Anda di halaman 1dari 31

SMK KUALA PENYU

BUKU PERATURAN/ PANDUAN PELAJAR

PERATURAN AM

1. Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan


yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan
juga mematuhi mana-mana peraturan yang
dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.

2. Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan


yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran dan mana-mana pihak berwajib
yang ada hubungan dengan sekolah.

3. Semua murid dikehendaki mepunyai dan


mengamalkan nilai-nilai murni, akhlak yang
baik, bersopan santun dan berbudi bahasa sepanjang
masa.

4. Setiap murid dikehendaki pada setiap masa dan


tempat mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara.

5. Setiap murid TIDAK BOLEH berlakuan dengan


cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai:

6. Mencemarkan nama baik sekolah.

7. Mencemarkan nama baik mana-mana individu.

8. Melakukan perbuatan merosakkan harta benda


sekolah atau harta perseorangan.

9. Menganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.


10. Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di
kalangan murid-murid atau kakitangan sekolah.

11. Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak.

12. Melakukan perbuatan menyiksa dan mengugut


mana-mana individu.

13. Berkelakuan tidak senonoh atau melakukan


perbuatan tidak sepatut dilakukan oleh seorang
murid.

14. Semua murid dikehendaki menyertai semua


kegiatan yang diarahkan oleh pihak sekolah samada
bercorak akademik atau kokurikulum.

15. Setiap murid dikehendaki sentiasa menjaga nama


baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi
yang cemerlang, dalam bidang akademik,
kokurikulum, pergaulan, tingkahlaku dan tatatertib.

16. Murid dilarang melakukan sesuatu yang


membahayakan diri.

17. Semua murid mesti berada di tempat-tempat yang


telah ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan.

 
WAKTU HADIR KE SEKOLAH

1. Pelajar-pelajar sesi pagi hendaklah hadir ke sekolah


lebih awal (Pukul 6.50 pagi) sebelum masa belajar.

2. Pada loceng yang pertama dibunyikan (Pukul 7.00


pagi) pelajar-pelajar sesi pagi hendaklah berkumpul
di tempat perhimpunan / mana-mana tempat yang di
arahkan oleh Pengetua/ Guru Penolong Kanan/ Guru
Disiplin/ guru-guru bertugas mingguan.

3. Pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan dan tertib


ketika di tempat perhimpunan/ bergerak ke bilik-bilik
khas seperti Makmal Sains/ Bengkel Kemahiran
Hidup/ mana-mana tempat yang diarahkan oleh guru
tingkatan/ guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar
dilarang membuat bising/ kekacauan yang boleh
mengganggu ketenteraman sekolah.

4. Pelajar-pelajar hendaklah hadir ke sekolah dan


mengikut jadual masa belajar pada hari-hari yang
diumumkan sebagai hari bekerja ( Isnin hingga
Jumaat ) kecuali hari-hari yang diumumkan sebagai
hari cuti seperti cuti umum negeri/persekutuan / cuti
persekolahan/ cuti-cuti yang diarahkan oleh pengetua/
pekeliling-pekeliling dari semasa ke semasa.

5. Pelajar hendaklah sentiasa menepati semua masa


belajar yang telah ditetapkan  di dalam Jadual Waktu
Belajar dan sentiasa mengikuti/mematuhi segala
program-program/ aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh sekolah. Pelajar yang gagal hadir pada hari
persekolahan biasa/ aktiviti kokurikulum hendaklah
mengemukakan kenyataan samada Sijil Cuti Sakit
(jika sakit)/ surat pengesahan ibu bap/ penjaga yang
sah/ kenyataan yang munasabah/ releven. Selain itu,
kenyataan ketidakhadiran ke sekolah bolehlah
dipertimbangkan melalui panggilan telefon yang
dibuat oleh ibu bapa/ penjaga pelajar yang sah.

PERINGATAN: Pelajar yang gagal hadir ke sekolah


pada hari yang diumumkan sebagai hari persekolahan
tanpa kenyataan rasmi, pelajar tersebut dianggap sebagai
Ponteng Sekolah.

6. Pihak sekolah berhak/ mengikut budi bicara


mempertimbangkan/ mempertikaikan segala
dokumen-dokumen yang digunakan oleh ibu bapa/
penjaga/ pelajar sebagai kenyataan tidak hadir
sekolah dengan bersebab, sekiranya ia terdapat
keraguan/ kekeliruan terhadap isi kandungan yang
tercatat di dalam dokumen/ kenyataan tersebut.

