Anda di halaman 1dari 30

PENGAKUAN PENERIMAAN BUKU PERATURAN ASRAMA

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENEGAH NEGERI SELANGOR

NAMA MURID : ____________________________________________________


TINGKATAN : ____________________________________________________
SEKOLAH : ____________________________________________________

TATACARA PERATURAN ASRAMA MERUPAKAN PANDUAN DAN RUJUKAN


KETIKA SAYA BERADA DI ASRAMA SEKOLAH INI. SAYA TELAH MEMBACA DAN
MEMAHAMI SEGALA ISI KANDUNGANNYA SERTA AKAN MEMATUHI SEGALA
PERATURAN YANG TERMAKTUB DALAM BUKU INI.

SAYA MENGAKU TELAH MEMILIKI BUKU PERATURAN DAN


MENGEMUKAKAN BUKU PERATURAN INI KEPADA IBU BAPA/ PENJAGA SAYA.
MEREKA TELAH MEMBACANYA DAN BERSETUJU DENGAN TINDAKAN DISIPLIN
DARI PIHAK SEKOLAH SEKIRANYA SAYA MELANGGAR PERATURAN –
PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.

Tandatangan Murid, Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga,

………………………………. ……………………………….
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

1 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


KATA PENGANTAR

2 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PENDAHULUAN

Buku Peraturan Asrama ini merupakan panduan dan rujukan murid asrama di Sekolah-
Sekolah Agama Menengah di Negeri Selangor yang menerangkan secara terperinci berkaitan
perkara yang dibenarkan dan dilarang di asrama sekolah bersesuaian dengan keadaan dan
situasi terkini. Penetapan peraturan ini adalah bertujuan menjadikan asrama sebagai tempat
tinggal yang selamat, selesa dan kondusif, seterusnya menjamin kecemerlangan murid.

Bertepatan dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


2013-2025 di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, agenda Transformari Asrama Harian
telah dilaksanakan sejak 2013 yang memfokuskan kepada 4 elemen penting iaitu;

• Pengurusan dan Pentadbiran Asrama


• Penjanaan Kejayaan Akademik
• Penjanaan Sahsiah dan Disiplin Murid
• Penjanaan Kebitaraan Asrama dalam Kokurikulum dan Sukan

Sehubungan itu, Persatuan Pengetua Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor


mengambil inisiatif untuk mengemaskini semula kandungan buku peraturan ini agar elemen
Penjanaan Sahsiah dan Disiplin Murid dapat dipertingkatkan di semua asrama sekolah
terutamanya di Selangor. Buku peraturan ini mengandungi 18 perkara yang perlu difahami iaitu;

• Perkara 1 : Peraturan Am
• Perkara 2 : Jadual Harian Asrama
• Perkara 3 : Kekemasan dan Kebersihan Diri
• Perkara 4 : Keluar Masuk Asrama & Balik Bermalam
• Perkara 5 : Lawatan
• Perkara 6 : Barangan Larangan
• Perkara 7 : Peraturan di Pejabat Asrama/ Bilik Warden
• Perkara 8 : Tatatertib di Dewan Makan
• Perkara 9 : Peraturan Dorm
• Perkara 10 : Tarbiyyah dan Kerohanian
• Perkara 11 : Peraturan Bilik Rehat dan Bilik Televisyen
• Perkara 12 : Peraturan Ketika Kelas Persediaan
• Perkara 13 : Peraturan di Bilik Sakit
• Perkara 14 : Peraturan di Bilik Air dan Tandas
• Perkara 15 : Kawasan Larangan
• Perkara 16 : Pemeriksaan Asrama
• Perkara 17 : Peraturan dan Salah Laku di Asrama
• Perkara 18 : Melanggar Peraturan dan Undang-Undang Asrama

Sebarang pelanggaran kepada peraturan-peraturan ini boleh menyebabkan murid


dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. Oleh itu, Jawatankuasa Pengurusan Asrama dan
ibu bapa perlulah memahami peraturan ini terlebih dahulu agar pengurusan dan pentadbiran
asrama dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

3 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 1: PERATURAN AM

1.1 Murid yang tinggal di asrama perlulah mengisi BORANG PERMOHONAN dan
menyediakan DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan oleh pihak pengurusan
asrama.

1.2 Ibu bapa/ penjaga perlu menjelaskan semua BAYARAN yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan asrama.

1.3 Murid yang telah dikenakan tindakan BUANG ASRAMA tidak dibenarkan untuk
memohon masuk semula ke asrama.

1.4 Murid yang ingin MEMOHON KELUAR asrama mestilah membuat permohonan
dengan mengisi borang khas.

1.5 Murid yang mempunyai REKOD DISIPLIN yang tidak memuaskan setelah
menandatangani SURAT AKU JANJI tidak dibenarkan tinggal di asrama.

1.6 Murid yang gagal mencapai SEKURANG-KURANGNYA 50% (atau yang


ditetapkan oleh sekolah masing-masing) dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
atau Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) tidak akan ditawarkan asrama untuk
tahun berikutnya.

1.7 Ibu bapa/ penjaga perlu membuat permohonan baru untuk menginap di asrama
pada setiap tahun.

1.8 Murid tidak dibenarkan membawa barangan larangan. (rujukan Perkara 6)

4 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 2: JADUAL HARIAN ASRAMA

2.1 HARI PERSEKOLAHAN (ISNIN- JUMAAT)

MASA ISNIN-KHAMIS JUMAAT

AKTIVITI & PROGRAM


05.30 am Hemat Diri
06.00 am Solat Subuh berjemaah
06.30 am Sarapan pagi
07.00 am Perhimpunan pagi/ tadabbur al-Quran/ Usrah
07.20 am Hadir ke sekolah
07.30 am Waktu persekolahan
12.30 pm Waktu persekolahan Solat Jumaat & Makan Tengahari
02.30 pm Solat Zuhur & makan tengahari
03.00 pm Kelas Persediaaan/ Kelas Tambahan/ Aktiviti Kokurikulum/ Aktiviti Murid
05.00 pm Solat Asar Berjemaah
06.00 pm Makan malam
07.00 pm Solat Maghrib, tazkirah & Solat Isyak berjemaah
09.00 pm Kelas Persediaan malam
10.30 pm Minum malam
11.00 pm Lampu dipadamkan (Murid berada di katil masing-masing)

2.2 HUJUNG MINGGU (SABTU-AHAD)

MASA AKTIVITI & PROGRAM


05.30 am Hemat Diri
06.00 am Solat Subuh berjemaah & Kuliah Subuh
07.00 am Sarapan pagi
08.00 am Persiapan Diri
09.00 am Kelas Persediaan/ Kelas Tambahan/ Kemaskan Dorm/ gotong royong
12.00 pm Makan Tengahari & Solat Zuhur Berjemaah
02.00 pm Urus Diri/ aktiviti murid/ menerima pelawat
04.30 pm Solat Asar berjemaah/ MInum petang dan riadah
06.00 pm Makan malam
07.00 pm Solat Maghrib, tazkirah & Solat Isyak berjemaah
09.00 pm Urus Diri/ aktiviti murid/ Bilik Rehat/ Kelas Persediaan malam
10.30 pm Minum malam
11.00 pm Lampu dipadamkan (Murid berada di katil masing-masing)

5 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


2.3 CATATAN

2.3.1 Jadual di atas tertakluk kepada sebarang pindaan. (rujuk pihak sekolah)

2.3.2 Semua murid TIDAK DIBENARKAN berada di dorm/ asrama ketika waktu
berikut;

i. Maghrib dan Isyak


ii. Waktu Persekolahan
iii. Kelas Persediaan
iv. Waktu Aktiviti Sekolah

2.3.3 Semua murid TIDAK DIBENARKAN berada di bangunan sekolah setelah


selesai kelas persediaan atau kelas tambahan.

6 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 3: KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN DIRI

3.1 KEKEMASAN DIRI

3.1.1 Murid asrama TIDAK DIBENARKAN/ DILARANG;

• Gel atau pewarna rambut.


• Berambut panjang dan berfesyen. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 09/2015)
• Menyimpan misai, jambang & janggut. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
09/2015)
• Memaikai inai atau pewarna kuku.
• Minyak wangi.
• Memakai barang kemas atau sebarang perhiasan diri.

3.1.5 Setiap murid DIWAJIBKAN membawa keperluan mandian sendiri seperti


sabun, berus gigi, sikat, baldi dan lain-lain.

3.2 PAKAIAN LELAKI & PEREMPUAN

3.2.1 Setiap murid dikehendaki BERPAKAIAN KEMAS DAN MENUTUP


AURAT semasa sesi persekolahan, kelas persediaan, pemeriksaan dorm,
aktiviti rasma sekolah dan asrama.

3.2.2 Jenis pakaian seperti berikut;

WAKTU JENIS PAKAIAN


LELAKI PEREMPUAN
HARI CUTI/ HUJUNG Seluar panjang & longgar, Baju Pakaian sopan & menutup
MINGGU kemeja/ Tshirt berkolar/ Baju aurat, tudung labuh, berstokin,
melayu berseluar, berkasut/ sarung lengan/ berkasut/
sandal. sandal.
KELAS TAMBAHAN Pakaian rasmi sekolah/ asrama yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
KELAS PERSEDIAAN Baju kemeja/ Tshirt berkolar/ Baju kurung/ jubah/ tudung
Seluar panjang & longgar/ labuh, sarung lengan/ berstokin,
berkasut. berkasut/ sandal.
(rujuk penetapan sekolah) (rujuk penetapan sekolah)
PAKAIAN SOLAT Baju melayu sepasang/ baju Pakaian bersih & menutup
melayu berkain/ berjubah/ aurat. Telekung tidak jarang
berkopiah hitam atau putih/ atau nipis
berserban.
PAKAIAN SUKAN Baju Tshirt berkolar, lengan Baju Tshirt Muslimah/ Seluar
pendek tanpa gambar atau panjang & longgar/ tudung
tulisan yang tidak sesuai/ seluar labuh/ sarung lengan/ berstokin
sukan panjang longgar & dan berkasut yang sesuai.
berwarna gelap/ berkasut yang
sesuai.
7 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR
LAWATAN Baju rasmi sekolah/ Tshirt rasmi sekolah/ baju asrama.
PEMERIKSAAN RASMI Baju kemeja/ Tshirt berkolar/ Baju Tshirt Muslimah/ berseluar
ASRAMA Seluar panjang & longgar/ Panjang & longgar/ bertudung
berkasut. labuh/ berstokin/ berkasut.
PAKAIAN TIDUR Baju Tshirt berkolar bulat, Berseluar & baju berlengan
berseluar Panjang/ pakian yang panjang.
sesuai.

