Anda di halaman 1dari 25

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima kasih dan tahniah kerana berminat untuk mengetahui rahsia buat
duit melalui Bursa Malaysia. Ebook ini akan mendedahkan kepada anda asas pelaburan
saham yang ramai dari kita tidak mengetahuinya.

Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih memahami bidang
saham ini kerana ianya mudah dan hanya perlukan sedikit latihan dan bimbingan. Rugi
rasanya bila anda tak dapat mengambil kekayaan yang sudah tersedia. Bangsa lain
berlumba-lumba mencetak duit di pasaran saham sedangkan bangsa kita hanya mampu
melihat dari jauh sebab kurangnya ilmu pelaburan.

Sampai bila nak mengharapkan dividen dari bank yang tak sampai 10% sedangkan
potensi saham boleh memberi pulangan yang tinggi sehingga ada yang lebih 100%
dalam masa setahun.

Kandungan ebook ini adalah sebahagian dari apa yang saya kongsi dalam group
coaching yang saya jalankan. Kandungan group coaching adalah lebih luas lagi dengan
video-video penerangan terutamanya teknik entry/buy dan bahan-bahan yang
perbaharui dari masa ke semasa. Insya Allah.

Penafian: Kandungan ebook ini adalah untuk tujuan pendidikan dan tidak menjanjikan
kekayaan sekelip mata. Anda perlu tahu risiko yang bakal anda hadapi dan belajar
bagaimana untuk meminimumkannya.

Terima kasih.

Hafiz Sariff

Penulis dan Pemilik E-book Marubozu Trading Secret (MTS)

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 1


POTENSI SAHAM
Sebelum kita pergi ke bahagian seterusnya, saya nak tunjukkan pada anda beberapa
contoh saham yang memberi pulangan yang lumayan. Saya nak anda kira sendiri dengan
bermodalkan RM1000, berapa pulangan pelaburan (ROI) yang anda dapat.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 2


Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 3
Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 4
Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 5
Bagaimana pendapat anda. Saya boleh tunjukkan banyak lagi contoh saham
seperti ini. Setiap minggu akan ada saham-saham yang akan naik dan yang
menariknya sebelum ia naik saham ini biasanya akan memberi tanda-tanda
dan signal yang jelas. Sebelum itu anda perlu mantapkan ilmu dalam saham
ini. Teruskan bacaan anda.

Pengenalan kepada saham.


Ramai dari kita mempunyai pandangan yang kurang tepat berkenaan dengan bidang
pelaburan saham. Bagi mereka saham itu merbahaya, berisiko tinggi dan ada juga yang
mengatakan saham itu haram di sisi Islam.

Saham adalah suatu perniagaan yang melibatkan proses pembelian dan penjualan
sesuatu unit syarikat. Contohnya, anda membeli saham syarikat Maybank, anda
sebenarnya adalah sebahagian dari pemilik syarikat Maybank yang sah. Di Malaysia,
pasaran saham diuruskan oleh Bursa Malaysia dan dikawalselia oleh Suruhanjaya
Sekuriti (SC). Dahulunya Bursa Malaysia dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL).

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 6


Kenapa anda perlu melabur dalam saham?

Terdapat pelbagai kaedah pelaburan yang boleh anda buat dan matlamat utamanya
adalah untuk mendapatkan pulangan yang baik. Anda pasti pernah dengar pelaburan di
Amanah Saham Bumiputera, Tabung Haji, Fix Deposit, hartanah, saham dan sebagainya.
Begitu juga dengan jumlah pulangan yang bakal anda perolehi dari setiap pelaburan ini.

Tujuan saya menggalakkan anda untuk melabur di dalam bidang saham adalah kerana ia
merupakan lubuk kekayaan tersembunyi yang ramai orang tidak tahu. Katakan anda
melabur sebanyak RM1000 di dalam ASB, purata pulangan yang akan anda perolehi
adalah sekitar6-9% setahun. Jadi anda akan menerima dividen sebanyak RM60-RM90
sahaja. Jika anda melabur dalam saham di Bursa Malaysia, potensi pulangan boleh
melebihi 10% sebulan malah ada kaunter yang mencapai 200% dalam tempoh
setahun. Lihat contoh-contoh saham di bawah.

