Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK, 75450 BUKIT KATIL

MELAKA

TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)

BUKU PERATURAN SEKOLAH

NAMA: ________________________________

KELAS: _________________________________
ISI KANDUNGAN

1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


2. VISI DAN MISI SEKOLAH
3. PERATURAN – PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN
PERKARA 2: PAKAIAN MURID
PERKARA 3: RAMBUT
PERKARA 4: KENDERAAN DAN KEMALANGAN
PERKARA 5: PERHIMPUNAN
PERKARA 6: DISIPLIN DAN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH
PERKARA 7: REHAT, MAKANAN DAN MINUMAN
PERKARA 8: GERAK KERJA KO-KURIKULUM
PERKARA 9: TIDAK HADIR KE SEKOLAH
PERKARA 10: DATANG LEWAT KE SEKOLAH
PERKARA 11: PERATURAN DI TANDAS
PERKARA 12: PELAWAT
PERKARA 13: PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PERKARA 14: SURAT RAWATAN PERUBATAN
PERKARA 15: PAPAN KENYATAAN
PERKARA 16: HAL – HAL LAIN
PERKARA 17: KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT
4. SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID – MURID SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM
5. LAMPIRAN : i) CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI
ii) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI
iii) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN
iv) LENCANA SEKOLAH
v) LAGU SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU


BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PERATURAN-PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN

TAHAP 1
( TAHUN 1)

ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS: 7.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

JUMAAT: 7.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

(TAHUN 2 & 3)

ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS: 7.30 PAGI – 1.00 TENGAH HARI

JUMAAT: 7.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TAHAP 2

( TAHUN 4,5 & 6)

ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS: 7.30 PAGI – 1.30 TENGAH HARI

JUMAAT: 7.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

1.1 Murid hendaklah berada di sekolah pada pukul 7.15 pagi atau selewat-lewatnya 7.30
pagi
1.2 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah dalam waktu yang ditetapkan
iaitu 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari kecuali hari Jumaat iaitu mulai 7.30 pagi
hingga 12.00 tengah hari.
1.3 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah
kecuali dengan kebenaran rasmi.
1.4 Semua murid yang hadir lewat ke sekolah tanpa sebab yang munasabah selepas
loceng dibunyikan akan dikenakan tindakan. (Surat amaran)
i. Amaran Pertama - Warna putih
ii. Amaran kedua - Warna kuning
iii. Amaran Ketiga - Warna merah
iv. Sesi kaunseling
v. SSDM KPM
1.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sehingga tamat
waktu persekolahan melainkan dengan surat kebenaran GURU BESAR atau
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM , GURU PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID atau GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM.

PERKARA 2: PAKAIAN MURID

2.1 MURID LELAKI

2.1.1 BAJU
Semua murid lelaki mestilah memakai kemeja berwarna putih, lengan pendek atau
berlengan panjang, berkolar dan satu poket di sebelah kiri. Jika kemeja berlengan
panjang, ia hendaklah dibutangkan.

2.1.2 SELUAR
Semua murid lelaki mestilah memakai seluar panjang berwarna biru tua (navy blue). Panjang
seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali. Paras seluar di pinggang. Ukuran di peha cukup
untuk duduk bersila. Semua murid dilarang sama sekali memakai seluar ketat, jenis bottom,
jeans atau yang pleat.

2.1.3 SONGKOK
Murid-murid dibenarkan memakai songkok dan digalakkan untuk memakai songkok
berwarna hitam pada hari Jumaat.

2.1.4 TALI PINGGANG


Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua tanpa corak boleh digunakan.
Lebarnya tidak melebihi 2.5cm. Kepala tali pinggang mestilah tidak besar atau
berbentuk-bentuk.

2.1.5 TALI LEHER


Semua murid lelaki wajib memakai tali leher berwarna Kuning.

2.2 MURID PEREMPUAN

2.2.1 BAJU
Murid-murid adalah digalakkan untuk memakai baju kurung jenis tradisional
leher teluk belanga berwarna putih. Panjangnya mestilah sampai ke lutut.

2.2.2 KAIN
Kain hendaklah kain bersusun dan berwarna biru tua.

2.2.3 TUDUNG
Pelajar perempuan Islam adalah digalakkan memakai tudung kepala berwarna putih,
berbentuk segi tiga sama berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. Tudung
berawning adalah dibenarkan.

2.2.4 PINAFORE
Baju ‘Pinafore’ berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja putih
berlengan pendek, bertali leher, berkasut dan bersarung kaki warna putih.

2.3 Murid-murid adalah dilarang keras memakai sebarang perhiasan dan barang-barang kemas.

2.4 Murid-murid adalah dilarang sama sekali menggunakan alat solek.


2.5 Kuku mestilah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan sama ada menggunakan pewarna kuku
atau inai termasuk di tangan.

2.6 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI


Semua murid mestilah memakai kemeja T berwarna putih atau baju rumah sukan atau yang
mempunyai lambang sekolah bersama seluar sukan (track bottom) berwarna gelap seperti
hitam atau biru gelap dan berkasut sekolah sewaktu mengikuti Pendidikan Jasmani.

2.7 LENCANA SEKOLAH / TANDA NAMA


Semua murid adalah diwajibkan memakai lencana di poket baju manakala tanda nama di atas
poket di sebelah kiri kemeja atau baju. Lencana yang telah hilang warna, dikikis dan
diubahsuai tidak boleh digunakan. (Rujuk lampiran)

2.8 STOKIN
Stokin pendek berwarna putih sahaja yang boleh digunakan kecuali Pengawas.

2.9 KASUT
Semua murid adalah dimestikan memakai kasut kanvas berwarna putih. Selipar dan kasut kulit
adalah tidak dibenarkan sama sekali.

PERKARA 3: RAMBUT

3.1 RAMBUT MURID LELAKI


( Rujuk gambarajah )

3.1.1 Murid-murid lelaki adalah dilarang menyimpan rambut panjang.

3.1.2 Istilah rambut panjang adalah seperi berikut : -

(a) di belakang : rambut jatuh melebihi di bawah cuping telinga.


(b) di hadapan : rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) di sisi : rambut menutup kedua-dua telinga atau
(d) di atas : rambut melebihi daripada 15 cm panjang.
* Rambut berfesyen tidak dibenarkan sama sekali.

3.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN


3.2.1 Bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah sentiasa kemas kecuali
mereka yang memakai tudung / mini telekung. Ikatan rambut sebagai tocang atau ekor kuda
dibenarkan menggunakan reben berwarna hitam atau biru sahaja.
3.2.2 Sepit-sepit atau hiasan rambut yang beraneka warna atau bermanik adalah tidak
dibenarkan.
3.3 Penggunan pewarna rambut atau fesyen rambut yang bertentangan dengan arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dilarang.

PERKARA 4: KENDERAAN & KEMALANGAN

4.1 Semua murid hendaklah meletakkan basikal di tempat yang dikhaskan.

4.2 Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menunggang motosikal sendiri untuk hadir
ke sekolah kecuali jika dihantar oleh ibu bapa/penjaga.

4.3 Semua basikal hendaklah dikunci dengan sempurna untuk keselamatan.

4.4 Semua basikal yang tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan ( seperti tiada brek, tongkat
loceng dan lain-lain) dilarang dibawa ke sekolah.

4.5 Murid dilarang menunggang basikal atau motosikal di dalam kawasan sekolah.

4.6 Murid hendaklah mematuhi peraturan jalan raya dan peraturan turun bas.

4.7 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab membayar ganti rugi atau apa-apa kos kepada sesiapa
yang mengalami kemalangan semasa berada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

4.8 Murid yang mengambil polisi insuran boleh menuntut ganti rugi dan sebagainya seperti yang
ditetapkan oleh pihak insuran.

4.9 Ibu bapa yang menghantar anak-anak tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah .

PERKARA 5: PERHIMPUNAN

5.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu.

5.2 Bacaan Yaasin pada setiap hari Selasa, , Khamis dan Jumaat bermula jam 7.15 pagi dan murid
bukan islam berada di kelas moral

5.3 Semua murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan yang diadakan di tapak
perhimpunan.

5.4 Semua murid dilarang bercakap-cakap sewaktu berada di tapak perhimpunan. Semua murid
dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, lagu sekolah dan Lagu Aku
Negaraku dengan penuh semangat (Isnin sahaja).

PERKARA 6: DISIPLIN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH


6.1 Murid dilarang masuk ke dalam kelas sebelum pembelajaran bermula dan juga pada waktu
rehat. Murid yang bertugas hendaklah bertugas membersihkan kelas pada waktu tersebut.
Sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

6.2 Semua murid tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh di dalam bilik darjah.

6.3 Semua murid adalah dilarang makan di dalam kelas.

6.4 Murid dibenarkan minum di dalam kelas kecuali :

i. minuman tin/botol berkarbonat

ii minuman yang memabukkan

6.5 Pastikan semua suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.

6.6 Semua murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan oleh guru.

6.7 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah pada bila-bila masa tanpa keizinan guru.
Murid dikehendaki memakai “PAS KELUAR” semasa keluar dari kelas sama ada ke pejabat, bilik
air atau atas urusan lain.Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu-satu masa.

6.8 Semua murid dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.

6.9 Semua murid dilarang menconteng, merosakkan semua perabot, memecah tingkap, pintu dan
peralatan bilik darjah. Murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah secara sengaja
dikehendaki membayar ganti rugi kos membaik pulih alatan tersebut.

6.10 Sewaktu ketiadaan guru, bilik darjah adalah dalam kawalan ketua dan penolong kelas serta
pengawas yang berkenaan.

6.11 Semua murid dilarang menyimpan wang atau barang-barang berharga di dalam beg atau di
dalam meja.

6.12 Murid hanya dibenarkan membawa duit tidak melebihi Rm 10.00 kecuali dengan kebenaran.

PERKARA 7: REHAT, MAKANAN DAN MINUMAN

7.1 Semua murid mestilah makan dan minum di kantin sahaja termasuk murid yang membawa
bekal makanan.

7.2 Semua murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman.
7.3 Semua murid hendaklah menggunakan kantin sepenuhnya untuk membeli makanan dan
minuman. Segala sisa makanan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang telah disediakan.

7.4 Semua murid adalah dilarang mengambil, merosakkan dan memusnahkan alat-alat kantin
seperti sudu, garfu, gelas, piring dan botol kosong.

7.5 Semua murid perlu menjaga kebersihan kantin dan kawasan sekelilingnya dengan membuang
sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

7.6 Semua murid dilarang membeli makanan dan minuman dari penjaja yang berada di luar
kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ,pihak
sekolah tidak akan bertanggunjawab.

7.7 Semua murid tidak dibenarkan menjual atau membeli apa juga jenis barangan jualan di dalam
kelas.

7.8 Semua murid juga dilarang makan gula-gula getah (chewing gum).

PERKARA 8: GERAK KERJA KO-KUKURIKULUM

8.1 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sebuah rumah sukan dan mengambil bahagian
dalam kegiatan sukan.

8.2 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya SATU persatuan atau kelab
dan satu pasukan unit pakaian seragam.

8.3 Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum digalakkan memakai uniform
lengkap.

PERKARA 9: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

9.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa surat doktor atau keterangan ibu
bapa/penjaga pada hari berikutnya dan diserahkan kepada guru kelas.

9.2 Sekiranya murid tidak hadir lebih dari tiga hari secara berturut-turut, ibu bapa hendaklah
menelefon atau berjumpa dengan pihak sekolah dengan segera untuk makluman.

9.3 Sekiranya tidak hadir dan tiada sebarang makluman, murid tersebut dikira ponteng sesi
persekolahan dan pihak sekolah akan menghantar surat peringatan pertama dan seterusnya.

