Anda di halaman 1dari 32

CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI

MINGGU PERTAMA

WAKTU /
HARI

ISNIN

SELASA

KHAMIS

Perhimpunanringkas Pengurusan
di Dewan Budiman kelas / kenali
rakan sekelas

1.20 2.20

Suai kenal dengan


rakan / guru

2.20 3.20

3.20 3.40

RABU

REHAT

REHAT

REHAT

JUMAAT

- Cerita Teladan
- Mengenal
huruf besar /
kecil

Mengenal
Mewarna Jalur
warnadan
Gemilang
mewarna gambar

REHAT

REHAT

Lawatan ke pejabat Mengenal benda


guru , surau , blk
Maujud dalam
kaunseling , blk muzik kelas dan luar
. tandas , kantin
kelas

3.40 4.40

Nyanyian Lagu
Sekolah

1.40 5.40

Perhimpunan rasmi
5.40 6.40

Taklimat
peraturan
sekolah dari
guru penasihat
badan
pengawas
Nyanyian Lagu Nyanyian lagu
Negara Ku
Jalur Gemilang
Negeri Selangor
Taklimat
Kaunselor
sekolah

Mengenal
huruf vokal

CONTOH JADUAL PROGRAM TRANSISI


MINGGU KE 2

WAKTU /
HARI

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

TEMA

HAIWAN

BENTUK
ANGGOTA KELUARGA
BENDA
WARNA
BADAN
WAUJUD
DAN SAIZ
Cerita teladan / Cerita teladan / Cerita teladan / Mencari gambar Bahasa
1.20 2.20 cari ganbar
cari benda
cari benda
tersembunyi
Malaysia
tersembunyi
tersembunyi
tersembunyi
Suku kata
Bahasa
Dunia Sains
2.20 3.20 Malaysia
Bentuk
Mengecam
bunyi / lakukan
gerakan
3.20 3.40

REHAT

Dunia sains
3.40 4.40 Menamakan
bahagian tubuh
badan

REHAT
Pend. Seni
Visual
Corak dan
rekaan

Dunia Sains
Mencari gambar Bahasa
Menggenal
tersembunyi
Inggeris
anggota badan
Numbers

REHAT
Pend. Seni
Visual
Boneka tapak
tangan

Pend. Seni
1.40 5.40 Visual
Membuat
topeng haiwan

Matematik
Bahasa
Banyak / sedikitInggeris
Corak
Parts of the
Mewarna
body
nombor
Nyanyian
Nyanyian
Nyanyian
5.40 6.40 Bunyi Binatang Buah buahan Kiri dan kanan
Malaysia

UJIAN DIGNOSTIK

REHAT

REHAT

Nyanyian
Pend. Moral /
Lagu Papa ku Agama
pulang dan warna Ciptaan tuhan /
gambar
manusia
Matematik
Mengenal
nombor
1 - 10

Sukanika

Bahasa Inggeris Sukanika


Family members

Peraturan Sekolah

PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN


1.1 Loceng Pertama akan dibunyikan pada pukul 7.15 pagi. Semua murid dikehendaki beratur di
tapak
perhimpunan untuk Pra PdP.
1.2 Tepat jam 7.30 pagi, semua murid akan berada di dalam kelas untuk memulakan Pembelajaran
1.3 Loceng Rehat
1.3.1

Waktu rehat selama 20 minit.

1.3.2

Masa Rehat: Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ) 9.30 pagi hingga 09.50 pagi
Tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6 ) 10.00 pagi hingga 10.20 pagi

1.3.3

Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan
pengawasan guru.

1.3.4

Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.

1.3.5

Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masingmasing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

1.4 Waktu Balik : 01.20 tengah hari.


Sebelum balik, jam 1.15 tengah hari, bacaan doa akan dibacakan dan semua murid akan
mengaminkan doa. Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas
dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

PERKARA 2:

PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah. Semua murid diwajibkan hadir. Perhimpunan mingguan akan dijalankan setiap
minggu
pada hari Isnin bermula jam 07.30 pagi hingga 08.00
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.

2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.

PERKARA 3:

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan,
menghadiri upacara upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan
memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.
3.1

Pakaian Murid Lelaki


3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.
3.1.2

Seluar

Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.


