Anda di halaman 1dari 81

ISI KANDUNG BUKU

UCAPAN TERIMA KASIH

PENGHANTAR

PENDAHULUAN

BAB 1; ASAS DALAM NEURO LINGUASTIC PROGRAMMING @ NLP


BAB 2; DUNIA INTERNAL MANUSIA
BAB 3; ACTION BELIEVE VALUES (A+B=V)

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

2
TERIMA KASIH

3
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Penjelasan Al-Quran & Hadith
Assalammualaikum wbt. & salam ceria!

Ucapan syukur kepada Allah swt kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada saya
untuk menulis semula sebuah refleksi dari ilmu kontemporari iaitu NLP. Sungguh, rasa syukur
dan ghairah dalam mengkaji serta membuka beberapa tafsir, hadith dan beberapa buku yang
berkaitan untuk tatapan dan sajian bagi manfaat bersama.

Selawat dan salam juga kepada nabi Muhammad s.a.w yang telah lama meninggalkan umatnya
dengan dua panduan emas yang tinggi nilainya iaitu Al-Quran dan sunnahnya. Tanpa adanya
baginda, sudah tentu umatnya tidak akan mengenali dan memahami apa tujuan sebenar dan erti
sebuah kehidupan. Inilah jasa terbesar baginda kepada seluruh insan.

Justeru, saya juga berasa gembira atas sokongan dan doa dari rakan-rakan serta kenalan yang
tidak putus-putus memberikan galakkan dan curahan idea untuk saya menulis ilmu NLP
berasaskan Al-Quran dan hadith. Namun yang demikian, niat utama saya untuk menghasilkan
penulisan kerdil ini adalah membawa paradigma baru yang berteraskan kepada keyakinan dan
nilai yang benar lagi jelas.

Sesungguhnya, Al-Quran dan hadith itu ibarat lautan


yang luas, penting untuk keseimbangan dan survival
makhluk di dunia ini. 70% liputan air ini telah
memberikan 100% manfaat kepada manusia, haiwan
dan tumbuhan. Inilah analogi akan kepentingan Al-Quran
dan hadith kepada seluruh sistem kehidupan dunia.
Kedua, al-quran dan hadith ini mudah diisi dan diserap
pada hati dan minda manusia yang terbuka luas dan
sentiasa bersifat rendah diri. Lihatlah kedudukan laut di
muka bumi ini, rendah dan luas permukaannya. Apabila
keadaan geografi lautan ini rendah, maka renungilah, betapa banyaknya input atau air sungai
mengalir terus ke lautan! Inilah refleksi alam yang penting untuk kita hayati. Kesimpulannya, Al-
Quran dan hadith tidak akan masuk ke dalam hati dan minda manusia yang sempit dan sentiasa
berasa tinggi dengan apa yang dimilikinya!

Saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada anda sekalian kerana sudi meluangkan masa dan
tenaga untuk membaca serta meneliti sebahagian kandungan buku ini. Secara spesifiknya, buku
ini mengandungi 11 bab dan 4 bab terawal adalah hadiah istimewa saya buat anda. Semoga 4
bab awal ini mampu memberikan sedikit perkongsian dan pencerahan yang baru untuk anda
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

memahami, bagaimana Al-Quran dan hadith bercerita mengenai psikologi terutamanya NLP.

Semoga, dengan adanya hadiah ini, anda mampu memahami serba sedikit mengenai potensi diri
menerusi amalan agama yang berteraskan kepada rukun Islam, Iman dan Ihsan. Inilah teras
utama penulisan ini dirancang. Insyaallah, dengan izin Allah, saya dan tim pengkaji akan
berkongsi dengan anda dapatan dan kajian terbaru mengenai NLP berasaskan Al-Quran dan
Penjelasan Al-Quran & Hadith

hadith. Semua ini akan disediakan menerusi penulisan di blog, website dan juga video
(menerusi Youtube). Semoga, semua usaha ini mampu memberikan nilai tambah kepada anda
dan mampu diamalkan.

Salam perkenalan dari saya, Syamil Yusuff. Selamat belayar menerusi mind & heart journey!
2012

4
PENGHANTAR

5
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Penjelasan Al-Quran & Hadith
Tujuan utama kajian dan penulisan mengenai NLP atau Neuro Lingastic Programming ini
dilakukan adalah atas dasar minat, semangat, keyakinan dan cintakan ilmu. Setelah saya
mengumpul, membaca dan mengikuti beberapa seminar, training dan bengkel mengenai
potensi manusia, saya dapati keseluruhan topik perbincangan dan perkongsian itu
mengandungi signals atau isyarat-isyarat dari Al-Quran dan sunnah ar Rasul sa.w.. Ya, sudah
pasti semua pengetahuan manusia, tidak kiralah apapun status mereka di dunia ini, tiada
satupun di atas pengetahuan dan catatan Allah swt. Hal ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran,
surah Al-Anam, ayat 59 yang bermaksud;

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang
mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut;
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun
Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada
tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.

Jelas di dalam ayat di atas, semua kejadian dan peristiwa berada di dalam genggaman Tuhan
yang Maha Mengetahui. Allah s.w.t telah menciptakan segala apa yang ada di muka bumi dan
dilangit dengan tinggi pengetahuanNya. Malah, Tuhan juga tidak terlepas pandangan dan tidak
pernah tidur serta leka dengan ciptaaNya terutama di muka bumi ini. Malah, manusia ini juga
diciptakan sempurna dan lengkap, tanpa ada cacat dan kekurangan sekalipun.

Justeru, apa sahaja yang manusia tuliskan, amalkan dan berbual


bicarakan (yang baik), semua itu adalah datang dari sumbernya,
iaitu Allah s.w.t yang Maha Memberi Pengetahuan kepada
manusia. Hayatilah dengan tenang dan fokus kepada ayat yang
telah diturunkan menerusi surah Al-Baqarah ayat 30. Bukankah
manusia ini ciptaan Tuhan? Dan bukannya tercipta dengan
sendirinya dan kemudian terevolusi. Sudah pasti tidak sama
sekali!

Jika manusia adalah ciptaan Tuhan, maka bukankah semua yang


ada pada manusia; ilmu pengetahuan dan segal anya itu juga
dari Tuhan? Manusia di muka bumi ini hanyalah meminjam dan
menggunakan apa yang telah dikurniakan olehNya.
Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan kepada
sekalian manusia.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Inilah antara bukti sifat Ar Rahman dan Ar Rahim. Sifat Ar Rahman ialah sifat Allah swt yang
mengasihani dan mengasihi manusia (hambaNya) walaupun manusia ini tidak meyakini atau
mempercayai kewujudanNya. Apa bukti Ar Rahman mengasihi manusia walaupun mereka ini
menentang atau tidak mempercayai Allah?

Lihatlah manusia yang tidak beriman dan tidak menerima agama Islam sebagai cara hidup. Ada
Penjelasan Al-Quran & Hadith

dikalangan mereka yang hidup dengan limpahan rezeki yang penuh dengan kemewahan dan
kehidupan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang beriman. Allah swt menyediakan
dan mengaturkan alam ini dengan laws yang berorientasikan, siapa yang berusaha dan bekerja,
maka mereka akan memperolehi imbalan atau rewards dari apa yang mereka usahakan. Laws
ini telah disambut baik oleh semua manusia.

6
Lagi, yang menjelaskan bahawa Tuhan itu Ar Rahman, iaitu udara! Bukankah semua manusia di
dunia ini menggunakan bekalan udara yang sama? Adakah manusia yang telah mengambil
kesaksian bahawa Allah swt itu Tuhan berbeza udaranya dengan mereka yang tidak mengambil
kesaksian? Sudah tentu tidak bukan? Semuanya dari sumber bekalan yang sama. Itulah antara
sifat Ar Rahman. Rujuklah surah Ar Rahman di dalam Al-Quran. Anda akan menemui bahawa, di
dalam ayat ini, semua ciptaan Tuhan adalah disediakan untuk semua manusia.

Sifat Ar Rahim pula. Sifat yang khusus untuk manusia yang telah
mengambil kesaksian bahawa, mereka ini redha (optimis) dengan
cara hidup Islam. Malah, golongan ini menjadikan nabi Muhammad
s.a.w sebagai ikon atau model kejayaan yang paling hebat dan
terulung! Sifat Ar Rahim telah memayungi kehidupan mereka
dengan satu set kepercayaan (belief system) , set kehidupan (set of
actions) dan set nilai (values) yang terhebat. Dengan adanya
perlindungan dan kasih sayang Tuhan kepada mereka, maka
manusia beriman ini akhirnya berjaya memahami persoalan
mengenai hidup, terutamanya persoalan yang menjurus kepada WHY (mengapa)? Mengapa
mereka diciptakan? Mengapa mereka bekerja? Mengapa mereka harus berfikir? mengapa
mereka harus melakukan ibadah? Melakukan itu dan ini?

Kebahagiaan puncak bagi orang yang beriman, mereka ini pasti mendapat layanan dan tiket
istimewa untuk berjumpa, duduk dan berhibur bersama dengan TuhanNya kelak seperti yang
dinyatakan di dalam surah Al Kahfi, ayat 110 yang bermaksud;

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang
percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang
soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

SET PRINSIP KEYAKINAN

Keyakinan yang telah lama saya genggam ialah, segala yang ada dimuka bumi ini adalah milik
mutlak Tuhan. Dengan keyakinan ini, saya sangat optimis dan obsess dengan semua ilmu yang
bermanfaat demi kebaikan diri, keluarga dan agama. Namun yang demikian, keyakinan
seumpama ini bukanlah bermaksud saya menafikan tentang hak paten, trade mark (TM), atau
hak cipta, malah saya turut menghargai dan menghormati kajian serta
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

usaha yang telah orang lain lakukan. Sebagai contoh, kemahiran ilmu
seperti NLP ini.

Saya akui bahawa, kajian serta penyelidikan yang begitu tinggi


disiplinnya telah melahirkan ilmu yang bernama NLP. Tokoh yang
memulakan kajian dan ujian mengenai NLP ialah Richard Bandler
Penjelasan Al-Quran & Hadith

(1972). Kemudian, ramai lagi para penyokong dan pengamal NLP ini
telah mengembangkan disiplin ilmu ini ke serata dunia. Inilah satu
hadiah dan anugerah Tuhan yang telah memberi ilham kepada segolongan manusia untuk
menjadi wakil atau duta bagi menceritakan kepingan puzzle tentang manusia!

7
Justeru, sebagai orang yang beriman serta membaca dengan penuh penghayatan mengenai isi
kandung Al-Quran, saya telah mengambil sudut pandang bahawa, setiap ilmu yang ada di muka
bumi ini, disusuli dengan amanah serta tanggungjawab manusia supaya menyampaikan kepada
orang lain. Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah s.a.w tentang konsep perkongsian; Dari
Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari).

Refleksi dari hadith ini ialah, Rasulullah s.a.w merupakan sumber ilmu terbesar untuk sekalian
manusia. Dan Rasul s.a.w pula memperolehi pencerahan serta ilmu pengetahuan terus dari
Tuhan menerusi perantaraan malaikat. Namun yang demikian, pencerahan ini harus
disampaikan kepada manusia yang lain tanpa mengira batasan perkauman, sosial, politik dan
sebagainya. Hal ini adalah kerana, ilmu yang ada harus disampaikan!

Hebatnya usaha dan luar biasanya mereka (Orang Barat) dalam melakukan sesuatu pekerjaan
ialah, mereka sangat berdisiplin. Akhirnya, usaha mereka ini dibayar dengan results yang hebat
dan telah meninggalkan legasi yang luar biasa. Namun yang demikian, usaha mereka ini harus
kita ambil sebagai satu pengajaran dan kemudian dipanjangkan dan dijahit semula dengan
sulaman benang Al-Quran dan hadith.

Usaha saya ini bukanlah bermaksud bahawa, Al-Quran dan


hadith ini hanya menjadi satu usaha menampal kepada
penemuan ilmu NLP, tetapi menyempurnakan serta
melengkapkan kepingan puzzle tadi dengan frame atau bingkai
Al-Quran dan hadith. Ya! Al-Quran dan hadith sebenarnya
bingkai atau frame kepada apa sahaja ilmu di dunia ini. Tanpa
adanya bingkai ini, bukankah kepingan puzzle itu tadi boleh
berterabur?

DISIPLIN ILMU AL-QURAN & HADITH

Secara jujurnya, segala yang ada di dalam isikandungan buku ini, ia sarat dengan isyarat-isyarat
dari Al-Quran dan hadith. Saya mengambil langkah untuk mengumpul dan merungkai satu
persatu ayat-ayat dan sunnah yang mempunyai hubungan terus dengan ilmu dan kemahiran
NLP ini. Usaha ini adalah berdasarkan kepada set kepercayaan saya tadi. Namun yang demikian,
ilmu NLP juga tidaklah terhenti atau terhad pada apa yang telah disampaikan (metodologi),
kerana NLP adalah bersifat subjektif; ia adalah set kehidupan manusia yang telah ditetapkan
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Tuhan dan sangat unik.

Namun yang demikian, saya selaku penulis, secara peribadi, Al-Quran dan hadith yang
dikemukakan dan dikongsikan ini adalah hanya satu refleksi atau pengajaran (ibrah) dalam
kaca mata dunia motivasi dan pembangunan diri. Apa yang cuba disampaikan dan dihuraikan
bukanlah satu bentuk tafsiran yang baru. Bukan sama sekali! Saya memahami dan mengetahui
Penjelasan Al-Quran & Hadith

dengan sedar bahawa, Al-Quran dan hadith ini mempunyai disiplinya yang tersendiri untuk
melakukan proses pentafsiran. Dan usaha ini hanyalah dilakukan oleh para ulama; mereka yang
professional dan tinggi serta halus kemahirannya terhadap Al-Quran dan hadith.

8
Namun, saya tidak patah semangat untuk terus
bertanya pandangan, membuat perkongsian dan
memberi komentar kepada orang yang lebih
berprioriti terhadap beberapa ayat Al-Quran dan
hadith dalam konteks motivasi dan pembangunan
potensi diri. Justeru, saya amat berkeyakinan tinggi
bahawa, isi kandung Al-Quran ini terlalu luas dan
dalam maknanya sehinggakan setiap abad, manusia
akan terpaksa mengakui akan kebenarannya satu
persatu! Inilah mukjizat Al-Quran dan hikmah
sunnah Ar Rasul s.a.w.

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya.

Al Hijr, ayat 9

Semua bentuk penulisan ini, sekali lagi saya tekankan, ia adalah refleksi serta komentar saya
terhadap ayat Al-Quran dan hadith. Penghuraian yang dikemukakan adalah selari dan
terpelihara dari bentuk kesalahan yang melampaui batas. Inilah doa saya kepada Allah s.w.t.

PETA MENUJU KEBAHAGIAAN & KEJAYAAN

Dunia hari ini sudah melimpah dengan pelbagai jenis cetakan peta-peta kejayaan dan
kebahagiaan. Setiap tahun, setiap hari, pelgabai idea baru dan segar telah dipromosikan dan
kemudian ditawarkan kepada masyarakat global, apakah makna dan nilai bagi sebuah kejayaan
dan kebahagiaan. Namun yang demikian, setiap tawaran itu mempunyai definisi yang hanya
berkitar kepada dimensi fizikal, intelektual dan emosi sahaja. Inilah limitasi bagi setiap tawaran
atau peta menuju kejayaan dan kebahagiaan berbasaskan kefahaman materialistik.

Pandangan ini bukanlah bermakna saya begitu skeptikal dengan kejayaan materialistik, malah
di dalam agama Islam itu sendiri menggalakkan ummatnya berjaya dalam apa sahaja kerjaya,
perniagaan dan seumpamanya. Tetapi, disaat manusia
terlalu fokus kepada apa yang mereka inginkan pada
dunia materialistik, akhirnya mereka mula leka, alpa
atau lupa kepada kejayaan dan kebahagiaan pada
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

dimensi spirituilnya. Apa yang biasa terjadi pada


mereka yang lupa ini? Sudah tentulah, penyakit-
penyakit mental mula menyerang dan akhirnya
manusia semakin tersasar dari tujuan sebenar mereka
hidup di muka bumi ini. Renungilah ayat ke 4 surah Al
Imraan yang membawa maksud;
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini
nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak
serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

9
Ayat ini menerangkan dengan jelas kepada kita dan suasana ini sering kita lalui. Suka, cinta,
minat, kagum dan sebagainya kepada perkara-perkara di atas ini seperti; wanita, harta, kuda-
kuda yang terlatih (jika sekarang, kuda itu adalah kereta), emas, perak dan semuanya dari
dunia. Justeru, kesimpulan dari semua kesukaan dan kelekaan manusia itu, Tuhan memberikan
reminder atau perbandingan, ada sesuatu yang lebih baik dan lebih sempurna dari semua yang
manusia cintai iaitu syurga; menemui Tuhan yang menciptakan.

Peta kejayaan dan kebahagiaan sebenar telah lama diceritakan, malah dicetak dari zaman ke
zaman. Kita sudahpun memilikinya di rumah dan kemudian mungkin disimpan atau hanya
dijadikan hantaran atau hadiah untuk majlis-majlis tertentu. Kemudian, peta ini tidak dibuka,
tidak dibaca, tidak fahami, tidak ditafsirkan, tidak ditanya dimanakah clues bagi setiap
checkpoints yang kita lalui setiap hari dalam kehidupan. Apabila kita mengambil peta lain dari
peta sebenar untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan, maka kita akan sampai juga ke daerah
yang bernama ilusi kejayaan dan kebahagiaan!

Peta apakah yang dimaksudkan ini?

Ia sudah tentulah peta yang bernama Al-Quran dan hadith.


Sumber kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar untuk seluruh
umat manusia! Al-Quran dan hadith sarat dengan arah dan
petunjuk untuk kita ikut dan percaya. Dengan adanya
keyakinan dan kesungguhan, sudah pastilah definisi kejayaan
dan kebahagiaan yang sebenar akan mendekati dan menjadi
milik anda semua! Bukankah perkara ini dicari-cari oleh
manusia seluruhnya?

Mari kita lihat dengan mata hati kita menerusi surah Al-Baqarah, ayat 1-5 yang membawa
maksud;

Alif, Laam, Miim.Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk
bagi orang-orang Yang bertaqwa; Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang
ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang Yang beriman
kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang
diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan
sepenuhnya). Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang Yang berjaya.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Apakah refleksi terbesar dari surah ini kepada manusia?

Subhanallah, lihatlah ayat; ia menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa; inilah guidance yang
paling besar dan hebat bagi orang yang percaya (true believer). Malah, apa yang mereka
percayakan ini tidak sedikitpun akan mengecewakan mereka dan manusia yang percaya kepada
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Al-Quran dan hadith sebagai peta kebahagiaan dan kejayaan, maka mereka tidak akan berasa
sedih atau berputus asa walaupun mereka menerima tekanan kehidupan yang menyakitkan.
Inilah tahap minda dan hati yang mantap dengan sistem kepercayaan yang luar biasa, ada
dimiliki orang yang bergelar beriman.

10
Hari ini, definisi klasik kita tentang makna beriman itu bukanlah semata-mata orang yang harus
berpakaian jubah, kaki masjid, memakai serban, tasbih di tangan, berjanggut dan semua imej-
imej yang negatif. Buangkanlah cara visual kita terhadap makna ini. Tingkatkanlah maklumat
serta informasi baru tentang orang yang beriman dan bertaqwa ini dengan adanya ciri yang
disebutkan di dalam surah Al-Baqarah tadi;

Ayat ke Makna/ Refleksi

- Orang yang mempunyai belief systems yang luar biasa


- Prinsip yang tidak mampu dilihat dengan mata tetapi
mampu dirasakan kewujudannya.
Iaitu orang-orang Yang beriman kepada
- Setiap amal perbuatannya akan dihitung dan sentiasa
perkara-perkara Yang ghaib,
bersikap jujur, amanah serta bertanggungjawab
- Menekankan integriti yang tinggi dalam aspek
pekerjaan

dan mendirikan (mengerjakan) - Menjadikan action oriented dalam setiap perancangan


sembahyang serta membelanjakan - Mudah bekerjasama dan tidak khuatir dengan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki persaingan
- Mempunyai kepercayaan bahawa tiada sesuatupun
Yang Kami berikan kepada mereka
yang berkurang melainkan bertambah

Dan juga orang-orang Yang beriman - Percayakan pada setiap kata-kata Tuhan dan para
kepada Kitab "Al-Quran" Yang nabi
- Menjadikan setiap mutiara kata yang terkandung di
diturunkan kepadamu (Wahai
dalamnya sebagai prinsip kehidupan
Muhammad), dan Kitab-kitab Yang
- Manusia yang berpegang teguh pada prinsip/ rules
diturunkan dahulu daripadamu,

- Yakin dan percaya bahawa setiap pekerjaan yang


serta mereka yakin akan (adanya) hari dilakukan akan membawa manfaat dan kebaikan
akhirat (dengan sepenuhnya) - Melakukan sesuatu itu dengan antusiasme
- Tidak pernah merasa berputus asa dan sentiasa
optimis

- Mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

Mereka itulah Yang tetap mendapat membaca isyarat dari kitab menuju ke arah kejayaan
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

dan kebahagiaan
petunjuk dari Tuhan mereka, dan
- Berjaya dengan cemerlang pada tahap yang paling
merekalah orang-orang Yang berjaya.
optimum; dunia dan hari akhirat

Mesej yang besar dari ayat 1-5 ini ialah manusia yang mempunyai set kepercayaan yang tinggi
Penjelasan Al-Quran & Hadith

dan sentiasa menjadikan sebuah perancangan itu menjadi kenyataan dengan adanya action.
Ringkasnya. orang yang berjaya dan bahagia adalah orang yang mampu membaca dan mentafsir
kehidupan ini dengan merujuk kepada model dan panduan sarwajagat dari alam semesta!

11
INNER PEACE

Cetakan dan penerbitan buku mengenai NLP ini telah banyak dilakukan, malah konsep dan idea
ini telah tersebar di seluruh dunia dengan adanya pelbagai terjemahan bahasa. Jika anda
berkesempatan untuk membeli dan membaca seputar tajuk ini, kita akan memahami bahawa,
kelebihan yang ada pada NLP kebanyakkannya digunakan untuk melakukan proses
penyembutan diri. Hal ini dilaksanakan dengan praktikal yang mempunyai disiplinnya yang
tersendiri untuk meraih dan mendekatkan manusia kepada inner peace. Hal ini mampu
membuatkan manusia menjauhi dari perasaan atau fikiran yang negatif dan sebagainya.

Saranan dan cadangan yang disarankan di dalam NLP ialah mengubah stat diri (self state) yang
berenergi negatif kepada positif. Hal ini dapat dipandu dengan skrip atau corak terapi minda
yang telah terbukti mampu menyembuhkan rasa rendah diri, depression dan seumpamanya.
Kaedah yang biasa digunakan ialah menyusun semula perasaan diri dari terus menerus berada
di dalam situasi yang negatif kepada yang positif dengan adanya kawalan diri yang penuh
dengan kesedaran.

Inilah praktikal yang biasa digunakan oleh para


pengamal atau ahli terapis untuk membantu diri
sendiri atau clients yang berhadapan dengan satu
situasi yang memerlukan keputusan. Namun
yang demikian, setiap keputusan yang perlu
dibuat biasanya dikuasai sepenuhnya oleh
perasaan atau emosi manusia. Jika sesuatu
keputusan itu dilakukan pada saat keadaan diri
dikuasai dengan perasaan atau pemikiran negatif,
kesannya akan kembali kepada diri sendiri.

Atas dasar inilah, metod NLP dapat membantu mengembalikan keadaan diri (self state) yang
negatif kepada positif agar keputusan yang bakal di ambil tidak akan memberikan kesan
psikologi yang menyakitkan!

Akhirnya, amalan yang telah disusun dan dicadangkan oleh NLP akan membantu jenis-jenis
atau patterns pemikiran-pemikiran ini supaya berinteraksi secara langsung dengan pemikiran
bawah sedar (unconscious mind) untuk mengubah fail-fail minda yang telah lama tersimpan.
Kebanyakkan interaksi ini adalah untuk mengubah sistem kepercayaan dan fail minda yang
negatif kepada yang positif dengan harapan, terjadilah satu transformasi diri yang lebih baik.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Namun yang demikian, apa pula pandangan Al-Quran di dalam pendekatan yang dicadangkan
oleh NLP selama ini?

AL-QURAN MENEKANKAN INNER PEACE


Penjelasan Al-Quran & Hadith

Bagi mereka yang benar-benar mengkaji dan memahami isikandung Al-Quran dan hadith,
ternyata, cadangan yang dikemukakan oleh NLP sebenarnya sudah lama di cadangkan oleh Al-
Quran dan hadith. Malah, saranan ini amat ditekankan oleh setiap ayat yang ada di dalam A-
Quran agar menjauhi perasaan dan pemikiran yang negatif! Malah, Al-Quran juga telah

12
menyediakan pakej penyembuhan pemikiran dan perasaan manusia agar sentiasa berada pada
tahap yang optimum!

Namun yang demikian, kitalah yang perlu memahami dan mentafsirkan setiap ayat yang ada di
dalamnya untuk terus beramal dan percaya dengannya. Inilah perkara penting yang
ditinggalkan dan kurang dihayati oleh kebanyakkan kita dan akhirnya, kita sendiri menepikan
dan menyisihkan Al-Quran. Malah ada yang berfikir bahawa, topik yang ada di dalam al-Quran
itu hanya berkisarkan tentang hukum hakam agama sahaja!

Hari ini, saat ini, marilah kita pecahkan kebuntuan kita selama ini dengan kembali
menyuburkan sistem kepercayaan kita dengan melihat isikandung penting Al-Quran terhadap
psikologi kita.

Mari kita renungi sepotong ayat dari Al-Quran, surah Az


Zumar, ayat ke 53-54 yang bermaksud;

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-


hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala
dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada
Tuhan kamu Dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat
kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana
sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Cuba anda renungi ayat di atas. Bukanlah ayat ini menerangkan kepada kita tentang manusia
yang mempunyai perasaan dan pemikiran yang negatif? Anda setuju?

Yes! Situasi psikologi manusia yang berperasaan dan berfikiran negatif biasanya akan berhenti
pada titik kehidupan yang bernama putus asa. Situasi alamiah ini akan mendekatkan diri
kepada penyesalan yang tidak ada kesudahan. Mari kita lihat, apa yang ada di dalam definisi
penyesalan atau regret ini menerusi Wikipedia;

Regret is a negative conscious and emotional reaction to personal past


acts and behaviors. Regret is often expressed by the term "sorry." Regret
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

is often a feeling of sadness, shame, embarrassment, depression,


annoyance or guilt, after one acts in a manner and later wishes not to
have done so. Regret is distinct from guilt, which is a deeply emotional
form of regret one which may be difficult to comprehend in an
objective or conceptual way. In this regard, the concept of regret is
subordinate to guilt in terms of its emotional intensity. By comparison, shame typically refers to
Penjelasan Al-Quran & Hadith

the social (rather than personal) aspect of guilt or (in minor context) regret as imposed by the
society or culture (enforcement of ethics, morality), which has substantial bearing in matters of
(personal and social) honor.

It is also distinct from remorse, which is a more direct and emotional form of regret over a past
action that is considered by society to be hurtful, shameful, or violent. Unlike regret, it includes a

13
strong element of desire for apology to others rather than an internal reflection on one's actions,
and may be expressed (sincerely or not) in order to reduce the punishment one receives.

Regret can describe not only the dislike for an action that has been committed, but also,
importantly, regret of inaction. Many people find themselves wishing that they had done something
in a past situation.

Menerusi ayat ini, kita sudah mampu memahami serba sedikit tentang apa itu makna berputus
asa yang mendekati kepada penyesalan. Di saat manusia berada di kotak berputus asa, akibat
kesilapan akan kesalahan yang pernah dilakukan pada waktu yang lepas, Allah s.w.t
memberikan satu tawaran dan juga cadangan supaya kita tidak terlalu lama dan selamanya
berada di dalam situasi tersebut. Hal ini adalah kerana, manusia akan hidup dengan sudut
pandang pesimis dan tidak produktif dengan adanya rasa negatif ini di dalam diri. Malah, Allah
s.w.t melarang kita untuk berasa putus asa dengan semua kesalah yang pernah dilakukan.

Justeru, ayat ini sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyebab (cause) dan kesan
(effects). Polar ini dapat kita lihat menerusi polar 1 dan polar 2 dengan ayat ini;

Polar Ayat Refleksi Psikologi

- Psikologi alamiah yang menjurus


1 Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai kepada pemikiran dan perasaan
hamba-hambaKu Yang telah melampaui yang negatif; berputus asa dan
Cause batas terhadap diri mereka sendiri, menyesal
janganlah kamu berputus asa dari rahmat - Penyembuhan diri menuju inner
Allah, kerana Sesungguhnya Allah peace mampu diraih dan
mengampunkan Segala dosa; diwujudkan oleh diri sendiri
Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha dengan adanya proses tertentu;
Pengampun, lagi Maha Mengasihani dalam konteks ini, konsep taubat
adalah langkah penyembuhan diri
- Ada harapan dan tindakan spesifik
untuk meraih kekuatan diri

- Jika terus membiarkan diri ini


2 dalam keadaan yang negatif,
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan khuatir akan memakan diri


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Effects kamu Dengan bertaubat, serta berserah - Self sabotage adalah keadaan diri
bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu yang terus membiarkan diri sakit
didatangi azab; kerana sesudah itu kamu - Diri terus menerus diselubungi
tidak akan diberikan pertolongan. dengan rasa gelisah, takut (fear),
putus harapan, tidak produktif
- Kesannya, berdasarkan perkataan
Penjelasan Al-Quran & Hadith

azab itu adalah, emosi dan fikiran


semakin jauh dari ketenangan

14
KEUPAYAAN MENGHILANGKAN RASA DAN FIKIR NEGATIF

Hari ini, para pengamal NLP mampu melihat impak berfikir dan berperasan negatif ini akan
membawa kepada tangen atau sudut kehidupan yang tersasar dari blue print asal kehidupan.
Bayangkan, anda sudah pun mempunyai matlamat, visi, misi dan matlamat serta sasaran dalam
kehidupan, pada satu ketika, anda diselubungi dengan perasaan dan fikiran negatif. Namun yang
demikian, anda harus membuat pilihan pada saat itu! Sedar atau pun tidak, mengapa hari ini
atau saat anda berasa seperti kehidupan ini seolah-olah tersasar dari apa yang pernah anda
visualkan atau rancang seolah-olah tidak selari. Malah, kehidupan ini seolah-olah berat dan
terasa seperti amat sukar untuk diharungi dan anda berasa amat lemah!

Mari kita lihat model timeline kehidupan di bawah ini. Blue print kehidupan anda yang anda
impikan ialah mendapat keputusan (results) B dihujungnya. Tetapi anda mendapat keputusan
kehidupan anda ini ialah C! Mengapa hal ini terjadi?

Jawapannya ialah adanya sudut tersasar akibat emosi dan fikiran yang mempengaruhi tindakan
anda. Hal ini mungkin terjadi pada hari, bulan, saat mahupun jam yang lalu. Situasi itu kita harus
lihat pada tanda X. Pada tanda ini, ia adalah gambaran kepada situasi keputusan yang pernah
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

kita ambil dengan adanya penglibatan pemikiran dan perasaan yang negatif. Akhirnya, sudut C
ini membawa anda kepada hasil kehidupan bertanda C!

Tetapi, bayangkan, pada waktu bertanda X itu, anda sedar bahawa anda sedang diselubungi
perasaan dan pemikiran negatif, maka anda mengambil konsep taubat menstrukturkan
semula perasaaan dan pemikiran negatif kepada positif maka, sudut A akan membawa anda
Penjelasan Al-Quran & Hadith

kepada hasil kehidupan B atau lebih baik dari yang tidak disangka-sangka iaitu hasil di A!

Jika anda teruskan dengan kehidupan yang bersturkturkan pemikiran dan perasaan negatif,
maka kehidupan kita akan mengarah ke daerah motivasi kehidupan yang berenergi rendah dan
hasilnya C!

15
Inilah contoh atau model yang diketangahkan menerusi ayat Al-Quran tentang keupayaan dan
hasil dari penstrukturan semula pemikiran dan perasaan manusia.Namun yang demikian, para
pengamal NLP hari ini sudahpun menyedari akan formula psikologi ini dan berusaha untuk
membantu diri sendiri dan orang lain agar tetap konsisten dengan prestasi diri yang positif. Hal
ini sebenarnya selari dengan apa yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, surah Yunus, ayat
As Syams, ayat 7-10 yang bermaksud;

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai
Dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya
kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang
Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu
susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Manusia mempunyi pilihan yang besar kesannya terhadap psikologi diri sendiri. Tanpa
melakukan sesuatu atau keluar dari pemikiran dan perasaan negatif, maka khuatir ia
mempengaruhi keadaan hati spiritual anda!

Al-Quran telah menggariskan kaedah ini tanpa menamakan ilmu tersebut sebagai NLP. Hal ini
adalah kerana, ciptaan manusia di muka bumi ini adalah menyentuh semua aspek dalam semua
potensi manusia dan Tuhan sangat arif akan apa yang mampu menyembuhkan (healing) apa
yang ada di dalam diri manusia. Renungilah surah Yunus, ayat 57 yang bermaksud;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar (healing) bagi penyakit-penyakit batin
Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

Jika kita semak diri kita pada saat ini, mengapa kita sering sahaja berasa tidak selesa, sakit
malah menunjukkan simptom dari gejala perasaan dan fikiran yang negatif seperti
kebimbangan, resah, gelisah, panas baran, tidak sabar, mudah putus asa dan sebagainya? Semua
ini berpunca dari diri kita sendiri! Dan hari ini, Al-Quran diturunkan untuk memastikan semua
manusia sihat dari segi mental dan fizikal secara total!

Penyembuhan ini adalah bertujuan memastikan manusia dapat mengharungi ujian kehidupan
ini dengan optimis dan sabar. Hal ini membantu manusia yang berada di dalam situasi C tadi,
kembali sedar dan super sedar supaya mereka mampu bangkit melakukan perubahan yang
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

bermula dari diri sendiri! Yes! Manusia boleh menyembuhkan diri mereka sendiri dari segala
bentuk penyakit! Ia terletak pada kita, pada situasi diri yang sentiasa berubah-ubah
keadaannya. Namun, cadangan Al-Quran adalah supaya manusia mengekalkan polar fikir dan
perasaan pada tahap yang positif.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

16
PENDAHULUAN

Al-Quran BerbicaraTentang NLP


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

17
Penjelasan Al-Quran & Hadith
Pada tahun 1978, sebuah buku bertajuk The 100; A Ranking of the Most Influential Persons in
History yang ditulis oleh Michael Hart telah diulang cetak berjuta salinan di seluruh dunia.
Isikandung buku ini telah menyenaraikan 100 tokoh terkenal di seluruh dunia. Tokoh ini
dikenalpasti dengan adanya penilaian kriteria terpenting seperti pengaruhnya kekal sehingga
saat ini. Setelah diteliti dan dikenalpasti, tokoh pertama yang dicadangkan dengan penuh
keyakinan dan tanpa ragu-ragu oleh Michael Hart, dicatatkan bahawa seorang lelaki dari Tanah
Arab bernama Muhammad telah meninggalkan kesan
kepimpinan yang besar dan berpengaruh. Lelaki ini dikenali
sebagai seorang nabi kepada agama yang bernama Islam dan
dipanggil oleh pengikutnya dengan penuh hormat iaitu nabi
Muhammad s.a.w.

Menurut catatan di dalam laman Wikipedia, nabi Muhammad


s.a.w merupakan seorang pembawa perubahan sosial dalam
masyarakat tanah Arab, ketua agama, seorang ketua perang,
diplomat, pendakwah, ahli falsafah Islam, pakar ekonomi
Islam, pakar sosial Islam, pakar undang-undang Islam dan
tinggi nilai kemanusiaan. Inilah sebuah pengiktirafan
manusia bukan Islam atau sudut pandang terpuji kepada
nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan dengan itu, nabi Muhammad s.a.w juga diiktiraf di dalam Al-Quran dengan adanya
sebuah ayat yang diturunkan khas untuk perhatian seluruh manusia akan kewujudannya iaitu;

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu
bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Al Ahzab, ayat 21

Inilah satu pengiktirafan tertinggi yang telah diberikan oleh Tuhan kepada nabi Muhammad
s.a.w yang mana nilainya adalah lebih tinggi dari pengiktirafan manusia. Justeru, pengiktirafan
ini merupakan satu ajakan dan seruan kepada seluruh manusia lain di dunia ini agar
menjadikan cara hidup, cara percakapan, cara berfikir, cara bertindak, cara merancang, cara
berkomunikasi dan cara membina hubungan sesama manusia, dimodelkan atau re-modelling
semula dalam kehidupan kita. Inilah tujuan utama nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai model
manusia berjaya dan cemerlang agar mampu dicontohi oleh manusia selepas tiadanya lagi nabi
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Muhammad s.a.w.

Inilah intipati utama bagi kemahiran dan ilmu Neuro Linguastic Programming atau
singkatannya NLP. Jika orang bertanya tentang apakah itu NLP? Cara mudah untuk kita
menjawabnya ialah, memodelkan semula sebuah model yang diakui kejayaan dan
kecemerlangannya. Bukankah model kehidupan nabi Muhammad s.a.w merupakan satu model
Penjelasan Al-Quran & Hadith

yang mempunyai hubung kait dengan makna NLP?

Aktiviti terpenting di dalam agama Islam ialah mendirikan solat. Solat merupakan satu simbol
kejayaan bagi orang beriman (orang yang meyakini ajaran Islam). Malah kedudukan solat atau
sembahyang ini berada pada tahap kedua selepas seseorang itu telah memberi kesaksian atau
melafazkan syahadahnya. Solat juga telah diingatkan berkali-kali oleh muazzin (bilal

18
melaungkan azan) sebelum meraih kejayaan duniawi. Namun, sebelum kejayaan dunia ini
dimiliki, maka solat juga adalah kejayaan akhirat yang harus diberikan keutamaan sebelum
dunia. Justeru, NLP yang diertikan sebagai memodelkan semula model kejayaan yang telah
terbukti, telah dijelaskan oleh nabi Muhammad s.a.w di dalam catatan Imam Bukhari dan Imam
Ahmad yang bermaksud;

Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat

Makna solat adalah ibadah diwajibkan oleh Tuhan kepada sekalian manusia yang telah
memberikan kesaksiannya kepada Allah swt. Namun yang demikian, perkataan solat ini
bukanlah sahaja terhenti pada perbuatan solat itu sendiri, namun falsafahnya, maknanya yang
lebih tinggi adalah memodelkan semula perbuatan, pergerakkan, ucapan, fokus, penghayatan,
perasaan dan semua yang melibatkan elemen psikologi orang berjaya.

Bukankah nabi Muhammad s.a.w ini merupakan satu


model kejayaan manusia yang paling tinggi? Dan mampu
diikuti dan dimodelkan semula? jawapannya ialah sudah
pasti!. Catatan hadith di atas ini sudah memberikan satu
makna dan penjelasan yang besar terhadap ilmu NLP yang
mana, ia adalah satu kemahiran untuk memodelkan semula
model kejayaan yang sudah terbukti kehebatannya!
Bukankah itu sudah ada ditunjukkan nabi Muhammad
s.a.w?

Perspektif lain dalam sudut motivasi, hadith di atas juga boleh difahami bahawa, segala bentuk
kebaikan dan kejayaan yang telah terbukti, mampu dimodelkan semula agar kejayaan yang
diimpikan dari generasi ke generasi dapat disambung; seolah-olah terdapat tali yang mengikat
di antara keduanya. Lalu, usaha untuk meraih kejayaan harus mempunyai set disiplin yang
tinggi dan harus dipatuhi rules atau undang-undangnya yang tersendiri. Bukankah makna solat
itu sendiri mempunyai set disiplin dan undang-undangnya yang harus dipatuhi? Iaitu yang
mana didahulukan maka harus didahulukan dan mana yang harus dikemudiankan maka harus
dikemudiankan. Itulah antara set disiplin dan undang-undang untuk meraih kejayaan dan ianya
dinamakan tertib!

AL-QURAN ADALAH SEGALANYA


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Setelah 1,400 tahun Al-Quran telah diturunkan kepada manusia pencerahan ilmu mengenai
psikologi manusia mula dijawab satu-persatu dengan adanya pembentangan dari isikandung Al-
Quran dan hadith. Setiap barisan, ayat dan surah yang terkandung di dalamnya telah
menjelaskan secara eksplisit tentang psikologi manusia. Tiada satu pun yang terlepas pandang
oleh Al-Quran mengenai dunia dan seisinya!
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Sebagai contoh, Al-Quran telah menceritakan tentang mawar merah di angkasa. Bayangkan,
pada awal 1,400 tahun dahulu, saintis manakah yang telah menemui bintang yang bernama
Nebula Rose? Sudah wujudkah teleskop Hubble pada waktu itu? Sudah tentu penjelasan di
dalam Al-Quran ini pada awal ia diturunkan akan membuatkan manusia berasa hairan, adakah
di angkasa mempunyai bentuk seakan mawar merah? Bukankah Al-Quran menjelaskan sesuatu

19
yang tidak diketahui oleh manusia tentang angkasa? Pada
tahun 1995, awal Januari, imej Nebula Rose telah
dikongsikan kepada dunia.

