Anda di halaman 1dari 94

BAB 1

PENGENALAN FOREX.
Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih kerana anda menjadi ahli keluarga ilmu forex
www.piphijau.com dan www.facebook.com/forexprofit
Semoga modul percuma ini menjadi titik tolak usaha kecil kami (bersama crew
piphijau ) mendidik masyarakat kita menjadi pakar dalam bidang teknikal analisis
dengan ilmu telus yang diadun dengan garapan kaedah harus pada syarak.

Pengenalan kali ini adalah bersifat pengembaraan ilmu dan teknik forex melalui
kisah hidup dan pengalaman penulis Mohd Zubir Amry (along) memerhati
tabiat,emosi dan gerak geri kehidupan trader biasa mahupun vip dalam urusniaga
yang paling berisiko untuk diajarkan dalam segala bidang ilmu iaitu "forex".

Orang yang paling rugi dan bodoh ialah orang yang tidak tahu duitnya diambil
orang lain ketika mereka kurang ilmu.Jika untung kawan, jika rugi dimaki sampai
ke lubang kubur.

PERIHAL PENULIS.
Tahun 2003 adalah saat pertama along mengenali dunia online forex ketika
ketagihan main games "counter strike" di cyber cafe sejak zaman sekolah menegah
lagi.

Ketika itu along menutut di Politeknik Dungun, Terengganu , kini dikenali sebagai
PSMZA (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ,Terengganu) dalam bidang Sijil
Kejuruteraan Awam.
Maka bermulalah kisah hidup seorang budak mentah dari kampung Solok
Tangkak,Johor menjadikan North Finance, broker forex ketika itu sebuah mesin
judi yang sangat mengujakan.
Walaupun sebelum itu secara umumnya kita mengenai "Money Changer" sebagai
forex konvensional, adrenalin nak cepat kaya menjadikan along ketagihan melihat
"LINE CHART".Pada waktu tersebut masih belum mengenali candle stick.
Mulai saat ini, berbekalkan pengalaman 11 tahun untung rugi dalam arena "ikhtiar
hidup" iaitu forex ,tugas along mendidik masyarakat awam khususnya umat Islam
berfikir secara mentaliti "pakar".Sebut sahaja forex ada 1001 andaian pelbagai
pihak termasuk khilaf dikalangan alim ulamak.
Tahukah anda khilaf itu membawa rahmat, supaya kita berfikir tentang fitnah
paling besar dalam umat manusia iaitu fitnah dajjal dan penyakit "Wahn" iaitu

cintakan dunia dan takut mati.


Maka, sejak 2008 blog piphijau.com ini menjadi medan luahan perasaan along dan
mendidik rakan-rakan seangkatan yang menjadikan forex ini sebagai hobi yang sukar
dilupakan.Manalah tahu satu hari nanti ada orang besar, vip, menteri dalam
syarikat korporat kewangan dan industri bank meng"usha" line tulisan along ini.
Masalahnya sekarang terlalu ramai trader melayu khususnya melakukan transaksi
umpama berjudi dan mengabaikan HARAM nya swap, interest dan rollover kredit
yang terang-terang haram hukumnya.
Di tambah lagi dalam 100 orang trader Melayu, 97 daripanyanya hangus modal
dan menggadai harta ditambah lagi kebanyakan mereka mengalami masalah mental
dan emosi yang serius.
Maka tugas along menjadi fardu kifayah dalam bidang ini, menerangkan ilmu forex
satu persatu.

Mari kita kenali ,anda mentaliti trader di tahap mana :

Peringkat 1
Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda
mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan
seorang ketua pengarah di syarikat-syarikat yang besar.Lagipun sebelum ini di akaun
Demo anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kali ganda dari wang modal
anda..Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat
menakjubkan 100 point -200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu
hanyalah tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda sahaja
bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi
profit dengan mudah.
Namun sayangnya market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor Tuah @ luck yg

menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi kerugian.Anda Cuba
bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda tidak dapat lagi bertahan.Anda
sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak ada kemampuan untuk trading ,Sebaliknya
anda tetap mengira yang anda boleh melakukannya walaupun semua fakta mengatakan
sebaliknya.Anda yakin anda seorang yang istimewa ,orang yang mampu mendapatkan kunci
kekayaan dari forex.Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga
mempunyai perasaan seperti anda.Anda tidak mempunyai method atau system yang
lengkap ,anda hanya dikuasai oleh emosi anda sendiri,anda selalu melawan market kerana
perasaan marah anda.anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil,atau
membiarkan keuntungan yang anda sedang perolehi bertukar menjadi kerugian kerana
emosi anda dikuasai rasa tamak anda.Emosi anda akan membuatkan berapa saja modal
yang anda gunakan habis dan terpaksa ditambah selalu

90% mereka mereka yang berkecimpung didalam kerjaya forex akan sampai ke level ini
sahaja..Mereka biasanya menjadi bankrap ,berhenti trading dan menggangap apa yang
terjadi hanyalah mimpi buruk belaka.Sebahagian lagi tetap berkeras dan terus mencari
modal dari orang lain dan trading seperti orang yang hilang akal,dalam seminggu dua
modal yg mereka perolehi dari orang lain itu habis lalu mereka terus mencari mangsa
seterusnya..Mereka masih mengaku yang mereka seorang Trader dan biasanya mereka
akan membuka pejabat broker sendiri @ bekerja dipejabat broker yang lain untuk terus
mendapatkan modal .Hanya faktor waktu ,Sampai bila mereka dapat bertahan dilevel
ini,dan waktu selalunya menang90% trader ada di level ini dan hanya 10% akan
meneruskan kerjaya mereka keperingkat seterusnya

Peringkat 2
Pada level ini anda mula menyedari bahawa anda sebenarnya tidak tahu trade dengan
betul dan,anda tidak pun memiliki kebolehan untuk trading yang dapat menghasilkan
profit secara konsisten dan anda tahu sebabnya..Ditahap ini,dalam hati anda akan
diselubungi "Hasad" dan menilai orang lain lebih rendah ilmu dan harta berbanding
anda.Timbullah fitnah yang anda lihat "koyak kecil"kekurangan trader lain sedangkan baju
sendiri "koyak rabak" akibat ego dan "berasa" diri Sgt tinggi ilmu.
Anda sedar selama di level satu semua yang terjadi adalah dibawah pengaruh emosi anda
sendiri yang tidak dapat berfikir secara waras.
Maka anda mula mencari sesuatu yang dipanggil Holy Grail.(system trading yang
sempurna iaitu system yang tak pernah rugi bila digunakan ) Anda mula membeli
sistem2 yang ada di internet,anda membaca semua website yang ada tentang trading
mulai dari USA UK Australia Europa sampai ke Russia.Anda baca semua ebook yang
ada,Anda akan praktikkan semua system yg terdapat dimuka bumi ini yang anda
perolehi,Anda menjadi seorang yang dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di gurun
sahara yang dahagakan air..
Pada level ini anda akan membaca semua secara terperinci tentang indicator,Anda akan
menguji semua indicator yang ada di software trading anda,Bahkan anda mungkin akan
membuat indicator sendiri (Biasanya gabungan 2 @ 3 indicator) Anda akan bermain main
dengan Moving average, Fibonacci lines, Pivot ,Divergence ,DMI,ADX Bollinger bands dan
keseluruhan indicator yang ada.
Anda tahu bahawa market terlalu rumit untuk dijangka dengan menggunakan hanya
dengan 1 indicator sahaja.Anda tahu gabungan ideal dari setiap indicator itu.Anda tahu
ketepatan dan kelemahan indicator tersebut.Anda akan mencuba TOP dan BOTTOM dari
market dengan indicator tersebut,Kekadang anda akan bergabung dengan mana mana
forum @ chat room trader dan bertanyakan apa apa yang anda tidak faham tentang
forex pada trader yang lebih senior. Pada penghujung level ini anda akan mendapatkan 5
-10 sistem yang agak lengkap dan mencuba mencari yang mana antaranya paling sesuai

dan terbaik yang bakal anda gunakan.Dari 10% trader yang ada dilevel ini hanya sekitar
7% yang berjaya ke peringkat ketiga.

Peringkat 3
Pada akhir peringkat 2 anda menerima hakikat bahawa punca kegagalan anda bukan
terletak di sistem.Anda menyedari bahawa anda boleh mendapat keuntungan walau hanya
menggunakan moving average sahaja tanpa indicator lain ( system yang begitu simple)
jika anda betul betul menggunakan akal anda dan risk management yang sepatutnya.
Anda mula membaca buku tentang saikologi trading atau artikel2 berkaitan
dengannya.Dengan memahami isi kandungannya maka akhirnya anda sebenarnya sudah
memasuki peringkat pencerahan. (menghampiri kejayaan).Peringkat pencerahan ini
membuat otak anda menyedari satu hal yang penting ,Didunia ini tidak ada seorang pun
yang mampu menjangka secara tepat apa akan terjadi pada pergerakkan market 30 minit
kedepan.
Maka anda mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai
dengan peribadi anda.dan mampu menjana lebih banyak keuntungan daripada
kerugian.Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinannya untuk mendapat profit lebih
besar dari lost dan juga bila ada signal dari system anda yang membenarkan anda berbuat
demikian.Anda juga akan menggunakan stop lost kerana anda sedar stop loss adalah risiko
bisnes yang ada didunia trading.
Ketika stop lost yang anda pasang kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang
pun yang boleh mengjangkakannya..dan itu bukan kesilapan anda.Trading yang seterusnya
akan meningkatkan kemungkinan profit kerana anda sedar system anda memberi lebih
profit dari lost.Anda sedar bahawa didalam dunia trading hanya ada beberapa perkara
terpenting yang perlu di ambil kira dan tak boleh dipandang ringan ,iaitu konsistensi
,saikologi trading ,Risk Management dan yang terpenting adalah displin anda sendiri dalam
melakukan jual beli forex.Anda mempelajari tentang Risk Management 2% yang digunakan
kebanyakan proffesional2 traders di seluruh dunia.Dalam hal ini ia memberi peringatan

kisah 2@3 tahun yang lalu ketika ada yang menasihatkan perkara yang sama pada anda
tentang risk ini tetapi tak pernah anda endahkannya..Ketika itu anda belum matang
dalam trade tetapi sekarang anda sudah berubah dan lebih bersedia.
Dari 7% trader yang ada di peringkat ini hanya sekitar 5% berjaya menuju ke peringkat
seterusnya

Peringkat 4
Ok sekarang anda hanya trade bila system anda membenarkannya. Anda tidak teragak
agak untuk cut lost bila anda fikirkan wajar berbuat demikian dan tanpa ragu ragu begitu
juga sebaliknya bila anda ambil profit kerana anda sentiasa sedar system anda memberikan
keuntungan melebihi kerugian pada jangka masa panjang.Di peringkat ini anda mulai target
keuntungan anda hanya dengan 20-30 pip dalam sehari.dan setelah anda mampu
melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu anda meningkatkan lagi target
sehingga ke 40 pip sehari dan akhirnya semua ini biasa buat anda.
Anda masih harus bekerja keras untuk sentiasa memperbaiki system anda, menguasai
emosi dan melaksanakan Risk management yang anda pegang.
Peringkat ini berjalan antara 4-6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup
maju ke peringkat seterusnya..

Peringkat 5
Nah , sekarang anda sampai di peringkat teratas,Peringkat yang paling diharapkan oleh
seluruh trader didunia ini.Diperingkat ini anda trade secara semulajadi.Anda menguasai
semuanya.Anda dapat menari bersama pergerakkan market walau turun @ naik.Kemana
pun arah market bergerak anda telah pun menunggu di posisi yang betul .Anda hanya
tunggu dan melihat profit anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit..