-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.
3.1.3

Tali pinggang

Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.
3.1.3

Rambut

Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan


pendek.
Dilarang menyimpan ekor dan berfesyen rambut punk.Penggunaan jel atau
mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :


-

Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.

Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.

Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garis
tengah hidung.

Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2

Pakaian Murid Perempuan

3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah pinafore berwarna biru tua (navy blue)
dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah
berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang
sesuai.
3.2.4 Rambut / Kuku /Riben
-

Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.

Rambut tidak boleh mencecah bahu.

Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan
menggunakan riben hitam atau biru.

Murid murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
kuku dan sebagainya.

3.2.5

Alat-alat solek

-Murid dilarang memakai sebarang alat make-up walaupun nipis.


3.2.7 Barang-barang Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai
leher,antinganting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.

3.3
3.3.1

Kasut dan Sarung kaki


Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna putih
Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4

Pakaian Seragam Pengawas sekolah

3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki


Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher berwarna merah tua.
3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan bertudung biru.
Gaun / blaus warna biru gelap.

3.5

Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1

Semua murid mesti memakai T.Shirt sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang (track

bottom / pendek (bola sepak). Sewaktu pendidikan jasmani, murid dibolehkan memakai pakaian
senaman sehingga selesai pembelajaran ( Waktu Balik )

PERKARA 4 :
4.1

KEDATANGAN

Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.

4.1.1

Pada semua waktu persekolahan.

4.1.2

Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan

4.1.3

Aktiviti kokurikulum.

4.2

Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan daripada

ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.


4.3

Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta

memberi penjelasan.
4.4

Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa

kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.


4.5

Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga,

diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.

PERKARA 5 :
5.1

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

Bilik Darjah

5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.


5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.

5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahan-bahan
akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup suis kipas dan
lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.

5.2

Kawasan Sekolah

5.2.1

Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

5.2.2

Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.

5.2.3

Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.

5.2.4

Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.

5.2.5

Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.

5.2.6

Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.

5.2.7

Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.

5.3

Tandas Sekolah

5.3.1

Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.

5.3.2

Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip


setelah digunakan.

5.3.3

5.4

Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.

Papan Kenyataan

5.4.1

Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.

5.4.2

Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.

5.4.3

Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

5.4.4

Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak


memindah atau merosakkannya.

5.5

Harta Benda Sekolah.

5.5.1

Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang
terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik computer dan di
mana-mana sahaja kawasan sekolah.

5.5.2

Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

5.5.3

Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.

5.5.4

Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan ke


tempat asalnya dalam keadaan baik.

PERKARA 6 :
6.1

KAWASAN LARANGAN

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :

Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong di antara
pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.
6.2

Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang ditetapkan.

PERKARA 7 :

KANTIN

7.1

Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.

7.2

Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekas-bekas

yang disediakan selepas digunakan.


7.3

Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.

7.4

Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah

7.5

Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 8 :

TATATERTIB DAN KESOPANAN

8.1

Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.

8.2

Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama pelajar

8.3

Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi yang

bukan Islam.
8.4

Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga nama

baik sekolah.
8.5

Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH


Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin penggantungan sekolah
sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.

9.1

Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

9.2

Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

9.3

Memukul guru-guru.

9.4

Mengancam guru-guru atau Guru Besar.

9.5

Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan

pejabat Pelajaran.
9.6

Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.

9.7

Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.

9.8

Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.

9.9

Menghisap rokok dan mengambil dadah.

9.10

Berjudi.

9.11

Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.

9.12

Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran.

9.13

Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru Besar.

9.14

Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan


kacau bilau.dan perpecahan kaum.

PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB


10.1

Nasihat / Kaunseling

10.2

Menghubungi ibu bapa / penjaga

10.3

Amaran

10.4

Rotan satu kali

10.5

Rotan dua kali

10.6

Rotan tiga kali

10.7

Rotan melebihi tiga kali

10.8

Digantung sekolah

10.9

Ditukar ke sekolah lain (dicadang)

10.10

Dibuang sekolah (dicadang)

10.11

Laporan kepada polis

Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undangundang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERKARA 11: KOKURIKULUM


11.1.1

Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum


berikut :

11.1.1

Kelab / Persatuan Akademik

11.1.2

Pasukan beruniform / Pakaian Seragam

11.1.3

Sukan / Permainan

11.2

Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang
diambil.

11.3

Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform
/ pakaian sekolah / pakaian sukan.

11.4

Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .

PERKARA 12 :

PEPERIKSAAN

12.1

Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.

12.2

Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan

berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar.

PERKARA 13 :

PERTUKARAN SEKOLAH

13.1

Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.

13.2

Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah memastikan

pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 14 :
14.1

YURAN

Bayaran buku tulis mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.

PERKARA 15 :

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

15.1

Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.

15.2

Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :


15.2.1 pada akhir tahun

15.3

15.2.2

apabila diberhentikan dari sekolah

15.2.3

sebelum bertukar sekolah

15.2.4

apabila diarah oleh pihak sekolah.

Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.

PERKARA 16 :

PUSAT SUMBER SEKOLAH

16.1

Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.

16.2

Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di dalam

pusat sumber.
16.3

Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.

16.4

Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.

16.5

Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan tersusun.

16.6

Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17 :
17.1

PELAWAT

Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di pejabat, minta

kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa / murid
di sekolah.

PERKARA 18 :
18.1

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti dengan

satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah
lagi.
18.2

Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan apa

sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil
perhatian.
18.3

Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.

18.4

Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak serta semak

dan bantu dalam pelajarannya.


18.5

Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan pelajaran

serta kelakuan anak di sekolah.


18.6

Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah mendapat

kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan
sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.
18.7

Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.

18.8

Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.

18.9

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid lain.

18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran daripada pihak
pentadbiran.
18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.
18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu pengajaran dan
pembelajaran.
18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru supaya dapat
dihubungi pada masa kecemasan.
18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.
18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa barang
yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.

PERKARA 19 :
19.1

HAL-HAL LAIN

Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta kebenaran guru

dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa / waktu.


19.2

Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik atau majalah

hiburan ke sekolah.
19.3

Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam kawasan sekolah.

19.4

Pelajar di larang membawa serta menggunakan liquid paper.

19.5

Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan sticker

19.6

Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa

persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.


19.7

Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada waktu rehat..

19.8

Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas lain semasa

atau antara pertukaran masa.


19.9

Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau pelawat

masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh kepada semua guru,
kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah
dirujuk kepada Guru Besar.
19.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara
aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham
melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah merupakan kesalahan serius)
19.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK boleh
menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan perkataan /
perlakuan.
19.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga.Sebarang
perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.
19.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi setiap mata
pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.
19.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk membuat kerja
rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada masa yang telah ditetapkan.

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN


MATANG JAYA 2013.
PENGERUSI :
ENCIK SHARKAWI BIN ANNUAR
NAIB PENGERUSI : PUAN ROHANAH BT HJ KUHAMMAD (PK 1)
PUAN NAIMAH BT MATARANG (PKHEM)
ENCIK AWANG BASUANDI BIN AWANG AHMAD (PKK)
SETIAUSAHA
: PUAN NORAZAH BT ABDULLAH
PENYELARAS : PUAN AISAH BT MARACAN
PIBG
: ENCIK ZAIDEL BIN BUJANG
SENARAI NAMA GURU KELAS TAHUN1 2013
PUAN SITI AISAH BT MARACAN (TAHUN 1 AMANAH)

PUAN MARIA KAYAN (TAHUN 1 BESTARI)