3.2.3 Pakaian Larangan seperti berikut;

LELAKI PEREMPUAN
• Seluar ketat, berkaki besar atau terlalu • Baju berlengan pendek
kecil. • Seluar Jeans
• Seluar Jeans/ seluar pendek pelbagai • Baju yang tidak berlengan/ bergambar yang
bentuk. tidak sesuai/ ketat/ jarang
• Tali pinggang besar/ berkepala besar • Kasut bertumit tinggi
(lebar tidak melebihi 30mm) • Semua jenis perhiasan diri.
• Gelang/ rantai/ rantai magnetik/ subang • Alat-alat solek/ minyak wangi.
pelbagai bentuk. • Lain-lain pakaian dan perhiasan yang tidak
sesuai.

8 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 4: KELUAR MASUK ASRAMA/ BALIK BERMALAM

4.1 Setiap murid mestilah menggunakan PINTU PAGAR sekolah dan DILARANG
menggunakan laluan lain untuk tujuan keluar/ masuk ke kawasan asrama.

4.2 BALIK BERMALAM

4.2.1 Murid DIBENARKAN balik bermalam;

• Pada tarikh-tarikh yang ditentukan sahaja. (rujuk jadual yang dikeluarkan


sekolah)
• Selepas makan tengahari dan solat Jumaat.

4.2.2 Ibu bapa/ penjaga dikehendaki membuat permohonan bertulis (surat


rasmi) kepada PENGETUA selewat-lewatnya 3 HARI pada minggu
berkenaan sekiranya balik di luar jadual yang telah ditetapkan. (Lampirkan
buku/ kad keluar asrama untuk kelulusan)

4.2.3 Buku/ kad kebenaran balik mesti dibawa balik untuk ditandatangani oleh
ibu bapa/ penjaga. Murid juga perlu melaporkan semula kepada WARDEN
bertugas ketika masuk ke asrama.

4.3 KELUAR/ BALIK ATAS URUSAN KECEMASAN PADA HARI


PERSEKOLAHAN (ISNIN – JUMAAT)

4.3.1 Ibu bapa/ penjaga atau murid membuat permohonan kepada Pengetua/
PK HEM/ Ketua Warden/ Warden bertugas untuk mendapatkan kelulusan.

4.3.2 Murid hanya dibenarkan balik jika dijemput oleh ibu bapa/ penjaga/ wakil
yang dikenali sahaja. (memiliki kad kebenaran melawat)

4.3.3 Keluar/ balik hanya dibenarkan untuk tujuan-tujuan seperti seperti berikut;

i. Kematian
ii. Sakit tenat
iii. Haji/ umrah
iv. Lain-lain yang difikirkan perlu

4.3.4 Ibu bapa/ penjaga yang mempunyai urusan kecemasan hendaklah


mengemukakan dokumen/ bukti yang diperlukan lebih awal.

9 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 5: LAWATAN

5.1 Waktu lawatan adalah tertakluk kepada setiap sekolah.

5.2 Pelawat HENDAKLAH;

i. Menutup aurat dengan sempurna.


ii. Meninggalkan kad lawatan di pondok Pengawal Keselamatan semasa
melawat.
iii. Meninggalkan kawasan asrama sebelum jam 5.30 petang.

5.3 Ibu bapa/ penjaga DILARANG;

i. Masuk ke kawasan bilik/ dorm murid.


ii. Menemui anak semasa kelas persediaan kecuali atas urusan kecemasan.

10 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 6: BARANGAN LARANGAN

6.1 Barangan yang DILARANG bawa ke asrama seperti berikut;

i. Seluar Jeans atau seluar pendek.


ii. Sebarang jenis bahan bacaan yang mempunyai unsur lucah, melalaikan
dan tahyul.
iii. Alat-alatan elektrik & elektronik.
iv. VCD, MP3, MP4 dan software lain.
v. Telefon bimbit, telefon pintar dan seumpamanya
vi. Barangan kemas, alatan soleh, cermin mata hitam, perhiasan diri &
teropong.
vii. Alatah yang tajam dan berbahaya.
viii. Rokok, POD, VAPE, minuman keras, dadah dan segala bentuk yang
mengkhayalkan.
ix. Baju tanpa lengan dan seumpamanya.
x. T-shirt mempunyai gambar dan tulisan yang tidak sesuai.
xi. Sebarang jenis ubat kecuali dengan surat doctor atau makluman ibu bapa/
penjaga.
xii. Poster atau gambar yang tidak sesuai.
xiii. Sebarang alatan muzik.
xiv. Segala bentuk bahan api atau letupan.
xv. Makanan basah tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam bilik atau dorm.
xvi. Makanan segera seperti manggi.
xvii. Lilin, mancis, ubat nyamuk, cerek elektrik dan lain-lain.

11 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 7: PERATURAN DI PEJABAT ASRAMA/ BILIK WARDEN

7.1 Murid DILARANG;


i. Masuk ke pejabat asrama/ bilik warden tanpa kebenaran.
ii. Membuat bising di kawasan pejabat asrama dan bilik warden.
iii. Membuang sampah berhampiran pejabat asrama dan bilik warden.
iv. Mengambil barang atau alatan milik warden/ pihak asrama tanpa
kebenaran.

7.2 Murid HENDAKLAH;


i. Berurusan dengan staf pejabat asrama atau warden pada waktu yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
ii. Mengetuk pintu dan memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke
pejabat asrama atau bilik warden.
iii. Memulangkan dan mengemaskan semua barangan atau alatan yang telah
diambil di pejabat asrama atau bilik warden.

12 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 8: TATATERTIB DI DEWAN MAKAN

8.1 Murid HENDAKLAH;


i. Masuk ke dalam dewan makan dengan tertib dan pada waktu yang telah
ditetapkan.
ii. Membaca doa sebelum dan sesudah makan.
iii. Menjaga kebersihan meja makan, tempat basuh tangan dan menghantar
pinggan/ tray yang kotor di tempat yang disediakan.
iv. Berbaris ketika mengambil makanan dan mengikut giliran masing-masing.
v. Berpakaian kemas dan sopan serta berkasut/ sandal.
vi. Berbuka puasa di dewan makan bagi murid yang berpuasa.

8.2 Murid DILARANG;


i. Membuat bising ketika makan.
ii. Masuk ke kawasan tempat memasak.
iii. Masuk ke dewan makan bukan pada waktu makan.
iv. Memakai kain pelekat dan berselipar.
v. Membuang sampah dan sisa makanan di atas meja dan di dalam sinki.

13 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 9: PERATURAN DORM

9.1 Murid HENDAKLAH;

i. Berada di dorm/ bilik selewat-lewatnya jam11 malam dan lampu mesti


dipadamkan.
ii. Mengemas dorm masing-masing sebelum jam 6.00 pagi. Sarung bantal
dan cadar terpasang setiap masa dan kain selimut diletakkan di hujung
kaki. (Warna ditentukan oleh pihak sekolah)
iii. Mengemas pakaian dan diletakkan di tempat yang disediakan dengan
teratur dan kemas.
iv. Menjemur pakaian basah dan tuala di ampaian yang disediakan dan
diangkat sebelum jam 6 petang. Sekiranya cuaca hujan, tuala boleh
diletakkan di hujung katil dan disidai dengan kemas.
v. Meletakkan beg yang besar di atas almari dengan kemas.
vi. Menyimpan pakaian dengan kemas di tempat yang disediakan.
vii. Memadamkan suis lampu dan kipas sewaktu meninggalkan bilik.
viii. Mematuhi jadual tugasan bilik dan asrama yang disediakan oleh ketua
dorm.
ix. Menjaga barang-barang berharga dengan baik dan keselamatan adalah di
bawah tanggungjawab murid sendiri.
x. Membawa pulang barang berharga ke rumah masing-masing ketika balik
bermalam atau cuti panjang seperti cuti akhir penggal persekolahan.
xi. Menggantikan semula segala kerosakan yang disebabkan oleh murid
berkenaan.
xii. Menampal nama di almari dan hujung katil masing-masing.

9.2 Murid DILARANG;

i. Berbuat bising dan berkeliaran ke bilik lain selepas jam 11 malam.


ii. Mengalihkan katil dan almari dari kedudukan asal.
iii. Menampal gambar yang tidak sesuai, menconteng atau menulis di dinding,
almari, tilam dan lain-lain peralatan asrama.
iv. Menyidai tuala dan baju basah di tingkap atau di dalam bilik.
v. Berada di dalam dorm/ bilik pada waktu persekolahan, waktu kelas
persediaan dan waktu riadah kecuali mendapat kebenaran.
vi. Berpindah bilik tanpa kebenaran daripada Ketua Warden.
vii. Tidur di bilik orang lain dan mempelawa murid lain tidur di biliknya tanpa
kebenaran.
viii. Tidur sekatil atau di katil murid lain.
ix. Menggunakan ubat nyamuk, lilin dan sebagainya yang boleh
menyebabkan kebakaran di dalam dorm.
x. Membawa pakaian yang banyak ke asrama. (memadai untuk keperluan
seharian & rasmi sekolah sahaja)

14 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 10: TARBIYYAH DAN KEROHANIAN

10.1 Aktiviti tarbiyyah dan kerohanian juga mempunyai peraturan seperti di bawah;

JENIS DIBENARKAN/ HENDAKLAH DILARANG


PERATURAN
PERATURAN DI • Menggunakan surau untuk • Menggunakan surau pada waktu
SURAU tujuan aktiviti keagamaan persekolahan tanpa kebenaran
asrama. dan pengawasan guru.
• Menjaga kebersihan dan • Tidur di surau kecuali program
keselamatan surau. Qiamullail.
• Murid menyusun semula al- • Membawa keluar peralatan yang
Quran, rehal, bahan bacaan dan ada di dalam surau tanpa
telekung yang telah digunakan. kebenaran.
• Murid yang terakhir keluar dari • Membuat bising dab berbual
surau hendaklah menutup kosong di dalam surau.
semua suis lampu, kipas dan • Makan dan minum di dalam
menutup pintu/ tingkap. surau.
• Murid perlu mengikuti semua
aktiviti surau (termasuk murid
puteri yang uzur).

SOLAT FARDHU & • Murid WAJIB solat fardhu • Memasuki kawasan asrama/ bilik
SOLAT JUMAAT berjemaah di surau dan solat selepas solat Maghrib.
Jumaat di masjid berdekatan.
• Memulakan solat dengan azan
dan iqamah terlebih dahulu oleh
murid tertentu.
• Membaca wirid selepas solat
dan Mathurat selepas Subuh
dan Asar.
• Membaca Surah Yassin & tahlil
selepas solat maghrib pada
malam jumaat.
• Berada di surau 10 minit
sebelum azan setiap kali waktu
solat.
• Murid yang dilantik sebagai
imam dan bilal solat fardhu
perlu mematuhi jadual yang
ditetapkan.
MEMBACA AL- • Murid WAJIB membaca/ • Membawa keluar al-Quran milik
QURAN tadabbur al-Quran pada waktu surau kecuali dengan
yang telah ditetapkan. kebenaran.
• Setiap murid perlu memiliki
sebuah al-Quran dan
tafsirannya.

15 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


• Murid digalakkan membaca al-
Quran pada setiap masa
lapang.
BULAN • Memakai pakaian solat yang • Berkeliaran di luar surau antara
RAMADHAN lengkap yang kemas dan solat Maghrib dan Isyak.
menutup aurat. • Tidur di surau sementara
• Doa dibacakan sebelum menanti waktu solat.
berbuka puasa.
• Kelas persediaan petang
berjalan seperti biasa.
• Kelas persediaan malam
dijalankan selepas solat
Tarawih.
• Waktu sahur ialah jam 4.00
hingga 5.00 pagi.
• Solat tarawih dan tadarus
dilaksanakan di surau secara
berjemaah.

16 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 11: PERATURAN BILIK REHAT/ BILIK TELEVISYEN

11.1 Bilik rehat akan dibuka kecuali ketika waktu belajar, kelas ulangkaji, aktiviti
sekolah/ asrama dan selepas jam 10.30 malam.

11.2 Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan alatan/ bahan bacaan di dalam bilik
ini serta menyusun semula selepas menggunakannya.

11.3 Murid yang terakhir menggunakan bilik rehat perlu memastikan semua suis lampu
dan kipas dimatikan sebelum keluar.

11.4 Murid DILARANG;

i. membuat bising dan menguatkan suara semasa menonton televisyen.


ii. membawa keluar peralatan yang terdapat di dalam bilik rehat tanpa
kebenaran warden.
iii. Menggunakan bilik rehat ketika waktu persekolahan dan tidur di dalamnya.

17 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 12: PERATURAN KETIKA KELAS PERSEDIAAN

12.1 Murid perlu menghadiri kelas persediaan pada waktu dan tempat yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

12.2 Kehadiran murid ke kelas persediaan akan di ambil oleh warden bertugas.

12.3 Memastikan semua kerusi dan meja disusun semula ke kedudukan asal selepas
selesai kelas persediaan.

12.4 Kebersihan dan keceriaan bilik belajar/ prep adalah tanggungjawab murid.

12.5 Sebarang aktiviti yang hendak diadakan ketika kelas persediaan perlu mendapat
kebenaran bertulis dari Ketua Warden atau warden bertugas.

12.6 Murid dikehendaki memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.

12.7 Murid DILARANG;

• Membuat bising dan mengganggu rakan lain.


• Melakukan salah laku disiplin lain.
• Membawa makanan di kelas persediaan.
• Berada di dalam dorm semasa kelas persedian kecuali dengan kebenaran
warden bertugas.

18 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 13: PERATURAN DI BILIK SAKIT/ RAWATAN

13.1 Murid yang sakit perlu mendapat kebenaran dari warden atau penyelia untuk
duduk di bilik sakit dan hubungi ibu bapa untuk makluman. (Lampirkan surat sakit
kepada warden dan guru kelas jika ke klinik)

13.2 Murid yang sakit sahaja dibenarkan berada di bilik sakit semasa waktu
persekolahan.

13.3 Murid yang sakit hendaklah merekodkan nama mereka di dalam buku yang telah
disedakan.

13.4 Jawatankuasa murid yang telah dilantik bertanggungjawab memastikan keadaan


bilik sakit dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

19 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 14: PERATURAN DI BILIK AIR DAN TANDAS

14.1 Waktu mandi pagi pada jam 5.00 hingga 6.00 pagi setiap hari.

14.2 Waktu mandi petang ialah selepas Solat Asar hingga 6.00 petang. (bergantung
kepada ketetapan sekolah)

14.3 Murid perlu berpakaian sopan semasa membasuh pakaian terutama murid puteri.

14.4 Kebersihan bilik air/ membasuh adalah tanggungjawab semua murid.

14.5 Tuala wanita yang telah digunakan perlu diurus dengan rapi dan buang di tempat
yang dikhaskan.

14.6 Semasa keluar dari bilik air, murid hendaklah memastikan paip air dan suis lampu
telah dipadamkan.

14.4 Murid DILARANG;

• Mandi dan membasuh baju pada waktu malam.


• Membazirkan air semasa mandi dan membasuh baju.
• Meninggalkan peralatan membasuh pakaian di dalam bilik air.
• Menggunakan sinki untuk merendam pakaian.
• Menggunting rambut di dalam bilik air.
• Membuang sampah/ sisa makanan di tandas atau bilik air.

20 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 15: KAWASAN LARANGAN

15.1 Tempat-tempat yang dinyatakan di bawah adalah kawasan larangan kepada


murid iaitu;

i. Pejabat sekolah/ asrama dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran.


ii. Dewan makan kecuali waktu makan, menonton televisyen, waktu ulangkaji
dan waktu yang ditetapkan sahaja.
iii. Kawasan dapur kantin/ dewan makan.
iv. Bilik warden dan ondok pengawal kecuali pada waktu yang dibenarkan.
v. Kawasan asrama putera bagi putera dan kawasan asrama puteri bagi
putera.
vi. Kawasan kuarters guru atau kakitangan sekolah.
vii. Bilik rawatan kecuali setelah mendapat kebenaran.
viii. Stor-stor dan bilik percetakan.
ix. Bilik komputer, interaktif dan perpustakaan kecuali waktu yang ditetapkan
sahaja.
x. Bengkel kemahiran hidup atau RBT/ makmal sains kecuali waktu belajar
dan mendapat kebenaran.
xi. Koperasi (ketika waktu belajar dan kelas persediaan)
xii. Bilik Khas (bilik Ketua Jabatan/ kaunseling) kecuali mendapat kebenaran
dan dalam bilangan yang kecil.
xiii. Pondok telefon kecuali masa yang ditentukan atau ditetapkan sahaja.
xiv. Murid yang tidak tinggal di asrama DILARANG masuk ke kawasan asrama
tanpa kebenaran.

21 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 16: PEMERIKSAAN ASRAMA

16.1 Pemeriksaan asrama bertujuan untuk menentukan aktiviti keebrsihan dijalankan


pada hari Sabtu/ Ahad mulai 9.00 pagi selepas aktiviti gotong-royong kecuali
pemeriksaan mengejut.

16.2 Murid mesti berada di sisi katil masing-masing dengan berpakaian kemas yang
telah ditetapkan.

16.3 Murid yang terpaksa keluar atas urusan rasmi hendaklah mengemas katil dan
loker masing-masing terlebih dahulu sebelum pemeriksaan asrama dijalankan.

16.4 Murid perlu memastikan dorm sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

22 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 17: PERATURAN DAN SALAH LAKU DI ASRAMA

17.1 Murid DILARANG;

• Menyimpan rambut panjang, misai, jambang, janggut (murid putera),


berkuku panjang dan mewarnakan kuku.
• Merokok
• Menubuhkan dan menganggotai pertubuhan haram/ kogsi gelap.
• Mengadakan mesyuarat dan perjumpaan melainkan setelah mendapat
kebenaran dari Pengetua, Penolong Kanan HEM atau Ketua Warden.
• Menyertai dan menganggotai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
luar kecuali dengan kebenaran Pengetua.
• Menulis yang berunsur kecaman, hinaan, fitnah di ruangan sosial media.
• Mengadakan perjumpaan antara murid putera dan puteri di dalam atau di
luar sekolah.
• Mengubahsuai alatan elektrik di asrama/ kelas atau sebarang alat yang
boleh menyebabkan kemalangan jiwa dan kebakaran.
• Merosakkan dan menconteng sebarang iklan, tulisan atau kenyataan yang
ditulis atau ditampal di papan kenyataan.
• Membawa orang luar bermalam di asrama dan makan di dewan makan.
• Membuang sampah dan meludah di merata tempat.
• Memakai selipar getah atau sebarang jenis selipar ke majlis rasmi.
• Mengadkan mesyuarat/ perjumpaan ketika kelas persediaan malam
kecuali mendapat kebenaran ketua warden/ warden bertugas.

17.2 Murid HENDAKLAH;

• Semua aktiviti riadah hendaklah dihentikan sebelum 6.00 petang.


• Menghormati Pengetua, Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan semua
kakitangan sekolah setiap masa sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah.
• Mematuhi dan menghormati arahan pengawas/ kepimpinan asrama.
• Membayar ganti rugi atas kerosakan yang telah dilakukan di sekolah/
asrama.
• Menghormati dan mengucapkan salam kepada semua guru, kakitangan
sekolah dan sesame murid.
• Mendapatkan kebenaran Pengetua jika murid ingin mengadakan jamuan
dan perlu dihadiri oleh guru.

17.3 Pihak sekolah berhak membuka dan memeriksa surat-surat murid atau
barangan yang mencurigakan jika difikirkan perlu. Pihak sekolah juga boleh
menahan surat atau barangan murid tersebut.

23 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


17.4 Salah laku seperti menghisap rokok, vape, POD, penyalahgunaan dadah, berjudi,
mencuri, minum arak, membeli arak, mendera murid lain, menyimpan bahan
lucah atau video lucah dan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat
Islam adalah KESALAHAN BERAT.

17.5 Murid dan pengawas asrama DILARANG bertindak sendiri atas sebarang kes
yang berlaku, sebaliknya segera memberitahu pihak warden atau ketua warden.

24 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


PERKARA 18: MELANGGAR PERATURAN DAN UNDANG -UNDANG
ASRAMA

18.1 Kesalahan murid akan direkodkan di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

18.2 Ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan berkenaan salah laku murid.