Bukan sahaja tentang alam cakerawala, Al-Quran juga


menerangkan pula tentang asal kejadian bumi dan langit.
Wah, semua ini diluar jangkaan fikiran manusia akan
penciptaan planet yang indah ini yang bernama bumi.
Sebesar (makrokosmos) penciptaan sehinggalah sekecil-
kecil (mikrokosmos) makhluk telah dijelaskan dengan cukup terang dan cerah termasuklah
penciptaan manusia itu sendiri!

Cerita tentang manusia di dalam Al-Quran telah menjadi satu fokus utama. Mengapa ia menjadi
satu fokus perbicaraan yang penting? Jawapannya yang pertama ialah, ini adalah kerana,
manusia itu tidak mengalami evolusi seperti yang dijelaskan oleh Darwin. Manusia pertama
telah diciptakan Tuhan dengan menggunakan elemen tanah. Ia dijelaskan di dalam Al-Quran;

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia
berasal dari tanah; Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air
(benih) Yang sedikit dipandang orang;

Surah As Sajadah ayat 7 hingga 8 ini membicarakan tentang kejadian manusia yang pertama;
iaitu merujuk kepada nabi Adam. Reka bentuk hebat ini bukanlah semata-mata pada bentuk
fizikalnya, malah dibentuk dan direka juga dengan teliti akan potensi yang lain seperti daya
intelektual, emosi dan spiritual.

Kedua, jika kita membeli sebuah kipas. Perhatikan, apa yang ada di
dalam kotaknya? Ya, sudah pasti semua set kipas itu beserta dengan
buku panduan atau manual book! Apakah kepentingan buku ini
kepada user atau pengguna? Sudah pasti, buku itu akan memberi
arahan dan panduan yang sangat praktikal supaya kita mampu
memasang dengan sempurna kipas itu bukan? Siapa yang
menyediakan manual ini? Sudah pasti si pereka cipta kipas itu yang
menyediakannya. Si pereka itu sangat mahir dan faham, apakah yang
harus dilakukan oleh user untuk memastikan kipas itu mampu
berfungsi dengan baik. Tanpanya, mungkin kita akan mengalami
sedikit masalah kerana tiada panduan yang jelas untuk memasang
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

kipas tersebut.

Samalah halnya seperti ciptaan manusia. Manusia ini diciptakan oleh Tuhan menerusi
kebijaksanaan dan kekuatan si Maha Pencipta. Apabila penciptaan manusia ini telah diaktifkan
di muka bumi ini, maka manusia juga memerlukan satu manual yang jelas dan lengkap, apakah
yang harus dilakukan oleh manusia di dunia ini agar potensi mereka mampu dioptimumkan
Penjelasan Al-Quran & Hadith

pada tahap yang paling tinggi! Tanpa manual ini, manusia pasti akan hidup dengan berbekalkan
daya pemikiran yang sangat dangkal!

20
ADA APA DENGAN TANAH?

Tanah merupakan bahan atau substance utama manusia


pertama diciptakan. Mengapa tanah? Ada apa dengan tanah?
Apa istimewanya tanah? Apa gunanya tanah? Jika manusia
berfikir secara logik akal akan taraf tanah, manusia akan
berkata, tanah tiada nilai langsung! Tunggu! Mari kita duduk
sebentar dan renungkan dengan tenang dan sabar tentang
tanah. Jika kita mampu menilai semula kehebatan tanah dan
faedahnya, maka kita sendiri akan berasa kagum dengan
Tuhan yang menciptakan!

Yes, tanah adalah bahan utama manusia diciptakan. Kemudian, zuriat dari nabi Adam a.s adalah
menerusi air mani yang hina. Di dalam Al-Quran, selain tanah, ada juga disebut sebagai tanah
liat yang berwarna hitam. Malah ada disebutkan bahawa, tanah yang digunakan oleh Tuhan
untuk menciptakan manusia adalah berbau dan mudah berubah warnanya. Hal ini ada
disebutkan oleh iblis;

Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia Yang Engkau jadikan Dia dari tanah liat
Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya"

Al Hijr ayat 33

Ini adalah sebuah sudut pandang iblis tentang manusia, tentang penciptaan nabi Adam. Tentang
asalnya dari tanah yang kental, mudah berubah warna dan baunya! Inilah manusia! Sekarang,
mari kita perhatikan apa menariknya tentang tanah yang sering kali kita memijaknya setiap hari
ini. Antara aktiviti penting manusia dengan tanah ialah bercucuk tanam. Manusia
mengoptimumkan tanah ini untuk melakukan aktiviti menanam biji benih pokok. Tidak kiralah
apa sahaja jenis benihnya samada biji benih durian, rambutan, jagung, timun, strawberi dan
sebagainya, namun manusia telah menggunakan tanah sebagai usaha memungut hasil.

Apa yang diusahakan dan ditanam oleh manusia di dalam tanah adalah, diakhirnya
mengharapkan sebuah hasil. Hasil ini bergantung tinggi kepada jenis benih yang digunakan dan
juga cara memelihara (nurture) benih ini. Akhirnya, apa yang yang telah ditanam akan
membuahkan hasil iaitu samada buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Apakah refleksi anda terhadap biji benih yang ditanam di dalam tanah kepada kemahiran NLP?
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Apa kaitannya NLP dengan surah Al-Hijr, ayat 33 tadi? Ada hubungan (connection) di
antaranya?

Yes, sudah pasti ada! Apa yang ditanam di dalam tanah, pasti akan menghasilkan hasil atau
results.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Sekarang, jika kita sudah memahami bahawa manusia, iaitu kita sendiri adalah makna kepada
tanah dan tanah adalah simbol kepada kejadian manusia, maka ingatlah bahawa, apa yang kita
tanam pada diri kita selama ini akan membuahkan hasil juga! Anda jangan terkejut dengan
kelakuan atau habit yang anda miliki hari ini. Semua yang kita miliki atau apa yang kita
tunjulkan adalah sebenarnya hasil dari proses pertama yang telah kita lakukan dahulu, iaitu
proses menanam (input) dahulu.

21
Persoalannya kini, apakah bentuk benih-benih yang telah kita tanam
dalam diri kita dahulu? Benih itu adalah benih;

i) Apa yang kita LIHAT


ii) Apa yang kita DENGAR
iii) Apa yang kita RASA

Inilah 3 jenis benih yang sering kita ambil dan terus ditanam dalam diri
kita menerusi saluran visual, auditori dan kinestatik. Secara ringkasnya,
saluran ini digelar sebagai V-A-K. Jika kita lihat biji benih pohon buah-
buahan yang ditanam. Apa yang akan terjadi pada biji itu? Ia mulai
mengeluarkan akar bukan? Apa yang terjadi lagi setelah 3 bulan berlalu?
1 tahun berlalu? Bukankah akar pada biji benih itu membesar dan
semakin mencengkam tanah bukan? Akar semakin besar dan menguasai
seluruh tanah itu dan kemudian, pohon itu menumbuhi dengan daun yang
lebat dan mungkin menghasilkan buah-buahan manis atau sebaliknya.
Semua itu bergantung kepada jenis benih yang telah dibenarkan oleh kita
sendiri untuk masuk menguasai hati dan minda kita!

BENIH YANG BERKUALITI

Jika kita inginkan hasil buah-buahan atau bunga yang cantik dan
berkualiti, apakah usaha yang harus kita lakukan? Bukankah kita harus
mencari dahulu, benih yang bagaimana harus kita perhatikan dan
kemudian ditanam? Inilah kuasa memilih atau the power of
choices yang kita miliki. Kita berhak dan mampu melakukan
proses pemilihan yang benar-benar berkualiti dalam
pemilihan jenis benih yang betul untuk menghasilkan sebuah
keputusan atau buah-buahan yang diimpikan. Jika tidak, kita
sendiri akan berasa kesal dan kecewa dengan keputusan yang
tidak menepati apa yang kita sendiri impikan.

Benih ini adalah sebuah analogi kepada input yang kita tanam
pada diri kita selama ini. Kadangkala, kita mengambil ringan
dan tidak begitu serius dengan input yang kita ambil dari
persekitaran kita. Sebagai contoh, anak-anak muda kita pada
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

hari ini suka dan leka dengan arus hiburan atau budaya
hedonism yang melampau. Malah, mereka mampu menghafal
dan meniru semua lirik lagu, dialog dalam cerita, fesyen dan
sebagainya. Mereka (generasi muda) ini memilih dengan tiada
sikap selektif dalam mengambil benih-benih ini untuk diri mereka sendiri. Akhirnya, selepas
setahun, atau mungkin berpuluh tahun selepas itu, mereka sendiri berasa kesal dan kecewa
Penjelasan Al-Quran & Hadith

dengan apa yang telah mereka pilih dahulu.

Bak kata pepatah orang bijaksana, hidup adalah sebuah keputusan. Jika kita tidak mengambil
atau membuat keputusan, maka itu juga adalah keputusan!

22
Hati-hati dengan benih yang sering mengasak atau menekan kita untuk menerimanya.
Mengapa kita harus bersifat skeptikal dalam hal seperti ini? Ini adalah kerana, persekitaran hari
ini, terlalu banyak sekali mesej-mesej terselindung yang ditawarkan kepada dunia, malah terus
kepada kita tanpa sedar atau dengan sedar. Benih yang baik akan menghasilkan sebuah cara
fikir dan tindakan yang baik dan positif, namun benih yang buruk, tidak berkualiti pasti akan
membentuk karakter berfikir dan tindakan yang sebaliknya juga. Hati-hatilah dengan apa yang
kita lihat, dengar dan rasa. Semua ini akan menjadi satu sistem kepercayaan atau belief system
yang menguasai tindakan kita!

EGO YANG MEROSAKKAN

Setiap apa yang ditanam di dalam tanah, boleh dicabut dan diganti. Cuma kadangkala, jika ia
sudah lama dibiarkan tertanam, akar sudah semakin mencengkam, maka mungkin usaha yang
besar atau berlipat kali ganda harus digunakan untuk mencabutnya! Sepertinya kita harus
menyewa jentera berat untuk mencabut biji benih yang telah menjadi pokok yang besar! Tetapi
bayangkan, jika biji benih yang baru ditanam dan masih rendang dan kecil, kadangkala, kita
boleh mencabutnya dari tanah tanpa memerlukan tenaga yang banyak! Itulah analogi benih
yang ditanam dalam hati dan minda kita.

Yes, manusia sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Hal ini memang tidak boleh dinafikan.
Manusia yang bebas dari kesalahan dan penyesalan hanyalah nabi. Kadangkala benih yang kita
masukkan atau kita tanam di dalam diri kita ini, tanpa kita sedar bahawa ia adalah benih yang
buruk. Luarannya nampak menyakinkan tetapi apabila sudah ditanam dan kemudian barulah
kita sedar bahawa belief system yang kita sedang pelihara itu sebenarnya adalah benih yang
buruk, maka, kita sebenarnya boleh mencabut atau membuangnya dari diri kita dan kemudian
tanamlah sistem kepercayaan yang baru. Proses inilah yang dinamakan anjakan paradigma.

Kita adalah apa yang kita rasakan dan apa yang kita fikirkan. Memang apa yang telah kita
lakukan, semuanya berpunca dari benih yang kita pilih. Dan semua itu akan mengundang
perasaan dan fikiran yang akhirnya mewujudkan sebuah tindakan atau action. Perhatikanlah
semula tindak tanduk kita, percakapan kita, komunikasi kita dan
sebagainya. Semua itu kadangkala menjelma secara sedar dan
tidak sedar, berpunca dari apa yang telah kita yakini.

Sehubungan dengan itu, kuasa untuk menggantikan benih yang


baru memerlukan pengorbanan terhadap ego yang besar. Sistem
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

kepercayaan ini adalah satu analogi kepada akar yang kuat


mencengkam tanah iaitu karakter kita tadi. Anda sedar atau tidak,
sistem kepercayaan yang kita miliki sebahagiannya adalah
tembok yang bernama ego. Kadangkala, ego negatif sukar
dihancurkan dan ia dilihat penting pada sesetengah pandangan
manusia. Namun yang demikian, ego negatif ini, bukanlah satu
Penjelasan Al-Quran & Hadith

idea yang baik untuk dibiarkan kekal dalam diri. Khuatir ia akan memakan diri dan menyakiti
manusia dipersekitaran kita tanpa kita sendiri sedar. Ego negatif akan membina tembok besar
yang akan memisahkan kita dengan sumber kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar. Hal ini
telah berlaku pada iblis seperti yang diterangkan dalam Al-Quran

23
(setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, - melainkan
Iblis; ia enggan turut bersama mereka Yang sujud. Allah berfirman: hai Iblis, apa sebabnya
Engkau tidak turut bersama mereka Yang sujud itu?". Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud
kepada manusia Yang Engkau jadikan Dia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah
kental Yang berubah warna dan baunya".

Al Hijr, ayat 30-33

Ego yang terbaik diperlakukan ialah menerusi kisah iblis


yang menyatakan dirinya lebih baik dari Adam a.s. Sifat
ego ini telah menjadi keras (solid) dan sukar untuk diubah
oleh Iblis. Sistem kepercayaan iblis ialah, keupayaan dan
kebolehan dirinya adalah tidak standing dengan Adam a.s.
Dengan adanya kepercayaan ini pada iblis, maka secara
sedar mahupun tidak, Iblis lebih senang walaupun tahu
bahawa azab neraka itu amat dahsyat; Iblis tetap tidak
mahu memecahkan egonya. Dengarkanlah ayat ini dan
perhatikanlah perihal ego yang sukar diubah atau dicabut
dari cengkaman diri. Ego akan memisahkan di antara
kebaikan dan keburukan. Akhirnya ego yang buruk akan
sentiasa berada pada jalan yang gelap.