PUAN DAYANG AZLIZAWATI BT ABG JOSMANI (TAHUN 1CEKAL)
PUAN LEE SIEW THIEN (TAHUN 1DINAMIK)
PUAN HAJJAH NORMADIAH BT DRAHMAN (TAHUN 1 ELIT)
ISNIN 5 NOVEMBER 2012-Mesyuarat Perancangan Program Transisi Dan Guru
Penyayang Tahun 1 2013.
JUMAAT 9 NOVEMBER 2012-Perbincangan mengenai Program yang akan dilaksanakan
mengikut subjek masing-masing dan menghantar lembaran aktiviti.
29 DISEMBER 2012- Menceriakan kelas Tahun 1 sebagai persiapan bagi tahun 2013,
mengemas dan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran.
1 JANUARI 2013- Persediaan mengajar bagi Tahun 2013
2 JANUARI 2013- Pelancaran Program Transisi dan Guru Penyayang .Guru besar
memberikan taklimat.
25 JANUARI 2013- Majlis Penutupan Program Transisi jam 8.30 pagi.
MENGAPA KITA MENGADAKAN PROGRAM TRANSISI?
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani muridmurid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal di Tahun Satu.
APAKAH TUJUAN PROGRAM TRANSISI?
Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan
baru dalam masa yang singkat.
Keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk
datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
APAKAH TEMA PROGRAM TRANSISI?
MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA
MINDA CERDAS:
Membina dan mengaplikasi kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan
saling membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam
aktiviti terancang menunjukkan minda yang cerdas.
MATA BERCAHAYA:
Dapat membina semangat dan terbentuk perasaan gembira hendak belajar bersama kawankawan dalam suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.SIAPAKAH ANGGOTA
JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI?
BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSISI?
PERSEDIAAN AWAL
Membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk:

pendaftaran murid-murid Tahun 1

taklimat kepada ibu bapa

minggu suai kenal

program pengajaran & pembelajaran

aktiviti lanjutan untuk murid-murid


BILA PROGRAM TRANSISI PERLU DILAKSANAKAN?

MINGGU SUAI KENAL:


Aktiviti yang berteraskan prinsip menyambung pengalaman prasekolah:

dan memperkenalkan sekolah kepada murid-murid Tahun 1


MINGGU DINAMIKA KUMPULAN:
Aktiviti yang berteraskan prinsip membina hubungan mesra di kalangan murid di samping
memperkenalkan persekitaran dan budaya sekolah:

aktiviti dinamika kumpulan

pengukuhan sosialisasi

motivasi diri

pemupukan nilai murni

pemupukan sosio-emosi
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

murid-murid Tahun 1 sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam

suasana yang menyeronokkan.


sudah dapat menguasai kemahiran asaS motor kasar dan halus, bahasa, estetika,

kreativiti, keagamaan dan ketatanegaraan.


proses pengajaran & pembelajaran

BAGAIMANAKAH MERANCANG JADUAL WAKTU PROGRAM TRANSISI?


Masa
: waktu 1 hingga 9 (juga rehat)
Aktiviti 1. Mencapai matlamat:
Siapa saya?
Siapa kawan saya?
Siapa guru-guru saya?
Sekolah saya?
Aktiviti 2. Mencapai matlamat:
Apakah yang kami dapat buat bersama-sama?
Matlamat kolaboratif:
kelas saya yang bersih, ceria dan seronok belajar
Aktiviti 3. Mencapai matlamat:
KAMI BELAJAR DENGAN YAKIN DAN SERONOK
PROGRAM TRANSISI
SET INDUKSI:

Bersalaman

Bertanya khabar

Ucapan tahniah

Beri pujian dan pengukuhan

Tepuk tangan untuk diri sendiri


MEMBINA HUBUNGAN:

Tepuk bersatu

Bersalaman dengan rakan baru di


kiri dan kanan

Galak murid-murid memberi ucapan salam dan senyuman


KENALI RAKAN:

Berkumpul mengikut tinggi, saiz badan, abjad hadapan nama dsb.nya


Nyanyi dalam kumpulan
Murid-murid berkenalan dan bersalaman antara satu dengan yang lain

MEMBINA KUMPULAN:

Berkumpul mengikut tinggi rupa bentuk segi empat, segi tiga, bujur dll

Bersalaman dan berkenalan

Pertandingan berkumpulan (susun rupa bentuk supaya menjadi objek)

Lukis bentuk di atas kertas warna, sapukan gam dan susun cantik-cantik di atas
kertas lukisan
BERKENALAN DENGAN MESRA:

Duduk dalam kumpulan

Murid-murid bersalaman

Murid-murid memperkenalkan diri

Haiwan kesayangan (pet)


PENUTUP DAN RUMUSAN:

Nyanyian

Tanya murid-murid tentang


aktiviti hari itu

Galak murid-murid datang esok

Murid bersalaman

Anda mungkin juga menyukai