Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT LAPIS

PERATURAN SEKOLAH 2018

BIL PERKARA CATATAN


MASA PERSEKOLAHAN
1. - Loceng Pertama akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Semua
murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan untuk Pra PdP.

- Tepat jam 7.40 pagi, semua murid akan berada di dalam kelas
untuk memulakan Pembelajaran :

 1.3 Loceng Rehat


 Waktu rehat selama 20 minit.
 Masa Rehat: Rehat Pertama ( Tahun 1, 4 dan Tahun 5 )
9.40 pagi hingga 10.10 pagi
 Rehat Kedua ( Tahun 2,3 dan Tahun 6 ) 10.10 pagi hingga
10.30 pagi
 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat
dengan arahan dan pengawasan guru.
 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas
dan di tangga bangunan.Makan hanya dibenarkan di
kantin sekolah sahaja.
 Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti
berbaris di luar kelas masing-masing dan masuk ke kelas
dengan arahan guru.

- Waktu Balik : 01.00 tengah hari.


 Sebelum balik,, bacaan doa akan dibacakan dan semua
murid akan mengaminkan doa. Apabila loceng waktu balik
dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan
teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

2. PERHIMPUNAN MINGGUAN
2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi
peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan hadir. Perhimpunan
mingguan akan dijalankan setiap minggu pada hari Isnin
bermula jam 07.40 pagi hingga 08.10

2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.

2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu


kebangsaan dan lagu negeri dengan suara yang lantang sambil
menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.

2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-


murid harus mengambil perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas


masing-masing dengan teratur dan senyap.

3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai
pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi
sekolah dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan
memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik
semula ke rumah.

3.1 Pakaian Murid Lelaki


3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.
3.1.2 Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.
-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan
butang baju hendaklah dikenakan sepanjang masa
persekolahan.
3.1.3 Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis
kepalanya tidak besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak
melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3 Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas
dan pendek. Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut
‘punk’.Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan.
Istilah pendek ialah :
 Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping
telinga.
 Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
 Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’
tidak melebihi garis tengah hidung.
 Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut)
seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran
KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2 Pakaian Murid Perempuan


3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna
biru tua (navy blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak
terlalu labuh / ketat.
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang
dipakai mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna
biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih
dengan ukuran yang sesuai.
3.2.4 Rambut / Kuku /Riben
 Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
 Rambut tidak boleh mencecah bahu.
 Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang
(plait) dengan menggunakan riben hitam atau biru.
 Murid –murid dilarang menyimpan kuku panjang dan
mewarnakannya dengan cat kuku dan sebagainya.
3.2.5 Alat-alat solek
 Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun
nipis.
3.2.7 Barang-barang Kemas
 Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas
seperti gelang,rantai leher,anting- anting,subang yang
besar,cincin dan lain-lain.

3.3 Kasut dan Sarung kaki


3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas
yang berwarna putih Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah


3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru
dan bertali leher berwarna merah tua.
3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung
berwarna biru dan bertudung biru. Gaun / blaus warna biru
gelap.

3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani


3.5.1 Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan
memakai seluar panjang (track bottom / pendek (bola sepak).
Sewaktu pendidikan jasmani, murid dibolehkan memakai
pakaian senaman sehingga selesai pembelajaran ( Waktu Balik )

4. KEDATANGAN
4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
4.1.1 Pada semua waktu persekolahan.
4.1.2 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
4.1.3 Aktiviti kokurikulum.

4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan


doktor atau surat keterangan daripada ibu bapa /
penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.

4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid
tidak hadir dan diminta memberi penjelasan.

4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar


dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-
guru Penolong Kanan.
4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil
oleh ibu bapa / penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku
kebenaran keluar sekolah.

5. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH


5.1 Bilik Darjah
5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas
kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan
menghias kelas dengan bahan-bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan
teratur.Tutup suis kipas dan lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja,
perabot antara kelas.
5.2 Kawasan Sekolah
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam
tong sampah yang disediakan.
5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang
bahan.
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam
kawasan sekolah.

5.3 Tandas Sekolah


5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan
sebarang alat.
5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan
menutup paip setelah digunakan.
5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam
saluran air / najis.

5.4 Papan Kenyataan


5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat
kebenaran guru.
5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
5.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti
ditanggalkan.
5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan
kenyataan dan tidak memindah atau merosakkannya.

5.5 Harta Benda Sekolah.


5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta
benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel,
kantin, pusat sumber, bilik computer dan di mana-mana sahaja
kawasan sekolah.
5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera
kepada guru.
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh
murid sendiri.
5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah
dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan
baik.

6. KAWASAN LARANGAN
6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru,
kawasan letak kereta, lorong di antara pejabat am dan bilik
guru dan tandas guru.

6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah


berada di tempat yang ditetapkan.

7. KANTIN
7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan /
minuman.
7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti
dimasukkan ke dalam bekas-bekas yang disediakan selepas
digunakan.
7.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau
menyediakan makanan.
7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan
sekolah
7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan
minum.

8. TATATERTIB DAN KESOPANAN


8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan
sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah /
pelawat dan sesama pelajar
8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan
ucapan sejahtera bagi yang bukan Islam.
8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang
sopan dan menjaga nama baik sekolah.
8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang
baik dengan sesiapa sahaja.
9. SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH
Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan
disiplin penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah
boleh diambil.
9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
9.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
9.3 Memukul guru-guru.
9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang
ditubuhkan oleh sekolah dan pejabat Pelajaran.
9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak
berkuasa sekolah.
9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan
merbahaya.
9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
9.10 Berjudi.
9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam
kawasan sekolah.

9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau
empat kali amaran.
9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada
guru atau Guru Besar.
9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan
tujuan menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.

10. TINDAKAN TATATERTIB


10.1 Nasihat / Kaunseling
10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung sekolah
10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
10.10 Dibuang sekolah (dicadang)
10.11 Laporan kepada polis

Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar


undang- undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang
dilakukan.

13. KOKURIKULUM
11.1.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3
aktiviti kokurikulum berikut :
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki
menyertai kegiatan yang diambil.
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu
pakaian unit beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru
penasihat .

12. PEPERIKSAAN
12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan
sekolah.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu
sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar.

13. PERTUKARAN SEKOLAH


13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau
penjaga.
13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa /
penjaga hendaklah memastikan pertukaran pusat peperiksaan
telah dibuat.

14. YURAN
14.1 Bayaran buku tulis mestilah dijelaskan dalam masa yang
ditetapkan.

15. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


15.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman
dengan baik.
15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang
baik :
15.2.1 pada akhir tahun
15.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah
15.2.3 sebelum bertukar sekolah
15.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah.

15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang
baru.

16. PUSAT SUMBER SEKOLAH


16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat
Sumber Sekolah.

16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau


mengganggu murid lain di dalam pusat sumber.

16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.

16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.

16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-
alat yang digunakan tersusun.

16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.

17. PELAWAT
17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki
melaporkan diri di pejabat, minta kebenaran daripada Guru Besar /
Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa / murid di
sekolah.

18. PERANAN IBU BAPA / PENJAGA


18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada
hari pertama, diikuti dengan satu minggu di kantin.Selepas itu,
ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah
lagi.

18.2 Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang


baru dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti
dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil
perhatian.

18.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan


lewat.

18.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan


keperluan anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.

18.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk


mengetahui kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di
sekolah.

18.6 Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau


murid lain, mestilah mendapat kebenaran daripada pihak
pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak dibenarkan
mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di
pejabat.

18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.

18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila


masa.

18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang


daripada beg murid lain.

18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa


kebenaran daripada pihak pentadbiran.

18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di


sebarang kelas.

18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.

18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh


mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan


kepada guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.

18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.

18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang


kemas dan membawa barang yang tiada kaitan dengan
pembelajaran.

18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.


19. HAL-HAL LAIN
19.1 Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar
mestilah meminta kebenaran guru dan tidak dibenarkan
bermain di surau serta melengahkan masa / waktu.

19.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat


permainan, komik atau majalah hiburan ke sekolah.

19.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda


tajam dalam kawasan sekolah.

19.4 Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.

19.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’

19.6 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada
setiap masa persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya
boleh dilakukan oleh Guru Kelas.

19.7 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu


persekolahan dan pada waktu rehat.
.
19.8 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di
beranda atau kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.

Anda mungkin juga menyukai