Anda di halaman 1dari 10

1. Apa itu Pasaran Saham?

Pasaran Saham adalah tempat dimana pembeli dan penjual saham ditemukan. Di Malaysia
pasarannya adalah di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau dikenali sekarang sebagai
BURSA MALAYSIA.
2. Apa itu Saham?
Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.
Lagi besar kuantiti, lagi berkuasa pemegang saham dalam membuat keputusan syarikat.
Ini bermaksud, apabila anda membeli saham anda adalah pemilik sebenar syarikat yang
tersenarai bergantung kepada jumlah saham yang dibeli dan dimiliki.
3. Adakah pelaburan Saham ini HALAL atau patuhi Syariah?

Pelaburan saham adalah halal selagi saham yang anda beli teras perniagaannya adalah halal.
Hampir 88% syarikat tersenarai terasperniagaannya adalah halal seperti Sime Darby dan
Tabung Haji Plantation yang mana teras perniagaannya adalah perladangan.
4. Dimana saya hendak semak sama ada saham itu patuhi Syariah atau tidak?
Anda boleh semak di surat khabar The Star dan Berita Harian di bahagian portfolio saham
dengan melihat symbol khas yang mengatakan saham tersebut syariah atau tidak. Boleh rujuk
juga dilaman web http://www.bursamalaysia.com bagi mendapatkan harga saham terkini
saham-saham syariah.
5. Bagaimana hendak mulakan urusniaga saham?
Syarat utama untuk mulakan pelaburan saham adalah anda perlu ada akaun CDS. Hanya bayar
RM10.60 (termasuk GST), berikan salinan kad pengenalan serta dokumen-dokumen yang
diperlukan kepada Remisier untuk pembukaan akaun.

6. Apa itu CDS?


Akaun CDS adalah tempat dimana semua saham akan disimpan atau direkodkan.
7. Siapa itu Remisier?
Remisier adalah wakil niaga atau ejen untuk pelabur membeli atau menjual saham yang
mendapat lesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
8. Siapa yang buat keputusan pelaburan?

Keputusan jual beli sesuatu syarikat saham adalah 100% dibuat oleh anda sendiri. Berikan
tempahan anda kepada remisier dan remisier akan ikut arahan anda.
9. Berapa modal minimum melabur di Pasaran Saham?
Modal minimum melabur di pasaran saham adalah bergantung kepada harga sesuatu saham
yang ingin dibeli dan didarabkan dengan minimun 100 unit.
Contohnya:
Harga Saham Petronas Dagangan Bhd berharga RM20.00. Maka modal minimum anda
adalahRM2,000.

10. Selepas saya beli saham, bagaimana keuntungannya dikira?


Perlu difahami, apabila anda sudah membeli saham anda adalah sebahagian daripada
pemilik syarikat.
Segala keuntungan kerugian hasil dari operasi syarikat akan memberikan kesan
langsung kepada nilai pelaburan saham anda.
Jika syarikat untung, pemilik saham biasanya akan memperolehi untung ini melalui
pembayaran DIVIDEN.
Jika Dividen semakin tinggi saban tahun, harga saham syarikat akan mendapat
tumpuan pelabur yang ingin membeli saham ini yang seterusnya menjadikan harga
saham anda semakin tinggi.
Contohnya, jika anda membeli saham Petronas Dagangan Bhd pada harga RM20 dan
menjualnya pada harga RM25. Keuntungan RM5.00 ini dikenali juga sebagai capital gain hasil
perbezaan harga beli dan jual.

11. Bilakah waktu urusniaga saham?


Waktu urusniaga pasaran saham Bursa Malaysia adalah darijam 9.00am sehingga 5.00pm
setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad serta cuti-cuti am.
Waktu rehat urusniaga adalah pada 12.30pm-2.30pm.
12. Selepas jual saham,bila akan dapat wang pelaburan saya?

Jika anda menjual saham hari ini, cek akan diperolehi antara 3-10 bekerja yang mana ini adalah
standard urusniaga saham di Bursa Malaysia. Kebiasaannya remisier akan hubungi anda,
sama ada hendak masukkan semula sales cheque ke dalam trust akaun untuk pembelian
saham-saham lain atau bank-in kan cek ke dalam akan bank anda.
13. Bolehkah jual dan terus transfer duit ke dalam akaun saya?
Apabila anda menjual saham, biasanya wang pelaburan akan dikeluarkan dalam bentuk cek.
Berikan no akaun bank anda dan remisier anda akan masukkan cek ini.
14. Adakah sebarang bukti pembelian dan pejualan saham saya akan terima?
Setiap pembelian dan penjualan saham, pelabur akan terima resit dalam bentuk contract note
yang akan dihantar ke alamat semasa pembukaan akaun CDS anda dahulu.
15. Apa itu saham IPO?
Saham IPO adalah Initial Public Offering atau saham terbitan baru yang boleh dibeli secara
permohonan melalui MITI atau ATM Machine.

16. Bagaimana hendak mohon saham IPO melalui peruntukkan khas Bumiputera?
Untuk memohon saham IPO di bawah peruntukkan MITI, bakal pelabur perlu menyediakan
dokumen asas sepertiberikut:
i) KP
ii) Penyata Bank 3 bulan dengan baki yangbersesuaian dengan saham dipohon.
iii) Salinan ASB atau Tabung Haji yang disahkan tulen.(Jika Ada).
17. Bagaimana hendak mohon saham IPO melaui ATM Machine?
Di ATM Machine pergi ke bahagian share application dan mohon saham IPO yang anda
inginkan. Pastikan baki tunai mencukupi dan akaun CDS dimasukkan dengan betul.

18. Bagaimana saya hendak tahu saham IPO yang dipohon berjaya atau tidak?
Kebiasaannya saham terbitan baru IPO yang anda pohon akan diketahui 1-3 hari sebelum
penyenaraian saham di papan Bursa Malaysia. Anda boleh semak dengan remisier anda.
19. Siapa yang set kan harga IPO?
Harga setiap syarikat yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia ditentukan oleh pemilik asal
dan ianya mengambi kira pertimbangan wajar fair value dari para penganalisis pasaran saham.
20. Kenapa syarikat terbitkan IPO?
Syarikat terbitkan IPO untuk mendapatkan modal dari orang awam bagi pengembangan syarikat
ataupun membayar hutang atau apa jua yang dirasakan perlu. Sebab itulah sebagai pelabur,
pastikan matlamat utama syarikat menerbitkan saham terbitan baru ini.
21. Melabur saham jenis IPO ini lagi cepat untung?Benarkah begitu?
Benar,melabur dalam saham terbitan baru mudah untung kerana kenaikan maksimun pada hari
penyenaraian adalah 400%. Secara purata 8 dari 10 harga saham IPO dibuka tinggi pada hari
pertama penyenaraian, lebih-lebih lagi ketika pasaran keseluruhan dalam trending menaik.
Saham IPO yang diperolehi juga mudah mendapat pinjaman dari bank yang seterusnya
meningkatkan peluang menjana keuntungan dari saham IPO.

22. Apa yang dimaksudkan dengan


petua 1st day
open
price
rule?
Untuk memastikan saham IPO yang disenaraikan berpotensi NAIK lagi pada hari kedua dan
seterusnya,anda perlu pastikan harga semasa kekal tinggi berbanding harga buka pada jam
9.00am. Ini kerana secara praktiknya, jika harga dibawah harga pembukaan menunjukkan
TEKANAN jualan adalah lebih tinggi berbanding TEKANAN belian.

23. Apa yang dimaksudkan dengan kontra?


Kontra adalah urusniaga singkat yang dibuat dengan mengharapkan keuntungan dari
perbezaaan harga beli dan jual saham. Jika untung, anda akan dapat cek keuntungan
manakala jika rugi pembayaran perlulah dibuat.
24. Kenapa tidak galakkan urusniaga saham secara kontra?
Secara peribadi urusniaga KONTRA tidak digalakkan kerana ianya lebih berkonsepkan trading
dan bukannya pelaburan. Memang benar ianya lebih segera dan mudah untuk UNTUNG.
TETAPI dari kajian, 90% orang yang berurusniaga KONTRA rugi kerana faktor masa, fokus dan
emosi.
25. Apa yang dimaksudkan dengan TREND saham?
Sebagai pelabur saham, amatlah susah untuk untung dalam pasaran saham jika tidak
mengenalTrend sesuatu saham yang dibeli. TREND ini melambangkan perniagaan yang
sedang menaik atau sedang turun.