Ini lah peringkat kemuncak seorang trader, Inilah kejayaan sebenarnya.Anda telah
menguasai emosi anda dan sekarang anda trading dengan akaun yang terus membesar
setiap hari dari compounded profit yang anda perolehi Anda akan jadi bintang di trading
chat room, dan orang orang akan mendengarkan apa yang anda katakan,Anda kenal
dengan pertanyaan mereka kerana anda di kedudukan mereka satu masa dulu.Anda akan
memberikan nasihat dan pedoman ,Namun anda tahu kebanyakkan dari mereka tidak akan
mendengarkannya kerana meraka masih di Peringkat 1..
Anda tidak mempunyai masaalah kewangan lagi.Anda mampu membeli segalanya yang anda
idamkan selama ini.Anda mampu membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan
internet.Anda boleh pindah ke hotel 5 bintang dan menjadi penghuni tetap disana.Anda
mempunyai pendapatan seperti seorang superstar.Anda boleh membuat buku sendiri.Anda
boleh trading dengan margin (modal) yang tanpa batas dan akaun anda akan menjadi
berlipat kali ganda ..Hanya 3% sahaja trader yang boleh sampai ke peringkat ini

Sekarang anda tahu anda dimana.Semakin tinggi ilmu,semakin banyak


manfaat untuk Orang lain dan semakin dekat "Dagu ke Dada" bila di
khalayak.
Semakin banyak profit semakin kita takut dipertanggung jawab oleh
Allah atas kemana pergi setiap sen yang anda dapat T_T
Ibarat menarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus dan tepung tak masuk
hidung (berselerak).
In sya Allah,ianya perkongsian yang berterusan dalam ilmu ini melalui medium
penulisan "corporate sufi"
Berbalik kepada pertanyaan masyarakat,di bawah ini adalah persoalan biasa yang
diajukan kepada along, dan saya berikan jawapan yang sedikit detail:

Apakah Itu Forex?


Forex adalah singkatan dari Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing. Forex juga
biasanya dikenali sebagai FX. Forex merupakan entity kewangan yang terbesar didunia
dengan transaksi melebihi $5.7 trillion sehari(Data setakat Ogos 2014).

1. Transaksi Forex adalah 2 hala contohnya matawang GBP/USD;


apabila kita membeli matawang GBP bermakna kita menjual
matawang USD dan begitu juga sebaliknya.
2. Tukaran Asing berlaku apabila satu matawang ditukarkan kepada
matawang asing transaksi ini berjalan 24 jam sehari secara
berterusan selama 5 hari dalam seminggu.
3. Dari transaksi ini, kita mendapat manfaat keuntungan apabila
nilai matawang utama yang kita beli meningkat dan begitu juga
apabila nilai matawang utama yang kita jual menurun.
4. Pelaburan Forex amat popular kerana keuntungannya amat
lumayan dan boleh mencapai keuntungan 100% dalam masa
beberapa hari.
5. Akan tetapi, ianya juga berisiko tinggi untuk rugi dalam sekelip
mata apabila tidak mempunyai pengetahuan yang cukup semasa
berdagang.

Adakah Individu/pelabur-pelabur kecil dibenarkan berdagang FOREX?

Sebelum ini, hanya bank dan individu vip yang mempunyai pendapatan
bersih berbilion ringgit dibenarkan berdagang forex. Pelabur-pelabur
mula dibenarkan berdagang FOREX semenjak 1996 setelah ianya
mendapat kelulusan dari Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat pada
masa itu.Manakala online forex ialah pada hujung tahun
2000.Tahukah anda tahun 2001 WTC(World Trade Centre) sengaja
dimusnahkan sebagai fitnah umat akhir zaman.Maka bermulalah era
penghabisan wang ringgit secara pukal dan perjudian melalui urusniaga
forex oleh umat manusia.
FOREX dan Hukum Islam?

Dagangan FOREX adalah halal di sisi Islam asalkan kita mempunyai ilmu dalam
urusan dagangan, tidak menimbulkan kemudaratan, transaksi dan urusniaga on the
spot
(market , stop , limit )dan disertakan juga dengan akad jual beli.
HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING:

Ada Ijab-Qobul: Ada perjanjian untuk memberi dan menerima


(Spreads)
Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
(Bahasa forex ialah quotes)
Pembeli dan penjual mempunyai kebenaran penuh melaksanakan dan
melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)waras dan tidak mabuk atau dipaksa.

Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu:


1. Suci barangnya (bukan najis)
2. Dapat dimanfaatkan
3. Dapat diserahterimakanJelas barang dan harganya
4. Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
5. Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.

FOREX dan undang-undang Malaysia?

Akta Tukaran Asing 1953 menyatakan bahawa adalah salah jika


individu DIMALAYSIA menjalankan urusniaga tukaran matwang
jika bukan dengan institusi yang berdaftar dan mana -mana
individu tidak dibenarkan memberikan wang kepada mana -mana
individu dan syarikat yang tidak mendapat kebenaran / lesen
tukaran asing dari BNM. Mana- mana syarikat/ Individu tidak
dibenarkan membuka platform urusniaga tukaran asing di
Malaysia tanpa kebenaran BNM.

Pada 24 Mac 2005, BNM telah mengisytiharkan bahawa


rakyat Malaysia yang bebas hutang boleh menghantar wang
mereka ke luar Negara untuk tujuan pelaburan. Maka
kesimpulannya, tidak menjadi kesalahan untuk kita menjalankan
urusniaga FOREX menggunakan broker di luar Negara dan yang
penting broker yang digunakan adalah broker yang berlesen.

Pada masa yang sama, pedagang akan tertakluk dengan akta


tukaran asing di Negara tersebut. Kita tidak boleh memberikan
wang kita kepada sesiapapun di Malaysia untuk berdagan g bagi
pihak kita apatah lagi jika mereka tidak mendapat lesen dari
BNM.

Adakah FOREX satu penipuan?


FOREX adalah urusniaga tukaran matawang yang sah dan merupakan entiti
kewangan yang terbesar di dunia. Mungkin ramai yang menganggap FOREX adalah
satu penipuan kerana mereka mengalami kerugian dalam dagangan FOREX kerana
berdagang tanpa ilmu dan tanpa bimbingan dari orang yang lebih pakar. Ramai
juga yang terjebak dengan skim-skim pelaburan yang menawarkan servis pelaburan
forex dengan pulangan yang lumayan seperti HYIP, SwissCash dan banyak lagi.
Walaupun penganjur-penganjur ini mendapat keuntungan dari dagangan FOREX
mereka tidak mahu berkongsi keuntungan yang diperolehi lalu mereka melarikan
diri. Anda perlu tahu bahawa diMalaysia modus operandi seperti menawarkan
peluang pelaburan FOREX menggunakan akaun dagangan penganjur adalah salah
disisi undang-undang dan memberikan wang kepada individu lain untuk berdagang
bagi pihak anda menggunakan akaun mereka juga salah. Tindakan ini adalah salah
merujuk kepada Akta Tukaran Asing 1953.

