Anda di halaman 1dari 67

MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG

PRAKATA

Ebook Mudahnya Beli Rumah Lelong ini telah dihasilkan oleh

https://lelonslist.my Tujuan penghasilan ebook ini adalah untuk memberi

pendedahan dan panduan kepada masyarakat umum amnya, dan khusus

kepada pelabur atau anda yang berhasrat untuk membeli rumah secara

lelongan. Sebarang edaran, jualan, ulang cetak dalam apa jua bentuk dan

cara sekalipun untuk mendapatkan hak dan keuntungan individu dari

terbitan ini adalah dilarang sama sekali.

Anda tidak dibenarkan untuk mengedar atau menyebarkan panduan ini

kepada rakan – rakan atau sesiapa sahaja bagi tujuan untuk menyokong hasil

usaha penulis dalam penghasilan ebook ini.

Terima kasih.

Shafie Bustan,

https://lelonglist.my

FB : shafie bustan
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
3

ISI KANDUNGAN

Pengenalan : Apa Itu Rumah Lelong……………………………………….….. 4

Kenapa Sesebuah Rumah Itu Dilelong……………………………………..…10

Peluang & Kelebihan Beli Rumah Lelong…………………………………….13

Risiko Yang Perlu Diketahui Sebelum Membeli Rumah Lelong……..24

Mudahnya Beli Rumah Lelong………………………………………..………….33

Bonus Case Study……………………………………………………………….……..43

Penutup……………………………………………………….…………………………..62
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
4

PENGENALAN

Apa Itu Rumah Lelong?

Di dalam pelaburan hartanah, terdapat pelbagai cabang atau cara pembelian

yang boleh anda lakukan bagi tujuan pelaburan. Ini termasuklah melalui

pembelian rumah secara undercon (rumah dalam pembinaan), pembelian

secara subsale (rumah daripada owner) ataupun pembelian secara lelongan.

Dalam mencari peluang pelaburan yang “terbaik” bagi diri anda, anda perlu

jelas di mana pembelian rumah secara lelongan hanyalah merupakan salah


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
5

satu cara (tools) bagi anda merealisasikan matlamat kewangan anda.

Andai kata terdapat peluang - peluang (deals) rumah subsale yang jauh lebih

rendah harganya daripada harga lelongan, saya menggalakkan

anda untuk membelinya.

Bagi saya sendiri, personally sudah tentu saya memilih pelaburan melalui

hartanah lelong. Saya sudah merasai keuntungan pembelian sama ada

melalui sewaan dan penjualan semula. Malahan hingga ke hari ini, masih

terdapat deals yang menarik untuk dibeli. Apa yang anda perlu ada hanya

sedikit kesabaran dan wang yang secukupnya untuk pembelian. Semestinya,

hartanah lelong menjadi salah satu cara yang lumayan untuk menjana

keuntungan melalui pelaburan hartanah.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang lembab, serangan virus

covid19 pula menambahkan lambakan senarai lelongan sekarang ini. Ramai

yang hilang pekerjaan dan tidak mampu untuk membayar pinjaman

perumahan mereka di bank.

Apa itu Rumah Lelong?


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
6

Rumah lelong ialah rumah yang dijual oleh pihak bank ataupun pihak

individu secara lelongan. Ini termasuklah rumah jenis flat, apartment,

kondominium, rumah teres mahupun bungalow dan penthouse. Lelongan ini

dilaksanakan oleh pihak pelelong berlesen yang dilantik oleh bank atau pihak

individu.

Setiap negeri di seluruh Malaysia ini ada dijalankan aktiviti lelongan awam.

Anda perlu peka tentang masa dan Tarikh bila lelongan tersebut

berlangsung.

Terdapat dua jenis lelongan, iaitu:-

i) Lelongan di tempat Pelelong – (LACA case)


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
7

ii) Lelongan mahkamah/pejabat tanah. – (TITLE case)

Lelongan awam merupakan lelongan yang dijalankan oleh pihak pelelong di

kawasan awam seperti di dewan lelongan atau hotel. Lelongan Mahkamah

pula merupakan lelongan yang dijalankan pihak pelelong di Mahkamah atau

Pejabat Tanah.

Ada yang bertanya pada saya, “jadi, apa perbezaan antara lelongan awam dan

lelongan mahkamah ni?”


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
8

Perbezaan ketara antara lelongan awam (LACA case) dan lelongan

mahkamah secara teknikalnya lelongan mahkamah/pejabat tanah adalah

untuk hartanah yang sudah memiliki geran individu atau strata title bagi

apartment yang bertingkat. Selebihnya hartanah akan dilelong di pejabat

pelelong biasa (master title).

Dari segi tempoh masa yang diberikan untuk selesaikan baki bayaran

pembelian juga berbeza. Untuk lelongan LACA biasa nye diberikan masa

selama 90 hari. Manakala lelongan TITLE case pula diberikan tempoh masa

selama 120 hari untuk selesaikan baki pembelian rumah tersebut.

Bagi lelongan TITLE case, tiada tempoh masa lanjutan yang akan diberikan

kepada pembeli yang menang lelongan tersebut. Sekiranya 120 hari tersebut

sudah terlepas, deposit 10% yang diberikan kepada pihak bank tersebut akan

hangus.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
9

Ini adalah contoh dokumen untuk lelongan LACA case.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
10

Perlu diingat untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko

pelaburan anda, harga dan lokasi memainkan peranan yang sangat

PENTING sebelum pembelian dilakukan. Untuk itu, ILMU dan

PENGALAMAN memainkan peranan yang mustahak bagi anda sebelum

melangkah ke dalam pelaburan hartanah lelong ini.

Buat pengetahuan anda, harga hartanah lelong biasanya lebih rendah

daripada harga pasaran dan berpotensi menjadi pembelian yang berbaloi.

Walau bagaimanapun, tiada satu pun pelaburan yang bebas daripada risiko.

Jadi anda harus sedar akan perangkap yang mungkin wujud sekiranya anda

ingin membeli hartanah lelong.

Sila baca dengan teliti dan fahamkan langkah langkah pembelian rumah

lelong seperti yang kongsikan dalam ebook Sifu Rumah Lelong – Final

Chapter. Ebook tersebut menerangkan dengan lebih detail tentang langkah

yang perlu anda ambil sebelum masuk bidding dan juga selepas menang

lelongan awam.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
11

Kenapa Sesebuah Rumah Itu Dilelong

Persoalan ini sebenarnya, ramai yang bertanyakan pada saya. Sebelum kita

melangkah lebih jauh pada PELUANG dan RISIKO pembelian rumah secara

lelongan ini, suka untuk saya terangkan pada anda kenapa sesebuah rumah

itu dilelong.

Rumah akan dilelong apabila tuan rumah / peminjam GAGAL membayar

tunggakan ansuran (installment) dalam tempoh yang dijanjikan kepada

pihak bank.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
12

Kebiasaanya rumah akan dilelong apabila tunggakan ansuran menjangkau

lebih dari 6 ke 7 bulan. Setelah itu, notis untuk peringatan pembayaran akan

dihantar beberapa kali oleh pihak bank bagi menyelesaikan tunggakan. Jika

pihak peminjam masih lagi culas untuk membuat pembayaran, barulah

hartanah akan dilelong. Pihak bank akan melantik pelelong sebagai wakil

jualan dalam melelongkan sesuatu hartanah.

Hartanah yang dilelongkan biasanya dijual dengan permulaan harga rizab

20%-50% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Penetapan harga rizab ini

TIDAK semestinya mengambil kira baki pinjaman pemilik lama. Anda juga

sebagai pembeli TIDAK menanggung hutang pemilik lama. Perlu diingat di

sini bahawa hutang pemilik lama dengan bank sama sekali tiada kena

mengena dengan anda sebagai pembeli.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
13

Pembida yang berminat perlu membuat bidaan harga bersama penawar lain

(jika ada) sewaktu dalam dewan lelongan yang akan dikendalikan oleh

pelelong berlesen. Namun begitu sekiranya sesebuah rumah itu tiada

pembida pada hari lelongan, harga rumah lelong itu akan di turunkan 10%

untuk lelongan seterusnya berdasarkan pada harga lelong yang lepas.

Proces penurunan harga rezab ini akan berlaku setiap kali tiada pembida

yang berminat untuk membeli hartanah lelong tersebut waktu lelongan

dijalan.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
14

Peluang & Kelebihan Beli Rumah Lelong

1. Harga Yang Lebih Rendah Daripada Harga Pasaran

Tahukah anda, dianggarkan lebih kurang 100 ke 150 buah hartanah di

isytiharkan untuk dilelong setiap hari. Hampir setiap hari juga akan ada

rumah dan hartanah yang akan dilelong.

Kenapa untung anda membeli rumah lelong? Ini adalah kerana harga

jualan lelong kebiasaanya adalah lebih murah berbanding harga pasaran

semasa. “Money is Made When You Buy Not Sell”.

Bagi memudahkan anda untuk membuat perbandingan, berikut

disertakan contoh rumah lelong yang telah beberapa kali dilelong..

(i) Lelongan kali pertama;


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
15

(ii) Lelongan kali kedua;

(iii) Lelongan kali ketiga;

(iv) Lelongan kali keempat;


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
16

Dapat dilihat seperti gambar di atas, rumah ini telah dilelong sebanyak 4

kali. Bagi setiap kali penurunan, 10% telah diturunkan kerana ketiadaan

pembida yang berminat. Penurunan 10% ini adalah berdasarkan pada harga

rizab semasa setiap lelongan. Sudah tentu, harga yang semakin menurun ini

akan menarik pembeli yang berhasrat menunggu sehinggalah harga rumah

turun lebih murah.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
17

Dari pengalaman saya dalam lelongan, harga rumah lelongan yang

terlampau murah akan menarik ramai pembida yang berminat. Elakkan

daripada harga rumah lelong jatuh sehingga betul – betul murah baru anda

membeli. Ini kerana apabila ramai pembida lain turut membida disebabkan

harga yang murah, kebiasaanya harga lelongan akan dibida naik dengan

tinggi. Bahkan, adakalanya harga yang dibida jauh lebih tinggi daripada

harga rizab yang dibuka semasa lelongan kali pertama.

2. Pulangan atas Sewaan

Rumah lelong yang telah dibeli disewakan kembali kepada penyewa.

Kiraan yang mudah bagi anda dalam penetapan kadar sewa adalah

dengan menyewakan rumah lebih pada harga ansuran (installment)

bank. Kebiasaanya, kadar sewa yang ingin ditetapkan bergantung pada

harga pasaran sewa bagi sesebuah tempat. Di tempat – tempat yang padat

seperti di Bangsar, kadar sewa sebuah flat boleh mencecah sehingga

Rm1000 sebulan bagi basic unit!


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
18

Cara yang paling senang untuk melihat kadar pasaran sewa sesebuah

tempat? Anda boleh melayari mudah.my atau ibilik.my untuk membuat

kajian permintaan dan kadar sewa sesebuah tempat.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
19

3. Pulangan atas kenaikan harga rumah pada masa hadapan

Jika dilihat perbandingan di antara harga rumah masa kini dan 5 tahun

lepas, pasti anda perasan terdapat perbezaan kenaikan yang ketara. Jika

dahulunya Flat di Kuala Lumpur terdapat banyak pilihan di bawah

RM100k, sekarang tidak lagi.

Contohnya 5 tahun lepas harga pasaran bagi Flat Penara di Tasik

Permaisuri Cheras dekitar RM120k, kini harga pada tahun 2017 harga

pasaran 1 unit mencecah Rm200k!


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
20

Anda boleh menyemak harga jualan semasa kawasan yang anda mahu di

brickz.my atau propertyconnection.my. Untuk maklumat yang lebih

tepat, anda boleh berhubung terus dengan pihak bank.

4. Pilihan lokasi yang lebih banyak

Anda boleh memilih rumah di pelbagai lokasi yang pastinya dapat dilihat

pembangunannya. Jika anda ingin mencari rumah untuk pelaburan,

maka anda perlu memilih lokasi yang berhampiran dengan pengangkutan

awan. Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang

terletak dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai

kadar sewa yang lebih mahal.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
21

Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang sebegini.

Mudah untuk dijual atau sewa bila harga pasaran meningkat kelak.

Di dalam Malaysia sendiri, terdapat 14 buah negeri termasuk Wilayah

Persekutuan. Anda boleh melayari https://lelonglist.my untuk melihat

senarai lengkap rumah lelong bagi Seluruh Malaysia. Sehingga kini,

terdapat lebih dari 4 ribu unit senarai rumah lelong terkini telah

dimasukkan.

Anda bebas untuk membuat research unit lelongan bagi kawasan yang

ada target. Masukkan daerah atau lokasi yang anda target pada search

box bagi memastikan terdapat unit lelongan terbaru. Jika persediaan dari
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
22

segi kewangan modal dan kelayakan pinjaman telah tersedia, anda

boleh terus mula untuk memburu unit lelongan!

5. Pelbagai Pilihan Harga Di Pelbagai Lokasi

Sejak dari tahun 2016, senarai rumah untuk dilelong telah meningkat

dengan ketara. Anda kini boleh memilih rumah lelong di pelbagai

kawasan. Untuk permulaan, carilah hartanah yang berhampiran dengan

lokasi tempat tinggal anda supaya lebih mudah untuk diuruskan.

Selain dari lokasi yang pelbagai, anda juga memilih hartanah mengikut

kemampuan anda. Tak salah jika mulakan dari hartanah yang murah,

siapa tahu sikit sikit lama lama jadi bukit. Rumah lelong biasanya

mempunyai kemudahan seperti kedai yang telah tersedia dan beroperasi.

Tambahan pula, anda dapat mengelakkan risiko rumah tidak disiapkan

oleh pemaju
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
23

Sebagai contoh, katakan anda ingin membeli rumah secara lelongan

di Selangor (buka https://lelonglist.my). Disebabkan anda tiada idea

untuk mencari kawasan yang specifik, maka anda ingin melihat

– lihat terlebih dulu berapakah harga buka yang ada terkini.

Anda boleh sort senarai rumah lelong bermula dari yang terendah dengan

klik pada button Lowest Price.

Dari carian yang dihasilkan, terdapat lebih 225 buah rumah lelong terkini

bagi Negeri Selangor. Pilih harga rezab yang mengikut bajet anda dan

lebih bagus atau dekat dengan tempat tinggal anda supaya senang anda

manage rumah tersebut.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
24

6. Boleh Beli Rumah Kos Rendah Tanpa Had

Untuk pembelian rumah kos rendah, anda perlu memenuhi syarat-syarat

kerajaan negeri seperti

i. Bermastautin atau bekerja di negeri Selangor.

ii. Satu keluarga satu permohonan saja.

iii. Pemohon atau Suami/Isteri pemohon belum memiliki rumah

samada melalui projek kerajaan atau swasta.

Walaubagaimanapun, untuk rumah lelong tiada sekatan untuk pembelian

rumah kos rendah. Anda bebas membeli seberapa banyak rumah kos

rendah tanpa had. Namun yang demikian, sekiranya anda ingin menjual

kembali rumah kos rendah tersebut syarat-syarat ini akan kembali


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
25

terpakai.

Risiko Yang Perlu Diketahui Sebelum Membeli Rumah Lelong

1. Kalah Lelongan/ Unit Called Off

Apa itu istilah called off dalam lelongan? Ia bermaksud unit yang akan

dilelong, telah dibatalkan lelongannya. Kenapa dibatalkan? Ok, mari kita

kembali ke asas kenapa sesebuah rumah itu dilelong. Ini adalah kerana

pemilik rumah mempunyai tunggakan hutang dengan bank. Oleh kerana

pemilik tersebut tidak dapat membayar tunggakan tersebut, bank telah

melelong hartanahnya. Jadi untuk konteks called off itu tadi, pemilik

rumah telah membayar semula tunggakan tersebut dan menyebabkan

lelongan dibatalkan serta merta.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
26

Anda diingatkan supaya sentiasa bersedia dengan kebarangkalian ini

kerana lelongan yang dibatalkan tidak tentu waktunya. Bahkan selepas

anda telah mendaftar untuk masuk lelongan, ia juga boleh dibatalkan.

Kalah atau menang adalah perkara biasa. Tapi apakah yang perlu anda

lakukan jika kalah? Mudah sahaja. Carilah unit lain yang lebih berpotensi.

2. Menang Over Market Value

Sebelum membida mana-mana rumah lelong, anda dinasihatkan supaya

membuat semakan harga pasaran rumah tersebut terlebih dahulu. Ini

bagi menggelakkan anda daripada membida harga lebih dari harga

pasaran. Apakah kesan membida rumah lelong dari harga pasaran?

Tahukah anda, kebanyakkan bank tidak akan memberikan pinjaman

perumahan jika harga menang lelongan tersebut melebihi dari harga

pasaran.

Cuba fikirkan semula, tujuan anda membeli rumah lelongan oleh bank

kerana anda mahu membeli lebih murah daripada harga pasaran. Jadi

kenapa anda perlu bida sehingga terlebih dari harga pasaran. Ingat,

jangan ikutkan perasaan semasa berada di dewan lelongan. Anda boleh

mencari unit lain yang lebih berbaloi harganya.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
27

Kesilapan yang besar para pelabur adalah menang hartanah lelong

melebihi harga pasaran. Impak yang pertama adalah dari segi loan. Bank

cuma memberikan 90% pinjaman berdasarkan harga pasaran. Jika harga

menang lebih tinggi dari harga pasaran maka anda terpaksa lah top up

cash perbezaan tersebut.

Impak yang seterusnya, kos - kos sampingan rumah lelong seperti kos

repair, kos lawyer akan menambahkan lagi harga pembeli rumah lelong

tersebut. Jadi, ianya tidak berbaloi untuk anda bid lebih tinggi dari harga
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
28

pasaran. Semak harga pasaran satu satu hartanah dengan pihak

valuer, bank atau pun anda boleh masuk website di brickz.my.

3. Loan Tak Lulus

Sebelum masuk lelongan, ini ialah perkara yang paling penting yang ingin

saya highlight kan. Ramai dari kita yang sekadar membuat anggaran

kelayakan loan mereka. Perlu diingatkan, pihak bank tidak hanya

merujuk kepada jumlah gaji sahaja untuk perlepasan loan. Pihak bank

akan menilai dari segi komitmen dan juga rekod ccris anda. Jadi amatlah

penting untuk anda membuat semakan dahulu dengan pihak bank.

4. Tunggakan Utiliti Yang Tinggi

Selain berhutang dengan pihak bank, pemilik rumah juga biasanya

mempunyai tunggakan hutang utility yang tinggi seperti tunggakan

maintenance. Ada sesetengah bank yang menanggung tunggakan

maintenance tersebut. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan

membuat semakan terlebih dahulu sebelum membida sesebuah rumah

supaya anda tidak terperangkap dengan bebanan hutang pemilik rumah

yang lama.

Berikut disertakan jenis-jenis semakan:

(i) Semakan maintenance: JMB bangunan

(ii) Semakan cukai tanah: Pejabat Tanah

(iii) Semakan cukai pintu: Majlis Perbandaran


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
29

(iv) Semakan elektrik: TNB

(v) Semakan air: SYABAS


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
30

5. Owner Tak Nak Keluar

Ada sesetengah rumah, masih terdapat penghuni di dalamnya. Perlu anda

tahu bahawa pihak bank hanya melelong rumah tersebut seperti sedia

ada. Ini bermakna, jika masih ada penghuni di dalam rumah tersebut,

anda selaku pemilik baru bertanggungjawab untuk mengeluarkannya dan

ianya bukan tanggungjawab pihak bank.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pemilik lama tidak mahu keluar dari

rumah tersebut?

(i) Berbincang secara baik (keluarkan notis) ii) Beri wang deposit

untuk pemilik mencari rumah lain iii) Menyediakan

pengangkutan seperti lori untuk pemilik pindah iv) Potong

bekalan api dan air


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
31

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan agen lelong. Agen lelong

akan membantu bagi urusan mengeluarkan penghuni di dalam rumah.

Pengalaman dalam berurusan sepanjang mengeluarkan penghuni banyak

membantu dalam menghadapi satu – satu situasi.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
32

6. Unit Rosak / Tidak Dalam Keadaan Baik.

PENTING! Anda wajib site visit terlebih dahulu unit yang ada ingin bida.

Jangan bida sesuatu yang tak pasti/tak jelas. Perlu diingatkan bahawa

rumah lelong tidak semestinya berada dalam keadaan sempurna. Siapa

nak duduk rumah yang berlubang atapnya atau yang dipenuhi dengan

semak samun.

Kadangkala anda perlu melakukan sedikit pengubahsuaian atau

membaikpulih unit tersebut. Mungkin pada mulanya anda akan terasa

seperti anda telah mengeluarkan modal yang terlalu banyak. Tapi selepas
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
33

siap proses penambahbaikan, anda pasti boleh mendapatkan kembali

pulangan anda.

Walaubagaimanapun, ada juga rumah lelong yang cantik dan elok

keadaannya. Ia boleh dianggap bonus kepada anda jika mendapat rumah

dalam keadaan yang baik. Hadiah percuma juga mungkin ada seperti

kipas, lampu, tabletop, mahupun barang perabot yang masih elok.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
34

Mudahnya Beli Rumah Lelong

Anda dah mengetahui apakah risiko dan peluang dalam pembelian rumah

lelong. Nak ikutkan, banyak lagi peluang dan risiko yang saya boleh ulas.

Akan tetapi bagi tujuan pendedahan, saya senaraikan secara umum sahaja.

Perlu diingat disini bahawa, bagi setiap pembelian unit rumah lelong tidak

lah sama situasi dan keadaan yang dihadapi.

Dalam bab ini, saya akan terangkan apa yang perlu anda lakukan sebelum

membeli rumah lelong.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
35

1. Semak Kelayakan Pinjaman (Loan)

Sebelum masuk membida satu – satu unit, anda haruslah menyemak

terlebih dahulu kelayakan loan yang anda lepas. Ini sangat penting supaya

pabila anda menang nanti, bank mudah untuk memberikan anda

pinjaman.

Anda boleh membawa slip gaji tiga bulan kemana-mana bank yang

berhampiran. Beritahu pegawai bank yang ada ingin membuat semakan

kelayakan loan dikawasan yang anda kehendaki.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
36

Amaran keras! Sekiranya anda telah memenangi rumah lelong tetapi

pinjaman loan anda tidak diluluskan, wang deposit anda akan hangus.

2. Semak CCRIS

Central Credit Reference Information System atau juga dikenali sebagai

CCRIS adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat iaitu satu sistem

pangkalan data berkomputer yang bertujuan mengutip, memproses,

menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal

selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila

seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana

bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan

dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
37

Untuk semakan ccris, anda boleh ke Bank Negara. Terdapat kiosk

untuk membuat semakan secara percuma atau pergi sahaja ke laman web

CTOS http://www.ctoscredit.com.my/.

3. Kenal Pasti Lokasi / Kajian tentang unit

Kenal pasti dengan jelas lokasi yang anda ingin bida. Adalah lebih mudah

jika lokasi unit target anda adalah berdekatan atau sekitar dengan tempat

tinggal anda semasa. Mudah bagi anda untuk memantau dan menjaganya

kelak. Selain itu, sudah tentu anda sudah masak dan arif dengan lokasi

sekitar tempat tinggal anda dimana dari segi kemudahan, fasiliti dan

pengangkutan awam yang terdapat semuanya sudah anda dapat agak.

Antara kemudahan dan fasiliti yang boleh anda ambil perhatian

termasuklah : -
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
38

i) Fasiliti (sekolah, hospital, kolej atau universiti) ii)

Pengangkutan Awam (Stesen Bas, KTM, MRT) iii) Kedai

(Speedmart, 7 Eleven, Mcdonald) iv) Akses (Highway, jalan baru buka)

4. Semak Listing Terkini

Setelah anda mengenal pasti lokasi rumah yang anda ingin beli,

seterusnya anda perlulah menyemak sama ada terdapat unit lelongan

terkini yang ditawarkan oleh bank. Sebagai contoh, katakan anda

berminat untuk membeli unit lelongan di sekitar Shah Alam.

Seperti yang dapat kita lihat dari gambar di atas, terdapat 22 unit senarai

lelongan terkini bagi kawasan Shah Alam. Apa yang perlu anda lihat

adalah pada Harga dan Specifik unit yang ditawarkan. Adakah harga yang

ditawarkan terkini dalam range kemampuan anda dan unit yang

ditawarkan anda kenal lokasi tepatnya.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
39

Jika terdapat unit yang anda minat dan tahu alamatnya, anda amatlah

digalakkan untuk melakukan site visit bagi melihat sendiri keadaan unit

dan persekitaran.

Semasa lawatan site visit, antara perkara yang boleh anda semak

termasuklah :-

i) Adakah unit terdapat penghuni

ii) Semakan bil maintenance dan utiliti

iii) Persekitaran (Terjaga atau tidak)

iv) Kemudahan (Lif, stesen bas terdekat dan kedai)

Perlu diingat di sini bahawa bagi rumah lelongan, anda tidak mempunyai

kebenaran dari bank untuk melihat masuk keadaan rumah.

Sebagai tambahan maklumat, anda juga boleh melihat pada senarai unit

lelongan yang lepas. Maklumat ini anda boleh gunakan untuk melihat
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
40

berapakah range harga rizab yang ditawarkan oleh bank dan jumlah

unit lelongan yang telah dilelong pada masa lepas. Maklumat ini boleh

diperolehi dengan memilih pilihan “Expired listing” dan masukkan target

lokasi/unit pada Search box.

5. Persediaan Mental Dan Kewangan

Persediaan kewangan seperti yang anda maklum, untuk masuk membida

unit lelongan anda perlulah menyediakan deposit 10% dari harga rizab

dalam bentuk bank draft. Jika anda tidak berjaya membida pada hari

lelongan, bank draft akan dipulangkan selepas sahaja tamat lelongan.

Pastikan penama bank pada bank draft adalah betul sebelum bergerak ke

tempat lelongan. Kesalahan ejaan atau nama yang salah boleh


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
41

menyebabkan anda tidak dapat mendaftar masuk lelongan. Pastikan

juga kelayakan pinjaman anda sudah disemak.

Dari segi persediaan mental, anda haruslah bersedia dengan

kemungkinan yang unit called off ataupun harga bidaan yang naik lebih

tinggi dari limit yang anda tetapkan. Nasihat saya, ikut limit yang telah

anda tetapkan dan kawal emosi semasa lelongan. Bidaan harga yang

tinggi dan melebihi limit yang anda tetapkan sebenarnya merupakan

salah satu petanda bahawa unit yang anda bida mempunyai demand.

Jika anda masih lagi tidak yakin dan memerlukan sokongan dalam

membeli unit lelongan, nasihat saya tambah ilmu pengetahuan sebelum

membida unit lelongan. Kesilapan dalam membeli unit lelongan boleh

menyebabkan deposit 10% yang anda letakkan burn begitu saja. Di

website https://lelonglist.my , terdapat perbincangan nota – nota dan

video yang mana membantu anda untuk menambah lagi ilmu dan

pengetahuan terkini dalam dunia lelongan hartanah.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
42

Anda perlu pergi ke online education untuk access video atau pun artikel

yang pihak kami sediakan.

Di bawah seksyen artikel, ada diletakkan perkongsian yang dibahagikan

mengikut keperluan anda dalam pembelian rumah lelong iaitu :-

i) Sebelum lelongan

ii) Semasa lelongan

iii) Selepas lelongan


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
43

Penyediaan bahan bahan bacaan dalam online education mengikut

proses ini adalah bagi membantu anda dalam pembeliaan rumah supaya

risiko anda dapat dikurangkan, malahan lebih bagus mengelakkan

masalah yang mungkin timbul.

Selain itu, website ini juga adalah bertujuan untuk mengumpulkan

penggiat dan pelabur hartanah yang mempunyai minat sama dalam

pelaburan hartanah, khususnya lelong. Pengumpulan ini juga diharapkan

dapat memberikan sokongan dan bantuan kepada yang baru berjinak –

jinak untuk menceburi bidang pelaburan hartanah lelong.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
44

Bonus Case Study

Sebagai bonus tambahan kepada anda, saya sertakan REAL CASE STUDY

pembelian unit lelongan yang diuruskan oleh team saya dalam

pembelian. Case Study ini saya sertakan sekali proses lengkap sepanjang

pembelian yang disertakan gambar dan kontrak KHUSUS untuk anda.

Pembeli adalah seorang Pensyarah IPTA dan pembelian adalah bertujuan

bagi untuk mendapatkan pulangan atas sewaan. Bagi tujuan privasi,

terdapat maklumat yang saya blurkan.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
45

Alamat Unit : Block 3, Kondo Rakyat Desa Pantai, Jalan Pantai


Murni2, 59200 Kuala Lumpur.

Harga Rizab : RM 95,000.00

Tarikh 29 Disember 2015


Lelongan :

Bank Pelelong Hong Leong Bank Berhad


:

Pelelong : Leong Auctioneer

Ketika lelongan, terdapat pembida lain yang turut menyertai bagi

membida unit ini. Butiran di bawah disertakan maklumat harga menang,

harga pasaran dan kadar sewa seperti di mudah.my.

Harga Menang : RM 138,000.00

Harga Pasaran : RM 180,000.00 ke RM 200,000.00

Kadar sewa : RM 950 ke Rm 1300


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
46

Selepas menang lelongan, pelelong akan mengeluarkan kontrak jualan.

Kontrak jualan ini akan dikeluarkan sehari selepas menang lelongan. Ini

adalah Kontrak Jualan lengkap yang dimenangi bagi unit di Kondo

Rakyat.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
47
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
48
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
49
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
50
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
51
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
52
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
53
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
54
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
55
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
56
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
57

Ketika ini kami mendapat info yang penghuni di dalam adalah kumpulan

penyewa Nepal dari syarikat keselamatan. Contact bos atau owner rumah

diperolehi. Setelah loan disbursed, didapati penyewa telah keluar dan

rumah berkunci. Jadi team kami telah datang untuk memecahkan kunci.
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
58

Keadaan Rumah Pada Kali Pertama Masuk


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
59
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
60
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
61
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
62

Selepas Dibaiki Dan Sedia untuk DiSewakan


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
63
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
64

PENUTUP

Sebenarnya banyak lagi point-point menarik yang belum dikupas di

dalam ebook ini. Yang pasti, anda memang boleh mengaut keuntungan

daripada rumah lelong. Cuma anda hanya perlu mempunyai sedikit ilmu;

atau mungkin lebih; tentang hartanah jenis lelong.

Setiap rumah, mempunyai pelbagai masalah; pelbagai cerita; dan juga

mempunyai seribu satu jalan penyelesaian untuk setiap halangan. Anda

juga boleh menghubungi kami secara terus bagi mendapatkan khidmat

nasihat dan panduan. Kami bersedia membantu anda dalam urusan

rumah lelong dari pelbagai aspek.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Senarai Lengkap Rumah Lelongan

bagi Negeri Seluruh Malaysia, layari https://lelonglist.my. Senarai ini

dikemas kini setiap hari bagi menyediakan perkhidmatan terbaik dan

memberikan anda informasi senarai lelongan terkini. Anda juga akan

beroleh perkembangan terbaru mengenai lelongan dan tips – tips yang

akan dikongsikan di ruangan notes disediakan.


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
65

Bagi anda yang baru dan ingin melihat dahulu function yang terdapat di

website https://lelonglist.my terlebih dahulu, boleh melayari website dan

create free account.

Bagi mendapatkan akses penuh ke website https://lelonglist.my bayaran

keahlian dikenakan. Bagi langganan selama setahun, RM499.00

dikenakan. Dengan bayaran ini, anda akan menerima manfaat seperti

berikut:-
MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
66

Senarai rumah lelong yang LENGKAP untuk Negeri2 di

Seluruh Malaysia selama 1 tahun.

Maklumat lengkap Hartanah Lelong.(Masa, Tempat, Pelelong,

Lawyer dan Bank)

Soal jawap berkaitan dengan pembelian rumah lelong.

Perbincangan berkenaan dengan real case study rumah lelong.

Online support dari admin.

Webinar bersama pakar hartanah lelongan.

Hot topik dalam pelaburan Rumah Lelong.

Semakan market value dari admin menggunakan information dari

property connection.

Online education bagi mereka yang duduk jauh dari kawasan Klang

Valley tetapi berminat nak beli rumah lelong di negeri mereka

sendiri.

Gathering Komuniti Rumah Lelong

Dan banyak lagi yang anda boleh lihat di https://lelonglist.my


MUDAHNYA BELI RUMAH LELONG
67

KHUSUS UNTUK ANDA!

Bersempena dengan penjualan ebook Sifu Rumah Lelong – Final Chapter

ini kami menyediakan potongan harga diskaun di halaman web

https://lelonglist.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-4202025 atau pun

follow di facebook SHAFIE BUSTAN.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain masa, Insya allah.

Terima kasih. ☺

Shafie Bustan,

Anda mungkin juga menyukai