WAKTU BALIK SEKOLAH.

1. Apabila loceng akhir berbunyi, pelajar hendaklah


menutup suis/ menyimpan semua peralatan yang
digunakan dengan arahan guru. Keluar berbaris di
luar kelas/ mana-mana bilik khas yang digunakan
dengan arahan guru dengan tertib. Kemudian berjalan
perlahan-lahan menuju ke pintu utama sekolah
dengan tenang, bersopan dan mengikut giliran.

2. Keluar mengikut pintu yang telah ditetapkan

3. Penguatkuasa hendaklah berada di pintu masuk


pelajar mulai jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi dan 2.00
petang hingga 2.30 petang.
ETIKA BERPAKAIAN RASMI DAN
KELENGKAPAN SEKOLAH

1. Pakaian Pelajar Lelaki

(a) Seluar:

Seluar panjang berwarna hijau tua/ hijau lumut(Dark


Olive). Dilarang memakai seluar ketat/ terlalu labuh/
besar/ berbentuk tirus/ lebar di bahagian bawah/ buku
lali(Bell Bottom) dan ketat di bahagian peha/celah peha.
Buka lilitan kaki ialah 18-20 cm. Seluar hendaklah tidak
terlalu panjang/ labuh ke bawah/ terlalu singkat dan tidak
boleh berlipat di bahagian bawah. Ukuran yang dianggap
sesuai adalah peras buku lali. Pelajar dilarang memakai
seluar berbentuk ‘Jeans’/ ‘Ala Jeans’.

(b) Baju:

Baju berwarna putih berkolar lipat, berkocek satu (di


sebelah kiri bahagian dada) dan berlengan pendek/
panjang. Jika pelajar memakai baju berlengan panjang
dilarang menggulung atau melipat bahagian lengan baju.
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar di
bahagian pinggang. Dilarang memakai baju yang terlalu
ketat/ sendat/ kecil/ besar/ labuh.

(c ) Kasut:

Kasut kanvas berwarna putih/ hitam bertapak getah.


Tidak mempunyai apa-apa lambang/ simbol jenama kasut
tersebut dan lambang/ simbol tersebut tidaklah terlalu
besar dan berwarna selain berwarna putih. Lebih kemas
kasut bertali dan berlidah.Dilarang memakai selipar/
yang menyamainya/ boot/ pump shoes/ lain-lain.
(d) Stoking:

Stoking berwarna putih/ hitam tidak bercorak dan mesti


melepasi buku lali.

(e) Tali pinggang:

Dilarang memakai tali pinggang yang terlalu besar


melebihi 30 mm/ berkepala besar/ lebar/ logam/
mempunyai bucu yang tajam. Tali pinggang/ kepala tali
pinggang tidak boleh mempunyai sebarang bentuk
tulisan/ corak/ lambang/ simbol kumpulan/ pertubuhan/
persatuan tertentu kecuali persatuan/ unit beruniform
sekolah yang berdaftar. Hanya tali pinggang berwarna
hitam/ biru gelap/ hijau gelap sahaja di benarkan.

2. Pakaian Pelajar Perempuan

(a) Baju:

Blaus putih dan ‘pinafore’ biru muda yang menutupi


bahagian lutut ( tidak ketat, labuh 5cm di bawah paras
lutut), baju kurung putih yang berkekek dan berpesak
paras lutut, berkain ropol warna biru muda tidak melebihi
buku lali, dan bertudung/ mini telekung putih tanpa
sulaman/ corak/berenda/ berambu-rambu. Saiz tudung
mesti melepasi bahu, sementara bahagian hadapan
tudung mesti mencecah pusat. Pelajar diwajibkan
memakai anak tudung berwarna putih. Pelajar memakai
baju kurung di wajibkan memakai anak baju/
camisole dan kain dalam.Lengan baju tidak boleh
dilipat.
(b) Kasut :

Sama seperti kasut pelajar lelaki.

(c ) Stoking:

Sama seperti stoking pelajar lelaki.

3. Pakaian Pengawas

(a) Hanya pelajar yang dilantik sebagai pengawas sahaja


yang dibenarkan memakai pakaian pengawas. Semua
pengawas hendaklah sentiasa memakai pakaian
pengawas yang ditetapkan dengan lengkap pada setiap
masa. Pengawas yang tidak mematuhi arahan berpakaian
akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga
Pengawas Sekolah.

4. Pakaian Ahli Unit Beruniform

(a) Semua pelajar yang menjadi ahli unit beruniform


hendaklah sentiasa memakai    pakaian/uniform lengkap
unit masing-masing ketika aktiviti. Pelajar yang telah
mempunyai pakaian seragam unit masing-masing tetapi
tidak mengambil berat arahan yang diberi oleh guru
penasihat unit masing-masing/ guru disiplin akan
dikenakan tindakan. Pelajar yang belum mempunyai
pakaian seragam unit beruniform masing-masing akan
diberikan tempoh yang sewajarnya untuk
melengkapkannya. Pelajar yang gagal berbuat
demikian akan diambil tindakan.
5. Pakaian Ahli Kelab Dan Persatuan/ Unit
Beruniform

(a) Pelajar-pelajar yang menjadi ahli Kelab dan


Persatuan / Unit Beruniform WAJIB memakai pakaian /
uniform/ kelab dan pesatuan masing-masing, berseluar
panjang berwarna hitam/biru gelap(slack) ketika aktiviti/
gerak kerja dijalankan pada setiap Hari Rabu.

6. Pakaian Ahli Kelab Sukan Dan Permainan/Kelab


Pendidikan Jasmani.

(a) Seluar: Seluar trek berwarna hitam/biru gelap untuk


semua pelajar.

(b) ,Baju: Baju-T rasmi sekolah.

(c ) Kasut: Kasut yang sesuai dengan aktiviti yang


disertai/ kasut getah kanvas berwarna hitam/putih dan
berstoking. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut
yang dinyatakan/yang sesuai ketika menjalankan aktiviti/
gerak kerja luar.

7. Tali Leher

(a) Tali leher berlogo sekolah sahaja dibenarkan pakai


oleh pelajar. Bagi pengawas-pengawas sekolah,
pemakaian tali leher seperti yang ditetapkan. Tali leher
hendaklah dipakai dengan kemas dan rapi. Pastikan tali
leher tidak terlalu pendek/panjang sebaiknya hujung tali
leher mestilah mengenai bahagian kepala tali
pinggang. Pelajar dilarang menulis/menconteng tali
leher.
8. Kelengkapan-kelengkapan lain:

(a) Beg sekolah: Pelajar dilarang menggunakan/


memakai beg sekolah yang mempunyai lambang/
logo/simbol/ gambar kumpulan/
pertubuhan/persatuan tertentu/ menulis/ menconteng
pada mana-mana bahagian beg dengan apa jua
perkataan/ simbol yang dilarang.

(b) Lencana Sekolah: Pemakaian lencana sekolah adalah


diwajibkan bagi semua pelajar. Lencana hendaklah
dilekatkan/jahit pada bahagian sebelah kiri di atas kocek
baju.

(c ) Tanda Nama: Semua pelajar diwajibkan mempunyai


tanda nama (yang diperbuat dari kain sahaja yang boleh
digunakan) yang dilekatkan/ dijahit pada bahagian bawah
lencana sekolah.

(d) Cermin mata: Penggunaaan cermin mata/ kanta lekap


yang berwarna gelap/warna-warni/berfesyen adalah
dilarang.

(e) Peralatan lain: Pelajar dilarang memakai/


menggunakan mana-mana benda/ barang-barang yang
boleh diklasifikasikan sebagai perhiasan. Pelajar lelaki
Islam hanya dibenarkan memakai songkok berwarna
hitam/ biru gelap sahaja. Bagi pelajar bukan Islam,
pemakaian simbol keagamaan adalah dibenarkan asalkan
ianya tidak terlalu besar dan/ hendaklah dipakai secara
tidak dipamerkan.

(f)  Pelajar dilarang membawa / menggunakan telefon


bimbit dan peralatan berbentuk digital ke sekolah. Pihak
sekolah akan merampas dan ibu bapa sahaja yang boleh
menuntut semula.

KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN DIRI

1. Rambut/ misai/ janggut/ jambang

Rambut pelajar lelaki tidak dibenarkan panjang. Istilah


panjang adalah seperti    berikut:

a) Belakang rambut dibiarkan tebal/ jatuh melebihi


garisan dibawah cuping telinga/ tersentuh kolar.

b) Bahagian tepi rambut menutup/ menyentuh kedua-


dua cuping telinga dan ’sideburn’ panjang melebihi
garisan tengah hidung.

c) Bahagian hadapan rambut terjuntai dan menutup


garisan tengah dahi. Bahagian atas, rambut tidak
melebihi 6cm panjang dan tidak kurang 1cm
pendek.

d) Pelajar tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai/


kedua-duanya/ bulu-bulu tebal yang tumbuh keseluruhan
bahagian muka dengan di sengajakan.

e) Pelajar lelaki dilarang menyimpan ekor di mana-


mana baahagian rambut/ bahagian kepala/ membotakkan
rambut tanpa sebab yang wajar/ di larang memotong/
berfesyen/ identiti seseorang/ sesuatu kumpulan/
organisasi. Lihat lampiran.

f) Rambut pelajar perempuan hendaklah sentiasa di


jaga rapi dan bebas dari masalah kesihatan/ sebagainya.
Pelajar dilarang mewarnakan rambut/ memotong rambut
mengikut fesyen rambut lelaki.
2. Kuku

(a) Pelajar-pelajar dilarang berkuku panjang.

(b) Pelajar- pelajar dilarang mewarnakan kuku.

(c) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga


kebersihan kuku.

3. Kebersihan pakaian dan kelengkapan sekolah

a) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa memastikan


kebersihan baju, seluar/ apa-apa jua yang dianggap
sebagai  kelengkapan sekolah pada setiap masa.

b) Pelajar-pelajar perempuan dilarang bersolek seperti


bergincu/ memakai pemerah pipi dan mencukur kening.

PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

1. Pelajar dilarang berbual-bual atau berbuat bising


ketika berada di perpustakaan.

2. Elakkan perbuatan yang boleh mengganggu pelajar


lain yang sedang membaca/belajar di   perpustakaan.

3. Buku-buku dan bahan bacaan perpustakaan lainnya


tidak boleh dibawa keluar, kecuali yang dipinjam
secara sah di kaunter peminjaman.
PERATURAN SEKOLAH : PENGGUNAAN
TANDAS

1. Pelajar dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu


berikut, iaitu sebelum waktu pertama, pada waktu
rehat dan selepas tamat belajar. Jika ke tandas semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran, pelajar
hendaklah menggunakan PAS keluar kelas.

2. Tuala wanita ( pad) yang telah digunakan hendaklah


dibungkus elok-elok dan dibuangkan ke dalam bekas/
tong khas yang disediakan.

3. Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan


tandas. Elakkan perbuatan tidak mengepam tandas
setelah digunakan, menconteng tandas dan
merosakkan harta sekolah.

4. Sebarang kerosakan di tandas hendaklah


dimaklumkan kepada guru bertugas dengan segera.

KEDAI KOPERASI SEKOLAH

1. Kedai Koperasi Sekolah hanya dibuka pada waktu


persekolahan dan pada waktu rehat.

2. Urusan pembelian hendaklah dibuat pada waktu rehat


atau selepas waktu persekolahan sahaja. Sila beratur
dan senyap ketika berurusan dengan kedai buku
koperasi.
3. Urusan pembelian hendaklah dibuat di kaunter yang
disediakan. Pelajar dilarang mememasuki kedai
koperasi.
TINGKAHLAKU DI DALAM BILIK DARJAH

1. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan


tingkahlaku semasa berada di bilik darjah bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran guru

2. Pelajar mestilah menepati masa semasa di bilik


darjah.

3. Apabila guru/ pelawat masuk ke kelas, ketua


tingkatan/ penolongnya hendaklah memberi arahan
supaya semua pelajar bangun untuk memberi ucap
selamat/ sebagainya pada guru/ pelawat dan perkara
yang sama juga apabila guru/ pelawat keluar dari
kelas.

4. Pelajar mestilah berada di dalam kelas yang


ditetapkan pada setiap masa melainkan setelah
diarahkan ke tempat lain oleh guru. Gunakan kad
kebenaran keluar kelas jika ada urusan penting/ ke
tandas pada waktu belajar.

5. Pelajar tidak dibenarkan keluar/ masuk kelas sesuka


hati tanpa kebenaran guru/ semasa ketiadaan guru.

6. Pelajar dikehendaki meminta kebenaran sebelum


menggunakan/meminjam hak orang lain dan uruskan
benda/ barang-barang yang digunakan/ dipinjam
dengan cara yang sopan.

7. Setiap bilik darjah hendaklah memaparkan jadual


waktu, jadual tugasan harian membersihkan kelas,
carta organisasi kelas, dokumen-dokumen dan
maklumat tambahan sekolah serta hiasan yang sesuai.
8. Bilik-bilik darjah hendaklah dibersihkan dan kerusi
meja disusun dengan kemas dan teratur. Sampah-
sampah di dalam kelas hendaklah di buang di dalam
tong sampah semasa membersihkan kelas.

9. Ketua tingkatan / ketua  AJK kebersihan kelas


hendaklah melaporkan kepada guru tingkatan mana-
mana pelajar yang tidak menjalankan tugas yang di
arahkan/ memberi kerjasama melakukan tugasan
yang di beri.

PERHIMPUNAN SEKOLAH

1. Semasa perhimpunan, pelajar-pelajar di kehendaki


beratur mengikut aturan kelas di tempat yang
diarahkan oleh pengawas/ guru.

2. Semua pelajar WAJIB hadir. Pelajar yang tidak hadir


ke perhimpunan akan di ambil tindakan kecuali
dengan kebenaran guru.

3. Perhimpunan sekolah adalah satu istiadat. Semua


pelajar WAJIB menghormati istiadat ini dengan
berdiri tegak/ sebagainya mengikut yang di arahkan
secara tertib.

4. Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu


kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan
melafazkan ikrar pelajar secara berdiri tegak , tenang
dan bersemangat.
5. Semasa pengetua/ guru-guru berucap/ bercakap,
pelajar-pelajar hendaklah memberi tumpuan
sepenuhnya dan di larang bercakap/ sebagainya yang
boleh mengganggu /mencemar perhimpunan tersebut.

6. Selepas selesai perhimpunan, pelajar-pelajar


hendaklah berjalan mengikut barisan ke kelas
masing-masing dalam keadaan tertib.

7. Perhimpunan Rasmi Sekolah diadakan pada setiap


hari Isnin/tertakluk kepada arahan PK HEM.  

PERATURAN SEMASA REHAT:

DI KANTIN SEKOLAH

1. Pelajar hanya di benarkan berada di kantin sekolah


pada waktu rehat sahaja/ mana-mana tempat yang
menjual/ menyediakan makanan/ minuman di
kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran guru.

2. Pelajar dilarang keluar dari kawasan sekolah untuk


membeli makanan / sebagainya pada waktu rehat
kecuali dengan kebenaran guru.Membawa makanan
yang dibeli di luar sekolah adalah dilarang.

3. Pelajar dilarang membawa keluar/ merosakkan


peralatan kantin.

4. Pinggan mangkuk/ segala peralatan yang telah


digunakan hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang
di sediakan.
5. Kertas/ plastik pembungkus makanan/ minuman/ apa-
apa jua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

6. Semua pelajar hendaklah beratur ketika membeli


makanan/ minuman/ sebagainya di kantin dan jangan
membuat bising/ kekacauan yang boleh mengganggu.

7. Pengawas yang bertugas hendaklah menguatkuasakan


semua peraturan dengan adil, cekap dan bijaksana.
Catatkan nama-nama pelajar yang ingkar.

8. Pengawas di benarkan rehat 10 minit lebih awal agar


dapat segera menjalankan tugas yang ditetapkan pada
waktu rehat. 

PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS DI


SEKOLAH.

(a) Makmal Sains

(b) Bengkel/ Makmal kemahiran hidup

(c) Perpustakaan/ Pusat sumber sekolah

(d) Bilik tayang

(e) Makmal ICT/ Komputer

(f) Bilik Pendidikan Seni

(g) Stor sukan

(h) Dewan / Surau


1. Semua pelajar adalah tertakluk kepada segala
peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik/ tempat-
tempat khas yang dinyatakan di atas yang ditulis/
ditampal/ dipamerkan/ sebagainya di bilik-bilik/
tempat-tempat khas/ apa-apa jua yang disebut sebagai
peraturan penggunaan oleh guru/kakitangan yang
bertanggungjawab menjaga bilik-bilik/ tempat-tempat
khas tersebut.

2. Pelajar-pelajar yang melanggar/ mengingkari segala


peraturan seperti yang dinyatakan di anggap telah
melanggar dan mengingkari peraturan sekolah dan
boleh diambil tindakan.

PERATURAN MEMBAWA DAN MELETAKKAN


KENDERAAN DI KAWASAN SEKOLAH

1. Basikal hendaklah sentiasa berkunci ketika diletakkan


di tempat yang telah ditetapkan. Pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan/
kecurian kenderaan pelajar di luar/ di dalam kawasan
sekolah.

2. Pelajar tidak dibenarkan menunggang/ memandu


kenderaan di dalam kawasan sekolah pada bila-
bila masa. Pelajar hendaklah  menyorong basikal
mereka  apabila memasuki kawasan sekolah. Pelajar
yang membawa kereta/motosikal tidak dibenarkan
memasuki atau meletakkan kereta tersebut di dalam
kawasan sekolah.
3. Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan bermotor
ke sekolah diwajibkan mempunyai lesen memandu
yang sah dan dinasihatkan tidak melanggar sebarang
undang-undang jalan raya.Pihak sekolah tidak akan
bartanggungjawab jika pelajar didapati bersalah
melanggar undang-undang jalan raya semasa pihak
polis/ jabatan Pengangkutan Jalan mengadakan
peperiksaan mengeju di kawasan sekolah.

4. Kendaraan tidak boleh diletakkan di tempat yang


boleh menghalang lalu lintas di kawasan
sekolah/kawasan hadapan pintu pagar sekolah.

5. Pelajar-pelajar dilarang membunyikan hon kenderaan


di dalam kawasan sekolah/di hadapan pintu pagar
sekolah.

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH.

1. Badan/ Kelab/ Persatuan/ Unit beruniform / Sukan


dan Permainan:

(a) Setiap pelajar dimestikan menjadi ahli mana-mana


SATU sahaja pasukan pakaian seragam SATU dari
Kelab/Persatuan dan SATU dari Sukan dan Permainan
yang ada di sekolah.

(b) Setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam


unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.

.
BAYARAN YURAN SEKOLAH

(a) Setiap pelajar di kehendaki menjelaskan bayaran


telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan kadar segera.

(b) Segala bayaran hendaklah di jelaskan melalui guru


tingkatan. Resit/ bukti pembayaran hendaklah disimpan
sebagai bukti pembayaran.

KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN DAN


KEMUDAHAN DI SEKOLAH

(a) Pelajar dilarang menggunakan segala peralatan dan


kemudahan sekolah tanpa kebenaran guru/ kakitangan
sekolah.

(b) Peralatan yang telah digunakan hendaklah di


pulangkan semula ke tempat asalnya dengan keadaan
yang sempurna/ dibersihkan seperti semasa di ambil.

(c) Catatkan rekod penggunaan alatan/ kemudahan


dalam buku yang di sediakan/ sebagainya apabila
menggunakan peralatan/ kemudahan sekolah.

(d) Pelajar-pelajar mestilah mengetahui cara penggunaan


peralatan/ kemudahan yang dipinjam/ di gunakan.

(h) Pelajar-pelajar dilarang mengalihkan segala


peralatan/ kemudahan yag ada di sekolah tanpa
kebenaran guru.

 
BUKU TEKS (SPBT)

(a) Pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman buku teks


hendaklah menghargai pemberian tersebut dan mencatat
nama dan tingkatan di bahagian depan atau belakang
buku teks.

(b) Buku teks hendaklah disampul/ balut dengan plastik


agar ia tidak mudah rosak. Tindakan akan di ambil jika
pelajar tidak mematuhi arahan tersebut.

(c) Pelajar- pelajar dilarang menconteng/ merosakkan /


menghilangkan buku teks. Pelajar yang didapati
menconteng / merosakkan/ menghilangkan buku teks
yang di beri akan diambil tindakan.

(d) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa membawa buku


teks seperti dalam jadual waktu masa belajar.

(e) Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam


kawasan sekolah.

SALAH LAKU KATEGORI BERAT

(a) Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali


ketiga.
(b) Menyimpan,  membawa, mengedar, menghisap atau
terbabit dalam kegiatan dadah.
(c) Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar
bahan tembakau.
(d) Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar
minuman keras atau sebarang benda yang
memabukkan / mengkhayalkan.
(e) Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau
kekerasan.
(f) Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau
mencederakan guru / pengawas / murid.
(g) Biadab terhadap guru / pengawas / murid.
(h) Memeras ugut guru / pengawas / murid.
(i) Membawa / menggunakan senjata atau alat
berbahaya.
(j) Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap
murid lain.
(k) Mencuri, merompak, memecah masuk dan
menceroboh kawasan larangan.
(l) Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam
pertaruhan.
(m)Mencabul kehormatan guru / murid.
(n) Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
(o) Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
(p) Merosakkan harta benda sekolah / guru.
(q) Membawa / menggunakan bahan letupan.
(r) Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau
melakukan perbuatan lucah.
(s) Menganjur atau membabitkan diri dalam acara
kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
(t) Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-
turut ) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-
turut ) selama 60 hari selama 1 tahun sesi
persekolahan.
(u) Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar /
Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
(v) Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan
sekolah tanpa kebenaran.
(w) Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan
mempamerkan bahan lucah.
SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3


kali.
 Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber
bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
 Tidak amanah, menipu, berbohong dan menipu ketika
ujian / peperiksaan.
 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata
sekolah, negeri dan kebangsaan.
 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head
atau berwarna.
 Menconteng pada harta benda sekolah.
 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik
telinga dan memakai subang berlebihan pada satu
cuping telinga.
 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk
dalam kategori ini

* Nota: Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang


menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan
ibu bapa / penjaga kerana murid tidak mempunyai
sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.

SALAH LAKU KATEGORI RINGAN

 Menyimpan misai, janggut atau jambang.


 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan
tertentu.
 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan
terlarang.
 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
 Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali
waktu rehat ) tanpa kebenaran.
 Menyimpan atau menggunakan alat permainan
kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
 Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal /
bengkel / bilik khas.
 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek
kecuali jam tangan yang tidak berfesyen.
 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran
( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah,
tidak memberi perhatian dan lain-lain )
 Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
 Bising dalam bilik darjah sehinggga mengganggu
kelas lain.
 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
 Mengganggu guru.
 Lewat masuk kelas.

CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN


PELAJAR DI SEKOLAH.

Masalah disiplin adalah tanggungjawab bersama


warga sekolah. Guru disiplin hanyalah orang yang
menguruskan perkara ini dengan cara yang lebih teratur.
Perkara ini boleh dilihat secara lebih jelas dengan lukisan
gambar rajah di bawah:
KESALAHAN

Maklumat dari ketua Maklumat dari guru/ Guru


darjah atau pengawas Bertugas

Guru Disiplin Penyelesaian

Selesai Kes Pertama Selesai


Direkodkan Hukuman Direkodkan

Selesai Kes Kedua Selesai


Direkodkan Penjaga dipanggil Direkodkan

Kes Ketiga
Untuk kes ketiga bagi pelajar yang sama. Biasanya
pelajar ini digantung ataupun dibuang sekolah.
Berdasarkan gambar rajah ini, dapatlah dijelaskan bahawa setiap
kesalahan akan dilaporkan oleh dua pihak iaitu pengawas atau
guru. Perkara ini akan dibawa kepada guru disiplin. Di peringkat
guru disiplin, penyelesaian terhadap masalah disiplin akan dibuat.
Bagi kes pertama, pelajar terbabit akan diberi peringatan hukuman
yang setimpal dengan kesalahan. Manakala, untuk kesalahan yang
kedua, pihak penjaga akan dipanggil untuik membuat
perbincangan dengan pihak sekolah dan jalan penyelesaian untuk
masalah tersebut akan dibuat. Bagi kesalahan yang berlarutan
sehingga ke peringkat yang ketiga. Pihak sekolah akam
mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut, sama ada dengan
menggantung persekolahan pelajar terbabit ataupun mengenakan
hukuman buang sekolah.
LAMPIRAN

PANDUAN PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

(a) Pelajar Lelaki

(b) Pelajar Perempuan

Anda mungkin juga menyukai