Along juga ada bertanyakan kepada BNM sebelum ini dan jawapan mereka ialah :
Jika seseorang individu itu terlibat dengan dagangan forex, maka risiko kerugian
adalah tangungjawab sendiri.High Risk ,High Return.
Sebenarnya bukan soal kena tipu tetapi kerana kita tak tahu macam mana hendak
menjadi seorang Pelabur yang selamat dari sebarang penipuan. Jika kita
membenarkan orang lain baik individu atau syarikat menjalankan urusniaga untuk
kita tetapi wang yang dilaburkan itu di luar kawalan kita, memang lah kita
terdedah kepada risiko penipuan.

Sebab itu sejak mula bergiat dalam bidang ini,menjadi kesalahan along
tidak mengambil tunai atau aset untuk dilaburkan dalam forex
walaupun ditawar ratusan ribu ringgit.Along lebih selesa menjadi
"coach" mengajar masyarakat menimba ilmu ini dengan ilmu pakar
seluruh dunia yang dipanggil "teknikal analisis".Bahasa pasarnya ialah
persedian atau tektikal yang ketat umpama sebelum memasuki medan
peperangan.
Terdapat banyak dan pelbagai jenis Broker Forex yang berlesen yang menyediakkan
platform yang betul untuk kita menjadi seorang Investor/ Pelabur didalam Forex.
Cuma masyarakat kita aja yang malas nak belajar ilmu dagangan atau ambil tahu
bahasanya Bank Islam Malaysia,Kemboja,China,Us dan seluruh dunia melakukan
urusniaga forex dan PAMM-Sytem sebagai salah satu pelaburan segera mereka
selain deposit orang awam.
Di Link Ini ada kaedah pendaftaran akaun forex berdasarkan islamik akaun melalui
akad urusniaga jual beli bersama IB
PAMM-System adalah salah satu cara kita untuk menjadi seorang Pelabur Forex
dan Terjamin dari sebarang penipuan kecuali seseorang Trader itu mengalami
kerugian di dalam urusniaganya.

BAB 2 (TEKNIK FOREX 1)

TEKNIK TRENDLINE ASAS


Along akan memberikan penerangan melalui gambar supaya mudah faham.
Gambar 1 di bawah adalah asas kepada trendline secara Trend Bullish (Menaik)

Gambar 2 di bawah adalah asas kepda trendline secara Trend Bearish (Menurun)

Di bawah ini adalah sisi berbeza dari kacamata seorang trader professional,dimana
di kawasan silang seperti gambarajah adalah kawasan terbaik untuk entry mengikut
trend.

Di bawah ini adalah beberapa gambarajah beserta penerangan mudah faham fokus
mengenai trendline.Semoga ilmu anda dalam bidang ini bertambah.
Gambar 1.

.
Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

BAB 3 (TEKNIK FOREX 2)

TEKNIK DIVERGENCE
Dalam Forex,divergence mempunyai 2 teknik:
1.Divergence"Standard"

2.Divergence "Hidden"

Apa itu "DIVERGENCE"?


Ianya Teknikal analisis yang bertentangan "GARIS LUKISAN CHART" dengan trend
yang sedang berlaku.
Divergences boleh dikenalpasti menggunakan pelbagai indikator "default" di mt4,
contoh seperti:
1.RSI

2.MACD

3.STOCHASTIC

Setting indicator yang biasa along guna ialah stochastic default. Untuk
sell menunggu garis silang di atas 87 (Stop Loss 97).Manakala buy
menunggu garis silang di bawah 17 (Stop Loss 7) . TF cadangan H4.
Peratusan profit 65%. Bermaksud dalam 10 kali kita entry 6 kali
tp,manakala 4 hit SL.

Divergence "Standard"
Bullish divergence:
Jika kita perhatikan pada mata kasar,pergerakan graf menurun. Cara mengenal
pasti trend "bearish" akan berakhir ialah menggunakan divergence.Caranya dengan
melukis garisan seperti gambar di bawah:

Perhatikan anak panah Biru menunjukkan pergerakan trend berubah "bullish"


apabila garisan merah "HL" di lukis.

Bearish divergence adalah sebaliknya:

Hidden divergences
Seperti standard divergences, hidden divergences boleh menjadi bullish atau
bearish. Ianya adalah signal kepada pergerakan "mengikut" trend.
Bullish divergence 2:
Ianya signal kepada pergerakan megikut trend menaik. Ini bermaksud,kita boleh
kenalpasti "HIDDEN" yang memastikan pergerakan graf tetap mengikut trend .
Seperti gambar di bawah,TITIK TERENDAH (LL) entry "buy" terbaik.

Bearish divergence:
Seperti penerangan di atas, bearish di divergence adalah sebaliknya.TITIK
TERTINGGI(HH) adalah entry "sell" terbaik.

BAB 4 (TEKNIK FOREX 3)

TEKNIK CHART PATTERN

Apa itu Chart Pattern?


Chart Pattern ialah pergerakan ritma trend yang mempunyai garis panduan
tertentu mengikut kebiasaan dan berlaku secara berulang-ulang dan seringkali
berlaku dalam mana-mana pasangan matawang.
Di bawah ini along lukiskan sedikit asas pergerakan Chart Pattern, di mana kepada
trader yang memahami fungsi chart ini bergerak ka arah mana,trader tersebut
pasti akan trade mengikut kefahamanmenari dengan market atau bahasa
inggerisnya "dancing with the market"
Kepada yang masih asas,along galakkan anda print out posting ini dan tampal di
dinding,mudah-mudahan anda memahami serba sedikit pergerakan momentum
candle stick.
Gambar 1.

Gambar 2.

Gambar 3

Gambar 4.

Gambar 5.

Di bawah ini along terangkan sedikit mengenai support dan resistance dan
panduan bagaimana untuk "entry" dan meletakkan stop loss yang selamat semasa
trading dilaksanakan.
Gambar 6

Gambar 7

JADUAL PANDUAN TREND CHART PATTERN


Di bawah ini along sediakan jadual dan lukiskan panduan mengenal pasti pergerakan
Chart Pattern , di mana kepada trader yang memahami fungsi chart ini bergerak
ka arah mana, mari kita "dancing with the market" dengan ilmu.
Kepada yang masih asas, along galakkan anda print out posting ini dan tampal di
dinding, mudah-mudahan anda memahami serba sedikit pergerakan momentum
candle stick.
Jenis Pattern Chart

Trend

Jenis Signal

Entry Terbaik

Double Top

Menaik

Pantulan

Sell

Double Bottom

Menurun

Pantulan

Buy

Head and Shoulders

Menaik

Pantulan

Sell

Inverse Head and Shoulders

Menurun

Pantulan

Buy

Rising Wedge

Menurun

Meneruskan Trend

Sell

Rising Wedge

Menaik

Pantulan

Sell

Falling Wedge

Menaik

Meneruskan Trend

Buy

Falling Wedge

Menurun

Pantulan

Buy

Bearish Rectangle

Menurun

Meneruskan Trend

Sell

Bullish Rectangle

Menaik

Meneruskan Trend

Buy

Bearish Pennant

Menurun

Meneruskan Trend

Sell

Bullish Pennant

Menaik

Meneruskan Trend

Buy

Gambar 1
Double Top , Head and Shoulders , Rising Wedge (Sell)
Double Bottom , Inverse Head and Shoulders , Falling Wedge (Buy)

Gambar 2
Falling Wedge , Bullish Rectangle , Bullish Pennat (Buy)
Rising Wedge , Bearish Rectange , Bearish Pennat (Sell)

Manakala gambar 3 dan 4 menunjukkan momentum trend boleh pergi kedua-dua


arah (Buy @ Sell)
-Ascending Triangle
-Descending Triangle
-Symmetrical Triangle

Gambar 3

Gambar 4

BAB 5 (TEKNIK FOREX 4)

TEKNIK MACD
Bab ini, penulis akan terangkan Pelajaran teknik forex "MACD" melalui
gambarajah.
Apa kejadahnya MACD?
Mac Donalds ke :)
MACD adalah singkatan dari Moving Average Convergence Divergence. Indikator
ini digunakan untuk melihat gerakan normal candle stick dan chart serta melihat
perubahan trend yang terjadi.

MACD dicipta oleh Gerald Appel pada tahun 1960an dengan kiraann
dua korelasi antara dua EMA (Exponential Moving Average) yang
berbeza waktunya.
Indikator MACD terdiri dari dua bahagian,iaitu:
1. MACD Histogram,
2. Garis MACD.
Secara umum MACD dikenali menjadi tiga bahagian iaitu:
1. Triger Line,
2. Center Line,
3. MACD line.

Keutamaan penggunaan MACD, iaitu:


1. Sangat peka terhadap data yang baru masuk sehingga setiap perubahan
sangat mudah untuk trader mengenalpasti arah mana candle stick akan
pergi.
2. Lebih mudah dalam membaca indikasi pergerakan.
3. Lebih tepat dalam analisis perubahan trend.
4. Mudah untuk di Analisis untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar.
5. Mewakili 4 (empat) Indikator lain.

Cara penggunaan MACD, iaitu:


1. MACD line memotong triger line dari bawah menunjukkan peralihan trend
menuju Bullish.
2. MACD line memotong triger line atas, menunjukkan peralihan trend menuju
beariish.
3. MACD line berada di

atas centerline (area positif) menunjukkan akan

terjadinya long bullish trend.


4. MACD line berada dibawah centerline (area postif) menunjukkan akan
terjadinya long bearish trend
5. Histogram positif/negatif menunjukkan kondisi overbought / over sould.

Convergen
Keadaan trend dapat dikatakan sebagai convergen keadaan grafik semakin rendah
namun berbalik dengan indikator sokongan semakin jelas.Gambar menunjukkan
convergen, biasanya trend akan berbalik bullish.
Entry point dapat terbentuk ketika batang histagram lebih tinggi dari batang
sebelumnya setelah terjadi konvergen.
Contoh entry point "konvergen".Perhatikan Bar MACD secara tiba-tiba lebih
tinggi dari sebelumnya,menandakan convergen.

Divergen
Dapat dikatakan Divergen apabila, keadaan suatu gambar pada trend terlihat
semakin meninggi, namun indikator sokongan

semakin menurun.Biasanya, setelah

terjadi divergen market akan berbalik arah dan akan terjadi trend turun.
Contoh entry point "Divergen".

BAB 6 (TEKNIK FOREX 5)

TEKNIK PIN BAR


Apa itu PIN BAR?
Pin Bar ialah singkatan kepada "Pinocchio Bar" kerana candle ini adalah "menipu"
atau "trik" trader ketika urusniaga dilakukan.
Pin bar juga adalah titik penamat sesuatu pergerakan trend yang sedang berlaku.
Karektor Pin Bar

Ekor mestilah 3 kali ganda lebih panjang dari body.

Ekor mestilah lebih besar dari candle sebelumnya dan berbeza dari candle
lain.Namun ianya bukan doji.

Body cande mesti menjadi kepala,bukan ditengah seperti candle doji.

Harga mesti close dalam masa sebelum candle samada harga tertinggi atau
terendah.

Lagi kecil body nya adalah lebih baik, manakala semakin panjang ekornya
semakin bagus.

Gambar 1.
Pin bar akan berlaku apabila pasangan matawang berlumba-lumba untuk
menstabilkan harga,lalu berlakulah nilai harga yang "mengejut"kan keduaduanya.Gambar di atas ialah kiasan perlumbaan ekonomi antara Us dan China,di
mana kedua-duanya saling berusaha mengekalkan siapa yang lebih kuat.

Gambar 2.
Secara kasar pin bar.

Gambar 3.
Bearish (Trend Turun) dan Bullish (Trend Naik) untuk pin bar.
Gambar 4.

Kawasan di mana garisan merah ialah area terbaik meletakkan stop loss,
kebiasaannya along cadangkan sl diletakkan selepas 20 pip ke atas
profit.Kebanyakan Super Trader meletakkan trailing stop di 10 pip profit apabila
harga melebihi 30 pips.

Gambar 5.

Pin Bar di kenalpasti dalam trend yang menyaksikan momentum bullish yang kuat.
Gambar 6.

Pin Bar di kenalpasti di bawah garisan zon support.


Gambar 7.

Pin Bar di kenalpasti di major downtrend, yang menyaksikan berakhirnya trend itu
disebabkan berlakunya pin bar.
Gambar 8.

Kawasan Ranging dimana pin bar juga menjadi sebab utama market merata
sebelum momentum keluar daripada kawasan di highlight biru.

Gambar 9.

Pin Bar dikenal pasti di kawasan zon support dan resistant.


Gambar 10.

Pin bar dikenal pasti di kawasan zon resistant.


Gambar 11.

Pin bar akan memastikan pergerakan bearish menjunam melebihi low sebelumnya.
Sambungan ilmu PIN BAR.
Pin Bar ialah salah satu ilmu penting dari forex.Salah satu teknik yang along
belajar melalui berguru, pembacaan internet dan buku-buku karangan mat
saleh.Namun along mudahkan dengan gaya bahasa dan gambar yang in sya Allah
anda semua mudah faham.
Dalam pelajaran perdagangan Forex, saya akan berkongsi dengan anda tiga daripada
strategi perdagangan kegemaran saya iaitu;
1. Mengenal Bar pin,
2. Pin Bar Trik
3. Pin Bar Dalam

Dalam analisis forex,pin bar adalah mudah dikenalpasti tetapi sangat menguji
minda, dan jika anda belajar dengan disiplin dan sabar, anda akan mempunyai
kelebihan trade Forex untuk mana-mana pair dengan profit yang banyak secara
konsisten dan meminimumkan loss.
Walaupun ketiga-tiganya adalah teknik trade 'asas' saya, terdapat banyak versi
yang lain dan variasi ilmu pin bar dari mereka yang pakar dan para guru forex
yang lebih handal di luar sana.
Walau bagaimanapun, anda boleh belajar beberapa asas-asas yang baik dalam artikel
ini untuk meletakkan keyakinan untuk pembelajaran dan trading pelaburan ilmu
masa depan. Jadi, tanpa berlengah-lengah lagi, mari kita mulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahim
Mengenal Pin Bar
(Shadow atau ekor panjang kebiasaannya 2 kali ganda panjang candle body):

Bar pin adalah pokok daripada cara saya berdagang pasaran Forex. Ia mempunyai
kadar ketepatan yang sangat tinggi di pasaran trend dan terutama apabila berlaku
pada tahap berakhirnya news.
Bar Pin berlaku pada sokongan yang penting dan tahap rintangan umumnya setup
sangat tepat.
Bar Pin boleh diambil ketika trend semasa juga, ia agak menonjol dengan ketara
dari bar harga sekitar, menunjukkan penolakan yang kuat telah berlaku, dan
sebaik-baiknya hanya pada jangka masa carta harian(D1).
Dalam contoh carta berikut, kita akan lihat di bar pin yang berlaku dalam
konteks pasaran tren; Cara kegemaran saya untuk confirm entry yang sesuai.

Juga, perhatikan bahawa trend ini bermula di belakang dua bar pin bullish yang
membawa pengakhiran kepada trend menurun yang sedia ada.

Pin Bar Trik:

Strategi perdagangan trik adalah lebih advanced dari pin bar biasa .
Ia menunjukkan penolakan tahap penting dalam pasaran.
Sering kali pasaran akan kelihatan menuju satu arah dan kemudian berbalik,
membuat trader newbie dan "ayam lama" dihatui lembaga Mummy Marginah
iaitu"Margin Call"
Dan sebagai profesional,sl yang munasabah adalah sangat perlu.
Pin Bar Trik menolak harga kembali ke arah yang bertentangan. Persediaan trik
boleh mencetuskan beberapa langkah cukup besar dalam pasaran Forex.
Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar kecil di atas, corak trik pada
dasarnya terdiri daripada dalam bar.
Diikuti dengan rehat yang palsu bahawa bar di dalam dan kemudian kembali rapat
dalam rangkaian ranging.

Kemasukan pin bar trik dicetuskan kerana harga bergerak kembali masa lalu yang
tinggi di dalam bar (atau rendah dalam kes pin bar trik lemah).
Dalam carta di bawah ini kita dapat melihat pasaran baru-baru ini bergerak lebih
tinggi sebelum trik terbentuk. Nota ditulis pada ekor trik persediaan bar dalam
yang berlaku kerana kebanyakan trader amatur cuba untuk mengambil bahagian
atas pasaran, disinilah tempatnya mereka mula kenal MC @ margin call. :)

Pin Bar Dalam:

Bar di dalam adalah satu trend yang besar dalam isyarat kesinambungan , tetapi
ia juga boleh digunakan sebagai isyarat titik perubahan.
Walau bagaimanapun, cara pertama untuk belajar bagaimana untuk berdagang
strategi bar di dalam adalah sebagai isyarat kesinambungan , kita akan memberi
tumpuan di sini, maklumat lanjut mengenai bar di dalam dan semua cara untuk
berdagang ia boleh didapati.
Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar kecil di atas , satu bar di dalam
benar-benar terkandung dalam julat bar sebelumnya
Ia menunjukkan penyatuan ringkas dan kemudian keluar ke arah trend yang
dominan.
Di dalam bar yang terbaik dimainkan pada carta (D1) dan (Weekly).
Risiko yang sangat kecil dan ganjaran yang sangat besar. Strategi bar dalam
digabungkan dengan trend pasaran yang sangat kuat adalah salah teknik kegemaran
saya(along) yang menghasilkan ribuan pip hijau secara konsisten setiap bulan.
Dalam contoh di bawah , EURUSD dalam bar persediaan perdagangan yang
terkeluar kepada penurunan itu dengan momentum pasaran yang lemah yang sedia
ada. Kita boleh melihat di dalam persediaan bar dibentuk hanya selepas pasaran

membuat TRIK di bawah paras sokongan utama, dan akan menuju ke arah
sokongan(support) seterusnya .

Seperti yang anda boleh lihat dari tiga contoh di atas, perdagangan Forex
sebenarnya tidak rumit atau melibatkan indikator (gila khinzir) yang tujuannya
mengelirukan seluruh carta anda.
Apabila anda menguasai beberapa teknik mudah dan price action(harga beraksi
turbo) yang kukuh, anda akan berada dalam perjalanan anda untuk menjadi
seorang trader forex yang lebih yakin dan menguntungkan, hanya ingat, menguasai
setup ini memerlukan kesabaran, dedikasi dan disiplin.

BAB 7 (TEKNIK FOREX 6)

TEKNIK PRICE ACTION.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan price action dalam forex?
Jika diertikan secara terjemahan, price action bererti pergerakan harga.
Price action trading boleh diertikan trading dengan lebih "marking" pada
pengamatan pergerakan harga itu sendiri. Dengan demikian keputusan untuk entry
ataupun exit lebih didasarkan pada perubahan pola, bentuk atau setup formasi
bar candlestick.
Trading dengan cara ini tidak menggunakan indikator teknikal yang dianggap lagging
atau selalu ketinggalan terhadap perubahan harga pasaran. Alat bantu teknikal
hanya yang "basic" iaitu pada indikator moving average, garis-garis horizontal dan
garis-garis level Fibonaci retracement untuk membantu menentukan arah trend
dan level-level support maupun resistance.
Price action "trader" sangat obses bahawa perubahan sentimen di pasaran dalam
jangka waktu tertentu telah berulang dalam pola analisis tertentu, bentuk atau

setup formasi candlestick.


Price action tidak boleh dianggap 100% benar dalam analisa teknikal kerana sangat
sedikit sekali menggunakan indikator teknikal atau yang biasa along gunakan dalam
mengajar di khalayak iaitu menggunakan "naked chart"
Selain itu berita-berita forexfactory atau analisa fundamental yang kebiasaannya
menggerakkan harga juga tidak begitu diperhatikan kerana dianggap telah
direfleksikan oleh pergerakan harga itu sendiri. Kebanyakan price action trader
menggunakan analisa fundamental hanya untuk mengetahui perubahan sentimen
yang besar terutamanya "Red News".

Antara chart price action trader dengan chart technician trader


Selain indikator teknikal dianggap lagging, price action trader menganggap chart
dengan banyak indikator akan cenderung membuat kesilapan untuk dianalisa,
membingungkan dan terjadi konflik interpretasi antara indikator. Pasti anda
pernah membaca pelbagai ilmu forex di internet atau ebook yang dijual oleh guru
forex,namun analisis yang dibaca dibuku 80% daripadanya pasti berlawanan
daripada apa yang kita lihat di depan mata.
Oleh itu,tugas along sebagai tenaga pengajar ilmu forex ini banyak menekankan
tentang pentingnya tambahan ilmu psykologi yang digarap dengan keyakinan bahwa
setiap rezeki telah ditetapkan oleh Pemilik langit dan bumi.
Menentukan trend pergerakan harga.
Kerana trading dengan price action sangat bergantung pada perubahan trend ,
bentuk atau setup formasi bar candlestick, maka sangat penting along ingatkan
untuk kita sebagai trader mengetahui arah pergerakan trend
(Kebiasaannya ,ramai trader tidak mengetahui samada trend sekarang bearish
atau bullish)
Adakah waktu ini pasaran sedang trend atau sideways?
Jika sedang trending, uptrend atau downtrend? Jika sedang ranging atau merata,
perhatikan level resistance dan support.Dimanakan entry yang sesuai.
Kebanyakan price action trader entry pada waktu pasaran "trending" kerana
kebarangkalian signal trading yang dihasilkan lebih tinggi dibandingkan dengan
pasaran yang sedang merata.

Jika range ranging cukup sempit, dan pergerakan harga cenderung choppy (range
yang sempit dan tidak menentu), maka sebaiknya kita tidak masuk entry.
Ketika pasaran bergerak trending (uptrend ataupun downtrend), terdapat titiktitik swing (swing points) yang merupakan titik-titik rujukan untuk memastikan
arah trend . Cara yang paling mudah untuk menentukan trend adalah dengan
melihat "marking horizontal" yang dibentuk oleh titik-titik swing.

Kesimpulan teknik price action itu adalah tindak balas peniaga terhadap harga
pasaran apabila harga pasaran mencapai suatu harga yang tertentu. Biasanya
pergerakan trend akan merujuk tindakbalas harga dengan menggunakan candlestick
dan melihat beberapa timeframe.Cadangan along ialah Time Frame H4 ke atas.
Sekiranya harga pasaran mencapai kawasan support atau resistant bentuk-bentuk
candlestick akan menunjukkan tanda-tanda (pantulan) bouncing atau terus
menembusi (breakout) kawasan support dan resistant tersebut.

Nota Seminar Forex Analysis Consultant


(Kredit to Ammar Adli ,yang sempat mencatit sebahagian ilmu yang along share di kelas,
semoga Allah murahkan rezeki dan keberkatan yang melimpah ruah..aminn)

MODUL TEKNIK
1. 3 shadow entry (PO)
2. Smart fibo Marking signal
3. Price Action - volume
4. Machine Number
-

Plus minus

Angka

5. MA157 +78 kenal Trend sampaimana?

TF H4 (INTRADAY)
-

Micro account

KIRAAN LOT& LAVERAGE


MODAL = 300 USD/ 12
= 25 X 80%
= 20.00 (FULL MARGIN)

LAVERAGE
1: 100 1:300

20/10 (10 PELURU)


= 2.0 per lot ( 1 peluru )

Jangan lebih 3 peluru untuk satu pair

Elakan Entry di body

Stop Lost di dua GRID

Jangan kurang dari 250% (FUL MARGIN)

STOP LOST
(2 grid)
Pending Oder
( 1Peluru)

3 SHADOW ENTRY (PO)

Suami = BODY BESAR

isteri

suami

D
KENAL

PASTI TREND

ENTRY AREA
(3 SHADOW

B
C
A

ENTRY AREA
(3 SHADOW

SMART FIBO

LEVEL

DESCRIPTION

0.78

78.00

1.38

138.00

1.7557

175.57

2.00

200.00

3.60

360.00

Setting di Fibonacci Retracement

TREND BUY

100.00
B

C
0.00

TREND SELL

A
0.00
C
100.00

SMART FIBO MARKING SIGNAL


(TP/ENTRY, TREND,SL,PROJECTION SHADOW 78 )
ENTRY

TAKE PROFIT

STOP LOS

23.6

138.0

0.00

38.2

138.00

0.00

50.00

138.00

23.6

61.8

138.00

23.6

78.00

161.80

23.6

175.57

200.00

138.00

138.00

38.00

161.80

360.00

161.00

423.0 @ 30 pip

GOLD SHJ

ENTRY JIKA SHADOW

PRICE ACTION VOLUME (FUNDEMETAL & TECHNCAL)


-

Forexfactory.com
News Fundemental
Standby 1 jam awal

PAIR

PREVIOUS

FORECAST

ACTUAL

EUR

103.2

103.2

Bearish

CAD

-0.3 %

0.4 %

Bulish

USD

3.5

3.3

Bearish

TREND

JIKA TIADA FORECAST,PREVIOUS = JANGAN ENTRY ( SPIKE )

TP

BUY STOP

VOLUME

SELL STOP
RUMAH
A

RUMAH
B

RUMAH
C
TP

1. Breakout - RANGGING BAGI 1 @ 2 @ 3 RUMAH


-

HANYA UNTU MARKET YANG BERBENTUK RANGGING SAHAJA

TF H4

CARA MARKING CARI 1 GRID ANTARA LOWEST DAN HIGHEST

STANBY P.O BUY STOP/ SELL STOP

2. TAKE PROFIT MENGIKUT VOLUME

MA157 +78 KENAL TREND SAMPAI MANA?

CONTOH EJ 19-21/11/2014

1. AMBIL 3 RUMAH
2. INSERT MOVING AVERAGE
* (PERIOD 157, SHIFT 0, MA METHOD SIMPLE, APPLY TO LOW
)
-

BREAKOUT LINE FIBO AKAN KE LINE LAGI SATU

SHADOW AKAN PANTUL KE LINE LAGI SATU

CARA TARIK FIBO = TARIK BAWAH SEDIKIT DARI GARISAN MA


= LINE 78 DI ATAS KEPALA ULAR

Teknik Karkersz (Mohd Zulhakim Amry)


Pertanyaan kelas PC beliau -0199201697

MACHINE NUMBER ( KARKERSZ )


TEKNIK 3 & 7

What Apps atau SMS


Pn Juria untuk PC dengan along 0196796869

Seperti yang diketahui umum, peserta yang pernah menghadiri seminar Forex
Analysis Consultant, sedikit sebanyak telahpun mengetahui serba sedikit ilmu
Advance dalam bidang teknikal Analysis forex dan boleh memulakan live trade di
mana-mana broker.Namun along sedaya upaya memberikan ilmu yang telus beserta
analisa back test,buat newbie mahupun yang sudah lama berkecimpung dalam
bidang ini dalam siri seminar yang pernah team piphijau anjurkan.
Kepada bekas peserta yang mengajukan permintaan untuk Personel Coaching,di
bawah ini adalah maklumat terperinci tentang apa yang akan dipelajari dalam kelas
PC.
(Kelayakan dan syarat ketat masuk kelas.Print screen 100% profit dari modal
asal selepas menghadiri seminar Forex Analysis Consultant)

Modul cetakan "FULL EDITION"


(142 muka surat) dan dipenuhi teknik di dalamnya ADVANCE tesis
"back test" (75% potential profit) hakcipta Mohd Zubir Amry sejak 2003-2014
dihalusi kajian ilmu teknik forex terus terang dan panduan mudah faham.
Kandungannya:

1.Teknik PsykologiKenalpasti dan fokus anda sebagai trader.

2.Teknik Best EntryAdvance trading dan timing trading yang betul.

3.Teknik 10 Peluru Leverage dan Lot

4.Teknik Naked ChartAdvance Chart Psykology

5.Teknik POST Pending Order "Super Trader"

6.Teknik Smart FiboSlice Minor Major Fibo.


(Teknik Killer)

7.Teknik Chart Pattern Rahsia Dan Zanger dan Soros.

8.Teknik Price ActionWaktu entry terbaik dan kajian masa tertentu


yang digalakkan entry.

9.Teknik Sharp Entry3 Shadow Entry + Smart Fibo


(Teknik Killer)

10.Teknik Advance Plus minus Kaedah Volume GBP

11.Teknik Magic NumberSynergyrush "science math" (Kod Binary)


(Teknik Killer)

12.Teknik "Holy Grail"Kajian "corporate sufi"

13.Teknik Comfirm TrendGroup marking + MA 157.

14.Teknik FundamentalRED NEWS + Volatile.

15.Teknik Eagle EyesSimple Method Fractal + Software.


(Teknik Killer)

16.Teknik Jadual MMManagement Withdraw.

17.Teknik "Sogeh"(Kajian 5 Manusia Istimewa)

18.Teknik ReferenceMiracle Numbers.

19.Teknik Stress Free"Software" .Gabungan semua teknik.

Hardcopy ini hanya diberi kepada yang hadiri kelas Advance Professional Coaching dan
along berikan sambungan preview yang tidak akan di "ebook" kan bagi menjaga mutu dan
kualiti ilmu ini.Hanya Hardcopy bertanda tangan along sahaja akan diberikan kepada yang
benar-benar serius.
Hubungi admin (Whats App atau SMS):

0196796869
Pn.Juria Razali
Untuk "booking" tarikh dan lokasi Advance
Professional Coaching.
Kelas PC hanya diadakan setiap Jumaat atau hari lain jika group berkumpulan (10 orang
genap) yang booking waktu-waktu tertentu.
Sebelum kelas, pastikan anda yang akan hadir mendaftar akaun forex xm islamic
(minimum usd100) disini Kerana "coach" along akan menggunakan broker xm untuk
setiap analisis yang akan dipelajari dan "live trade" dengan ilmu jika ada permintaan dari
student.
Kelas hanya limit 5 -10 orang perserta sahaja bagi menjamin ilmu talaqi ini benar-benar
menjadikan anda "Specialist" dalam analisa dagangan.
In sya Allah.
8:30 a.m - 5:30 p.m

Semoga perkongsian ilmu mengenai teknik forex ini secara percuma memberi
manfaat yang banyak buat yang benar-benar ikhlas.Terima kasih. along- Founder
www.piphijau.com

Anda mungkin juga menyukai