Anda di halaman 1dari 13

A) PERATURAN SEKOLAH BAGI KAKITANGAN SEKOLAH SJK (C) BUKIT

TANGGA

1. Guru mesti sentiasa mempunyai objektif pendidikan yang jelas yang berdasarkan
FPK.
2. Rancangan bagi setiap mata pelajaran harus disediakan dan diserahkan kepada
Guru Besar pada minggu kedua selepas sekolah dibuka pada bulan Januari.
3. Semua guru mesti mengemukakan Buku Rekod Mengajar untuk minggu yang
berikutnya pada hari Jumaat kepada Guru Besar atau PK1 untuk pemeriksaan.
4. Semua guru harus mematuhi segala perintah Kementerian Pendidikan, arahan
Jabatan Pendidikan dan Guru Besar serta semua keputusan mesyuarat sekolah.
5. Pakaian guru hendaklah kemas seperti yang tercatat di dalam perintah-perintah
am JPA dan pekeliling- pekeliling KPM.
6. Guru harus menjadi teladan baik kepada murid dari segi tingkahlaku dan
pertuturan.
7. Tanda nama (Name Tag) adalah diwajibkan dipakai di sekolah semasa mengajar
dan upacara rasmi di dalam atau di luar kawasan sekolah.
8. Mengarah murid ke arah perkembangan sahsiah yang positif. Menjaga disiplin
murid, keselamatan murid dan kebersihan sekolah adalah tanggungjawab
bersama semua guru.
9. Sentiasa menilai hasil kerja murid serta perkembangan akademik murid dan
seterusnya
mengambil tindakan yang sesuai.
10. Sentiasa menilai perangai serta kerja rumah murid dan penilaian ini dijadikan
rujukan
kepada Guru Darjah untuk menilai perkembangan akademik serta kesahsiahan
murid pada akhir penggal persekolahan.
11. Sekiranya perlu, maklumkan keputusan-keputusan mesyuarat guru dan
jawatankuasa
tertentu yang telah diluluskan kepada murid-murid serta murid-murid dapat
melaksanakannya.
12. Jurujual adalah tidak dibenarkan sama sekali berurusan dengan guru tanpa
keizinan Guru Besar. Dan jika ianya berlaku, pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kelak.
13. Sebarang tempahan buku kerja / buku ulangkaji / majalah untuk kegunaan murid
haruslah mendapat keizinan daripada Guru Besar terlebih dahulu.
14. Guru mesti mengawasi dan menjaga disiplin murid-murid semasa segala
perhimpunan dan perjumpaan sekolah.
15. Ibu Bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk kelas untuk berjumpa dengan murid /
guru tanpa kebenaran Guru Besar. Ini adalah untuk menjaga keselamatan murid
/ guru berkenaan.
16. Guru-guru yang ingin balik awal untuk hal peribadi haruslah mendapat
kebenaran daripada Guru Besar serta membuat catatan di dalam Buku Rekod.
17. Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen sekolah yang sangat penting. Jika
disalahgunakan atau hilang, ianya boleh melibatkan undang-undang. Ia mestilah
sentiasa berada di pejabat sekolah dan dilarang sekali dibawa balik ke rumah.
18. Guru Darjah bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keceriaan bilik darjah.
Guru Darjah mesti menjaga disiplin murid-murid sewaktu / keluar bilik darjah
serta pada masa sekolah bersurai.
19. Sekiranya murid-murid melanggar peraturan, guru haruslah memeberi nasihat
kepada mereka dan menyelesaikan masalah disiplin dengan cara yang sesuai.
Sebarang hukuman rotan mestilah dapatkan persetujuan dari Guru Besar
terlebih dahulu.
20. Pada setiap tahun persekolahan baru, Guru darjah dikehendaki: (a) Menyusun
tempat duduk dan merancang jadual bertugas murid-murid. (b) Mengedar buku-
buku. (c) Mengutip pebagai yuran serta mengeluarakn resit rasmi. (d)
Menyediakan / mempamerkan jadual waktu kelas. (e) Menyediakan sudut /
ruang mata pelajaran.
21. Menurut perintah-perintah am JPA dan pekeliling-pekeliling KPM, guru dan
kakitangan bukan guru harus memperolehi kebenaran pihak-pihak tertentu jika
ingin menjalankan kerja sambilan di luar. Sekolah tidak akan bertanggungjawab
ke atas kes-kes yang timbul akibat guru dan kakitangan bukan guru yang tidak
mematuhi / arahan perintah am / pekeliling tersebut.
B) PERATURAN SEKOLAH BAGI MURID –MURID SEKOLAH SJK (C) BUKIT
TANGGA

PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN


1.1. Loceng Pertama akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Semua murid dikehendaki
beratur di tapak perhimpunan untuk aktiviti bacaan pagi.
1.2. Tepat jam 7.30 pagi, semua murid akan berada di dalam kelas untuk memulakan
pembelajaran
1.3. Loceng Rehat
1.3.1 Waktu rehat selama 25 minit.
1.3.2 Masa Rehat: 10:00 pagi hingga 10.25 pagi
1.3.3 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan
dan pengawasan guru.
1.3.4 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan. Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.
1.4 Waktu Balik
1.4.1 Hari Isnin dan Selasa: 1:25 tengah hari
1.4.2 Hari Rabu hingga Jumaat: 12:55 tengah hari

PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN


2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah. Semua murid diwajibkan hadir. Perhimpunan mingguan akan dijalankan
setiap minggu pada hari Isnin bermula jam 07.30 pagi hingga 08.00 pagi.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa perhimpunan, murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu
negeri dan lagu sekolah dengan suara yang lantang sambil
menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.
2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus
mengambil perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing
dengan teratur dan senyap.

PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-
hari
persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan
rasmi. Semua
murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga
balik
semula ke rumah
3.1 Pakaian Murid Lelaki
3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.
3.1.2 Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.
3.1.3 Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.
3.1.4 Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya
tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75
cm.
3.1.5 Warna tali pinggang: Samada hitam atau biru.
3.1.6 Rambut
3.1.7 Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek.
3.1.8 Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’. Penggunaan jel
atau mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah:


 Di belakang: rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
 Di depan: rambut tidak menutup garis tengah dahi.
 Di sebelah: rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis
tengah hidung.
 Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.
3.2 Pakaian Murid Perempuan
3.2.1 Pakaian murid-murid perempuan adalah berwarna biru tua (navy blue)
dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.
3.2.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai
mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan
ukuran yang sesuai.
3.3 Rambut / Kuku /Riben
 Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
 Rambut tidak boleh mencecah bahu.
 Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait)
dengan menggunakan riben hitam atau biru.
 Murid–murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan
cat kuku dan sebagainya.
3.4 Alat-alat solek
Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.
3.5 Barang-barang Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,
rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin dan lain-lain.
3.6 Kasut dan Sarung kaki

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH


Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna putih.
Sarung kaki hendaklah berwarna putih.
3.7 Pakaian Seragam Pengawas sekolah
3.7.1 Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar pendek atau panjang biru tua, kemeja lengan pendek atau panjang
berwarna biru dan bertali leher berwarna merah tua.
3.7.2 Pakaian Pengawas Perempuan
Baju kemeja berlengan pendek atau panjang berwarna biru / baju kurung
berwarna biru dan bertudung biru.

3.8 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani


Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan memakai seluar
panjang (track bottom / pendek (bola sepak). Sewaktu pendidikan jasmani, murid
dibolehkan memakai pakaian senaman sehingga selesai pembelajaran (Waktu
Balik)
PERKARA 4: KEDATANGAN
4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
4.2 Pada semua waktu persekolahan.
4.3 Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan.
4.4 Aktiviti kokurikulum.
4.5 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor
atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat tersebut,
murid dianggap ponteng.
4.6 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan
diminta memberi penjelasan.
4.7 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.
4.8 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa /
penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.

PERKARA 5: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH


5.1 Bilik Darjah
5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan
teratur.Tutup suis kipas dan lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara
kelas.

5.2 Kawasan Sekolah


TURAN – PERATURAN SEKOLAH
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan
sekolah.
5.3 Tandas Sekolah
5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup
paip setelah digunakan.
5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air /
najis.
5.4 Papan Kenyataan
5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran
guru.
5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
5.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan
tidak memindah atau merosakkannya.
5.5 Harta Benda Sekolah.
5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah
yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik
komputer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.
5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan /
diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

PERKARA 6: KAWASAN LARANGAN


6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan:
6.1.1 Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak
kereta, lorong di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.
6.1.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di
tempat yang ditetapkan.
PERKARA 7: KANTIN
7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.
7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam
bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan.
7.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan
makanan.

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH


7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah.
7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 8: TATATERTIB DAN KESOPANAN


8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama
pelajar.
8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera
bagi yang bukan Islam.
8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan
menjaga nama baik sekolah.
8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan
sesiapa sahaja.

PERKARA 9: SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH


Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.
9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
9.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
9.3 Memukul guru-guru.
9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah
dan pejabat Pelajaran.
9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.
Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
9.7 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
9.8 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
9.9 Berjudi.
9.10 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.
9.11 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali
amaran.
9.12 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru
Besar.
9.13 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.

PERKARA 10: TINDAKAN TATATERTIB


10.1 Nasihat / Kaunseling
10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung sekolah
10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH


10.10 Dibuang sekolah (dicadang)
10.11 Laporan kepada polis
10.12 Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-
undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERKARA 11: KOKURIKULUM


11.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti
kokurikulum berikut:
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang
diambil.
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit
beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .

PERKARA 12: PEPERIKSAAN


12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu
peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran
Guru Besar.

PERKARA 13: PERTUKARAN SEKOLAH


13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.
13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah
memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.

PERKARA 14: YURAN


14.1 Bayaran buku tulis mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.
PERKARA 15: SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
15.1 Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik:
15.2.1 pada akhir tahun
15.2.2 apabila diberhentikan dari sekolah
15.2.3 sebelum bertukar sekolah
15.2.4 apabila diarah oleh pihak sekolah.
15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baharu atau wang.

PERKARA 16: PUSAT SUMBER SEKOLAH


16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.
16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di
dalam pusat sumber.
16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH


16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang
digunakan tersusun.
16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.

PERKARA 17: HAL-HAL LAIN


17.1 Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta
kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa /
waktu.
17.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan,
komik atau majalah hiburan ke sekolah.
17.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam
kawasan sekolah.
17.4 Pelajar di larang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.
17.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
17.6 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa
persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.
17.7 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada
waktu rehat.
17.8 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau
kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.
17.9 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru
atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan
patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang
aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.
17.10 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah
diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru
Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar
sekolah merupakan kesalahan serius).
17.11 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan
TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu
kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.
17.12 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.
17.13 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan
bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.
17.14 Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk
membuat kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat
pada masa yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai