Anda di halaman 1dari 40

ISI KANDUNGAN

1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


2. PENGENALAN
3. PERATURAN KOLEJ
I. MATLAMAT
II. MASA PERSEKOLAHAN
III. KEDATANGAN
4. ETIKA PAKAIAN
5. TATATERTIB DAN KELAKUAN
6. PERHIMPUNAN
7. BILIK DARJAH
8. AMALI SAINS SUKAN
9. KANTIN
10.BILIK AIR DAN TANDAS
11.KEBERSIHAN
12.KESELAMATAN
13.HAKMILIK DAN TANGGUNGJAWAB
14.JENIS-JENIS KESALAHAN, TINDAKAN DAN HUKUMAN
15.LAMPIRAN
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berahlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENGENALAN

Tujuan penyediaan Buku Peraturan Pelajar Kolej Tingkatan Enam Sultan


Sallehuddin adalah rujukan dan garis panduan untuk mencegah
berlakunya salah laku dan perbuatan melanggar disiplin oleh pelajar.
Adalah amat penting semua pelajar mengetahui dan memahami segala
peraturan kolej yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di kolej.
Untuk tujuan ini, pihak KteSS melaksanakan arahan KPM yang berbunyi
“maka Peraturan-Peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk
murid-murid hendaklah dibina oleh sekolah”.

Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975, Disiplin di Sekolah


Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid menyatakan :

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah


masing-masing secara bertulis. (Rujuk perkara 4 pada pekeliling
berkenaan)

Semua guru, waris dan murid memahami benar-benar bahawa tiap-tiap


mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah
sekolah. Dengan sendirinya Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan
kepada Guru, Waris dan Murid-Murid di sekolah.

Page 1 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

PERATURAN KOLEJ
MATLAMAT
a) Mewujudkan suasana disiplin kolej yang sempurna ke arah melicinkan pentadbiran dan
kejayaan pendidikan.
b) Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
c) Melatih pelajar menerima dan mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan penuh rasa
bertanggungjawab.
d) Menjaga kualiti kolej sepanjang masa

MASA PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan ialah :
Sesi Pagi Ahad – Khamis 7.40 pagi – 2.40 petang
Kecuali hari Rabu 4.00 petang 9 (Aktiviti Kokurikulum)

KEDATANGAN
a. Pelajar-pelajar hendaklah berada di kolej sebelum pukul 7.30 pagi.
b. Pada pukul 7.15 pagi, pelajar-pelajar beratur di tapak perhimpunan bersedia untuk Program
Dinee sebelum bersedia untuk masuk ke kelas masing-masing bersama-sama dengan guru
masa pertama.
c. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas sebelum P&P bermula pada jam 7.40
pagi.
d. Semua pelajar hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah melalui Pintu Utama (Pintu A).
Bagi pelajar yang berbasikal dan motosikal mereka dibenarkan masuk melalui Pintu B sahaja.
Motosikal mesti dituntun di pintu laluan kedua sehingga ke tempat letak motosikal. Pintu C
dan D boleh digunakan oleh para pelajar untuk masuk ke kawasan sekolah sebelum 7.30
pagi dan akan ditutup selepas itu.
e. Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sepanjang masa persekolahan
dan semasa kegiatan-kegiatan lain diadakan di sekolah.
f. Kebenaran keluar dari kawasan sekolah kerana urusan penting semasa waktu persekolahan
mesti mendapat kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Guru Bertugas.
g. Pelajar-pelajar yang sakit bolehlah mendapat surat rawatan daripada guru bertugas untuk
membolehkan mereka berjumpa doktor. Pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan segera
dibenarkan pergi ke hospital/klinik pada waktu persekolahan dengan ditemani oleh guru
bertugas atau waris.
h. Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah dikehendaki mengemukakan surat daripada
doktor/waris.
i. Pelajar-pelajar yang gagal menghubungi pihak sekolah selepas tidak hadir ke sekolah selama
tiga hari berturut-turut akan diberi surat amaran (amaran pertama).
j. Pelajar-pelajar yang lewat tiba ke sekolah hendaklah memberitahu sebab-sebab
kelewatannya kepada guru bertugas/ BKTE.
k. Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang sengaja datang lewat,
ponteng kelas dan ponteng sekolah.

Page 2 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

KOD ETIKA PAKAIAN PELAJAR TINGKATAN ENAM


Mulai tahun 2015, pelajar Prauniversiti atau Tingkatan Enam telah dibenarkan oleh pihak kerajaan
untuk memakai pakaian kasual atau pakaian tradisional semasa sesi persekolahan. Hal ini
dilaksanakan bagi menjenamakan semula pengajian Tingkatan Enam dan sebagai kod pakaian
baharu Tingkatan Enam.

Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia


Ke-203, Etika Pemakaian Murid Tingkatan Enam yang baharu telah diluluskan pada 21 November
2014. Ianya diselaraskan dengan etika pemakaian di Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi Sains. Oleh
itu, pelajar hendaklah mematuhi peraturan etika pemakaian baharu yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian.

1. Etika Pemakaian Pelajar Lelaki

i. Pelajar lelaki dibenarkan memakai baju kemeja yang berwarna cerah atau bercorak
belang atau berpetak sahaja. Corak bunga dan rekaan lain tidak dibenarkan.
ii. Seluar yang dipakai hendaklah mempunyai kepanjangan melebihi buku lali serta tidak
ketat.
iii. Seluar pendek dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
iv. Panjang tali pinggang yang dihadkan hanya 5 sentimeter sahaja. Lebih panjang
daripada itu adalah dilarang.
v. Pakaian yang diperbuat daripada bahan denim tidak dibenarkan untuk dipakai ke
sekolah.
vi. Pemakaian kasut dan stoking adalah wajib.
vii. Dilarang memakai selipar, sandal atau terompah.
viii. Pelajar hendaklah memakai seluar panjang atau trek dan kemeja-T lengan panjang
atau pendek semasa aktiviti luar.

2. Etika Pemakaian Pelajar Wanita

i. Pelajar wanita hendaklah memakai baju kurung atau pakaian tradisional.


ii. Dibenarkan memakai seluar panjang, gaun labuh, skirt melebihi paras lutut, dan blouse
berlengan.
iii. Pakaian ketat tidak dibenarkan.
iv. Selipar atau sandal tidak dibenarkan. Hanya kasut yang menutupi kaki sahaja
dibenarkan.
v. Pelajar hendaklah memakai seluar panjang atau trek dan kemeja-T lengan panjang
atau pendek semasa aktiviti luar.
vi. Pelajar lelaki dan wanita yang akan melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam
hendaklah mengikuti semua etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Page 3 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

3. RAMBUT

PELAJAR LELAKI
1. Rambut dibahagian belakang hendaklah tidak melebihi garisan dibawah dua telinga.
2. Bahagian depan hanya boleh menutup garisan tengah dahi.
3. Disebelah sisi tidak boleh menyentuh kedua-dua telinga. Side burn mesti tidak melebihi
garisan tengah hidung.
4. Bahagian atas tidak lebih daripada 6cm
5. Pelajar-pelajar 4.2.1 (Rujuk Lampiran)
6. Semua pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut.
7. Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan rambut dan mempamerkan fesyen rambut.

4. TATATERTIB DAN KELAKUAN

a) Setiap pelajar dikehendaki mengamalkan tingkahlaku yang baik sepanjang masa


samada di sekolah ataupun di luar sekolah.
b) Semua pelajar dikehendaki memakai uniform sekolah ketika berada dalam kawasan
sekolah kecuali dengan kebenaran guru.
c) Semua pelajar hendaklah sentiasa menghormati semua guru, kakitangan dan tetamu
sekolah. Apabila bertemu dengan mereka di mana-mana sahaja pelajar hendaklah
mengucapkan salam/selamat.
d) Semua pelajar dilarang keras melakukan mana-mana satu daripada berikut :-
i. Menjadi ahli pertubuhan haram
ii. Membawa senjata yang berbahaya
iii. Mencuri
iv. Menghisap rokok dan menyalahgunakan dadah
v. Bergaduh
vi. Mengancam atau memukul pelajar-pelajar lain
vii. Mengancam atau memukul guru atau kakitangan sekolah
viii. Merosakkan harta benda persendirian pelajar- pelajar lain, guru-guru, kakitangan
sekolah.
ix. Merosakkan harta benda sekolah atau awam
x. Ingkar perintah pengetua
xi. Menimbulkan perkara-perkara sensitif
xii. Duduk berdua-duaan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam keadaan yang
boleh menimbulkan fitnah
xiii. Membawa kawan atau orang luar masuk ke kawasan sekolah serta menggunakan
kemudahan-kemudahan di sekolah kecuali yang ada urusan dengan pihak sekolah.
xiv. Memanjat pagar sekolah
xv. Menulis surat kepada akhbar atau sebaran am lain tanpa kebenaran Tuan Pengetua

Semua pelajar bertanggungjawab menyampaikan surat-surat rasmi sekolah atau buku


laporan kemajuan kepada ibubapa / waris masing-masing untuk dibaca, disemak atau
ditandatangani.

Page 4 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

PERHIMPUNAN

 Semua pelajar dimestikan hadir ke perhimpunan yang diadakan oleh pihak sekolah.
 Perhimpunan mingguan rasmi adalah pada hari Ahad kecuali ada perubahan.
 Semua pelajar mesti mematuhi arahan guru dan pengawas sebelum, semasa dan selepas
perhimpunan.
 Semua pelajar dikehendaki memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya terhadap pengumuman,
nasihat, ucapan atau teguran yang disampaikan.

BILIK DARJAH

i. Semua pelajar dimestikan hadir ke perhimpunan yang diadakan oleh pihak sekolah
ii. Semua pelajar dikehendaki segera berdiri memberi hormat serta mengucapkan salam/selawat
kepada guru, kakitangan atau pelawat.
iii. Seseorang pelajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa pembelajaran berlangsung.
Segala urusan hendaklah dibuat pada waktu rehat atau pada waklu lapang yang lain.
iv. Seseorang pelajar yang ingin keluar daripada bilik darjah kerana urusan tertentu mestilah mendapat
kebenaran daripada guru yang sedang mengajar dalam kelasnya. Pelajar berkenaan dikehendaki
balik semula ke bilik darjah dengan segera.
v. Semua pelajar dikehendaki berbaris dan berjalan berdua-dua semasa bergerak dalam kumpulan
menuju ke bilik darjah
vi. Semua suis kipas dan lampu hendaklah dimatikan sebelum meninggalkan bilik darjah.
vii. Semua pelajar mesti keluar dari bilik darjah pada waktu rehat dan ketika pelajaran pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dijalankan di padang.
viii. Semua pelajar ditegah makan dalam bilik darjah
ix. Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah serta kaki lima
kelas masing-masing.
x. Sila bersihkan kelas sebelum pelajaran waktu pertama bermula dan pada lima minit sebelum
persekolahan berakhir.
xi. Bersihkan bilik darjah, tutup tingkap dan pintu setiap kali hendak pulang.

AMALI SAINS SUKAN


i. Semua pelajar Sains Sukan mestilah memakai T-Shirt Kolej lengkap dengan seluar dan kasut
sukan untuk menjalankan amali di pandang kolej
ii. Sekiranya ada yang tidak boleh mengikuti latihan amali atas sebab-sebab kesihatan, surat
pengesahan doktor/waris/guru bertugas hendaklah diserahkan kepada guru Sains sukan yang
berkenaan

KANTIN
i. Semua perkakas kantin seperti pinggan mangkuk, gelas, cawan,sudu dan garpu hendaklah
diletakkan ditempat yang disediakan.
ii. Semua pelajar dilarang membeli makanan dan minuman yang dijual di luar kawasan sekolah pada
waktu persekolahan.

BILIK AIR DAN TANDAS


i. Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik air dan tandas
ii. Segala sampah sarap jangan dibuang ke dalam besen basuh tangan atau lubang tandas.
iii. Gunakan air tanpa membazir
iv. Bersihkan tandas setiap kali selepas menggunakanya dengan cara mengepamnya atau
mencurahkan air.

Page 5 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

v. Semua pelajar dilarang keras menconteng,melakar atau menulis pada dinding bilik air dan tandas.
vi. Elakkan daripada membuat bising ketika berada di bilik air.

BANGUNAN KAWASAN dan HARTA BENDA SEKOLAH


i. Semua pelajar dikehendaki menjaga keselamatan bangunan atau harta benda sekolah.
ii. Semua pelajar dikehendaki menjaga kebersihan sekolah
iii. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil atau merosakkan harta benda sekolah.
iv. Pelajar-pelajar dilarang menconteng pada tembok dinding bilik darjah, dinding bangunan pintu,
tingkap atau di mana-mana sahaja di sekolah.
v. Pelajar-pelajar dilarang melukis, melakar, melorek, mengukir atau menggaris dengan pen, pensil,
cecair pemadam atau benda-benda tajam pada kerusi dan meja.
vi. Pelajar-pelajar digalakkan memungut sampah sarap yang terdapat di sekitar kawasan sekolah
vii. Sebarang kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas
viii. Sebarang kerosakan harta benda sekolah yang disebabkan oleh pelajar hendaklah diganti oleh
pelajar/kumpulan pelajar berkenaan.
ix. Pelajar tidak dibenarkan berada di tempat larangan (bilik-bilik khas) kecuali dengan kebenaran
guru.

TATATERTIB SEMASA REHAT


i. Ikut jadual waktu seperti yang ditetapkan :- Waktu rehat : Pukul 9.40 pagi – 10.10 pagi (6 Atas)
dan 10.20 pagi – 10.50 pagi (6 Bawah)
ii. Makan dan minum sebelum atau selepas waktu rehat adalah DILARANG.
iii. Membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah adalah salah di sisi undang-undang dan
peraturan sekolah. Mereka yang melanggarnya boleh diambil tindakan disiplin.
iv. Semasa rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas kecuali mereka yang
mendapat kebenaran guru/pengawas atau ketika hujan.
v. Amalkan beratur setiap kali membeli makanan dan Minuman. Ikut jalan sehala yang telah
ditetapkan.
vi. Air kosong untuk minuman dibenarkan dibawa ke dalam kelas.

TATATERTIB SEMASA DI KANTIN


i. Semua pelajar hendaklah beratur semasa membeli makanan.
ii. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan ke kantin sebelum waktu persekolahan dimulakan, waktu rehat
dan selepas sekolah.
iii. Makanan dan minuman yang dibeli hendaklah dimakan atau diminum di kantin. JANGAN
membawa makanan dan minuman naik ke atas bangunan.
iv. Jauhi sikap membuang sampah merata-rata. Gunakan tong-tong sampah yang telah disediakan
v. Alat-alat kantin seperti pinggan mangkuk, gelas sudu dan lain-lain patut diletakkan di tempat-
tempat yang dikhaskan selepas digunakan.
vi. Semua peralatan kantin jangan dibawa keluar dari Kantin,kecuali mendapat kebenaran daripada
pengawas.
vii. Perbuatan meludah merata-rata di kawasan kantin sangatlah tidak dibenarkan.
viii. Makan minum di dalam kelas atau di tempat-tempat yang dilarang adalah merupakan satu
kesalahan.
ix. Semasa pelajaran atau perhimpunan sedang dijalankan kawasan kantin adalah merupakan
kawasan larangan.
x. Perbuatan berlari-lari berkejar-kejaran dan bertolak-tolak semasa membeli makanan/minuman
tidak patut diamalkan.
xi. Kirim-mengirim membeli makanan tidak dibenarkan

Page 6 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

xii. Makan-minum sepanjang bulan puasa bagi pelajar-pelajar Islam adalah ditegah dan dilarang.
xiii. Jika mahu mengalih atau mengubah kerusi meja kantin di kawasan sekolah, kebenaran daripada
guru mestilah diperolehi terlebih dahulu.

KEBERSIHAN
1. KAWASAN SEKOLAH
a) Kebersihan seluruh kawasan sekolah hendaklah sentiasa dijaga. Pelajar-pelajar yang
didapati mengotorkan kawasan sekolah dan membuang sampah merata-rata boleh
dikenakan tindakan.
b) Amalkan sikap membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Tong
Sampah mesti sentiasa ditutup.
c) Papan-papan kenyataan sekolah mestilah dijaga dengan bersih setiap masa.
d) Tidak dibenarkan memijak rumput. Bunga-bunga tidak boleh dipetik dan dirosakkan.
e) Pasu-pasu bunga hendaklah dijaga supaya tidak pecah

2. BILIK DARJAH

a) Setiap orang pelajar menjaga bilik darjah supaya bersih dan teratur setiap masa.
b) Buangkan sampah-sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
c) Kelas-kelas digalakkan mengadakan gotong-royong untuk kebaikan dan kebersihan
dengan diketuai oleh Ketua Kelas atau Guru Kelas.
d) Ketua Kelas bertanggungjawab menyediakan satu jadual tugas harian untuk satu minggu
dengan melibatkan semua pelajar dalam kelas bagi tujuan menjaga kebersihan kelas.
Jadual tersebut hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelas.
e) Ketua Kelas atau Penolongnya menentukan bahawa jadual tersebut dipatuhi oleh setiap
orang pelajar. Pelajar-pelajar yang tidak menjalankan tugasnya mesti dilaporkan kepada
guru tingkatan supaya tindakan disiplin boleh diambil ke atasnya.
f) Papan putih mestilah sentiasa bersih selepas digunakan
g) Seluruh ahli di dalam sesuatu kelas adalah bertanggungjawab terhadapnya:
i. Keselamatan peralatan-peralatan di dalam kelas tersebut seperti kerusi,meja,
almari, papan kenyataan, papan putih, cermin tingkap dan lain-lain
ii. Kebersihan dan kekemasan/keceriaan kelas
iii. Ketenteraman dan ketertiban di dalam kelas
h) Setiap pelajar bertanggungjawab melaporkan kepada guru jika seseorang pelajar
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perkara (i),(ii),(iii) di atas.

PAPAN KENYATAAN KELAS

Ketua/penolong ketua Kelas hendaklah melekatkan satu jadual kelas masing -masing pada papan
kenyataan kelas.
a. Jadual waktu peperiksaan (jika diedarkan) hendaklah dipamerkan juga pada papan kenyataan
kelas.
b. Gambar-gambar, lukisan, peta, carat-carta atau guntingan akhbar boleh dilekatkan pada papan
kenyataan untuk pengetahuan ahli-ahli kelas.
c. Mana-mana pelajar yang didapati sengaja mengoyak menconteng atau mengotorkan Jadual
Waktu Tugas Harian dan lain-lain yang dilekatkan pada papan kenyataan akan dihadapkan
kepada Lembaga Disiplin Pelajar.

Page 7 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

KESELAMATAN
TRAFIK

a. Kenderaan-kenderaan utama dibenarkan masuk ke kawasan sekolah hanya melalui pintu yang
telah ditentukan sahaja dengan kebenaran pengawal keselamatan.
b. Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan hendaklah meletakkannya di tempat-tempat yang
telah dikhaskan.
c. Pelajar-pelajar DILARANG menunggang basikal dan motosikal dalam kawasan sekolah.
d. Pelajar-pelajar yang berbasikal dan bermotosikal hendaklah menuntun basikal mereka sebelum
menunggangnya di luar kawasan sekolah. Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan sendiri
mesti memiliki dokumen-dokumen yang sah mengikut Undang-Undang Jalanraya. Patuhilah
arahan Penjaga Lalulintas sewaktu melintas jalanraya (jika ada)
e. Peraturan Jalanraya hendaklah sentiasa DIPATUHI sama ada waktu pulang atau waktu datang
sekolah.

KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH

a. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa
kebenaran.
b. Pelajar-pelajar yang hendak pulang semasa persekolahan sebab-sebab mustahak mestilah
memohon kebenaran dari Pengetua/Penolong Kanan dengan menggunakan BORANG yang
disediakan dan serah satu salinan di Pondok Pengawal.
c. Pelajar-pelajar yang memerlukan pemeriksa/rawatan doktor hendaklah mengambil BORANG
SAKIT dari Pejabat Sekolah dan mengisinya untuk ditandatangani Oleh Pengetua atau Penolong
Kanan/Guru/Tingkatan/ Guru Bertugas. Catatkan nama dalam BUKU HOSPITAL / KELUAR.
d. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar atau pelawat termasuk
ibubapa/penjaga semasa WAKTU BELAJAR kecuali dengan kebenaran daripada
Pengetua/Penolong Kanan.
e. TIDAK SEORANG PUN DIBENARKAN MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH dengan
sesiapa pun termasuk ibu bapa/penjaga tanpa kebenaran bertulis daripada Pengetua/
Penolong Kanan.
f. Jika didapati ORANG LUAR yang masuk tanpa kebenaran di dalam kawasan sekolah, hendaklah
dilaporkan dengan segera kepada Pengetua atau guru bertugas atau guru pengawas.
g. Sebarang kemalangan yang erlaku di dalam kawasan sekolah mesti diberitahu dengan segera
kepada guru/pengawas.

KEBAKARAN
a. Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan sekolah hendaklah
melaporkan segera kepada pengawas atau guru bertugas atau terus
kepadaPengetua/Penolong Kanan.
b. Pihak sekolah hendaklah serta merta berhubung terus dengan mendail nombor telefon 999 untuk
panggilan bomba dan polis.
c. Loceng atau siren akan dibunyikan sebanyak 3 kali berturut-turut dengan bunyi yang dipanjangkan
setiap kali.
d. Pelajar-pelajar mestilah keluar dari bangunan sekolah atau dari bilik darjah masing-masing dengan
pantas dan senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul mengikut laluan kebakaran
yang telah ditetapkan.

Page 8 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

e. Pelajar yang tidak berada dalam kelas dikehendaki pergi terus ke tempat berkumpul dan
melaporkan diri kepada guru tingkatan.
f. Guru kelas hendaklah mengambil buku daftar kedatangan dan guru kelas hendaklah membuat
panggilan nama pelajar-pelajar dengan serta-merta.
g. Guru kelas mestilah memaklumkan bilangan pelajar yang ada serta nama pelajar yang tercicir
kepada penyelia tingkatan atau guru bertugas.
h. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga mestilah keluar dari bangunan sekolah serta merta
bersama-sama dengan pelajar-pelajar.
i. Kakitangan pejabat dikehendaki mengeluarkan buku pendaftran dan fail-fail penting dari pejabat
j. Pembantu Makmal mesti menutup atau matikan ibu Sawat elektrik atau injap gas sebelum
meninggalkan Makmal.
k. Guru-guru bertanggungjawab mengawal ketenteraman dan keadaan semasa pelajar-pelajar
keluar dari bangunan sekolah ke tempat berkumpul.
l. Ahli Pasukan Kadet Bomba serta Pandu Puteri dikehendaki bertindak segera untuk memberi
pertolongan jika berlaku apa-apa kemalangan.
m. Kakitangan sekolah bertindak dengan segera dan pantas mengambil alat-alat pemadam api untuk
digunakan sebelum kedatangan pihak bomba.

KAWASAN DAN TEMPAT LARANGAN

a. Persekitaran kantin pada masa P&P sedang dijalankan (Kecuali telah mendapat kebenaran)
b. Ditegah masuk ke bilik-bilik khas (kecuali waktu belajar) tanpa kebenaran.
c. Pejabat sekolah dan bilik guru, kecuali di beri kebenaran
d. Tempat letak kereta guru-guru, pengetua dan pelawat
e. Tempat letak basikal dan motosikal pelajar-pelajar terutama waktu rehat.
f. Kawasan 10 meter dari pintu pagar besar sewaktu P&P sedang dijalankan.
g. Bilik Koperasi, bilik Stor Sukan, bilik Persalinan, bilik Pendidikan Jasmani, tandas-tandas guru
dan tandas pelajar-pelajar jantina yang berbeza.
h. Persekitaran dewan sekolah pada masa P&P dijalankan (kecuali telah mendapat kebenaran)
i. Bilik Kawalan/Pam/Bilik Hos Bomba
j. Bilik Suis Elektrik yang sangat berbahaya/yang berbahaya

ROMBONGAN LAWATAN

a. Pelajar-pelajar dikehendaki memberi maklumat mengenai sebarang rombongan/lawatan yang


mereka sertai kepada ibu/bapa/penjaga masing-masing.
b. Persetujuan bertulis daripada ibubapa/penjaga hendaklah diperolehi sebelum membuat lawatan.
(Satu borang keizinan waris mestilah diisi terlebih dahulu)
c. Guru-guru yang bertanggungjawab mesti mengemukakan permohonan ke pejabat kolej untuk
dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran
d. Borang-borang permohonan hendaklah dibuat dalam 3 salinan serta ditambah satu salinan lagi
(jumlah 4 salinan) bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan ke
Jabatan Pelajaran 5 minggu sebelum tarikh yang dicadangkan.
e. Peraturan keselamatan hendaklah dirumuskan dan diterangkan kepada pelajar-pelajar dengan
teliti sebelum lawatan dibuat. (Seperti pekeliling ikhtisas)
f. Sekurang-kurangnya seorang guru pengiring hendaklah ada bersama-sama, bukan sahaja untuk
menjaga tatatertib bahkan juga untuk menentukan langkah-langkah keselamatan dituruti.
g. Setiap pelajar yang menyertai rombongan/lawatan kolej mesti berpakaian kemas dan bertepatan
dengan etika pakaian yang telah ditetapkan.

Page 9 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

h. Disiplin pelajar hendaklah dijaga demi menjaga nama baik kolej. Pelajar-pelajar mesti mengikut
semua arahan guru pengiring dan mematuhi peraturan kolej.
i. Peti kecemasan hendaklah sentiasa dibawa semasa lawatan
j. Sebelum lawatan dibuat tentukan semua pelajar yang mengikuti lawatan itu telah mempunyai
insurans.
k. Satu laporan lawatan hendaklah disampaikan kepada Pengetua selepas tiap-tiap lawatan itu
dibuat.

HAK MILIK DAN TANGGUNGJAWAB


HAK MILIK PERSENDIRIAN

 Pelajar-pelajar dilarang memakai BARANG-BARANG KEMAS termasuk pin baju (brooch) dan
kelip rambut (kecuali klip yang biasa berwarna hitam untuk mengemaskan rambut)
 Kaca mata yang gelap TIDAK DIBENARKAN. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan memakai
barangan perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
 Jika membawa basikal atau motosikal, HENDAKLAH DIKUNCI, Sebarang KEHILANGAN atau
KECURIAN hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas, atau guru tingkatan atau pengawas
dengan segera.
 LAPORKAN/SERAHKAN kepada pengawas sebarang barang-barang hilang yang
dijumpai/ditemui. Pihak sekolah TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas kehilangan barang
persendirian atau sebarang kehilangan yang berlaku.
 Telefon bimbit dan sebarang gadget (walkman, pemain Mp3, Mp4 dan alat permainan) dibenarkan
hanya untuk tujuan kelancaran proses pembelajaran.
 Alat-alat muzik tidak boleh dibawa ke kolej kecuali mendapat kebenaran untuk tujuan-tujuan
tertentu.
 Membawa majalah hiburan dan komik adalah dilarang.

SURAT MENYURAT
 Pelajar-pelajar tidak digalakkan menggunakan alamat kolej dalam urusan surat menyurat peribadi.
Sekiranya pelajar-pelajar menggunakan alamat kolej, pihak kolej berhak membuka surat tersebut.
 Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan ataupun kehilangan
surat/bungkusan yang dialamatkan ke kolej.
 Surat-surat rasmi mestilah dihantar melalui Pengetua.

HARTA BENDA SEKOLAH


 Pelajar-pelajar yang meminjam buku-buku dari dari Pusat sumber Kolej diwajibkan menjaga buku-
buku itu dengan baik dan memulangkan pada pada waktu yang telah ditetapkan.
 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KOLEJ mesti dijaga
 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk di atas kerusi dengan sempurna supaya semua EMPAT KAKI
tersentuh pada lantai. Dilarang menggoyang-goyang kerusi/meja. Dilarang menconteng
kerusi/meja.
 Jangan MENOLAK atau menarik kerusi/meja. Mesti mengangkatnya perlahan-lahan supaya tidak
merosakkannya/membuat bising.
 Kerosakan mesti DILAPORKAN kepada pihak kolej.
 Tidak dibenarkan menggunakan sebarang ALATAN KOLEJ melainkan dengan kebenaran guru-
guru yang berkenaan.
Page 10 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

 Jika MENGGUNAKAN ALATAN KOLEJ hendaklah dibersihkan, dijaga dengan baik dan disimpan
alatan itu mengikut tempat di mana ia diambil.
 Tidak boleh MEROSAKKAN atau MENGHILANGKAN peralatan kolej.
 Pelajar-pelajar yang didapati dengan sengaja MEROSAKKAN harta benda kolej akan dikenakan
hukuman berat/gantian.
 Pelajar-pelajar yang memecahkan harta benda kolej seperti cermin, tingkap, pasu bunga, kerusi
meja dan lain-lain akan dikenakan bayaran untuk menggantikan alat-alat tersebut.

RAMPASAN (KONFISKASI)
 Guru adalah berhak merampas baju,seluar, kasut dan lain-lain yang tidak mengikut peraturan
pakaian yang telah ditetapkan
 Guru adalah berhak merampas lencana-lencana yang tidak berkenaan/sesuai yang dipakai oleh
pelajar-pelajar
 Guru adalah berhak merampas buku-buku dan gambar-gambar lucah.
 Guru adalah berhak merampas alat-alat hiburan (radio, kaset, rekorder gitar dan lain-lain lagi)
untuk satu tempoh masa sebagai satu denda kecuali pelajar itu mendapat kebenaran daripada
guru pengawas.
 Guru adalah berhak merampas tali pinggang yang melanggar peraturan-peraturan pakaian
seragam sekolah. Tali pinggang ini akan dikembalikan hanya setelah satu masa tertentu
 Semua benda yang dirampas akan diserahkan kepada Pengetua/Penolong Kanan. Waris pelajar
akan diberitahu secara bertulis dan boleh mendapatkan semula barang rampasan selepas 2
minggu dari tarikh rampasan.
 Pengawas juga bertanggungjawab memberikan maklumat dan maklum balas kepada
Pengetua/Penolong Kanan dan guru-guru mengenai disiplin kolej.
 Telefon bimbit, komputer riba dan alat-alat komunikasi yang disalahgunakan boleh dirampas oleh
pihak kolej untuk satu tempoh tertentu atau sehingga satu tindakan yang wajar diambil.

BADAN KEPIMPINAN TINGAKATAN ENAM (BKTE)

i. Badan Kepimpinan Tingkatan Enam (BKTE) diletakkan di bawah seliaan Guru-guru PTE dan guru-
guru disiplin. BKTE bertanggungjawab terus kepada Pengetua dan berfungsi sebagai mata dan
telinga pihak pentadbiran kolej untuk mengekalkan disiplin yang baik.
ii. BKTE berfungsi bagi membantu melaksanakan peraturan-peraturan disiplin dan menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajar dalam segala bidang.
iii. Ahli BKTE adalah pemimpin kecil dalam kalangan masyarakat pelajar. Mereka menjadi
penghubung di antara pelajar-pelajar dan pentadbir sekolah.
iv. Hubungan Ahli BKTE dengan pelajar-pelajar adalah mesra dan bersifat hubungan antara adik-
beradik serta bersemangat persaudaraan.
v. Pelajar-pelajar boleh menyampaikan apa juga kemusykilan kepada Ahli BKTE mengenai perkara-
perkara yang berkaitan dengan disiplin sekolah dan kebajikan diri pelajar-pelajar.
vi. Setiap pelajar MESTI mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh BKTE. ENGKAR MEMATUHI
arahan bermakna tidak mahu mematuhi peraturan dan undang-undang kolej. Oleh itu tindakan
disiplin akan dikenakan.

Page 11 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

PUSAT SUMBER
1. PERPUSTAKAAN

Masa Perpustakaan Dibuka:


HARI Ahad – Rabu 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Khamis 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum Tutup

A) Pinjaman:
a. Pelajar yang ingin meminjam buku perlulah menggunakan Kad Pelajar. Maklumat
mengenai pinjaman akan direkodkan ke dalam computer di dalam perpustakaan.
b. Pelajar dibenarkan meminjam dua (2) buah buku pada satu masa. Tempoh pinjaman
ialah selama tujuh (7) hari. Buku-buku ‘Red Spot’ atau ‘Separuh Red Spot hanya boleh
dipinjam selama satu (1) hari sahaja.
c. Ensaiklopedia, kamus, buku-buku bersiri atau berjilid dan buku-buku yang terhad
bilangannya hanya dibenarkan untuk bacaan di perpustakaan sahaja.
d. Semua jenis majalah, risalah dan akhbar hanyalah untuk bacaan di perpustakaan
sahaja.
e. Pelajar dilarang keras menggunakan Kad Pelajar milik pelajar lain sewaktu membuat
pinjaman.
f. Pinjaman boleh dibuat pada waktu rehat sahaja. Pemulangan buku yang dipinjam juga
boleh dilakukan pada masa yang sama.

B) Denda
a. Kelewatan memulangjan buku, pelajar akan didenda sebanyak 10 sen sehari bagi 10
hari pertama dan 30 sen sehari bagi hari-hari berikutnya.
b. Jumlah maksimum denda yang dikenakan ialah sebanyak RM10.00
c. Jika buku yang dipinjam hilang, pelajar dikehendaki membayar mengikut harganya. Jika
buku tersebut ialah buku baru, (tidak lebih dari 5 tahun dari tarikh yang dibeli), pelajar
dikehendaki membayar harga sepenuhnya dan jika buku itu ialah buku lama (lebih dari
5 tahun) bayaran separuh harga akan dikenakan.
d. Pelajar-pelajar yang didapati merosakkan buku yang dipinjam dikehendaki membayar
separuh daripada harga buku berkenaan.
e. Bayaran denda hanya boleh dibuat pada waktu rehat sahaja.

C) Keselamatan Bahan-bahan Perpustakaan


a. Semua pelajar adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan-bahan
Perpustakaan.
b. Sekiranya berlaku kerosakan yang tidak disengajakan, laporan hendaklah dibuat
kepada pembantu / pengawas perpustakaan dengan segera.
c. Setiap kerosakan atau kehilangan bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam atau
digunakan adalah menjadi tanggungjawab pelajar berkenaan. Denda akan dikenakan
seperti yang dinyakan di atas.

Page 12 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

D) Kebersihan
a. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan melainkan dengan keizinan
guru/pembantu perpustakaan.
b. Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke Perpustakaan pada masa-masa yang terluang.
c. Pelajar-pelajar dilarang keluar masuk Perpustakaan secara bebas.
d. Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan sopan apabila masuk ke
Perpustakaan.
e. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa masuk sebarang buku. Pelajar dibenarkan
membawa masuk buku catatan dan dan alatulis sahaja. Beg dan fail tidak dibenarkan
sama sekali di dalam Perpustakaan.
f. Pelajar yang ingin membawa buku teks masuk ke dalam Perpustakaan mesti mendapat
kebenaran daripada guru perpustakaan, pembantu atau pengawas perpustakaan yang
bertugas.
g. Buku/fail mestilah ditunjukkan di meja/kaunter untuk diperiksa sebelum masuk/keluar
perpustakaan.
h. Buku-buku perpustakaan yang dipinjam boleh dibawa masuk untuk dipulangkan kepada
pembantu/pengawas perpustakaan.
i. Duduk di atas kerusi yang disediakan dan sorong kerusi perlahan-lahan ke bawah meja
selepas menggunakannya.
j. Semua kerusi hendaklah disusun semula sebelum keluar dari Perpustakaan.
k. Buku-buku yang telah digunakan untuk bacaan atau rujukan hendaklah dikembalikan ke
tempat asal atau ditinggalkan di atas meja.
l. Dilarang mengeluarkan surat khabar dari pengepitnya ketika membaca. Surat khabar dan
majalah mestilah dikembalikan ke tempat asal setelah dibaca.
m. Pelajar-pelajar yang ingin mengambil keratin akhbar untuk kegunaan peribadi perlu
mendapat kebenaran daripada mana-mana guru perpustakaan terlebih dahulu.
n. Guru-guru yang perlu menggunakan Perpustakaan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran perlu membuat tempahan dalam buku yang disediakan.
o. Pelajar-pelajar dilarang keras menulis, menconteng atau merosakkan bahan-bahan atau
peralatan yang terdapat di Perpustakaan.
p. Pelajar-pelajar ditegah membuat bising. Amaran pertama diberikan kepada pelajar yang
membuat bising. Amaran kedua dan ketiga akan diberikan untuk kesalahan seterusnya.
Jika tidak dipatuhi, pelajar berkenaan akan diarahkan keluar dengan serta-merta.
q. Pembantu/pengawas Perpustakaan berkuasa memberi teguran dan arahan berpandukan
peraturan perpustakaan.
r. Sebarang laporan daripada pembantu/pengawas perpustakaan akan dipandang berat
oleh pentadbir perpustkaan.

2. BILIK MEDIA
a. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Media kecuali bersama-sama
guru mata pelajaran.
b. Penggunaan Bilik Media oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah melalui tempahan bilik.
c. Tempahan Bilik Media hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum
penggunaan dengan mengisi buku tempahan yang disediakan. Tempahan secara
berkala tidak dibenarkan sama sekali.
Page 13 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

d. Guru-guru yang ingin menggunakan Bilik Media mestilah terdiri daripada mereka yang
akan meggunakan peralatan ‘hardware’ yang sukar dibawa ke kelas. Contoh: Skrin, TV,
Perakam Video dll)
Tujuannya:
i. Memberi peluang kepada lebih ramai guru menggunakannya.
ii. Mengelakkan daripada berlaku kesesakan dan tindanlapis penggunaan bilik.
e. Pinjaman peralatan mengajar seharusnya diberitahu sehari sebelum penggunaan
peralatan tersebut kepada pembantu perpustakaan.
f. Semua guru dan pelajar yang menggunakan Bilik Media hendaklah bertanggungjawab
di atas kebersihan dan keselamatan /kerosakan alat media. Jika terdapat sebarang
kerosakan/kehilangan, mestilah diberitahu kepada pembantu perpustakaan dengan
segera.
g. Penggunaan Bilik Media selepas waktu sekolah oleh guru mata
pelajaran/persatuan/kelab mestilah ditempah sehari sebelum. Guru-guru mestilah
berada di Bilik Media sepanjang tempoh penggunaan bilik tersebut.
h. Sebarang peralatan yang dipinjam dan dibawa keluar dari Bilik Media hendaklah
dipulangkan kepada Pembantu Perpustakaan selepas digunakan.
i. Guru-guru hendaklah memastikan semua pelajar hanya membawa buku dan alatulis
matapelajaran yang berkaitan sahaja.

KOKURIKULUM

1.0 Pengenalan
1.1 Kegiatan kokurikulum Tingkatan Enam merangkumi tiga bidang iaitu Kelab/Persatuan,
Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan yang mempunyai peranan terhadap
keberkesanan pembentukan individu secara menyeluruh.
1.2 Matlamat utama kegiatan kokurikulum Tingkatan Enam adalah untuk membentuk
kepimpinan yang menuju ke arah membina negara bangsa yang meliputi aspek
perpaduan, patriotisme dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Kegiatan
kokurikulum juga dapat mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul
tanggungjawab, bersikap prihatin, berinovatif dan proaktif, berfikiran matang, berjiwa
kendiri, berpandangan jauh, memiliki keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
1.3 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar bergiat lebih aktif dalam
kegiatan kokurikulum. Pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi
pengajian tinggi perlu memahami bahawa penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk kemasukan ke IPTA.

2.0 Bidang Kokurikulum Tingkatan Enam


2.1 Setiap pelajar Tingkatan Enam diwajibkan mengambil bahagian dalam tiga bidang iaitu
Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Kegiatan-kegiatan
yang diwajibkan itu boleh dipilih dari kumpulan berikut:
i) Kelab/Persatuan:
a) Persatuan Tingkatan Enam (PTE)
b) Kelab Pelancongan
c) Kelab Audio Visual

Page 14 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

d) Kelab Kesenian dan Kebudayaan


e) Kelab Enterpreneur
f) Kelab Sejarah dan Patriotisme
g) Kelab Kerjaya
ii) Pasukan Badan Beruniform:
a) Pengakap Laut
b) Pandu Puteri
c) Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)
d) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
iii) Sukan/Permainan
a) Kelab Futsal/Bola Sepak
b) Kelab Bola Jaring
c) Kelab Bola Tampar
d) Kelab Badminton
e) Kelab Petanque

2.2 Semua pelajar diwajibkan menghadiri setiap mesyuarat/perjumpaan/aktiviti yang ia


menjadi ahli dan mengambil bahagian cergas dalam aktiviti-aktivitinya.
2.3 Mesyuarat/perjumpaan hanya boleh diadakan dengan kebenaran guru penasihat
berkenaan.
2.4 Pelajar yang tidak menghadiri mesyuarat/perjumpaan/aktiviti yang dianggotainya akan
diambil tindakan.

3.0 Peraturan Kelab/Persatuan, Pasukan Beruniform dan Sukan/Permainan


3.1 Semua bidang/unit mestilah patuh kepada Undang-Undang Pelajaran 1952 dan
hendaklah membuat perkara berikut serta menyerahkan perlembagaan lengkap dan
benar serta daftar penuh ahli jawatankuasa yang bertanggungjawap kepada pengetua.
3.2 Semua bidang/unit mestilah mempunyai perlembagaan dan objektif masing-masing,
membuat rancangan kegiatannya dan masing-masing bergerak dengan aktif dan
berkesan dan bertanggungjawab di atas kawalan disiplin ahli-ahlinya.
3.3 Guru Penasihat mestilah menentukan bidang/unit masing-masing bergerak dengan aktif
dan berkesan serta bertanggungjawab di atas kawalan disiplin ahli-ahlinya.
3.4 Memberi latihan dan pengalaman yang wajar untuk mewujudkan sikap berdikari,
bekerjasama, bertanggungjawab, kepercayaan diri dan lain-lain sikap yang baik.
3.5 Mengawal dan bertanggungjawab terhadap semua peraturan perjumpaan, urusan dan
kemajuan bidang/unit yang dikelolakan olehnya.
3.6 Menyelaras semua aktiviti di bawah jagaannya dan melaporkan kepada Setiausaha
Kokurikulum/PK Kokurikulum/Pengetua dari masa kesemasa tentang perkembangan dan
kegiatan bidang/unitnya.
3.7 Semua pelajar dikehendaki memakai baju unit beruniform mengikut unit masing-masing
pada setiap hari Rabu, mengambil bahagian dan bergiat aktif dalam salah satu daripada
Pasukan Badan Beruniform tersebut.
3.8 Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian yang dikhaskan untuk sukan/permainan
pada hari-hari tertentu dan mengambil bahagian dalam sukan/permainan, kecuali atas
sebab-sebab tertentu.

Page 15 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

3.9 Setiap aktiviti yang dikelolakan oleh pelajar mesti diketahui dan dipersetujui oleh guru
penasihat.
3.10 Semua peralatan sukan/permainan yang hendak digunakan hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran guru.
3.11 Semua peralatan sukan/permainan yang telah digunakan hendaklah disimpan kembali di
tempat yang telah ditentukan.
3.12 Semua penyokong pasukan kolej untuk sebarang acara antara sekolah atau pihak luar
mestilah memakai pakaian t-shirt kolej seperti yang telah ditentukan.
3.13 Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kesan buruk atau menjejaskan
nama baik kolej semasa memberi sokongan kepada pasukan. Tindakan disiplin boleh
diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan ini.

4.0 Pelaksanaan Kokurikulum


4.1 Tempoh pelaksanaan penglibatan pelajar tingkatan 6 dalam aktiviti kokurikulum ialah
sepanjang 3 semester sahaja iaitu Semester 1, 2 dan 3.
4.2 Melibatkan sekurang-kurangnya 15 kali perjumpaan setiap Kelab/Persatuan, Pasukan
Unit Beruniform dan Sukan/Permainan sepanjang Semester 1, 2, dan 3 (6 + 6 + 3).
4.3 Perjumpaan dan penglibatan akan direkodkan dalam Buku Rekod Penilaian KoKurikulum
setiap Kelab/Persatuan, Pasukan Unit Beruniform dan Sukan/Permainan dengan diselia
oleh seorang guru penasihat.
4.4 Jadual aktiviti kokurikulum rasmi ialah setiap Rabu (2.00 ptg. – 4.40 ptg.)
4.5 Tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform dan
Sukan dan Permainan:
4.5.1 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua dan PK Kokurikulum.
4.5.2 Mengurus organisasi di bawah kawalan dan tanggungjawab guru penasihat.
4.5.3 Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan
KPM, JPN, Pengetua dan PK Kokurikulum.
4.5.4 Bekerjasama dengan Guru Kokurikulum untuk menjayakan agenda kokurikulum
Kementerian, JPN dan kolej.
4.5.5 Mengemas kini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan PK Kokurikulum
sekiranya diperlukan.
4.5.6 Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancangkan dan
dilaksanakan.
4.5.7 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan PK Kokurikulum.
4.6 Kod Pakaian
4.6.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :
4.6.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan
1. Baju Kokurikulum atau t-shirt sukan dan seluar trek berwarna gelap.
2. Tudung berwarna gelap sahaja dibenarkan.
4.6.1.2 Aktiviti Unit Beruniform
1. Pakaian seragam unit beruniform masing-masing.
4.6.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan
1. Pakaian t-shirt kolej atau baju kokurikulum.
4.7 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum
4.7.1 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan tidak
sihat daripada doktor awam/swasta.

Page 16 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

4.7.2 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang
munasabah akan dikenakan tindakan surat tunjuk sebab, dan jika masih ingkar
tindakan disiplin akan dikenakan oleh bahagian Hal Ehwal Murid.

5.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum


5.1 Penilaian aktiviti Kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai
adalah berdasarkan:
a. Kehadiran
b. Jawatan disandang
c. Penglibatan
d. Pencapaian

5.2 Gred Keseluruhan


5.2.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang murid dari tiga
jenis kegiatan kokurikulum yang disertai murid berserta markah bonus. Dua bidang
kegiatan kokurikulum yang dipilih bergantung kepada prestasi markah yang
diperolehi iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi yang tertinggi.

Contoh :
Jumlah markah Pasukan Badan Beruniform = 79
Jumlah markah Kelab/Persatuan = 68
Jumlah markah Sukan/Permainan = 85
Markah purata ialah: (79+85) / 2 = 82
Markah bonus (Ketua Pengawas/Pelajar) =8
Markah keseluruhan: 82 + 8
= 90
Gred Keseluruhan: A

5.2.2 Gred Penilaian Kegiatan KoKurikulum


5.2.2.1 Gred Penilaian seperti berikut:

GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 hingga 79
C Antara 40 hingga 59
D Antara 20 hingga 39
E 19 ke bawah

5.2.3 Markah Bonus


5.2.3.1 Markah Bonus diberikan berdasarkan :
a. Jawatan Kepimpinan
i. Perjawatan Peringkat kolej seperti Pengawas, Pengawas
Perpustakaan, Presiden MPP dan sebagainya.
ii. Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah Sukan dan
sebagainya.
iii. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya.
Page 17 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

5.2.3.2 Pengiraan 10% Markah Kemasukan Ke IPTA = Markah Keseluruhan 10


Contoh Kiraan Markah 10% :
Markah Keseluruhan = 80
= 80 x 10/100
Markah 10% = 8.0

5.3 Pelaksanaan Penilaian :


5.3.1 Penilaian kokurikulum boleh dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian
Kokurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Langkah ini memudahkan peyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod
sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke IPTA.
5.3.2 Pihak kolej hendaklah membentuk Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada
tenaga pengajar dan dipengerusikan oleh PK Kokurikulum.
5.3.3 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru penasihat sebelum disahkan oleh
PK Kokurikulum.