Return on Investment (ROI) / keuntungan sebanyak 23% dalam tempoh 1 bulan

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 7


Return on Investment (ROI)/ Keuntungan sebanyak 108% dalam tempoh kurang 2 bulan

Return on Investment (ROI)/ Keuntungan sebanyak 60% dalam tempoh 4 bulan

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 8


Return on Investment (ROI)/ Keuntungan sebanyak 260% dalam tempoh 16 bulan

Matlamat saya dalam e-book MTS ini adalah untuk membantu anda untuk
mengenalpasti saham-saham yang berpotensi dan mengenalpasti kenaikan pada
peringkat awal dengan menggunakan formula Marubozu Trading Secret (MTS). Tapi
perlu diingat bahawa melabur di dalam saham mempunyai risikonya yang tersendiri.
Anda jangan risau setelah anda habis membaca ebook ini, saya pasti anda akan lebih
faham dan jelas bagaimana untuk mengawal risiko dengan meminimumkan kerugian
seterusnya memberi pulangan yang lebih baik berkali ganda.

Kenapa saham wujud?

Saham wujud bertujuan untuk mendapatkan modal supaya syarikat dapat menjalankan
perniagaan dengan lebih luas. Hanya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia atau
lebih dikenali sebagai syarikat penyeneraian awam yang boleh anda beli sahamnya.
Contoh syarikat senarai awam ialah Tenaga Nasional Berhad, Maybank Berhad, Digi,
Takaful Nasional dan lain lain lagi.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 9


Untuk lebih memahami mengapa saham wujud, kita ambil contoh syarikat A yang
berstatus Sdn Bhd. Untuk menubuhkan syarikat ini sekurang-kurangnya dua rakan
kongsi yang terlibat. Kedua-dua mereka memberi modal masing-masing sebanyak
RM50,000. Jadi pegangan saham syarikat masing-masing sebanyak 50%. Setelah
beberapa tahun beroperasi nilai syarikat meningkat kepada RM1 juta dengan pemilikan
syarikat masih tetap sama iaitu masing-masing 50%.

Untuk mengembangkan lagi syarikat, mereka memerlukan modal yang lebih besar tetapi
pihak syarikat tidak mahu membuat pinjaman bank kerana perlu membayar faedah
kepada bank. Jadi, mereka membuat keputusan untuk membuka peluang pemilikan
syarikat kepada orang awam dengan objektif untuk mendapatkan modal. Untuk kali
pertama sesebuah syarikat perlu menerbitkan saham yang di panggil Initial Public Offer
(IPO). Apabila semua syarat-syarat dan transaksi lengkap dan diluluskan oleh SC,
syarikat A akan disenaraikan di Bursa Malaysia dan nama syarikat ditukar kepada
syarikat awam. Selepas itu, saham syarikat akan didagangkan dan kita berpeluang untuk
memilikinya.

Permintaan VS penawaran pengaruhi naik turun harga

Sebagai seorang pelabur saham, anda membeli saham syarikat G pada harga RM0.70.
Dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan anda perlu menjual saham syarikat
G dengan harga yang lebih tinggi. Ini adalah konsep asas kepada perdagangan saham,
membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi.

Apabila anda membeli saham, anda perlu membeli dari pemilik lain yang sudah memiliki
saham tersebut. Katakan Jamal memiliki 1000 unit saham Maybank yang dibeli pada
harga RM8.00 seunit dan beliau membuat penawaran untuk menjual pada harga
RM8.50 seunit. Setelah anda membuat analisis tentang syarikat Maybank dan anda ingin
membelinya pada harga RM8.50, maka transaksi pembelian dan penjualan akan berlaku.
Sekarang anda merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Maybank. Ini
untuk menjelaskan proses penawaran.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 10


Dalam proses permintaan, anda meletakkan harga terlebih dahulu untuk memiliki
saham syarikat. Katakan sekarang harga saham Maybank adalah RM8.50, tetapi anda
ingin membeli pada harga RM8.30. Jika terdapat pemilik saham yang bersetuju untuk
menjual sahamnya pada harga RM8.30, maka transaksi tersebut akan berlaku.