PERKARA 10: DATANG LEWAT KE SEKOLAH

10.1 Murid lewat adalah murid yang tiba ke sekolah selepas 7.30 pagi.

10.2 Setiap murid yang lewat, tidak dibenarkan ke kelas tanpa kebenaran Guru Besar atau guru
bertugas mingguan atau guru disiplin.
10.3 Dalam hal-hal tertentu, ibu bapa/penjaga boleh secara rasmi atau bertulis meminta kebenaran
daripada Guru Besar.

PERKARA 11: PERATURAN DI TANDAS

11.1 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama.

11.2 Laporkan sebarang kerosakan dan masalah mengenai tandas kepada guru bertugas mingguan.

11.3 Murid mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum pergi ke tandas.

11.4 Gunakan tandas murid sahaja. Semua murid dilarang menggunakan tandas guru.

11.5 Semua murid hendaklah menggunakan tandas dengan penuh tanggungjawab dan tidak
merosakkan alat-alat tandas.

11.6 Penggunaan tandas tidak dibenarkan setengah jam selepas waktu rehat.

PERKARA 12: PELAWAT

12.1 Pelawat (ibu bapa/penjaga/saudara dan lain-lain) dikehendaki mengambil pas pelawat di
pondok pengawal sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah

12.2 Pelawat juga wajib mengisi borang kebenaran daripada pihak sekolah sebelum meninggalkan
kawasan sekolah

12.3 Ibu bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membawa murid pulang.

12.4 Murid boleh pulang dengan mendapat kebenaran bertulis dari pentadbir sahaja.

12.5 Catatkan di buku kebenaran keluar/balik di pejabat sekolah.

PERKARA 13: PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

13.1 Semua murid warganegara Malaysia sahaja berhak menerima skim pinjaman buku teks.
13.2 Buku yang dipinjam mestilah dibalut.

13.3 Jika hilang, mesti diganti dengan buku atau wang.


13.4 Buku yang dipinjam adalah Hak Kerajaan Malaysia.

13.5 Jika gagal memulangkan buku:

13.5.1 Tahun berikut tidak layak untuk menerima buku teks.

13.5.2 Sijil berhenti sekolah akan ditahan.

13.5.3 Jika buku rosak teruk padahal buku tersebut adalah buku baru, murid perlu
menggantikan buku berkenaan.

13.5.4 Murid wajib memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

13.5.5 Murid dilarang meninggalkan buku teks di kelas dan kawasan sekolah selepas waktu
persekolahan

PERKARA 14: SURAT RAWATAN PERUBATAN


14.1 Dapatkan surat ini di pejabat sekolah.

14.2 Pergi ke klinik dengan keluarga ataupun guru bertugas.

14.3 Dapatkan pengesahan doktor.

14.4 Jika mendapat cuti serahkan surat tersebut kepada guru kelas.

PERKARA 15: PAPAN KENYATAAN


15.1 Jangan sentuh atau rosakkan papan kenyataan.

15.2 Notis hanya boleh ditampal oleh guru atau pengawas sekolah.

15.3 Setiap pelajar wajib membacanya dan mengambil tahu mengenainya.

PERKARA 16: HAL-HAL LAIN


16.1 Semua murid dikehendaki mematuhi segala peraturan bilik-bilik khas . Kesemua bilik- bilik khas
ini hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran guru.
16.2 Semua murid dilarang menggunakan surau kecuali untuk beribadat dan pada waktu yang
dibenarkan sahaja.
16.3 Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani kecuali bagi mereka
yang mendapat kebenaran surat akuan doktor.
16.4 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru atau Pejabat sekolah tanpa
urusan rasmi.
16.5 Semua murid yang sakit dan hendak ke hospital pada waktu persekolah hendaklah mengisi
nama dalam buku murid keluar dan juga mendapat surat RAWATAN DOKTOR daripada guru
bertugas/pejabat sekolah.
16.6 Semua murid mestilah sentiasa menghormati guru-guru dan pengawas serta bersopan
santun.
16.7 Semua murid tidak dibenarkan membawa barang-barang berikut ke sekolah:
16.7.1 gunting (hujung tajam)
16.7.2 pisau/pisau lipat
16.7.3 liquid paper/cecair pemadam pen
16.7.4 Pen Marker Permanent
16.7.5 Pensel mekanikal/ pensel tekan
16.7.6 pen highlighter (kecuali tahap 2)
16.7.7 barang permainan
16.7.8 barang berbahaya seperti mancis, kaca, dll
16.8 Telefon bimbit/tablet serta gadjet tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

PERKARA 17: KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT


( PEKELILING BIL.9/1975 )

17.1 Menjadi ahli pertubuhan haram

17.2 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.

