Anda di halaman 1dari 60

1

Dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas Muhammad SAW.

PERCUMA!
Seandainya anda mendapatkannya secara berbayar daripada pihak lain,
mohon laporkan kepada saya di Truetech Publishing & Training
(Rangkaian di bawah CEO Samad Kinto) di emel
truetechbusiness@gmail.com atau PM FB Truetech TP di:
https://www.facebook.com/messages/truetechbusiness

eBook ini saya halalkan untuk anda berikan secara percuma kepada
seramai mungkin orang kesayangan anda!
Syarat ketat: Jika ia memberi manfaat kepada anda.

Produk ini adalah terbitan

Ditaipset oleh:
Hajar Yahya
Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku dalam apajua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis Truetech Publishing &
Training.

Isi Kandungan

1. Pengenalan : CEO Samad Kinto, Jutawan Dari Rumah.................................4


2. Panggil Aku Abang Kantin.............................................................................7
3. Si Comot Yang Stylo......................................................................................9
4. Pembantu Van Lembah Klang......................................................................11
5. Susahnya Menjual..!.....................................................................................13
6. Empat Jam Aku Mat Kilang.........................................................................16
7. Mat Pion Berwawasan..................................................................................18
8. Eksekutif Pasar Malam.................................................................................20
9. Driver Paling Cemerlang..............................................................................22
10. Anjali oh Anjali...........................................................................................34
11. Keajaiban Uncle Lim....................................................................................47

Bab 1
Pengenalan : CEO Samad Kinto,
Jutawan Dari Rumah
"Lebih baik menjadi yang paling miskin di kalangan orang kaya daripada
menjadi orang yang paling kaya di kalangan orang miskin"
- Ceo Samad Kinto

Bismillah.

Nama aku Abdul Samad bin Abdul Rahman. Kini aku lebih dikenali dengan panggilan
CEO Samad Kinto di laman sosial. CEO adalah satu panggilan yang bermula dari suka-suka,
tetapi kerana kerap disebut, akhirnya menjadi branding diri aku. Alhamdulillah. Tahun ini
genap umur aku mencecah angka empat puluh empat.
Telah banyak kejayaan aku kecapi sejak aku bermula hingga ke hari ini. Dengan izin
Allah, aku berjaya mencatat rekod seorang jutawan dalam masa sesingkat 3 tahun sebelas bulan
berniaga. Kisah kejayaan aku telah menjadi testimony berbentuk rakaman syarikat Richworks
International Sdn. Bhd. Syarikat milik Jurulatih Kejayaan Nombor Satu di Malaysia, Dr. Hj.
Azizan Osman.
Aku juga pernah dijemput menjadi tetamu di rancangan televisyen, Nasi Lemak Kopi 'O'
bagi slot bisnes. Bisnes yang aku jalankan hanyalah bisnes kecil dari rumah dan secara solo.
Produk yang aku usahakan adalah produk berasaskan makanan kesihatan lelaki dan kosmetik.
Hingga ke cerita ini ditulis, aku tidak mempunyai kedai dan pekerja. Ini lah seni bekerja dari
rumah.
Ini adalah kisah sebenar hidup aku. Aku cerita semula dan dibukukan. Bagaimana aku
bermula dan bagaimana dari satu keputusan mampu mengubah keseluruhan hidup aku. Kisah
pengembaraan aku menjalani Universiti Jalanan hingga tiba di Planet Jutawan.
Aku harap, semoga tulisan ini dapat menjadi inspirasi kepada ramai manusia di luar sana.
Mungkin ada beberapa pengolahan cerita yang aku ubah sedikit, kerana cerita ini adalah sejak

dua puluh enam tahun atau lebih yang lalu. Namun, jangan khuatir. Jalan cerita tetap sama.
Mesej yang aku ingin sampaikan tetap tidak berubah.
Mungkin masih ramai yang tidak mengenali siapa aku. Iyalah, aku bukannya Perdana
Menteri yang satu Malaysia boleh kenal. Tidak mengapa, mari kita mula berkenalan dengan
siapa aku. Sebelum itu, aku mahu semua pembaca senyum dahulu. Boleh mula senyum
sekarang.
Pada 15hb Jun 1970, seorang bayi lelaki berlesung pipit di pipi telah dilahirkan di sebuah
Hospital Teluk Intan, Perak. Itulah detik aku bermula di dunia ini. Kemudian, aku dibesarkan
di sebuah kampung setinggan bernama Kampung Bukit Lanjan. Tinggal bersama jiran
setinggan yang lain. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.
Sekolah menengah pula di Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail sehingga tamat
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku akui keluarga aku bukan dari keluarga yang mewah
dan senang. Aku perlu kerja keras untuk mendapatkan sesuatu. Aku telah dididik untuk
berdikari sejak dari bangku sekolah lagi.
Daripada adik beradik seramai sebelas orang, aku adalah hero ke enam. Boleh tahan
comel juga la aku semasa kecil. Iya lah, lesung pipit menambah senyum comel aku. Ops!
Terperasan comel pula. Ok, kita sambung cerita.
Dari kecil, memang aku tidak ada sejarah memakai baju baru. Masih aku ingat, setiap
kali Hari Raya menjelang, aku lah kanak-kanak yang paling gembira memakai baju-baju
Melayu lusuh. Walaupun lusuh, aku maintain comel dengan bajuku berjalan jalan mengutip
duit raya sekitar kampung. Hampir semua kawan-kawan sebaya aku memakai baju raya yang
baru. Aku akui sedikit cemburu, tetapi tidak mengapa. Aku bersyukur kerana lesung pipit
dipipiku mengalahkan baju baru mereka. Hehe.
Makanan kegemaran aku pula adalah sambal petai udang yang dimasak oleh emak aku.
Tak ada sayur pun tak apa. Aku boleh makan dengan nasi putih panas-panas. Tak toleh kiri dan
kanan dah. Jangan tanya aku kenapa. Ia memang makanan paling sedap tahap dunia bagi aku.
Kalau dikira markah mengikut bintang, aku mahu kasi semua pada Emak. Sambal petai udang
emak memang terbaik! Itu juga menu aku yang disukai hingga hari ini.
Aku belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia. Sudahlah peringkat SPM, gagal pula dalam
subjek teras. Aku mengaku aku memang lemah dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.
Sukar untuk aku menangkap formula-formula yang diajar oleh cikgu ketika itu. Nombornombor dan teknik yang cikgu aku gunakan buat aku pening. Mungkin cikgu yang mengajar
tu kurang seksi kot. Biasalah aku lelaki normal. Tapi aku hormat mereka. Ketika peperiksaan

berlangsung, kertas jawapan aku penuh dengan hasil lakaran dan contengan mengikut kreativiti
aku. Ikutku, diriku. Hehe
Akibatnya, aku gagal dalam peperiksaan SPM. Aku telah ditolak untuk memasuki manamana pusat pengajian tinggi dan juga Tingkatan 6. Kalau mahu masuk juga, aku perlu
mengulang kembali SPM dan lulus dengan cemerlang. Ah, aku mahu cari duit. Aku mahu
kerja. Boleh lah aku beli apa yang aku idam-idamkan. Ada orang memandang rendah denganku
ketika itu. Tidak mengapa, aku tidak malu dan tidak merasa rendah diri sedikit pun.
Siapa sangka, orang yang pernah gagal ketika SPM itu telah mencatat rekod simpanan
tunai sebanyak RM 1, 000, 000 dalam tempoh sesingkat 3 tahun 11 bulan. Mari kita senyum
sampai telinga dulu. Tanda meraikan kejayaan aku. Hehe. Terima kasih semua. Kalau mahu
tahu, itulah titik peluh aku. Segala pahit dan jerih kehidupan telah aku lalui sehingga cita-citaku
beroleh hidup senang tercapai. Ia bukan kisah pendek. Ia penuh dengan liku-liku yang beri
banyak pengajaran dalam membentuk siapa aku. Jika sudah bersedia, jom kita kembali ke
zaman "Universiti Jalanan" aku semula sekitar penghujung Tahun 1987.

Bab 2
Panggil Aku, Abang Kantin
"Salah satu kunci kejayaan adalah jangan berputus asa. Sentiasa ada jalan
bagi yang berusaha. In sha Allah."
- Ceo Samad Kinto

Tahun 1987.
Itu tahun aku tamat bersekolah. Orang kata, sudah merdeka dari memakai baju putih
berlencana sekolah. Umur aku ketika itu menginjak tujuh belas tahun. Seronok betul rasanya
sudah tamat sekolah. Bolehlah aku bekerja dan mencari duit sendiri. Banyak kerja yang aku
idamkan sejak dari sekolah lagi. Maklumlah, budak tak rajin belajar. Hehe. Siapa yang telah
habis exam tahu apa yang aku maksudkan. Otak jadi lapang seluas stadium bola sepak Old
Trafford (Aku penyokong Manchester United). Merdeka!
Aku tidak menunggu lama. Keputusan SPM belum keluar, aku sudah mencari kerja. Oleh
kerana badan aku yang cergas, aku telah diterima kerja di sebuah kantin di sebuah IPTA
berdekatan dengan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Kalau diikutkan, agak jauh juga tempat kerja dengan rumah aku. Tapi, atas ajakan kawan,
aku menurut. Aku dan dia bekerja di kantin bersama-sama. Kerja kami adalah mengangkat
pinggan-pinggan dan tray kotor kemudian mencucinya. Kadang kala kami perlu mencuci
periuk juga.
Kebolehan menyental dan membersihkan periuk ini aku anggap sebagai satu kemahiran.
Aku perlu membersihkan hingga tiada kotoran di periuk, pinggan dan tray supaya pelanggan
rasa gembira menjamu selera di kantin aku bekerja. Memang penat, tetapi aku berpuas hati.
Puas apabila melihat pelanggan gembira. Macam kantin itu aku yang punya. Hehe. Selain itu,
aku juga seorang pembancuh air. Aku boleh buat air sesingkat dua minit. Sebab air panas sudah
tersedia. Hanya perlu bancuh mengikut sukatan. Hehe. Ini kemahiran pertama aku bancuh air
untuk orang lain.

Untuk kerja ini, aku kena bangun jam 5 pagi setiap hari. Dahulu, masa sekolah pun aku
tak bangun awal begini. Aku perlu berada di kantin itu seawal jam enam pagi. Liat juga mata
aku untuk bersiap-siap seawal itu. Aku habis kerja pada waktu malam. Iaitu pada jam 11
malam. Maknanya, aku kerja selama 17 jam sehari. Penat bekerja jangan tanyalah. Hanya
pekerja kantin dan kedai makan sahaja yang tahu. Orang belum sampai, kita dah mula
menyiapkan persiapan. Orang dah balik, kita masih belum boleh balik. Perlu mengemas dan
memastikan semuanya bersih. Esok akan beroperasi lagi. Ada extra kerja, cuci toilet!
Untuk tempoh 17 jam aku bekerja itu, aku dibayar sebanyak RM 4 sehari. Jika dikira gaji
mengikut jam, upah aku sekitar RM 0.23 sejam. Itulah pendapatan aku ketika itu. Letihnya
jangan ceritalah. Lepas sembilan hari mengulang rutin yang sama, aku mula merasa tidak
seronok. Aku tidak dapat menahan kerinduan pada keluarga aku ketika itu. Jarak dari Bukit
Lanjan dengan tempat kerja aku bukan dekat. 15 kilometer itu sudah cukup jauh bagi aku.
Aku berhenti. Gaji aku terima sebanyak RM 36. Dengan kerja yang begitu penat, aku
merasa tidak berbaloi. Itulah pembelajaran pertamaku dalam kehidupan. Kita mesti berani
bertanya gaji sebelum bekerja. Jika tidak, orang lain akan mempergunakan kita. Aku semat
dalam-dalam pemikiranku. Dengan wang yang aku ada, aku beranikan diri untuk pulang ke
rumah Emak dengan menaiki teksi. Itulah kali pertama aku menaiki teksi. Terasa seperti Boss
apabila dapat duduk di belakang dan ada pemandu. Hehe.
Setibanya di kampung, aku mula mencari pekerjaan lain. Kali ini gaji aku dapat besar
sedikit. Diterima kerja sebagai tukang cat rumah dengan gaji setinggi RM 8 sehari. Sekali
ganda dari gaji pembantu kantin sebelum ini. Wah, lumayan!
Kerja kedua aku ini, waktunya lebih singkat. Aku masuk jam sembilan pagi, balik jam
lima petang. Aku seronok. Kalau dulu aku kena kerja sepanjang 17 jam sehari, yang ini cuma
lapan jam. Selebihnya, aku boleh berehat dan buat apa aku suka. Upah aku dari RM 0.23 sejam
meningkat kepada seringgit satu jam! Peningkatan 400% dari upah lamaku. Berbaloi lah juga
dengan peluhku yang menitik, kan?
Namun, panas tidak hingga ke petang. Hujan muncul di tengah hari. Aku hanya bertahan
untuk dua minggu. Aku merasa tidak adil. Kisahnya kerana aku bekerja bersama-sama dengan
abangku, tetapi mengapa abangku mendapat gaji yang lebih tinggi daripadaku. Aku dibayar
RM 8 sedangkan abangku dibayar RM 15 sehari. Gaji dia besar dari aku sebanyak RM 7.
Walaupun aku lebih hensem dari Abang, tapi gaji aku lebih rendah. Ini tidak adil. Kata
aku dalam hati. Walhal kerja yang kami usahakan adalah sama! Ini tak boleh jadi. Aku berhenti
serta merta dan mencari pekerjaan lain.
Abang aku senyum je tanda setuju. :-)
8

Bab 3
Si Comot Yang Stylo
"Orang yang miskin sekarang belum pasti miskin selama-lamanya, tetapi
orang yang menyimpan duit hari ini sudah pasti lebih kaya dari semalam."
- Ceo Samad Kinto

Tamat cerita mengecat rumah orang.

Aku menyambung kehidupan dengan menjadi seorang pemotong mesin rumput dan buat
kerja kontrak. Kelakar juga bila aku ingat balik. Sebabnya aku kerja dalam keadaan comot.
Kalau ada gambar, aku pasti letak di sini. Tapi masa tu mana ada telefon kamera macam
sekarang. Kalau ada, boleh juga aku selfie. Hehe.
Bayangkan, setiap hari aku akan memastikan baju yang aku pakai adalah baju yang comot
yang aku ada. Kenapa aku kena pakai baju comot? Sebab kerja aku kena mencuci longkang,
gali perigi, angkat sampah dan beberapa kerja lain. Kalau aku pakai baju baru, habislah comot
baju aku. Jadi aku buat peraturan sendiri. Setiap hari, baju paling comot itulah uniform kerja
aku. Tapi tak mengapa. Lesung pipit di pipi kan ada, aku maintain stylo beb! Hehe.
Tugas aku mengangkat sampah ada jadual berasingan. Seminggu hanya tiga kali buat
kerja itu, iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Aku dibayar upah tambahan iaitu sebanyak
RM 100 untuk kerja ini. Kerja ini ada juga cabarannya. Sampah bukan sebarang sampah. Pada
hari Isnin, hari paling mencabar bagi aku. Aku perlu mengangkat sampah yang telah terbiar
selama hampir tiga hari. Kalau sampah makanan, sudah berulat pun. Apa lagi sampah-sampah
yang lain. Bau busuk memang melekat dekat aku.
Kerana telah tiga hari terbiar, plastik sampah di setiap tong sampah juga mudah reput.
Pernah beberapa kali aku mengangkat sampah yang busuk berkulat itu, serta merta plastik yang
mengandungnya terburai. Habis comot dan busuk aku untuk satu hari itu.

Seingatku, gaji ketika itu aku perolehi sebanyak RM 15 sehari. Banyak? Boleh tahan kan.
Oleh kerana gaji yang ditawarkan agak tinggi, aku berjaya berkhidmat di situ selama enam
bulan. Suatu tempoh yang agak lama jika dibandingkan dengan pekerjaanku sebelum ini.
Cuma, ada satu yang menjadi masalah besar bagi aku. Kerja aku sekarang tidak menjamin
gaji yang aku akan dapat. Bayangkan, gaji aku dikira berdasarkan hari aku bekerja. Bukan
mengikut gaji bulanan. Jadi, pada hari-hari cuti, aku tidak diberikan gaji.
Kalau mahu kerja sekejap untuk mengumpul duit, boleh lah. Tapi, kalau mahu tampung
keluarga hingga tua, aku mengaku kerja ini tidak memberikan ketenangan pada aku. Kalau
disesuaikan dengan pepatah Melayu, aku pilih pepatah 'kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang'. Kalau tidak mengais, tidak makanlah. Ops! Aku tambah ayat terakhir tu. Hehe.
Jadi aku buat keputusan lebih baik aku mencari peluang yang lebih sempurna. Untuk
masa depan aku juga. Bukan masa depan orang lain. Dari buku yang aku baca, untuk berjaya,
kita kena mula berfikir untuk masa depan. Kerana masa depan kita boleh dipilih. Dipilih oleh
keputusan yang kita buat hari ini.
Jadi, dengan hati yang bulat, aku mula melangkah keluar dari kerjaya pemotong rumput
dan pekerja kontrak itu. Aku mahu mencari peluang yang lebih sempurna.

10

Bab 4
Pembantu Van Lembah Klang
"Kita tidak memerlukan alasan untuk membuat kebaikan. Ini amalan untuk
menarik kejayaan."
- Ceo Samad Kinto

Tahun 1988.

Ini rentetan kisah kerja aku sebelum ini. Ini tahun kedua aku di alam pekerjaan. Kali ini
aku memilih untuk menjadi pembantu van di sebuah syarikat.
Jika dulu aku memilih untuk memakai baju yang paling comot dalam almari aku, kini
aku memilih untuk memakai baju paling kemas aku ada. Hari-hari memakai T-shirt dan jeans.
Lebih stylo dari sebelum ini!
Hari pertama berjalan dengan baik sekali. Kawan-kawan pembantu van yang lain
memberikan kerjasama dan tindak balas yang menyenangkan, seolah-olah mereka tahu bahawa
itu pengalaman pertama aku bekerja sebagai pembantu van. Tugas aku agak mudah. Hanya
perlu menghantar produk makanan Nestle ke seluruh Lembah Klang. Habis seluruh pelusuk
Lembah Klang aku teroka. Jalan-jalan singkat pun aku sudah mahir. Beritahu saja mana laluan
yang aku tak lalu. Dari seorang yang tidak tahu selok belok jalan, aku jadi seorang yang mahir.
Dengan van itu lah aku telah sesat beberapa kali dan belajar dari kesilapan. Sebenarnya
kita semua sama sahaja. Yang bezakan kita adalah sikap kita, mahu keluar dari kepompong
kebiasaan kita ataupun tidak. Apabila kita bersedia melakukan perubahan, kita akan dikuasai
oleh satu perasaan keberanian. Keberanian itu yang membawa kita ke satu tahap yang lebih
tinggi dari biasa.
Ok, kita sambung cerita. Boleh aku katakan, kerja sebagai pembantu van ini kena dengan
minat aku. Gaji pun boleh tahan. Dikira secara bulanan sebanyak RM 250 dan ada tambahan

11

duit elaun sebanyak RM 60. Tak perlu lah aku bimbang macam dulu. Kali ini lebih selesa. Aku
boleh beli baju baru dengan duit gaji.
Selepas bekerja dengan gembira selama enam bulan, perasaan aku mula berbelah bahagi.
Bayangkan, senior aku yang telah bekerja berpuluh tahun di situ, tangga gaji mereka tidak
berubah!
Bagaimana jika aku terus berkhidmat di situ? Mungkin sepuluh tahun lagi, gaji aku sama
ataupun lebih sedikit dari sekarang. Umur pula semakin tua. Komitmen juga pasti bertambah.
Aku nak mengorat awek pun tiada keyakinan.
Aku tidak dapat membayangkan aku kerja disitu sehingga usia senja. Ia satu perkara yang
menakutkan untuk dibayangkan! Aku tidak mahu terus begitu! Selepas memikirkan dengan
penuh teliti, dan atas nasihat kawan-kawan senior aku, aku berhenti berkhidmat di situ. Kisah
aku dan van perlu ditamatkan segera. Aku tekad dan bulatkan hati. Aku letakkan jawatan di
situ. Tiada pula yang sedih aku letak jawatan. Mungkin aku tiada nilai. Aku kerja teruk,
berpeluh sehingga aroma jantan Bangla aku keluar. Bila resign, tidak ada seorang pun yang
kisah. Diorang tak sedih, tapi aku sedih. Huwaaa...!

12

Bab 5
Susahnya Menjual..!
"Ada dua sebab yang lazim menjemput masalah. Satu, manusia yang
bertindak tanpa berfikir. Dua, manusia yang berfikir tanpa tindakan."
- Ceo Samad Kinto

Ketika ini, umur aku telah mencecah sembilan belas tahun. Dua tahun telah berlalu tanpa
aku sedari. Hidup aku perlu diteruskan. Pengalaman lalu aku jadikan iktibar. Kisah pekerja
kantin yang penat, tukang cat rumah yang tidak adil, pemotong rumput yang comot dan
pembantu van yang tidak ada penghujungnya, aku semat dalam dalam.
Banyak benda aku pelajari. Memori itu utuh terpahat dalam ingatan aku. Kini, aku wajib
mengubah nasib aku. Berbekalkan semangat mahu mengubah diri, aku mencuba nasib sebagai
seorang Pegawai Pemasaran. Bahasa mudahnya, aku seorang Jurujual. Produk jualanku ketika
itu adalah perkakas rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain lain.
Sebenarnya, pekerjaan aku kali ini bukan dalam minatku. Jauh sekali tersenarai dalam
pekerjaan idaman. Aku terjebak kerana terpedaya dengan iklan di suratkhabar. Salah aku juga
sebab tidak ada ilmu dalam mencari kerja. "Itulah, dulu masa cikgu mengajar kat sekolah, aku
terlampau banyak bermain. Sekarang, terimalah nasib!" Aku berkata sendirian dalam hati.
Memarah diri sendiri.
Pekerjaan Jurujualku beroperasi di Ipoh, Perak. Tempat tinggal disediakan oleh majikan.
Aku ditempatkan di sebuah rumah sewa bersama rakan-rakan jurujual yang lain. Tugas aku
adalah memasuki kawasan perumahan sambil membawa borang soal selidik.
Pada hari pertama hingga hari ketiga, aku tidak merasa apa-apa. Aku hanya menemani
rakan-rakan senior memasuki rumah orang. Tidak perlu bersuara dan hanya mengikut arahan.
Sebenarnya, aku perlu belajar daripada teknik yang mereka gunakan. Selain bermanis muka,
aku lihat mereka juga perlu bermanis mulut. Kadangkala aku perasan mereka memuji hiasan
dalaman si tuan rumah. Itu proses pembelajaran aku.
13

Pada hari keempat, aku menerima kejutan. Kata senior, aku perlu membuat jualan
sendirian. Berseorangan membawa borang soal selidik dan memasuki rumah orang. Tidak aku
sangka ia sepantas ini.
Gulp! Air liur aku telan terasa pahit. Lutut aku lemah dan longlai. Darah seakan tidak
mengalir di badanku. Mahu saja aku pura-pura pengsan dan berehat di rumah sewa. Tapi
tindakan itu seakan mustahil.
Aku lihat rakan-rakan jurujualku yang lain sudah bersiap sedia dengan rapi. Arghh, tiada
alasan kali ini. Dengan berat, aku melangkah keluar dan mula mencari prospekku. Perasaanku
sedikit cemas.
Aku berjalan tanpa ada hala tuju. Ini bukan apa yang aku mahukan. Aku tidak boleh
menjual. Aku tidak mampu membuat skrip sebagaimana yang senior aku ajar. Aku tidak boleh
membuka mulut pun. Suara aku macam emas. Tersimpan di lubuk paling dalam. Aku bingung.
Hari panas terik. Cuaca cukup bahang. Tiada sepoi sepoi angin dapat aku rasa. Tekak aku
perit. Haus betul tekak minta disiram dengan air sejuk. Kerja ini memang mencabar. Di luar
bidangku.
Dengan bekal sedikit keberanian, aku mengetuk pintu sebuah rumah.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam tanda hormat. Aku berdoa supaya tuan rumah
ada di dalam. Niat aku hanya satu. Aku mahu meminta air sejuk untuk membasahkan tekakku.
Aku tidak berminat ingin menyoal siasat tentang perkakas rumah yang mereka guna. Air sejuk
adalah keutamaan aku ketika itu. Biarlah tidak laku jualan aku sekalipun, aku tidak kisah.
Kerja ini kerja gila pada aku. Sudahlah tidak diberi gaji pokok. Malah, pendapatanku
seratus peratus berdasarkan komisen perkakas rumah yang terjual! Hingga ke hari itu,
pendapatan aku masih kosong.
Bukan aku tidak mahu membuat jualan, aku jenis seorang yang gugup. Aku berdarah
gemuruh. Lidah aku kelu bila berhadapan dengan orang luar. Aku masih mentah. Sebelum ini
pun, aku tidak pernah ada pengalaman menjual. Kalau kerja kantin yang dulu pun lebih mudah.
Pelanggan datang membuat tempahan dengan aku. Kali ini, aku pula perlu menjual pada
mereka. Malu beb!
Bestnya jika aku boleh meminta bantuan Doraemon ketika ini (Aku memang pembaca
buku cerita Doraemon).
Arghh, aku gagal menjual...!
Aku bertahan selama seminggu dengan rekod zero jualan. Ya, aku mengaku. Masih aku
ingat, pada hari terakhir kerjayaku sebagai jurujual, aku dihantar ke sebuah kampung di sekitar
Bagan Datoh, Perak.
14

Kebetulan ketika itu, kakak kandungku menetap di situ. Aku kira itu peluang keemasan
aku untuk lari dari majikanku. Selepas bercerita dengan kakak perihal kisahku, dia bersetuju
meminjamkan aku sejumlah wang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Jelas terbayang hingga kini,
aku menggenggam erat wang RM 30 di tanganku. Itu lah duit yang aku gunakan untuk membeli
tiket keretapi pulang ke Kuala Lumpur. Itulah detik detik mencemaskan yang aku berjaya lalui
dengan cemerlang. Terima kasih kakak!
Aku balik ke Kuala Lumpur dengan gembira walaupun aku lebih miskin dari sebelum
ini. Hehe.

15

Bab 6
Empat Jam Aku Mat Kilang
"Apabila kita membantu orang lain, sebenarnya kita membantu diri sendiri
kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan akan berbalik kepada kita.
Begitulah juga sebaliknya."
- Ceo Samad Kinto

Tiba di Kuala Lumpur.

Aku segera pulang ke rumah. Aku menceritakan kepada abah tentang kisah aku. Bukan
untuk meminta simpati, sekadar meluah perasaan. Tanpa aku sangka, abah membuat keputusan
untuk membeli sebuah motor untuk aku guna. Gembiraku bukan kepalang, jelas terpancar
diwajah. Bolehlah aku meronda mencari kerja di tempat yang lebih jauh, aku berbisik dalam
hati.
Selang beberapa hari dari kejadian aku lari dari Bagan Datoh, Perak, aku memiliki sebuah
motor Honda Fame. Aku dan abah bersetuju untuk membuat bayaran secara ansuran tanpa
deposit. Jumlah sebenar motor itu berharga RM 1,500. Aku membuat ansuran sebanyak RM
100 sebulan. Boleh lah kan. Duit aku akan usahakan kemudian. Motor Honda Fame bernombor
pendaftaran WBF 2798 itulah kebanggaanku. Aku akan jadikan ia sebagai modal untuk aku
mendapatkan pekerjaan lain.
Jam sebelas pagi, aku hidupkan enjin Honda Fame WBF 2798. Motor yang sentiasa
berkilat menemani aku. Dalam tunggangan solo itu, aku mula mencari pekerjaan baru. Aku
mesti mencari pekerjaan yang lebih sesuai dengan jiwa aku. Kali ini tidak boleh tidak!
Akhirnya, aku nampak satu iklan jawatan kosong di sebuah kilang di Kepong. Iklan itu bertulis
tulisan pekerja am diperlukan segera.
Dengan penuh semangat, aku melangkah kaki kanan ke kilang itu. Ya Allah
permudahkan urusanku. Lembutkan hati bakal penemudugaku! Ish, aku mesti boleh. Yakin
boleh! Malaysia boleh! Eh, tersasul pula. Hehe
16

Dari pemerhatian aku, kilang itu adalah kilang mewarnakan kain. Wah, ini pengalaman
baru. Aku tidak pernah menjejakkan kaki bekerja di kilang sebagai seorang operator. Satu
temuduga ringkas berjalan. Alhamdulillah aku ada berita baik. Aku diterima kerja di sini!
Pendapatan diberi sebanyak RM 10 sehari.
Keesokannya, aku tiba di tempat kerja dengan senyuman. Ini tempat baru, aku perlu
memulakan semuanya dengan baik. Aku mahu kelihatan segar dan cergas di hadapan kawan
kawan yang lain. Jawatan aku sebagai operator kilang kain pun bermula.
Jeng jeng jeng.......
Senyuman aku tidak kekal hingga ke petang. Aku tewas selepas empat jam berada di
dalam kilang. Aku rasa aku telah memecahkan rekod kilang itu. Menjadi pekerja paling pantas
berhenti. Hehe.
Boleh aku katakan, jiwa aku tidak secocok dengan susasana pekerjaan baruku itu. Aku
dihadapkan dengan sebuah periuk yang besar dan panas. Suhu air di dalamnya aku agak lebih
tinggi dari panas mentari diluar kilang aku.
Tugas aku pula adalah mewarnakan kain putih yang besar. Pewarna dimasukkan di dalam
periuk yang berisi air mendidih. Selepas pewarna dimasukkan ke dalam periuk, aku perlu
memasukkan kain putih pula dan menggaulnya sekata. Kain putih itu perlu dipastikan
diwarnakan dengan sekata supaya tidak ada cacat cela.
Aku lihat kiri dan kananku. Semuanya melakukan kerja yang sama. Tiada beza antara
kami. Dari jauh aku amati seorang lelaki bergelar supervisor hanya memerhati dan kadangkala
memberi teguran kepada operator. Aku gagal meng'control' macho. Jika sekarang aku masih
di kilang yang sama, aku pasti rupa aku kelihatan seperti pekerja Bangla. Hehe.
Di kilang itu, aku perlu mengulang rutin kerja yang sama. Jadual kerjaku ditentukan oleh
loceng. Loceng pertama berbunyi menandakan telah masuk waktu kerja. Loceng kedua
berbunyi pula menandakan waktu rehat. Begitulah seterusnya. Namun, pada hari pertama aku
diterima kerja, selepas bunyi loceng kedua, aku telah berada di rumah sedang tidur dengan
lena. Hehe.
Sebenarnya, loceng itu bukan loceng kilang aku pun. Kilang aku gunakan loceng dari
kilang sebelah. Mungkin ini namanya Ekonomi Persahabatan antara jiran. Hehe.
Siapa yang pernah kerja kilang pasti faham apa yang aku kongsi. Loceng dan kilang tidak
dapat dipisahkan.
Walaupun aku kerja hanya empat jam di sana, tapi memori tersebut terbenam rapat di
minda aku. Dua puluh enam tahun kekal sebagai memori terindah. Itu lah kerja kilang aku yang
pertama dan yang terakhir. Kecuali aku ada kilang sendiri.
17

Bab 7
Mat Pion Berwawasan
"Sentiasa berusaha menjadi insan yang senang melihat kejayaan insan
lain."
- Ceo Samad Kinto

Pencarian kerja aku tidak terhenti di situ. Selepas gagal bertahan lama di kilang kain, aku
mula mencari lubuk kerja yang lain. Honda Fame yang berkilat, aku tunggang ke sana ke mari.
Di tambah pula dengan pengalaman mengenai jalan yang telah aku kuasai, lebih mudah
pencarianku. Aku gunakan teknik yang sama untuk mencari kerja seperti sebelum ini, iaitu
melalui iklan di akhbar.
Aku memohon kerja di sebuah syarikat perfileman. Di bawah naungan HVD Film
Productions, aku diterima kerja sebagai seorang Mat Pion ataupun despatch. Syarikat tempat
kerjaku itu popular dengan pembikinan drama Cina seperti kung fu. Boleh tahan besar gaji aku
ketika itu. RM 340 sebulan dan tambahan elaun sebanyak RM 60.
Aku seronok hingga mampu bertahan selama tiga tahun. Mengalahkan rekod kerja
sebelum ini. Kerja ini agak bebas. Aku tidak perlu melakukan kerja berat. Tugasku hanya
membawa surat-surat untuk di hantar ke syarikat lain. Mudah kan? Kerja pion ini hanya
menurut arahan. Apabila kerani meminta untuk menghantar surat, aku perlu menghantarnya
walau sepucuk surat.
Apa yang lebih kelakar adalah, aku perlu berada di luar pejabat walaupun kerja
menghantar surat aku sudah selesai. Aku tidak dibenarkan berada di pejabat. Aku pernah
dimarah kerani kerana terlalu cepat pulang ke pejabat.
Atas alasan ini, aku belajar mencuri tulang. Selesai kerja menghantar surat, aku akan
merayau-rayau sehingga waktu kerja selesai. Kadangkala aku pulang ke rumah dan tidur. Itulah
nikmat yang tidak dapat aku dustakan. Nikmat seorang pion. Aku harap pembaca tidak
mengamalkan apa yang aku buat dulu. Hehe. Tapi aku rasa, majoriti Mat Pion senior memang
tahap pakar di bidang membela ular ini. Jangan marah, kita semua serupa.

18

Tetapi selepas tiga tahun berkhidmat, aku mendapat tahu bahawa syarikat aku bakal
berpindah ke Cheras. Jarak perjalanan untuk aku sampai ke tempat kerja jika mereka berpindah
di Cheras, adalah sejauh 40 km. Ini telah melebihi bajet kewanganku. Selepas berbincang
dengan majikan, aku terpaksa mengalah kerana gaji aku tidak akan dinaikkan.
Tidak mengapa. Ini semua dugaan hidup. Aku tidak boleh berhenti. Perjuangan aku masih
jauh. Aku masih bekerja sebagai despatch. Tetapi kali ini di syarikat lain. Syarikat Azman &
Tay Associates. Sebuah firma Quantity Surveyor, atau dalam Bahasa Melayunya, Juruukur
Bahan. Gaji pertamaku memang besar, RM 500. Lebih berbaloi daripada pekerjaan sebelum
ini.
Aku berkhidmat selama tujuh tahun tanpa aku sedar. Memang seronok kerja di sini. Aku
di bawa melancong ke serata dunia oleh majikan. Bayangkan, walaupun aku seorang despatch,
tetapi aku di bawa bersama ke Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Mexico dan yang
terakhir ke Beijing, China. Seronok kan?
Dalam kegembiraan aku bekerja di situ, aku mendapat tahu bahawa syarikat itu
mengalami tsunami kewangan yang teruk. Syarikat itu tidak mampu bertahan lama. Aku
memilih untuk berhenti berkhidmat ketika pendapatan bulananku mencecah RM 800. Jumlah
yang besar bagi aku.
Namun, aku mengundur diri dengan rela hati. Ketika itu, syarikat masih belum ditutup.
Hanya telahanku mengatakan bahawa syarikat itu bakal ditutup. Selepas enam bulan, ternyata
telahanku benar. Syarikat itu ditutup secara rasminya. Mujur aku awal bertindak!

19

Bab 8
Eksekutif Pasar Malam
"Seribu kejayaan boleh musnah hanya dengan satu kesilapan"
- Ceo Samad Kinto

Tahun 1998.

Dalam tak sedar, umurku telah mencecah angka dua puluh lapan. Ini bermakna aku telah
bergelumang dalam dunia pekerjaan selama sebelas tahun. Tahun ini aku mahu buat perubahan.
Daripada makan gaji, aku mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Aku memulakan
bisnes pertamaku, iaitu Bisnes Pasar Malam. Dapat bayangkan bagaimana aku yang stylo ini
menjual di Pasar Malam? Maintain comel beb. Hehe. Perniagaan aku ketika itu adalah menjual
jagung kukus dan air berperisa di dalam tong. Modal permulaanku berjumlah RM 800. Aku
berkongsi dengan seorang rakanku.
Kami membeli beberapa perkakas seperti meja jualan, dapur, tong gas, payung dan empat
buah tong air. Dalam seminggu, aku akan berniaga selama tiga hari. Jadual telah aku susun
semoleknya. Hari Rabu berniaga di pasar malam Bukit Lanjan, hari Khamis di pasar malam
Kayu Ara dan hari Ahad di pasar malam Rawang.
Uniform kami hanyalah baju putih Pagoda dan apron maron. Walaupun bisnes pasar
malam, baju korporat tetap ada. Iyalah, baju Pagoda itu dikira korporat bagi aku.
Cabaran awal yang aku terpaksa hadapi adalah ketika mahu mula berniaga. Kali pertama
aku nak pasang payung dan kelengkapan bisnes, aku rasa semua mata tertumpu dekat aku.
Macam seluruh orang kat Pasar Malam tu perhatikan aku. Bermacam-macam emosi
bercampur. Malu, segan, rendah diri dan kehilangan ego. Ini yuran kehidupan aku. Kos emosi
yang aku perlu tanggung. Akhirnya, aku faham. Ini adalah perkara normal apabila kita
memulakn sesuatu yang baru di luar kebiasaan.

20

Rutin berniaga di Pasar Malam agak memenatkan. Hampir sama situasinya dengan kerja
aku menjadi pembantu kantin dahulu. Awal pagi aku ke pasar membeli bahan bahan berniaga.
Tengahari aku sudah bersiap siap untuk berniaga. Kemudian di tapak Pasar Malam, aku perlu
menyiapkan tempat niagaku. Setelah selesai, perlu mengemas semuanya. Begitulah rutin aku
sebagai peniaga Pasar Malam.
Dalam kepenatan itu, aku sempat memasang angan-angan. Aku lihat banyak kenderaan
mahal berkunjung ke Pasar Malam. Bestnya kalau aku dapat bawa.
Setiap kali berniaga, jualanku mampu mencecah RM 450 ke RM 700. Selama enam bulan
aku meneruskan kehidupan begitu. Tapi, silap aku juga. Aku tiada ilmu kewangan dan
matlamat bisnes yang jelas. Aku berniaga sekadar berniaga.
Tiada perancangan masa depan. Akibatnya, perniagaan aku semakin kabur. Aku terpaksa
berhenti berniaga dan memulakan kerjaya lain. (Berita sedih : Rakan niaga di Pasar Malam aku
itu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Al-Fatihah untuk arwah Bob. Beliau
sahabat aku ketika aku susah dan senang. Sehingga kini, arwah still aku anggap sahabat aku
yang terbaik. Tiada ganti. Hingga kini.)

21

Bab 9
Driver Paling Cemerlang
"Biar bermula dengan energi miskin tetapi mesti berusaha untuk tidak
wariskan kemiskinan."
- Ceo Samad Kinto

Tamat kisah menjual di Pasar Malam.

Aku mencari pekerjaan semula. Kali ini, agak menarik kisah aku. Aku mendapat ilham
untuk memandu kereta mahal secara percuma. Bukan sahaja percuma malah aku dibayar untuk
memandu. Hehe. Jadi, bermulanya aku sebagai pemandu syarikat.
Sebenarnya memang dah lama aku mengidam mahu bawa kereta mewah. Tapi aku tahu,
proses mendapatkan kerja sebagai driver ini tidak mudah. Daripada berpuluh-puluh
permohonan, hanya seorang yang akan diterima. Aku bersaing dengan begitu ramai pemohon.
Kali pertama aku ditemuduga, aku menggunakan rekod kerja sebagai seorang bekas Mat Pion.
Aku gagal. Mereka mahukan seorang yang berpengalaman dalam bidang pemanduan kereta
mewah. Yelah, mahu bawa Boss besar.
Tidak mengapa, aku usaha lagi. Beberapa hari selepas temuduga, aku mendapat idea
baru. Aku berpakat dengan staff lama tentang rekod kerja aku. Aku hadir temuduga kedua, kali
ini lulus. Wah, senyum sampai telinga ketika aku keluar dari bilik temuduga. Hehe. Tapi, itu
belum menjamin lagi. Semua yang lulus temuduga perlu melakukan ujian pemanduan kereta
bersama Boss. Aduh, cabaran betul mahu bawa kereta mewah ni! Aku berkata dalam hati.
Walaupun untuk interview sebagai driver, aku sudah ada strategi. Aku gagal pada awal
temuduga tetapi aku tidak give up. Aku cuma ubah apa yang aku buat. Aku tidak guna rekemen
dari orang lain. Aku cuma guna modal diri dan ubah strategi. Tiga hari aku gagal. Tapi selepas
itu tiga syarikat terima aku. Aku sudah ada lebih pilihan. Bijak ke bijak aku?

22

Pada hari ujian pemanduan, seramai dua puluh orang yang dipanggil. Hanya tiga orang
yang di test-drive. Dan daripada tiga orang itu, hanya seorang yang layak menjadi pemandu
syarikat kepada Boss. Tahu siapa seorang itu? Aku lah tu. Hehe. Boleh raikan kejayaan aku
dengan senyum.
Bermulalah episod aku bekerja di sebuah syarikat pembuatan konkrit terbesar di
Malaysia. Nama syarikat itu LAFARGE Concrete. Letaknya di Jalan Kilang, Petaling Jaya.
Gaji permulaanku sebanyak RM 934 sebulan dan zero elaun. Tempoh sah perkhidmatan ketika
itu adalah enam bulan.
Aku memulakan tugas pada hari pertama dengan menghadirkan diri agak awal. Dari awal
pagi aku sudah bersedia. Disiplin datang awal itu kekal sepanjang aku bekerja di situ. Itu
menjadikan tempoh enam bulan sah perkhidmatan itu buat aku lulus dengan cemerlang.
Oleh kerana minatku di sini, aku bertahan selama sepuluh tahun. Tugasku mudah. Aku
hanya perlu membawa Boss dan ahli keluarganya ke destinasi pilihan mereka. Kerja
tambahanku adalah membersihkan kenderaan di samping menguruskan penyelenggaraan
kenderaan.
Kadang kala aku diminta menghantar tetamu syarikatku ke destinasi tertentu. Kenderaan
yang aku pandu semuanya mewah-mewah. Antara kereta yang aku pernah pandu adalah kereta
Volvo 940, Volvo S60, Volvo S80, Volvo XC90, Proton Perdana dan Nissan Murano.
Memang lain benar perasaannya. Aku begitu bangga kerana aku dapat memandu kereta
mewah secara percuma. Boleh dikatakan aku senyum setiap hari di tempat kerja. Itu memang
minatku. Disiplin kerja aku jaga. Rekod kerjaku cukup cemerlang.
Bayangkan, selama sepuluh tahun aku berkhidmat, aku hanya mengambil cuti sakit
selama enam hari dan datang lewat cuma tiga kali! Kali pertama kerana jam loceng yang aku
biasa gunakan tidak berbunyi. Yang kedua kerana tayar motor aku bocor di pertengahan jalan.
Dan yang ketiga kerana banjir.
Bukan itu sahaja, malah tiada rekod saman dan kemalangan tercatat sewaktu aku
mengendalikan kereta mewah panduanku. Bangga beb!
Selepas sepuluh tahun berkhidmat, aku mendapati kerja overtimeku semakin berkurang.
Ini atas faktor pertukaran Boss yang berlaku. Tujuh tahun aku membawa Boss berbangsa Cina.
Manakala baki tiga tahun aku ditugaskan membawa Boss berbangsa Morocco dan British.
Aku akui Boss aku itu adalah yang paling tinggi jawatannya di dalam organisasi
LAFARGE Concrete seluruh dunia tetapi oleh kerana beliau jarang berada di Malaysia, ia
menjejaskan pendapatan bulananku. Jumlah overtimeku tidak sampai sepuluh jam jika

23

dibandingkan sebelum ini mencecah 120 hingga 170 jam sebulan. Akhirnya, aku tekad
berhenti.
Terima kasih kepada Boss aku, Mr. Ho Yoon Tee (7 tahun), Mr. Younes Alaoui (3 tahun)
dan Mr. Bradley (sebulan).
Setiap pekerjaan yang aku lakukan walaupun kelihatan tidak glamour atau bertaraf
rendah, tetapi sarat dengan ilmu yang aku kutip untuk kegunaan di masa hadapan. Sepanjang
dua puluh tahun bekerja makan gaji dan berniaga, aku gelarkan seluruh pengalaman aku
sebagai "University Of Life".
Ini menunjukkan walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan mesti ada ilmu jika kita
membuka mata hati dengan lebih luas. Jangan pernah memandang hina insan yang rendah taraf
pendidikan, pekerjaan atau pangkat daripada kita kerana kita tidak boleh meramal masa depan
seseorang. Boleh jadi orang suruhan kita menjadi Boss kepada kita atau anak-anak kita di masa
hadapan.

24

Ceo Samad Kinto yang dahulu

Ini motor Honda Fame kebanggaan aku. Ansuran RM 100 sebulan hingga selesai RM 1500.
Banyak berjasa motor ni pada aku tapi tiada awek sangkut dengan aku. Apa nak buat, tahi
kambing bulat-bulat. Hehe.

Ini zaman aku bekerja sebagai pembantu van. Tahun 1988. Habis pelusuk Lembah Klang aku
teroka. Memang nostalgia.

25

Ini kenangan aku dibawa melancong sewaktu bekerja dengan Syarikat Azman & Tay
Associates. Jadi despatch pun dibawa bersama. Terima kasih Boss!

Aku dah sampai Los Angeles. Ini pun bersama dengan Syarikat Azman & Tay Associates.
Penuh memori beb.

26

Ceo Samad Kinto yang sekarang

Ini barisan usahawan di bawah bimbingan aku. Truetech Group ditubuhkan secara rasminya
pada Tahun 2009. Biar kecil tetapi berhasil adalah tema kami. Slogan awal perniagaan
"Pelanggan Kami, Sahabat Kami".

Selesai program rakaman televisyen Nasi Lemak Kopi 'O' tentang kisah kejayaan aku, 01
Disember 2013. Pertama kali aku masuk TV!

27

Aku dijadikan testimoni oleh Mentor aku, Dr Azizan Osman. "Dari budak pejabat, saya
kini miliki syarikat sendiri". Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Buku terbitan aku telah berjaya di pasarkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Alhamdulillah dikategorikan di rak buku Best Seller.

28

Kalau dulu aku memandu kereta mewah orang, kini aku memandu kereta mewah milik
aku sendiri.

Disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada insan yang selalu memberi galakan dan sokongan
padanya. Terima kasih sayang atas kasih Sayang tanpa syarat pada Abang. Bergambar di
depan rumah milik kami. (Ini rumah contoh).

29

Aku pun nak bergambar juga. Ini yang dah siap.

Ini mentor aku yang paling comel. Aku kira satu Malaysia kenal dia. Terima kasih Dr. Hj.
Azizan Osman! Ilmu yang aku kutip sangat besar hasilnya pada siapa aku sekarang. Nak
berjaya mesti kawan semua orang tetapi rapat dengan mereka yang sudah berjaya.

30

Bersama jutawan muda, Tuan Irfan Khairi. Banyak ilmu perniagaan online aku belajar
daripada beliau. Walaupun beliau kelihatan "jambu" tapi aku lebih stylo. Hehe. Jangan marah
Tuan IK.

Ini mentor aku di bidang hartanah dan kewangan. Banyak aku belajar ilmu daripada beliau.
Terima kasih Tuan Azizi Ali! Aku dah berhijrah ke Planet Jupiter!

31

Ini mentor aku yang berjantina wanita. Hehe. Puan Guru Ainon Mohd.! Aku memang hormat
dengan beliau. Kemahiran berfikir aras tinggi beliau memang luarbiasa.

Dulu berangan sekarang kenyataan. Dua buah buku yang telah diterbitkan. Jutawan Dari
Rumah dan Bukan Tidak Boleh Tapi Tidak Mahu. Boleh didapati di kedai-kedai buku
seluruh Malaysia. Aku memang gila membaca. Sehingga kini, aku dah baca 500 lebih buah
buku.

32

Bersama mentor dalam kemahiran bercakap. Terima kasih Dato' Roslan! Halalkan ilmu ya.

Keratan akhbar Metro Ahad. Masih tersemat dalam memori aku. 01 Disember 2013.

33

Bab 10
Anjali oh Anjali...
"Bersedekah setiap hari dengan keikhlasan, tambah nilai sedekah tanpa
harap balasan. In sha Allah."
- Ceo Samad Kinto

"Boleh saya tahu siapa di sana? Manjanya suara," aku mengusik di corong telefon.
Sungguh aku terpaut hanya dengan mendengar suaranya sahaja.
"Err! Manja ke? Biasa aja. Saya Anjali," balas seorang gadis di hujung talian.
"Manisnya nama, pasti secantik orangnya." Aku bermain kata-kata.
Seketika kemudian, kami sama-sama ketawa. Itulah detik perkenalan kami. Dari
perbualan yang tidak disengajakan akhirnya cinta kami berputik. Bermula dengan usikan,
akhirnya aku menjadi ketagih mendengar lenggok manja suaranya. Hari-hari aku dihiasi
dengan manjanya.
Anjali (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar di salah sebuah universiti di Dungun.
Dia masih lagi menuntut di Tahun Akhir Diploma. Aku pula bekerja sebagai driver di Kuala
Lumpur. Walaupun kami jauh, namun jarak bukan penghalang cinta kami. Melalui telefon
bimbit kami berhubung setiap hari. Nampaknya skill aku dalam talian ternyata tidak luntur.
Walaupun aku tidak berada di sisi, tapi menurutnya aku seperti sentiasa ada di sebelahnya.
Kami merpati dua sejoli seperti pasangan lain juga. Cuma aku masih kurang yakin sebab
kami masih belum pernah bertentang mata. Anjali belum pernah melihat aku. Sedangkan Anjali
aku yakin memang lawa bergaya. Ini aku ketahui dari adik aku sendiri yang sama-sama
menuntut di Dungun.
"Abang kirim gambar pada Anjali. Kalau setuju bermakna Anjali sudah menjadi kekasih
Abang 50 peratus. Selebihnya Anjali boleh nilai sendiri bila kita berjumpa. Setuju?" Aku
mengenakan syarat pada Anjali.
Anjali hanya melihat aku dari gambar yang aku kirim. Gambar itu gambar yang paling
slim dan paling kacak dalam simpanan yang aku miliki. Beberapa hari selepas menerima
34

gambar, Anjali memberi kata persetujuan. Separuh perjanjian telah tercapai. Yahoo! Kami
mengikat cinta melalui corong telefon. Percintaan kami bermula.
Hari-hari mengikat cinta bersama Anjali menjanjikan kedamaian dan kegembiraan yang
tidak pernah aku rasakan sepanjang hidup aku. Bahagia apabila ada yang mengejutkan bangun
pagi, mengambil kisah tentang makan minum aku, tempat meluah perasaan hari-hari dan
macam-macam lagi..
Assalamualaikum, aku memulakan bicara.
Hmmm..Kenapa Abang lambat telefon?, soal Anjali dengan nada sedikit merajuk.
Maaf lah, Abang ada kerja extra tadi lepas hantar Boss. Sorry Sayang. Dah lama tunggu
ya?, aku cuba meminta maaf.
Namun, Anjali senyap dihujung talian. Merajuk barangkali. Biasanya waktu bergayut
kami sekitar jam 10.30 malam setiap hari. Aku sudah selesai segala urusan kerja dan dia juga
dah sedia menunggu aku. Tapi malam itu, aku terlewat sedikit. Lambat satu jam kerana aku
ada kerja extra diberi oleh Boss. Terpaksa lah mukadimah aku panjang sikit memujuk semula
Anjali yang dah mula muncung.
Ok ok Abang minta maaf. Biar Abang nyanyi lagu untuk Sayang ya, kata aku dengan
ceria.
Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku
Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia
Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu, Anjali buah hatiku.
Terkumat-kamit aku menyanyi lagu Kasih dendangan Hetty Koes Endang. Boleh tahan
sedap juga suara aku. Tak lama kemudian Anjali sudah senyum semula. Dengar ketawa
kecilnya sudah aku bagai terbang ke bulan. Begitulah rutin harian aku dan Anjali. Setiap hari
aku akan menyanyi sebuah lagu untuknya. Kalau boleh, sebelum tidur, aku akan pastikan dia
terbuai lena dengan suara aku.
Sayang, Sayang suka Abang tak?, aku sengaja menduganya.
35

Mestilah. Kenapa Abang Tanya?, dia pula menyoal aku.


Hmm. Saja. Abang suka nak tahu apa ada dalam hati Sayang. Aku semakin terbuai
dengan suara halusnya. Terasa mahu terbang ke sana menemaninya.
Hmm..sebenarnya Sayang suka..Sayang suka lelaki yang berjiwa romantik macam
Abang. Beriman, penyayang, hormat orang tua, dan boleh memahami Sayang seadanya. Aku
dihujung talian sudah tersenyum-senyum mendengar luahan teman wanita aku itu. Pancing aku
mengena. Hehe.
Enam bulan lamanya kami bercinta melalui telefon. Bercinta jarak jauh memang seronok.
Tak perlu dating setiap hari. Jadi aku boleh fokus dalam pekerjaan aku. Cuma, bila rindu sedikit
terus SMS segera. Jika tidak boleh kawal kerinduan itu yang payah. Mesti dengar suara.
Terpaksa buat panggilan. Bergayut di telefon pula. Hehe. Aku ingat jimat duit, tapi bil berjela.
Perkara biasa dalam percintaan. Hero mesti berkorban.
Masa cukup pantas berlalu. Hinggalah pada suatu hari, kami bersetuju untuk berjumpa.
Anjali menjemput aku hadir ke rumah ibu saudaranya di Selayang. Itulah kali pertama aku
berjumpa dengan dia setelah berkawan sekian lama. Memang berdebar. Kumbang jantan ini
telah kehilangan gaya stylo sekejap. Keyakinan diri bagai terbang melayang. First time nak
berjumpa awek pujaan. Sekali dengan jumpa ibu saudaranya pula tu. Fuh.
Aku kumpul semua kekuatan. Sekejap sahaja aku dah kembali bersemangat. Aura
kerajinan aku luarbiasa sekali. Kereta kancil yang aku pinjam dari kawan sudah siap dicuci,
vakum dan polish dari malam lagi. Tayar kereta cukup berkilat sudah tersedia.
Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9.30 pagi. Aku masih berdiri di depan cermin,
melihat penampilan aku. Baju kemeja warna biru muda itu menampakkan aku kelihatan lebih
remaja. Ditambah pula dengan rambut yang sudah disisir rapi. Hensem juga aku ni, aku
berbisik dalam hati dengan penuh senyuman.
Pukul 10.00 pagi. Aku hidupkan enjin kereta kancil. Dengan lafaz Bismillah, aku
mulakan perjalanan. Sepanjang pemanduan aku secara solo ke Selayang, berbagai fikiran yang
aku bawa. Aku mesti susun skrip untuk bercakap. Penting ke? Ish. Mesti penting. Malah wajib
bagi aku. Degupan jantung aku lebih laju dari biasa. Lutut mula lemah bergoyang.
"Assalamualaikum...." Salam pertama aku hulurkan. Aku sudah berada di depan rumah
ibu saudara Anjali. Rumahnya kelihatan kemas. Dindingnya dicat dengan warna kuning muda
memberi seri. Lamannya penuh dengan pelbagai jenis pokok bunga. Aku kira ibu saudaranya
memang rajin mengemas.
"Waalaikumsalam..." Salamku berbalas. Seorang gadis muncul di muka pintu rumah. Dia
kelihatan anggun. Pipinya bagai pauh dilayang. Matanya bundar redup memandang aku.
36

Keadaan begitu hening sekali. Angin sepoi-sepoi bertiup, mendamaikan suasana menjadikan
aku terpukau dengan sinar wajahnya.
Itulah Anjali. Ternyata dia lebih cantik daripada apa yang aku bayangkan. Tubuhnya
kurus tinggi dan berkulit kuning langsat. Dia hanya memakai baju kurung corak bunga-bunga
kecil warna lembut, seolah-olah menggambarkan dirinya juga begitu.
Untuk sesaat, mata kami bertautan tanpa sebarang kata. Jiwa aku gundah tiba-tiba. Begitu
juga dengan jantung yang berdegup kencang tanpa amaran. Debaran di dada tidak mampu aku
kawal melihat dia di depan aku. Sedikit kekok jadinya, namun hero tetap hero.
"Jemputlah masuk..," ujar Anjali. Dengan muka yang penuh ceria, aku disambut baik
oleh Anjali dan keluarga ibu saudaranya. Sepanjang pertemuan, kami berbual mesra. Bertukartukar cerita. Sesekali aku bermain mata dengan Anjali. Setiap kali senyumannya dihulurkan
kepada aku, perasaanku terasa mudah cair. Aduh, jiwa seekor kumbang sudah tertawan. Anjali
sudah mendapat tempat dalam hati aku. Walaupun hanya baru berjumpa tidak sampai beberapa
jam tetapi sudah ada chemistri antara kami.
"Boleh tahan juga Abang ni. Tengok dari gambar tak berapa jelas lesung pipitnya," usik
Anjali sambil melirik senyuman. Kami sama-sama ketawa. Fuh, bergetar jantung beb bila kena
puji. Terasa kembang sekejap aku tika itu. Anjali memang ayu. Lenggok bahasanya lembut
dan manja. Ketawa kecilnya memukau hati aku. Betul-betul buat aku melayang ke bintang.
Macam hero Hindustan menyanyi sambil menari kat taman dibuatnya. Tiada kata yang mampu
mengungkap keindahan yang sedang aku nikmati waktu itu.
Tidak aku sangka, hari itu berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah Anjali sudi
menerima tawaran untuk menjadi kekasih sebenar aku. Termeterai ikatan cinta antara kami.
"Abang tidur mimpikan Sayang ya. Jangan main mata dengan orang lain!," itu antara
mesej-mesej aku dan dia. Saat itu aku tersenyum geli hati mendengar pesanannya. Sebelum
tidur memang wajib kami bermesej atau bergayut. Beberapa kali juga aku tertidur bersama
telefon di sebelah. Maklumlah orang bercinta. Dia memanggil aku Abang dan aku
membahasakan dia dengan panggilan Sayang.
Saban hari aku dan dia berhubung mesra. Jika tidak berjumpa, pasti bergayut di telefon.
Mana boleh tidak dengar suara satu hari. Boleh angau dibuatnya. Senyuman, pandangan mata,
gerak tubuh, derap langkah, juga auranya sentiasa bermain-main dalam minda aku.
Hari demi hari aku lalui bersama Anjali. Selama dua tahun menyulam kasih, pelbagai
kenangan pahit manis aku tempuh dengan dia. Dia memang cukup manja dengan aku.
Hinggalah, pada suatu hari......
"Sayang di mana? Sudah makan tengahari?"
37

Aku menghantar mesej kepadanya. Selepas sepuluh minit, mesejku masih tidak berbalas.
Tidak mengapa, aku cuba lagi.
"Makan apa sayang harini? Sedap tak?"
Aku menunggu lagi sepuluh minit. Juga tiada balasan. Rindu aku sudah menggunung
tinggi. Biasanya tak sampai dua minit sudah berbalas. Mungkin Anjali sibuk, aku cuba
sedapkan hati.
"Sayang tak rindu kat Abang ke?"
Aku menghantar mesej kali ketiga. Aku menunggu dengan penuh harapan. Aku
menundukkan wajah. Bermain-main jari-jemariku dengan fikiran buntu. Tidak lena tidur
jadinya bila diperlakukan begini.
Tetttt tetttt. Telefon tangan aku berbunyi. Tanda mesej masuk. Wah, ada balasan.
Berbunga-bunga hati aku. Aku senyum kecil. Teruja mahu membuka balasan dia.
"Di tempat kerja. Dah. Sibuk sikit."
Errr..! Mesej aku semakin kurang sambutannya. Anjali balas dengan begitu hambar. Aku
kecewa. Tidak ada tarikan seperti dulu. Tiga aku mesej, hanya satu dia balas. Itu pun pendek
dan macam tidak ada hati. Panggilan telefon pun susah dijawab. Kadangkala dia matikan.
Sudah beberapa lama aku perhatikan. Bukan hanya sekali ini. Hampir tiga bulan aku perhatikan
perubahan pada Anjali.
Aku terkilan. Apa salah yang aku lakukan. Setahu aku, aku tidak pernah curang
dengannya. Bermain mata dengan gadis lain adalah juga kadang-kadang. Itupun gadis lain yang
terpikat dengan aku. Bukan salah aku. Anjali tetap kekasih pujaan nombor satu aku.
Aku terpaksa meminta kepastian Anjali tentang hal yang sebenar. Perkara ini tidak boleh
ditangguh-tangguh lagi. Kalau dilihat dengan mata kasar, Anjali bagaikan tidak ada masa untuk
menemui mahupun berhubung dengan aku. Anjali seakan-akan menjauhkan diri.
Anjali yang aku kenal dahulu adalah seorang yang suka bercerita. Kami tidak pernah
putus berSMS setiap hari. Dan balasan-balasan SMS darinya jarang pendek. Pasti penuh satu
mesej tu. Anjali memang suka mengadu. Apa lagi aku kekasihnya. Memang banyak ceritanya.
Siap sahajalah aku melayannya. Kadang-kadang dia mengadu kisah kawan satu tempat
kerjanya nya yang suka makan, ada kisah kawan sepejabat yang suka tidur, ada kisah
kucingnya yang hilang dan macam-macam lagi. Aku tidak kisah langsung. Hati aku tercuit
juga dengar bebelannya.
Aduan Anjali setiap hari adalah hiburan hari-hari aku. Aku seronok mendengar
celotehnya. Aku akan mendengar dan sama-sama melayani kerenahnya. Setiap kali kami
bergayut di telefon, aku seolah-olah dapat membayangkan kecomelan dia mengadu dengan
38

penuh reaksi dan mimik mukanya di samping aduan yang tidak boleh diterima oleh akalku.
Geli hati dengan telatah awek aku ini. Beruntung aku dapat awek comel.
Tapi kali ini Anjali sungguh berbeza. Sepanjang minggu ini, waktu-waktu aku agak sepi
tanpa teman untuk bersembang. Anjali semakin tenggelam dengan kesibukannya di tempat
kerja. Dari pagi hingga ke malam setiap hari.
Terasa malas mahu menghubunginya. Entah kenapa aku dapat rasakan sesuatu yang tidak
elok bakal terjadi dengan hubungan kami. Mahu tidak mahu, aku mengambil juga telefon
bimbitku dan memintanya penjelasan darinya.
"Kita jumpa hari Sabtu pukul tiga di tempat biasa. Anjali ada sesuatu mahu beritahu
Abang." Tertera mesej ini di paparan telefon aku. Hampir sepanjang malam aku tidak lena tidur
memikirkan perkara yang bakal terjadi hari Sabtu nanti. Fikiran aku berserabut. Resah dan
gelisah. Mungkinkah salah aku yang semakin pudar melayannya? Mungkinkah aku ada
bermain-main mata dengan orang lain? Mungkinkah ada orang ketiga di antara kami? Pelbagai
andaian bermain-main di fikiran aku.
Pada hari yang dijanjikan, tepat pukul tiga petang, aku sudah terpacak di taman bunga
tempat biasa kami berjumpa. Kelihatan beberapa anak kecil bermain-main ditemani ibu dan
ayah mereka. Ada yang berlari. Ada yang bermain buaian. Ada yang sudah memercik peluh di
dahi. Aku seronok memerhatikan telatah mereka. Seandainya aku mempunyai anak suatu hari
nanti, mungkin juga anak-anak aku seperti mereka nanti. Nakal, lincah dan comel-comel.
Angan-angan aku yang entah dari mana.
Taman bunga itu menjadi saksi cinta kami. Bertemu hampir setiap minggu dan bergurau
senda. Perasaanku bercampur-baur. Aku mengharapkan sesuatu yang baik terjadi. Serta-merta
aku mengukir senyum. Anjali tetap milik aku. Dulu, kini dan selamanya. Itu bunga pujaan aku.
Lima minit kemudian, Anjali muncul di pandangan. Seperti biasa, dia kelihatan anggun
walaupun tanpa solekan di wajah. Anjali hanya memadankan jeans, t-shirt berlengan panjang
dan tudung jenis kain casavoil berwarna kuning air. Aku kagum dengan Anjali. Walaupun dia
kelihatan simple tapi menawan hati aku.
"Abang masih ingat janji kita sebelum couple?," Anjali memulakan mukadimahnya.
Aku mengangguk tanda aku masih ingat. Ya, aku mengaku sebelum kami mengikat tali
percintaan, ada perjanjian antara kami.

