Anda di halaman 1dari 56

BAB 01:

WAKTU
PEMBELAJARAN
1.0 WAKTU PEMBELAJARAN

1.1 Sesi pembelajaran

Hari Masa
Ahad - Rabu 8.00 – 5.00 petang

Khamis 8.00 – 1.00 petang

1.2 Pelajar mesti berada di sekolah 15 minit sebelum waktu pembelajaran


bermula.

1.3 Pelajar yang datang lewat tanpa sebab akan dicatat namanya untuk
dikenakan tindakan disiplin.

1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej melainkan


dengan kebenaran bertulis daripada pengarah kolej/ timbalan pengarah
semasa waktu pembelajaran

1.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak,
ibu bapa/ penjaga pelajar tersebut mesti datang ke sekolah untuk
menyerahkan surat ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa /
penjaga yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan anak jagaannya
dianggap sebagai ponteng.

1.6 Pelajar yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau
kecemasan hendaklah mengisi borang di pejabat dan diserahkan kepada
Unit Hal Ehwal Pelajar.

2.0 WAKTU PERHIMPUNAN

2.1 Semua pelajar perlu hadir ke perhimpuanan rasmi kolej

2.2 Ketika berada di tapak perhimpunan pelajar perlu beratur mengikut kelas
dengan tertib dan senyap

2.3 Pelajar – pelajar mesti berdiri tegak, senyap dan meletakkan beg di bawah
semasa lagu kebangsaan, lagu patriotik dan lagu sekolah dinyanyikan

2.4 Pelajar-pelajar perlu menyanyi bersama dengan penuh semangat. Pelajar-


pelajar tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan dijalankan

2.5 Pengumuman- pengumuman yang dibuat perlu didengar dengan penuh


perhatian dan alasan tidak berbuat demikian tidak boleh diterima.

2.6 Pelajar- pelajar yang tidak mematuhi peraturan akan dikeluarkan dari
barisan untuk dicatat nama dan dikenakan tindakan.

2.7 Selepas perhimpuan pelajar dikehendaki beratur dan berjalan masuk ke


kelas masing masing dengan senyap dan teratur.
3.0 WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 Keluar masuk kelas adalah dilarang sama sekali semasa ketiadaan
pensyarah.

3.2 Pelajar- pelajar perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing.

3.3 Pelajar – pelajar perlu sentiasa bersedia untuk belajar dan melakukan
aktiviti berfaedah seperti membaca semasa menunggu pensyarah masuk
ke kelas.

3.4 Pelajar – pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama,
waktu sebelum/ selepas rehat dan waktu terakhir kecuali mereka benar-
benar dalam kecemasan.

4.0 WAKTU PENDIDIKAN JASMANI

4.1 Semua pelajar perlu berpakaian pendidikan jasmani seperti surat rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia bil (49) bertarikh 26 Julai 2010.

4.2 Semua pelajar tidak boleh berada di kelas ketika aktiviti Pendidikan
Jasmani dijalankan.

4.3 Semua barang berharga hendaklah diserahkan kepada pensyarah.

4.4 Pelajar yang menghidapi penyakit kronik dan telah disahkan oleh doktor
dikecualikan dari mengikuti aktiviti.

5.0 WAKTU REHAT

5.1 Waktu rehat Kolej adalah seperti berikut:

WAKTU REHAT RASMI MASA

Ahad - Khamis 1.00 - 2.00 petang

5.2 Waktu senggang hendaklah diisi dengan aktiviti-ktiviti bermanfaat dan


berkaitan dengan pembelajaran.

5.3 Pelajar-pelajar perlu beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut-
rebut. Pelajar-pelajar dilarang berlari-lari dan membuat bising di kantin.

5.4 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari


kantin kolej pada waktu rehat atau dengan kebenaran Pengarah /
Timbalan Pengarah / Pensyarah.

5.5 Makanan dan minuman perlulah dibeli di kantin sahaja.

5.6 Setiap pelajar perlu mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum.
5.7 Pelajar-pelajar dilarang sama sekali membawa makanan ringan, minuman
berkarbonat dan minuman yang mengandungi alkohol/ bahan yang
mengkhayalkan.

5.8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bengkel atau
kelas.

6.0 WAKTU BALIK

6.1 Pelajar perlu memastikan kelas berada di dalam keadaan yang kemas dan
bersih. Kerusi dan meja disusun dengan teratur. Kelas telah disapu dan
sampah di dalam bakul sampah telah dibuang. Papan hitam telah
dibersihkan

6.2 Semua kipas, lampu dan pintu serta tingkap perlulah ditutup sebelum
meninggalkan kelas.

6.3 Pelajar-pelajar perlu mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya

7.0 WAKTU KOKURIKULUM

7.1 Masa aktiviti ko-kurikulum adalah pada hari Rabu, dari jam 3.00 - 5.00
petang.

7.2 Setiap pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-


kurikulum melainkan mendapat pengesahan dari doktor.

7.3 Pelajar-pelajar digalakkan menyertai tiga gerak kerja kokurikulum iaitu:

7.3.1 Persatuan / Kelab

7.3.2 Badan Beruniform

7.3.3 Permainan

7.4 Pihak Kolej akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir
tanpa sebab yang munasabah.
BAB 02:
KOD PAKAIAN
KOD PAKAIAN

1.0 Pakaian Seragam Pelajar Lelaki


1.1 Baju
1.1.1 Baju kemeja koperat kolej dan baju-baju yang tertakluk dalam
peraturan kolej. (Rujuk Lampiran).
- Baju kemeja koperat oren dan maroon
- Baju T KV Bachok oren/BIRU
- Baju Batik Kolej
- Baju Program
1.1.2 Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.
1.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas dan
tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.
1.1.4 Pelajar dilarang memakai kemeja T (T shirt) dalam kemeja koperat.
Hanya singlet putih tanpa corak sahaja dibenarkan untuk dipakai di
dalam kemeja koperat.
1.1.5 Baju yang ketat dan mengikut susuk tubuh adalah dilarang. Segala
bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada kemeja
koperat.
1.1.6 Baju koperat mestilah lengkap dengan lencana kolej dan tanda
nama (Rujuk Lampiran).
1.2 Seluar
1.2.1 Seluar bagi pelajar lelaki adalah seluar panjang (straight cut)
berwarna hitam (Lampiran).
1.2.2 Seluar potongan jeans dan berfesyen adalah tidak dibenarkan.
1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar serta berkaki
lebar, berfesyen dan ‘plit’ yang melebihi 4. (2 kiri dan 2 kanan) tidak
dibenarkan.
1.2.4 Ukurlilit kaki seluar mestilah di antara 16-17 inci atau 42cm.
1.2.5 Poket yang bertampal tidak dibenarkan.
1.2.6 Sebarang pelekat atau tampalan lukisan, hiasan atau contengan
pada seluar adalah dilarang.
1.2.7 Poket seluar tidak boleh melebihi dari empat (4). Dua di bahagian
sisi pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang.
1.2.8 Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di
sisi lutut.
1.2.9 Poket-poket tambahan selain yang disebutkan adalah tidak
dibenarkan.
1.3 Tali Pinggang
1.3.1 Pelajar lelaki mestilah memakai tali pinggang ketika memakai
uniform korporat kolej.
1.3.2 Tali pinggang mestilah berwarna hitam atau gelap dan tidak
bercorak serta kepalanya tidak terlampau besar ataupun berhias.
1.3.3 Lebar kepala tali pinggang mestilah tidak melebihi dari 3.5cm.

2.0 Pakaian Seragam Pelajar Perempuan


2.1 Baju
2.1.1 Baju kemeja korperat kolej dan baju-baju yang tertakluk dalam
peraturan kolej. (Rujuk Lampiran1A).
- Baju kemeja koperat oren dan maroon
- Baju T KV Bachok oren/BIRU
- Baju Batik Kolej
- Baju Program
2.1.2 Baju perlu sentiasa dibiarkan keluar.
2.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang atas.
2.1.4 Pelajar dilarang memakai kemeja T (T-shirt) dalam kemeja koperat.
Hanya singlet putih tanpa corak sahaja dibenarkan untuk dipakai di
dalam kemeja koperat.
2.1.5 Baju yang ketat adalah dilarang. Segala bentuk peralatan perhiasan
tidak boleh dilekatkan pada kemeja koperat.
2.1.6 Baju koperat mestilah lengkap dengan lencana kolej dan tanda
nama (Rujuk Lampiran).
2.2 Tudung
2.2.1 Pelajar perempuan yang beragama Islam diwajibkan memakai
tudung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan
berwarna hitam.
2.2.2 Warna tudung bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah
berwarna hitam.

2.3 Lencana dan Pemakaian Kad Matrik


2.3.1 Lencana kolej perlulah dijahit pada uniform korporat kolej.
2.3.2 Lencana dari institusi-institusi yang lain tidak dibenarkan dipakai.
2.3.3 Kad Matrik perlu dipakai/ digantung di leher pelajar sepanjang
masa. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan
disiplin.
2.4 Kasut dan Stoking
2.4.1 Hanya kasut yang diperbuat daripada kanvas atau dari bahan
sintetik lain yang berwarna hitam sahaja dibenarkan (Lampiran 1C)
2.4.2 Kasut sukan hanya dibenarkan hari pemakaian baju sukan dan baju
t-shirt KV Bachok sahaja
2.4.3 Kasut-kasut berfesyen, mempunyai lambang dan jalur yang
berwarna selain daripada hitam tidak dibenarkan.
2.4.4 Pelajar perlulah memakai stoking/sarung kaki hitam paras tengah
betis. Sarung kaki hitam yang berjalur, bercorak dan berlogo tidak
dibenarkan.
3.0 Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan
3.1 Ketika menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani dan bersukan, murid
digalakkan memakai seluar panjang jenis track-bottom berwarna hitam
atau biru tua.
3.2 Pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata seperti terlalu ketat, singkat
dan mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya tidak
dibenarkan.
3.3 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman, sukan
dan aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan.

4.0 Pakaian kerjaya

4.1 Pakaian kerjaya hanya dipakai oleh pelajar diploma pada hari Rabu sahaja
(kecuali dengan kebenaran unit HEP).

4.2 Pelajar lelaki digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang tanpa

corak, bertali leher, berseluar slack, dan berkasut kulit hitam.

4.3 Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai baju kurung yang longgar

atau Baju Korperat bengkel.

Warna tudung berwarna hitam

SHAWL adalah DILARANG SAMA SEKALI


BAB 03:
PENAMPILAN DAN
KEKEMASAN DIRI
PENAMPILAN DAN KEMASAN DIRI

1.0 Rambut
1.1 Pelajar Lelaki
1.1.1 Rambut mesti selalu bersih dan kemas.
1.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggayakannya.
1.1.3 Panjang rambut tidak boleh dari paras yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil
2/1976)

Istilah rambut panjang adalah seperti yang berikut:

(a) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di


bawah cuping dua telinga.
(b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah
dahi.
(c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga
atau sebahagian daripadanya dan
‘sideburn’ melebihi garisan tengah
hidung.
(d) Di atas : Rambut lebih daripada 4 inci/12cm
panjang.
1.1.4 Murid-murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika
mereka memakai serban (turban); yang tidak berserban, peraturan
adalah seperti yang ditetapkan.
1.1.5 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti
punk, berekor, skin cut dan sebagainya. (Pekeliling Ikhtisas Bil
2/1976)
1.1.6 Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas seperti lencana,
tali leher dan pakaian yang menjadi tradisi sesebuah kolej
hendaklah dipakai dengan kemas.
1.2 Pelajar Perempuan
1.2.1 Rambut mesti selalu bersih dan kemas.
1.2.2 Tidak dibenarkan mewarna atau menggayakan rambut. (kecuali
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran)
1.2.3 Rambut perlulah jangan jatuh sehingga ke bahu. Pelajar yang
berambut panjang wajib mengikat rambut dalam bentuk ‘bun’ atau
sanggul ringkas.
1.2.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti
punk, berekor, skin cut dan sebagainya. (Pekeliling Ikhtisas Bil
2/1976)
1.2.5 Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai tudung/mini
telekung seperti mana dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1983, para 2.1.2 dan 2.2.2.
1.2.6 Pelajar tidak dibenarkan mencukur/mencabut bulu kening.

2.0 Misai dan Janggut


Pelajar lelaki tidak boleh menyimpan/memakai misai atau janggut atau jambang
atau ketiga-tiganya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma yang mula tumbuh di
atas bibir pelajar-pelajar lelaki yang beransur baligh.

3.0 Kuku
Pelajar mesti berkuku pendek dan dilarang memakai pengilat atau pewarna kuku.

4.0 Alat Solek


Penggunaan alat solek (make-up) adalah dilarang sama sekali kecuali sesi
pembelajaran.

5.0 Subang
5.1 Hanya dibenarkan kepada pelajar perempuan sahaja.
5.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5cm dan berwarna putih atau
emas sahaja.
5.3 Hanya satu subang sahaja yang dibenarkan pada setiap telinga dan
perlulah dipakai di bahagian bawah cuping telinga.
5.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan.
6.0 Barang Kemas/Perhiasan
Pelajar tidak dibenarkan memakai/membawa barang kemas atau perhiasan ke
kolej.
7.0 Kekemasan Diri
7.1 Kekemasan Pakaian
7.1.1 Pelajar Lelaki
a. Kemeja mesti dikancing hingga ke butang kedua
daripada leher dan dimasukkan ke dalam seluar (Pekeliling
2/1976).
b. Kemeja lengan pendek tidak boleh dilipat lengannya.

7.1.2 Pelajar Perempuan


a. Baju kurung mesti dikancing di leher menggunakan butang
kecil berwarna biru atau emas atau putih. (Pekeliling
Ikhtisas 3/1983)

b. Lengan baju kurung tidak boleh dilipat.

c. Anak tudung perlu berwarna putih atau hitam.

7.2 Umum

7.2.1 Pelajar mesti menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian


dalam berpakaian.

7.2.2 Kemeja mesti dimasukkan ke dalam seluar, tali leher diikat dengan
kemas, butang baju dikancing, berkasut bersih atau berkilat,
memakai kain samping dengan kemas. (Pekeliling Ikhtisas 2/1966)

7.2.3 Pelajar mesti menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.


(Pekeliling Ikhtisas 2/1996)

8.0 Tingkah Laku Pelajar Yang Dilarang Di Kolej


8.1 Tingkah laku lucah atau biadap
8.1.1 Tidak menghormati Pengarah Kolej/ Pensyarah/ Perwakilan
Pelajar/Pelawat/Kakitangan Kolej.
8.1.2 Membawa, meninjau atau menyebarkan bahan bacaan atau
gambar lucah.
8.1.3 Bercumbu-cumbuan.
8.1.4 Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah.
8.1.5 Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang
atau lucah.
8.1.6 Melayan pelajar berlainan/sama jantina di tempat-tempat
terpencil/ tersembunyi.
8.1.7 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengarah Kolej/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Disiplin Kolej.

8.2 Tingkah laku anti sosial.


8.2.1 Mencemarkan kawasan dan bangunan kolej.
8.2.2 Bergaduh dan berkelahi.
8.2.3 Menyalahgunakan kuasa/kemudahan kolej yang diamanahkan.
8.2.4 Bermain dengan alat-alat permainan di dalam kelas.
8.2.5 Membaling atau melambung barang-barang yang membahayakan.
8.2.6 Berludah merata-rata.
8.2.7 Menarik diri daripada kegiatan kokurikulum atau daripada
mewakili kolej/ negeri/ negara dalam sebarang aktiviti.
8.2.8 Tidak menghadiri sebarang rancangan kokurikulum yang telah
diatur (Mesyuarat Agung, mesyuarat jawatankuasa, kegiatan amal,
latihan dan lain-lain).
8.2.9 Bersubahat/menyuruh pelajar lain keluar dari kawasan kolej tanpa
kebenaran.
8.2.10 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengarah Kolej/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Disiplin Kolej.

8.3 Perbuatan curang atau tingkah laku tidak jujur


8.3.1 Meniru dalam ujian atau peperiksaan.
8.3.2 Meniru tandatangan ibubapa/penjaga/Pengarah Kolej/pensyarah.
8.3.3 Bercakap bohong.
8.3.4 Mengubah markah ujian/peperiksaan.
8.3.5 Memiliki atau menggunakan alat-alat kepunyaan kolej tanpa
kebenaran.
8.3.6 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan.
8.3.7 Masuk ke bilik pensyarah tanpa kebenaran.
8.3.8 Tidak menyelesaikan kerja/tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
8.3.9 Membawa keluar sebarang peralatan kelas seperti meja, kerusi dan
lain-lain kecuali dengan arahan dan kebenaran.
8.3.10 Menyalahgunakan nama Pengarah Kolej untuk kepentingan diri.
8.3.11 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengarah Kolej/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Disiplin Kolej.

8.4 Tingkah laku jenayah/salah laku berat


Pelajar dilarang melakukan tingkah laku jenayah;
8.4.1 Menjadi anggota pertubuhan haram.
8.4.2 Membawa atau memiliki senjata berbahaya.
8.4.3 Memukul pelajar/ perwakilan pelajar/ kakitangan kolej/
pensyarah/ Pengarah Kolej.
8.4.4 Mengancam, mengugut Pengarah Kolej/ pensyarah/ perwakilan
pelajar atau pelajar yang lain.
8.4.5 Melibatkan diri dengan dadah/ inhalan.
8.4.6 Membawa, memiliki, atau meminum minuman yang mengandungi
alcohol.
8.4.7 Melakukan pelancoan/ ragging.
8.4.8 Menulis kepada akhbar tanpa kebenaran dari pihak Pengarah Kolej.
8.4.9 Mencuri.
8.4.10 Membawa, memiliki atau menghisap rokok.
8.4.11 Melibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian.
8.4.12 Menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kacau-bilau.

9.0 Kelakuan Pelajar Di Kolej


9.1 Kelakuan tidak sopan dan memalukan.
9.1.1 Berbahasa kasar dan mencarut.
9.1.2 Tidak memberikan perhatian ketika pensyarah mengajar.
9.1.3 Berbual-bual tanpa memberikan perhatian ketika berada di dalam
majlis/ ceramah/ syarahan/ seminar yang dianjurkan oleh
persatuan atau pihak kolej.
9.1.4 Berkelakuan sumbang (berpeluk, bercium, berdua-duan dan lain-
lain) di dalam sebarang keadaan.
9.1.5 Mengambil makanan pelajar lain di kantin atau makan tanpa
membayar wang.
9.1.6 Keluar dari kelas tanpa kebenaran.
9.1.7 Makan atau minum di dalam kelas tanpa kebenaran.
9.1.8 Berpakaian mencolok mata.
9.1.9 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori
ini oleh Pengarah Kolej/Pensyarah yang diberi kuasa.

10.0 Adab
10.1 Adab Belajar
10.1.1 Belajar adalah suatu ibadah.
10.1.2 Gunakan setiap kesempatan yang ada untuk mendapatkan sesuatu
ilmu pengetahuan yang berguna.
10.1.3 Layani ilmu itu sebagaimana melayan seseorang yang mencari
faedah. Biasakan mempelajari ilmu itu dengan perbuatan terpuji.
10.1.4 Berikan sepenuh perhatian ketika pensyarah sedang mengajar.
10.1.5 Jangan melakukan tingkah laku yang kurang sopan, berbual-bual,
membuat bising, mengelamun, dan lain-lain perkara yang tidak
berkaitan dengan pelajaran ketika itu.
10.1.6 Jika ada sesuatu yang tidak difahami, minta dengan hormat kepada
pensyarah agar dia mengulangi/ menjelaskan semula apa yang
tidak difahami.
10.1.7 Peliharalah adab ketika bercakap dengan pensyarah/ kakitangan
kolej.
10.1.8 Jangan bercakap dengan suara yang keras atau jangan membantah
sekiranya pensyarah mengabaikan permintaan anda.

10.2 Adab Bertemu Pensyarah


10.2.1 Dahulukan dengan ucapan salam apabila bertemu dengan
pensyarah.
10.2.2 Jangan banyak bercakap di hadapan pensyarah, kecuali dengan
izin/ permintaan pensyarah.
10.2.3 Bertanya apabila diizinkan oleh pensyarah.
10.2.4 Elakkan dari membantah pendapat pensyarah kecuali dibenarkan.
10.2.5 Elakkan memberi sebarang petanda bahawa anda lebih tahu dari
pensyarah kerana ini kurang sopan dan kurang berkat.
10.2.6 Tidak berpaling ke kiri dan kanan dengan tiada sebab.
10.2.7 Berdiri apabila pensyarah masuk ke kelas atau pensyarah datang
menghampiri atau apabila bertanya.
10.2.8 Jangan ada sifat buruk terhadap pensyarah.

10.3 Adab Perhimpunan/ Majlis Rasmi


10.3.1 Pelajar mestilah berada di dalam barisan kelas masing-masing dan
memelihara barisan agar teratur sepanjang masa.
10.3.2 Tidak dibenarkan bercakap/ bergurau/ membuat bising/ membaca
bahan yang tiada kaitan dengan acara perhimpunan atau majlis.
10.3.3 Memberikan tumpuan penuh kepada acara perhimpunan/ majlis.
10.3.4 Berpakaian kemas dan lengkap.
10.3.5 Tidak memberikan reaksi berlebihan dan melewati batas sopan
santun.
10.3.6 Bersegera apabila nama dipanggil untuk sesuatu upacara/
penganugerahan.
10.3.7 Tidak meninggalkan perhimpunan/ majlis sehingga dibenarkan
berbuat demikian.
10.3.8 Hendaklah bergerak meninggalkan perhimpunan/ majlis dalam
barisan, kelas demi kelas.
10.3.9 Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis.
BAB 04:
KEMUDAHAN DAN
HARTA BENDA
KOLEJ
KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

1.0 Kawasan Sekolah


1.1 Semua pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kolej.
1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipunggut dan dibuang ke adalam tong
sampah yang disediakan.
1.3 Semua pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat.
1.4 Semua pelajar dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
1.5 Semua murid dilarang mengotorkan kawasan kolej
1.6 Dilarang memijak rumput di kawasan-kawasan larangan tertentu.

2.0 Bilik Kelas/Kuliah


2.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik kelas/kuliah
dan keselamatan alatan di dalamnya.
2.2 Penyelia kelas perlu memastikan kelas mempunyai jadual tugas,jadual
waktu kelas,kedudukan pelajar masing-masing,borang inventori dan
laluan kecemasan semasa kebakaran.
2.3 Segala kerosakkan dilaporkan segera kepada pensyarah
tingkatan/pensyarah bertugas.
2.4 Sebelum meninggalkan kelas,kerusi/meja mesti disusun dengan teratur.
Lampu dan kipas ditutup suisnya.
2.5 Semua pelajar tidak dibenarkan memindahkan kerusi/meja perabot
antara kelas.
2.6 Tidak dibenarkan berada di dalam bilik kelas/kuliah semasa waktu rehat
dan selepas sesi pembelajaran,kecuali dengan kebenaran
Pengarah/Timbalan Pengarah dan pensyarah.
2.7 Jangan menulis di papan hitam/papan putih dan bermain-main tanpa
kebenaran pensyarah. Bersihkan semua papan hitam/papan putih selepas
digunakan.
2.8 Alatan di dalam bilik kelas/kuliah tidak dibenarkan diubah kedudukannya
kecuali dengan kebenaran Pengarah/Timbalan Pengarah atau pensyarah.
2.9 Kerusi dan meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan tidak
diconteng.
2.10 Dilarang makan dan minum pada sebarang masa di dalam bilik
kelas/kuliah.
2.11 Ketua kelas/pengawas di dalam bilik kelas harus menjaga ketenteraman
dan keselamatan harta benda terutama semasa ketiadaan pensyarah.

3.0 Bilik-bilik Khas


3.1 Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak kolej tentang peggunaan bilik-bilik khas.
3.2 Para pelajar perlu menghargai dan menjaga segala kemudahan yang
disediakan oleh pihak kolej.
3.3 Semua penyelaras bilik-bilik khas kolej hendaklah mencetak dan
mempamerkan peraturan bagi bilik-bilik khas di tempat yang mudah
dilihat.

4.0 Peraturan Pusat Sumber


4.1 Semua pelajar perlu menjadi ahli pusat sumber. Semua pelajar perlu
mempunyai kad pinjaman sendiri yang tidak boleh dipindah milik.
4.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg atau buku ke pusat sumber.
4.3 Pelajar-pelajar dilarang:
 Membuat bising atau tidur
 Makan atau minum
 Membawa gunting atau pisau atau senjata-senjata tajam yang lain.
 Memasuki kaunter dan bilik kerja/operasi Pusat Sumber.
4.4 Pelajar tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam buku-
buku di pusat sumber.
4.5 Buku bertanda merah(red spot) hanya boleh digunakan pelajar di dalam
pusat sumber sahaja.
4.6 Buku yang dikeluarkan dari rak, mesti diletakkan ke tempat yang
disediakan selepas membaca.
4.7 Pelajar perlu memulangkan semula buku yang dipinjam dalam tempoh
yang ditetapkan.
4.8 Pihak pusat sumber akan mengenakan tindakan terhadap pelajar yang
lewat memulangkan buku,menghilangkan buku serta merosakkan harta
benda pusat sumber.
4.9 Kelas yang memasuki pusat sumber perlu diiringi oleh pensyarah.

5.0 Peraturan Makmal Sains/Bengkel-bengkel Kursus/Makmal Komputer/Bilik


Media.
5.1 sentiasa beratur bilik ke Makmal/Bengkel/Bilik Media.
5.2 Beg tidak dibenarkan dibawa masuk.
5.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke Makmal/Bengkel/Bilik Media tanpa
kehadiran/kebenaran pensyarah.
5.4 Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan cara
penggunaan Makmal/Bengkel/Bilik Media.
5.5 Penggunaan peralatan adalah dibawah pengawasan/kebenaran
pensyarah.
6.0 Bilik Rawatan.
6.1 Pelajar perlulah mendapatkan kebenaran bertulis dari Pengarah/Timbalan
Pengarah atau pensyarah bertugas.
6.2 Sesiapa yang didapati berada di dalam bilik sakit tanpa kebenaran akan
diambil tindakan.
6.3 Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali dengan
kebenaran pensyarah/kes-kes khas.

7.0 Stor Sukan/Bilik PJK.


7.1 Hanya pensyarah sahaja yang dibenarkan membuat pinjaman alatan dan
bertanggungjawab ke atas penggunaan dan pemulangan semula alatan
tersebut.
7.2 Peminjaman alatan hendaklah direkodkan ke dalam buku pinjaman alatan.
7.3 Alatan di stor harus disusun dan disimpan dengan kemas dan rapi.

8.0 Kantin Kolej


8.1 Semua jenis makanan sama ada dibawa dari rumah atau dibeli dari kantin
perlulah dimakan di kantin sahaja.
8.2 Perkakas-perkakas kantin yang digunakan seperti
sudu,garfu,pinggan,gelas dan lain-lain perlulah diletak dengan baik di
tempat yang disediakan.
8.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan memasak atau menjual
makanan dan minuman.
8.4 Pelajar dibenarkan membawa makanan yang HALAL sahaja.

9.0 Tandas
9.1 Semua pelajar perlu menggunakan tandas dengan betul,menjaganya serta
dilarang membuang sampah/tuala wanita ke dalam lubang tandas atau di
merata-rata tempat.
9.2 Pelajar perlu berjimat cermat menggunakan elektrik dan air.
9.3 Semua pelajar dilarang menconteng tandas dengan sebarang bahan.
9.4 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar.

10.0 Harta Benda Sekolah.


10.1 Menjadi tanggungjawab semua pelajar menjaga harta benda kolej yang
terdapat di dalam kelas,bengkel,bilik-bilik khas,tandas,kantin dan di mana-
mana tempat dalam kawasan kolej.
10.2 Sebarang kerosakkan perlu dilaporkan dengan segera kepada pensyarah
bertugas.
10.3 Ganti rugi bagi kerosakan yang dilakukan oleh pelajar adalah tertakluk
kepada budi bicara Pengarah.
10.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam perlulah dipulangkan/diletakkan
ke tempat asalnya dalam keadaan baik.
11.0 Harta Pelajar.
11.1 Pelajar perlulah menjaga harta sendiri dengan cermat. Kehilangan barang-
barang berharga adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri.
11.2 Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan
dompet, telefon bimbit dan komputer riba milik pelajar.
11.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa komik,majalah
hiburan,kaset,video,cakera padat, gambar-gambar artis dan barangan
berharga tanpa kebenaran pihak kolej.
11.4 Dilarang menunggang basikal/motosikal melepasi kawasan pondok
pengawal. Kenderaan ini hendaklah disusun dengan kemas di tempat yang
dibenarkan. Pelajar perlu memilki insurans,lesen memandu dan cukai jalan
yang sah.
12.0 Padang/Gelanggang Permainan
12.1 Penggunaannya mesti mendapat kebenaran dan di bawah pengawasan
pensyarah.
12.2 Semasa menggunakan padang/gelanggang permainan,pelajar mesti
berpakaian sukan lengkap.
12.3 Pelajar dilarang menggunakan padang/gelanggang permainan semasa hari
hujan.
12.4 Semua peralatan yang diguanakan mesti disimpan semula selepas
digunakan.
13.0 Papan Kenyataan
13.1 Setiap pelajar digalakkan membaca segala notis/kenyataan berkaitan
aktiviti kolej.
13.2 Segala penyataan yang ditampal mesti mendapat kebenaran/kelulusan
pengarah.
13.3 Hanya gambar-gambar dan berita yang bersesuaian sahaja yang boleh
ditampal.
13.4 Kenyataan yang lama dan sudah tamat tempohnya perlulah diturunkan
dari papan kenyataan.
BAB 05:
PERATURAN
UMUM
PERATURAN UMUM

1.0 Merokok
Kawasan sekolah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

(Pekeliling Ikhtisas Bil. 75/1007)

2.0 Kecemasan / Kebakaran


2.1 Arahan-arahan Am
2.1.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan
kolej, hendaklah melaporkan dengan segera kepada perwakilan
pelajar/pensyarah bertugas.
2.1.2 Apabila loceng kolej dibunyikan secara pendek dan berturut-turut semua
kakitangan dan murid mesti meninggalkan kelas tanpa beg.
2.1.3 Pelajar mesti beratur dan menuju ke arah padang dengan diawasi guru.
2.1.4 Pihak sekolah perlu serta merta berhubung terus dengan pihak bomba
atau penyelamat dan polis melalui nombor 999.
2.1.5 Jangan memekik-mekik atau merasa takut atau cemas. Ini untuk
mengelak kekecohan dan kelam kabut.

2.2 Arahan-arahan Untuk Pelajar


2.2.1 Hendaklah keluar dari bangunan sekolah atau kelas dengan cepat dan
senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul.
2.2.2 Jalan-jalan tertentu perlu mengikut pelan yang telah diedarkan.
2.2.3 Semasa berada di tangga atau di tempat sempit jangan bertolak dan
berasak-asak.
2.2.4 Semasa sampai di padang hendaklah berkumpul seperti yang diarahkan
dalam latihan kebakaran.
2.2.5 Pensyarah kelas atau pensyarah yang mengajar hendaklah mengambil
kedatangan pelajar kelas tersebut.
2.2.6 Bersurai/balik ke kelas apabila loceng dibunyikan.
2.3 Tindakan Pensyarah dan Pelajar
2.3.1 Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diberhentikan sebaik
loceng kebakaran dibunyikan.
2.3.2 Semua pelajar perlu keluar dari kelas, maklmal, perpustakaan dam lain-
lain tempat dengan serta merta dan beratur baik menghala ke tangga
yang akan digunakan untuk meninggalkan tempat itu. Pastikan semua
suis, gas, pintu kelas ditutup.
2.3.3 Perwakilan pelajar bertanggungjawab mengawal ketenteraman semasa
murid keluar ke tempat perhimpunan.
2.3.4 Dengan kawalan pensyarah semua pelajar mesti jalan dengan cepat ke
padang mengikut jalan kecemasan yang ditetapkan.
2.3.5 Kerani kolej akan menghantar buku kedatangan pelajar kepada
pensyarah-pensyarah melalui pembantu pejabat. Pensyarah memanggil
nama pelajar dan menulis senarai nama pelajar yang hilang dan masih
berada di kelas. Senarai nama itu mesti dihantar kepada pensyarah yang
bertanggungjawab mencegah kebakaran.

2.4 Tindakan Pensyarah Bertugas


2.4.1 Berada segera di tempat berkumpul
2.4.2 Bekerjasama dengan pengurus kelas mengawal dan mententeramkan
pelajar masing-masing.
2.4.3 Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid dan nama murid-murid
yang tercicir dalam tiap-tiap kelas daripada pengurus-pengurus
tingkatan.

2.5 Tindakan Kakitangan Kolej


2.5.1 Mestilah bersedia untuk menunjuk arah kereta bomba yang datang
memberi bantuan.
2.5.2 Bersedia juga dengan kunci-kunci yang diperlukan.
2.5.3 Bertindak dengan segera dan pantas untuk memadamkan api sebelum
kedatangan bomba dengan menggunakan alat-alat pemadam api ( alat
itu mesti sentiasa dipastikan dalam keadaan baik).

3.0 Kawasan Larangan


3.1 Dalam Kawasan Sekolah
3.1.1 Pejabat kecuali dengan urusan rasmi
3.1.2 Bilik Pengarah Kolej, bilik pensyarah, tandas pensyarah, bilik perwakilan
pelajar kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan.
3.1.3 Bilik Makmal sains, Bengkel-bengkel, Bilik Sukan, Bilik Rawatan, Bilik
Kaunseling, Bilik Elektrik, Bilik Stor dan pentas kecuali dengan kebenaran.
3.1.4 Kawasan Rumah Warden.
3.1.5 Pondok pengawal
3.1.6 Tempat letak kereta atau motosikal guru.
3.1.7 Dalam kawasan kolej setelah jam 5.30 petang melainkan ada aktiviti
bersama pensyarah.
3.2 Luar Kawasan Kolej
3.2.1 Pejabat Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran kecuali dengan ibu
bapa/penjaga atau dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah dan
dengan pakaian rasmi kolej yang lengkap.
3.2.2 Kawasan hiburan seperti Kelab-kelab Disko, Arked Video, Pusat Snooker
dan sebagainya pada bila-bila masa.
4.0 Keselamatan
4.1 Pelawat
4.1.1 Pelawat –pelawat mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dahulu
,mendapatkan pas pelawat dan berurusan di pejabat sahaja.
4.1.2 Pelawat-pelawat mesti berurusan di pejabat sahaja atau bilik khas(jika
ada).
4.1.3 Kenderaan pelawat tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah.
4.1.4 Ibi bapa/penjaga dilarang sama sekali terus masuk ke kelas untuk mencari
atau menunggu anak.

4.2 Murid
4.2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercakap-cakap dengan orang luar,
bekas pelajar atau pelawat sewaktu persekolahan kecuali dengan
kebenaran Pengarah. Kehadiran orang luar yang disyaki perlu dilaporkan
segera kepada pensyarah atau pengawal keselamatan.
4.2.2 Pelajar-pelajar dilarang membawa orang luar termasuk bekas pelajar
untuk menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah.
4.2.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kawasan kolej pada waktu
cuti penggal, cuti am atau cuti hujung minggu, kecuali dengan kebenaran
Pengarah.
4.2.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bermain di kawasan sekolah jika cuaca
buruk.
4.2.5 Pelajar mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah untuk
sebarang penglibatan aktiviti di luar kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran.
4.2.6 Elakkan diri daripada berada di kawasan gelap dan sunyi.
4.2.7 Melaporkan sebarang kecederaan/kemalangan kepada Pengarah.
4.2.8 Pelajar-pelajar hendaklah berjalan dalam kumpulan semasa datang dan
balik ke sekolah dan berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan
arah kenderaan.
4.2.9 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa mercun/bahan letupan ke
sekolah.
4.3 Kenderaan
4.3.1 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan menghalang di tengah-tengah
pintu pagar sekolah dan lalui lintas.
4.3.2 Semua kenderaan yang menghantar pelajar tidak dibenarkan masuk ke
kawasan kolej kecuali hari hujan atau ada kebenaran daripada Pengarah.
4.3.3 Semua pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah mesti memiliki
lesen memandu yang sah, pelekat motor/kereta kolej dan mematuhi
undang-undang lalui lintas.
4.3.4 Kenderaan mesti diletakkan di tempat yang disediakan atau dikhaskan.
4.3.5 Pelajar perlu beratur semasa menaiki bas sekolah dan bas awam.
4.3.6 Kenderaan pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali
dengan kebenaran Pengarah.
4.3.7 Pelajar-pelajar yang membawa basikal/ motosikal dikehendaki turun
daripada kenderaan dan menolak sebaik sahaja memasuki kawasan kolej.
5.0 Bayaran Dan Yuran Kolej
5.1 Setiap murid dikehendaki membayar sejumlah yuran yang telah ditetapkan oleh
pihak kolej, derma PIBG , bayaran koperasi dan lain-lain.
5.2 Yuran sekolah dan derma PIBG perlu dijelaskan oleh semua pelajar selewat-
lewatnya pada penghujung semester pertama pengajian.
5.3 Bagi murid yang engkar atau tidak menjelaskan yuran dan sebarang bayaran yang
telah ditetapkan, pihak sekolah berhak menahan keputusan peperiksaan serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti sijil kolej, surat akuan dan lain-
lain. Pelajar perlu menjelaskan yuran yang tertunggak sebelum berpindah.
6.0 Kegiatan Luar Bilik Darjah
6.1 Gerak kerja Kokurikulum
6.1.1 Pelajar-pelajar digalakkan menyertai 3 jens gerak kerja kokurikulum iaitu,
satu aktiviti kelab/persatuan, satu Pasukan Pakaian Seragam dan satu lagi
gerak kerja sukan.
6.1.2 Borang penyertaan aktiviti kokurikulum akan diedarkan kepada pelajar
pada awal semester satu. Pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut.
Borang tersebut kemudiannya mesti diserahkan kepada pengurus
tingkatan untuk ditandatangani dan dicatatkan dalam buku kedatangan
pelajar. Pelajar kemudiannya menyerahkan borang tersebut kepada
guru penasihat pada mesyuarat pertama selepas pendaftaran ahli
dijalankan. Borang penyertaan itu akan disimpan oleh pensyarah
sepanjang tahun sebagai bukti kebenaran daripada ibu bapa/penjaga.
6.1.3 Pendaftaran ahli akan dijalankan pada minggu kedua dan ketiga semester
pertama setiap tahun.
6.1.4 Semua ahli bagi setiap gerak kerja kokurikulum perlulah hadir dalam
setiap mesyuarat/perjumpaan yang telah ditetapkan, kecuali dengan
kebenaran pihak yang berkenaan.
6.1.5 Setiap pelajar dibekalkan dengan kad aktiviti yang perlu diserahkan untuk
semakan pensyarah pada setiap kali perjumpaan diadakan.
6.1.6 Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan pada hari kelepasan
am atau pada hari Ahad tanpa kebenaran khas daripada Pengarah
6.1.7 Pada masa perjumpaan, ahli-ahli mestilah memakai pakaian yang telah
ditatapkan oleh pihak sekolah. Ini termasuklah semasa pertandingan di
luar sekolah dan semasa lawatan. Pelajar juga mestilah menjaga
tatatertib semasa menjalani aktiviti kokurikulum.
6.1.8 Pelajar-pelajar yang terpilih mewakili kolej dalam pertandingan tertentu
di luar sekolah mestilah mendapatkan kebenaran daripada ibu
bapa/penjaga terlebih dahulu.
6.1.9 Semua aktiviti akan dijalankan pada hari Isnin, jam 3.00 hingga 5.00
petang.

6.2 Lawatan ke luar kolej


6.2.1 Pelajar perlu berkelakuan baik dan berpakaian seragam kolej sepanjang
masa.
6.2.2 Jika terdapat pelajar yang melanggar arahan, tindakan disiplin akan
dikenakan.
6.2.3 Tempat-tempat seperti pub, pusat snooker, pusat video, disko dan kelab
malam tidak boleh dilawati/dikunjungi pelajar.
6.2.4 First aid kit yang sempurna disimpan oleh pensyarah yang mengawas.
6.2.5 Rombongan ke tempat-tempat berenang mestilah ada penyelamat yang
bertauliah.
6.2.6 Alat-alat atau barang-barang yang berharga tidak dibenarkan dibawa
bersama.
6.2.7 Pelajar-pelajar mestilah mengikut arahan pensyarah. Sekiranya ingin
melakukan sesuatu, mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu
daripada pensyarah berkenaan..
6.2.8 Laporan ringkas mengenai sesuatu rombongan itu hendaklah dibuat dan
diserahkan kepada Pengarah Kolej.
6.2.9 Perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Jabatan/Ibu
bapa/penjaga.
6.3 Aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Kelas
6.3.1 Semua pelajar perlu beratur dengan tertib, kemas dan senyap.
6.3.2 Pelajar perlu sampai ke lokasi pembelajaran tidak lewat daripada lima
minit waktu pembelajaran sebelum itu.
6.3.3 Ikuti arahan pensyarah semasa di lokasi pembelajaran.
6.3.4 Selepas tamat sesi pembelajaran, murid perlu terus kembali ke
kelas/lokasi pembelajaran yang seterusnya secara teratur dengan tertib,
kemas dan senyap.
7.0 Waktu Solat Dan Rehat
7.1 Solat (Pelajar Islam)
7.1.1 Pelajar diwajibkan menunaikan solat secara berjemaah di surau mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
7.1.2 Pelajar yang sengaja melengah-lengahkan solat secara berjemaah akan
diberi nasihat dan bimbingan
7.1.3 Pelajar tidak dibenarkan berbual dan bergurau sesama sendiri semasa
bersolat Jumaat di surau/masjid.
7.1.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu
ketenteraman para jemaah lain di masjid.
7.1.5 Pelajar lelaki hanya dibenarkan menggunakan surau lelaki dari jam 1-2
petang

8.0 Tata Tertib Semasa Di Dalam Kelas


8.1 Kebersihan dan keceriaan kelas
8.1.1 Lantai di dalam kelas perlu disapu pada waktu pertama dan 10 minit
sebelum balik
8.1.2 Cermin tingkap perlulah dilap setiap hari.
8.1.3 Meja dan kerusi perlulah disusun dengan lurus sebelum dan selepas
tamat sesi pembelajaran pelajar dan juga pada waktu rehat.
8.1.4 Papan tulis perlulah dibersihkan, terutama selepas suatu sesi
pembelajaran pelajar tamat.
8.1.5 Pelajar tidak dibenarkan menulis di papan tulis tanpa kebenaran guru.
8.1.6 Tong sampah perlu dikosongkan pada setiap hari.
8.1.7 Papan kenyataan mestilah dihias dengan bahan ilmiah atau makalah yang
berfaedah. Semua maklumat pelajar dan kelas perlulah dilekatkan pada
papan kenyataan.
8.1.8 Pelajar digalakkan menghias kelas untuk mewujudkan suasana ceria yang
boleh membantu pengajaran dan pembelajaran.
8.1.9 Setiap kelas dibekalkan dengan penyapu, bakul sampah, pemadam papan
tulis dan penyodok sampah. Pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat
tersebut.
8.1.10 Segala kerosakan perlulah dilaporkan kepada pengurus kelas.
8.1.11 Kelas-kelas yang kotor atau dalam keadaan yang tidak memuaskan akan
dipaparkan di papan kenyataan.
8.1.12 Tindakan bagi kelas terkotor adalah tertakluk kepada sistem kebersihan
yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
8.2 Keluar kelas/Pertukaran Kelas
8.2.1 Kebenaran keluar hanya boleh diberi oleh pensyarah yang masuk ke kelas
itu.
8.2.2 Pelajar perlu beratur di luar kelas terlebih dahulu sebelum setiap
pertukaran kelas untuk ke makmal, bengkel , stor pendidikan jasmani
dan sebagainya.
8.2.3 Semua pelajar perlu berjalan dalam keadaan beratur di dalam barisan
tanpa membuat bising.
8.2.4 Setiap pelajar tidak dibenarkan bersandar pada tembok kaki lima.
8.2.5 Pelajar perlu menyalin pakaian untuk Pendidikan Jasmani di dalam
tandas/bilik persalinan
8.2.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas untuk menggunakan telefon semasa
pengajaran dan pembelajaran.
8.2.7 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas sewaktu pertukaran pensyarah
antara waktu.

8.3 Benda-benda dan Perbuatan Larangan


8.3.1 Pelajar dilarang membawa bahan-bahan bacaan yang dianggap tidak
sesuai ke sekolah. Sekiranya dibawa bahan tersebut, pihak kolej akan
merampasnya.
8.3.2 Semua pisau lipat, pisau cukur, pemetik api, mercun atau apa sahaja alat-
alat yang berbahaya akan dirampas oleh pihak sekolah.
8.3.3 Semua pakaian luar, disket, pita kaset, cakera padat dan video
persendirian akan dirampas.
8.3.4 Barang-barang berharga seperti kamera, pemain kaset, barang kemas
dan game watch serta alat-alat permainan tidak dibenarkan dibawa ke
sekolah.
8.3.5 Chewing gum tidak boleh dibawa atau dimakan di dalam kawasan
sekolah.
8.3.6 Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada
penjaja di luar kawasan kolej dan kantin semasa pengajaran dan
pembelajaran.
8.3.7 Pelajar dilarang makan dan minum di dalam kelas.
8.3.8 Pelajar tidak digalakkan membawa wang belanja yang berlebihan.
8.3.9 Pelajar dilarang keras merokok, menghisap dadah, menghidu gam, pil
khayal atau minuman yang mengandungi alkohol.
8.3.10 Pelajar tidak dibenarkan memakai Friendship Band dan tidak dibenarkan
menghias dan menconteng beg sekolah/pakaian seragam/anggota
badan.
8.3.11 Pelajar dilarang menggunakan sebarang alatan komunikasi (telefon
bimbit, tablet, komputer riba) semasa sessi pengajaran dan
pembelajaran
8.3.12 Pelajar dilarang mengecas telefon bimbit dan komputer riba di dalam
kelas dan bilik- bilik khas. Tindakan disiplin rampasan akan dikenakan
sekiranya gagal mematuhi peraturan ini.

8.4 Tugas-tugas Ketua Kelas/ Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)


8.4.1 Ketua Kelas diberi kuasa untuk menjaga ketenteraman serta keceriaan
kelasnya terutama ketika ketiadaan guru.
8.4.2 Setiap pelajar mesti mematuhi arahan Ketua Kelas dan menghormatinya.
8.4.3 Memberitahu pensyarah bertugas jika ada pelajar yang sakit dalam kelas.
8.4.4 Melaporkan segala kerosakan di dalam kelas kepada pengurus tingkatan.
8.4.5 Memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian yang ditetapkan.
8.4.6 Bertanggungjawab mengambil buku/borang kawalan disiplin dari pejabat
dan menyerahkan kepada pensyarah matapelajaran setiap waktu untuk
pengisian dan menghantar ke pejabat selepas tamat waktu
persekolahan.
8.4.7 Peranan perwakilan pelajar adalah mengawasi serta membantu
melaksanakan segala peraturan dan undang-undang kolej.
8.4.8 Setiap perwakilan pelajar diberi kuasa menahan sesiapa sahaja yang
melanggar peraturan kolej dan membawa kepada Unit Disiplin untu
diambil tindakan.
8.4.9 Perwakilan Pelajar berhak membuat pemeriksaan kepada semua pelajar
yang tidak mematuhi cara berpakaian yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia :
a. Lencana yang tidak dipakai dengan kemas
b. Kasut dan stoking yang tidak dibenarkan dalam peraturan 2
(Peraturan Pakaian Seragam)
c. Pakain yang tidak mematuhi peraturan 2 (Peraturan Pakaian
Seragam)
8.4.10 Semua harta benda pelajar yang diambil perlulah disenaraikan dan
diserahkan kepada Pengarah/pensyarah yang diberi kuasa.
8.4.11 Semua pelajar perlu mematuhi dan menghormati arahan perwakilan
pelajar semasa tugas yang dipertanggungjawakan.
8.4.12 Perwakilan pelajar perlu memaklumkan sebarang salah laku pelajar pada
pensyarah disiplin yang bertugas secepat mungkin.
BAB 06:
PERATURAN
ASRAMA
6.0 PERATURAN ASRAMA
6.1 Kawasan Asrama
6.1.1 Dilarang menerima atau membawa tetamu / pelawat ke kawasan
asrama pada bila-bila masa tanpa kebenaran dari pengarah kolej
atau warden.
6.1.2 Sebarang aktiviti selepas waktu sekolah perlu dimaklumkan
kepada ketua warden secara bertulis.
6.1.3 Dilarang berkumpul dan membuat bising di mana-mana kawasan
asrama.
6.1.4 Buang sampah di tempat yang disediakan.
6.1.5 Dilarang meludah.
6.1.6 Dilarang memetik atau membinasakan pokok-pokok hiasan dan
memijak kawasan berumput yang dilarang.
6.1.7 Dilarang memanjat atau bergayut pada pokok atau bahagian
bangunan asrama.
6.1.8 Dilarang membawa kasut roda, papan luncur, skuter dan bermain
di kawasan asrama.

6.2 Surau
6.2.1 Peraturan ini terpakai kepada semua pengguna surau.
6.2.2 Surau dikhaskan untuk solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti
keagamaan seperti qiamullail dan tazkirah.
6.2.3 Alat kelengkapan yang ada di dalam surau tidak boleh dibawa
keluar.
6.2.4 Kebersihan dan keselamatan surau adalah tanggungjawab semua.
6.2.5 Pengguna surau mesti menjaga adab sopan semasa berada di
dalam surau.
6.2.6 Pengguna surau dimestikan menutup aurat ketika berada di
dalam surau.
6.2.7 Pengguna surau tidak dibenarkan tidur, membuat bising atau
berbual kosong di dalam surau.
6.2.8 Makanan dan minuman dilarang sama sekali dibawa masuk ke
dalam surau.
6.2.9 Al-Quran atau bahan bacaan mesti dikemaskan selepas
menggunakannya.
6.1.10 Tidak dibenarkan menggunakan atau mengecas telefon bimbit
dan laptop di dalam surau.
6.2.11 Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan surau seperti radia,
mikrofon dan vakum kecuali dengan kebenaran warden atau
ketua BADAR.
6.2.12 Pengguna surau yang terakhir keluar dari surau perlu menutup
suis lampu dan kipas serta menutup pintu dan tingkap
6.3 Bilik-Bilik Asrama
6.3.1 Katil dan lokar mestilah disusun dengan teratur dan kemas
mengikut pelan yang disediakan.
6.3.2 Cadar dan sarung bantal mesti dipasang sepanjang masa dalam
keadaan kemas, tegang dan bersih.
6.3.3 Setiap pelajar mestilah menggunakan peralatan / perabot asrama
(katil, tilam, bantal dan lokar) yang diserahkan kepadanya dengan
baik dan cermat. Sebarang kerosakan pada alat / perabot tersebut
adalah menjadi tanggungjawab pelajar.
6.3.4 Saling bertukar sebarang alat-alat asrama adalah dilarang.
Mengambil atau mencuri sebarang alat / perabot asrama adalah
satu kesalahan besar.
6.3.5 Tagging pada katil dan almari mesti dijaga dengan baik dan tidak
diubah sesuka hati.
6.3.6 Sebarang gambar berunsur lucah, mencolok mata,
mengghairahkan atau sebarang gambar yang dikelaskan budaya
kuning tidak dibenarkan ditampal di mana-manabahagian lokar (di
dalam atau di luar)dan dinding bilik asrama.
6.3.7 Barang-barang persendirian yang disimpan di dalam lokar
mestilah disusun dengan kemas dan bersih.
6.3.8 Pakaian kotor, pakaian basah dan sebarang makanan /minuman
yang boleh menarik serangga tidak dibenarkan disimpan di dalam
bilik/ lokar.
6.3.9 Pastikan lokar sentiasa dikunci.
6.3.10 Kebersihan kawasan sekitar katil dan lokar (meliputi lantai,
dinding, tingkap dan siling) adalah tanggungjawab pelajar.
6.3.11 Tingkap dan pintu mesti ditutup dengan sempurna ketika
meninggalkan bilik jika tiada penghuni.
6.3.12 Tidak dibenarkan tidur di atas katil pelajar lain (bersendirian atau
bersama-sama).
6.3.13 Kasut, sandal dan selipar mesti disusun dengan teratur dan kemas
di atas rak sepanjang masa.
6.3.14 Pakaian, tuala atau kasut basah / lembab tidak dibenarkan disidai
/ dijemur di dalam bilik / di tingkap / di koridor.
6.3.15 Pakaian kering hendaklah terus disimpan di dalam lokar dan tidak
dibenarkan menyidaidi dalam bilik / pada katil / di tingkap.
6.3.16 Tidak dibenarkan meletak sebarang benda di atas lokar dan di
bawah katil.
6.3.17 Dilarang membawa alat elektrik seperti heater, pengering rambut
dan alat-alat muzik elektrik / elektronik.
6.3.18 Segala kerosakan di dalam bilik asrama akibat kecuaian pelajar
hendaklah diganti oleh pelajar berkenaan.

6.4 Kaki Lima / Serambi / Koridor Asrama


6.4.1 Tidak dibenarkan meletakkan apa-apa barang di
koridor asrama.
6.4.2 Tidak dibenarkan menyidai di koridor asrama.
6.4.3 Berlari di koridor asrama adalah tidak dibenarkan.
6.4.4 Tidak dibenarkan berkumpul selepas lampu
dipadamkan.

6.5 Tandas / Bilik Mandi / Bilik Kemban / Bilik Basuh Asrama


6.5.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keceriaan tandas dan bilik mandi asrama.
6.5.2 Tuala wanita hendaklah dibuang ke tempat yang
disediakan.
6.5.3 Paip air mesti ditutup dengan sempurna.
6.5.4 Pastikan menutup suis lampu sebelum keluar.
6.5.5 Singki tidak boleh digunakan untuk merendam
pakaian.
6.5.6 Dilarang membuang sampah / sisa makanan ke dalam bilik air /
singki / lubang tandas.
6.5.7 Dilarang menggunting rambut di dalam bilik air.
6.5.8 Tutup aurat semasa mandi atau membasuh.
6.5.9 Dilarang berlari atau bergurau senda.
6.5.10 Dilarang membasuh pakaian selepas jam 11.30
malam.

6.6 Bilik Khas


6.6.1 Bilik-bilik khas adalah meliputi bilik pengurusan warden, bilik elit,
bilik prep, bilik kesihatan dan bilik kokurikulum.
6.6.2 Hanya perwakilan pelajar dibenarkan memasuki bilik pengurusan
warden.
6.6.3 Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam
bilik-bilik khas.
6.6.4 Tidak dibenarkan membuat bising atau mengganggu pelajar lain.
6.6.5 Kebersihan dan keceriaan bilik khas adalah tanggungjawab pelajar
yang menggunakannya.
6.6.6 Tidak dibenarkan meninggalkan barang peribadi di bilik khas.
6.6.7 Alat-alat indoor dan outdoor games mesti dicatatkan maklumat
penggunaan.
6.6.8 Hanya pelajar sakit dibenarkan berada di bilik kesihatan.
6.6.9 Pelajar terakhir perlu menutup suis lampu dan kipas sebelum
keluar.

6.7 Dewan Makan


6.7.1 Waktu makan adalah mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
6.7.2 Doa hendaklah dibaca sebelum makan.
6.7.3 Pelajar perlu makan dengan penuh adab sopan.
6.7.4 Pelajar perlu menjaga kebersihan meja makan dan tempat
membasuh tangan.
6.7.5 Pelajar perlu meletakkan pinggan dan cawan di tempat yang telah
disediakan.
6.7.6 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar makanan dari Dewan
Makan, kecuali dengan kebenaran.
6.7.7 Pelajar yang perlu makanan lebih awal / lewat perlu
memaklumkan kepada Penyelia Asrama duahari sebelum hari
berkenaan kecuali sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
6.7.8 Rombongan pelajar yang memerlukan makanan untuk bekalan
perlulah memberitahu Penyelia Asrama dua hari sebelum
perjalanan.

6.8 Solat dan Aktiviti Keagamaan


6.8.1 Semua pelajar Islam diwajibkan solat lima waktu
secara berjemaah di surau.
6.8.2 Tidak dibenarkan solat di bilik asrama.
6.8.3 Pelajar yang ponteng solat / tidak berjemaahakan diberi nasihat,
teguran, bimbingan dan hukuman sekiranya masih berterusan
melakukan kesalahan.
6.8.4 Semua pelajar (termasuk yang uzur) dikehendaki masuk ke surau
pada jam 7 malam setiap hari bagi mengikuti bacaan mathurat.
6.8.5 Pelajar uzur dikehendaki berada di Dataran Serikandi dalam
keadaan senyap dan tertib semasa solat berjemaah dilaksanakan.
6.8.6 Pelajar yang boleh bersolat tidak dibenarkan keluar dari surau
sehingga wirid dan aktiviti selepas solat selesai.
6.8.7 Semua pelajar (termasuk yang uzur) diwajibkan mengikuti aktiviti
surau seperti kuliah maghrib, tazkirah dan aktiviti ihya’ Ramadhan
seperti tadarus al-Quran.

6.9 Pemeriksaan Asrama


6.9.1 Kawasan asrama akan diperiksa setiap hari selepas sarapan pagi
oleh perwakilan pelajar dan warden.
6.9.2 Pemeriksaan setiap hari bertujuan memastikan kebersihan dorm
dan asrama serta mengesan kerosakan kemudahan asrama.
6.9.3 Pelajar dikehendaki turun dari bilik dorm pada jam 6 pagi dan
tidak dibenarkan naik semula ke bilik dorm (tertakluk kepada
perubahan dari masa ke semasa)
6.9.4 Pelajar dikehendaki berada dalam barisan roll call semasa
pemeriksaan dijalankan.
6.9.5 Bilik-bilik yang didapati kotor atau tidak kemas akan dikenakan
tindakan.
6.9.6 Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh
Pengarah Kolej / Timbalan Pengarah / Warden.

6.10 Peraturan Keluar Masuk / Balik Bermalam


6.10.1 Pelajar dibenarkan balik bermalam pada tarikh-tarikh yang telah
ditentukan sahaja.
6.10.2 Pelajar dikehendaki mengikuti Prosedur Pulang seperti berikut:
i)Serah Kad Biru/ Pink (yang telah ditandatangani warden) kepada
pengawal untuk dicatat masa keluar.
ii)Tinggalkan Kad di pondok pengawal
iii)Ambil semula kad di pondok pengawal sebelum pukul 6.00
petang
6.10.3 Jika pulang lewat dari waktu ditetapkan (selepas 6.00 petang), sila
kemukakan sijil cuti sakit/ sijil kematian/ surat rasmi kepada Ketua
Warden .
6.10.4 Pelajar dibenarkan balik selain dari tarikh yang ditetapkan
sekiranya mengikut prosedur yang ditetapkan, iaitu
mengemukakan surat rasmi dari ibu bapa / penjaga bersama
dokumen berkaitan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh
pulang. Kebenaran hanya akan diberikan sekiranya perlu.
6.10.5 Pelajar dibenarkan pulang kerana kes sakit hanya setelah
mendapat kebenaran warden bertugas.
6.10.6 Hanya warden sahaja yang akan menghubungi ibu bapa. Pelajar
dilarang sama sekali mengarahkan ibu bapa datang ke sekolah.
Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan pelajar
dikenakan tindakan disiplin.
6.10.7 Jika pelajar mendapat kebenaran untuk pulang selain dari tarikh
dibenarkan. Hanya ibu bapa / penjaga / waris dibenarkan
membawa pulang pelajar. Pelajar tidak dibenarkan pulang sendiri.
6.10.8 Ibu bapa tidak dibenarkan membawa pelajar lain (kawan anak)
untuk keluar.
6.10.9 Pelajar dibenarkan outing mengikut tarikh dan waktu yang
ditetapkan
6.10.10 Tidak dibenarkan keluar bandar kecuali kes tertentu bersama ibu
bapa / guru / warden.
6.10.11 Penghuni yang keluar asrama tanpa kebenaran boleh dikenakan
tindakan buang asrama.
6.10.12 Pelajar yang keluar dari kawasan sekolah hendaklah memakai baju
batik asrama sahaja.

6.11 Peraturan Melawat


6.11.1 Masa melawat adalah pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 2
petang hingga 6.30 petang.
6.11.2 Pelawat yang ingin menemui pelajar di luar waktu ditetapkan
(lawatan kecemasan) hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran khas dari Pengarah Kolej / Timbalan Pengarah /
warden bertugas.
6.11.3 Semua pelawat mesti mempunyai kad pelawat dan ditunjukkan
semasa di pondok pengawal.
6.11.4 Pihak pengawal / warden berhak menahan pelawat-pelawat yang
tidak mempunyai kad pelawat atau diragukan kesahihannya.
6.11.5 Syarat pelawat yang dibenarkan ialah ibu bapa / penjaga / waris
dibenarkan oleh ibu bapa sahaja. Rakan/kenalan pelajar tidak
dibenarkan.
6.11.6 Pelawat dikehendaki memakai pakaian yang menutup aurat /
sopan semasa melawat.
6.11.7 Kawasan asrama mesti dikosongkan pelawat pada jam 6.30
petang.

6.12 Pakaian dan Penampilan Diri


6.12.1 Pakaian yang dibenarkan adalah baju kurung biasa.
6.12.2 Pakaian yang tidak dibenarkan, seluar
ketat, baju ketat, skirt dan semua pakaian yang tidak
menutup aurat atau pakaian mencolok mata.
6.12.3 Tidak dibenarkan memakai baju kurung sahaja tanpa
kain.
6.12.4 Tudung yang dibenarkan adalah berwarna hitam atau
putih sahaja, melepasi paras dada (depan &
belakang), tidak berlabuci atau bermanik.
6.12.5 Selipar hanya dibenarkan di dalam asrama.
6.12.6 Tidak dibenarkan berkemban semasa keluar dari bilik asrama ke
tandas atau ke bilik kemban.
6.12.7 Pakaian pulang ke kampung adalah baju batik asrama, tudung
putih (tudung hitam bagi perwakilan pelajar), stokin hitam dan
kasut hitam.
6.12.8 Pakaian semasa riadah adalah seluar trek berwarna biru gelap
atau hitam dan baju ‘T’ sekolah / asrama berlengan panjang.
6.12.9 Pakaian semasa di Dewan Makan adalah baju kurung dan sandal.
6.12.10 Pakaian semasa mengikuti kelas tambahan
adalah baju kurung dan sandal.
6.12.11 Tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang,
mewarnakannya dan membawa alat kosmetik.
6.12.12 Tidak dibenarkan memakai cermin mata
berfesyen / gelap atau memakai kanta lekap
berwarna. Cermin mata tidak boleh berwarna
kecuali atas nasihat doktor.
6.12.13 Rambut yang berfesyen atau diwarnakan
adalah dilarang. (kecuali untuk tujuan P&P)
6.12.14 Tidak dibenarkan mencukur kening.

6.13 Penggunaan Telefon Bimbit dan Laptop


6.13.1 Penjagaan dan keselamatan kedua-dua alat tersebut menjadi
tanggungjawab sepenuhnya kepada pemilik.
6.13.2 Pihak Kolej tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang
kehilangan dan kerosakan telefon bimbit dan juga laptop pelajar.
6.13.3 Tidak dibenarkan menggunakan atau mengecas telefon bimbit dan
laptop di dalam surau.
6.13.4 Penggunaan laptop dan printer adalah pada perkara-perkara
dibenarkan sahaja seperti membuat tugasan kursus.

6.14 Dobi
6.14.1 Pelajar boleh menghantar dobi pada hari dan masa
yang telah ditentukan.
6.14.2 Keselamatan pakaian pelajar adalah menjadi tanggungjawab
pelajar berkenaan.
6.14.3 Gunakan kemudahan dobi secara berhemah dan bertimbang rasa.

6.15 Kiriman Pos


6.15.1 Semua surat peribadi pelajar tidak boleh dialamatkan
ke sekolah.
6.15.2 Pelajar boleh menuntutsurat di pejabat sekolah.
6.15.3 Surat berdaftar atau bungkusan yang menimbulkan keraguan pada
pihak asrama, akan diminta dibuka di hadapan Pengarah Kolej
atau Ketua Warden.

6.16 Kesihatan
6.16.1 Pelajar yang sakit perlu melaporkan kepada warden
bertugas untuk tindakan.
6.16.2 Pelajar yang menghidap penyakit berjangkit dilarang berada di
asrama dan perlu berada di rumah sehingga sihat sepenuhnya.
6.16.3 Untuk tinggal di bilik sakit, perlu mendapat kebenaran daripada
pensyarah bertugas (waktu sekolah), warden bertugas (selepas
waktu sekolah) atau Penyelia Asrama.
6.16.4 Pensyarah / warden bertugas akan menguruskan penghantaran ke
hospital atau klinik.
6.16.5 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke hospital atau klinik secara
persendirian. Jika pelajar berkehendakkan rawatan secara
persendirian hendaklah membawa ibu bapa / penjaga dan perlu
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Timbalan Pengarah
/ warden bertugas.
6.16.6 Dalam keadaan kecemasan, apabila ibu bapa / penjaga pelajar
tidak dapat dihubungi, warden akan bertindak sebagai ibu bapa /
penjaga untuk memberi kebenaran kepada pihak hospital
memberi rawatan. Pihak asrama (warden) dalam melaksanakan
perkara tersebut, hanya akan bertindak sedemikian setelah ibu
bapa / penjaga membenarkannya melalui surat kebenaran yang
telah ditandatangani (Borang TED5) ketika pelajar baru mendaftar
ke asrama.
6.17 Keselamatan Diri Pelajar
6.17.1 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri
masing-masing.
6.17.2 Pelajar dilarang membuat sebarang pindaan pendawaian elektrik
atau menyimpan barang tajam dan berbahaya.
6.17.3 Dilarang sama sekali berlari, bermain dan bergurau
dalam bilik air, bilik kemban, tangga dan koridor.
6.17.4 Tidak dibenarkan duduk atau berdiri di atas tembok
koridor.
6.17.5 Dilarang memanjat tangki air atau sebarang tempat
tinggi yang berbahaya.
6.17.6 Tidak dibenarkan membeli makanan dari luar asrama /
sekolah untuk mengelakkan keracunan.

6.18 Kemudahan Televisyen


6.18.1 Tidak dibenarkan membuka televisyen pada waktu
solat Jemaah dilaksanakan di surau.
6.18.2 Tidak dibenarkan membuka televisyenpada waktu
aktiviti keagamaan sedangdilaksanakan di surau.
6.18.3 Pelajar dikehendaki membuka kadar bunyi sederhana
supaya tidak mengganggupelajar lain

6.19 Harta Persendirian


6.19.1 Pelajar perlu menjaga semua harta milik peribadi
masing-masing dengan baik dan cermat.
6.19.2 Jangan tinggalkan wang atau benda-benda berharga
di tempat yang terdedah atau dalam lokar yang tidak
berkunci.
6.19.3 Pelajar perlu menulis nama, kursus dan bilik pada
semua harta milik mereka.

6.19.4 Harta pelajar yang diletakkan bukan pada tempat


yang sepatutnya akan dirampas.
6.19.5 Keselamatan harta benda peribadi adalah menjadi
tanggungjawab pelajar sendiri.

6.20 Barang Larangan


6.20.1 Minuman keras, rokok, gula-gula getah, kuaci, alat solek, barang
kemas, pakaian berharga, pakaian mencolok mata, pakaian
beraneka fesyen, seluar jeans, bahan lucah, bahan bacaan
berbentuk hiburan, album bergambar, catatan peribadi atau
bahan bacaan berunsur negatif tidak dibenarkan dibawa ke
asrama.
6.20.2 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, lilin, ubat
nyamuk, pemetik api, alat pemanas air, peralatan tajam dan
peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa
ke asrama.

6.21 Majalah dan Penulisan


6.21.1 Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada
pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa pengetahuan dan
kebenaran Pengarah Kolej.
6.21.2 Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, risalah,
berita, pengumuman atau sebarang penulisan dengan
menggunakan surat, bahan cetak atau kemudahan ict mestilah
mendapat kebenaran Pengarah Kolej.
6.21.3 Semua tulisan yang bertujuan untuk dicetak dan disebar
hendaklah melalui warden untuk semakan.

6.22 Hal-hal Lain


6.22.1 Pelajar perlu menjaga segala kemudahan atau harta yang
dipinjamkan kepada mereka dengan baik.
6.22.2 Pelajar perlu bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau
kehilangan harta benda awam yang mereka gunakan.
6.22.3 Pelajar mesti bekerjasama dalam mengekalkan kebersihan dan
keceriaan melalui mekanisme yang diwujudkan seperti jadual
bertugas secara harian dan gotong royong mingguan.
6.22.4 Pelajar mesti bekerjasama mengekalkan ketenteraman dan
keharmonian asrama.
6.22.5 Pihak asrama boleh mengadakan peraturan-peraturan asrama
yang difikirkan perlu dan sesuai dari semasa ke semasa.
BAB 09:
PERATURAN
KHAS
PERATURAN-PERATURAN KHAS

1.0 Telefon Bimbit

1.1 Pelajar-pelajar kolej diberi kebenaran oleh Pengarah Kolej untuk


membawa dan menggunakan telefon bimbit.

1.2 Keselamatan telefon bimbit yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar


sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan telefon bimbit tidak akan
ditanggung oleh pihak kolej. Lembaga disiplin kolej tidak akan melayan
sebarang kehilangan telefon bimbit yang dibawa ke kolej

1.3 Telefon bimbit hanya boleh digunakan di luar waktu pembelajaran dan
majlis/program rasmi kolej.

1.4 Pelajar yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa pembelajaran


tanpa kebenaran pensyarah akan dirampas telefon bimbitnya dan akan
disenarai hitamkan dari membawa atau menggunakan telefon bimbit di
kolej.

1.5 Telefon bimbit yang telah dirampas tidak akan dipulangkan semula kepada
pelajar kecuali di ambil oleh waris/ ibu bapa pelajar

1.6 Hanya kad SIM pelajar akan di pulangkan sekiranya telefon bimbit
dirampas.

1.7 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke


dalam dewan peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit ketika mana-mana
peperiksaan adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang didapati melanggar
peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari
kolej.
1.8 Semua pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan yang lucah, berbau
politik dan memesongkan di dalam telefon bimbit mereka. Tindakan keras
akan dikenakan kepada pelajar yang ingkar peraturan ini.

1.9 Semua pelajar dilarang dari menggunakan telefon bimbit bagi tujuan
merakam perlakuan negatif yang boleh memalukan atau menjejaskan
keselamatan mana-mana pihak.

1.10 Semua pelajar dilarang mengecas telefon bimbit mereka meggunakan


palam yang berada di kawasan sekolah. Pelajar asrama hanya boleh
mengecas telefon bimbit mereka di kawasan asrama.

1.11 Gunakan telefon bimbit secara berhemah dan mengikut keperluan sahaja.

1.12 Pihak kolej berhak menarik balik kemudahan ini pada bila-bila masa sahaja
tanpa notis.

2.0 Komputer Riba

2.1 Pelajar-pelajar kolej diberi kebenaran oleh Pengarah Kolej untuk


membawa dan menggunakan komputer riba.

2.2 Keselamatan komputer riba yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar


sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan komputer riba tidak akan
ditanggung oleh pihak kolej. Lembaga disiplin kolej tidak akan
bertanggungjawab keatas kehilangan telefon bimbit pelajar

2.3 Komputer riba hanya boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran.

2.4 Pelajar yang didapati menggunakan komputer riba bagi tujuan hiburan
(Contoh: Menonton bahan-bahan bukan ilmiah) di kawasan kolej tanpa
kebenaran pensyarah akan dirampas komputer ribanya dan akan disenarai
hitamkan dari membawa atau menggunakan komputer riba di kolej.

2.5 Komputer riba yang telah dirampas akan dipulangkan semula kepada
pelajar pada akhir semester.

2.6 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa komputer riba ke dalam
dewan peperiksaan. Penggunaan komputer riba ketika mana-mana
peperiksaan adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang didapati melanggar
peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari
kolej.

27 Semua pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan yang lucah, berbau


politik atau memesongkan di dalam komputer riba mereka. Tindakan keras
akan dikenakan kepada pelajar yang ingkar peraturan ini.

2.8 Gunakan komputer riba secara berhemah dan mengikut keperluan sahaja.

2.9 Pihak kolej berhak menarik balik kemudahan ini pada bila-bila masa sahaja
tanpa notis.
BAB 08:
HUKUMAN
&
TINDAKAN
HUKUMAN DAN TINDAKAN

Pengertian Hukuman

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman:

1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku
yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang
bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang
dihukum.

1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas


yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.
1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan
Guru ialah Pembuangan Kolej, Penggantungan Kolej, Hukuman Dera
Corporal Punishment, Penahanan (detention) dan Amaran.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Pengertian Pembuangan Kolej

1.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati
bersalah dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

1.2 Seseorang pelajar yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang
mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan
memulihnya diambil oleh Pengarah Kolej atau tingkah lakunya
mendatangkan gangguan yang serius kepada pelajar-pelajar lain dan
terhadap keseluruhan disiplin kolej, tindakan yang sesuai diambil ialah
mengarahkan pembuangannya dari kolej.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:12)


Pengertian Penggantungan Kolej

1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang


pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan kolej. Penggantungan adalah
bersifat sementara sahaja dalam jangkamasa yang berpatutan sehingga
tidak lebih 14 hari persekolahan.

1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu
sehingga perlu diasingkan dari kolej manakala menunggu hasil siasatan
mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Pengarah Kolej
berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan pelajar itu sehingga
tidak lebih 14 hari.

1.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan


hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh
Pengarah Kolej seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.

1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum, peluang yang


cukup untuk pelajar membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Pengertian Hukuman Dera ‘corporal punishment’

1.1 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas pelajar-pelajar


perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

1.2 Dijalankan sebaik-baik sahaja salah laku itu dilakukan oleh pelajar.
Hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.

1.3 Dijalankan oleh Pengarah Kolej sendiri atau oleh seorang pensyarah yang
berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata khas iaitu mengikut
keadaan [Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959].

1.4 Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan


dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian
punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar perempuan
dilarang secara nyata dalam [Perkara 5 Ordinan Pelajaran, 1957,
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1957].

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah


Untuk Guru Besar dan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:14)

Pengertian Hukuman Penahanan (detention)

1.1 Hukuman Penahanan adalah untuk mengawal pelajar-pelajar yang jahat


(delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat
dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan
menggunakan masa lapangnya.

1.2 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan
seseorang itu ditahan.

1.3 Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada pelajar


berkenaan dan juga pelajar lain.

1.4 Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:15)

Pengertian Hukuman Amaran

1.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengarah Kolej atau pensyarah yang
diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan
pelajar yang telah melakukan salah laku itu.

1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman
yang lebih berat lagi selepas itu.

