Anda di halaman 1dari 8

SMK SULTAN ABDUL JALIL

KM 5, JALAN MERSING,
KLUANG, JOHOR

KERTAS KERJA

KURSUS KAWAD KAKI


KADET REMAJA SEKOLAH
2011

DISEDIAKAN OLEH :

UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH


SMK SULTAN ABDUL JALIL
KM 5, JALAN MERSING
KLUANG, JOHOR.

1 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


1. PENDAHULUAN

Kursus Kawad Kaki KRS merupakan salah satu aktiviti yang dirancang khusus kepada pelajar Tingkatan 1
hingga 6 yang terpilih untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah peringkat daerah.
Kursus ini akan diadakan di SMK Sultan Abdul Jalil. Selari dengan konsep penubuhan pasukan unit
beruniform di sekolah, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian
akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia, dan memiliki daya tahan yang tinggi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang kursus ini. Di samping
itu, semua peserta kursus perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti
yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat’. Dengan ini juga diharap dapat membina jati diri para pelajar, menggilap
bakat kepimpinan yang ada dan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli KRS.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua peserta kursus
akan dapat melalui pengalaman mengikuti penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun 2011, dijangkakan sejumlah 70 orang peserta akan menyertai kursus ini. Program ini akan
melibatkan sejumlah 5 orang guru bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi, dan
kerohanian dalam kursus.

3. RASIONAL

3.1 Membina semangat dan keyakinan diri yang tinggi.


3.2 Memupuk disiplin dan jati diri serta semangat kerja berpasukan yang mantap.
3.3 Menerapkan daya kreatif individu dan bakat kepimpinan.

4. OBJEKTIF

4.1 Untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkemahiran melalui aktiviti yang dijalankan seperti
aktiviti kawad kaki.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta-peserta kursus tentang aspek kawad
kaki secara menyeluruh termasuk aspek penilaian pertandingan kawad kaki.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
setiap peserta.

5. KONSEP KURSUS

5.1. Pemantapan Kemahiran Kawad Kaki


5.1.1 Pengagihan peserta kepada 2 platun yang terdiri daripada platun putera dan puteri.
5.1.2 Pemantapan kemahiran kawad kaki melalui latihan intensif
5.1.3 Pendedahan dan penilaian tentang pertandingan kawad kaki

6. PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 16 – 17 April 2011

6.2 Tempat : SMK Sultan Abdul Jalil

2 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


7. SENARAI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA KURSUS

Pengerusi : Pn Maimun Binti Juhari


( Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil )

Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Malik bin Mahbob


( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Pn. Salmah binti Hussin


En. Mohd. Yatim bin Abd Rahman

Kem Komandan : En. Amir Faliq bin Bostanoordin


Pen. Kem Komanden : Cik Siti Adha binti Ishak

Setiausaha : Cik Soraya binti Mat Sarit

Bendahari : Cik Siti Adha binti Ishak

Jurulatih : En. Mohamad Halil bin Saip


En. Hassan Sadikeen

Pendaftaran : Cik Soraya binti Mat Sarit

AJK
Peralatan :Mohd Yatim bin A Rahman

Aktiviti :En. Amir Faliq bin Bostarnordin


Cik Siti Adha binti Ishak

Hadiah/ Makanan : Pn. Salmah binti Hussin

8. SASARAN

a. Seramai 70 orang peserta (35 orang putera dan 35 orang puteri) dalam kalangan pelajar
Tingkatan 1 hingga 6 yang merupakan ahli unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS)
SMK Sultan Abdul Jalil yang akan menyertai pertandingan kawad kaki KRS.

9. JADUAL

Rujuk Lampiran

10. AKTIVITI KURSUS

10.1 LATIHAN KAWAD KAKI

10.1.1 Pengenalan asas kawad kaki


10.1.2 Latihan kawad kaki dinamik
10.1.3 Pembentukan formasi kawad kaki

3 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


10.2 AKTIVITI

10.2.1 Simulasi pertandingan kawad kaki


10.2.2 Tayangan video pertandingan kawad kaki

11. PENGINAPAN

Bilik darjah

12. MAKAN MINUM

12.1 Pihak pengelola akan menyediakan makanan kepada peserta.

13. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

13.1 SEKOLAH
13.1.1 Peti pertolongan cemas
13.1.3 Borang pendaftaran
13.1.4 Peralatan memasak dan bahan mentah masakan
13.1.5 Peralatan sepanjang kursus

13.2 PESERTA
13.2.1 Pakaian seragam unit beruniform KRS
13.2.2 Seluar dan baju T secukupnya
13.2.3 Pakaian riadah / Sukan termasuk kasut
13.2.4 Pakaian ibadah (kain pelekat dan songkok bagi lelaki, telekung bagi perempuan)
13.2.5 Peralatan peribadi
13.2.6 Ubatan peribadi

14. HADIAH

14.1 PRA -PERTANDINGAN KAWAD KAKI

14.1.1 Johan Platun


14.1.2 Naib Johan Platun

15. PENDAPATAN

17.1 PENDAPATAN :

17.1.1 Yuran Peserta : RM 5.00 x 70 = RM 350.00

Makanan dan minuman peserta : 70 x RM5.00= RM350.00

Jumlah =RM 350.00

4 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


17.1.2 Peruntukan unit Kokurikulum : RM 200.00

Hadiah Pertandingan :
Hamper Johan Keseluruhan : RM 60.00 X 1 = RM 60.00
Hamper N.Johan Keseluruhan : RM 50.00 X 1 = RM 50.00
Komandan Terbaik : RM 30.00 X 1 = RM 30.00
Peserta Terbaik Putera : RM 30.00 X 1 = RM 30.00
Peserta Terbaik Puteri : RM 30.00 X 1 = RM 30.00

Jumlah RM 200.00

17.1.3 Peruntukan PIBG : RM 350.00

Makanan dan minuman peserta : 70 x RM5.00= RM350.00

Jumlah =RM 350.00

Jumlah Keseluruhan : RM 900.00

17.2 PERBELANJAAN

PERKARA BAYARAN (RM) JUMLAH

Bahan masakan dan minuman 240.00


Ayam ( RM8.00 X 30 kg) 120.00
Ikan ( RM6.00 X 20kg ) 52.00
Sayur ( RM4.00 X 13kg) 40.00 18.
Gula ( RM2.50 X 16kg) 18.00 PENUTUP
Teh ( RM3.00 X 6 unit ) 90.00
Sardin ( RM3.00 X 30 tin ) 40.00
Biskut ( RM20.00 X 2 unit) 40.00
Roti (RM4.00 X 10 unit) 60.00 RM700.00
Jem (RM6.00 X 10 unit)

Hamper Johan Keseluruhan RM 60.00


Hamper N.Johan Keseluruhan RM 50.00
Komandan Terbaik RM 30.00
Peserta Terbaik Putera RM 30.00
Peserta Terbain Puteri RM 30.00
RM 200.00
JUMLAH RM 900.00
Adalah amat diharapkan agar Kursus Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah SMK Sultan
Abdul Jalil dapat dijalankan dengan jayanya menepati sasaran dan objektif yang ingin

5 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


dicapai. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan
untuk menjayakan hasrat murni unit beruniform KRS dalam memartabatkan pasukan unit
beruniform sebagai wadah dalam menjana kecemerlangan pelajar dalam aspek sahsiah, jati
diri dan kerohanian.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

................................................. ................................................. .................................................


En. Mohd Yatim Bin A Rahman Tn.Hj. Malek Bin Mahbob Pn Maimun Bte Juhari
Penyelaras GPK Kokurikulum Pengetua
Kursus Kawad Kaki KRS SMK Sultan Abdul Jalil SMK Sultan Abdul Jalil
SMK Sultan Abdul Jalil

6 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


TENTATIF AKTIVITI KURSUS KAWAD KAKI KRS

Tarikh/Hari Masa Aktiviti Tindakan

Sabtu 8.00 – 8.30 pg - Pendaftaran peserta Kem Komandan


16 April - Taklimat AJK Pendaftaran

8.30 - 9.30 pg - Pembentukan kumpulan Kem Komandan

9.30 – 10.00 pg -Sarapan Kem Komandan

10.00 – 1.00 ptg - Kawad kaki fasa 1 Urusetia

12\.00 – 2.00 ptg - Rehat AJK Kerohanian


- Makan tengah hari
- Solat Zuhur

2.00 – 4.30 ptg - Kawad kaki fasa 2 Fasilitator

4.30 – 5.00 ptg - Solat Asar Kem Komandan

5.00 – 6.30 ptg - Riadah Urusetia


- Makan petang

6.30 - 9.00 mlm - Persiapan diri


- Solat Maghrib Kem Komandan
- Solat Isyak
- Makan Malam

9.00 – 11.30 mlm - Kawad kaki fasa 3


- Tayangan video kawad kaki Kem Komandan
- Minum malam

Ahad 5.00 – 6.30 pg - Pengurusan diri AJK Kerohanian


17 April - Solat/Kuliah Subuh

6.30 – 7.30 pg - Riadah Kem Komandan

7.30 – 8.00 pg - Sarapan pagi Urusetia

8.00 – 10.00 pg - Kawad kaki fasa 4 Kem Komandan

10.00 – 10.30 pg - Rehat/Minum pagi Urusetia

10.30 – 12.30 t/hari - Kawad kaki fasa 5 Kem Komandan


Jurulatih

12.30 – 2.30 t/hari - Persiapan diri


- Makan tengah hari Kem Komandan
- Solat Zuhur

2.30 – 4.00 t/hari - Kawad kaki formasi Urusetia


- Pertandingan kawad kaki AJK Kerohanian

4.00 – 4.30 ptg - Majlis Penutup Kem Komandan


- Bersurai Jurulatih

7 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG


8 UNIT BERUNIFORM KRS SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG

Anda mungkin juga menyukai