6.0 Khidmat Masyarakat


6.1 Merupakan penglibatan murid secara berkumpulan dalam aktiviti kolej dan
komuniti/masyarakat setempat atau melibatkan agensi luar.
6.2 Penglibatan dalam bentuk projek atau kajian kumpulan yang dirancang dan dikendalikan
oleh murid dan dikawal selia oleh penyelia projek.
6.3 Program ini memerlukan satu kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin
dilaksanakan dalam bentuk kertas kerja/kertas konsep yang mendapat kelulusan dari
pihak kolej.
6.4 Program ini membantu meningkatkan imej diri, kolej dan komuniti.
6.5 Murid akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti atau projek yang
mengandungi komponen perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan.
6.6 Komponen tersebut diambil kira dalam pemarkahan murid tersebut.

7.0 Penutup
Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 yang dirancang ini adalah selaras dengan penstrukturan
dan penjenamaan semula Tingkatan 6, yang mempunyai standardnya tersendiri sesuai dengan
tranformasi pendidikan negara khususnya pendidikan pra Universiti. Dasar ini dirangka sebagai
panduan serta penyelarasan untuk guru-guru tingkatan 6 menggerakkan kegiatan kokurikulum
agar lebih terancang dan berfokus.

Page 18 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

JENIS-JENIS KESALAHAN, TINDAKAN DAN HUKUMAN

JENIS KESALAHAN HUKUMAN

KESALAHAN KATEGORI A i) Bagi kesalahan pertama :


1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah Dirotan dan digantung persekolahan
2. Minum arak di kawasan kolej selama 1 (satu) minggu serta
3. Berjudi (menggunakan daun terup dan mendatangi surat perjanjian dan ikat
wang) jamin berkelakuan baik oleh pelajar ibu
4. Menjadi anggota kumpulan jahat bapa/penjaga dengan saksi semasa
5. Membawa senjaya berbahaya di dalam melaporkan diri untuk diterima semula.
kawasan sekolah (Pelajar tersebut apabila diterima
6. Merokok di dalam kawasan kolej semula dirujuk kepada pihak
7. Mencuri kaunseling/kaunselor)
8. Memukul guru/BKP
9. Bercumbuan  Barang-barang berbahaya atau yang
10. Membawa dan/ataumeletupkan bahan tidak sepatutnya akan dirampas dan.
letupan  Dalam sesetengah kes TIDAK
11. Menganggotai kumpulan yang bertentang DIKEMBALIKAN tertakluk kepada
dengan akidah peraturan dan pekeliling Kementerian
pendidikan.

ii) Bagi kesalahan kedua:


Dibuang kolej tanpa rayuan.

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


KESALAHAN KATEGORI B
i) Bagi kesalahan pertama :
1. Memeras ugut Hukuman rotan dan amaran pertama
(ibu bapa/penjaga) akan dimaklumkan.
2. Menghisap rokok di luar kawasan kolej
(berpakaian sekolah)
ii) Bagi kesalahan kedua:
3. Memukul pelajar lain
Digantung selama satu minggu dan
4. Membawa, mengedar, menunjuk dan amaran terakhir.Surat perjanjian dan
membaca bahan lucah ikat jamin berkelakuan baik oleh
5. Melukis atau menulis kata-kata lucah pelajar, ibu bapa/penjaga dengan
seorang saksi semasa melaporkan diri
6. Membawa rokok atau pemetik api/mancis untuk diterima semula akan dirujuk
ke sekolah kepada pihak kaunseling/kaunselor.)
7. Membawa barang judi ke sekolah  Barang-barang berbahaya atau yang
8. Berjudi tidak sepatutnya akan dirampas dan
TIDAK DIKEMBALIKAN.
9. Biadap, bongkak dan tidak menghormati
guru Catatan:
10. Bergaduh Kesalahan untuk 12 dan 15 (selain
hukuman di atas) ialah membayar ganti
11. Menipu,berbohong dan tidak amanah rugi.
Page 19 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

12. Merosakkan harta pensendirian guru atau


pelajar
13. Mengintai pelajar perempuan (dalam
keadaan mencurigakan.)
14. Menconteng pada bangunan kolej
15. Merosakkan harta benda kolej /kelas
16. Makan dalam bulan puasa (pelajar Islam)
pada waktu siang
17. Masuk ke dalam kawasan kolej bukan
melalui pintu pagar yang dikhaskan
18. Bertatu

JENIS KESALAHAN HUKUMAN

KESALAHAN KATEGORI C i) Bagi kesalahan pertama :


Diberikan teguran dan nasihat serta
1. Tidak mengenakan pakaian yang dicatatkan di dalam buku rekod disipli
ditetapkan dengan sempurna pelajar
2. Berada dalam kelas pada waktu rehat
3. Menulis dan menerima surat cinta ii) Bagi kesalahan kedua:
4. Berbahasa kesat/mencarut Denda menjalankan kerja sosial
5. Berambut panjang
6. Membotakkan kepala (tidak berambut) iii) Hukuman rotan
7. Berkuku panjang
8. Tidak keluar dari kelas ,tidak berdiri tegak iv) Amaran terakhir dan gantung kolej
\ tertib semasa menyanyikan lagu selama seminggu, surat perjanjian dan
kebangsaan, negeri dan bacaan doa ikat jamin berkelakuan baik oleh pelajar,
9. Meletakkan kenderaan pada tempat yang ibu bapa/penjaga dengan seorang saksi
tidak dibenarkan semasa melaporkan diri untuk diterima
10. Tidak menghormati guru semasa guru (pelajar tersebut apabila diterima semula
sedang mengajar(membuat bising akan dirujuk kepada pihak
,mengangggu rakan-rakan dan kaunseling/kaunselor)
sebagainya)
11. Berdua-duaan lelaki dan perempuan v) Dibuang dari kolej tanpa rayuan
secara meragukan
12. Makan di luar pada waktu rehat (di kantin
atau di tempat lain)
13. Makan dalam kelas(kecuali jamuan Catatan:
anjuran kolej dan kelas)
14. Membuang sampah di merata tempat Kesalahan untuk 5 dan 6
15. Merayau-rayau tanpa sebab di luar
kelas(semasa guru mengajar) a. Tindakan segera dengan memotong
16. Memakai pakaian luar (jaket) dan lain-lain rambut/kuku ATAU
semasa sesi persekolahan b. Mengarahkan supaya pelajar
17. Memakai pakaian dalam (baju) yang memotong rambut/kuku di luar
pelbagai corak.Mamakai topi /beg
pinggang (pouch beg) di kolej
18. Tidak memakai tali leher sepanjang masa
persekolahan
Page 20 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


KESALAHAN KATEGORI D i) Bagi Kesalahan Pertama :
1. Lewat hadir ke sekolah Diberikan kerja sosial dan dicatatkan nama di dalam
buku rekod disiplin
2. Mengubah markah dalam
ujian/peperiksaan ii) Bagi Kesalahan Kedua:
Diberi kerja sosial dan dicatatkan nama di dalam buku
3. Menjerit dalam kelas / rekod disiplin
membuat bising
iii) Bagi Kesalahan Ketiga:
4. Mengadu-domba Dirotan. Diberikan kerja sosial dan dicatatkan nama di
dalam buku rekod disiplin
5. Meniru dalam ujian /
peperiksaan iv) Bagi Kesalahan Keempat :
Amaran terakhir
6. Tidak memakai tali leher
semasa perhimpunan v) Bagi Kesalahan Kelima :
Digantung persekolahan selama seminggu. Surat
perjanjian dan ikat jamin berkelakuakn baik oleh
pelajar, ibubapa/penjaga dengan seorang saksi
semasa melaporkan diri untuk diterima semula. (pelajar
tersebut apabila diterima semula akan dirujuk kepada
pihak kaunseling/kaunselor)

vi) Bagi Kesalahan Keenam:


Dibuang sekolah tanpa rayuan

Contoh-contoh kerja sosial


a. Cuci tandas
b. Kutip sampah
c. Cuci longkang / parit
d. Mencabut, memesin dan mencakar rumput
e. Mengecat
f. Membersihkan bangunan dan lain-lain

