Anda di halaman 1dari 58

MOTIVASI HIDUP

MEJ MOHAMED ROSLY BIN DARASID


PS 2 KAUNSELING
CSM-MKTD
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI
DIRI
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI DIRI
Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk
anda berjaya dari tujuan anda melakukannya.
Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk
memberi perangsang dalam menghadapi
kesulitan di kemudian hari.
Ia akan dapat membantu anda melakukan
perkara-perkara yang dilihat mustahil pada
pandangan manusia normal.
Bila anda fikir anda sudah tiada semangat
untuk meneruskan perjalanan, ingat balik
tujuan anda melakukannya dan motivasi itu
akan kembali kepada anda serta merta.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI DIRI
Tetapkan Impian atau Matlamat.
Tujuan anda untuk berjaya masih belum cukup untuk
merealisasikan apa yang anda mahukan.
Anda perlu ada impian atau matlamat.
Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada
anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda.
Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah
untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang
khusus.
Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan
bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan?
Mereka memerlukan matlamat.
Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah
cukup besar untuk menginspirasikan anda.
Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan
anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI DIRI

Mempunyai Keinginan Yang Kuat


Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu,
anda mesti mempunyai keinginan yang kuat.
Ini akan membantu anda ketika melalui situasisituasi yang sulit dan memastikan anda berusaha
untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam
apa jua keadaan sekalipun.
Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin
pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah
untuk melihat kembali kepada impian dan matlamat
anda.
Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan
meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI DIRI

Tetapkan Haluan Sendiri


Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya
akan mengurangkan keyakinan anda.
Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lamakelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika
dibandingkan dengan orang lain.
Elakkan ini terjadi kepada anda.
Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang
lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda.
Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan
yang berbeza.
Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah
seperti membandingkan prestasi seorang perenang
dengan seorang pelari menggunakan standard masa
yang sama.
Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya
adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua
orang ini.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI DIRI

Berani Meneruskan Perjalanan


Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda
untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan
perjalanan itu.
Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk
diteruskan.
Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat
perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang
kalah.
Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama,
tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk
meneruskan perjalanan itu.
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran
anda untuk meneruskan langkah kehadapan.
Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan
atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi.
Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang
seterusnya.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI DIRI

Lupakan Masa Silam


Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri
anda adalah masa silam anda sendiri.
Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang
perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu
yang boleh anda tinggalkan.
Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu.
Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan
apa yang anda lakukan.
Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang
tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya.
Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa
mempunyai peluang untuk memulakan semula hari
anda.
Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada
masa depan yang cerah menanti jika anda berani
meneruskan perjalanan.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA
MEMBINA DIRI
ANDA

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Selagi anda hidup, anda berupaya


untuk berubah dan memajukan diri.
Anda boleh buat apa yang anda
mahu, jadi sesiapa saja yang anda
mahu jadi.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Terima hakikat bahawa anda


bertanggungjawab untuk memajukan
diri anda sendiri; tiada siapa yang
boleh melakukannya untuk anda.
Apa yang anda lakukan hari ini akan
menentukan tahap kesediaan anda
untuk menempuh hari esok.
Luangkan sedikit masa setiap hari
untuk diri anda.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Ambil kelas-kelas tertentu untuk terus


bergerak sejajar dengan situasi semasa.
Dunia sedang mengalami perubahan
pesat dan anda hendaklah belajar untuk
menangani perubahan ini untuk
mengelakkan dari ketinggalan.
Seperti kata Will Rogers, Walaupun anda
berada di jalan yang tepat, jika anda
hanya duduk diam sahaja, anda akan
dilanggar.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Dengar kaset mengenai topik berkaitan


perkembangan diri dan profesional.
Jangan kesali apa yang telah terjadi pada
masa lalu. Anda hanya boleh mengawal
tindakan anda pada masa sekarang, jadi
lakukanlah sesuatu.
Belajar dari pengalaman orang lain; tidak
perlulah anda mencuba segala-galanya
sendiri. Ini menjimatkan masa yang anda
perlukan untuk belajar.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Menangani masalah membantu anda


belajar erti kesabaran dan menambah
kemahiran anda dalam bidang
pengurusan; ia adalah bentuk latihan
mental yang baik.
Analisa kesilapan anda tanpa
menghakimi diri sendiri. Ini membantu
anda mengelakkan kesilapan yang
sama pada masa akan datang.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Beri ganjaran kepada diri anda apabila


anda dapati anda membuat sesuatu
pekerjaan yang paling penting.
Jangan berkata sesuatu yang tidak boleh
atau tidak akan anda lakukan. Sentiasa
cari jalan untuk melakukannya.
Selepas mengikuti sesuatu seminar, beri
laporan kepada ketua anda atau orang
lain di organisasi anda, mengenai perkara
terpenting yang anda belajar dari program
tersebut.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Bagi kesemua pengalaman pembelajaran,


samada membaca, memerhati, berfikir
atau menghadiri, amalkan formula R
kuasa dua, A kuasa dua, iaitu Recognize
(menyedari), Relate (hubungkait),
Assimilate (asimilasi), dan Apply (guna).
Tindakan ini akan membantu anda
membina diri untuk mencapai matlamat
anda.
Hapuskan satu perkara yang membuang
masa anda, satu perkara seminggu.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Baca buku sekurang-kurangnya satu


bab setiap hari.
Baca sekurang-kurangnya sebuah
buku sebulan.
Kejarlah apa sahaja peluang yang
ditawarkan dalam kehidupan ini.
Fikirkan apa yang benar-benar anda
mahu lakukan, dan lakukanlah.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Jika anda mempunyai pilihan samada


membaca buku atau mendengar kaset
mengenai sesuatu program, pilihlah untuk
mendengar kaset. Ini kerana
penerangannya lebih tepat dan jelas dan
ia boleh dilakukan semasa anda
memandu, berjalan, atau semasa
membuat perkara-perkara lain.
Tubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari
empat atau lima orang dan jadikannya
sebagai kumpulan perancang, di mana
anda boleh berbincang dengan cara
terbuka dan tidak menghakimi diri.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Kembangkan talian kerjasama anda. Ambil tahu


siapa membuat apa, bila, dan untuk siapa. Anda
mungkin berjumpa dengan mereka yang boleh
membantu mencapai keperluan masa depan
anda ataupun keperluan orang lain yang anda
jumpai.
Capai keseimbangan dalam hidup anda dari
segi keluarga, kewangan, profesional, sosial,
spiritual dan istirahat.
Sentiasa fikirkan tentang matlamat anda apabila
anda memulakan sesuatu aktiviti baru.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Jika anda menggunakan mesin kira


dalam kerja anda, gunakannya
dengan tangan yang tidak digunakan
untuk menulis.
Jangan takut pada kegagalan. Anda
boleh belajar dan mengubah diri
melalui sesuatu kegagalan.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Projek yang paling sukar adalah peluang bagi


anda mencapai kejayaan yang paling besar,
seperti juga orang yang paling sukar didekati
adalah sekutu anda yang paling kuat.
Gantungkan gambar yang menggambarkan
mimpi dan matlamat anda di tempat yang
mudah kelihatan. Ia akan mengingatkan anda
dan membantu anda menumpukan perhatian
dan berfikir mengenai matlamat anda.
Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Belajar
dari orang yang dapat melakukan lebih daripada
apa yang anda lakukan dalam sehari. Mungkin
anda boleh mencari jalan untuk memperbaiki
apa yang anda lakukan.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Cari seorang penasihat yang


saksama yang boleh memberikan
maklumbalas, cadangan, cabaran
dan sokongan.
Kenalpasti beberapa orang model
dan perhatikan gaya dan tindakan
mereka. Jangan meniru, tetapi
belajarlah daripada pengalaman
mereka.
Belajar dari kesilapan dan juga
kejayaan orang lain.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Penuhi fikiran anda dengan idea-idea


dan fikiran-fikiran positif dan inspirasi
dan anda akan dapati bahawa tidak
ada ruang bagi fikiran negatif.
Bertukar-tukar tugas dengan orang
lain supaya anda dapat pengalaman
tambahan.
Minta dan terima pertukaran
berbentuk lateral dalam organisasi
anda supaya anda dapat belajar lebih
lagi mengenai keseluruhan operasi.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Buat lebih daripada apa yang anda fikir


anda boleh.
Yakinlah bahawa anda boleh melalui dan
belajar daripada pengalaman anda.
Beri ganjaran kepada diri anda apabila
anda telah mencapai sesuatu objektif
pembelajaran.
Simpan buku nota harian di mana anda
menulis fikiran, idea, perasaan dan
perkembangan diri anda.
Tanya soalan, dengar, dan tanya lagi
soalan. Anda akan belajar serta
membantu orang lain belajar.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Tanya diri anda, Bagaimana saya