1.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah
laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku sederhana dan
Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16)


Kesalahan dan Hukuman

Pengertian Salah Laku Berat

1.1 Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan


seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan pelajaran yang sedia
ada seperti mana Peraturan-Peraturan Pelajaran (disiplin) Sekolah 1959.
Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau
pelajar lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan
dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

1.2 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang
didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh
pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu
ketenteraman.

1.3 Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu
membahayakan sehingga boleh dibuang sekolah.

1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan jangan sampai tidak setimpal dengan salah
lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968 dan Bil


9/1975 dan Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Kesalahan Berat (B)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

B01 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau 1. Amaran keras


bersubahat dalam kegiatan dadah berbahaya.

B02 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar 2. Dirotan 1-3 kali di


bahan tembakau. punggung
berlapik dengan
B03 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar menggunakan
minuman beralkohol atau sebarang benda yang rotan ringan
memabukkan/mengkhayalkan.

B04 Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan. 3. Membayar ganti


rugi
B04A Membunuh/menyebabkan kematian/cuai menyebabkan
kematian.
4. Digantung
B05 Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan. persekolahan
B06 Biadab dan tingkah laku tidak sopan. tidak melebihi 14
hari
B07 Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada
ketakutan/harta benda.

B08 Membawa/menyimpan/menggunakan senjata api,


senjata berbahaya, bahan letupan, alat berbahaya. 5. Dibuang kolej

B09 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap


pelajar lain. 6. Mahkamah

B10 Mencuri, merompak, samun, memecah masuk dan


menceroboh kawasan larangan.

B11 Menganjur/melakukan perjudian atau membabitkan diri


dalam pertaruhan.

B12 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau


menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan
multimedia yang dilarang.

* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah
berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan
sendiri untuk membayar ganti rugi.

Kesalahan Berat (B)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

B13 Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi 1. Amaran keras
gelap/gangsterisme.

B14 Merogol, meliwat, meransangkan dan mencabul 2. Dirotan 1-3 kali di


kehormatan/gangguan seksual. punggung
berlapik dengan
menggunakan
B15 Melakukan zina dan hubungan luar tabi’i.
rotan ringan
B16 Melacur/menjadi bohsia/bohjan/gigolo/lesbian/gay dan
kecelaruan gendar. 3. Membayar ganti
rugi
B17 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan
tidak bermoral.
4. Digantung
persekolahan
B18 Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan tidak melebihi 14
perbuatan yang mencemarkan nama kolej. hari

B19 Merosakkan harta benda kolej dan kepunyaan orang lain. 5. Dibuang kolej
B20 Menulis perkataan atau melukis gambar lucah. 6. Mahkamah

B21 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan


haram atau merusuh.

B21a Melakukan provokasi yang boleh menggugat


ketenteraman kaum dan pelajar termasuk melalui media
social dan laman blog.

B22 Menyalahgunakan alat permainan, atau bahan-bahan


multimedia.

B22a Menggunakan telefon bimbit ketika acara-acara rasmi.

B23 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara


kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai
masyarakat Malaysia (gejala negatif).

* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah
berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan
sendiri untuk membayar ganti rugi.

Kesalahan Berat (B)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

B24 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut),


selama 30 hari atau berkala selama 60 hari dalam satu
tahun sesi persekolahan.

B25 Mengganggu/menjejaskan kuasa Pengarah Kolej atau


pensyarah yang menjalankan tugas.

B25a Enggan mematuhi arahan pensyarah dan Majlis


Perwakilan Pelajar

B26 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan


mempamerkan bahan lucah.

B27 Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan


perbuatan lucah.

B28 Melakukan hubungan yang mencurigai.

B29 Tidak amanah, menipu dan meniru ketika


ujian/peperiksaan.
B30 Melibatkan diri dalam ajaran sesat/parti-parti politik
dan menyebarkan fahaman serta mengedar risalah atau
lambang-lambang.

B31 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam


kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Kolej.

B32 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi


tiga (3) kali.

* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah
berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan
sendiri untuk membayar ganti rugi

* Bagi kesalahan B30 yang melibatkan parti-parti politik, perlu dibaca bersama-sama
dengan Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Pelajar) 1959 yang
membenarkan Pengarah Kolej menggantung/membuang pelajar dari kolej di bawah
Peraturan 8(b).

Pengertian Salah Laku Sederhana

1.1 Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan


ketenteraman kolej tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya kemudaratan
kepada diri atau pelajar lain atau pihak lain.

1.2 Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar
itu melakukannya, boleh membawa kepada ikutan oleh pelajar lain dan
kemudaratan serta keharmonian Sistem Pendidikan di kolej.

1.3 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih meningkat
pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.

1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1996 dan Bil 9/1975


dan Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk
Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Kesalahan Sederhana (S)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

S01 Sengaja membuat ganggu sumber-sumber bekalan 1. Amaran keras.


elektrik/peralatan kolej.
S02 Keluar dari kolej tanpa kebenaran. 2. Ganti rugi.

S03 Ponteng sebarang acara rasmi kolej.


3. Rotan 1-3 kali di tapak
S04 Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata kolej, negeri tangan menggunakan
dan kebangsaan. rotan ringan.
S05 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau
berwarna. 4. Gantung kolej.

S06 Mencukur bulu kening bagi pelajar perempuan.

S07 Menconteng harta benda kolej dan orang lain.

S08 Memakai barang kemas/perhiasan diri keterlaluan,


menindik telinga/lidah/hidung/bawah bibir dan memakai
subang lebih daripada satu pada bawah cuping telinga.

S09 Melukis tattoo, memakai inai pada anggota badan.

S10 Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan kolej


tanpa kebenaran.

S10a Membawa barang larangan yang diwartakan oleh


Pengarah Kolej.

S10b Membawa kenderaan yang tidak mematuhi akta undang-


undang Pengangkutan Jalan Raya.

S11 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini


oleh Jawatankuasa Disiplin Kolej.

S12 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga (3)


kali.

* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah
berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan
sendiri untuk membayar ganti rugi.

Pengertian Salah Laku Ringan

1.1 Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan
dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak dinyatakan dalam
peraturan, misalnya membuat bising dalam kelas, berkeliaran (loitering) dan
pelbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

1.2 Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat
sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi.

1.3 Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan ,maka lebih
meningkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran
Ketiga.
1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1996 dan Bil 9/1975


dan Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk
Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Kesalahan Ringan (R)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

R01 Menyimpan misai, janggut atau jambang. 1. Amaran pertama

R02 Berkuku panjang dan berambut panjang.


2. Amaran kedua
R03 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan yang
dilarang.
3. Amaran ketiga
R04 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan
kelas atau kolej tanpa kebenaran.
4. Aktiviti gotong-
R05 Keluar dari kelas tanpa kebenaran. royong

R06 Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran


dan pembelajaran.

R07 Menyimpan atau menggunakan alat permainan


kepunyaan kolej tanpa kebenaran.

R08 Menggunakan harta benda kolej tanpa kebenaran.

R09 Memasuki dan tidak mematuhi arahan dan arahan


bertulis makmal/bengkel/bilik khas/makmal komputer.

R10 Memakai barangan kemas atau perhiasan atau alat solek.

R11 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

R12 Makan atau minum di kelas.

R13 Melakukan pembaziran air dan elektrik.

R14 Tidak memakai pakaian seragam kolej lengkap.

R15 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran.


R16 Lewat ke kolej tanpa mengambil slip lewat.

R17 Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan.

R18 Bising dalam kelas dan semua acara rasmi kolej sehingga
mengganggu.

R19 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan


sekolah.

* Pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan dikumpulkan dikehendaki melakukan


kerja amal/gotong-royong di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran.

Kesalahan Ringan (R)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

R20 Berjalan-jalan tanpa kebenaran (berkeliaran) dalam 1. Amaran pertama


kawasan kolej sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

R21 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. 2. Amaran kedua

R22 Memasuki kawasan larangan.


3. Amaran ketiga
R23 Mengganggu pensyarah.

R24 Lewat masuk ke kelas. 4. Aktiviti gotong-


royong
R25 Mengotorkan kelas.

R26 Tidak duduk setempat.

R27 Tidak mengikat rambut panjang dan klip rambut yang


berjuntai (pelajar perempuan).

R28 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini


oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

* Pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan dikumpulkan dikehendaki melakukan


kerja amal/gotong-royong di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran.

Pengertian Salah Laku Ponteng

Di mana pelajar kolej yang tidak hadir ke kolej pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau
sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.

1.1 Ponteng Kolej Secara Berterusan atau Berturut-turut.


Di mana pelajar kolej telah tidak hadir ke kolej secara berterusan atau berturut-
turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa,
penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.
1.2 Ponteng Kolej Secara Berkala
Di mana pelajar kolej telah tidak hadir ke kolej secara berkala atau berselang-
selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa,
penjaga atau doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.

Pengertian Ponteng Kelas

1.1 Di mana pelajar kolej yang hadir ke kolej telah tidak berada dalam kelas dalam
satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran.

1.2 Pelajar ini masih berada dalam kawasan kolej.

Pengertian Ponteng Acara Rasmi

1.1 Di mana pelajar kolej yang tidak hadir ke acara rasmi kolej yang dimestikan hadir
sama ada di dalam kolej atau di mana-mana di luar kolej yang dianjurkan oleh
pihak kolej.

Ponteng (P)

Kod Jenis Kesalahan Hukuman

P01 Ponteng Berterusan Amaran pertama (1)

* 3 hari berturut-turut Kaunseling

* 7 hari selepas amaran pertama Amaran kedua (2)

* 7 hari selepas amaran kedua Kaunseling

* 14 hari selepas amaran ketiga Amaran ketiga (3)

Kaunseling

Jumlah keseluruhan: 31 hari Buang Kolej

P02 Ponteng tidak berturutan/berkala Amaran pertama (1)

* 10 hari Kaunseling

* 10 hari selepas amaran pertama Amaran kedua (2)

* 20 hari selepas amaran kedua Kaunseling

* 20 hari selepas amaran ketiga Amaran ketiga (3)

Kaunseling

Jumlah keseluruhan: 60 hari Buang Kolej


LAMPIRAN
LAMPIRAN

UNIFORM KORPORAT KOLEJ VOKASIONAL


UNIFORM KORPORAT KOLEJ VOKASIONAL
KASUT PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
KEKEMASAN RAMBUT

PELAJAR PEREMPUAN

1. Dilarang mewarna rambut kecuali untuk tujuan pengajran dan pembelajaran sahaja

2. Pelajar wajib mengikat dan menyanggul rambut dengan kemas.

3. RAMBUT BERFESYEN ADALAH DILARANG


FESYEN RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN YANG DI LARANG
KEKEMASAN RAMBUT

PELAJAR LELAKI
FESYEN RAMBUT PELAJAR LELAKI YANG DILARANG
FESYEN RAMBUT PELAJAR LELAKI YANG DILARANG

Anda mungkin juga menyukai