Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

PETER
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN
PERMAINAN YANG BERUNSURKAN ALAM SEKITAR
BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK
TAHUN 2014

1.0

PENDAHULUAN

Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di
bumi,manakala sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam
sekitar bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Perkataan alam sekitar
merujuk kepada fenomena fizikal sama

ada biotik

atau

abiotik yang

melingkungi suatu organisma. Alam sekitar juga adalah tentang doktrin


falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar
seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.
Pendidikan

alam

sekitar

pula

bertujuan

untuk

meningkatkan

pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi


dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk
memilih cara hidup yang bertanggungjawab dan memulihara alam sekitar bagi
mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat,
produktif, seimbang dan terjamin.
2.0

MATLAMAT PERMAINAN
Matlamat

permainan

ini

adalah

bertujuan

supaya

murid-murid

menghargai alam sekitar memelihara dan memulihara alam sekitar sambil


mengingati dan mengaplikasikan konsep asas matematik yang dipelajari
disamping mewujudkan iklim yang persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
supaya objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah mampu mencapai
objektif

yang

telah

ditetapkan

selaras

Pendidikan Malaysia.

dengan

kehendak

Kementerian

3.0

OBJEKTIF PERMAINAN

Antara objektif permainan ini ialah:


1. Murid-murid dapat mengetahui tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.
2. Murid-murid akan menghargai alam sekitar.
3. Murid-murid dapat mengaplikasikan konsep matematik semasa aktiviti
permainan.
4. Dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid.
5. Memberi kesedaran terhadap murid tentang pentingnya menjaga alam
sekitar amnya dan menjaga kebersihan dan kecerian sekolah dan
tempat tinggal khasnya.
4.0

MAKLUMAT PERMAINAN

Nama Permainan: Siapa Pantas dan Pintar


Tarikh: 12 Mei 2014
Masa: 08.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Persekitaran dalam kawasan sekolah, stesen-stesen permainan yang
telah ditetapkan dan Dewan Terbuka SK. St. Peter.
5.0

KUMPULAN SASAR
Semua murid-murid Tahap Satu yang lemah dalam operasi asas
matematik iaitu operasi tambah dan tolak.
Bilangan murid yang akan mengikuti permainan ini adalah seramai
20 orang.

6.0

ETIKA PEMAKAIAN
Murid dikehendaki memakai pakaian sukan.
Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dengan etika pemakaian
seorang murid.

7.0

TENTATIF PELAKSANAAN
08.00 08.15: Pendaftaran para peserta
08.15 08.30: Penerangan tentang peraturan permainan
08.30 08.40: Pembahagian kumpulan
08.40 09.40: Permainan berlangsung
09.40 10.00: Ucapan Guru Besar dan penyampaian hadiah

8.0

PROSEDUR PERMAINAN
1.Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan, iaitu setiap kumpulan
mempunyai

empat orang murid. Pembahagian kumpulan dilakukan di

dewan terbuka.
Nama-nama kumpulan terdiri daripada (Kumpulan Laut Dalam, Kumpulan
Sungai, Kumpulan Terumbu Karang, Kumpulan Muara dan Kumpulan
Empangan)
2.Ketua kumpulan hendaklah terdiri daripada murid tahun tiga.
3.Terdapat empat stesen, Stesen A (operasi tambah), stesen B (operasi
tolak), Stesen C (operasi tambah dahulu kemudian tolak), Stesen D
(operasi tolak dahulu kemudian tambah).
4.Lokasi setiap stesen:
Stesen A: di kantin
Stesen B: di tapak perhimpunan
Stesen C: di padang sekolah
Stesen D: di taman sains
4.Terdapat tema di setiap stesan iaitu stesen A (sampah kertas), stesen
B (sampah plastik), stesen C (sampah daun kering), stesen D (sampah
ranting kayu).
5.Undian dilakukan bagi mengetahui stesen di mana setiap kumpulan

akan bermula.
6.Kumpulan yang cepat melakukan tugasan di stesen yang pertama
akan meneruskan ke stesen yang telah ditentukan oleh guru di stesen
yang pertama.
7.Kumpulan yang telah pergi dan sudah siap melakukan tugasan di
keempat-empat buah stesen dikira sebagai pemenang.

9.0

CARA PELAKSANAAN PERMAINAN


1.Ketua kumpulan hendaklah mencabut undian dan memberitahu ahli
kumpulan yang lain tentang di mana permainan bermula. Pergerakan ke
stesen untuk setiap kumpulan dilakukan secara serentak.
2.Contoh, jika Kumpulan Muara mendapat cabutan undian stesen
Pertama adalah di stesen C iaitu di padang sekolah.
3.Kumpulan Muara hendaklah bergegas ke padang sekolah. Di stesen
tersebut guru hendaklah memberitahu apa yang patut kumpulan itu
lakukan.
4.Kumpulan tersebut hendaklah mencari 80 helai daun kering di sekitar
kawasan sekolah, seterusnya kumpulan tersebut hendaklah kembali ke
stesen C dengan membawa daun sebanyak 80 helai daun kering.
5.Kemudian guru yang berada di stesen C menyuruh murid melakukan
operasi tambah dahulu kemudian tolak dengan menggunakan daun
kering. Di sini, bahan bantu mengajar adalah daun kering.
6.Sebanyak 3 soalan dikemukakan untuk kumpulan tersebut. Di stesenstesen yang lain juga murid dikehendaki menyiapkan 3 soalan sebelum
menuju atau berpindah ke stesen yang lain.