18.3 Pengetua bertanggungjawab melaksanakan peraturan sekolah dan asrama


mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

18.4 Semua peraturan yang tercatat di dalam buku ini adalah tertakluk kepada
perubahan dari semasa ke semasa.

18.5 Kategori Kesalahan/ Salah Laku murid yang dinyatakan dalam SSDM adalah
seperti berikut;
(sekolah yang masih menggunakan sistem merit juga boleh rujuk jadual di bawah)

TINGKAH KOD KESALAHAN KATEGORI NILAI


LAKU MERIT
DADAH A01 URIN BERAT 40
(Mengedar, Menghisap, Menyimpan/ Terlibat
Dalam Salah Guna Dadah)
A02 TANGKAPAN BERAT 40
A03 PENGAKUAN BERAT 40
A04 PENGAMBILAN ALKOHOL / INHALAN BERAT 40
(Minum/ Menyimpan Minuman Keras Atau
Sebarang Bentuk Yang Memabukkan)
JENAYAH B01 BERJUDI BERAT 40
(BERMAIN PERMAINAN BERUNSUR
PERJUDIAN)
B02 MENCURI BERAT 40
B03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN BERAT 40
GURU
B04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN BERAT 40
KAKITANGAN
B05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN BERAT 40
MURID
B06 PERAS UGUT BERAT 40
B07 GENGSTERISME BERAT 40
B08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK BERAT 40
B09 BERGADUH BERAT 40
B10 MENCEROBOH KAWASAN LARANGAN BERAT 40
(Bilik Khas, Bilik Guru, Pejabat Sekolah,
Asrama, Bilik Koperasi, Makmal, Kantin &
Sebagainya)
B11 MEMILIKI DAN MENYIMPAN SENJATA / BERAT 40
OBJEK BERBAHAYA

25 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


B12 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN SENJATA BERAT 40
/ OBJEK BERBAHAYA
B13 MENJUAL DAN MENGEDAR SENJATA / BERAT 40
OBJEK BERBAHAYA
B14 MENGGUNAKAN SENJATA / OBJEK BERAT 40
BERBAHAYA
BULI C01 BULI BAHASA BERAT 40
C02 BULI FIZIKAL BERAT 40
C03 BULI ISYARAT BERAT 40
C04 BULI PERHUBUNGAN BERAT 40
1. Mengganggu Emosi Murid/Guru/ Kakitangan
2.Memaksa Murid Lain Mengikut Arahan Untuk
Kepentingan Sendiri
C05 BULI PERBUATAN BERAT 40
(Termasuk Mengambil Makanan Murid Lain)
ROKOK / VAPE D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN SEDERHANA 20
D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN SEDERHANA 20
D03 MENJUAL DAN MENGEDAR SEDERHANA 20
D04 MENGHISAP SEDERHANA 20
PONTENG E01 PONTENG SEKOLAH BERAT 20
E02 PONTENG KELAS SEDERHANA 10
E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM SEDERHANA 5
E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN BERAT 10
E05 PONTENG PREP SEDERHANA 5
E06 PONTENG ASRAMA BERAT 20
E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH SEDERHANA 5
E08 PONTENG PERHIMPUNAN BERAT 5
E09 PONTENG IBADAH SEDERHANA 5
(Solat Wajib, Jumaat, Terawih Dan Puasa
Ramadan)
TINGKAH LAKU F01 BERCUMBUAN BERAT 40
LUCAH F02 BERKHALWAT BERAT 40
F03 BAWA BAHAN LUCAH BERAT 40
F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH BERAT 40
F05 MENGINTAI BERAT 40
(Mengintai Murid, Guru, Kakitangan Sekolah)
F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN BERAT 40
LUCAH
F07 MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA DAN BERAT 40
GAMBAR LUCAH
F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH BERAT 40
F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA BERAT 40
F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN BERAT 40
SYAK

26 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


(Bergambar Dalam Keadaan Yang
Mencurigakan)
F11 MELAKUKAN LIWAT/ LESBIAN/ GAY / BERAT 40
PERILAKU SUMBANG
TINGKAH LAKU G01 BIADAP KEPADA GURU SEDERHANA 15
KURANG SOPAN/ G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN SEDERHANA 15
BIADAP
G03 BIADAP KEPADA TETAMU SEDERHANA 15
G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID SEDERHANA 15
G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA SEDERHANA 15
MURID
G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / SEDERHANA 15
MENGEDAR MINUMAN YANG
MEMABUKKAN
G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA SEDERHANA 15
G08 INGKAR ARAHAN GURU SEDERHANA 15
(Menarik Diri Dari Sebarang Kegiatan Sekolah
Tanpa Alasan)
G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS SEDERHANA 15
G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA SEDERHANA 15
G11 MENGHASUT ATAU MENGETUAI SEDERHANA 15
TINDAKAN YANG BOLEH MELANGGAR
PERATURAN SEKOLAH
KESALAHAN H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH SEDERHANA 15
VANDALISME H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA SEDERHANA 15
H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN SEDERHANA 15
H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK SEDERHANA 15
KHAS
H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / SEDERHANA 15
TANAMAN HIASAN
H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEDERHANA 15
SEKOLAH
H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEDERHANA 15
ASRAMA
H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT SEDERHANA 15
H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN SEDERHANA 15
H10 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN SEDERHANA 15
GURU BESAR / PENGETUA / GURU /
KAKITANGAN
H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN SEDERHANA 15
MURID
TINGKAH LAKU J01 PECAH AMANAH BERAT 15
TIDAK AMANAH J02 BERBOHONG BERAT 15
(Meniru Tandatangan Warden / Guru)
J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEDERHANA 10
(Melakukan Pembaziran Elektrik/ Air)
J04 TIDAK JUJUR SEDERHANA 15

27 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR


J05 MENGUBAH, MENIRU, MENIPU YANG BERAT 15
MELIBATKAN PEPERIKSAAN
J06 TIDAK MENYIAPKAN TUGASAN YANG SEDERHANA 10
DIBERIKAN OLEH GURU
J07 PENYALAHGUNAAN PAS ASRAMA SEDERHANA 10
(Menggunakan Pas Asrama Murid Lain)
KENAKALAN K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM SEDERHANA 10
KAWASAN SEKOLAH
K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA BERAT 20
K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG SEDERHANA 10
KECEMASAN
K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN SEDERHANA 10
DAN PEMBELAJARAN
(termasuk Majlis Rasmi Sekolah)
K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / SEDERHANA 10
BERTOLAK-TOLAK
K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN BERAT 20
K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK BERAT 20
K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA BERAT 40
TANPA KEBENARAN
K09 BERMAIN DALAM DORM SEDERHANA 10
K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA SEDERHANA 15
(Termasuk Tidak Mengemas & Menyusun
Tempat Tidur, Rak Kasut & Peralatan Peribadi)
K11 KELUAR KELAS TANPA MENGGUNAKAN RINGAN 5
PAS
K12 MAKAN DALAM KELAS TANPA KEBENARAN RINGAN 5
K13 MENGOTOR / MEMBUANG SAMPAH DI SEDERHANA 10
MERATA TEMPAT
K14 MEMBAWA SEBARANG GAJET PINTAR BERAT 40
K15 MEMBAWA MASUK ORANG LUAR KE BERAT 40
DALAM KAWASAN ASRAMA
K16 MEMBAWA KELUAR PERALATAN ASRAMA SEDERHANA 10
/ DEWAN MAKAN / STOR SUKAN
K17 MENGGUNAKAN TELEFON AWAM DI LUAR RINGAN 5
WAKTU YANG DIBENARKAN
K18 SENGAJA MENANGGALKAN PAKAIAN SEDERHANA 10
DALAM KELAS ATAU SEMASA BERSUKAN
K19 MENGUBAH SUSUNAN PERABOT ASRAMA RINGAN 5
DARI TEMPAT YANG DITETAPKAN
TINGKAH LAKU L01 LEWAT KE SEKOLAH RINGAN 5
TIDAK L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN RINGAN 5
PENTINGKAN
MASA L03 LEWAT MASUK KELAS RINGAN 5
L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / RINGAN 5
KOKURIKULUM
L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA RINGAN 5
KEKEMASAN M01 BERKUKU PANJANG RINGAN 5
DIRI M02 MEWARNA KUKU / BERINAI RINGAN 5
28 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR
M03 BERAMBUT PANJANG RINGAN 5
M04 RAMBUT BERFESYEN RINGAN 5
M05 BERMISAI / BERJANGGUT RINGAN 5
M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT RINGAN 5
PERATURAN
M07 PAKAI BARANG KEMAS RINGAN 5
M08 BERTATOO BERAT 20
M09 MENCUKUR BULU KENING RINGAN 5
M10 MEMAKAI ALAT SOLEK RINGAN 5
PENGLIBATAN N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / BERAT 40
POLITIK PERARAKAN POLITIK
N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA BERAT 40
N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / BERAT 40
PROPAGANDA POLITIK
KES KHAS R01 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN BERAT 40
R02 BERTATOO BERAT 40
R03 MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI BERAT 40
R04 CUBAAN MEMBUNUH DIRI BERAT 40
R05 TERJUN BANGUNAN BERAT 40
R06 PENYALAHGUNAAN RACUN BERAT 40
R07 HAMIL BERAT 40
R08 LUMBA HARAM BERAT 40
R09 KEMALANGAN DALAM SEKOLAH BERAT 40
R10 LARI DARI RUMAH BERAT 40
R11 AJARAN SESAT / MILITAN BERAT 40
R12 MEMBUNUH DIRI BERAT 40
R13 MENJADI ANGGOTA KUMPULAN HARAM BERAT 40
R14 MENULIS BERKAITAN SEKOLAH DI MEDIA BERAT 40
TANPA KEBENARAN PIHAK SEKOLAH
R15 PELACURAN BERAT 40
R16 MENJALANKAN AKTIVITI TANPA BERAT 40
KEBENARAN PIHAK SEKOLAH
(Termasuk Menjalankan Perniagaan Sendiri/
Menjadi Agen)

18.6 Hukuman dan Tindakan adalah seperti berikut;

MATA PENALTI HUKUMAN


5 MENGISI BORANG PENGAKUAN DAN BORANG PENALTI
AMARAN BERTULIS
KHIDMAT SOSIAL
10 MENGISI BORANG PENGAKUAN DAN BORANG PENALTI
HUBUNGI IBU BAPA / PENJAGA
29 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR
ROTAN 1 KALI (LELAKI SAHAJA)
SURAT AMARAN
20 MENGISI BORANG PENGAKUAN DAN BORANG PENALTI
HUBUNGI IBU BAPA / PENJAGA
ROTAN 1 KALI (LELAKI SAHAJA)
SURAT AMARAN
SESI KAUNSELING
30 MENGISI BORANG PENGAKUAN DAN BORANG PENALTI
HUBUNGI IBU BAPA / PENJAGA
ROTAN 1 KALI (LELAKI SAHAJA)
SURAT AMARAN
MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN
40 MENGISI BORANG PENGAKUAN DAN BORANG PENALTI
HUBUNGI IBU BAPA / PENJAGA
SURAT PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA PENJAGA
GANTUNG PERSEKOLAHAN
MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN
SESI KAUNSELING
50 HUBUNGI IBU BAPA / PENJAGA
BUANG SEKOLAH

30 | BUKU PERATURAN ASRAMA, SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai