Anda di halaman 1dari 3

Beli Saham Memang Mudah, Yang Susah Adalah Buat

Untung Secara Konsisten


www.pakdi.my /beli-saham-memang-mudah-yang-susah-adalah-buat-untung-secara-konsisten/
Semua orang dapat berjual beli saham.
Nak buat untung pun mudah. Memang boleh untung punya. Dari 10 kali beli takkan 1 pun tak untung, kan?
Yang susah adalah membuat untung secara konsisten. Ramai tidak dapat buat untung dengan konsisten dalam
jual beli saham sebab mereka tidak tahu apa yang mereka buat.
Kita tak tahu pun apa itu pelaburan. Kita cuma tahu 'nak buat duit'. Sedangkan cara buat duit dalam bisnes dan
pelaburan adalah berbeza. Dalam Islam, pelaburan disebut istithmar. Maksudnya penghasilan buah. Ini adalah
konsep asas yang membezakan pelaburan dan bisnes (bay'). Kita melabur dalam bisnes sebagai seorang
pelabur dan bukannya menjadi pengurus bisnes.
Pelabur lebih mirip dengan pekerjaan seorang petani,
pekebun atau peladang. Mari kita lihat apa yang dibuat oleh
seorang petani, saya ambil contoh seorang pekebun sawit.
Mula-mula, dia perlu mencari tanah yang sesuai. Bukan
semua jenis tanah sesuai untuk tanam sawit.
Seterusnya, dia perlu mencari anak pokok yang baik. Dia
perlu mencari anak-anak pokok yang berkualiti dengan
sedaya upaya dirinya. Pekebun sawit faham paling cepat
hasil dapat dituai adalah 3 tahun. Selepas 5 tahun buah
yang lebih berkualiti dapat dihasilkan. Dan pokok sawit
dapat bertahan selama 20 hingga 30 tahun. Pekebun sawit
juga kena tahu jadual racun, baja, pruning dan lain-lain.
Seorang pekebun sawit berpengalaman sekalipun, dia tidak
dapat menjamin berapa tan buah yang dapat dihasilkan
setiap kali dipetik. Dia juga tidak mempunyai 100%
kepastian adakah anak pokok yang digunakan
mengeluarkan buah sawit yang paling baik. Dari lebih 5,000 pokok sawit yang ditanam, sudah pasti ada pokok
yang langsung tidak mengeluarkan hasil. Dia terpaksa bertawakal sekiranya berlaku kemarau dan banjir.
Dia tahu hasilnya ada, tetapi cuma sekadar anggaran dan tiada jaminan sama sekali. Itulah risiko yang perlu dia
ambil.
Cuma apabila dia menggunapakai kaedah yang betul, dia dapat mengurangkan risiko. Berbanding main tanam
sawit begitu sahaja tanpa apa-apa pengetahuan dan hanya berharap berbuah lebat.
Begitu juga sikap seorang pelabur.
Kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan. Kita cuma perlu menggunapakai kaedah-kaedah yang betul,
kaedah yang terbukti dapat memberikan pulangan yang baik.
Semuanya bermula dengan mengetahui:
Bagaimana mencari syarikat yang berkualiti.
Syarikat yang mempunyai competitive edge.
Bila sepatutnya kita beli.

1/3

Bila sepatutnya kita menjual.


Berapa lama kita nak pegang.
Walaupun kita telah mengikut 100% kaedah tersebut, masih tiada jaminan hasilnya ada. Tiada jaminan hasilnya
tinggi. Tetapi risiko telah dikawal.
Macam pekebun sawit itu tadi.
Seni Pelaburan Saham vs Sains Pelaburan Saham
Pelaburan saham adalah gabungan sains & seni.
Ya, pelabur saham bijak perlu mematuhi prinsip-prinsip pelaburan. Prinsip ini telah pun diperkenalkan lama
sejak sekitar 1900an lagi. Ramai yang telah berjaya dalam bidang pelaburan saham apabila mereka sentiasa
mematuhi prinsip pelaburan sama ada ketika pasaran sedang menaik mahupun ketika pasaran sedang
menurun.
Manakala, pelabur-pelabur terkenal pula menjadi hebat dan berstatus lagenda kerana mereka memang
berbakat membuat seni pelaburan. Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat diajar dalam mana-mana buku dan
kelas pelaburan.
Sebagai pelabur baru, adalah sangat penting untuk mengetahui prinsip-prinsip asas pelaburan terlebih dahulu.
Biasakan mengenal pasti ciri-ciri sebuah syarikat yang berkualiti secara objektif terlebih dahulu dan membelinya
pada harga yang sangat murah berbanding dengan nilai sebelum memasukkan unsur-unsur kualiti yang bersifat
subjektif dan dinamik.
Pelabur, Spekulator & Kaki Judi
Tiada undang-undang yang membezakan para pembeli saham, sama ada kita merupakan seorang pelabur,
spekulator atau pun seorang kaki judi.
Secara mudah, menurut undang-undang sesiapa yang membeli saham dianggap sebagai seorang pelabur.
Namun secara realitinya pelabur, spekulator dan kaki judi adalah 3 kelompok yang berbeza.
Kaki Judi Saham
Golongan kaki judi saham mengambil risiko yang paling besar kerana tidak mempunyai pengetahuan yang
betul. Mereka membeli sesuatu saham kerana tips saham yang diberikan orang lain. Mereka tidak tahu sebabsebab kenapa saham sesuatu syarikat itu wajar dibeli atau pun tidak.
Jika dahulu para kaki judi ini bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang disampaikan oleh remisier dan
berita namun hari ini tips saham berlegar dengan banyak sekali melalui laman web, laman sosial dan juga
aplikasi perbualan percuma seperti whatsapp. Sesiapa sahaja kini mampu menjadi pakar memberikan tips
saham.
Ciri-ciri lain seorang kaki judi saham adalah mahu dapat untung besar dalam masa yang singkat. Modal sedikit
tapi ada impian mahu jadi jutawan sejak semalam. Faktor tambahan yang mempercepatkan kaki judi saham ini
jadi miskin adalah apabila mereka berhutang untuk membuat pelaburan.
Ini adalah cara berjual beli saham yang mesti kita elak.
Spekulator Bijak
Manakala seorang spekulator atau juga dikenali sebagai trader pula melihat pergerakan harga. Ada banyak
kaedah membuat analisis pergerakan harga. Maklumat asas mengenai syarikat menjadi perkara nombor dua
atau langsung tidak diambil peduli.

2/3

Spekulator menggunakan pendekatan buy low, sell high. Atau buy high, sell higher.
Kaedah ini juga sama seperti beli saham cara lambung duit syiling. Sekali imbas, memang nampak nisbah
untung ruginya adalah 50:50. Jika harga tak naik, harga jatuh. Benar, itu jika kita beli sekali sahaja. Jika kita
bermain permainan spekulasi ini untuk satu tempoh yang lebih lama, nisbahnya berubah. Dalam 10 kali lambung
syiling, siapa jamin dia dapat betul sebanyak 5x ?
Ya benar, kaedah ini memang ada dapat untung. Adakalanya untungnya besar. Cuma adakah kita dapat
membuat untung secara konsisten ? Kita mahu pelaburan kita dapat untung secara konsisten.
Justeru, jika tuan mahu menjadi seorang spekulator pastikan tuan telah mempelajari kemahiran yang betul
untuk menjadi seorang spekulator bijak. Pastikan modal yang digunakan adalah sejumlah modal yang tuan
sanggup lebur semuanya.
Tidak salah menjadi seorang spekulator kerana spekulator banyak membantu para pelabur. ( Hehe, if you know
what I mean! )
Pelabur Bisnes
Seorang pelabur pula mencari kualiti syarikat terlebih dahulu. Antara ciri-ciri kualiti syarikat yang bagus-bagus
adalah:
1. Kualiti aset dibandingkan dengan hutang syarikat.
2. Kualiti bisnes syarikat
3. Kualiti pendapatan syarikat
4. Kualiti dividen yang diberi kepada pemegang saham
5. Kualiti pengurusan syarikat
Seterusnya membuat anggaran nilai sebenar sesebuah syarikat dan menunggu masa yang sesuai untuk
membeli pada harga diskaun berbanding nilai-nilai tertentu. Pelabur menjual kembali sahamnya apabila harga
jauh melebihi nilai yang wajar atau apabila situasi bisnes telah pun berubah.
Seorang pelabur perlu melihat diri mereka sebagai seorang petani. Seorang petani tidak menanam padi untuk
makan pada esok hari. Namun, seorang yang berbudi kepada tanah tahu hasilnya sampai apabila sampai
musim menuai. Ada pokok yang mengambil masa 3 bulan, ada yang mengambil masa 1 tahun ada yang
selepas 3 tahun baru ada hasil.
Kita tahu hasilnya ada, tetapi cuma sekadar anggaran dan tiada jaminan sama sekali. Itulah risiko yang perlu
kita ambil. Kita mesti mengguna pakai kaedah yang betul, maka risiko pokok tidak berbuah menjadi lebih
rendah. Bukannya main tanam pokok begitu sahaja tanpa apa-apa pengetahuan terhadap tanah, baja dan racun
seterusnya cuma berharap hasilnya lebat.

Imej: agrostudies.mdl2.com/

Sila klik link di bawah untuk membaca artikel seterusnya.


Pelabur Saham Jika Rugi 100% Masih Tidak Jatuh Miskin
Klik sini untuk terus membuat pembelian

3/3

Anda mungkin juga menyukai