Murid hendaklah berbincang dalam kalangan ahli kumpulan untuk


berbincang soalan yang diberikan. Perbincangan tersebut hendaklah
dikendalikan oleh ketua kumpulan.
7.Contoh soalan tesebut ialah:
28 + 5 14 =
21 + 7 10 =
9+95=
8.Setelah

setelah

selesai

menyiapkan

soalan

tersebut,

kumpulan

tersebut hendaklah menuju ke stesen seterusnya dengan segera.


9.Prosedur yang sama juga dilalui oleh kumpulan yang lain. Kumpulan
yang paling cepat menyiapkan tugasan di keempat-empat buah stesen
di kira sebagai pemenang.
10.Sampah-sampah yang berjaya dikutip dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
10.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN
1. Murid-murid hendaklah sentiasa mendengar dan memahami arahan
dan undang-undang permainan yang ditaklimatkan oleh guru dari masa
ke semasa.
2. Murid-murid tidak boleh melangkau stesen semasa aktiviti permainan.
3.Semasa bermain, murid-murid hendaklah menjaga kebersihan dan
tidak mengotorkan pakaian.
3. Murid-murid hendaklah brkerjasama antara ahli kumpulan.
4. Murid-murid dikehendaki mengikut arahan ketua kumpulan.
5.Murid-murid yang berpenyakit asma tidak boleh menyertai aktiviti ini

dan memberitahu tentang keadaan penyakit murid tersebut kepada


guru.

11.0 SENARAI NAMA PESERTA


BIL

NAMA

TAHUN

KUMPULAN

JAWATAN

.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Patrick ak Peter
John ak Maurise
Kimberly ak Kutong
Tania ak Wahap
Farouq bin Hassan
Billy ak Sekent
Catherine ak Juseli
Amina ak Roystine
Munawwarah bt. Ahmad

3
3
1
1
3
1
2
2
3

Laut Dalam
Laut Dalam
Laut Dalam
Laut Dalam
Sungai
Sungai
Sungai
Sungai
Terumbu

Ketua
Ahli
Ahli
Ahli
Ketua
Ahli
Ahli
Ahli
Ketua

10.

Angela ak Peter

Karang
Terumbu

Ahli

11.

Ahmad bin Idris

Karang
Terumbu

Ahli

12.

Afdal bin Lutfi

Karang
Terumbu

Ahli

13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

Rose ak Jackson
Lilian ak Monash
Sally ak Asri
Mohd Fuad bin Rahman
Vendeny ak Tupa
Rovianna ak Elly
Arvina ak Philips

3
1
2
2
3
1
2

Karang
Muara
Muara
Muara
Muara
Empangan
Empangan
Empangan

Ketua
Ahli
Ahli
Ahli
Ketua
Ahli
Ahli

20.

Aminah bt. Musa

Empangan

12.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Angggaran pendapatan: Ikhlas daripada PIBG

: RM30.00

Sumbangan Guru Besar

: RM20.00

Ikhlas dari ketua Panitia matematik

: RM10.00

Sumbangan dari guru Kelas

: RM10.00

JUMLAH

: RM70.00

Anggaran perbelanjaan:Hadiah tempat pertama

: RM20.00

Hadiah tempat kedua

: RM15.00

Hadiah tempat ketiga

: RM10.00

Alat tulis dan kertas

: RM10.00

Sarapan pagi

: RM15.00

JUMLAH

: RM70.00

13.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGERUSI

: En. Ahmad bin Naim

SETIAUSAHA

: En. Abdul Halim bin Ismail

BENDAHARI

: En. Frederick ak Rosales

AJK PELAKSANAAN:
KETUA PROGRAM

: En. Paulus ak Lumia

PENJAGA STESEN A

: Pn. Suzie bt Farid

Ahli

PENJAGA STESEN B

: Pn. Lancester ak Jason

PENJAGA STESEN C : Pn. Fransiska ak Nammy


PENJAGA STESEN D : En. Firdaus bin Zulkarnain

14.0 PENUTUP
Antara kesan yang diperolehi daripada aktiviti permainan ini ialah dapat
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memberi manfaat
kepada semua murid. Semoga program ini mampu untuk memberi sedikit
sebanyak kesedaran kepada murid-murid untuk membuang smpah ke dalam
tempat

yang

disediakan

dan

dapat

menggalakkan

murid-murid

untuk

meminimakan pembuangan samapah demi menjaga alam sekitar yang


disayangi ini daripada pelbagai kerosakan.
Disediakan oleh:
___________________________
(ABDUL HALIM BIN ISMAIL)
Setiausaha,
Permainan Pantas dan Pintar,
SK. St. Peter.

Disemak oleh:
__________________________
( FERDY ANAK LANTERN)
Ketua Panitia Matematik,

SK. St. Peter.

Disahkan oleh:
____________________
(AHMAD BIN NAIM)
Guru Besar,
SK. St. Peter.

Anda mungkin juga menyukai