26. Kenapa kita perlu masuk di permulaan trend?


Pelabur perlu masuk sesuatu saham pada permulaan trend dengan mengenalpasti breakout
pada mega resistant melalui kajian pergerakkan harga atau dikenali teknikal analisis.
27. Pelabur runcit sering masuk di harga puncak di setiap wave kenaikan?
Pelabur runcit sering masuk di penghujung di setiap wave kenaikan kerana faktor emosi,
kepercayaan berdasarkan 'rasa' dan terlalu mengikut pendapat pelabur runcit yang lain.
28. Apa itu limit UP?
Limit UP adalah kenaikan Maksimum dalam satu hari bagi sesuatu syarikat.
Kenaikan maksimum adalah seperti berikut:

Harga Saham bawah RM1.00 adalah 30sen


Harga Saham atas RM1.00 kenaikan adalah 30%
29. Kenapa saham itu limit UP?
Saham yang limit up disebabkan oleh berita positif yang akan masuk ke dalam syarikat.
Berita ini mungkin datang dari :
i) Menang tender atau projek yang besar
ii) MOU yang memberikan kesan positif kepada syarikat
iii)Take Over atau merger dengan tawaran harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Kebiasaanya, saham-saham yang akan limit up akan ada tanda-tanda awal yang boleh
dikenalpasti melalui kajian pergerakkan harga saham atau dikenali sebagai Teknikal Analisis.
30. Benarkah IPO jika limit up adalah 400% dari harga tawaran?
Ya, Saham Terbitan Baru (IPO) boleh limit up sebanyak 400% dari harga tawaran.
31. Apa itu Limit Down?
Limit Down adalah penurunan Maksimum dalam satu hari bagi sesuatu syarikat.
Penurunan maksimun adalah seperti berikut:
Harga Saham bawah RM1.00 adalah 30sen
Harga Saham atas RM1.00 penurunan adalah 30%
32. Kenapa saham itu Limit Down?
Saham-saham yang limit down adalah disebabkan berita negatif kepada pertumbuhan syarikat.
Berita ini mungkin datang seperti:
i) Pembatalan projek atau tender
ii) Pembongkaran skandal penipuan akaun syarikat yang sebenarnya rugi.
iii) Kebakaran kilang atau premis perniagaan dan sebagainya.
Saham-saham spekulasi yang kenaikannya menarik banyak perhatian pelabur runcit dan ketika
harga berada dipuncak terdapat penafian spekulasi oleh syarikat atau orang berkenaan.

33. Apa perbezaan melabur dalam amanah saham seperti ASB dan saham?

Perbezaan utama melabur dalam amanah saham dan saham adalah jika melabur ke amanah
saham bererti anda memberikan modal anda kepada orang lain untuk diuruskan. Dalam kes
ASB, modal anda diberikan ke Pengurus Dana PNB untuk dilaburkan kepasaran saham.
Tetapi jika labur ke dalam saham anda labur terus ke dalam pasaran saham. Segala untung dari
segi kenaikan harga, Dividen tahunan, Kuasa mengundi dan lain-lain adalah hak milik anda
100%.
34. Kenapa kita perlu ada membuat catitan dalam keputusan pelaburan?
Pelaburan saham boleh diibaratkan seperti perniagaan. Untuk jadi usahawan yang berjaya
perlulah ada rekod yang bersistematik. Jangan jadi sesetengah pelabur yang lupa jumlah
saham yang dimiliki dan tidak tahu berapa harga saham semasa mula-mula beli dahulu.
Ingat, dengan membuat catitan kenapa anda membuat sesuatu pelaburan adalah amat-amat
penting.
35. Emosi pasaran saham boleh dikawal dengan membuat kajian secara catitan?
Jawapannya adalah YA!
Dengan mencatit secara bersistematik, anda sebenarnya sudah membuat analisa dengan
menggunakan minda yang normal tanpa dipengaruhi emosi yang boleh menganggu anda
membuat keputusan yang bijak. Catitkan kajian dalam Diary Invest Saham, kaji dan semak
kenapa sesuatu keputusan pelaburan itu dibuat.
36. Perlukah melihat screen saham setiap masa untuk menjana keuntungan?
Jawapannya adalah TIDAK!
Dari kajian, untuk menjana keuntungan secara maksima,seorang pelabur perlu kurangkan
melihat screen saham terutama harga yang bergerak-gerak. Ini kerana apabila anda melihat
screen saham sentiasa,emosi anda mudah terganggu dan fokus anda kepada pelaburan tulen
dengan matlamat utama kepada major trend akan berubah kerana risaukan turun dan naiknya
harga.

37. Apakah emosi pelabur runcit dan kesan kepada mereka?


Ramai pelabur runcit sering mengalami kerugian kerana kekurangan ilmu didalam mengenal
pasti trending pasaran dan gagal mengawal emosi mereka.

Anda mungkin juga menyukai