Jadi, permintaan dan penawaran adalah proses asas yang menentukan naik turun harga
saham. Terdapat banyak aspek yang mempengaruhi kadar permintaan dan penawaran
seperti:

1. Keadaan ekonomi, minyak mentah, matawang


2. Politik
3. Sentimen serantau, saham luar negara
4. Pengumuman syarikat, keuntungan,kerugian
5. Bias, Catalyst

Contohnya, Syarikat Cahaya Mata Sarawak Berhad mendapat tender pembinaan di


Borneo dari kerajaan menyebabkan harga saham melambung.

Permintaan tinggi vs penawaran rendah = harga akan naik

Permintaan rendah vs penawaran tinggi = harga akan turun

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 11


Saham dan hukum dalam Islam

Ramai di antara kita khususnya umat islam merasa ragu-ragu tentang hukum melabur
dalam saham. Biar saya bersihkan tanggapan itu tentang hukum melabur di dalam
saham. Hukum melabur saham adalah harus dengan syarat:

1. Syarikat bebas dari aktiviti berunsurkan riba, gharar (ketidak tentuan) dan maysir
(judi)
2. Anda mempunyai wang yang cukup untuk membeli saham. Aktiviti contra
dibenarkan jika kita mempunyai wang yang cukup sejak dari awal pembelian saham
3. Pastikan anda membeli saham yang patuh syariah dan diluluskan oleh Suruhanjaya
Sekuriti (SC)

Sebenarnya didalam Suruhanjaya Securiti (SC), badan yang mengawal perjalanan


keseluruhan aktiviti pelaburan, terdapat satu majlis penasihat yang menilai dan
menasihati suruhanjaya samada suatu saham itu adalah patuh syariah atau tidak.
Penilaian ini adalah sangat ketat dan setiap syarikat wajib bebas daripada unsur-unsur
yang bercanggah dengan hukum Islam seperti riba, gharar dan maysir. Jadi anda tidak
perlu risau kerana hampir 660 syarikat yang tersenarai di bursa malaysia adalah patuh
syariah.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 12


Untuk mengenalpasti sesuatu saham itu adalah patuh syariah dengan melihat tanda
bulatan kecil () atau terdapat huruf [S] didalam kurungan (Bursa Station). Lihat bulatan
kecil di hujung nama kaunter dalam bulatan kuning. Kaunter-kaunter ini menunjukkan
kaunter yang patuh syariah. Apabila anda membuka akaun CDS Islamik, hanya kaunter
yang patuh syariah sahaja yang boleh anda beli.

Bursa Malaysia

Di Malaysia, satu-satunya tempat yang selamat dan sah di sisi undang-undang untuk
melabur dalam saham adalah Bursa Malaysia. Dahulunya dikenalai sebagai Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) sehingga tahun 2004 di tukar namanya kepada Bursa Malaysia.

www.bursamalaysia.com

Anda boleh layari laman web bursa malaysia untuk mengetahui aktiviti dan maklumat
penting berkaitan pelaburan saham dan info syarikat.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 13


Penting: Ambil perhatian untuk syarikat yang diapungkan atau digantung, anda boleh
dapatkan di laman web ini. Buat pemeriksaan setiap hari bagi syarikat yang dalam
senarai PN17 dan GN3. Jangan beli saham syarikat-syarikat dalam senarai ini.

Broker

Perkara penting yang perlu anda tahu berkenaan dengan pelaburan saham adalah
kewujudan broker. Broker adalah pihak yang menguruskan urusan jual beli saham atau
menjadi orang tengah antara pelabur dan bursa malaysia.

Di Malaysia broker yang sah perlu mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia
(BNM) dan di selia oleh Suruhanjaya Securiti. Kebanyakan institusi kewangan
menyediakan khidmat ini seperti Maybank Investment, Hong Leong investment, dan
sebagainya. Terdapat juga institusi bukan perbankan tetapi bertindak khusus dalam
menyediakan khidmat ini seperti Melaka plus, Osk dan lain2.

Anda boleh semak senarai broker yang sah di laman web Bursa Malaysia

www.bursamalaysia.com/market/securities/equities/brokers/list-of-participating-
organisations
Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 14
Melalui laman web ini anda boleh cari broker yang berdekatan dengan tempat tinggal
atau tempat kerja anda. Apa yang penting sebelum anda memilih broker, bandingkan
dahulu caj broker dan pastikan broker mempunyai kemudahan platform yang boleh
diakses dengan internet (Internet banking).

