Anda di halaman 1dari 6

11 KESILAPAN TRADER

https://t.me/forexmalaysiasuperbasic
Anda Wajib Elak 11 Kesilapan Ini Untuk Menjadi
Trader Yang Tidak Sentiasa Rugi Dan Mula
Menjana Profit Secara Konsisten

Asssalaumalaikum dan salam sejahtera rakan-rakan. Saya FH9889 (nama telegram) dan pada
artikel kali ini, saya ingin berkongsi tentang 11 Kesilapan utama yang anda perlu perbetulkan
atau elak dari malakukannya berulang kali untuk mula menjadi konsisten dlm trading anda.

Jika anda baca ini, maka sudah tentu anda berazam menjadi trader yang berjaya bukan?
Maksudnya di sini bukanlah nak terus dapat beli Lambhorghini atau Ferrari esok hari. Tetapi
trader yang boleh buat hasil seperti yang dirancang. Contohnya, nak ada extra RM1500 atau
RM3000 setiap bulan untuk menampung lifestyle dan keperluan kehidupan kita.

Sudah pasti kita tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan dalam perjalanan kita
menjadi trader yang berjaya. Kita juga harus menerima seadanya bahawa kita hanyalah manusia
biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. 


Apa yang penting adalah bagaimana kita dapat belajar dan ambil iktibar daripada kesilapan yang
kita lakukan dan berhenti untuk mengulangi kesilapan berkali-kali. 


Di sini, saya ingin kongsi dengan anda antara kesilapan- kesilapan yang sering dilakukan oleh
trader dan beri penyelesaian mudah untuk setiap kesilapan ini.

Seterusnya, terserah kepada anda untuk belajar daripada kesilapan-kesilapan ini dan
memastikan untuk tidak mengulanginya dalam perjalanan trading anda menganalisa
market.

1 Trade Terlalu Banyak Dalam Satu Masa (Over Trading)

Ini antara kesilapan klasik tidak kira anda orang lama atau baru nak mula dalam bidang ini. 100%
pemula buat kesilapan ini dan 90% yang dah lama trade masih lakukan perkara ini. Secara
umumnya, jika anda trade melebihi satu trade (katakan sampai 4 ke 5 pair sekali balun dalam satu
masa), maka itu tandanya anda Over Trade. Tiada alasan logik kenapa anda harus over trade lebih
dari satu trade.

Kebanyakkan trader tidak dapat menahan godaan untuk berada dalam posisi, maka selalunya
akan sanggup mengada-ada kan setup yang tidak pun muncul demi berada dlm posisi trade,
untuk kepuasan diri atau nak menunjuk kepada rakan-rakan. 


Solusinya terpantas untuk kesilapan ini adalah untuk mengubah mindset anda tentang trading
dan apakah itu makna sebenar “membuat duit dengan trading” serta elemen element di
dalamnya. Selepas anda sedar yang “less is more” dan BOLEH BUAT DUIT dengan
mengurangkan trading anda, barulah anda mula melihat alasan untuk masuk atau tidak masuk
trade daripada sentiasa gatal tangan dan mencari alasan sendiri untuk sentiasa masuk trade
(seperti kebanyakan trader lain).

2 Membazir Terlalu Banyak Masa Analisa Dan Melihat Chart

Sama seperti Over Trading, tabiat suka melihat chart setiap masa dan analisa setiap masa akan
cenderung untuk over trade, kerana emosi boleh membuatkan anda masuk juga trade sedangkan
tiada ciri ciri setup kukuh seperti yang anda rancang. ( tindakan tak serupa seperti yang
dirancang, padahal dah tau pun pun signal atau ciri ciri yang ditunggu).

Jika anda dapati diri anda ada tabiat ini, maka anda sama sahaja dengan kes Over Trading dan
cenderung untuk sentiasa rugi.

