Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JENGKA

26500 MARAN,

PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM SENAMROBIK

TEMPAT:
Padang SMK Seri Jengka

TARIKH:
22 Mei 2011

ANJURAN:
Biro Sukan Asrama SMK Seri Jengka
1.0 PENDAHULUAN
Senamrobik bulanan di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi
memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan
seharian para pelajar. Guru-guru Pendidikan Jasmani SMK Seri Jengka sesuai
menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk
dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan
kepada semua penghuni asrama dan para warden SMK Seri Jengka, Maran, Pahang
sejurus melahirkan pelajar dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula
aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh pelajar semasa waktu lapang

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang cergas dan sihat dan
memupuk minat pelajar supaya sentiasa bersenam di sepanjang kehidupan mereka.
Menerusi senamrobik, setiap pelajar akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman
ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat
menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina
keyakinan diri pelajar agar tidak malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti
senamrobik dan sukan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
3.2 Menggalakkan pelajar untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
3.3 Mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan warden.
3.4 Mengisi hari minggu pelajar dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.
3.5 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dirancang ialah 22 Mei 2011 (Ahad).
4.2 Dilaksanakan selama 2 jam bermula jam 7.30 pagi oleh jurulatih jemputan.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


5.1 Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan Pra U SMK Seri Jengka.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Datin Hjh Fatimah binti Kassim (Pengetua)

Pen. Penasihat : Cik Hjh Jawahir binti Awang (Penolong Kanan HEM)

Pengerusi : En. Mohammad Shukri bin Salleh

Setiausaha : Cik Nur Hifzan binti Husin

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Penaung : Datin Hjh Fatimah binti Kassim (Pengetua)

Penasihat Program : Cik Hjh Jawahir binti Awang (Penolong Kanan HEM)

Pengarah Program : En. Baharum Sham bin Shafien

Setiausaha Program : Cik Nur Hifzan binti Husin

Bendahari Program :

Peralatan/ Logistik : En Jaslin bin Ghazali

Jamuan : En Khairul Nizam bin Amir Hassan


Pn Nur Waheda binti Azizan

Cenderamata : Cik Zainap binti Sidek


Cik Norshariraliza binti Abdul Halim
YM Tengku Nor Idawati binti Raja Yunus

Teknikal/ Siaraya : YM Tengku Musa bin Tengku Ismail

Promosi/ Hebahan : En Mohammad Khir bin Zainun


Pn Hjh Monaliza binti Mohd Yatim

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Bayaran kepada jurulatih RM 50.00 X 3 = RM 150.00

b) Cenderahati
i- jurulatih RM 10.00 X 3 = RM 30.00
ii- warden RM 10.00 X 11 = RM 110.00
iii- penyelia asrama RM 10.00 X 2 = RM 20.00

c) Jamuan
i- minuman RM 0.50 X = RM
ii- kuih RM 1.00 X = RM
iii-guru RM 5.00 X 20 = RM 100.00

JUMLAH BESAR RM

9.0 SUMBER PENDAPATAN

Duit Asrama (Sukan) SMK Seri Jengka

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar disamping memberi keseronokan kepada
pelajar. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

(NUR HIFZAN HUSIN) (BAHARUM SHAM BIN SHAFIEN)


Setiausaha Program Senamrobik Pengarah Program Senamrobik
Asrama SMK Seri Jengka Asrama SMK Seri Jengka

Disemak oleh,

(MOHAMMAD SHUKRI BIN SALLEH)


Ketua Warden
Asrama SMK Seri Jengka

Disahkan oleh,

(DATIN HJH FATIMAH BINTI KASSIM)


Pengetua SMK Seri Jengka

Anda mungkin juga menyukai