boleh mempergunakan takdir saya?
Buat sesuatu perkara dengan
seseorang yang anda hormati.
Mereka akan memberi sokongan
kepada anda dan anda dapat belajar
melalui interaksi anda dengan
mereka.
Dapatkan maklumat baru mengenai
projek di bawah tanggungjawab anda
dan sentiasa cari idea baru
mengenainya.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Beri cabaran kepada diri anda untuk


belajar sesuatu yang baru setiap hari.
Jadi fleksibel dan sentiasa boleh
menyesuaikan diri.
Buka fikiran kepada orang lain dan beri
perhatian kepada apa yang mereka
fikirkan. Anda boleh belajar dari setiap
orang yang anda jumpa.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Berlatih kemahiran baru dengan minda anda.


Minda anda tidak dapat membezakan antara
realiti dan latihan.
Simpan rekod mengenai apa yang telah anda
capai dalam masa beberapa hari atau minggu
sebelumnya. Jika anda tidak dapat mencapai
seberapa yang anda mahu, ia memberikan anda
insentif tambahan untuk melakukannya dengan
lebih baik pada masa akan datang.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

BAGAIMANA MEMBINA DIRI ANDA

Tuliskan soalan yang anda mahukan


jawapan. Kemudian, apabila ada
dapat jawapannya, tuliskannya di
bawah soalan tersebut.
Cuba selesaikan masalah atau buang
tabiat buruk anda seperti makan
berlebihan, merokok, mengumpat dan
sebagainya.
Simpan satu Fail Idea di mana anda
merekodkan semua idea baru anda.
Sekurang-kurangnya sekali
seminggu, kaji semula idea tersebut.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana
Memperbaiki Sikap
Anda

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


Sikap anda melambangkan segalagalanya.
Ia menunjukkan bagaimana anda melihat
perkara-perkara di sekeliling anda,
bagaimana anda menghadapi sesuatu
situasi, dan bagaimana anda berfikir
mengenai hidup ini.
Perbezaan antara sikap yang positif dan
negatif boleh dianggapkan sebagai
perbezaan antara kehidupan yang positif
dan yang negatif.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


1. Bangun Awal!
Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi
adalah cara yang sangat baik untuk memulakan
hari anda. Lima belas atau dua puluh minit
sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang
segar.

2. Esok Adalah Hari Baru


Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar,
ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa
bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar
untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan
menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


3. Kawal
Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang
baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah,
ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda
boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang
baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah
kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari
sesiapa untuk mengubahnya.
4. Rakan-rakan
Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan
teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas
menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda
boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang
berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap
negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi
situasi yang negatif.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


5. Pemakanan yang sihat
Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu
kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul
adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan
dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang
mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan
sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif,
tanya diri anda, Sudahkah saya makan hari ini?

6. Tidur
Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan
yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang
yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat
yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan
tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga
boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda
mendapat tidur yang cukup setiap malam.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


7. Hobi Sebagai Penyelamat
Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti
yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan
masalah atau hari yang panjang dan meletihkan.
Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik
dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari
daripada kesibukan dan untuk berseronok.
8. Layan Orang Lain Dengan Baik
Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan.
Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan
hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama.
Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan
jadikan semangat memberi sebagai alasan anda
memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


9. Gambaran Yang Lebih Besar
Apabila anda melihat dunia ini secara
keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang
berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak
seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin
merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi
orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk
dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa
yang ada.

10. Cuba Sesuatu Yang Baru


Jika anda merasa tertekan dan memerlukan
jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main
alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru,
atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri
anda. Ini dapat menambah keseronokan dan
keceriaan dalam hidup anda.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


11.Bukti
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang
cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif
terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai,
ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda
juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua
mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda
juga boleh.
12. Berhenti
Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk
mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah
masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar
menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk


Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang
yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari
yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah
buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa
yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda

14. Tuliskan
Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan.
Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu
apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya
mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan
terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. Bantuan
Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus
berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan
anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda
apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku
bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan
memberitahu anda.

16. Jadi Si Optimis


Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda
dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang
masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki
sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang
positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur
positif.

Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi
seorang optimis sebenar!
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Menjadi Orang


Yang Disukai?

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Menjadi Orang Yang Disukai?