Jika ada lelaki yang lebih bagus daripada Abang sebelum kita bernikah, Sayang boleh
pilih lelaki itu tanpa syarat.

39

Aku membenarkan dia memilih lelaki lain sekiranya ada yang lebih bagus daripada aku.
Aku mengaku bahawa aku berada di tahap mana. Aku mahu dia hidup selesa. Tetapi itu bukan
soalnya. Soal hati dan perasaan ini telah lama terbuai-buai dalam mimpi aku. Setiap hari aku
menaruh harapan padanya.
"Andaikata Anjali sudah ada lelaki yang lebih bagus daripada Abang, Abang akan
lepaskan Anjali?," soalnya tenang tanpa memandang wajah aku.
Aku menarik nafas panjang. Tergamam sebentar. Hilang kata-kata untuk bersuara.
Aku sekadar mengangguk. Aku cuba tidak menunjukkan reaksi spontanku. Cuba
menganggap tiada apa berlaku dengan kata-kata kekasih hati aku itu. Aku menahan gelora di
jiwa. Sebak hati aku mendengar Anjali sudah mempunyai lelaki lain. Lebih bagus daripada aku
pula tu. Bercampur-baur perasaan aku. Geram ada, marah ada, sedih pun ada. Patutlah layanan
aku tidak bersambut.
Fikiran aku mengimbau kembali saat-saat kami memadu asmara dua tahun yang lalu.
Anjali benar-benar buat aku terpesona. Dari lirikan mata, senyumannya, tawa kecilnya,
semuanya memukau hati kumbang jantan ini. Memilikinya buat aku rasa sungguh bertuah.
Aku mengeluh panjang. Menahan perasaan yang entah apa. Namun ternyata, keluhan itu
timbul dari perasaan yang tidak enak. Aku benar-benar tidak suka dengan apa yang aku dengar
sebentar tadi. Aku belum bersedia untuk memikirkan tentang apa yang bakal terjadi selepas
ini. Apa yang aku debarkan, itulah yang terjadi. Yang aku tidak inginkan, itu jugalah yang
menghampiri.
Suasana sepi seketika. Anjali melemparkan pandangannya ke tasik di hadapan kami. Dari
mula lagi dia tidak mahu memandang aku di sisi.
"Beginilah. Abang beri Sayang tempoh satu minggu untuk fikir tentang hal ini masakmasak, kemudian kita jumpa semula.," aku beri arahan ringkas padanya. Aku mengharap
simpatinya. Aku harap Anjali dapat berfikir sehabis baik untuk perhubungan kami. Tempoh
masa dua tahun bukan tempoh masa yang singkat bagi aku. Aku melihat lebih jauh dari itu.
Aku melihat jalinan kasih sayang yang begitu kuat sekali. Bermacam kisah cinta sudah terpahat
dalam memori aku. Bahkan, aku sudah bersedia mahu menempuh alam perkahwinan apabila
Anjali tamat belajarnya nanti.
Hari-hari selepas itu aku tidak lena dalam tidurku. Anjali sudah tidak ada seperti
kebiasaan kami bergayut sebelum tidur. Terasa tidak lengkap hidupku. Makanan pun tak terasa
ketika mengunyah. Buat aku jadi tidak selera buat beberapa hari.
Mat, kau okey ke? Asyik termenung je aku tengok, tegur rakan tempat aku bekerja.
Katanya aku kelihatan kurus sejak dua menjak ini. Aku hanya senyum membalas soalannya.
40

Mengiakan kata-katanya. Emosi aku bergolak. Semuanya begitu menakutkan. Setiap hari aku
termimpikan Anjali. Aku tidak dapat membayangkan hidup aku tanpa Anjali. Kusut kepala aku
memikirkannya.
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh rintihan
Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari yang menyinar.
Pulanglah oh sayang,
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang untukmu oh sayang.
Argh! Lagu di radio ini seakan-akan memerli aku. Aku membuka mata perlahan-lahan.
Aku mengeluh lagi. Entah mengapa beberapa hari ini lain sekali. Masa yang selalunya pendek,
jadi panjang. Yang sekejap, boleh jadi lama.
Enam hari telah berlalu. Aku berjumpa semula dengan Anjali seperti yang dijanjikan.
Kami berjumpa di taman bunga berhadapan tasik yang sama. Suasana di taman lewat petang
itu agak lengang. Hanya ada beberapa anak kecil bersama penjaganya bermain buaian dan
bersiar-siar membuat pusingan di tepi tasik. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa terasa
dingin di kulit wajah. Harmoni, indah, tenteram berada di tasik ini.
Kali ini, ada satu perasaan yang cukup sayu bertandang di jiwa. Tidak tahu sama ada
berada di sini mengembalikan kenangan lama ataupun sayu kerana tempat inilah yang
menemukan aku dengan seorang wanita yang amat aku sayangi.
Aku lihat Anjali sudah mengambil tempat duduk di kerusi biasa kami. Pakaiannya serba
ringkas tetapi tetap cantik di mata aku. Dengan slack warna coklat gelap serta blaus yang agak
longgar, dia sudah tampak menarik. Pipinya sedikit merah hari ini, buat hati aku semakin
memuji keayuan dia.
Sebaik sahaja aku mengambil tempat duduk, Anjali berkata, "Abang, Anjali sudah fikir
sedalam-dalamnya."
Tidak beri aku peluang ambil nafas dia ni. Aku mengomel dalam hati. Ternyata nada
suaranya begitu meyakinkan.
Aku memandang Anjali. Mulutku seakan terkunci. Menyedari renunganku yang tajam ke
arahnya, dia segera berpaling dari aku.
41

"Anjali tidak mahu kita berhubungan lagi," dia menyambung ayatnya bersahaja. Jelas
suaranya menangkap ke telinga aku.
Kata-katanya mengundang rasa tidak enak dalam jiwa aku. Aku mengharapkan takdir
untuk kami berdua....Argh!
Aku menarik nafas panjang perlahan-lahan bila berasa tidak selesa. Mengapa aku
diceraikan? Adakah aku tidak cukup kacak menjadi bakal suaminya? Adakah aku tidak cukup
gagah untuk menjadi lelakinya? Siapakah lelaki yang telah mencabar kelakian aku?
Aku memberanikan diri menatap gadis di hadapanku.
"Sayang tidak menyesal?," aku memandang wajahnya dengan penuh simpati.
Serta-merta dia menggeleng perlahan.
"Hati Anjali sudah tidak ada pada Abang. Hati Anjali telah lama mati dengan hubungan
kita. Maafkan Anjali."
"Abang bukan lagi hero pujaan Anjali."
Aku terpaku di situ. Kepala aku berat. Aku tidak mahu memikirkan kemungkinan yang
bakal terjadi. Aku tidak sanggup. Anjali cinta hati aku. Aku tarik nafas dalam-dalam.
Sepuluh minit berlalu tanpa kata. Aku dan Anjali seolah-olah dalam dunia kami sendiri.
Aku kehairanan. Tapi cuba memberanikan diri menjawab kata-katanya.
"Tapi mengapa Anjali? Apa salah Abang? Anjali tidak bahagia dengan Abang selama
ini?," aku menyoalnya dengan dahi yang berkerut. Bukan mudah untuk aku meninggikan suara
dengan gadis yang aku sayang ini. Ini lah kali pertama dan mungkin yang terakhir. Aku
semakin bingung. Aku mahu duga hatinya.
Serta merta dia menggeleng.
"Sayang, please. Please beritahu apa salah Abang." Aku seolah-olah cuba merayu dan
memujuknya.
Suasana hening seketika. Aku lihat Anjali menyusun butir bicaranya. Aku diam. Enggan
mengulas apa-apa lagi. Aku tidak mahu kembali mengingati kenangan lama. Aku renung
wajahnya dalam-dalam. Tidak sedikit pun berganjak pandangan mataku.
"Ada tujuh sebab keputusan ini dibuat...." Anjali meneruskan bicaranya. Berasa tidak
selesa diperhatikan begitu, Anjali segera mengalihkan pandangan. "Abang mahu dengar
semuanya?," soalnya bersahaja.
Aku hanya mengangguk. Jantung aku berdegup hebat. Aku tertanya-tanya apa jawapan
disebalik kata-kata Anjali itu. Tujuh sebab bukan sedikit. Apakah itu semua kekurangan aku?
Apakah sungguh benar tujuh sebab itu yang membuat hatinya goyah? Aku mengerut dahi. Aku
makin tidak senang duduk. Apa yang perlu aku buat? Fikiranku ligat berputar. Memikirkan
42

bagaimana aku boleh menyelesaikan ketujuh-tujuh alasan itu. Pasti ada caranya, aku berkata
sendirian.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk
menjawab. Meninggalkan aku terpinga-pinga dengan penjelasannya yang belum habis.
"Okey, you tunggu sekejap. I tengah jumpa kawan dulu, okey?" Serta merta telefon
bimbit dimatikannya.
Aku cuba bersuara bertanyakan sesuatu, tetapi dia lebih pantas daripada aku. Aku betulbetul mahu tahu siapa gerangan yang menelefon dia sebentar tadi. Dan mengapa ungkapan
kawan diberikan pada aku? Adakah aku benar-benar sekadar kawan setelah lama kami
menyulam kasih? Aku keliru.
Dari cara dia melayani si pemanggil, tidak salah aku menduga bahawa si pemanggil
mungkin adalah pesaing aku. Dada aku semakin berdebar-debar bila mengingati semula
perbualan mereka sebentar tadi. Aku cuba meredakan perasaan. Aku cuba tidak mengaitkan
panggilan telefon yang baru aku dengar ini dengan episod cinta kami. Berkali-kali aku
meyakinkan diri bahawa aku masih di tangga teratas dalam hati Anjali. Namun, seandainya
benar telahan aku, apakah akan terjadi dengan hubungan kami? Siapakah gerangannya yang
berani mengganggu ketenteraman cinta kami ini? Gelora dihatiku saat itu, hanya aku sahaja
yang tahu.
"Abang sungguh mahu tahu?," ujar Anjali penuh rahsia. Dia berpaling. Dia sedikit jauh
dari aku ketika itu.
Aku cuba menggagahkan diri memandangnya. Aku mengangguk. "Ya, teruskan Sayang."
Ungkapan sayang masih aku guna untuk dia. Bagi aku, dia kekasih aku dulu hingga kini. Kasih
sayang aku tidak pernah berubah walau sedikit pun laut bergelora. Malah, dari hari ke hari
perasaan cinta dan sayang itu membuak-buak untuk aku hidup bersamanya. Melihat dirinya
ketika itu, perasaanku jadi tidak menentu. Hati aku berasa berat. Pantas aku mengalihkan
pandangan. Tidak mahu melayani perasaanku ini. Namun, perasaan ini semakin kuat tetapi sepi
dalam waktu yang sama. Aku pasti akan kehilangannya kali ini. Buat sesaat itu, perasaan dan
keinginanku begitu hebat sekali.
Dalam sekelip mata, suara Anjali memecah gelodak perasaanku.
"Satu, Abang tidak ada simpanan."
Gulp. Aku telan air liur. Dalam masa yang sama, aku tersentak. Tergamam tapi cuba
bertenang. Kening mataku terangkat, seolah-olah tidak mempercayai kata-kata Anjali. Hati aku
lantas terdetik, begitu mudah dia menilai kewangan aku. Apa dia tahu simpanan di bank aku
sudah berapa? Aku membiarkan dia meneruskan bicaranya.
43

"Dua, Abang tidak ada rumah."


Aku menahan perasaan. Terasa seperti disindir. Rumah memang aku belum ada tetapi
sebenarnya aku sudah bersedia untuk membelinya selepas kami kahwin nanti. Aku diam
membisu tanda akur.
"Tiga, Abang tidak ada kereta."
Aku diam sahaja mendengar penerangannya satu persatu. Spontan, terlintas dalam fikiran
aku, kenapa gadis ini memandang aku begitu rendah?
"Empat, jarak umur kita berbeza terlalu jauh."
Anjali mula menjarakkan ruang antara kami. Aku hairan, aku sudah berpacaran
dengannya sudah dua tahun. Setahu aku, usia bukan penghalang cinta kami. Jika tidak,
mengapa lamaran kekasihku dua tahun yang lalu diterima dengan mudah. Tetapi hari ini, isu
itu dibangkitkan.
"Lima, keluarga tidak menyukai Abang."
Aku tersentak. Perasaanku sedikit tersinggung. Mahu sahaja aku angkat kaki ketika itu
juga. Aku mengerutkan dahi tanda tidak puas hati. Aku fikir, hati ahli keluarganya sudah aku
tawan dari permulaan kenal lagi. Namun, aku kawal reaksiku.
"Enam, taraf akademik kita bagai langit dan bumi."
Berderau darahku mendengar sebab keenam ini. Anjali benar-benar banyak berubah.
Tidak seperti dulu. Aku diam. Kata-kata Anjali banyak kebenarannya.
"Tujuh, Abang seorang driver. Bagaimana mahu beritahu orang kampong. Malulah."
Anjali menghabiskan bicaranya. Perbualan kami terhenti setakat di sini. Dalam sekelip
mata, aku rasakan langit seakan runtuh menghempap aku. Betapa sukarnya aku melalui saat
perpisahan ini. Wajah aku jelas kelihatan muram. Selesai memberi tujuh sebab memutuskan
perhubungan kami, Anjali mengatur langkah pergi dari hidup aku. Kali ini dia pergi untuk
selama-lamanya.
Aku masih mengambil tempat di hadapan tasik. Sedih, sepi, mengharap dan merindu.
Anjali tidak sedikit pun peduli perasaan aku selama ini. Sulaman kasih kami sekadar cinta tak
berpenghujung.
Aku mahu menangis. Hati aku punah dan ranap dalam beberapa masa sahaja. Ketujuhtujuh sebab itu bagai diulang suara di telingaku. Abang tidak ada simpanan, Abang tidak ada
kereta, Abang tidak ada bla..bla..bla.. Bagai tidak percaya pada situasi itu, kembali ke kereta
aku menangis semahunya. Tidak aku sangka, air mata kelakianku bergenang di kelopak mataku
kerana seorang wanita. Inilah kali pertama aku diperlekehkan begini. Saat menghidupkan enjin

44

kereta yang aku pinjam hari itu, lagu Sandiwara Cinta pula berputar di radio. Seolah-olah
memahami perasaan aku ketika aku. Dengan penuh kecewa, airmataku menitis jua.
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Kelu lidahku. Kalau ikutkan hati, jawapanku mudah sahaja. Mengapa menerima cinta
aku dua tahun yang lalu? Saat yang sama aku menjawat jawatan driver. Jika benar tidak mahu
seorang driver, mengapa sudi menjadikan aku kekasih hatinya. Aku masih tidak percaya
dengan apa yang aku dengar. Aku terasa seperti berjalan di atas angin. Bagai mimpi. Terasa
diri aku masuk ke dunia yang begitu asing.
Aku menggeleng beberapa kali seolah tidak mempercayai semua ini berlaku. Tubuhku
yang sebelum ini cuba menunjukkan keberanian dan keyakinan, perlahan-lahan lesu.
Walau apa cara sekalipun, perkara tetap berlaku dan sudah berlaku. Cuma sedikit terkilan
di hati ini, aku tidak mengerti kenapa cinta aku dipermainkan. Seumur hidup aku, tidak pernah
ada insan yang berani kata begitu pada aku.
Kejadian itu sememangnya memberi tamparan hebat pada aku. Oleh kerana aku percaya
bahawa manusia itu ada peluang memilih, aku akur dengan pilihan Anjali. Aku melepaskan
dia dengan hati yang berat.

45

Kata-kata Anjali itu lebih kepada satu panduan untuk membantu aku bersedia
menghadapi karenah menjemput jodoh di masa akan datang. Aku mula membezakan antara
realiti dan impian, kenangan dan kenyataan. Aku kembali berdiri teguh tanpa memikirkan
Anjali lagi. Aku pujuk diri supaya tidak terus hanyut dalam kekecewaan.
Selagi hayat dikandung badan, aku tidak akan lupa kata-kata Anjali ini. Kekecewaan ini
telah membina kekuatan dan keyakinan diri. Diri ini kuat semula walaupun hakikatnya, luka
itu masih terasa perit. Aku sedar, menangisi kebodohan diri di atas kekecewaan tidak akan
membawa aku ke mana.
Di suatu sudut, aku mahu mengucapkan beribu terima kasih kepada Anjali kerana telah
menyedarkan siapa aku yang sebenar. Selama ini aku tidak pernah tahu bahawa tujuh sebab itu
menjadi penanda aras bagi seorang wanita untuk menilai lelaki yang bakal menjadi suaminya.
Terima kasih Anjali.

46

Bab 11
Keajaiban Uncle Lim
"Bersedekah setiap hari dengan keikhlasan, tambah nilai sedekah tanpa
harap balasan. In sha Allah."
- Ceo Samad Kinto

Aku berbaring di atas katil. Fikiran aku berkecamuk. Kata-kata Anjali masih terngiangngiang ditelinga aku. Aku masih sayangkan dia? Dia masih ada cinta untuk aku? Mengapa
begitu mudah berpaling tadah dengan alasan yang entah apa.
Ah! Aku langsung tidak mengerti. Percintaan yang aku semai benihnya tidak
menghasilkan buah. Cinta aku punah di saat sedang bertunas. Luluh hati aku mengingatkan
kisah itu. Sungguh aku mengharap untuk bernikah dengannya.
Sejak kejadian tempoh hari, aku tidak pernah sekali pun menggagahkan diri untuk
mencari kekasih lain. Pada aku urusan jodoh akan datang kemudian. Soal hati aku tolak tepi.
Kerjaya aku lebih penting dari segalanya. Aku kutip semula sebab-sebab aku diceraikan oleh
Anjali dan memulakan langkah sebagai orang baru.
Aku seakan terjaga tiba-tiba. Bayangan Anjali aku perlu hapuskan dari minda. Sesekali
bayangan itu menjelma tanpa dipaksa. Tawa kecilnya, bahasa tubuhnya, aura suaranya sudah
sebati dalam rutin harian aku. Namun, keadaan sudah tidak sama seperti dahulu. Rasa kasih itu
perlu aku buang sejauhnya. Anjali bukan milik aku lagi. Anjali sudah menjadi sebahagian
daripada kisah silam aku. Anjali menjadi titik punca perubahan aku. Ya, aku perlu berubah.
Aku perlu mengubah nasib hidup aku.
Tetapi bagaimana? Aku hanya belajar setakat SPM. Gagal pula. Masih ada ruangkah
untuk insan seperti aku berjaya? Berfikiran untuk menjadi jutawan jauh sekali. Aku fikir gagal
dalam pelajaran betul-betul telah menutup segala peluang aku. Aku buntu.

47

Tahun 2007.
"Samad, You jangan lupa ambil wife Boss sekejap lagi ya," tersentak aku mendapat
arahan daripada secretary Boss.
Aku tersenyum. "Pukul berapa sekarang ni?"
"Pukul 2.30 petang. Pergilah bersiap-siap menjemput mem besar." Secretary cuba
mengingatkan aku. Aku terus mengangguk.
Ketika ini, aku telah pun mendirikan rumah tangga bersama dua orang cahaya mata.
Selepas kejadian lamaran cinta aku ditolak, aku lebih pandai menjemput jodoh dengan
berpandukan alasan-alasan aku ditolak. Aku mula membeli kereta dan mengubah beberapa
aspek dalam kehidupan yang membawa kepada jodoh aku dalam rumahtangga. Siapa sangka,
dalam kekalutan itu, aku masih meneruskan kerja harianku sebagai driver. Tugas tetap tugas.
Aku perlu melaksanakan yang terbaik. Aku bingkas bangun membawa kunci kereta dan
meneruskan kerjaku seperti biasa.
Rutin harian aku sebagai driver berjalan dengan lancar. Hari-hari aku dipenuhi dengan
urusan kerja. Di rumah pula aku menyibukkan diri dengan bermain dengan dua orang anak
hasil perkahwinan aku. Yang sulung berumur 2 tahun. Yang kecil berumur setahun. Dunia aku
kosong sedikit tetapi aku pasti akan datang sinar buat aku.
"Samad, you tolong hantar saya ke Hotel Concord malam ini. Jemput saya jam 7.30
malam." Boss aku memberikan arahan ringkas. Kalau ikut jadual, malam ini tidak ada apa-apa.
Mungkin ini dinner tanpa dirancang. Aku hanya menurut.
Jam menunjukkan tepat 7.00 malam. Aku sudah bersiap sedia. Aku akan pastikan 15
minit sebelum 7.30 malam, aku sudah terpacul di depan pintu rumah Boss. Datang awal dan
menjaga disiplin memang wajib bagi aku.
Sepanjang perjalanan, kami tidak banyak bersuara. Aku pula hanya akan menjawab
apabila disoal oleh Boss. Jika tidak, diam sahaja lah. Selesai menghantar Boss ke destinasinya,
aku mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja aku. Ketika itu, aku ada membuat bisnes
kecil-kecilan menjual telefon bimbit terpakai. Telefon-telefon rosak aku beli pada harga
rendah, baiki dan kemudian jual semula pada harga yang tinggi. Sementara menunggu Boss
aku selesai dinnernya, boleh lah aku siapkan kerja part-time aku ini.
Beberapa telefon bimbit yang rosak ada dalam simpanan aku. Cadangnya, mahu
menghantar untuk dibaiki pada malam itu. Aku meneruskan pemanduan. Kali ini, aku mahu
berjumpa dengan seorang rakan berbangsa Cina yang pakar membaiki telefon.
Aku kenal dia sudah beberapa bulan. Sejak aku berkecimpung dalam dunia bisnes
menjual telefon bimbit ini. Kami sama-sama terserempak di sebuah kedai telefon bimbit.
48

"You boleh repair itu telefon ya?," ujarku kali pertama melihat dia membawa beberapa
telefon yang sudah elok untuk diserahkan pada tuan kedai.
Dia sekadar mengangguk. "Boleh la I hantar telefon-telefon rosak pada you?" Aku
sekadar mencuba nasib. Tetapi berniaga dengan bangsa Cina memang sepenuhnya tentang duit.
Apa sahaja yang mendatangkan untung, mereka akan terima. Itulah detik aku mula berkawan
dengan Uncle Lim (bukan nama sebenar).
Uncle Lim lingkungan 40 an. Dia tergolong dalam golongan kurang upaya. Kakinya
tempang menyebabkan dia perlu berjalan memakai tongkat. Pakaian Uncle Lim sangat selekeh
pada aku. Tidak mencapai piawaian aku. Sekadar memakai seluar pendek dan baju pagoda
putih. Langsung tidak menunjukkan ciri-ciri orang banyak duit. Kereta yang dia pakai pun
biasa. Myvi berwarna putih sentiasa menemani Uncle Lim.
Dalam pada itu, aku kagum dengan kesungguhan Uncle Lim. Dia berusaha dengan
menggunakan kemahiran yang dia ada. Tempang tidak menjadi penghalang dia mencari duit.
Kemahiran yang dia ada menjadi sebab untuk orang membayar khidmat dia. Ada sesuatu yang
aku boleh belajar dari dia. Tapi aku tidak pasti apakah sesuatu itu.
Malam itu, kali pertama aku disuruh menghantar telefon rosak di rumah Uncle Lim.
Berpandukan alamat yang diberi, aku berusaha mencari rumahnya.
"You masuk USJ 10, dalam tu ada satu taman. Rumah I dekat corner lot. Boleh tanya
security nanti," kata Uncle Lim melalui telefon.
Wah, ada security. Rumah di USJ 10 pula tu. Bukan calang-calang Uncle Lim ni. Nampak
sahaja tidak berupaya. Aku mengomel sendirian dalam kereta.
Aku sudah tiba di alamat yang diberi.
Aku seakan tidak percaya melihat apa di depan aku.
Benarkah ini rumah Uncle Lim? Sebuah rumah teres dua tingkat tersergam megah di
depan aku. Pagarnya saja sudah cukup mewah dengan warna keemasan. Warna dinding rumah
Uncle Lim aku tidak perasan kerana waktu malam. Rumah Uncle Lim di corner lot.
Mempunyai laman yang luas dan kemas. Ada tiga buah akuarium menghiasi laman rumah
Uncle Lim. Akuarium itu kelihatan sangat mahal. Karang didalamnya adalah karang hidup.
Begitu juga dengan rumpai laut yang menghiasi dasar akuarium. Tidak ada yang palsu. Ikanikan didalamnya seakan-akan memberitahu aku bahawa tuannya ini lebih dari seorang yang
kaya-raya. Aku tergamam. Aku kira nilai sebuah akuarium itu sahaja sudah mencecah 8 ribu
ringgit. Dalam keadaan separuh sedar itu, aku mengaku bahawa Uncle Lim memang seorang
yang hebat. Material yang dia miliki di luar jangkaan aku. Ternganga mulut aku melihat
kemewahan lelaki tempang itu.
49

Beberapa buah kereta tersusun indah di garaj keretanya. Terselit sama sebuah Myvi putih
yang biasa dipandu oleh Uncle Lim ada di situ.
Dalam kekalutan aku menekan loceng rumahnya. Lima minit kemudian, keluar seorang
lelaki Cina berseluar pendek dan berbaju pagoda putih menghampiri aku.
"Mana telefon you nak baiki?," soal Uncle Lim mengejutkan aku dari lamunan.
"Ada ada. Ini dia," ujarku sambil menghulurkan beberapa buah telefon pada dia. "You
siapkan yang ini dulu ya, mahu jual cepat, pelanggan sudah tunggu." Aku menyambung.
"Apa masalah ini?" Uncle Lim mengangkat telefon yang aku maksudkan.
"Skrin dia rosaklah. Tak mahu keluar. Boleh baiki?" Aku bertanya dengan nada penuh
mengharap.
Satu persatu bahagian telefon itu dibuka. Aku melihat dengan penuh khusyuk. Uncle Lim
mahu repair sekarang ke? Biar betul? Aku bermain teka-teki di dalam hati sambil mengemas
kembali beg yang aku isi telefon di dalamnya.
"Nah, sudah siap. You tengok ini skrin sudah keluar. Betui kan?" Reaksi Uncle Lim
selepas lima minit berlalu begitu mengujakan aku. Pelat cinanya kadang kala terkeluar juga.
Aku terkedu. Beberapa saat aku terdiam dan mengangguk. Ini lebih daripada magik.
Ajaib! Apa tangkal yang dia pakai untuk baiki telefon ni?
"RM 400." Uncle Lim mengenakan bayaran pada aku. Aku telan air liur. Kaki aku tidak
bergerak. Belum sempat aku hilang kejutan dengan rumah mewah tersergam milik Uncle Lim,
nah, aku dihidangkan dengan keajaiban lagi. Uncle Lim memang hebat.
Kemahiran dia membaiki telefon bimbit itu dalam masa lima minit tapi menghasilkan
upah RM 400 tanpa modal tunai. Magik apakah ini? Jika lima minit sudah buat duit RM400,
bayangkan jika 60 minit? Satu hari ada 1440 minit. Sekali lagi aku terdiam. Terpukul dan
terkaku.
Aku cubit diri aku supaya tidak tenggelam dalam dunia khayalan. Aduh, sakit! Aku
mengaduh akibat cubitan aku sendiri. Ini bermakna aku tidak bermimpi. Ini benar-benar terjadi
depan mata aku.
"Bayar dulu, baru boleh ambil ini telefon." Uncle Lim mengingatkan aku. Serta merta
aku menghulurkan duit pada dia. Transaksi berlaku. Begitu mudahnya dia membuat duit. Jika
dibandingkan dengan gaji driver aku, perlu tunggu sebulan baru dapat. Itu pun hanya seribu
lebih. Kejadian ini benar-benar membuatkan aku terpukul.
Pulang dari rumah Uncle Lim, aku tidak boleh tidur malam. Kenangan di rumah Uncle
Lim beberapa jam yang lalu bermain-main di fikiran aku. Ini telah menampar dengan kuat

50

segala keegoan dan kebodohan aku segala ini. Tumbukan padu dari beliau berjaya merobohkan
tembok kepercayaan aku selama ini. Bodohnya aku!
Uncle Lim seolah-olah memberi aku satu signal yang mengatakan bahawa orang berjaya
tidak memerlukan sijil akademik semata-mata. Sungguh benar apa yang aku lihat ini. Mungkin
inilah turning point sebenar yang merubah hidup aku.
Kepercayaan selama 20 tahun yang aku pertahankan selama ini roboh berkecai dengan
sendirinya. Taraf pendidikan bukan penentu untuk mendapatkan pendapatan yang banyak. Aku
mesti belajar kemahiran ini. Kemahiran yang aku kuasai ini boleh menjadi sebab untuk orang
lain membayar aku.
Aku seperti melihat satu sinar cahaya yang menerangi kehidupan aku dan keluarga.
Sekarang aku mulai faham yang apa yang kita lakukan mempunyai nilai tersendiri.
Bekerja sebagai seorang driver tidak mungkin boleh mendapat pendapatan bulanan
melebihi RM 5,000. Ini nilai yang semua orang setuju. Oleh sebab itu, aku mesti ubah situasi
ini. Aku mesti cipta nilai yang tinggi kepada diri aku.
Satu persatu aku tulis di atas kertas bagaimana aku mesti bermula dengan versi diri yang
baru. Aku yakin aku mempunyai potensi diri untuk pergi lebih jauh. Rekod aku sebelum ini
menyatakan begitu. Menjadi seorang yang baik hati sahaja bukan lesen untuk kaya dan berjaya.
Aku mesti kuasai kemahiran yang baru. Aku lihat perniagaan mempunyai peluang itu.
Perkara yang terburuk pun hanyalah aku hilang pendapatan bulanan. Apabila aku tulis
income yang aku perlu cari hanyalah sejumlah RM100 sehari. Ianya aku lihat sangat mudah
untuk aku capai. Jika aku berjaya repair 3 buah telefon bimbit, aku lepas piawai itu dengan
cemerlang.
Aku seperti dilahirkan semula. Kemahuan yang tinggi dan semangat yang membara
menjadi picu perubahan aku. Aku nekad untuk menghantar notis sebulan berhenti bekerja
sebagai seorang driver. Di sinilah bermulanya perjalanan langkah pertama sebagai usahawan
sepenuh masa dari rumah.

- TAMAT

51

Tahniah dan Syabas!!!!


Kerana anda mempunyai kekuatan membaca dan
melaburkan masa untuk khatamkan eBook Mukadimah
ini! Ia satu kejayaan yang boleh dibanggakan!
Apakah yang perlu anda lakukan selepas ini?
Ini adalah kejayaan aku. Pada aku, semua orang boleh berjaya. Walau siapa
pun kita, aku percaya kita boleh ubah taraf hidup kita. Dan jalan kejayaan kita
juga tidak akan sama. Berbeza-beza. Kau takkan jadi macam aku. Tapi kau boleh
cipta kejayaan kau sendiri. Jatuh bangun itu pasti.
Aku dulu pun suka baca kejayaan orang. Malah aku jadi penepuk setia
kejayaan orang lain. Alhamdulillah hari ini orang lain pula baca kejayaan aku.
Terima kasih ya.
Tidak ramai yang sanggup melabur masa dan tenaga hanya untuk
membaca. Sedikit sebanyak kau sudah menambah tenaga positif, idea, motivasi
dan menjadi versi terbaru dalam diri sendiri. Tabiat ini sangat bagus untuk
diteruskan.
Setiap kali anda khatam untuk sebuah buku, anda sudah pun menjadi
seorang yang baru. Lebih berilmu, lebih matang, lebih baik dan graf anda berasa
lebih tinggi daripada sebelum ini.
Kadangkala kita terlupa yang kita lebih bagus dari sebelum ini. Proses
kejayaan mesti ada satu tempoh tertentu. Ini termasuk proses untuk menjadikan

52

membaca sebagai satu tabiat harian. Sikap ini perlu diulang-ulang sehingga
menjadi ketagih. Ketagihan membaca tidak ada pada mereka yang biasa-biasa.
Aku sendiri pun pada awal alam persekolahan aku seorang yang sangat
malas membaca. Akibat dari kemalasan itu, keputusan akademik aku pun malas
nak cemerlang.
Dalam tempoh awal 12 bulan perniagaan aku pun aku masih seorang yang
malas membaca. Oleh kerana itu, setahun yang awal dalam bisnes aku juga
usahawan yang biasa.
Tapi bila aku timbul minat untuk membaca segala-galanya mulai berubah.
Aku lebih mudah mendapat idea, menyelesaikan masalah, berilmu, bersemangat
dan akhirnya aku mula merasai kejayaan kecil-kecil dahulu.
Bagi aku, kejayaan terhasil dari perubahan yang kita lakukan. Aku yakin
dan percaya andaikata kita berjaya membaca 100 buah buku sudah pasti banyak
kejayaan yang hadir sepanjang tempoh tersebut. Sebagai contoh, kita pasti ada
100 idea dari 100 buah buku yang kita baca.
Aku sendiri pun sudah berjaya membaca 500 buah buku sepanjang 5 tahun.
Jadi aku berani rekemen tabiat ini memang berbaloi untuk disemai.
Aku nak beritahu cerita ini ada sambungannya. Sila skrol ke bawah untuk
makluman.

53

Rasa tidak puas membaca eBook ini?


Kami ada sambungannya

1. Ada lagi 2 turning point yang benar-benar mengubah 360o kehidupan


penulis. Kisah ini ada dimuatkan di eBook ini.

2. Disertakan 30 bab seterusnya yang berbaloi untuk dibaca sebagai makanan


vitamin motivasi untuk berubah (Aktiviti harian, Tip dan Nasihat, ketahui
perkara yang dilakukan sendiri hingga sekarang).

3. Buku ini disusun rapi dan ditaip set sebanyak melebihi 20, 000 patah perkataan
sebagai sumbangan penulis kepada pembaca istimewa.
Yuran Kebijaksanaan untuk eBook ini BUKAN RM 199!
BUKAN JUGA RM 99!
BUKAN RM 79!

HANYA RM 50 Saja!!!
54

Jimat berbaloi-baloi bukan?

Sila buat bayaran di akaun di bawah:


Bayaran mestilah pada harga yang telah dinyatakan di atas.

Nama Akaun | Abdul Samad bin Abdul Rahman


Maybank | 1641 8201 5221
CIMB Bank | 86000 67322

Email bukti pembayaran dan maklumat lengkap anda kepada:

truetechbusiness@gmail.com

(Maklumat lengkap meliputi Nama penuh, No telefon, Email, Nama Buku, Jenis
Bisnes)

Talian Hotline:

018 9646 795

eBook anda dihantar ke email anda dalam tempoh 48 jam selepas pembayaran.
Terima kasih.

55

PEMBELIAN BUKU FIZIKAL:


FREE Pos Laju Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak

Jimat RM 10!!!

Sila buat bayaran di akaun di bawah:


Bayaran mestilah pada harga yang telah dinyatakan di atas.

Nama Akaun | Abdul Samad bin Abdul Rahman


Maybank | 1641 8201 5221
CIMB Bank | 86000 67322
Email bukti pembayaran dan maklumat lengkap anda kepada:
truetechbusiness@gmail.com

(Maklumat lengkap meliputi Nama penuh, No telefon, Email, Nama Buku, Jenis
Bisnes)

Talian Hotline:

018 9646 795


56

TAWARAN MELELEH!

Dapatkan :
1)
2)
3)

Jutawan Dari Rumah (bernilai RM 30)

Bukan Tidak Boleh Tapi Tidak Mahu (bernilai RM 30)

eBook Transformasi Kehidupan 360O Dari Universiti Jalanan ke Planet


Jutawan (bernilai RM 50)

FREE POS Laju. JIMAT RM 10!!!

HARGA ASAL = RM 110


HARGA TAWARAN MELELEH HANYA RM 90!!!

JIMAT RM 30!!!
Nama Akaun | Abdul Samad bin Abdul Rahman
Maybank | 1641 8201 5221
CIMB Bank | 86000 67322
Email bukti pembayaran dan maklumat lengkap anda kepada:
truetechbusiness@gmail.com
(Maklumat lengkap meliputi Nama penuh, No telefon, Email, Nama Buku, Jenis
Bisnes) / Talian Hotline: 018

9646 795
57

Akhir kata dari aku, siapa pun anda yang membaca mukadimah eBook ini
pun layak untuk kaya dan berjaya. Tiada syarat atau kebenaran sesiapa untuk itu.
Pilihan di tangan masing-masing. Kunci kejayaan sudah lama berada di
genggaman kita. Cuma kita tidak menyedari. Gunakan kunci kejayaan tersebut
untuk membuka pintu hati dan kejutkan gergasi yang terlalu lama tidur di dalam
kamar diri masing-masing.

Yakin boleh.
Mesti boleh.
Pasti boleh!

Jumpa anda di Planet Jutawan,


In sha ALLAH.

Salam Kejayaan.
Salam Sayang.
Salam Sukses.
Ceo Samad Kinto
Pakar Bisnes Dari Rumah
www.SamadKinto.com

58

Tidak akan berubah


seseorang itu kecuali dia
sendiri yang mengubahnya.
SELAMAT MAJU JAYA!
- Ceo Samad Kinto

59

LAWAT LIKE /
FOLLOW
Aktiviti harian Ceo Samad Kinto pada maklumat di bawah:

FB Personal : Ceo Samad Kinto


https://www.facebook.com/samadkinto
Instagram
http://instagram.com/ceosamadkinto
Blog
http://www.SamadKinto.com
Emel
samadkinto@yahoo.com

Emel rasmi untuk sebarang urusan


truetechbusiness@gmail.com
Emel rasmi untuk penghantaran #KisahSukses360:
truetechbusiness@gmail.com

Rangkaian page:
FB / Instagram Truetech Publishing & Training: Truetech TP
FB Page Truetech Cosmetics: Truetech Cosmetics

Dapatkan dua buah buku fizikal oleh Ceo Samad Kinto:


1. Jutawan Dari Rumah,
2. Bukan Tidak Boleh Tapi Tidak Mahu
Bakal Terbit :
1. Bermula Kecil, Bermula Betul

60

Anda mungkin juga menyukai