Catatan :
Untuk kesalahan pada perkara 2 dan 6 selain denda kerja
sosial markah untuk subjek berkenaan atau keseluruhan
keputusan ujian peperiksaan akan dibatalkan (keputusan
hanya dibuat oleh Lembaga Disiplin)

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


KESALAHAN KATEGORI E i) Bagi Kesalahan Pertama :
1. Ponteng dari mana-mana Diberi teguran dan dicatatkan nama di dalam buku
kelas/subjek pada hari rekod disiplin
persekolahan
ii) Bagi Kesalahan Kedua:
Diberi amaran pertama dengan kerja sosial

iii) Bagi Kesalahan Ketiga:


Diberi hukuman rotan dan amaran terakhir
Page 21 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

iv) Bagi Kesalahan Keempat :


Digantung persekolahan selama seminggu. Surat
perjanjian dan ikat jamin berkelakuan baik oleh pelajar,
ibubapa/penjaga dengan seorang saksi semasa
melaporkan diri untuk diterima semula. (pelajar
tersebut apabila diterima semula akan dirujuk kepada
pihak kaunseling/kaunselor)

v) Bagi Kesalahan Kelima :


Dibuang dari sekolah tanpa rayuan

2. Keluar dari kawasan i. Bagi Kesalahan Pertama :


sekolah tanpa kebenaran Dirotan

ii. Bagi Kesalahan Kedua:


Dirotan dan amaran terakhir

iii. Bagi Kesalahan Ketiga:


Digantung sekolah selama seminggu Surat perjanjian
dan ikat jamin berkelakuan baik oleh pelajar,
ibubapa/penjaga dengan seorang saksi semasa
melaporkan diri untuk diterima semula. (pelajar
tersebut apabila diterima semula akan dirujuk kepada
pihak kaunseling/kaunselor)

iv. Bagi Kesalahan Keempat:


Dibuang kolej tanpa rayuan

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


3. Ponteng sekolah
a. Tidak hadir sekolah berturut- i. Surat amaran pertama pada hari ke 3
turut ii. Surat amaran kedua 7 hari selepas amaran pertama
Buang kolej 14 hari selepas amaran terakhir (JUMLAH
b. Tidak hadir bukan berturut- : 31 hari)
turut i. Surat amaran pertama pada hari ke 10
ii. Surat amaran kedua 10 hari selepas amaran
c. Ponteng yang melebihi 20% pertama
dari jumlah kehadiran iii. Surat amaran terakhir 20 hari selepas amaran kedua
sepatutnya sebelum bermula iv. Buang kolej 20 hari selepas amaran terakhir (JUMLAH
satu-satu ujian/peperiksaan, : 60 hari)
secara automatik tidak layak
untuk menduduki
ujian/peperiksaan dalaman.
Keputusan dalam buku rekod
kemajuan ditandai dengan TL
(Tidak Layak).

Page 22 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

4. Ponteng kolej i. Bagi Kesalahan Pertama :


(Menghabiskan masa di Dirotan dan kerja sosial
tempat awam, rumah ii. Bagi Kesalahan Kedua:
kosong dan sebagainya) Dirotan dan amaran terakhir
iii. Bagi Kesalahan Ketiga:
Digantung kolej selama seminggu. Surat perjanjian dan
ikat jamin berkelakuan baik oleh pelajar,
ibubapa/penjaga dengan seorang saksi semasa
melaporkan diri untuk diterima semula. (pelajar tersebut
apabila diterima semula akan dirujuk kepada pihak
kaunseling/kaunselor)
iv. Bagi Kesalahan Keempat:
Dibuang kolej tanpa rayuan

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


5. Ponteng pada hari i. Bagi Kesalahan Pertama :
perhimpunan / majlis khas Diberi teguran dan direkodkan di dalam buku rekod
disiplin

ii. Bagi Kesalahan Kedua:


Diberikan kerja sosial

iii. Bagi Kesalahan Ketiga:


Digantung kolej selama seminggu. Surat perjanjian dan
ikat jamin berkelakuan baik oleh pelajar, ibubapa/penjaga
dengan seorang saksi semasa melaporkan diri untuk
diterima semula. (pelajar tersebut apabila diterima
semula akan dirujuk kepada pihak kaunseling/kaunselor)

iv. Bagi Kesalahan Keempat:


Dibuang kolej tanpa rayuan

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


KESALAHAN KATEGORI F i) Bagi Kesalahan Pertama :
(MEMASUKI KAWASAN Amaran pertama dan dicatatkan nama di dalam buku
LARANGAN) rekod disiplin sekolah
1. Makmal sains
ii) Bagi Kesalahan Kedua:
2. Kawasan letak kereta
Denda kerja sosial
kakitangan sekolah
3. Kawasan basikal / motosikal
iii) Bagi Kesalahan Ketiga:
4. Kawasan belakang mana-
Hukuman rotan dan amaran terakhir
mana bangunan
5. Pejabat sekolah
iv) Bagi Kesalahan Keempat :
6. Bilik guru
Digantung persekolahan selama seminggu. Surat
7. Bilik air guru
perjanjian dan ikat jamin berkelakuan baik oleh pelajar,
8. Bilik cetak sekolah
ibubapa/penjaga dengan seorang saksi semasa
9. Bahagian bilik koperasi
melaporkan diri untuk diterima semula. (pelajar tersebut
10. Bilik sukan / stor sukan

Page 23 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

11. Bilik kelas (waktu rehat) apabila diterima semula akan dirujuk kepada pihak
12. Meletakkan basikal dan kaunseling/kaunselor)
motosikal di luar kawasan
sekolah v) Bagi Kesalahan Kelima :
Dibuang dari kolej tanpa rayuan

JENIS KESALAHAN HUKUMAN


KESALAHAN KATEGORI G i) Bagi Kesalahan Perkara 1 :
(Dikenakan kompaun) Dikompaun RM0.50
1. Membuang sampah di merata
tempat ii) Bagi Kesalahan Perkara 2:
2. Meninggalkan kelas tanpa Dikompaun RM1.00
menutup lampu / kipas
3. Tidak berlencana / memakai iii) Bagi Kesalahan Perkara 3:
pas pelajar Dikompaun RM2.00
4. Tidak memakai kasut
5. Memakai barang-barang kemas iv) Bagi Kesalahan 4 hingga 8 :
6. Membawa alat-alat muzik, Barangan tersebut dirampas, disimpan ATAU
permainan dan majalah bukan dikembalikan pada akhir sesi persekolahan (pagi/petang)
akademik selepas dibayar kompaun RM0.50
7. Memakai tali pinggang
berkepala besar
8. Bertopi di kawasan sekolah Catatan
9. Tidak memakai sarung kaki 1. Semua guru boleh mengambil tindakan merampas
yang mengikut spesifikasi yang barangan tersebut
sesuai. 2. Wang Kompaun hendaklah diserahkan kepada
Setiausaha Unit Disiplin

 Lembaga Disiplin mempunyai kuasa untuk memutuskan


bentuk sesuatu hukuman yang tidak tersenarai dan
mengambil sesuatu tindakan terhadap para pelajar yang
melakukan pelbagai kesalahan

Page 24 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 25 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 26 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 27 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 28 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 29 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 30 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 1

CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI BERKEMAJA LENGAN PANJANG

Page 31 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 2

CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI BERKEMAJA LENGAN PENDEK

Page 32 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 3

CONTOH GANCU TALI PINGGANG YANG DIBENARKAN

Ukuran gancu tali pinggang yang dibenarkan

LAMPIRAN 4
UKURAN SONGKOK

Page 33 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 5

CONTOH BAJU KURUNG CONTOH GAUN

Page 34 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 6

CONTOH GAUN LABUH / JENIS JUBAH / MAKSI

Page 35 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 7

CONTOH TWO-PIECE PANT SUIT CONTOH THREE-PIECE PANT SUIT

Page 36 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 8

CONTOH BLAUS LENGAN PENDEK / LENGAN PANJANG

CONTOH KEMEJA PEREMPUAN LENGAN PENDEK / LENGAN PANJANG

Page 37 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

LAMPIRAN 9
CONTOH SKIRT

CONTOH SELUAR PANJANG PEREMPUAN

Page 38 of 40
BUKU PERATURAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

Page 39 of 40

Anda mungkin juga menyukai