17.3 Memukul kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.

17.4 Mengancam kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.

17.5 Melanggar peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh SEKOLAH dan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

17.6 Menulis surat kepada akhbar tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.

17.7 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-
murid.

17.8 Sengaja merosakkan harta kerajaan atau sekolah.

17.9 Mencuri.

17.10 Mengancam murid-lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.

17.11 Merokok atau mengambil najis dadah di dalam atau di luar sekolah.
17.12 Berjudi.

17.13 Meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.

17.14 Masih membantah hukuman guru walaupun sudah diberi tiga atau empat kali amaran.

17.15 Menunjukkan sikap bongkak atau menghina kakitangan sekolah, guru-guru dan Guru
Besar.

17.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau-bilau dan perpecahan kaum.

17.17 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar / Penolong Kanan
sebagai melanggar tatatertib yang BERAT.

SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID-MURID

1. Datang lewat ke sekolah.


2. Berambut panjang (rujuk gambarajah gaya menyimpan rambut murid lelaki).
3. Mewarnakan rambut.
4. Memakai barang kemas berharga.
5. Memakai barang kemas hiasan (costume jewellery)
6. Berkuku panjang / mewarnakan kuku.
7. Menunggang motosikal ke sekolah.
8. Tidak memakai pakaian yang besesuaian untuk Pendidikan Jasmani dan kegiatan Ko-
Kurikulum.
9. Memakai seluar “ jeans ” dalam kawasan sekolah.
10. Memakai seluar ketat atau bel bottom.
11. Berjudi.
12. Mencuri.
13. Memeras ugut.
11. Membawa senjata berbahaya dan bahan-bahan berbahaya.
14. Membawa bahan-bahan bacaan lucah ke sekolah.
15. Membawa radio ke sekolah ( kecuali dengan kebenaran ).
16. Sengaja merosakkan harta persendirian sekolah
(contohnya ; - meconteng dinding ), guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.
17. Mengancam atau mengganggu murid lain.
18. Bersikap degil terhadap guru ( kurang sopan, angkuh ).
19. Bergaduh / bertumbuk.
20. Buli / ragging.
21. Tidak menghormati bendera kebangsaan negeri, lagu
kebangsaan dan lagu negeri.
22. Berkhalwat / berdua-duaan.
23. Merokok, membawa rokok atau menagih rokok.
24. Memakai topi ( cap ), semua jenis selipar, baju T dalam yang berwarna dan tali pinggan
kepala besar di kawasan sekolah.
25. Bercelak atau memakai ‘ make up ’.
26. Tidak mengancing lengan baju dan butang.
27. Memakai kain singkat dan memakai kasut kulit.
28. Berbaju jarang dan sempit ( bagi murid perempuan ).
27. Meninggalkan buku teks pinjaman ( SPBT ) dalam kelas selepas waktu persekolahan.

PERINGATAN

1. Senarai undang-undang dan peraturan tidak tamat di sini sahaja. Ia merangkumi arahan dan
undang-undang/peraturan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Peraturan yang baru atau pindaan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
LAMPIRAN

CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN


CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID PEREMPUAN
LAGU SEKOLAH

KAMI WARGA CEMERLANG

Di sini kami dididik

Menjana minda dan jiwa

Bersama para pendidik

Ke arah negara jaya.

Pemikiran perlu inovatif

Semangat kental dinamik

Daya cipta yang kreatif

Membentuk sikap positif

Sk Kampung Tun Razak

Lambang sekolah terbilang

Santun pekerti berakhlak

Kamilah warga cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai