Anda di halaman 1dari 23

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Karangan
Tundingan
SPM 2014
Disediakan oleh:
En Roslan b. Daud
Guru Bahasa Melayu
SMK Taman Keramat
Gombak, Selangor

Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat. Moga kalian memperoleh A+
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Amin.
1

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Cara-cara untuk mengeratkan hubungan kejiranan


Pendahuluan
definisi jiran orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita
hubungan kejiranan pada zaman dahulu amat kuat dan utuh
disebabkan oleh corak pekerjaan yang menuntut kerjasama ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni
semangat kejiranan masyarakat pada zaman moden semakin luntur
mereka mementingkan diri sendiri persis peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing
perlu ada usaha yang pragmatik untuk mengeratkan hubungan kejiranan
persoalannya, apakah ?
Isi 1
Ayat Topik : melakukan aktiviti gotong-royong
Ayat Huraian:
melakukan pekerjaan bersama-sama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
terdapat pembahagian kerja oleh setiap kumpulan masyarakat
Ayat Contoh:
masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan
masyarakat bergotong-royong memperindah taman permainan
masyarakat bergotong-royong membantu jiran yang mengadakan majlis keramaian
Ayat Kesan:
memupuk semangat kerjasama bagai aur dengan tebing
memupuk persefahaman sekali gus mengelakkan perbalahan
Isi 2
Ayat Topik : menyertai rukun tetangga
Ayat Huraian :
kes jenayah seperti rompakan, ragut dan pecah rumah semakin menjadi-jadi
mengaktifkan penglibatan anggota masyarakat dalam komuniti setempat secara sukarela
Ayat Contoh:
masyarakat mengawal dan meronda kawasan perumahan pada waktu malam
masyarakat melaporkan aduan kepada pihak berkuasa seperti polis
anggota rukun tetangga melakukan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan
pendidikan
Ayat Kesan
menjamin keselamatan penduduk setempat
menyuburkan sikap prihatin dan saling bertanggungjawab

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Isi 3
Ayat Topik : membudayakan amalan kunjung-mengunjungi
Ayat Huraian :
dapat bertanya khabar, beramah mesra dan berkongsi kegembiraan
mengetahui masalah jiran tetangga cubit peha kanan, peha kiri terasa juga / berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul
Ayat Contoh:
mengunjungi rumah jiran pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina,
Deepavali
memenuhi jemputan rumah terbuka
menziarahi jiran tetangga yang ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan atau kebakaran
Ayat Kesan
mendalami adat resam dan budaya kaum lain
mempererat hubungan masyarakat berbilang kaum
Isi 4
Ayat Topik : menganjurkan aktiviti sukan
Ayat Huraian :
menjalin kemesraan antara masyarakat
mencapai kejayaan berasaskan prinsip penyatuan
Ayat Contoh :
menganjurkan Hari Keluarga sebagai aktiviti wajib tahunan
mengadakan sukaneka memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, lari dalam guni
diadakan di padang, taman rekreasi atau di pantai
Ayat Kesan
meningkatkan persefahaman dan perasaan ingin membantu
mengikis perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kaum lain
Kesimpulan :
terdapat seribu satu cara untuk mengeratkan hubungan kejiranan
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
perlu ada kerjasama semua pihak berganding bahu
Wawasan 2020 tidak akan terlaksana jika masyarakat tidak bersatu padu
kunci perpaduan ialah hubungan masyarakat yang kukuh
bersatu teguh, bercerai roboh
tepuklah dada, tanyalah selera

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak
Pendahuluan :
anak-anak ialah anugerah Allah yang tidak ternilai
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak-anak yang berguna
ibu bapa ibarat nakhoda di dalam bahtera manakala anak-anak laksana anak-anak kapal
jika nakhoda pincang dalam mengendalikan kapal, maka karamlah seisi bahtera
andai nakhoda bijak menangani gelombang ujian yang datang, nescaya selamatlah seisi
kapal ke pulau bahagia yang diimpikan
hubungan kejiranan masyarakat moden semakin renggang
sikap mementingkan diri sendiri bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing
kajian Jabatan Perpaduan negara mendapati bahawa faktor utama kerenggangan
hubungan kejiranan, khususnya masyarakat bandar ialah sikap mementingkan diri sendiri
tidak dinafikan peranan ibu bapa amat penting dalam soal ini
persoalannya, apakah ?
Isi 1
Ayat Topik : mendidik anak-anak sejak kecil tentang semangat kejiranan
Ayat Huraian :
melentur buluh biarlah dari rebungnya didikan perlulah bermula sejak kecil
hadis anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya
jika warna yang dipalitkan cerah, maka baiklah peribadi anak-anak sebaliknya jika warna
kelam yang dipilih, nescaya suramlah akhlak anak-anak
anak-anak perlu diasuh sejak umur setahun jagung kerana mereka menurut kata
hati anak-anak bagai batu, walaupun keras, air didikan yang lembut pasti mampu
melekukkannya
apabila menjelang remaja, anak-anak sukar menerima ajaran bagai mencurahkan air di
daun keladi
Ayat Contoh :
menasihati anak-anak yang tidak suka bercampur gaul dengan jiran tetangga
memberikan kata-kata semangat dan pujian kepada anak-anak yang rapat dengan jiran
menghukum anak-anak yang bersikap biadab dengan jiran tetangga
menerangkan kepentingan semangat kejiranan kepada anak-anak
menerapkan nilai-nilai kejiranan seperti tolong-menolong, kerjasama, saling menghormati,
tolak ansur dan baik hati
Ayat Kesan :
anak-anak mempraktikkan amalan ini apabila mereka dewasa kelak
menjadi panduan yang berguna dalam meniti kehidupan pada hari muka
Isi 2
Ayat Topik : menjadi suri teladan buat anak-anak
Ayat Huraian :
4

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

ibu bapa ialah idola yang utama buat anak-anak


segala perlakuan ibu bapa akan ditiru bulat-bulat oleh anak-anak
bapa borek, anak rintik / bagaimana acuan, begitulah kuihnya / ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi
ibu bapa menjadi cerminan buat anak-anak
ahli psikologi berpendapat bahawa ibu bapa yang gagal menunjukkan nilai yang baik di
hadapan anak-anak berhadapan dengan risiko anak-anak yang buruk akhlaknya
Ayat Contoh :
ibu bapa menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh jiran berlainan bangsa
ibu bapa menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran
ibu bapa menziarahi jiran tetangga yang ditimpa musibah berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikulnya
ibu bapa dan meringankan mulut untuk menegur jiran
ibu bapa berbaik-baik dengan jiran walaupun berlainan bangsa
Ayat Kesan :
anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa untuk menjalinkan hubungan dalam komuniti
anak-anak menghormati ibu bapa dan sering menjadikannya sebagai rujukan utama
Isi 3
Ayat Topik : membawa anak-anak menyertai aktiviti bersama-sama masyarakat
Ayat Huraian :
masyarakat kini, khususnya remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah
mahupun di luar kawasan kejiranan seperti menonton televisyen dan membeli-belah di pusat
beli-belah
jarang-jarang ibu bapa membawa anak bergaul dengan jiran khuatir mengganggu majlis
gaya hidup zaman moden menuntut masyarakat lebih suka menyendiri dan memegang
fahaman individualistik
tanpa disedari, anak-anak semakin menjauh dan merasakan tidak penting dalam komuniti
aktiviti dengan jiran dapat membantu anak-anak merapatkan hubungan dan mengenali jiran
tak kenal maka tak cinta
Ayat Contoh :
menyertai aktiviti gotong-royong
membantu jiran ketika majlis kenduri-kendara
membawa anak-anak ketika meronda kawasan perumahan pada waktu malam
menyertai Hari Keluarga dan acara sukaneka
menghadiri undangan ketika perayaan dan rumah terbuka
Ayat Kesan :
anak-anak terdorong untuk bergaul dengan anak-anak jiran tetangga
memupuk hubungan baik dengan jiran

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Kesimpulan :
terdapat seribu satu peranan ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anakanak
sememangnya peranan ibu bapa tidak dapat dinafikan kepentingannya
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing untuk mengeratkan hubungan kejiranan
pihak kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai program bercorak setempat seperti rumah
terbuka
media massa perlulah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat
kejiranan
pihak sekolah hendaklah menekankan kepentingan menjaga hubungan baik dengan jiran
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
semangat kejiranan yang utuh dapat membina negara bangsa yang teguh bersatu teguh,
bercerai roboh
Wawasan 2020 bukan sekadar mimpi kosong jika hubungan baik dengan jiran dipelihara
tepuklah dada, tanyalah selera

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Peranan pelbagai pihak untuk menyuburkan semangat kejiranan


Pendahuluan :
slogan Jiran sepakat membawa berkat pernah dilaung-laungkan oleh kerajaan suatu ketika
dahulu
tidak semua masyarakat yang benar-benar menghayati dan mendalami maksud slogan ini
slogan tersebut hanyalah menjadi penghias di papan tanda dan kain rentang
terdapat masyarakat yang masih tidak mengenali jiran, khususnya penduduk di bandar
mereka lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampur gaul seperti kera sumbang
fahaman individualistik dan sikap mementingkan diri sendiri yang bermaharajalela bagai
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
kajian Jabatan Perpaduan Negara mendapati bahawa faktor utama lunturnya semangat
kejiranan adalah disebabkan oleh sikap masyarakat kota khususnya yang mementingkan diri
sendiri
paparan ngeri ini mencetuskan kerisauan yang bukan sedikit, terutamanya kepada
pemerintah
semangat kejiranan menjadi titik tolak kepada kukuhnya perpaduan kaum di negara kita
setiap penyakit ada penawarnya, sudah pasti setiap masalah pasti ada penyelesaiannya
persoalannya, apakah ?
Isi 1
Ayat Topik : media massa haruslah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan
menyuburkan semangat kejiranan
Ayat Huraian:
media massa menjadi wadah terpenting pada era globalisasi ini untuk menyebarkan
informasi kepada masyarakat
masyarakat kini lebih celik maklumat dan celik teknologi mudah memperoleh maklumat
kerana segala-galanya berada di hujung jari
penggunaan media massa secara optimum mampu menghasilkan impak yang luar biasa
kepada sesuatu program
keberkesanan media massa pada hari ini amat terbukti lebih-lebih lagi masyarakat boleh
mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Ayat Contoh :
televisyen perlulah menerbitkan program yang berunsurkan kejiranan sama ada dalam
bentuk drama, filem atau dokumentari rancangan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu,
Bersamamu
radio hendaklah menyiarkan iklan tentang kepentingan semangat kejiranan Hot FM, Era FM
surat khabar haruslah menerbitkan artikel-artikel berkaitan kejiranan di dalam rubrik-rubrik
yang sesuai Berita Harian melalui kolum Rencana, Utusan Malaysia melalui ruangan Gaya
Hidup atau Rencana
Ayat Kesan :
masyarakat akan disuntik kesedaran tentang kepentingan hubungan kejiranan yang erat
masyarakat berusaha memupuk nilai-nilai hidup berjiran seperti baik hati, bertolak ansur dan
saling menghormati
7

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Isi 2
Ayat Topik : pihak jawatankuasa penduduk hendaklah menganjurkan aktiviti bercorak
setempat
Ayat Huraian :
jawatankuasa penduduk ialah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi
pihak jawatankuasa penduduk ditubuhkan adalah untuk merancang pelbagai kegiatan yang
memberikan faedah kepada masyarakat
kebanyakan jawatankuasa penduduk tidak aktif, ibarat hidup segan mati tak mahu
masyarakat tidak bersedia untuk menjadi sukarelawan kerana jawatankuasa penduduk tidak
mendapat sebarang bayaran tetap
Ayat Contoh :
menganjurkan rumah terbuka sempena perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas
menganjurkan Hari Keluarga yang dimeriahkan dengan sukaneka
menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, taman permainan
dan kenduri-kendara
menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi meronda dan mengawasi kawasan kediaman
daripada masalah jenayah
Ayat Kesan :
masyarakat saling mengenali dan bekerjasama bagai aur dengan tebing
menggalakkan masyarakat bermuafakat, semangat kerja sepasukan dan bertanggungjawab
Isi 3
Ayat Topik : pihak sekolah menekankan kepentingan semangat kejiranan dalam
pembelajaran dan pengajaran
Ayat Huraian :
institusi pendidikan seperti sekolah ialah agen sosialisasi yang paling berkesan
selain berfungsi sebagai agen penyalur ilmu pengetahuan, sekolah juga ialah wadah
pembentukan sahsiah yang unggul
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi yang berguna
kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara
menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan sumbangan tunas hijau ini dalam
kehidupan bermasyarakat
Ayat Contoh :
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjelaskan kepentingan semangat
kejiranan
subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menekankan tanggungjawab kita kepada
jiran walaupun berlainan bangsa
program kebajikan yang melibatkan masyarakat perlu dijalankan oleh pihak sekolah di
kawasan kediaman seperti gotong-royong
unit beruniform boleh mengadakan program membersihkan kawasan perkuburan
Ayat Kesan :
pelajar akan didedahkan keperluan semangat kejiranan dalam kehidupan sehari-hari sejak
awal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
pelajar disuntik elemen positif seperti berbaik-baik dan berprasangka baik terhadap jiran
8

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Isi 4
Ayat Topik : ibu bapa membawa anak-anak menyertai aktiviti bersama-sama masyarakat
Ayat Huraian :
masyarakat kini, khususnya remaja lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah
mahupun di luar kawasan kejiranan seperti menonton televisyen dan membeli-belah di pusat
beli-belah
jarang-jarang ibu bapa membawa anak bergaul dengan jiran khuatir mengganggu majlis
gaya hidup zaman moden menuntut masyarakat lebih suka menyendiri dan memegang
fahaman individualistik
tanpa disedari, anak-anak semakin menjauh dan merasakan tidak penting dalam komuniti
aktiviti dengan jiran dapat membantu anak-anak merapatkan hubungan dan mengenali jiran
tak kenal maka tak cinta
Ayat Contoh :
menyertai aktiviti gotong-royong
membantu jiran ketika majlis kenduri-kendara
membawa anak-anak ketika meronda kawasan perumahan pada waktu malam
menyertai Hari Keluarga dan acara sukaneka
menghadiri undangan ketika perayaan dan rumah terbuka
Ayat Kesan :
anak-anak terdorong untuk bergaul dengan anak-anak jiran tetangga
memupuk hubungan baik dengan jiran
Kesimpulan :
terdapat seribu satu peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri
anak-anak
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing untuk mengeratkan hubungan kejiranan
semangat kejiranan yang utuh dapat membina negara bangsa yang teguh bersatu teguh,
bercerai roboh
gagasan 1 Malaysia hanya sia-sia andai semangat kejiranan tidak dipupuk kerana asas
perpaduan ialah masyarakat yang harmoni
Wawasan 2020 bukan sekadar mimpi kosong jika hubungan baik dengan jiran dipelihara
keruntuhan benteng perpaduan amat mudah berlaku andai batu-bata kejiranan tidak disusun
dengan baik dan kukuh
setiap anggota masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri tidak boleh berpeluk
tubuh ketika orang lain berhempas pulas mencari jalan untuk mengukuhkan semangat
kejiranan
tepuklah dada, tanyalah selera

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Usaha untuk menggalakkan sektor pelancongan


Pendahuluan :
pada zaman prakemerdekaan, sektor pertanian begitu diberikan perhatian kerana menjadi
penyumbang utama kepada pendapatan negara
peningkatan penduduk menjadikan sektor pertanian amat penting berbanding sektor
perkhidmatan dan perindustrian lantaran membekalkan sumber makanan
sekali bah melimpah, sekali pantai berubah zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamed
menyaksikan sektor perindustrian diberikan penekanan seiring dengan Wawasan 2020
sektor pelancongan turut dimajukan dengan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990 dengan temanya Mengagumkan Malaysia serta menggunakan maskot Orang
Utan yang dikenali sebagai Wira
semasa Abdullah Ahmad Badawi menerajuk tampuk kepimpinan negara, beliau semakin
mengembangkan potensi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia
keistimewaan yang dimiliki Malaysia menjadikan negara kita amat terkenal dalam kalangan
pelancong asing, khususnya dari Eropah, Asia Tengah dan Asia Barat
perlu ada kerjasama antara semua pihak untuk memastikan bilangan pelancong yang
disasarkan pada tahun 2014 sebanyak 36 juta orang pelancong dapat direalisasikan
persoalannya, apakah ?
Isi 1
Ayat Topik : media massa mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati
Ayat Huraian:
media massa menjadi wadah terpenting pada era globalisasi ini untuk menyebarkan
informasi kepada masyarakat
masyarakat kini lebih celik maklumat dan celik teknologi mudah memperoleh maklumat
kerana segala-galanya berada di hujung jari
penggunaan media massa secara optimum mampu menghasilkan impak yang luar biasa
kepada sesuatu program
keberkesanan media massa pada hari ini amat terbukti lebih-lebih lagi masyarakat boleh
mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Ayat Contoh :
televisyen perlulah menerbitkan program yang memaparkan keistimewaan Malaysia sama
ada dalam bentuk drama, filem atau dokumentari rancangan Teganu Kita di TV3 dan
Jalan-jalan Cari Makan
radio hendaklah menyiarkan iklan tentang destinasi menarik di negara kita lagu Cuti-cuti
Malaysia
surat khabar haruslah menerbitkan artikel-artikel yang menulis travelog, pengalaman atau
keunikan tempat-tempat di seluruh negara di dalam rubrik-rubrik yang sesuai Berita Harian
melalui kolum Rencana, Utusan Malaysia melalui ruangan Gaya Hidup atau Rencana
Ayat Kesan :
rakyat akan disuntik kesedaran tentang keindahan Malaysia yang perlu diterokai
pelancong luar negara akan terpikat dengan keunikan negara kita dan tertarik untuk
melawat negara yang permai ini
10

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Isi 2
Ayat Topik : kerajaan perlu memperuntukkan dana bagi meningkatkan sektor pelancongan
Ayat Huraian :
saban tahun kerajaan membentangkan pecahan peruntukan bagi setiap sektor untuk projek
pembangunan
dana tersebut boleh digunakan untuk memperindah dan memperbaik kawasan pelancongan
sudah terbukti bahawa dana tersebut berjaya membangunkan kawasan pelancongan
pulangan lumayan
prasarana yang disediakan lebih baik dan bertaraf lima bintang
Ayat Contoh :
membangunkan dan membaiki infrastruktur seperti jalan raya, lapangan terbang
pembinaan lapangan terbang di Kuala Terengganu dan Pulau Langkawi
memperindah kawasan persekitaran rumah-rumah di sepanjang Sungai Melaka dicat dan
dilukis dengan pelbagai lukisan yang menarik
mengadakan karnival dan ekspo pelancongan Halal Fest, Maha mempromosikan produk
pelancongan Malaysia seperti makanan, kraf tangan dan kesenian
menganjurkan pesta kebudayaan seperti tarian, kesenian dan muzik Citrawarna Malaysia
memajukan pelancongan terbaharu seperti pelancongan kesihatan, pelancongan akua dan
pelancongan pendidikan
Ayat Kesan :
menjamin keselesaan pelancong yang bertandang
mencerminkan kemampuan Malaysia menyediakan kemudahan yang unggul
Isi 3
Ayat Topik : agensi pelancongan perlulah membuat promosi yang istimewa
Ayat Huraian :
agensi pelancongan bertindak secara langsung untuk menarik kedatangan pelancong
domestik mahupun pelancong luar negara
promosi yang menarik dapat dijadikan umpan buat pelancong
keberkesanan promosi amat berkait rapat dengan perancangan agensi pelancongan dalam
menyusun strategi
tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata tetapi harus memberikan perkhidmatan
yang berkualiti setanding dengan harga yang dibayar oleh pelanggan
Ayat Contoh :
menawarkan harga tambang penerbangan yang murah dan berpatutan, tiada caj
tersembunyi Air Asia, Firefly
menawarkan khidmat jurupandu pelancong yang profesional fasih bertutur bahasa asing,
sekurang-kurangnya bahasa Inggeris menghantar jurupandu pelancong menghadiri kursus
komunikasi yang sesuai
menyediakan tempat penginapan yang selesa dan unik konsep inap desa yang
membolehkan pelancong merasai kehidupan di desa yang indah dan permai inap desa di
negeri utara seperti Pulau Langkawi dan Kedah membolehkan pelancong merasai nikmat
kehidupan di sawah padi merasai pengalaman menanam padi

11

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

memasukkan pakej melawat ke tempat-tempat yang menarik dalam promosi melancong ke


Pulau Langkawi mesti melawati Tasik Dayang Bunting, Rumah Mahsuri dan Pulau Payar
Ayat Kesan :
memancing perhatian dan minat pelancong untuk melawati tempat tersebut
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat
Kesimpulan :
terdapat seribu satu peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan sektor pelancongan
berkembang pesat
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
kerjasama semua pihak bagai aur dengan tebing untuk memajukan industri pelancongan
bidang pelancongan bukan sahaja menjanakan pendapatan kepada negara malah
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
masyarakat perlu mengikis stigma bahawa negara luar mempunyai pelbagai keistimewaan
Malaysia mempunyai segala-galanya tidak pernah kalah dengan negara lain
tak kenal maka tak cinta rakyat belum benar-benar menerokai kelebihan negara kita
sekiranya industri pelancongan di negara kita dimajukan, maka tidak mustahil kita mampu
menjadi destinasi utama pelancongan
tepuklah dada, tanyalah selera

12

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Karangan Gred A+: Ciri-ciri pengguna yang bijak


(Ayat Rangsangan) Sedar atau tidak, setiap daripada kita, tidak kiralah tua atau muda, kaya atau
miskin, lelaki atau perempuan, kita ialah pengguna. (Ayat Persoalan) Persoalannya, adakah kita
benar-benar mengetahui maksud pengguna? (Pentakrifan) Gabungan Persatuan-persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) mentakrifkan pengguna sebagai orang yang membeli barang dan
menggunakan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluannya. (Ayat Huraian) Sering
kali kita mendengar keluhan, rintihan, rungutan dan aduan daripada pengguna tentang barang
dan perkhidmatan yang digunakan tidak berkualiti. (Ayat Huraian) Ada pula yang ditipu oleh
penjual yang tidak bertanggungjawab dan menangguk di air keruh lantaran tidak mempunyai
ilmu kepenggunaan yang mencukupi. (Ayat Contoh / Fakta Kes) Contohnya, pada tahun 2009
dilaporkan sejumlah RM210 juta nilai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengguna hasil
aduan mereka kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (Ayat Huraian)
Menyedari hakikat ini, FOMCA giat menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat
melalui edaran risalah dan pelbagai program seperti Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna
yang dianjurkan pada setiap tahun bagi melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat Arah)
Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?
(Ayat Topik) Ciri perdana pengguna yang bijak ialah mereka merancang perbelanjaan
sebelum pergi berbelanja. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, setiap manusia
dikurniakan dengan keinginan yang berbagai-bagai seperti kata peribahasa Melayu, rambut sama
hitam, hati lain-lain. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, jika kita perhatikan di pasar raya, tidak
ramai masyarakat Malaysia yang mempraktikkan amalan ini, malah mereka lebih senang
mencapai apa-apa sahaja barangan yang diingini. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, perancangan
boleh dilakukan dengan membuat kira-kira pada setiap bulan daripada bahagian pendapatan
untuk digunakan sebagai perbelanjaan, simpanan hari muka dan kecemasan. (Ayat Contoh)
Secara tidak langsung, pengguna yang bijak telah membuat perancangan untuk menabung wang
setiap bulan. (Ayat Contoh) Sebelum pergi berbelanja pula, pengguna yang bijak akan menulis
senarai barangan yang dikehendaki sebagai panduan semasa membeli-belah. (Ayat Huraian)
Perlu diingat bahawa senarai itu perlulah disusun mengikut keutamaan dan keperluan bukanlah
kehendak yang perlu dipenuhi. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna akan dapat menjimatkan wang
daripada berbelanja pelbagai barangan yang tidak diperlukan. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja,
pengguna yang bijak akan dapat menjamin masa depan anak-anak jika membuat tabungan dari
sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. (Ayat Penegasan) Tuntasnya,
pengguna yang bijak akan merancang perbelanjaan sebagai rutin sebelum berbelanja.
(Ayat Topik) Selain merancang perbelanjaan, pengguna yang bijak juga akan membeli
barangan yang murah berbanding barangan yang mahal. (Ayat Huraian) Umum mengetahui
bahawa pengguna kini lebih mengejar jenama berbanding kualiti sebenar barangan. (Ayat
Huraian) Memang diakui bahawa produk berjenama itu lebih berkualiti, namun kita tidak boleh
menafikan bahawa ada juga produk murah yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
produk yang mahal. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna yang bijak sudah tentu membeli
13

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

barangan buatan Malaysia, selaras dengan seruan kerajaan melalui Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia seperti kereta nasional Proton atau Perodua. (Ayat Contoh) Ketika membeli
barangan dapur pula, pengguna yang bijak akan pergi ke pasar raya atau pasar borong untuk
membeli barangan atau berbelanja saban bulan berbanding membeli di kedai runcit kerana harga
yang ditawarkan jauh lebih murah. (Ayat Huraian) Walaupun pakar psikologi mendapati wanita
bersifat setia kepada sesuatu kedai, sifat ini perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan
kerugian. (Ayat Contoh) Seperkara lagi, pengguna yang bijak juga akan membeli barangan
ketika jualan murah atau ada promosi kerana pada masa itu, terdapat potongan harga sehingga 70
peratus berbanding harga sebenar. (Ayat Kesan) Implikasinya, pengguna bukan sahaja dapat
menjimatkan wang tetapi juga dapat barangan yang mempunyai kualiti yang sama dengan
produk luar negara. (Ayat Kesan) Dalam pada itu, kita dapat membantu negara dalam memacu
ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi kerana memilih produk tempatan. (Ayat Penegasan)
Sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang bijak akan membeli barangan yang murah.
(Ayat Topik) Di samping membeli barangan yang murah, pengguna yang bijak juga
sentiasa meneliti maklumat barangan sebelum membelinya. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan
oleh dewasa ini banyak penjual yang sering menipu maklumat barangan sama ada dari segi
ketiadaan tarikh luput, kandungan ramuan ataupun harga. (Ayat Huraian) Tidak menghairankan
apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan
proaktif dengan mengadakan tinjauan di pasar dan kedai runcit untuk memastikan peniaga
mempamerkan tanda harga, terutamanya bagi barangan kawalan kerana terdapat aduan pengguna
berkaitan isu ini. (Ayat Contoh) Sebagai tamsilan, pengguna yang bijak akan melihat tarikh luput
sesuatu produk juga keadaan produk terutamanya makanan dalam tin dan bungkusan perlu dalam
keadaan yang baik dan tidak kemek. (Ayat Contoh) Pengguna yang bijak juga akan memastikan
produk yang dijual bukanlah tiruan sebaliknya tulen seperti cakera padat, produk kecantikan dan
barangan elektrik. (Ayat Contoh) Paling penting, pengguna yang bijak harus memastikan harga
barangan ialah betul, terutamanya bagi barangan kawalan seperti gula, tepung gandum, cili dan
sebagainya. (Ayat Kesan) Impaknya, pengguna dapat menjamin kesihatan agar terhindar
daripada kes keracunan makanan sehingga boleh meragut nyawa. (Ayat Kesan) Paling penting,
pengguna juga dapat mengelakkan penindasan yang sering dilakukan oleh peniaga yang tidak
bertanggungjawab sekali gus memperjuangkan hak mereka sebagai pengguna. (Ayat Penegasan)
Pendek kata, pengguna yang bijak akan meneliti maklumat barangan sebelum membelinya.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kriteria yang
menentukan seseorang itu sebagai pengguna yang bijak atau tidak. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
melahirkan pengguna yang bijak agar tidak menjadi mangsa penjual yang mementingkan
keuntungan. (Ayat Cadangan 1) Oleh hal yang demikian, persatuan pengguna hendaklah
memainkan peranan dengan menyebarkan risalah kepenggunaan dari rumah ke rumah selain
mengadakan ceramah dan seminar kepada masyarakat. (Ayat Cadangan 2) Bukan itu sahaja,
pihak sekolah perlulah memperkasakan penubuhan Kelab Pengguna dengan menganjurkan
14

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

pelbagai pertandingan seperti menulis esei, kuiz kepenggunaan, melukis poster dan sebagainya.
(Ayat Cadangan 3) Perkara yang paling penting ialah media massa haruslah menghebahkan
kempen kesedaran berkaitan kepenggunaan di akhbar, televisyen, radio dan laman sesawang agar
dapat menyuntik kesedaran dalam diri masyarakat tentang hak-hak sebagai pengguna. (Ayat
Harapan) Saya cukup optimis sekiranya pengguna yang bijak dapat dilahirkan, maka suasana
ekonomi di negara kita akan lebih baik dan masalah penipuan tidak lagi menjadi aduan yang
merimaskan kita. (Ayat Ramalan) Cuba kita fikirkan sejenak, apakah yang akan berlaku
sekiranya masyarakat masih tidak peka dan memandang enteng hak-hak mereka sebagai
pengguna? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam
diri, segala yang direncanakan tidak akan membawa apa-apa makna.

Karangan Gred A+ : Faedah memajukan bidang pertanian


(Ayat Rangsangan 1) Seandainya kita menelusuri sejarah, bidang pertanian telah mula
berkembang sejak zaman Neolitik, iaitu ketika manusia prasejarah mula bercucuk tanam dan
mula mencipta alatan pertanian. (Ayat Rangsangan 2) Situasi ini terus menunjukkan evolusi
bidang pertanian sehinggalah wujudnya pelbagai ciptaan seperti pada zaman Tamadun China.
(Ayat Rangsangan 3) Lebih hebat daripada itu, kebijaksanaan manusia telah mencetuskan
Revolusi Pertanian di Eropah seiring dengan pertambahan penduduk pada masa itu yang juga
mengubah sistem ekonomi masyarakat Tanah Melayu daripada sara diri kepada komersial. (Ayat
Contoh) Contohnya, tanaman seperti kopi, lada hitam, sagu, kelapa dan gambir dikomersialkan
manakala tanaman baharu seperti getah dan kelapa sawit dimajukan di negara ini. (Ayat
Rangsangan 4) Kendatipun demikian, semasa pemerintahan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr
Mahathir Mohamed menyaksikan bidang pertanian tidaklah dimajukan seperti sektor
perindustrian namun tidak pula dipinggirkan secara total kerana matlamat beliau adalah untuk
mengejar status negara maju. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah faedah-faedah memajukan
bidang pertanian kepada masyarakat dan negara dewasa ini?

(Ayat Topik) Antara faedah perdana memajukan bidang pertanian di negara kita adalah
dapat menggalakkan pelancongan tani. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana kesuburan
tanaman dan udaranya yang nyaman dapat menarik kedatangan pelancong pada hujung minggu
mahupun cuti sekolah. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Cameron Highland yang terkenal dengan
tanaman sayur-sayuran dan teh telah menjadi destinasi tumpuan pelancong domestik mahupun
pelancong asing. (Ayat Contoh) Di Negeri Bawah Bayu, iaitu Sabah pula, Kundasang juga tidak
kurang hebatnya kerana mempunyai udaranya yang sejuk dan kawasan penanaman sayursayuran seperti kobis. (Ayat Kesan) Kesannya, kawasan ini mampu menjanakan pendapatan
negara seterusnya menstabilkan ekonomi Malaysia dalam jangka masa yang panjang. (Ayat
15

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Kesan) Bidang pertanian ini juga mampu memajukan pembangunan negara seterusnya
menggalakkan pelabur asing untuk menanam modal. (Ayat Kesan) Perkara yang paling penting
ialah kawasan pelancongan tani sudah tentu mampu menjadi identiti kepada sesebuah tempat.
(Ayat Tegas) Tuntasnya, bidang pertanian dapat menggalakkan pelancongan tani.

(Ayat Topik) Selain itu, bidang pertanian jika dimajukan juga dapat mengurangkan kadar
import kepada sesebuah negara. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa Malaysia masih
mengimport beras dari negara Thailand dan Vietnam sungguhpun sebenarnya negara kita mampu
untuk mengeluarkan beras kerana Malaysia memiliki tanah yang luas dan subur, tidak kurang
juga iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun. (Ayat Contoh) Misalnya, jika hasil padi di
negara kita mampu dituai sebanyak tiga kali setahun, sudah pasti kita tidak perlu lagi
mengimport beras dari negara tersebut. (Ayat Contoh) Statistik menunjukkan bahawa saban
tahun kita membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk mengimport hasil tani seperti beras, sayursayuran dan buah-buahan dari negara luar. (Ayat Kesan) Impaknya, negara dapat menjimatkan
wang negara daripada mengalir ke luar negara sekali gus dapat menstabilkan nilai mata wang
Ringgit di pasaran dunia. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja, Malaysia dapat mengelakkan
kebergantungan pada negara luar seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar
makanan halal. (Ayat Kesan) Dari sudut yang berbeza, bidang ini dapat menghasilkan produk
makanan yang beridentitikan nasional di samping membantu penduduk luar bandar
meningkatkan pendapatan mereka agar tidak hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. (Ayat Penegasan) Pendek kata, bidang pertanian dapat mengurangkan kadar import
negara.

(Ayat Topik) Di samping itu, sekiranya bidang pertanian di negara kita dimajukan, sudah
pasti kita dapat memajukan industri kecil dan sederhana yang kini bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, industri kecil dan sederhana di
negara kita seperti perusahaaan kerepek dan jeruk buah-buahan amat memerlukan hasil tani
untuk diproses menjadi produk. (Ayat Contoh) Umpamanya, jeruk Pak Ali seperti jeruk mangga,
jeruk asam boi, jeruk betik, jeruk kedondong dan jeruk buah pala yang menjadi kegilaan di Pulau
Pinang memerlukan buah-buahan tempatan dari ladang untuk dijadikan jeruk yang enak. (Ayat
Contoh) Sebagai misalan, masyarakat di Banting, Selangor pula amat memerlukan ubi kayu dan
pisang untuk dijadikan kerepek dan kek. (Ayat Kesan) Implikasinya, bidang ini dapat
menambahkan pendapaan masyarakat desa sekali gus meningkatkan taraf hidup masyakat luar
bandar. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, jurang ekonomi antara golongan kaya dengan
golongan miskin dapat dirapatkan dan tidak akan menjadi semakin lebar sehingga mencetuskan
rasa iri hati terhadap dua golongan ini. (Ayat Kesan) Dari sudut yang sama, bidang pertanian ini
sememangnya dapat mengelakkan masalah kemiskinan tegar yang sering dihadapi oleh
masyarakat luar bandar yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
seterusnya mengurangkan kadar jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan ragut. (Ayat
16

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang pertanian sememangnya dapat
memajukan industri kecil dan sederhana di Malaysia.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kemaslahatan memajukan


bidang pertanian di negara ini. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak
perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memajukan bidang pertanian di negara
kita agar terus ekonomi negara terus mantap. (Ayat Cadangan 1) Oleh hal yang demikian, pihak
kerajaan hendaklah menyediakan latihan dan kursus kepada para petani, khususnya kepada
petani yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. (Ayat Cadangan 2) Bukan itu sahaja, pihak
bank seperti Agro Bank haruslah menyediakan pinjaman kepada petani dengan memudahkan
urusan peminjaman modal, memanjangkan tempoh bayaran balik serta merendahkan kadar
faedah bagi memudahkan petani. (Ayat Cadangan 3) Perkara yang paling penting ialah petani
haruslah berani mencuba teknologi moden seperti menggunakan kaedah bioteknologi dan jentera
bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan. (Ayat Harapan) Saya cukup optimis sekiranya
bidang pertanian diberikan tumpuan yang sewajarnya, negara kita tidak lagi kerugian malah
mampu menjadi hab makanan utama di dunia. (Ayat Ramalan) Cuba kita fikirkan sejenak,
apakah yang akan berlaku sekiranya negara Thailand dan Vietnam menghentikan eksport beras
mereka ke negara ini secara tiba-tiba? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera
kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala yang direncanakan tidak akan membawa apa-apa
makna.

Karangan Gred A+: Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang bahagia
Pohon kelapa sebelah saga,
Tempat pekaka melepas penat;
Ibu bapa tonggak keluarga
Di bahu mereka terpikul amanat.
(Ayat Rangsangan 1) Pantun di atas menjelaskan fungsi ibu bapa dalam institusi
kekeluargaan, iaitu memikul tanggungjawab yang besar. (Ayat Rangsangan 2) Di pundak
mereka, terbeban seribu satu harapan, juga cabaran yang bakal digalas dan dilunaskan kepada
anak-anak. (Ayat Rangsangan 3) Tanpa institusi kekeluargaan yang bahagia, akan lahirlah
masyarakat yang pincang, sekali gus mewujudkan negara yang tidak stabil dari segi pelbagai
sudut. (Ungkapan Menarik) Orang bijak pandai selalu menamsilkan bahawa ibu bapa ibarat
nakhoda dalam sebuah bahtera yang besar. (Ayat Rangsangan 4) Mereka perlu mempunyai ilmu
dan kemahiran untuk mengendalikan kapal kerana perjalanan menuju ke tanah bahagia akan
sentiasa dibadai ombak dugaan. (Ayat Rangsangan 5) Dalam pada itu, anak-anak kapal juga
perlu dilatih agar terbiasa dengan kehidupan fatamorgana yang sarat dengan permainan duniawi.
17

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

(Ayat Rangsangan 6) Oleh itu, amanat yang dipikul oleh ibu bapa amat berat kerana salah
pencaturannya, maka karamlah bahtera di tengah lautan kehidupan. (Ayat Rangsangan 7) Anakanak bukan sahaja cahaya mata yang menyejukkan hati tetapi mereka ialah amanah yang
dikurniakan kepada pasangan yang bertuah dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. (Ayat
Rangsangan 8) Dewasa ini menyaksikan terdapat ibu bapa yang gagal menunaikan
tanggungjawab mereka kepada anak-anak sehinggalah mencetuskan masalah sosial yang
semakin membarah. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk
keluarga yang bahagia?
(Ayat Topik) Antara peranan perdana yang perlu dimainkan oleh ibu bapa terhadap anakanak untuk membentuk keluarga yang bahagia ialah ibu bapa perlu memberikan didikan kepada
anak-anak yang mencukupi sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(Ungkapan Menarik) Hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya. (Ayat Huraian) Jika putih menjadi pilihan,
maka eloklah peribadi yang akan dibentuk, tetapi jika hitam diwarnakan dalam diri anak-anak,
tidak mustahil mendunglah langit kehidupan mereka. (Ayat Contoh) Untuk mencapai hasrat ini,
maka ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni yang perlu wujud dalam
sesebuah keluarga, misalnya saling menghormati, bertolak ansur, bantu-membantu dan
bertimbang rasa. (Ayat Contoh) Perlu diingat bahawa pendidikan agama dan moral jangan
sesekali diabaikan kerana inilah makanan rohani dan jiwa manusia. (Ayat Huraian) Tanpa
agama, pasti jalan kehidupan manusia akan tersasar daripada fitrah kerana tiada pedoman yang
dijadikan pegangan. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, sekiranya terdapat ceramah keluarga
sakinah, maka seharusnya ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk turut sama terlibat. (Ayat
Kesan) Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka
dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka.
(Ayat Kesan) Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan
menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam
pelajaran dengan cemerlang. (Ayat Penegasan) Tuntasnya, ibu bapa perlulah memberikan
didikan kepada anak-anak.
(Ayat Topik) Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah memberikan kasih sayang dan
perhatian kepada anak-anak untuk membentuk keluarga yang bahagia. (Ayat Huraian) Sudah
menjadi fitrah manusia ialah setiap individu ingin disayangi oleh orang lain dan ingin
menyayangi orang lain. (Ayat Huraian) Oleh yang demikian, naluri kasih sayang menyebabkan
insan lebih menghargai kehidupan, diri dan orang sekelilingnya. (Ayat Huraian) Namun begitu,
disebabkan tuntutan kerja yang membebankan, ibu bapa sering kali mengabaikan anak-anak di
rumah dan menyerahkan tanggungjawab itu bulat-bulat kepada pengasuh. (Ayat Huraian) Maka,
mereka akan mencari orang yang boleh memahami mereka, seperti rakan sebaya untuk
meluahkan masalah. (Fakta Kes) Kajian menunjukkan remaja yang bermasalah berpunca
daripada kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa. (Ayat Huraian) Seyogianya, anak-anak
perlu diberikan perhatian dan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. (Ayat Contoh)
18

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Sebagai contoh, ibu bapa perlu menyambut hari istimewa seperti hari kelahiran anak-anak
sebagai tanda penghargaan terhadap kewujudan mereka dalam institusi kekeluargaan. (Ayat
Contoh) Satu perkara yang tidak boleh dipinggirkan ialah ibu bapa perlu mendengar masalah
anak-anak dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada mereka kerana ini ibarat bom jangka
yang akan meletup pada bila-bila masa. (Ayat Contoh) Sementelahan itu, pencaturan masa
hendaklah dilakukan dengan membawa anak-anak melancong dan beriadah bagi mengeratkan
hubungan kekeluargaan. (Ayat Kesan) Kesannya, mereka tidak akan melakukan perkara yang
boleh menconteng arang ke muka ibu bapa kerana penghargaan ibu bapa menyebabkan mereka
berfikir tidak wajar bunga dibalas tahi. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, hubungan anak-anak
dengan ibu bapa lebih akrab seterusnya akan lahirlah keluarga yang bahagia tanpa adanya
perselisihan. (Ayat Penegasan) Pendek kata, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang dan
perhatian kepada anak-anak.
(Ayat Topik) Di samping memberikan kasih sayang dan perhatian, ibu bapa juga
sewajarnya menyediakan nafkah yang secukupnya buat keluarga. (Ayat Huraian) Hal ini
dikatakan sedemikian kerana nafkah yang mencukupi amat penting dalam membesarkan anakanak dalam suasana yang harmoni dan ceria. (Ayat Huraian) Oleh itu, keharmonian dan
keceriaan di rumah menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. (Fakta Kes)
Banyak kajian yang membuktikan bahawa kemiskinan dan kedaifan hidup menyebabkan anakanak tidak menghargai diri mereka dan ahli keluarga. (Ayat Huraian) Tidak menghairankan
apabila terdapat anak-anak yang masih bersekolah memilih untuk bekerja sambilan kerana ibu
bapa tidak berjaya memenuhi tuntutan mereka seperti membayar yuran pelajaran, membeli baju
baharu dan seribu satu keinginan nafsu. (Ayat Huraian) Perlu diketahui bahawa anak-anak
sering membandingkan kehidupan mereka dengan rakan-rakan. (Ayat Huraian) Mereka sering
membayangkan tinggal di rumah yang besar, mempunyai kenderaan yang mewah dan juga
kehidupan yang selesa sera-serbi. (Ayat Contoh) Umpamanya, bapa selaku ketua keluarga perlu
bekerja mencari rezeki buat mengisi perut anak-anak dan isteri. (Ayat Huraian) Namun,
disebabkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang
tinggal di bandar, si isteri juga terpaksa bekerja untuk membantu suami mencari sesuap nasi.
(Ayat Kesan) Sumber kewangan yang mencukupi juga dapat menyediakan rumah yang kondusif
untuk anak-anak belajar, membeli pelbagai alat tulis serta buku rujukan bagi pembelajaran serta
memberikan wang saku kepada anak-anak untuk perbelanjaan harian. (Ayat Penegasan) Sudah
terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu menyediakan nafkah yang secukupnya buat keluarga
untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
(Ayat Topik) Selain itu, ibu bapa juga perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai
suri teladan kepada anak-anak. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan
entiti mithali yang dapat dijadikan idola kepada anak-anak. (Ayat Huraian) Tambahan pula,
mereka ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak dan lebih memahami sikap serta
keperluan anak-anak. (Ayat Peribahasa) Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya kerana sikap ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak. (Ayat
19

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Huraian) Menyedari hakikat ini, ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak yang setahun jagung untuk diikuti kerana anak-anak akan meniru segala bentuk
perlakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. (Ayat Kesan) Lebih malang lagi, dikhuatiri anak-anak
akan mewarisi sikap ibu bapa sehinggalah mereka dewasa dan berumah tangga kelak. (Ayat
Contoh) Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah mencerminkan sikap yang berhemah ketika
menyelesaikan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi masalah rumah tangga dan hubungan
suami isteri. (Ayat Contoh) Dalam pada itu, ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif
seperti merokok, minum alkohol dan berjudi kerana tindakan ini sudah tentu menjadikan bapa
borek anak rintik. (Ayat Contoh) Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik dan
bongkak perlu dikikis agar dapat mencanai generasi muda yang berakhlak mulia dan berbudaya
murni. (Ayat Contoh) Gambaran lainnya, jika ibu bapa menjadikan budaya membaca sebagai
amalan, maka anak-anak juga akan terdidik dengan budaya sedemikian. (Ungkapan Menarik)
Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. (Ayat
Penegasan) Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh
ibu bapa. Pendek kata, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak.
(Ayat Kesimpulan) Secara keseluruhannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa
sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk keluarga yang bahagia.
(Ayat Cadangan Umum) Kendatipun begitu, kehidupan berkeluarga tidak hanya
memperlihatkan ibu bapa yang memainkan peranan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. (Ayat Cadangan 1) Menyedari hakikat ini, anak-anak juga perlu sama-sama
mengetahui dan memainkan peranan mereka sebagai anak dalam memastikan harapan
mewujudkan keluarga bahagia benar-benar menjadi kenyataan. (Ayat Cadangan 2) Sebagai
generasi yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara, anak-anak hendaklah melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran bernilai tambah
seperti teknologi maklumat dan komunikasi. (Ayat Cadangan 3) Dalam pada itu, Jabatan Agama
Islam setiap negeri perlu mengukuhkan ilmu keibubapaan dalam sesi kursus praperkahwinan
kepada pasangan yang akan berkahwin agar pembentukan keluarga sakinah menjadi realiti. (Ayat
Cadangan 4) Hal yang lebih penting lagi ialah anak-anak perlu mengukuhkan jati diri dalam
mengharungi badai globalisasi yang kian mencabar. (Ayat Harapan) Kita tidak mahu generasi
pelapis yang lahir nanti kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan jati diri. (Ungkapan Menarik)
Ingatlah, jatuh bangun dan maju mundur sesebuah negara bergantung pada remaja pada masa ini
persis kata-kata Nelson Mandela iaitu jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara pada masa
akan datang maka lihatlah kepada generasi muda yang mereka miliki.

20

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

Karangan Gred A+ : Kepentingan memelihara perpaduan kaum


(Ayat Rangsangan 1) Seandainya kita menelusuri sejarah pembentukan bangsa Malaysia,
kepelbagaian kaum di negara ini disebabkan penjajahan British semasa memerintah Tanah
Melayu. (Ayat Rangsangan 2) Untuk memajukan ekonomi pada zaman itu, penjajah telah
mengambil buruh asing dari negara China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan
ladang getah. (Ayat Rangsangan 3) Pembangunan ekonomi yang pesat ketika itu di tanah
bertuah ini dijadikan sebagai lubuk rezeki. (Ayat Rangsangan 4) Akhirnya persepakatan dicapai
melalui misi penubuhan Parti Perikatan bagi mendapatkan kemerdekaan daripada British
walaupun pada mulanya mereka saling tidak mengenali disebabkan oleh pemisahan petempatan.
(Ayat Contoh) Namun, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan rusuhan kaum di Kampung Medan
menjadi pengajaran buat masyarakat bahawa ikatan perpaduan kaum di negara ini masih belum
benar-benar kukuh. (Ayat Persoalan) Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia?
(Ayat Topik) Antara kepentingan perdana memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia adalah dapat mewujudkan suasana yang aman dan damai. (Ayat
Huraian) Hal ini demikian kerana, dengan adanya ikatan yang kukuh dalam hubungan, sudah
tentu tiada perbalahan antara masyarakat. (Ayat Peribahasa) Memang benar peribahasa ada
mengungkapkan bahawa berkata pelihara lidah kerana percakapan boleh mencetuskan
permusuhan. (Ayat Kesan) Dalam nada yang sama, akan wujudlah negara yang harmoni. (Ayat
Contoh) Sebagai contoh, pada tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-13 negara yang
selamat dan aman menerusi Indeks Keamanan Global. (Ayat Kesan) Sudah tentu dengan
pengiktifaran ini, masyarakat luar akan memandang tinggi Malaysia kerana mampu
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang berbeza dari segi agama, kepercayaan, bahasa
dan budaya. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan imej negara dengan
segala cerminan sikap perpaduan dalam masyarakat, ibarat bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. (Ayat Penegasan) Pendek kata, perpaduan kaum dapat mewujudkan
suasana yang aman di Malaysia.
(Ayat Topik) Selain itu, dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
yang berbilang bangsa, kita dapat meningkatkan ekonomi negara ke satu tahap yang lebih tinggi.
(Ayat Huraian) Untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, kekukuhan ekonomi
menjadi agenda penting selain pembangunan sosial secara menyeluruh. (Ayat Contoh) Misalnya,
FDI telah menyenaraikan Malaysia di tempat yang ke-10 sebagai destinasi pelaburan asing
terbaik dunia. (Ayat Kesan) Keadaan ini sudah tentu meningkatkan kadar pelaburan asing kerana
pelabur berminat untuk menanam modal. (Ayat Kesan) Selari dengan itu, bilangan pelancong
juga akan bertambah sekali gus memacu sektor pelancongan. (Ayat Kesan) Oleh itu,
pembangunan negara dan infrastruktur dapat ditingkatkan agar setanding dengan negara maju di
dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura. (Ayat Peribahasa) Situasi ini amat persis
dengan peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi yang membawa maksud kedudukan
21

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

yang setaraf. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, integrasi nasional yang utuh dapat
menjanakan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
(Ayat Topik) Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat mengukuhkan semangat
patriotik dalam sanubari setiap strata masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh rakyat
menjadikan sejarah lampau sebagai pedoman yang amat berguna dalam meniti kehidupan yang
penuh pancaroba. (Ayat Huraian) Kepayahan, penderitaan dan pahit getir nenek moyang dalam
menuntut kemerdekaan sehingga mengikis keegoan juga telah menyebabkan mereka lebih
menghargai nikmat yang dikecapi pada hari ini. (Ayat Contoh) Umpamanya, sukan seperti
badminton telah menyebabkan masyarakat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada
Datuk Lee Chong Wei tanpa mengira bangsa. (Ayat Kesan) Ekoran daripada itu, rakyat sudah
tentu lebih bersemangat untuk mempertahankan kemerdekaan dan perpaduan daripada diganggu
gugat oleh anasir-anasir negatif yang boleh meruntuhkannya. (Ayat Kesan) Lebih
membanggakan lagi ialah mereka sanggup berkorban nyawa demi negara yang tercinta daripada
berputih tulang apabila anugerah keharmonian ini diragut oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. (Ayat Kesan) Lebih penting lagi, negara akan bebas daripada cengkaman
penjajah yang sebenarnya menangguk di air keruh. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya,
perpaduan kaum yang disuburkan dapat mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam jiwa
masyarakat.
(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu komited dan bersikap proaktif dalam menjalinkan
kerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengekalkan semangat muhibah sedia ada. (Ayat
Cadangan 1) Oleh itu, media massa seharusnya menjadi wadah perpaduan nasional dengan
menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan perpaduan melalui televisyen, radio dan
akhbar. (Ayat Cadangan 2) Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah menggalakkan murid
berbilang bangsa bergaul mesra sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah seperti
aktiviti kokurikulum. (Ayat Cadangan 3) Langkah yang paling mustahak ialah ibu bapa perlulah
mendidik anak-anak tentang nilai-nilai perpaduan seperti saling menghormati dan saling bertolak
ansur sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ayat Ramalan) Cuba kita
fikirkan sejenak, adakah kita mampu membangunkan negara jika ikatan masyarakat masih
longgar dan sering bertikam lidah? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuklah dada, tanyalah selera
kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala yang direncanakan tidak ada maknanya.

22

KARANGAN TUNDINGAN SPM 2014

Disediakan oleh: ROSLAN DAUD

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN


Pendahuluan: jiran ialah orang yang tinggal berhadapan dengan rumah kita hubungan
kejiranan pada zaman dahulu rapat pekerjaan dilakukan bersama-sama ke bukit sama
didaki, ke lurah masa dituruni semangat kejiranan kini semakin lemah masyarakat
mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
kajian Jabatan Perpaduan Masyarakat mendapati bahawa sikap individualistik menjadi faktor
utama kelunturan semangat kejiranan kepentingan semangat kejiranan
Isi 1 mudah mendapatkan bantuan
AH: jiran ialah orang paling dekat dengan kita sanggup menghulurkan bantuan jika
diperlukan ringan tulang
AC: membantu jiran dalam kesusahan seperti kemalangan menjaga rumah apabila terpaksa
pulang ke kampung secara mengejut - menghantar ahli keluarga yang sakit ke hospital
AK: dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan masa dapat menjimatkan kos dan
tenaga melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin dengan persekitaran cubit peha
kiri, peha kanan terasa juga melaksanakan sesuatu tanpa ada masalah
Isi 2 mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat
AH: penganjuran aktiviti gotong-royong masyarakat bekerjasama
AC: membersihkan kawasan perumahan dan taman permainan mengadakan rondaan pada
setiap malam melalui rukun tetangga
AK: menyuburkan semangat kerjasama bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat mengelakkan berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan ragut
mengurangkan risiko kematian diiktiraf sebagai negara paling selamat didiami di dunia
nama Malaysia harum di segenap pelosok dunia
Isi 3 mengukuhkan semangat perpaduan
AH: masyarakat bekerjasama menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan
berburuk sangka sesama jiran menyuburkan nilai hormat-menghormati
AC: menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh kaum lain budaya kunjung-mengunjungi
berpeluang mempelajari budaya dan adat resam kaum lain tak kenal maka tak cinta
AK: mengelakkan perselisihan dan pertelingkahan seperti rusuhan kaum mewujudkan suasana
yang harmoni dan aman damai menjayakan gagasan 1Malaysia memberikan gambaran
yang positif kepada masyarakat sekeliling dan pelancong meningkatkan ekonomi masyarakat
serta negara
Kesimpulan: 1001 kepentingan semangat kejiranan semua pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing media massa menghebahkan kempen kesedaran pihak sekolah
menekankan kepentingan hidup berjiran melalui pengajaran dan pembelajaran ibu bapa
membawa anak-anak bergaul dengan jiran tetangga sejak kecil melentur buluh biarlah dari
rebungnya tepuk dada tanyalah selera

23

Anda mungkin juga menyukai