Anda di halaman 1dari 5

Diftong Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak.

Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal, iaitu pada mula-mulanya hadir tanpa

menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan apabila ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata.Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu.

7.0 REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan ini, saya menyediakan satu laporan kertas cadangan tentang masalah membaca suku kata terbuka KVKV murid-murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jangkar, Lundu. Pelbagai aspek yang perlu dibuat secara terperinci bagi memastikan laporan ini menepati piawaian kajian tindakan yang akan saya buat nanti. Sebelum ini saya telah banyak mendengar tentang cabaran membuat kajian tindakan dari peringkat awal sehinggalah ianya siap. Apabila saya sendiri yang mengalaminya dan menjalankan tugasan ini, barulah saya tahu dan faham betapa rumitnya menghadapi masalah ini. Sejak hari pertama pensyarah memberi soalan tugasan tentang kertas cadangan kajian tindakan, persoalan terus timbul adakah saya mampu membuat tugasan ini. Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, saya tekad dan cuba untuk menyahut cab aran ini. Hasil bimbingan pensyarah, En. Subandi Kasidan dan Tuan Hj. Oleh serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan, sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat tugasan ini. Memandangkan saya sendiri sebagai guru kelas dan mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1, maka kajian ini dibuat berdasarkan pengalaman sedia ada saya sendiri. Justeru itu, Kaedah LABU ( Teknik Latih Tubi dan Gabungan Bunyi Suku Kata) saya cipta bagi mengatasi masalah membaca suku kata terbuka KVKV di kalangan murid Tahun 1 SK Jangkar, Lundu. Antara kekuatan dalam penyelidikan tindakan ini ialah kerjasama yang diberikan oleh peserta kajian saya. Saya mampu melaksanakan penyelidikan ini atas kerjasama yang diberikan oleh peserta kajian saya. Mereka juga komited untuk memajukan diri dalam mengatasi masalah membaca suku kata terbuka KVKV menggunakan Teknik LABU yang mereka hadapi sejak dulu lagi. Pensyarah pembimbing juga memberikan kerjasama yang erat dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sering memberi maklum balas positif sepanjang saya menyiapkan laporan ini. Selain itu, penggunaan pelbagai intervensi dalam kajian ini juga berjaya membantu murid kajian mengurangkan kesilapan membaca dan sekaligus dapat memupuk minat

mereka untuk belajar. Saya juga bersyukur kerana banyak jurnal dan artikel penyelidikan berkaitan kemahiran membacal dapat diperolehi dengan senang. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan pelbagai ilmu pedagogi seperti teori

konstruktivisme, teori pembelajaran sosial dan teori pelbagai kecerdasan dalam kajian yang dijalankan. Di samping itu, saya juga telah mempraktikkan kaedah latih tubi untuk meningkatkan lagi pemahaman murid melalui penggunaan teknik latih tubi dan gabung bunyi kata. Aspek kelemahan pula melibatkan jangka masa yang digunakan untuk

melaksanakan penyelidikan ini yang dianggap terlalu singkat. Masa yang agak singkat menyebabkan saya terburu-buru dalam menyediakan latihan yang sesuai, masa tindakan dan bahan-bahan yang diperlukan memandangkan saya juga perlu menyediakan rancangan pengajaran harian dan tugas-tugas lain. Selain itu, ketidakhadiran peserta kajian ke sekolah juga menyebabkan tindakan saya terpaksa ditangguhkan sehinggalah mereka menghadirkan diri. Ini sekaligus melambatkan proses tindakan yang selanjutnya. Daripada aspek peluang pula, saya yakin murid kajian ini dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar sekiranya mereka sentiasa diberi perhatian oleh guru-guru lain. Kesimpulannya, penggunaan analisis SWOT dapat memberikan saya satu garis panduan tentang keberkesanan pelaksanaan penyelidikan tindakan yang digunakan sekaligus membuat

penambahbaikan yang sewajarnya. Berdasarkan penyelidikan yang telah dilaksanakan, saya banyak melakukan pembacaan melalui buku-buku ilmiah, jurnal, artikel, majalah, melayari internet dan sebagainya untuk mencari perkaitan masalah dengan kaedah yang saya gunakan. Dalam proses pembacaan ini, saya sebenarnya telah meningkatkan amalan kendiri iaitu amalan membaca bahan ilmiah dan belajar mencari ilmu yang sesuai. Malah, saya juga meminjam buku-buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak semua bahan yang ada dapat digunakan untuk penyelidikan saya tetapi saya berbangga kerana saya mampu meneroka puluhan buku ilmiah untuk tujuan penyelidikan. Saya juga mempelajari kemahiran berfikir kreatif dan kritis iaitu cara untuk mengguna dan mengaitkan bahan serta idea yang diperoleh dengan isi penyelidikan ini. Sejujurnya, inilah proses yang mencabar tetapi sangat menarik sebagai seorang guru. Socrates (469-399 SM) (dalam Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004) pernah berkata, jika kita hendak bercakap, kita mesti melihat. Jika kita hendak melihat, kita mesti berdiri. Kenyataan Socrates jika ditafsirkan merujuk kepada bukti yang perlu ada jika kita berkata-kata tentang sesuatu. Dalam proses penyelidikan ini, saya telah

menempuhi satu alam yang sangat mencabar. Cabaran untuk mencari bukti-bukti agar dapat menyokong hujah-hujah saya selaku seorang penyelidik dan guru. Di sinilah saya mempelajari kemahiran mencari maklumat di laman sesawang dan berkongsi dengan rakan melalui rangkaian dalam talian. Penyelidikan tindakan ini juga membolehkan saya mengamalkan amalan

pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Sebagai guru, saya harus menjadikan PSH sebagai satu landasan untuk saya meningkatkan ilmu dan kemahiran selari dengan perubahan pendidikan semasa. Penyelidikan yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada saya untuk menerokai ilmu pendidikan yang digunakan sebagai kaedah untuk membantu murid kajian saya. Pelancaran Pelan Tindakan Pendidikan pada 12 September 2012 telah membuktikan kerajaan juga sangat prihatian terhadap profesion keguruan ini. Salah satu aspeknya menuntut agar guru sentiasa meningkatkan amalan profesional masing-masing. Sebagai bakal pendidik, saya harus meneliti, memahami, menghayati serta mengaplikasi konsep PSH untuk menambah baik amalan kendiri disamping meningkatkan ilmu yang dimiliki. Sebagai seorang guru dan penyelidik, sudah tentu saya mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh murid kajian saya. Ini membolehkan saya menilai kesan penggunaan Kaedah LABU yang digunakan dalam penyelidikan yang dilaksanakan. Saya juga lebih yakin dengan kemampuan diri. Keyakinan ini bermula daripada proses awal melaksanakan tindakan. Sebelum ini saya agak ragu-ragu dengan kebolehan diri. Namun, setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah, guru dan rakan, saya menjadi lebih yakin yang saya mampu menyiapkan penyelidikan ini. Tuntasnya, terlalu banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang melaksanakan penyelidikan tindakan ini. Namun begitu, saya sebenarnya berbangga dengan kebolehan diri kerana mampu membuat penyelidikan. Berdasarkan maklum balas daripada murid kajian dan guru-guru lain, saya akan melaksanakan bimbingan secara individu kepada murid yang belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV dengan memberikan mereka lebih banyak latihan membaca. Jika saya berhadapan dengan murid seperti ini pada masa akan datang, saya akan mengaplikasikan kaedah LABU ini untuk membantu mereka. Sejujurnya, menguasai kemahiran membaca amat penting kerana asas mendalami ilmu itu sendiri bermula daripada membaca.

Anda mungkin juga menyukai