Anda di halaman 1dari 13

KOMPONEN-KOMPONEN EKOSISTEM

Komponen-komponen yang membentuk ekosistem terdiri daripada dua bentuk


iaitu komponen abiotik dan komponen biotik.
A. Abiotik1
Abiotik atau komponen tak hidup adalah komponen fizik dan kimia yang
merupakan medium atau substrat tempat berlakunya kehidupan atau lingkungan
tempat berlakunya kehidupan. Sebahagian besar komponen abiotik bervariasi
dalam ruang dan waktunya. Komponen abiotik adalah terdiri daripada bahan
organik,

senyawa

anorganik

dan

faktor

yang

mempengaruhi

distribusi

organisme, iaitu:
1. Suhu:2 Proses biologi dipengaruhi oleh suhu. Suhu mempunyai pengaruh
yang

amat

penting

terhadap

perkembangan

makhluk

biologi.

Mamalia dan unggas memerlukan tenaga untuk menghilangkan haba dari


tubuhnya. Hanya organisme tertentu sahaja yang mampu hidup pada
suhu yang melampau.
2. Air:3 Kewujudan air mempengaruhi kewujudan organisme. Organisme di
gurun beradaptasi terhadap kewujudan air di gurun. Air amat penting
untuk pertumbuhan tumbuhan dan penyebaran biji benih tumbuhan.
Manakala bagi haiwan air dijadikan sebagai sumber minuman. Bagi
manusia pula air dijadikan sebagai sumber minuman dan bahan untuk
bersuci. Bagi unsur abiotik yang lain air diperlukan sebagai pelarut.
3. Garam:4 Konsentrasi garam mempengaruhi keseimbangan air dalam
organisme melalui osmosis. Beberapa organisme terestrial beradaptasi
dengan lingkungan kandungan garam tinggi.

1 Teguh Sugiyarto dan Eny Ismawati (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Grasindo.
2 Hewit Paul et. al (2007). Conceptual Integrated Science. United State Of America: Pearson
Education

3 Dunia dalam Layar Maya. http://juprimalino.blogspot.com/2012/06/komponen-abiotik-tanah-airudara-cahaya.html. Diakses pada 18 Disember 2013, Jam: 2200.

4 http://www.midcc.at/main/PDF/Abiotik.pdf. Diakses pada 21 Disember 2013, Jam: 2311.


1

4. Cahaya Matahari:5 Cahaya matahari mempengaruhi ekosistem secara


global kerana matahari adalah penentu suhu dan sumber tenaga yang
amat penting bagi haiwan dan tumbuhan. Cahaya matahari juga
merupakan

unsur

tenaga

yang

diperlukan

oleh

tumbuhan

untuk

berfotosintesis.
5. Tanah dan Batu:6 Tanah merupakan tempat hidup bagi manusia dan
haiwan

dan

asas

kepada

tumbuhan

untuk

mendapatkan

mineral.

Beberapa ciri-ciri tanah yang meliputi struktur fizik, nilai pH dan komposisi
mineral

mengehadkan

penyebaran

organisme

berdasarkan

kepada

kandungan sumber makanannya di dalam tanah.


6. Iklim:7 Iklim adalah keadaan cuaca dalam jangka waktu lama dalam
sesuatu kawasan. Iklim terbahagi kepada dua jenis iaitu iklim mikro dan
iklim makro. Iklim makro meliputi iklim global, kawasan dan setempat.
Iklim

mikro

meliputi

iklim

dalam

suatu

daerah

yang

dihuni

komuniti tertentu.
B. Biotik8
Biotik adalah istilah yang biasanya digunakan untuk menyebut sesuatu yang
hidup (organisme). Komponen biotik adalah suatu komponen yang terdiri
daripada

suatu

ekosistem

selain

komponen

abiotik

(tidak

bernyawa).

Berdasarkan peranan dan fungsinya, makhluk hidup diklasifikasikan kepada:

1. Autotrof9 / Pengeluar / Produser

5 http://www.hikmat.web.id/biologi-klas-x/komponen-abiotik/. Diakses pada 17 Disember 2013,


Jam: 0900.

6 Ecosystem, Biomes and Habitat. The Franklin Institute.


http://www.fi.edu/tfi/units/life/habitat/habitat.html. Diakses pada 18 Disember 2013, Jam: 2157.

7 http://www.isomwebs.net/2013-04/faktor-abiotik-iklim/. Diakses pada 15 Disember 2013, Jam:


0405.

8 Deden Abdurahman (t.t). Biologi Kelompok Pertanian. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.
9 Pengertian dan Definisi. http://www.kamusq.com/2013/07/organisme-autotrof-adalahpengertian.html. Diakses pada 21 Disember 2013, Jam: 0800.

Produser merupakan organisme yang mampu menghasilkan zat makanan sendiri


(autotrof) melalui proses fotosintesis. Yang termasuk dalam kelompok ini adalah
tumbuhan hijau atau tumbuhan yang mempunyai klorofil. Produser ini kemudian
dimanfaatkan oleh organisme-organisme yang tidak mampu menghasilkan
makanan. Dalam ekosistem darat, tumbuhan sangat diperlukan sebagai sumber
makanan makhluk hidup yang lain. Sementara itu dalam ekosistem akuatik,
organisme dengan klorofil adalah berbagai jenis.

2. Heterotrof10 / Konsumer
Komponen heterotrof terdiri dari organisme yang memanfaatkan bahanbahan organik yang

disediakan

oleh organisme lain

sebagai

makanannya.

Komponen heterotrof disebut juga konsumer makro (fagotrof) kerana makanan


yang dimakan berukuran lebih kecil. Heteroterof adalah manusia, haiwan dan
mikrob.

3. Pengurai / Dekomposer11
Pengurai

atau

dekomposer

adalah

organisme

yang

menguraikan

bahan organik yang berasal daripada organisme mati. Pengurai disebut juga
konsumer makro (sapotrof) kerana makanan yang dimakan berukuran lebih
besar. Organisme pengurai menyerap sebahagian hasil penguraian tersebut dan
melepaskan bahan-bahan yang sederhana yang dapat digunakan kembali
oleh produser. Pengurai terdiri daripada bakteria. Ada pula pengurai yang
disebut detritivor, iaitu haiwan pengurai yang memakan sisa-sisa bahan organik,
contohnya adalah kutu kayu. Jenis pengurai terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Aerobik: Oksigen adalah penerima elektron / oksidan.


2. Anaerobik: Oksigen tidak terlibat. Bahan organik sebagai penerima
elektron /oksidan.
3. Fermentasi: Bahan organik yang teroksida juga sebagai penerima elektron.
Komponen tersebut berada pada suatu tempat dan berinteraksi untuk
membentuk kesatuan ekosistem.
10 Hartono (t.t). Jelajah Bumi dan Alam Semesta. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.
11 http://biologiuinmks.blogspot.com/2011/10/dekomposer.html. Diakses pada 25 Disember 2013,
Jam: 0845.

JENIS-JENIS EKOSISTEM
Terdapat pelbagai ekosistem di dunia ini. Tetapi secara secara umumnya ia dapat
dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
1. Ekosistem Alamiah:12 iaitu ekosistem yang terbentuk secara alamiah tanpa
adanya campur tangan manusia. Contoh ekosistem ini ialah ekosistem
sungai, ekosistem gurun, ekosistem terumbu karang, ekosistem savana,
ekosistem laut dan sebagainya.
2. Ekosistem Buatan:13 iaitu ekosistem yang terbentuk hasil campur tangan
manusia. Ekosistem buatan ini dicipta untuk memenuhi keperluan
manusia. Contoh-contoh ekosistem buatan ini ialah ekosistem sawah,
ladang sawit, ekosistem penempatan contohnya bandar dan kampung,
eksosistem

saliran,

ekosistem

hutan

buatan,

agroekosistem

dan

sebagainya.
A. EKOSISTEM ALAMIAH14:
Ekosistem yang terhasil daripada semulajadi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Ekosistem Akuatik
2. Ekosistem Daratan Terestrial
Kepelbagaian

ekosistem ini

memiliki

ciri-ciri

yang

tersendiri.

Contohnya,

ekosistem hutan hujan tropika yang berada di kawasan tropika juga subtropika.
Ekosistem ini bertempat di kawasan dengan jumlah curahan hujan antara 200
hingga 225 cm per tahunnya. Sementara itu, jenis tumbuhan yang ada di dalam
ekosistem hutan hujan tropika ini sangat banyak. Di antara tumbuhan ini
biasanya terdapat tumbuhan yang khas seperti anggerik, liana dan lain-lain.
Selain tumbuhan, ada juga haiwan yang menghuni ekosistem tersebut iaitu kera,
12 http://www.slideshare.net/Febii_L/ekosistem-16750927#btnLast. Akses pada 20 Disember 2013,
Jam 1217.

13

http://biologyyekosistem.wordpress.com/ekosistem/ekosistem-buatan/.
Disember 2013, Jam 09.00

14 ______ (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Yudhistira Ghalia.


4

Diakses

pada

25

burung, badak dan sebagainya. Sama seperti ekosistem hutan hujan tropika,
ekosistem yang lain juga memiliki komponen tertentu yang juga menjalin
interaksi dan saling berkait antara satu sama lain.
Jenis ekosistem akuatik15 atau air ialah:
1. Ekosistem Air Tawar16
Antara ciri-ciri ekosistem air tawar ialah mempunyai suhu yang rendah
dan

mempunyai

dipengarahi

oleh

keadaan

iklim

dan

cuaca

dan

mempunyai kadar penetrasi cahaya yang kurang. Berdasarkan intensiti


cahaya matahari yang diterima, kawasan ini dapat dibahagikan kepada
tiga jenis:
a) Litoral: kawasan air yang cetek, Cahaya matahari dapat menembusi
hingga ke dasar air.
b) Limnetik: kawasan yang masih boleh ditembusi cahaya matahari.
c) Profundal: kawasan yang dalam. Cahaya matahari tidak dapat
ditembusi hingga ke dasar air.
Secara umumnya, organisme hidup di air tawar telah beradaptasi iaitu
adaptasi

haiwan

dan

adaptasi

tumbuhan.

Ekosistem

air

tawar

dibahagikan kepada dua iaitu:


a) Air yang tenang/lentik (danau)
b) Air yang mengalir/lotik (sungai)
2. Ekosistem Air Laut17
Kawasan ini tidak dipengaruhi oleh variasi suhu dan iklim. Habitat laut
mempunyai kandungan garam yang agak tinggi. Di kawasan tropika, suhu
laut adalah 25 darjah celcius.
Berdasarkan intensiti cahaya matahari, kawasan ini dapat dibahagikan
kepada:
a) Kawasan fotik: kawasan yang masih boleh ditembusi cahaya.
b) Kawasan disfotik: kawasan yang mendapat sedikit cahaya.
c) Kawasan afotik: kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari.
Berdasarkan keadaan fizikal laut, ia dapat dibahagikan kepada:

15 Ricky Firmansyah (t.t). Mudah dan Aktif Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.
16

http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-air-tawar.html.
pada 26 Disember 2013, Jam 1330

Diakses

17 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-laut.html. Diakses pada 26


Disember 2013, Jam: 2209

a) Kawasan litoral: kawasan yang dipengaruhi pasang surut antara 0m


hingga 200m.
b) Kawasan batial: kedalamannya adalah antara 200m hingga 2000m.
c) Kawasan abisal: kedalamannya adalah antara 2000m hingga 4000m.
d) Kawasan hadal: kedalamannya adalah melebihi 4000m.
Di laut, haiwan dan tumbuhan tingkat rendah memiliki tekanan osmosis
sel yang hampir sama dengan tekanan osmosis air laut. Haiwan tingkat
tinggi

beradaptasi

dengan

cara

banyak

minum

air,

pengeluaran

urin sedikit, clan pengeluaran air dengan cara osmosis melalui insang.
Garam yang berlebihan diekskresikan melalui insang secara aktif.
3. Ekosistem Muara18
Contoh komuniti yang hidup di kawasan ini ialah fitoplankton. Muara
merupakan tempat bersatunya sungai dengan laut. Salinitasi air berubah
secara bertahap mulai dari kawasan air tawar ke laut. Salinitasi ini juga
dipengaruhi oleh siklus harian dengan pasang surut aimya. Nutrien dari
sungai memperkaya muara. Komuniti tumbuhan yang hidup di estuari
ialah

rumput

rawa

garam,

ganggang,

dan

fitoplankton.

Komuniti

haiwannya ialah cacing, kerang, kepiting, dan ikan. Bahkan ada beberapa
invertebrata laut dan ikan laut yang menjadikan muara sebagai tempat
untuk membiak atau bermigrasi untuk menuju habitat air tawar. Muara
juga merupakan tempat mencari makan bagi vertebrata semi air iaitu
unggas air.
4. Ekosistem Pantai19
Ekosistem pantai dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Ekosistem pantai
bersempadan dengan ekosistem darat, laut, dan daerah pasang surut.
Ekosistem pantai dipengaruhi oleh siklus harian pasang surut laut.
Organisme dominan yang hidup di pantai berbeza dari sudut lokasinya.
Remis banyak dijumpai di bahagian paling atas pantai yang hanya
terendam saat pasang naik tinggi. Organisme tersebut menjadi makanan
bagi kepiting dan burung pantai. Bahagian tengah pantai banyak dijumpai
anemon laut, remis dan kerang, siput herbivor dan karnivor, kepiting,
landak laut, bintang laut dan ikan-ikan kecil. Bahagian tersebut terendam
18 Frans Wanggai (t.t). Manajemen Hutan. Jakarta: Grasindo.
19 http://www.slideshare.net/thutayss/ekosistem-pantai-terumbu-karang. Diakses pada 31
Disember 2013, Jam: 2200.

saat

pasang

tinggi

dan

pasang

rendah.

Sementara

itu,

pelbagai

invertebrata dan ikan serta rumput laut banyak ditemui di kawasan pantai
terdalam yang terendam ketikat air pasang surut.
5. Ekosistem Sungai20
Air sungai dingin dan jernih serta mengandung sedikit sedimen dan
makanan. Aliran air dan gelombang memberikan oksigen pada air. Suhu
air bervariasi mengikut ketinggian dan garis lintang. Komuniti yang berada
di sungai berbeza dengan danau. Air sungai yang mengalir deras tidak
menyokong komuniti plankton kerana plankton tersebut akan dibawa arus.
Komposisi komuniti haiwan juga berbeza antara sungai, anak sungai dan
hilir. Di anak sungai sering dijumpai ikan air tawar. Di hilir sering dijumpai
ikan lele. Beberapa sungai besar dihuni oleh pelbagai jenis kura-kura dan
ular. Organisme sungai dapat bertahan tidak dibawa arus. Beberapa jenis
serangga yang hidup di sisi-sisi hilir menghuni habitat kecil yang bebas
dari pusaran air.
6. Ekosistem Terumbu Karang21
Haiwan yang hidup di kawasan terumbu karang memakan tumbuhan
mikro dan bahan organik yang lain. Haiwan seperti siput dan ikan menjadi
mangsa kepada sotong kurita. Selain menjadi habitat bagi banyak
organisme, terumbu karang memiliki banyak fungsi lainnya. Kekuatan
ombak menjadi berkurangan dengan adanya terumbu karang, sehingga
pantai relatif nyaaman dari kerosakan.

Jenis ekosistem daratan22 ialah:


Ekosistem daratan ialah ekosistem yang yang berada di lingkungannya adalah
daratan. Ekosistem ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
1. Ekosistem Hutan Tropika23
20 Nommy Horas Thombang Siahaan (2004). Hukum Lingkungan dan Ekologi Pembangungan.
Jakarta: Erlangga.

21 http://www.slideshare.net/thutayss/ekosistem-pantai-terumbu-karang. Diakses pada 31


Disember 2013, Jam: 2200.

22 Oman Karmana (t.t). Cerdas Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.
23 http://olhazone.blogspot.com/. Diakses pada 27 Disember 2013.
7

Kawasan ini adalah di Papua New Guinea dan di lembah Congo .Di
kawasan ini matahiari bersinar sepanjang tahun. Di kawasan ini terdapat
pokok seperti pokok epifit iaitu pokok yang menumpang pada pokok yang
lain seperti anggerik dan Paku Sarang Burung. Contoh haiwan yang berada
di kawasan ini ialah kera, burung, badak, babi hutan dan kucing hutan.
2. Ekosistem Gurun24
Kawasan ini adalah kawasan yang kering. Jumlah curahan hujan adalah 20
cm setiap tahun. Dalam ekosistem ini terdapat tumbuhan berduri, tidak
mempunyai daun dan berkebolehan untuk menyimpan air serta berakar
panjang yang dikenali sebagai kaktus (tumbuhan serofit). Contoh haiwan
yang yang hidup di kawasan ini ialah biawak, kala jengking dan ular.
Haiwan yang hidup di kawasan ini aktif pada waktu malam bagi
mengelakkan kehilangan air. Kawasan seperti ini terdapat di Amerika
Utara, Afrika Utara, Australia dan Asia Barat.
3. Ekosistem Padang Rumput25
Ekosistem ini mempunyai tumbuhan herba dan rumput. Kedua-dua
tumbuhan ini memerlukan kelembapan untuk hidup. Antara haiwan yang
hidup di kawasan ini ialah kuda belang, singa, anjing liar, serigala,
mustang (kuda liar), arnab, gajah, kanggaru, tikus dan ular. Kawasan
seperti ini adalah di Hungary, Rusia Selatan, Asia Tengah, Amerika Selatan
dan Australia. Kadar hujan di kawasan ini adalah tidak teratur.
4. Ekosistem Tundra26
Contoh tumbuhan yang berada di kawasan ini ialah tumbuhan yang
pendek dan mampu beradaptasi dengan iklim yang sejuk. Haiwan yang
hidup di kawasan ini ialah haiwan yang berdarah panas yang mempunyai
rambut dan bulu-bulu yang tebal contohnya, beruang kutub, rusa kutub
dan lalat hitam.
5. Ekosistem Hutan Gugur27
24 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/lebih-dekat-dengan-ekosistem-darat.html
25 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-padang-rumput.html
26 http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/
27 http://andimanwno.wordpress.com/2009/02/21/hutan-gugur-deciduous/
8

Kawasan ini mempunyai empat musim iaitu musim panas, sejuk, gugur
dan semi. Hutan gugur terdapat di kawasan beriklim sedan dan biasanya
dapat dijumpai di Amerika Timur, Eropah Tengah dan Asia Timur. Kawasan
ini memiliki ciri-ciri suhu yang sangat rendah pada musim sejuk dan
sangat panas pada musim panas (-30C hingga 30C). Kadar curahan
hujan adalah tinggi. Haiwan yang hidup di kawasan ini ialah tikus, beruang
dan burung. Beberapa haiwan pada kawasan ini dapat melakukan
hibernasi iaitu tidur panjang selama musim sejuk dengan terlebih dahulu
menyimpan banyak makanan.
6. Taiga28
Kawasan ini dikenali sebagai hutan konifer. Mendapat curahan hujan
sehingga 40 cm setahun. Kawasan tanah di kawasan ini adalah bersifat
asid. Kawasan taiga ini terdapat di Amerika Utara, Eropah Barat dan Asia
Timur.

Tumbuhan basah dalah sedikit sekali di kawasan ini. Antara

tumbuhan yang hidup di kawasan ini ialah conifer dan pinus. Manakala
haiwan pula ialah rusa, beruang hitam, salamander dan tupai.
B. EKOSISTEM BUATAN29
Ekosistem buatan adalah ekosistem yang dicipta oleh manusia untuk memenuhi
keperluan manusia itu sendiri. Ekosistem buatan mendapat sumber tenaga dari
luar, tanaman atau haiwan peliharaan didominasi pengaruh manusia

dan

memiliki keanekaragaman yang rendah.


1. Empangan
Suatu ekosistem buatan yang berupa bangunan penahan atau penimbun
air untuk berbagai keperluan, contohnya penjanaan tenaga elektrik.
2. Hutan Tanaman Industri
Hutan yang sengaja ditanam dengan tanaman industri. Jenis tanaman
yang umum ditanam adalah pinus, mahoni, rasamala, dammar, dan jati.
3. Agroekosistem
28 http://www.satwa.net/208/mengenal-bioma-taiga-ciri-ciri-dan-fauna-bioma-taiga.html. Diakses
pada 31 Disember 2013, Jam: 0845

29 Nommy Horas Thombang Siahaan (2004). Hukum Lingkungan dan Ekologi Pembangunan.
Jakarta: Erlangga.

Suatu ekosistem buatan seperti ekosistem pertanian contohnya sawah


tadah hujan, sawah pasang surut, perkebunan teh, kopi dan kelapa sawit
kolam dan ladang strawberi..

KESAN NEGATIF PERUBAHAN RUANG TERHADAP EKOSISTEM30


Keperluan

ruang

terus

meningkat

seiring

dengan

meningkatnya

jumlah

penduduk. Keperluan yang meningkat tersebut menuntut perubahan fungsi.


Kesan negatif yang timbul akibat perubahan ruang tersebut adalah:
1. Hilangnya sejumlah spesies kerana tidak adanya tempat hidup atau
habitatnya telah berubah.
2. Spesies pemangsa tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan
ruang yang ada atau sengaja dibunuh manusia kerana berbahaya.
Akibatnya, jumlah mereka berkurang, bermigrasi ke tempat lain dan
bahkan mengalami kepupusan.
3. Perubahan ruang juga mempengaruhi komponen fizikal yang lain seperti
perubahan air, udara, dan tanah, sehingga mempengaruhi kehidupan
berbagai organisme.

LANGKAH PENJAGAAN EKOSISTEM31


Untuk menjaga ekosistem kita agar tetap seimbang maka diperlukan usahausaha yang berterusan dan menyeluruh. Antara usaha-usaha penjagaan
ekosistem yang boleh dilakukan ialah:
1. Melakukan kegiatan perlindungan hutan dengan menebang hutan secara
selektif,

mencegah

kebakaran

hutan,

membina

taman

negara,

30 Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007). Geografi Fizikal. Kuala
Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

31 M. Faishal Aminuddin et. al (t.t). Globalisasi dan Neoliberalisme: Pengaruh dan Dampaknya
Bagi Demokratisme Indonesia. Jakarta: M. Faishal Aminuddin.

10

mengadakan hutan simpan dan membina tempat bagi menjaga haiwan


2.
3.
4.
5.
6.
7.

yang akan pupus.


Tidak mengadakan perburuan liar dan haram.
Tidak menangkap ikan dengan bahan peledak.
Menggunakan bahan mesra alam sekitar.
Melakukan kitar semula.
Meminumkan pembuangan sampah.
Mengenakan hukuman yang tegas kepada penjenayah alam sekitar.

Kesimpulannya, ekosistem adalah tempat dimana terjadinya proses saling


interaksi dan kebergantungan antara makhluk hidup sebagai komponen biotik,
dengan lingkungan hidupnya yang merupakan komponen abiotik. Ekosistem
disusun oleh dua komponen, iaitu lingkungan fizikal atau makhluk tidak hidup
(komponen

abiotik) dan

berbagai

jenis

makhluk

hidup

(komponen biotik).

Terdapat pelbagai jenis ekosistem iaitu ekosistem alami dan buatan. Secara garis
besar ekosistem alami dibezakan menjadi ekosistem darat dan ekosistem
akuatik. Sedangkan ekosistem buatan adalah ekosistem yang dicipta oleh
manusia untuk memenuhi keperluan. Perubahan ruang yang terjadi di bumi
sekarang memberikan yang negatif terhadap ekosistem. Keperluan terhadap
ruang

terus

meningkat

seiring

dengan

meningkatnya

jumlah

penduduk.

Keperluan yang meningkat tersebut menuntut perubahan. Diharapkan ekosistem


yang ada sekarang tetap lestari dan alami, Sebaiknya kita sebagai manusia yang
diangugerahkan akal dan fikiran selalu memelihara dan memulihara melindungi
serta menjaganya daan bertanggungjawab terhadap kesimbangan alam sekitar
sebagai rasa syukur kita terhadap pemberian Tuhan yang amat tidak ternilai ini.

BIBLIOGRAFI

______ (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta: Yudhistira Ghalia.


Deden Abdurahman (t.t). Biologi Kelompok Pertanian. Jakarta: PT Grafindo Media
Pratama.
Frans Wanggai (t.t). Manajemen Hutan. Jakarta: Grasindo.

11

Hartono (t.t). Jelajah Bumi dan Alam Semesta. Jakarta: PT Grafindo Media
Pratama.
Hewitt Paul et.al (2007). Conceptual Integrated Science. United State of America:
PearsonEducation.
Faishal Aminuddin et. al (t.t). Globalisasi dan Neoliberalisme: Pengaruh dan
Dampaknya Bagi Demokratisme Indonesia. Jakarta: M. Faishal Aminuddin.
Nommy Horas Thombang Siahaan (2004). Hukum Lingkungan dan Ekologi
Pembangunan.

Jakarta: Erlangga.

Oman Karmana (t.t). Cerdas Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo Media Pratama.
Ricky Firmansyah (t.t). Mudah dan Aktif Belajar Biologi. Jakarta: PT Grafindo
Media Pratama.
Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007). Geografi
Fizikal. KualaLumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Teguh Sugiyarto dan Eny Ismawati (t.t). Ilmu Pengetahuan Alam. Jakarta:
Grasindo.
http://andimanwno.wordpress.com/2009/02/21/hutan-gugur-deciduous/
http://biologiuinmks.blogspot.com/2011/10/dekomposer.html
http://biologyyekosistem.wordpress.com/ekosistem/ekosistem-buatan/.
http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02
http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/lebih-dekat-dengan-ekosistemdarat.html
http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-airtawar.html.
http://ekosistem-ekologi.blogspot.com/2013/02/mengenal-ekosistem-laut.html
http://juprimalino.blogspot.com/2012/06/komponen-abiotik-tanah-air-udaracahaya.html
http://olhazone.blogspot.com/.
http://www.fi.edu/tfi/units/life/habitat/habitat.html.
http://www.hikmat.web.id/biologi-klas-x/komponen-abiotik/.
http://www.isomwebs.net/2013-04/faktor-abiotik-iklim/.
http://www.kamusq.com/2013/07/organisme-autotrof-adalah-pengertian.html.
12

http://www.midcc.at/main/PDF/Abiotik.pdf
http://www.satwa.net/208/mengenal-bioma-taiga-ciri-ciri-dan-fauna-biomataiga.html.
http://www.slideshare.net/Febii_L/ekosistem-16750927#btnLast.
http://www.slideshare.net/thutayss/ekosistem-pantai-terumbu-karang

13

Anda mungkin juga menyukai