Sentiasa senyum kerana senyum itu


sedekah.
Tunjukkan yang kita benar- benar
berminat dan mengambil berat terhadap
orang lain.
Ingat nama kerana orang akan berasa
berbesar hati jika namanya diingati.
Apabila bercakap dengan seseorang,
cuba cari topik yang digemarinya.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Menjadi Orang Yang Disukai?

Jadi pendengar yang baik dengan


menggalakkan orang untuk bercakap
dengan anda.
Cuba buat orang lain rasa dirinya penting
dan bermakna. Lakukan dengan penuh
ikhlas.
Elakkan daripada bertengkar dan bertekak
dengan orang lain.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Bagaimana Menjadi Orang Yang Disukai?

Hormati pendapat orang lain dan jangan sekalikali mengkritik pendapat orang lain dan
mengatakannya salah dan tidak boleh diterima
akal.
Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf.
Jangan dikuasai ego sendiri.
Cuba sedaya- upaya untuk meletakkan diri kita
dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan
membolehkan kita akan lebih memahami
seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan
penuh kejujuran.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

GEMBIRA DI
TEMPAT KERJA

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

GEMBIRA DI TEMPAT KERJA

Kita perlu menyukai bos kita, setidak-tidaknya


hormatilah beliau.
Kita harus suka dan menghormati rakanrakan sekerja yang lain.
Cuba elakkan pertengkaran antara rakan
sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari
jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.
Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan
sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan
produktiviti kerja dan diri sendiri.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

GEMBIRA DI TEMPAT KERJA

Senaraikan langkah-langkah yang kita boleh


lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia
dengan SEGERA.
Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya
dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.
Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa
terlalu lama.
Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu
kerja.
Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk
mengembalikan tenaga yang telah hilang.
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah
kerana kita mempunyai pekerjaan berbanding
mereka yang masih menganggur atau sedang
mencari pekerjaan.
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI
PAGI
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI PAGI

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan
hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang
terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat
sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan
baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca
gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan.
Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari
bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan
sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi
motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun.
Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan
lemas.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI PAGI

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.


Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga
anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai,
mengantuk, macam tak cukup cas betri saja.Andai kata anda
seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi
anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan
bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu.
Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk
menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke
kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari
tu. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang
balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun
dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1
bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target
apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI PAGI

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang


anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak
baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya
pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan
yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan
yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga
apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes
anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang
anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda
menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di
nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MOTIVASI PAGI

6. Lihat Warna Cerah


Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi
energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warnawarna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni
saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan
benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda
menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi,
maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai
sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati
dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni
bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.
Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih
teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang
negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk
Kecemerlangan Hidup.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MENJADI
PEKERJA
CEMERLANG
MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MENJADI PEKERJA CEMERLANG

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.


Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati
dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu
bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap
hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana
Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah
apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada
bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang,
ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja
main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji
duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai
'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan
turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti,
performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif
untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MENJADI PEKERJA CEMERLANG

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.


Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang
perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya,
jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga
5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7
petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau
overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga
Anda tak sedar masa berlalu.
3. Komited.
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda
tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri
bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited
sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran
lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif
dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa
mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena
tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

MEJ MOHAMED
ROSLY DARASID - CSM

MENJADI PEKERJA CEMERLANG


4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill
komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak
menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja
Anda.pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana
ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada
politik tempat kerja.Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah
bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.


Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi
kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada
teori, praktikal ataupun penaakulan.Dia tahu apa yang perlu
dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia
menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan
hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa
singkat.Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang
Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu
masa, one thing at a time, step by step.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MENJADI PEKERJA CEMERLANG

6. Hormat Semua Orang.


Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia
dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik
cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan
kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang
boleh menerimanya.
Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa
gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda.
Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa
jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas
membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.
Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja
tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan,
sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang
cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan
percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

MENJADI PEKERJA CEMERLANG


7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain
amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada
pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya
berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh
menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja
kerjanya saja.
Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur,
itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah
untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu
berterabur, ubah cepat perangai tu.
Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat
Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang
komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga
pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya
cemerlang !

MEJ MOHAMED ROSLY DARASID - CSM

Akhir kata, beri komitmen pada kerja


Anda sebaik mungkin dan jangan
terlalu mengharap balasan dalam
bentuk overtime lebih atau pujian
semata. Ini resepi utama seorang
pekerja cemerlang.........

SOAL
DAN
JAWAB

TERIMA KASIH
DAN SELAMAT
BERJAYA

Anda mungkin juga menyukai