Account CDS

Untuk menjalankan urusniaga saham, kita memerlukan satu akaun khas yang dipanggil
akaun CDS atau Central Depository System. Akaun ini adalah tempat di mana transaksi
belian dan jualan saham anda direkodkan. Anda boleh buka akaun CDS ini di mana-
mana syarikat broker saham. Ada dua (2) jenis akaun yang boleh dibuka iaitu akaun
konvensional dan akaun Islamik.

Jadi sebagai umat Islam kita wajib menggunakan akaun Islamik. Kemudian pastikan anda
buka cash account. Bukannya margin akaun. Perbezaan akaun tunai dengan akaun
margin ialah:

Cash akaun : Anda boleh beli saham dengan jumlah tunai yang ada sahaja

Margin akaun : Anda boleh beli sahan dengan 2 atau 3 kali ganda nilai tunai

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 15


Caj Perkhidmatan dan bayaran lain

Untuk membuka akaun CDS anda akan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM10 dan
juga setem hasil. Jumlah ini berbeza mengikut broker.

Setiap transaksi akan terdapat caj yang akan dikenakan semasa anda membeli dan
menjual saham. Caj tersebut ialah brokerage fees, setem hasil, GST dan clearing fees.
Brokerage fees adalah berbeza bagi setiap broker. Anda buat kajian dan bertanya
dengan wakil broker tentang perkara-perkara ini dan pastikan anda buka akaun Islamik
dan akaun tunai. Buat perbandingan brokerage fee antara broker-broker sebelum
membuat keputusan memilih broker. Pastikan juga anda mendapatkan perkhidmatan
perbankan internet supaya anda boleh membuat transaksi pembelian saham dengan
sendiri.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 16


Bursa Station

Bursa station mereupakan platform berbayar yang membolehkan anda mengkaji saham
secara teknikal dengan lebih mudah dan efektif. Di Bursa Station, paparan harga adalah
mengikut harga semasa atau real time. Ramai pedagang saham profesional di Malaysia
menggunakan platform ini sebab ia sangat membantu dan terdapat pelbagai fungsi yang
boleh digunakan. Cuma anda tidak boleh membeli saham secara terus dari sini. Anda
kaji pergerakan harga di Bursa Station dan membuat urusan belian dan jualan di
platform broker masing-masing.

www.bursastation.com

Walaupun ianya berbayar, saya rasakan ia sangat berbaloi memandangkan kelebihan


yang ada padanya berbanding platform percuma atau platform broker anda. Di bursa
station kita boleh melukis, scan saham-saham berpotensi dan lain-lain lagi.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 17


Bagi anda yang ingin mencuba Bursa Station, anda boleh daftar free trial selama 2
minggu. Ianya percuma supaya anda dapat membiasakan diri dengan fungsi-fungsi
Bursa Station.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 18


Chartnexus.com

Chartnexus.com adalah platform untuk menganalisa saham secara teknikal sama seperti
Bursa Station. Charnexus adalah percuma jika anda mendaftar menggunakan pakej asas.

www.chartnexus.com

Ada banyak lagi platform yang boleh anda gunakan. Tetapi saya mencadangkan anda
menggunakan dua platform ini sebab ia mudah dan senang digunakan.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 19


FBMKLCI Sebagai Petunjuk Prestasi Saham Malaysia

FBMKLCI atau KLSE adalah petunjuk utama dan mempengaruhi naik turun saham di
Bursa Malaysia. Terdapat 30 syarikat besar yang terlibat dalam kategori ini.

Prestasi saham-saham ini akan diterjemahkan dalam satu indeks dan diwakili dengan
mata. Indeks ini dapat di analisis dengan melihat carta.

Senarai syarikat yang terdapat dalam FBMKLCI sering bertukar ganti. Syarikat-syarikat ini
merupakan syarikat-syarikat besar atau dikenali sebagai blue chip counter.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 20


Jadi, FBMKLCI harus anda lihat dan monitor setiap hari sebab indeks ini akan memberi
kesan kepada saham-saham yang lain.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 21


Jadi saya harap kandungan ebook asas saham ini dapat membuka
minda anda dan juga tanggapan salah anda selama ini tentang
pelaburan saham.

Suka saya nyatakan disini bahawa tidak semua orang layak untuk
melabur saham. Pelaburan saham ini memerlukan ilmu, mentor
yang membimbing dan memberi nasihat dan juga latihan emosi
dan teknikal yang mantap.

Saya pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahui ilmu lebih
advanced tentang pelaburan saham.

Jadi anda perlu dapatkan ebook NotaSaham Full Version beserta


keahlian Group Coaching NotaSaham MTS. Sebab bahagian
seterusnya memerlukan komitmen dan perhatian khusus untuk
belajar.

Sebelum itu saya nak beritahu maklumat dan apa yang terkandung
di dalam Group Coaching. Topik yang diberi penekanan adalah:

1. Analisis teknikal dan fundamental untuk membuat kajian arah


pergerakan harga melalui analisis di carta dan juga data-data
seperti keuntungan syarikat dan sebagainya
2. Cara-cara membuat analisis teknikal terdapat banyak bab
penting yang anda harus tahu seperti candlestick, bar chart, line
chart dan nama serta fungsi setiap satunya
3. Trend Untuk mendapat pulangan berkali-kali ganda kita perlu
beli saham yang dalam keadaan uptrend. Ada 3 jenis trend iaitu
Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 22
uptrend, downtrend dan sideway. Saya akan tunjuk bagaimana
untuk kenalpasti saham yang dalam keadaan uptrend.
4. Support dan resistance untuk kenalpasti kawasan membeli dan
menjual. Anda bakal tahu tempat yang paling sesuai untuk
membeli supaya tidak rugi. Ini ramai yang tidak tahu.
5. Chart Pattern gabungan antara trend, garis support dan
resistance yang akan memberi signal yang kuat untuk membeli
dan mencapai keuntungan
6. Return on Investment (ROI) bagaimana nak capai ROI yang
melebihi 15% lebih baik dari pelaburan biasa di ASB atau Tabung
Haji
7. Target Profit dan Stop Lost Target profit ditentukan dengan
membaca pergerakan harga di carta saham. Ada pengiraan
tertentu yang perlu anda tahu. begitu juga pentingnya stop lost.
8. Rahsia Marubozu Bagaimana candlestick yang di beri nama
MARUBOZU mempengaruhi kenaikan harga. Marubozu ini
disokong oleh volume dan juga pemecahan chart pattern
9. Teknik membeli dan menjual dengan betul dan tepat
Matlamat utama adalah untuk mencapai ROI yang telah
ditetapkan. Dan juga jangkamasa untuk mencapai ROI yang
ditetapkan.
10. Money management topik penting supaya dapat merancang
keuntungan pada tahap maksimum
11. Kawalan emosi Topik paling penting untuk berjaya dalam
dunia saham. Saya kongsi rahsia bagaimana nak kawal emosi ini
macam super trader saham
Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 23
12. Kes study terkini Saya ahli-ahli akan post kaunter-kaunter
yang berpotensi untuk naik beserta analisis. Jadi anda boleh
belajar dari situ.
13. Soal jawab yang berterusan coaching ini bertujuan untuk
membantu anda mahir dalam membuat analisis saham. Jadi
anda boleh bertanya dan buat analisis. Jika ada kesalahan sama-
sama kita perbetulkan.
14. Setiap hari ada saja kaunter yang memberi signal untuk
membeli - Ketahui ciri-ciri seperti uptrend, Marubozu, break out
dan juga volume.
15. Teknik screening saham yang bagus cara short cut untuk cari
dan pilih saham-saham berpotensi naik. Teknik ini akan
menjimatkan masa anda. Pick dan monitor, ada signal boleh
membeli.

Semua topik di atas sudah tersedia di group coaching dalam


bentuk video praktikal untuk anda pelajari. Jika anda berminat
untuk sertai sila whatsapp saya 0164443723 beserta kod
NotaSaham. Nanti saya akan beritahu syarat-syaratnya.

Syarat pertama adalah komitmen anda untuk belajar dan


memajukan diri dam bidang saham.

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 24


TAMAT

Hak Cipta Trepelihara 2016 Marubozu Trading Secret 25

Anda mungkin juga menyukai