama, diikuti dengan satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa /
penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi.
18.2 Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru
dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti
dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian.
18.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
18.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan
keperluan anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
18.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk
mengetahui kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
18.6 Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain,
mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah
dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah
itu mesti diselesaikan di pejabat.
18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.
18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang
daripada beg murid lain.
18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa
kebenaran daripada pihak pentadbiran.
18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang
kelas.
18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh
mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada
guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.
18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.
18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan
membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.

PERKARA 19: HAL-HAL LAIN

19.1 Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah


meminta kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta
melengahkan masa / waktu.
19.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat
permainan, komik atau majalah hiburan ke sekolah.
19.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda
tajam dalam kawasan sekolah.
19.4 Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.
19.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
19.6 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada
setiap masa persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh
dilakukan oleh Guru Kelas.
19.7 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan
dan pada waktu rehat.Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS
KELUAR’hendaklah diperolehi daripada guru dan hanya seorang murid
dibenarkan keluar pada satu masa.
19.8 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda
atau kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.
19.9 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat
semasa guru atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI
sentiasa menghormati dan patuh kepada semua guru, kakitangan
sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan
hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.
19.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar
hendaklah diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat
guru atau Guru Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui
pergaduhan di dalam atau luar sekolah merupakan kesalahan serius)
19.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain
dan TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau
amalan sesuatu kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.
19.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa
/ penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan
DITEGAH.
19.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang
diperlukan bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku
dibawa balik.
19.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari
untuk membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja
rumah MESTI dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
Kedudukan Tanda Nama Dan Lencana

Lencana Sekolah

Tanda Nama

Poket Kemeja Sekolah


BORANG PENGAKUAN

Guru Besar,
SK Asam Jawa / Charok Kelian,
Jalan Parit Panjang – Sungai Limau
09100 Baling,
Kedah Darul Aman

Melalui Guru Kelas,

BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN MURID SK ASAM JAWA /


CHAROK KELIAN

1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan
panduan saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi
sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang
dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak
sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima
hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan.

Tanda tangan Pelajar :

Nama :

Kelas :

Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :

Nama :

Tanda tangan Guru Kelas :

Nama :

Anda mungkin juga menyukai