Solusinya, anda wajib merancang trade anda termasuklah mengenalpasti ciri -ciri yang ada
pada chart bergantung kepada trading sistem anda sebelum membuat sebarang keputusan trade.
Jika anda tahu ciri ciri yang anda tunggu belum hadir, atau belum tiba masanya, maka waktu yang
anda TIDAK PATUT melihat chart itu sendiri boleh dikatakan salah satu proses rancangan trading
anda juga.


Jadi, sebenarnya solusinya adalah anda kena disiplin dan ikut rancangan yang anda buat
sendiri. Itu sahaja. Ramai trader hilang duit, dan sentiasa dlm kerugian kerana mereka gagal
berdisiplin mengikut rancangan mereka sendiri.

3 Trade Dengan Duit Sebenar Sebelum Anda Uji Skill Di Akaun Demo

Ini pun contoh klasik. Jika anda terus trade di account sebenar dengan duit sebenar ketika baru
hendak bermula, itu seperti menjatuhkan hukuman bunuh kepada duit anda. Ini kerana,
sebagai pemula, kita tidak biasa pun dengan konsep size position, risiko dan sebagainya, dan
akan cenderung mengambil risiko yang tidak berkesusaian dengan keadaan keadaan ilmu anda
ketika itu. 


Solusi : Jika anda sudah belajar apa apa strategi, TEST dulu di demo, untuk melihat hasilnya,
dan juga ambil peluang untuk mahir menggunakan trading platform (contohnya MT4) di account
demo agar tidak membuat kesilapan maut di akaun real dengan duit sebenar anda nanti.

4 Terpengaruh Dan Tergoda Dengan Keindahan Trade News

Trading News amat popular di kalangan trader. Tak kurang yang membangga-banggakan betapa
hebatnya mereka mentafsir kesan News (data ekonomi dan sebagainya).

Mereka pula yang memberi alasan kenapa market harus ikut perancangan mereka. Tak kurang
yang menjadi pakar ekonomi mengalahkan professor dan pakar ekonomi sebenar.

Kemudian, bila open posisi entry, market dengan selamba melibas posisi kita yang kita teka
arahnya….dan paling sadis, setelah dilibas teruk, barulah market pergi ke arah yang kita sangka
semula.

Ini selalu terjadi kerana news news yang kita lihat di calendar itu, telah pun diketahui awal oleh
Big Player yang dah rancang apa mereka nak baut ketika news itu keluar(malah mereka sendiri
boleh lihat news itu lebih pantas beberapa saat daripada trader biasa seperti kita yang ambil
keputusan news di internet)

Solusinya, trade lah mengikut arah fundamental dan uruskan trade anda dengan teknikal
analisis kerana impak-impak ekonomi semuanya boleh kita tafsir melalui Price Action yang dah
pun dicerminkan dlm chart.

5 Tidak Menerima Hakikat Bahawa Setiap Trade Mungkin Hasil Berbeza

Ramai lagi trader di luar sana, masih beranggapan setiap trade wajib untuk win jika mereka
trade 100% mengikut SOP trading sistem atau telahpun menjumpai TEKNIK TRADE PASTI WIN
(holy grail technique). 


Mereka lupa, bahawa hasil setiap trade sebenarnya peluangnya sama rata untuk WIN dan sama
rata untuk LOSS. Ini bukan nak kata anda tidak boleh mempunyai probability win yang tinggi,
sudah tentu boleh. Cuma, kita tidak tahu dalam siri trading kita, bila kita win bila kita loss secara
tepat. Tetapi jika kita menjangkakan trading kita ada 55% probability kemenangan (WIN), maka
kita hanya boleh melihat hasilnya dlm siri beberapa kali trade, dan bukan hanya pada satu trade
semata-mata. Kita hanya mampu melihat hasil akhir nya nanti secara purata.


Sama seperti anda tahu, jika anda baling duit siling, peluang anda untuk dapat kepala adalah
50% dan ekor 50%. Tetapi bayangkan anda baling duit 10 kali, semuanya kepala? Pasti
goyahkan? Tetapi jika anda tahu peluangnya 50-50, maka anda perlu baling lebih banyak lagi
untuk akhirnya mendapatkan peluang 50% kepala dan 50% ekor.

Ingat, hasil daripada 1 trading sahaja tidak melambangkan apa-apa langsung. Ianya adalah hasil
dari sejumlah trading, dimana hasil akhirnyalah yang menentukan probability and
‘advantage’ anda pada market. (contoh, dlm 100 trade, win anda sentiasa pada paras 60%
daripada loss).

6 Desprate Sangat Nak Trade

FTT atau Full Time Trader. Itulah istilah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan trader kita.
Godaannya amat tinggi, dah sudah tentu ramai yang berimpian untuk mendapat pendapatan
sepenuhnya daripada trading. 


Jika kita berpeluang untuk menjada income daripada pelbagai sumber, contohnya dari pekerjaan,
maka janganlah kita “meletakkan semua telur dlm satu bakul sahaja”. Kerana risikonya terlalu
besar sekiranya ‘bakul’ itu terjatuh. Anda akan tersungkur teruk, dan tidak tahu bagaimana nak
mula lagi. 


Jika ada cara pantas dan pasti untuk gagal dalam trading, jawapannya adalah apabila anda trade
dalam keadaan terdesak. Kejayaan trading bergantung kepada suasana yang tenang, emosi
tidak terganggu dan tidak tersedak sangat dengan hasil trading anda (win and loss).

Nasihat ini nampak pelik tetapi, ingatlah pesan ini, jika anda trade dalam keadaan terdesak dan
emosi terganggu, itu ibarat anda sudah menandatangani “surat bunuh diri” dalam market.

7 Was- Was Di Dalam Membuat Keputusan Dan Tidak Berpegang Dengan Plan

Apabila anda ada posisi sudah dalam trade, jangan kacau atau gatal tangan atau gelabah
selagi idea trading anda BELUM BATAL (sepatutnya begini lah kan?). Hanya anda tahu
bagaimana trading anda boleh batal mengikut SOP yang anda belajar. Maka selagi tak batal,
kenapa nak gelabah atau terkejut beruk ketika ada floating negative. Yang paling menyusahkan,
anda kena melihat chart setiap kali dan sentiasa terkejut dengan setiap gerakan candle.

Saya takut nak beritahu anda ini, tetapi floating itu sangat normal. Anda akan sentiasa berada
dalam keadaan floating atau pun close dalam kerugian, tetapi jika setiap kali anda gelabah dan
bagai nak gila, maka dari situlah petanda yang account anda nak pecah telahpun bermula
sebenarnya.

Solusinya sama seperti di atas, berkenaan dengan konsep yang anda tidak akan dapat
mengetahui dengan 100% ketepatan hasil trade anda, kerana hasilnya adalah berdasarkan
beberapa siri trading yang akan memberi purata pencapaian anda. Jadi, jika anda sedar
hakikat ini, maka anda tidak akan berhabis-habisan dengan 1 trade anda bagai tiada hari esok,
kerana apa yang anda perlu buat adalah biarkan trade anda (setelah menepati SOP anda), dan
relax untuk menerima keputusannya. Begitu juga dengan trade anda seterusnya. Anda hanya
perlu biar market yang buat kerja. Let the market do the thinking. 


Pendek kata, anda jangan gatal dan masuk campur trade anda. Biar trading process anda
autopilot (mengikut SOP anda). Habis cerita.

8 Terlalu Fokus Kepada Duit Dan Gangajaran Tetapi Tidak Fokus Dengan Proses

Kesilapan ini bekait rapat dengan kesilapan di atas, iaitu jangan kacau atau masuk campur
trading anda dengan kerap. Anda harus biasakan untuk membiar proses trading anda berjalan
mengikut rima dan rentaknya sendiri mengikut acuan SOP anda. Biar PROSES take over.

Ramai trader mengabaikan proses trading dan hanya fokus pada USD dan ganjaran tanpa
mengenlpasti proses-proses yang lebih penting seperti strategi, trading plan, kekal ikut strategi,
menguruskan risiko, menentukan saiz posisi dengan betul dan sebagainya. Anda tidak perlu fokus
sangat pada USD, kerana ianya akan datang secara semulajadi atau adalah hasil daripada anda
mengikut proses-proses trading anda secara sistematik (ini Ahaaa Moment). Duit tidak akan
datang hanya kerana anda asyik bingung dengan chart anda dan mengharap lebih-lebih (teknik
harapan).

9 Mengacau Trade Sendiri Setelah Posisi Dibuka (Tidak Pandai Duduk Diam)

Jika ada cara yang paling sesuai untuk musnahkan trade anda, ada satu sahaja caranya. Iaitu
setelah trade anda berjalan, anda gatal tangan mengacau dan mengubah trading anda baik dari
segi tambah posisi, tukar SL, tukar TP dan akhirnya berkecamuk dan daripada idea asalnya.

90% kejayaan untuk win dlm trading sebenarnya sangat bergantung kepada DUDUK DIAM
SAHAJA setelah trade dilakukan. Namun, kebanyakan pemula dan newbie melakukan hal yang
bertentangan dan terbalik yang akhirnya menyebabkan kerugian berlaku. 


Anda wajib ingat untuk tidak masuk campur terlalu kerap pada setiap masa selepas anda
lakukan trade jika anda hendak trading anda boleh buat profit secara konsisten pada masa akan
datang.

10 Kejar Setup Yang Sudah Jalan (Dan Entry Pada Harga Yang Sudah Jauh)

Ini sering berlaku apabila anda terlepas setup yang anda tunggu, anda lihat price sudah turun jauh
dari permulaan setup anda. Ini sangat menggeramkan. Tetapi apa yang anda perlu tegah adalah,
jangan entry ketika price sudah jauh lari daripada setup anda kerana paras itu sudah tidak
relevan.


Ingatlah, akan sentiasa ada peluang seterusnya kerana sifat market adalah berulang-ulang.
Jadi janganlah anda trade dalam keadaan terlambat sangat kerana emosi akan akan membuat
anda cenderung untuk rugi.

11 Tidak Set Nilai Yang Anda Sanggup Loss Untuk Setiap Trade Anda

Pernahkah anda sedar berapa yang anda risikokan (dari segi nilai USD) untuk setiap trade anda.
Contohnya, anda mengambil posisi di EurUSD, pernahkah ada fikir dahulu risiko anda sebelum
membuka posisi? Itu adalah nilai yang anda sanggup hilang dan masih buat anda tidur
nyenyak jika loss itu memang berlaku.

Kebanyakan trader tidak ambil masa duduk dan berfikir sejenak atau buat perkiraan tentang
berapa nilai dalam wang ringgit atau USD yang mereka selesa untuk hilang dalam 1 trade yang
mereka hendak lakukan. Wang ini patutnya selesa untuk anda rugi baik dari segi kewangan anda
dan juga emosi anda. Nilainya berberza mengikut orang. Kalau saya, jika saya float 500usd, itu
saya sudah cukup goyah kerana cara trading saya tidak ada memberi jarak float setinggi itu (itu
maksudnya saya tidak cutloss awal).

Jika anda tidak membaiki kesilapan ini, maka jangan marah jika saya katakan yang anda
sebenarnya belum bersedia untuk trade live dengan duit sebenar dan anda seharusnya
berhenti dari trading serta merta dulu.

TAHNIAH! Anda Telah Baca Sehingga Habis. Semoga


Membantu Anda Di Dalam Perjalanan Dunia FOREX

https://t.me/forexmalaysiasuperbasic

Anda mungkin juga menyukai