Apabila ego menguasai diri, lihatlah cara berfikir, cara bertindak, cara berkomunikasi, cara
bekerja dan sebagainya, semuanya berfokuskan kepada kemarahan, kesakitan dan penderitaan
batin yang serius! Kisah di dalam surah Al Hijr ini, telah pun dicontohi oleh manusia sendiri.
Manusia sendiri secara tidak sedar telah meniru psikologi iblis yang sakit batinnya dan tiada
sedikitpun ketenangan melainkan kesakitan.

LEPASKAN EGO

Sistem keyakinan lama boleh berubah dengan adanya sistem keyakinan yang baru dimasukkan.
Usahalah untuk meraih ketenangan dan kejayaan yang hakiki dengan menghancurkan atau
mencabut ego yang selama ini telah lama mencengkam karakter kita. Kadangkala ada manusia
yang berkata;

i) susahlah untuk berubah!;


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

ii) takutlah untuk menjadi lembut;


iii) kalau aku tidak bersikap keras, mereka tidak hormat pada aku!

Lihatlah bahasa ego. Ia sangat skeptikal kepada kelembutan. Ia sangat sensitif kepada
perubahan. Ia sangat menderita untuk menjadi harmoni. Ia lebih suka dan selesa dengan
kekerasan dan keAKUan. Namun yang demikian, adakah benar tentang apa yang difikirkan itu?
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Adakah ia benar-benar akan terjadi seperti apa yang difikirkan?

Sesungguhnya, alam ini bekerja dengan penuh harmoni, kelembutan dan ketenangan. Dengan
adanya kelembutan itu, dunia menjadi tenang dan aman. Tiada satupun sejarah dunia yang
menceritakan tentang ego manusia yang keras telah membawa kepada keharmonian
melainkan kehancuran semata-mata. Tiada satupun catatan sejarah yang menerangkan kepada

24
dunia bahawa, dengan kekerasan dan ketegangan itu, telah mengubah dunia ini menjadi lebih
segar dan menyenangkan! Tiada sama sekali! Usahlah kita mengambil atau menanam
kepercayaan bahawa, dengan menghidupkan ego, kita akan berasa tenang, rasa dihormati, rasa
disayangi atau rasa dikagumi! Itu semua adalah kepercayaan bersifat racun (poison believe)!

Mari perhatikan dunia seharian kita. Jika kita melihat


seorang guru, pensyarah, ibubapa, boss di sebuah
syarikat atau sesiapa sahaja yang berasa lebih tinggi
dari sebahagian manusia yang lain. Apakah bentuk
bahasa yang biasa mereka gunakan? Apakah bentuk
bahasa badan yang mereka tonjolkan? Apakah bentuk
bahasa yang anda biasa dengarkan? Dan apakah pula
gaya bahasa badan yang anda pernah lihat?

Apa yang boleh saya simpulkan disinilah ialah bahasa


percakapan dan badan yang biasa digunakan ialah
sarkastik. Inilah bentuk bahasa yang sering digunakan oleh ibubapa, guru, boss, anak dan
sesiapa sahaja yang mana apabila telah ego menguasai diri. Namun yang demikian, bab ego ini
akan dijelaskan lagi pada bab seterusnya supaya kita lebih mengenali, apakah pula bentuk dan
rasa dunia dalaman kita (internal world) yang telah kita bentukkan selama ini. Justeru, untuk
meneruskan pengembaraan minda anda, kita lakukan dahulu sedikit aktiviti melepaskan
belenggu ego.

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

25
PERNAFASAN BERFREKUENSI ALPHA
Untuk melaksanakan aktiviti ini, anda perlu 4R; RELAKS-RECHECK-RELEASE-RETREAT.

LANGKAH KAEDAH/ AKTIVITI

Duduk di tempat yang tenang. Tiada gangguan dan relaks. Saat anda duduk
1 (bersila lebih baik), gunakan hidung dan tarik nafas melalui hidung dan
RELAKS keluarkan menerusi mulut anda. Tarik nafas anda dengan perlahan dan relaks
(tiada ketegangan) sebanyak 7 kali.

2 Selepas menarik 7 kali, dengan tenang dan relaks, anda pejamkan mata dan
RELAKS teruskan menarik 7 kali pernafasan kali ke dua.

3 Berhenti sebentar. Sekarang, anda visualkan dalam minda, apakah bentuk ego
RECHECK (sifat negatif seperti cepat marah, suka menyakiti orang lain, malas, tidak yakin
pada diri dan sebagainya)

Selepas visualkan ego, sekarang, teruskan menarik nafas sebanyak 7 kali yang
ketiga. Tetapi, kali ketiga ini, saat anda menarik nafas (dalam keadaan mata
4 ditutup), visualkan udara yang anda tarik itu bewarna putih. Dan disaat anda
RELEASE lepaskan menerusi mulut anda, lihat dan visualkan udara yang keluar itu adalah
berwarna hitam; hitam kerana ego keluar dari diri. Lakukan dengan relaks dan
perlahan-lahan. Visualkan semua udara hitam itu keluar dari diri sehingga ia
bertukar bewarna putih (dengan ukuran keyakinan diri sendiri).

Berhenti dan rehat sebentar dari langkah 4 jika sudah selesai (warna hitam
bertukar putih). Sekarang, katakan pada diri sendiri dengan penuh harapan doa
ini;
5
RETREAT Ya Allah, sihatkanlah tubuhku. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah
sihatkanlah penglihatanku (Rujuk doa di dalam Al Mathurat)
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Tarik nafas kemudian selang selikan dengan doa sebanyak 3 kali.

Visualkan tubuh badan, pendengaran dan penglihatan anda bebas dari ego

Setelah selesai, bukakan mata dan rasailah dengan tenang!


Penjelasan Al-Quran & Hadith

Semoga anda berasa tenang dan bersemangat untuk meneruskan mind journey ini! Selamat
belayar!

26
BAB 1

ASAS DALAM NEURO LINGUASTIC


PROGRAMMING @ NLP

NLP ialah satu set kemahiran manusiawi untuk meraih


kejayaan. Set ini adalah bergantung sepenuhnya kepada
psikologi manusia. Hal ini adalah kerana, manusia berjaya
atau gagal adalah bergantung sepenuhnya kepada keadaan
fizikal, intelektual, emosi dan spiritual seseorang.
Setiap keadaan ini akan meninggalkan paten yang
unik dan boleh dipelajari dan dikuasai dengan
mudah. Dengan kata lain, keadaan mental
anda adalah dunia yang anda alami.
Apa yang bakal terjadi jika anda
benar-benar mengubah apa yang ada
dalam diri kita?
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

27
Saat anda sedang membaca buku ini, apa yang terlintas pada pemikiran anda? Kemudian,
setelah selesai anda membaca bahagian tertentu di dalam buku ini, apakah perancangan anda?
Tindakan anda? Jika anda ingin bertemu dengan seseorang, apakah harapan atau result nyata
yang ingin anda perolehi? Apakah anda berasa gembira melakukan pekerjaan anda sekarang?
Apa yang sedang anda fokuskan sekarang?

Baik, soalan di atas sebenarnya, secara sederhana, mengajak anda untuk menggunakan
keupayaan minda. Namun, kita sering menggunakannya tanpa perlu secara sedar melakukan
proses berfikir dengan menggunakan otak. Namun yang demikian, perbezaan otak kanak-kanak
dengan otak manusia yang sudah memasuki alam akil baligh adalah berbeza sama sekali.
Perbezaan itu ialah wujudnya kemampuan kuasa untuk mengawal (control). Mengawal apa?
Yes, mengawal emosi.

Cuba anda lihat kanak-kanak kecil atau ingat kembali zaman


kanak-kanak anda sebelum zaman akil baligh. Apa gelagatnya?
Pastinya kita akan mengatakan; mereka suka bergembira,
ketawa, berlari-lari mengejar rama-rama yang sedang terbang,
menangis apabila tidak dapat gula-gula atau apa yang
diingininya, ketawa lagi dan sebagainya bukan? Pada saat itu,
apakah bentuk potensi yang dominon bagi kanak-kanak?
Bukankah semuanya bentuk emosi?

Kemudian, apabila kanak-kanak tadi atau anda sudah memasuki alam dewasa, adakah anda atau
kanak-kanak yang kini telah remaja akan menangis apabila tidak dapat gula-gula? Adakah
remaja akan ketawa dan berlari-lari mengejari rama-rama seperti mana yang dilakukan semasa
zaman kanak-kanak? Sudah ten tu kita tidak lagi berkelakuan seperti zaman kanak-kanak
kerana zaman akil baligh, otak manusia sudah mula aktif dan mula mampu untuk mengawal
atau control.

Yang lebih menarik lagi tentang dunia akil baligh ini ialah, emosi atau perasaan sudah mula
seimbang dengan kematangan akal fikiran. Perkataan biasa yang pernah kita dengar dari orang-
orang tua ialah; Kau dah besarkan. Sudah boleh fikir sendiri! Atau semua dosa pahala sudah
ditanggung sendiri bukan lagi mak ayah! Biasa bukan kita mendengarnya? Yes, semua
pernyataan ini adalah benar sekali dan kita sendiri sudah alaminya (jika anda sudah akil baligh)

Jika dahulunya kita di dominasikan dengan perasaan atau emosi, setelah memasuki gerbang akil
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

baligh, manusia diberikan anugerah untuk mengawal emosi dan bukan lagi emosi mengawal
diri. Justeru, pada saat ini, semua emosi orang dewasa adalah dicetuskan dan dikawal oleh
fikiran sihat kita! Bukankah hal ini amat unik sekali? Sudahkah anda sedar semua ini telah
berlaku pada diri?
Penjelasan Al-Quran & Hadith

PACAT

Saya mengajak keluarga saya pergi ke air terjun. Kami bersiap untuk bermandi manda di sana.
Setelah sampai di tempat yang dituju, semua orang gembira dan tidak sabar-sabar untuk mandi.
Kami terpaksa melalui jalan yang kecil dan penuh dengan daun-daun kering yang keguguran.

28
Kemudian, saya menyiapkan makanan dan adik pula menyediakan tempat untuk kami
meletakkan semua barang-barang makanan dan pakaian.

Sementara menyiapkan barang-barang, saya terlihat dua ekor pacat sedang menghisap darah
pada bahagian kaki adik saya. Kemudian saya menegur adik saya dengan berkata;

Adik, ada pacat di kakimu!

Apa! Wah! Aduh! Au!

Saya melihat gelagat adik saya apabila dia baru sedar bahawa pacat (yang menggelikan pada
sesetangah orang) menghisap darahnya! Sangat lucu dan membuatkan saya berfikir!

Emosi manusia mula bergerak apabila akal atau minda membenarkan apa yang dilihat dan apa
yang dirasa! Bukankah hal ini menjelaskan bahawa, memang benarlah emosi manusia dikawal
sepenuhnya oleh akal/minda!

Hei, bagaimana agaknya jika saya tidak menegur terus pada adik saya ya?

FIKIRAN MENGGERAKKAN EMOSI

Apabila kita sudah memahami bahawa fikiran atau minda


adalah kunci kepada bergerakknya emosi, maka kita harus
memahami pula bagaimana polar fikiran atau minda ini bekerja.
Fikiran dan emosi tidak boleh dipisahkan atau diasingkan
dalam kehidupan. Namun, ia harus dikawal dan diuruskan
dengan baik agar result atau output kita kepada dunia ini adalah
selari dengan blue print kejayaan kita. Hayatilah kata nabi
Muhammad s.a.w ini;

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata


kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku.
Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah. Maka lelaki itu
mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:
Jangan kamu marah.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Marah adalah satu situasi berkapasitikan emosi yang negatif. Ia adalah satu keadaan dimana
fikiran mula membenarkan emosi yang rendah menguasai tindakan, percakapan dan kewarasan
seseorang itu. Namun yang demikian, nabi Muhammad s.a.w memberi nasihat atau tips ini
kepada orang dewasa. Mengapa orang dewasa? Sudah tentulah, emosi mampu dikawal oleh
minda yang kuat dan sihat, hanya ada pada orang dewasa (atau sudah akil baligh). Tips ini tidak
diberikan kepada kanak-kanak yang kecil, kerana emosi ini tidak mampu dikawal oleh minda
Penjelasan Al-Quran & Hadith

atau fikiran yang berada pada tahap yang tidak matang atau tidak aktif!

Emosi merupakan satu modal terpenting bagi setiap manusia. Tanpanya, manusia pasti akan
berada dalam dunia tanpa warna dan makna. Ada pandangan mengatakan bahawa, perkataan
emotional terdiri dari perkataan motion atau bergerak/ pergerakkan. E pula bermaksud energy/

29
tenaga. Apabila tenaga digabungkan menjadi perkataan emotional bermaksud, ia pasti
menggerakkan kehidupan.

Namun yang demikian, nabi Muhammad s.a.w. telah mengajar kita kemampuan untuk
mengawal emosi! Inilah teras kepada kemahiran Neuro Linguastic Programming atau NLP.
Mengawal dan mengurus internal world yang akhirnya akan mewujudkan action. Tanpa
kawalan, maka tidak terkawal juga tindakan kita! ~ Biar akal mengawal emosi dan jangan
biarkan emosi mengawal akal!

APA ITU NEURO LINGUASTIC PROGRAMMING @ NLP?

Dunia motivasi dan psikologi semakin berkembang dengan wujudnya pelbagai bentuk kajian
dilapangan. Pakar saraf juga tidak ketinggalan dengan penemuan baru dengan adanya
intervensi dari pelbagai disiplin ilmu. Akhirnya istilah baru diperkenalkan dari dunia Barat iaitu
Neuro Linguastic Programming. Sudah pastinya istilah ini anda pernah mendengarnya atau
mungkin anda telah mempraktikkannya secara sedar atau pun tidak.

Apabila menyebut tentang NLP, ramai yang bertanyakan soalan;

i) Apakah NLP itu?


ii) Bagaimana NLP itu berfungsi kepada saya?
iii) Apakah kepentingan NLP pada saya?
iv) Apa manfaatnya mengetahui tentang NLP?
v) Apa faedahnya kepada saya dan orang disekitar saya?
vi) Adakah ianya begitu penting untuk dipelajari?

Inilah soalan-soalan yang biasa ditanya


dikebanyakkan orang yang saya bertemu.
Malah ada yang menafikan dan menolak
bahawa NLP ini tidak penting dalam hidupnya.
Respon saya tentang NLP ialah; walau apapun
persepsi atau sudut pandang masyarakat
terhadap NLP, samada ianya penting ataupun
tidak, selagi mana kita bernama manusia, kita
pasti menggunakan keupayaan minda. Apa
sahaja yang terlintas, terbayangkan, difikirkan,
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

dirasakan, didengarkan dan dilihat, maka anda


sebenarnya sudahpun mempraktikkan
kemahiran NLP ini.

Sekarang, apa maksud NLP ini sebenarnya?


Penjelasan Al-Quran & Hadith

Secara teknikal, NLP terdiri dari tiga perkataan yang mana secara umumnya, setiap satu
perkataan ini membawa maksud;

30
Perkataan neuro adalah merujuk kepada sistem saraf kita yang terdapat
pada bahagian otak. Setiap pengalaman eksternal yang dicerap dan
diproses menerusi lima deria utama iaitu

i) Mata
ii) Telinga
Neuro iii) Sentuhan (Kulit)
iv) Bau (atau oldfactory)
v) Rasa (atau gustatory)

Namun yang demikian, NLP menfokuskan kepada, bagaimana kita


memproses semua maklumat menerusi deria ini yang mana ia akan
disimpan pada minda sedar dan separa sedar manusia.

Bahasa ini adalah merujuk kepada bahasa bukan percakapan atau non
Linguastic
verbal. Penggunaan bahasa ini berlaku pada saat kita alami (experienced)
sebarang maklumat atau input menerusi lima deria. Kemudian memberi
sebuah nilai (values) yang tertentu kepada apa yang kita fikirkan. Malah,
dalam saraf manusia, wujudnya kod-kod tertentu yang mana manusia
mampu memahami dengan baik.

Merujuk kepada sebuah cara atau metodologi yang konsisten. Ia terhasil


dari sebuah kefahaman dan keyakinan manusia untuk melahirkan set
kelakuan yang tertentu bagi melahirkan sebuah tindakan atau keputusan.
Programming Program ini juga boleh disimpulkan sebagai sebuah modul yang akan
menentukan sikap, fikiran dan perasaan yang tertentu untuk meraih hasil
yang tertentu.

Justeru, berdasarkan pengamal NLP (Master), Tuan Hj Mat Taib Mat, di dalam bukunya yang
bertajuk NLP; Rahsia Sains & Seni Kejayaan Diri ada meringkaskan bahawa, secara mudahnya,
NLP boleh disimpulkan sebagai;

i) NLP adalah kajian spesifik mengenai potensi kecemerlangan manusia


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

ii) NLP adalah keupayaan untuk menjadi diri yang terbaik dengan lebih konsisten
iii) NLP adalah pendekatan praktikal untuk mengubah diri
iv) NLP adalah teknologi pencapaian diri yang kontemporari
v) NLP adalah mind tools yang terbaik untuk membentuk polar fikiran yang tersusun

Kesimpulannya, definisi yang paling hampir kepada maksud sebenar NLP itu sendiri adalah
Penjelasan Al-Quran & Hadith

mengenalpasti potensi dalaman diri iaitu merujuk kepada bagaimana minda boleh berinteraksi
dan bekerja pada tahap yang paling optimum bagi melahirkan manusia yang terurus minda dan
perasaanya. Justeru, dengan adanya minda dan perasaan yang terarah, manusia mampu
mencapai apa sahaja yang diimpikan samada berbentuk ganjaran material atau non-material.

31
Hal ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran bahawa, akal yang sihat, jika tidak dioptimumkan pada
satu jalan yang benar dan pasti, maka Tuhan akan menjadikan manusia itu dalam satu bentuk
kehancuran.

Jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia Yang ada di bumi. Maka
Patutkah Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang Yang
beriman? Dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan Dengan izin
Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang Yang tidak mempergunakan akalnya.

Surah Yunus, ayat 99-100

Perkataan yang digunakan di dalam surah ini, pada ayat


yang terakhir ialah la yaqiluun; bermaksud tidak
menggunakan akal. Sinonim pada perkataan akal juga
adalah minda yang waras. Kaum nabi Yunus tidak
mempergunakan sepenuhnya potensi akal mereka untuk
menerima sistem kepercayaan atau belief systems yang
benar dari Tuhan untuk dimodelkan. Akhirnya, mereka
hidup dengan program minda mereka sendiri tanpa
adanya panduan dari Tuhan untuk meneruskan agenda
kehidupannya di muka bumi.

Maka, dapat kita fahami bahawa, NLP juga adalah tools


yang mampu menyentuh dan mengubah sistem minda manusia supaya memilih dan
menghidupkan cara berfikir yang baru dan segar. Dengan adanya perubahan dan aturan cara
berfikir yang baru, maka manusia seolah-olah bergerak aktif menuju kepada kejayaan yang
semua manusia impikan; iaitu kejayaan berbentuk selain dari material.

KEPENTINGAN NLP

Kajian kontemporari hari ini tentang kejayaan seseorang itu adalah bergantung kepada 80%
persiapan psikologi dan 20% kepada kemahiran. Dunia pada hari ini juga penuh dengan bukti
yang menunjukkan bahawa, di dalam dunia perniagaan yang kian kompleks dan mencabar,
seorang CEO harus mempunyai persediaan psikologi yang amat hebat. Dan bukannya semata-
mata kebergantungan terhadap ijazah, diploma atau apa-apa sahaja kecemerlangan dalam dunia
akademik.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Kajian tentang emosi, Daniel Goleman menyatakan bahawa, IQ bukan


lagi menjanjikan kejayaan atau keberhasilan seseorang melainkan EQ;
daya tahan emosi seseorang untuk terus berdiri kekal dan meneruskan
kerjayanya sehingga mencapai apa yang mereka impikan. Namun yang
demikian, untuk mencapai tahap persediaan psikologi yang tinggi
Penjelasan Al-Quran & Hadith

memerlukan persediaan dan kemahiran insani yang spesifik. Tanpa


adanya kaedah, kemahiran atau teknik yang tertentu, maka daya tahan
seseorang itu mungkin boleh tercabar dan mengakibatkan sesuatu yang
lebih dahsyat berlaku seperti bunuh diri, penyelewengan, tekanan
perasaan dan sebagainya.

32
Di dalam Al-Quran, terdapat sebuah kisah penting yang menunjukkan betapa pentingnya
sebuah kemahiran insan atau soft skills. Kemahiran ini harus dibimbing agar persediaan
psikologi seseorang itu mampu mencapai pada tahap yang paling optimum bagi berhadapan
dengan situasi yang mencabar. Kisah itu ialah kisah nabi Musa a.s (Surah Tahaa, ayat 17-24);

"Dan apa (bendanya) Yang di tangan kananmu itu Wahai Musa?"

Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; Aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan Aku
memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi
lain-lain keperluanku pada tongkat itu".

Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu Wahai Musa!"

lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular Yang bergerak
menjalar.

Allah berfirman: "Tangkaplah akan Dia, dan janganlah Engkau takut, Kami akan
mengembalikannya kepada keadaannya Yang asal.

Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar Dengan
tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat Yang lain.

"(Berlakunya Yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian
dari tanda-tanda kekuasaan Kami Yang besar.

"Pergilah kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas".

Apakah refleksi anda terhadap cerita benar nabi Musa a.s. ini dalam konteks soft skills? Cuba
anda senaraikan tiga refleksi di bawah ini;

No Refleksi Anda

1 Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

2
Penjelasan Al-Quran & Hadith

33
Kisah nabi Musa a.s ini merupakan asas kepada keperluan manusia untuk menghadapi dunia
yang mencabar. Sebelum memasuki alam ini, anda haruslah mempersiapkan psikologi dan
kemahiran (tools). Inilah pengajaran terbesar dari kisah nabi Musa a.s.

Sesunguhnya, nabi Musa a.s telah mula sedar bahawa, sebelum baginda bersua dengan Raja
Firaun, baginda harus diberikan latihan atau training khas dari Allah s.w.t. Allah s.w.t bertanya
tentang apa yang ada pada tangannya itu melambangkan tools yang bakal baginda gunakan
untuk berhadapan dengan Firaun. Setelah itu, Allah s.w.t. berkata; campaklah tongkatmu itu
wahai Musa!

Arahan Allah s.w.t. kepada baginda adalah symbol kepada latihan khas kepada baginda supaya
mahir dengan tools; iaitu tongkatnya. Kemudian, nabi Musa a.s berasa takut dan gementar
apabila melihat tongkatnya itu bertukar menjadi seekor ular bewarna hitam dan bersaiz besar!
Namun yang demikian, Allah s.w.t berkata kepada Musa a.s. agar tidak berasa khuatir atau
bimbang kerana jika perasaan ini tidak dikawal, nabi Musa a.s pasti tidak akan berjaya
mengawal atau menguasai tools-nya itu.

Perintah Allah s.w.t. agar mengawal perasaan takut itu menjelaskan bahawa, untuk berjaya dan
berkeyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran, kita harus kuat untuk mengawal emosi diri.
Jelas di sini, kajian kontemporari mengenai kejayaan seseorang itu bergantung kepada 20%
kemahiran/ tools dan 80% adalah psikologi!

Latihan ini telah melengkapkan 80% psikologi Musa a.s untuk berhadapan dengan cabaran. Ia
benar-benar membuatkan lima pancaindera baginda terbuka dan akhirnya memahami bahawa,
baginda benar-benar memerlukan kekuatan psikologi dan kemahiran spesifik bagi menunaikan
perintah TuhanNya.

Refleksi lain dari ayat ini ialah, seorang trainer harus memahami model psikologi dan
kemahiran terhadap trainee. Begitu juga dengan ibu bapa kepada anak-anak dirumah. Boss
kepada pekerjanya dan seumpamanya. Keperluan dan kekuatan psikologi perlu di ambil berat
dan fokus yang tinggi. Jika Allah s.w.t hanya memberikan nabi Musa a.s ini tongkat yang mampu
bertukar menjadi seekor ular tanpa melatih elemen psikologinya, mungkin nabi Musa tidak
mempunyai kekuatan diri (seara psikologi) untuk berhadapan dengan misi yang sangat besar.

Fokus kini ialah, bagaimana anda boleh mengatasi dan memenuhi ruang psikologi dan
mengoptimumkan tools yang berkesan dalam memastikan, apa sahaja yang anda tempuhi,
mampu diharungi dengan baik dan teratur?
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Maka, NLP dapat membantu mengoptimumkan potensi diri anda dengan adanya set atau tools
minda dan hati yang berkesan!

IDEA N.L.P
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Pengalaman peribadi apabila menguasai ilmu NLP, ia dapat membantu diri saya secara personal
sebagai alat atau tools untuk pengurusan minda dan perasaan, menuju prestasi diri pada tahap
yang optimum. Inilah kelebihan yang ada pada NLP. Syukur, kesempatan untuk mempelajari
dan mendalami tentang diri sendiri dibukakan oleh Allah s.w.t. kepada saya. Hal ini pernah saya
visualkan dan doakan kepadaNya agar diberikan nilai tambah dan kekuatan baru untuk saya

34
meneruskan agenda kehidupan ini dengan lebih teratur dan tenang. Inilah pengalaman diri yang
terdekat, pernah saya tempuhi.

Namun yang demikian, setelah mempelajarinya, saya terus mendapatkan beberapa buah buku
lain sebagai bacaan tambahan disamping melayari hampir ratusan laman sesawang dan video
berkaitan dengan NLP. Natijahnya, apa yang dapat saya simpulkan tentang NLP ini ialah, ia
mencadangkan kepada dunia agar sentiasa mengekalkan cara berfikir dan berperasaan positif!
Inilah idea utama di dalam NLP!

Benar, idea besar dan utama bagi NLP ialah mencadangkan kepada kita agar menjalani
kehidupan ini dengan adanya pengurusan fikiran dan perasaan yang seimbang-positif dan
konsisten. Malah, manusia mempunyai kapasiti serta kecerdasan yang begitu unik sekali untuk
kembali kepada energi positif ini. Sudah menjadi lumrah bagi dunia ini dengan pasangannya.
Siang dan malam, panas dan sejuk, positif dan negatif.

Emosi dan fikiran manusia sentiasa berubah-ubah. Malangnya, manusia lebih suka dan selesa
untuk memilih keadaan diri yang negatif! Inilah punca kepada permasalahan yang timbul di
kalangan kita! Memilih untuk berasa sakit! Bak kata pepatah, meminum racun untuk diri sendiri
dengan harapan musuh akan mati! Simptom kesan emosi ini boleh kita fahami dengan contoh
seperti,

i) Suka mengenangkan kisah silam yang menyakitkan, kemudian mempengaruhi emosi


(mood) pada waktu sekarang (present).
ii) Berfikir skeptikal/ negatif pada rakan atau kenalan yang pernah menyakitkan
perasaan kita buat selamanya! Malah tiada perasaan untuk memaafkan. Memegang
prinsip; tiada maaf bagimu! Atau Aku maafkan tetapi tidak boleh melupakan!.
iii) Perasaan marah, dendam dan benci menjadi satu bentuk negative emotional life
style.
iv) Malah, ada juga rasa rindu yang dalam sehingga mencederai kehidupan seharian.
Seperti mengenangkan kehilangan orang yang tersayang. Diri menjadi tidak
bermotivasi dan tidak bersemangat.
v) Takut dan tidak berani untuk berhadapan dengan orang yang menyakiti kita pada
waktu lepas.
vi) Fobia atau merasa kurang selesa dengan suatu pekerjaan atau aktiviti yang sama
pada waktu sekarang dengan apa yang pernah berlaku dahulu.
vii) Lebih selesa denga emosi negatif dan mewujudkan jurang di antara manusia.
Akhirnya kehidupan bersifat bersendirian menjadi pilihan. Tidak gemar untuk
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

bersosial.

NLP mencadangkan, apabila anda mempunyai antara salah satu dari seribu satu simptom di
atas, maka terdapat pelbagai jenis corak minda dan tips dari NLP. Corak dan tips ini membantu
kita untuk mengubah situasi emosi negatif ini kepada positif. Kuncinya terletak kepada kita
sendiri kerana manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah apa yang ada pada dirinya. Hal
Penjelasan Al-Quran & Hadith

ini selari dengan apa yang dicatatkan di dalam Al-Quran, surah , ayat ke yang bermaksud;

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada

35
sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang
dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat
menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Keupayaan manusia ialah mampu untuk mengubah cara berfikir dan cara untuk mengendalikan
perasaan. Hal ini penting kerana, setiap bentuk pemikiran dan juga perasaan kita akan
diterjemahkan kepada sebuah tindakan! Jika kita inginkan perubahan nasib berlaku secara total
pada diri, maka ubahlah cara berfikir dan perasaan kita, dan bukan mengubah apa yang ada
pada penampilan kita semata-mata!

Hari ini, mari kita renungkan pula, apakah hujah utama di dalam Al-Quran, yang selari dengan
apa yang dicadangkan oleh NLP, 1,400 tahun dahulu menerusi surah Al-Imraan, ayat ke 139
yang membawa maksud;

Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita/ bersedih (terhadap apa
Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi jika kamu orang-orang
Yang (sungguh-sungguh) beriman.

Apa refleksi kita dari ayat ini? Menurut tafsir, ayat ini diturunkan sempena perang Uhud.
Peristiwa ini, secara emosional, telah memberi kesan yang amat besar kepada kaum muslimin
kerana ramai para sahabat yang beriman, telah gugur syahid mempertahankan agama Islam.
Bayangkan, orang yang tersayang, orang yang dicintai, orang yang rapat dan mesra telah
meninggal dunia! Bukankah secara alamiahnya, manusia akan berasa sedih yang amat tinggi?

Namun, Al-Quran telah memerintahkan supaya kaum muslim tidak terus kekal dengan keadaan
emosi yang negatif ini. Hal ini adalah kerana, perasaan bersedih hati, berduka cita akan
melemahkan semangat atau daya juang untuk terus hidup. Inilah kesan psikologi dari situasi
emosi negatif ini jika tidak mampu dikawal! Al-Quran menggunakan perkataan janganlah
bermakna, ia satu bentuk tegahan atau larangan yang sangat besar untuk dipatuhi! Bukankah
hal ini menunjukkan Al-Quran begitu prihatin dengan keadaan psikologi manusia?

Pesan nabi Muhammad s.a.w bersama dengan Abu Bakar, sewaktu bersembunyi di dalam Gua
Thur, sempena peristiwa hijrah, baginda berkata kepada Abu Bakar; Janganlah kamu takut dan
janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita! Subhanallah, bukankah
tips ini sangat berkuasa (powerfull)? Kisah ini adalah pesanan buat kita, ummatnya, agar tidak
perlu berasa takut dan bersedih hati! Harus uruskan dan kawal perasaan itu di dalam hati dan
fikiran!
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Kisah besar lain yang terdapat di dalam Al-Quran seperti kisah nabi Yaakub, seorang ayah
kepada putera-puteranya. Secara ringkasnya, nabi Yaakub berasa sedih dan pilu apabila
puteranya nabi Yusuf a.s telah hilang dari dakapannya buat selamanya! Hal ini berlaku apabila
saudaranya sendiri yang telah melakukan kezaliman kepada ayahnya, nabi Yaakub. Cuba anda
bayangkan, jika anda mempunyai anak, kemudian hilang dari pandangan mata anda. Apakah
Penjelasan Al-Quran & Hadith

situasi perasaan dan fikiran anda?

Apa yang terjadi pada nabi Yaakub, kerana terlalu sedih dan sentiasa menangis, mata nabi
Yaakub telah menjadi putih dan tidak mampu melihat, kesan dari kesedihan yang terlalu lama!
Hal ini ada dicatatkan di dalam Al-Quran, surah Yusuf. Anda akan melihat dan memahami

36
bahawa, tekanan perasaan yang negatif akan memberi kesan kepada fisiologi (bab ini akan
dibahaskan lagi pada bab seterusnya; kesan psikologi ke atas fisiologi manusia).

Namun yang demikian, jelaslah bahawa, Al-Quran amat menekankan prinsip emotional-positive
centered bagi segala bentuk polar fikir dan perasaan. Di dalam NLP, terdapat beberapa teknik
mudah untuk dipraktikkan bagi menyusun semula perasaan dan polar fikir negatif kepada
positif. Justeru, Al-Quran juga mencadangkan kepada kita agar melakukan solat dan kemudian
bersabar. Tips ini ada diterangkan menerusi surah Al-Baqarah, ayat 45 yang bermaksud;

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;

Dan juga surah Al-Imraan, ayat 200 yang bermaksud;

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam
mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan).

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

37
BAB 2
Dunia Internal Manusia

Kehidupan ini merupakan satu sudut pandang manusia


terhadap satu perkara. Sebab itulah ia dinamakan persepsi.
Setiap sudut akan memberi kesan terhadap kebolehan
potensi fizikal, intelektual, emosional dan spirituil yang
tersendiri. Apa yang berlaku diluar (eksternal) kita adalah
pengaruh dari apa yang berlaku di dalam (internal) diri
kita. Kita adalah apa yang kita rasa dan fikirkan.
Perubahan polar rasa dan fikir ini harus dikuasai
agar kita mampu meraih apa yang kita
mahukan. Inilah kunci kepada kebahagiaan..

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

38
Apabila kita cuba mengenali potensi diri kita sendiri, anda akan mulai sedar bahawa, kekuatan
sebenar anda masih lagi tersembunyi dan mungkin sudah lama tidur. Tugas anda saat ini ialah
mengenali dan menggerakkan potensi tersebut dengan teknik atau tools yang boleh dipercayai.
Sehubungan dengan itu, mari kita renungi surah Adz Dzariyat, ayat 20-21 ini yang bermaksud;

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-
orang (yang mahu mencapai pengetahuan) Yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. maka
mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?

Ayat ini menerangkan dengan sempurna bahawa, alam ini diciptakan dengan adanya potensi
yang tersendiri. Sebagai contoh, matahari; mampu membekalkan cahaya kepada seluruh sistem
solar. Bumi, mampu menyuburkan apa sahaja tumbuh-tumbuhan dan hidupan yang bernyawa.
Pokok, membekalkan oksigen kepada seluruh kehidupan dan juga makanan. Semua ini
mempunyai petanda atau signs yang terlalu luas dan hebat untuk dibincangkan.

Namun yang demikian, manusia juga tidak ketinggalan! Allah s.w.t. telah menjelaskan, di dalam
diri manusia ini juga mempunyai signs yang sangat berpotensi tinggi jika manusia itu sendiri
mengkaji dan mempelajarinya. Persoalannya kini, apakah antara petanda-petanda kehebatan
penciptaan Tuhan yang bernama manusia ini?

KEADAAN DIRI

Anda adalah individu yang unik dan hebat. Semua yang kita alami kini sebenarnya amat
berbeza-beza pentafsiran dan pemahamannya. Dengan adanya perbezaan dan keunikan seperti
ini, maka, jelas hari ini kita mampu melihat dan merasainya sendiri, terdapat pelbagai jenis
ragam dan kelakuan manusia walaupun mereka mempunyai potensi yang sama seperti kita.

Kita mempunyai mata, telinga, tubuh badan dan semua deria rasa yang sama fungsinya, tetapi
pentafsiran dan hikmah (wisdom) menjadi begitu banyak sekali perbezaan. Mengapa hal ini
berlaku? Bukankah Tuhan telah menyediakan hardware (fisiologi) ini kepada seluruh manusia?
Tetapi, mengapa manusia tetap berbeza sudut pandang, kelakuan, tabiat, karakter dan
sebagainya. Mengapa ya?

Situasi ini adalah dinamakan keadaan diri atau


self state. Memang manusia mempunyai
keupayaan dan fungsi fisiologi yang sama,
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

namun kadar penerimaan dan pencerapan


maklumat dari dunia luar ke dunia internal
telah membezakan semua perkara. Namun,
semua yang memasuki ke dalam dunia internal
manusia ini mempunyai set proses yang sama;
yang bersifat sarwajagat (universal). Semua
Penjelasan Al-Quran & Hadith

manusia mengalami perkara yang sama.

Dalam ilmu NLP, kata-kata yang terkenal dan sentiasa diulang-ulang oleh pengamalnya ada
mengatakan; apa sahaja keputusan (outcome) yang kita perolehi, berpunca dari keadaan diri
kita sendiri. Apa maksudnya?

39
Sebagai contoh mudah, jika hari ini kita melakukan kerja dengan motivasi diri yang tinggi dan
sangat energetik, akhir dari pekerjaan ini akan menghasilkan kesan yang positif. Bayangkan, jika
anda melakukan sesuatu kerja dengan perasaan yang sangat lemah, tidak fokus, energy yang
negatif. Pada pandangan anda, apa yang bakal anda perolehi jika anda bekerja dalam keadaan
seperti itu? Sudah pasti kesannya amat rendah kualitinya.
Mengapa hal ini berlaku?

STIMULUS

Kajian ada menyatakan bahawa, dalam satu hari, polar berfikir manusia berubah-ubah
sebanyak 60,000 kali. Polar ini amat dipengaruhi dari faktor luar seperti tekanan sosial,
persekitaran kehidupan, suasana di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Namun yang
demikian, setiap kali perubahan polar pemikiran bertukar, polar emosi turut mengikutinya! Hal
ini adalah kerana, prinsip kematangan akal manusia yang sudah matang, emosi biasanya
dipengaruhi dan ditentukan oleh keadaan polar fikir.

Sebagai contoh mudah, cuba bayangkan dan rasakan, apa yang sedang anda fikirkan pada waktu
ini. Sudah pasti fokus minda anda ialah membaca isikandung buku ini dengan keadaan emosi
anda yang sangat intens; seronok, gembira dan berkobar-kobar untuk mengetahui apa
isikandung seterusnya. Kemudian, bayangkan, tiba-tiba, selepas lima minit dari sekarang, anda
menerima panggilan telefon yang menyatakan, orang yang paling anda sayangi; mungkin isteri,
ibubapa, teman rapat; mengalami kecederaan parah akibat kemalangan. Pihak polis
mengatakan, orang yang istimewa buat anda itu kini berada di hospital. Soalannya untuk anda;
apakah polar fikir dan emosi anda masih kekal untuk terus membaca buku ini?

Yes, semua polar fikir dan emosi akan bertukar-tukar sebaik sahaja anda bangun dari tidur,
setiap saat, minit, jam dan seterusnya sehingga anda tidur semula! Bukankah hal ini amat unik
sekali?

Namun yang demikian, kajian ini juga mendapati, 80% dari 60 ribu polar tadi, adalah polar fikir
negatif! Bayangkan, apa yang berlaku kepada anda? Aktiviti kehidupan anda? Tabiat anda?
Fokus anda? Semuanya menyakitkan dan berpunca dari stimulus luaran!

Mulai saat ini, mari kita fahami dan cuba melatih diri sendiri agar 80% polar fikir negatif ini
mampu dikurangkan atau diminimumkan kepada nilai yang lebih rendah dan menaikkan polar
fikir dan perasaan pada peratusan yang lebih tinggi.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Renungilah surah Al Imraan, ayat 14 yang bermaksud;

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini
nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak
Penjelasan Al-Quran & Hadith

serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Kehebatan surah ini memang mempunyai hubungan langsung dengan fokus utama manusia.
polar fikir atau fokus boleh berubah-ubah dengan adanya stimulus yang memicu perubahan
internal manusia. Mari kita fahami dan hayati blok-blok utama menerusi ayat di atas ini.

40
Sebelum itu, kita harus sedar bahawa, suara hati manusia sentiasa mencari-cari kelembutan,
keharmonian dan ketenangan. Suara ini sudah lama memancarkan gelombangnya yang
tersendiri untuk mengesan, dimanakah lokus kebahagiaan yang menjadi fokus atau
pertimbangan manusia yang tertinggi.

Berikut, pecahan blok yang boleh dibahagikan menerusi ayat tadi ialah;

BLOK FOKUS/ TITIK BLOK STIMULUS YANG MENGGANGU @


KESEIMBANGAN MANUSIA MENYEBABKAN FOKUS BERUBAH

Syurga (yang membawa Perhubungan sosial diantara wanita/ lelaki


maksud kebahagiaan/ Keluarga/ anak-anak
happy ending Status
Harta

Pengajaran besar yang dapat kita pelajari dari Al-Quran menerusi ayat ini ialah, polar fikir dan
perasaan manusia boleh berubah-ubah dengan wujudnya blok stimulus yang menggangu. Jika
kita renungi semua pengalaman hidup yang pernah anda sendiri lalui, bukankah semua yang
disenaraikan oleh Tuhan menerusi blok disebelah kanan ini sentiasa memicu fokus fikiran
anda? Bukankah benar?

Jika anda mempunyai hubungan sosial dengan lelaki atau perempuan di tempat kerja, jiran dan
sebagainya. Bukankah individu ini sentiasa berkomunikasi dengan anda dan serba sedikit atau
kadangkala befgitu besar impak pada polar pemikiran dan emosi anda? Dan ada juga, gangguan
ini menggangu karier, usaha mahupun fokus anda untuk mencapai blok di sebelah kiri ini? Ada
kaitan dengan anda? Relevan?

Yes, pasti ia amat relevan sama sekali. Kita semua sentiasa


distimulasikan oleh elemen blok disebelah kiri ini.
Sedangkan, kita juga secara tidak sedar dan penuh
pengharapan, fokus minda dan emosi kita mencari-cari apa
yang ada di sebelah blok kiri ini! Al-Quran mengajar kepada
kita saat ini ialah, kita harus mempunyai self state yang
sangat konsisten walaupun sentiasa diuji dengan elemen
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

blok di sebelah kanan ini. Justeru, pengajaran terbesar di


dalam ayat ini ialah, jangan kita menjadi mangsa keadaan!
Jangan terus membiarkan karakter, tabiat, polar fikir dan
rasa kita ini begitu mudah dipengaruhi oleh blok yang
menggangu fokus happy ending kehidupan kita!
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Kehidupan kita ini akan menjadi satu taman syurga dunia


jika dengan adanya kesedaran serta kawalan tertinggi
terhadap self state diri sendiri.

41
REPRESENTASI INTERNAL

Dalam kemahiran NLP, anda akan dipersembahkan dengan asas, bagaimana manusia
melakukan pemprosesan informasi dari dunia eksternal. Prinsipnya ialah, apa sahaja polar
pengaruh emosi dan kekuatan fisiologi anda akan menjadikan self state anda. Maksudnya, apa
sahaja bentuk stimulasi emosi dalam diri anda pada ketika itu (atau waktu ini) dan kemudian
dipengaruhi juga potensi fisiologi anda, akan membentuk representasi internal anda yang
akhirnya muncul sebagai kelakuan. Secara mudahnya, mari kita lihat gambarajah ini sebagai
proses kefahaman yang seterusnya;

Secara mudahnya, representasi internal ini dikenali sebagai;

i) Set minda (mind set) dan emosi


ii) Set bahasa badan atau kenali sebagai fisiologi; postur badan, cara bernafas, cara
ekspresi muka dan set tindakan

Apa sahaja outcome yang berbentuk kelakuan, habit dan tindakan anda adalah bersandarkan
kepada apa yang ada di dalam internal anda!
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

PENGAJARAN TERBESAR REPRESENTASI INTERNAL NABI YUNUS a.s

Al-Quran secara langung mengajar kepada kita menerusi kisah nabi Yunus mengenai self state.
Kisah nabi Yunus adalah bukti atau dalil yang jelas pengajarannya dalam perspektif NLP.
Apakah yang berlaku pada Nabi Yunus as ini? Kisahnya ada diceritakan menerusi surah Al
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Anbiya, ayat ke 87 yang bermaksud;

Dan Zun-Nun (Yunus), ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang
menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;
(setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-
gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau
42
(Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya
Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

Berdasarkan tafsir Al-Quran yang mahsyur seperti Ibn Kathir, kisah ini adalah merujuk kepada
kisah nabi Yunus a.s yang telah meniggalkan kaumnya tanpa izin dari Allah s.w.t. Mengapa nabi
Yunus meninggalkan kaumnya? Misinya? Ini adalah kerana, baginda telah berasa tertekan,
putus asa dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk meneruskan agenda dakwahnya.
Akhirnya, nabi Yunus a.s meninggalkan kaumnya dalam keadaan self state yang sangat negatif.

Pengajaran besar dalam sudut pandang NLP, self state nabi Yunus a.s adalah rendah atau
negatif. Allah s.w.t. menyatakan psikologi nabi Yunus adalah marah serta berputus asa dengan
feedback atau respon kaumnya yang menolak ajaran Islam. Intipati dari ini, representasi
internal nabi Yunus a.s. yang bertenaga negatif telah mempengaruhi tindakannya untuk going
backward dari melainkan going forward.

Impak representasi internal yang negatif juga akan menghasilkan behavior, tindakan atau habit
yang bersifat gelap. Kisah nabi Yunos ini boleh kita pelajari dengan analogi seperti ini;

Bil Ayat Al-Quran Analogi

Dan Zun-Nun (Yunus), ketika ia pergi


1 (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan Representasi internal yang negatif
marah

Kesannya ialah, psikologi diri


menjadi lemah. Tindak tanduk
2 Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa lebih kepada going backward dan
Kami tidak akan mengenakannya kesusahan tidak fight dengan perasaan
atau cubaan kecewa.

Kelakuannya dibayar dengan ujian


dari Allah s.w.t.

Maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

tiada Tuhan (yang dapat menolong) Memperbaiki self state agar keluar
3 melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci dari keadaan internal state yang
Engkau (daripada melakukan aniaya, melemahkan kepada kekuatan
tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku
adalah dari orang-orang Yang menganiaya
diri sendiri"
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Bukankah semua ini relevan dengan ilmu kemahiran NLP? Allah s.w.t telah mengajar kepada
kita tentang self state atau representasi internal serta kesannya pada psikologi manusia?

43
Yes, pengaruh internal yang negatif akan melemahkan tindakan kita. Jika kita mengambil atau
menghasilkan emosi negatif dalam diri dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk kelakuan,
maka, kelakuan itu sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat gelap (dark). Pernahkah
anda melihat orang yang panas baran? Lihat pada fisiologinya dan tindak tanduknya! Bukankah
totally dark?

Menariknya lagi, menurut pakar tafsir, saat ketika nabi Yunus dalam keadaan marah dan
menyesal, baginda telah berada di dalam perut ikan paus. Situasinya amat gelap dan para tafsir
juga ada mengatakan, di saat itu (keadaan psikoogi), nabi Yunus a.s. sedang berada pada tiga
jenis kegelapan. Kegelapan itu ialah;

i) Kegelapan dalam perut ikan paus


ii) Kegelapan di dalam laut yang dalam dan
iii) Kegelapan malam

Tiga jenis kegelapan ini mengajar kita bahawa, ia boleh dianalogikan sebagai kesan dari
representasi internal yang negatif, mampu membuatkan seseorang itu menjadi sakit emosi, hati
serta jiwanya pada tiga tahap kegelapan! Akibatnya, kita pasti menjadi orang yang buntu dan
bertambah menyesal kerana terus membiarkan diri ini mewujudkan sistem representasi
internal yang gelap dan akhirnya menjadi mangsa keadaan!

KELUAR DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA

Teknik terhebat dan luar biasa telah pun diajar oleh nabi Yunus a.s sendiri. Dengan kekuatan
super sedar yang dimiliki oleh semua manusia, nabi Yunus a.s. melakukan proses shut down
pada emosi marahnya kepada pasrah. Ini adalah teknik tertinggi dan super hi-tech, hi-touch
diajarkan oleh Al-Quran. Di saat suasana atau persekitaran eksternal nabi Yunus sangat gelap
tanpa cahaya, nabi Yunus duduk dan terus melakukan penyembuhan diri. Baginda menutup
atau shut down ego marahnya kepada ketenangan agar baginda tidak lagi berasa tertekan
dengan api kemarahan dan penyesalan.

Selama baginda berada di dalam perut ikan paus, baginda sujud dan terus berdoa dengan doa
khas dan kita digalakkan untuk membacanya disaat kehidupan kita ini penuh dengan
kegelapan akibat dari tindak tanduk kita sendir! Doa tersebut ialah;
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya
Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku
adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Inilah kaedah nabi Yunus a.s. melakukan proses pencerahan diri setelah berada di dalam
kegelapan yang lama! Teknik ini adalah suatu pendekatan dengan disertakan belief systems yang
tinggi kepada Tuhan. Nabi Yunus a.s sedar bahawa, self state yang dialaminya itu tidak akan
mampu dipadamkan dengan keupayaan dirinya sendiri! Maka, dengan pantas dan pendek
jangka waktunya, keadaan diri nabi Yunus a.s kembali tenang dan akhirnya, Allah s.w.t
membawa nabi Yunus dari kehidupan yang penuh dengan kegelapan kepada cahaya!

44
Cahaya inilah yang boleh kita analogikan dalam sudut pandang ilmu kemahiran NLP sebagai
positive self state; pencerahan minda dan jiwa!

Inilah asas keyakinan dan kaedah terhebat yang diajarkan oleh Al-Quran kepada kita. Mengajak
kita agar mempunyai self state yang sentiasa optimis, sabar dan yakin dengan apa yang telah
diaturkan oleh Tuhan dalam kehidupan ini.

Seterusnya, set keyakinan yang harus ditambah dalam set keyakinan kita dalam usaha untuk
meraih self state diri agar sentiasa positif adalah meyakini bahawa, apa yang berlaku di dalam
minda dan hati kita ini sentiasa berada di dalam genggaman Tuhan. Jika anda berasa bahawa
anda berada dalam situasi yang negatif, maka berkomunikasilah dengan Tuhan agar apa yang
berlaku dalam diri kita ini yang sedang menuju ke arah kegelapan, dibantu oleh Tuhan agar
kembali positif! Renungilah ayat dibawah ini;

Dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa
pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh
sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah
melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia
lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Surah Yunus, ayat 106-107

Perkataan membahayakan yang digunakan di dalam ayat ini ialah dharr; bermaksud sesuatu
yang menyakitkan atau menyedihkan atau menghantar kepada salah satu di antara kedua
situasi psikologi tersebut. Pada situasi ini, berdoalah dengan
adanya satu keyakinan bahawa, Tuhan akan membantu kita
untuk menukar self yang negatif kepada positif dalam sekelip
mata!

Renungilah berulang kali ayat ini supaya anda mampu melihat


kaitan secara langsung dengan dunia internal anda. Jika
selama ini anda beranggapan bahawa, apa sahaja gelojak yang
berlaku dalam represetasi internal anda adalah bersandarkan
kepada keupayaan diri sendiri dan tiada kaitan langsung
dengan hukum Tuhan atau Gods Law, maka kita sebenarnya
salah dan tersilap 100% !
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Jika kita tiada sistem kepercayaan bahawa apa yang kita alami
(outcome) kini yang berupa kesedihan, tidak bersemangat,
rendah keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia anda,
maka kita akan ditelan hidup-hidup dengan ilusi emosi negatif
kita! Malah, ada yang menyangkakan bahawa, dengan adanya
hiburan (mengharapkan perkara lain mampu memadam
Penjelasan Al-Quran & Hadith

kesakitan jiwa), maka keadaan psikologi kita akan kembali neutral dan sihat sepenuhnya!
Adakah benar sudut pandang dan keyakinan seperti ini? Jawapannya ialah YA! Memang tiada
kesalahan untuk mengambil jalan hiburan sebagai penawar bagi situasi internal kita yang
sedang resah, namun, tindakan yang berasaskan kepada tauhid itu adalah lebih tinggi dari apa
yang kita sangkakan!

45
Jika kita mengambil Tuhan sebagai penawar untuk segala racun yang telah menggelapkan
kehidupan kita selama ini, maka kita sebenarnya mempunyai daya tahan kehidupan yang lebih
baik dan lebih kuat berbanding manusia yang meninggalkan atau menolak Tuhan dalam
kehidupannya!

Mari kita tanamkan keyakinan bahawa, Tuhan sebenarnya mempunyai hubungan terus dengan
representasi internal kita berdasarkan surah An Najm ayat 43 yang bermaksud;

Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menjadikan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan
menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis

Pelik bukan? Bukankah semua elemen psikologi manusia dikawal sepenuhnya oleh Tuhan dan
bukanlah semata-mata emosi kita? Fikirkanlah lagi!

MENGUKUHKAN RESPRESENTASI INTERNAL POSITIF

Ingatlah pada kata-kata ini; kita adalah apa yang kita rasa dan fikirkan! Perkataan ini sering
saya ulangi untuk menerangkan tentang self state. Ya, memang benar saranan pakar-pakar
motivasi, pakar psikologi dan sebagainya; menyarankan kepada kita semua agar berfikir positif,
bertindak berasaskan rasional yang positif dan seumpamanya. Namun, semua itu menuju
kepada outcome yang boleh diramal iaitu positive
behavior. Inilah kata-kata atau tips dari manusia.

Namun yang demikian, Al-Quran telah mencatat


dan memberitahu kepada kita 1400 tahun yang
lalu agar sentiasa mengukuhkan dan
memperkasakan self state ini pada setiap waktu!
Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan? Malah,
tips ini telah wujud sebelum NLP itu sendiri
lahir! Dimanakah tips itu tercatat? Renungilah
surah Al Imraan, ayat 139 yang bermaksud;

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),
dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah
orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-
orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Unik bukan? Inilah tips yang disampaikan oleh Tuhan kepada orang yang mempunyai sistem
kepercayaan yang tinggi kepada Tuhannya!

Menurut pakar tafsir, ayat ini diturunkan adalah bersempena perang Uhud. Keputusan dari
peristiwa ini, tentera Islam telah dikalahkan oleh musuh. Cuba anda bayangkan, jika anda kalah
Penjelasan Al-Quran & Hadith

di dalam medan perang, kemudian melihat sahabat rapat anda meninggal dunia di dihadapan
mata. Darah bersimbah di muka bumi. Apa bentuk self state anda? Pasti lemah semangat bukan?

Itu adalah kisah 1400 tahun dahulu. Sekarang, cuba anda bayangkan dan rasakan kembali disaat
anda berasa lemah semangat. Bayangkan apa yang anda impikan, anda usahakan, anda lakukan
tidak menepati atau tersasar dari blue print anda? How do you feel?

46
Namun, Tuhan mengajak dan mengajar kita (jika anda mempunyai sistem kepercayaan kepada
Tuhan) supaya tidak berasa lemah semangat atau luntur daya juang dalam kehidupan ini!
Bukankah tips ini merupakan faedah terbesar pada psikologi orang-orang yang beriman?
Rujuklah surah Al Kahfi, ayat 110 sebagai motivasi hidup anda!

MAGNITUD SABAR

Sikap sabar merupakan anjuran nabi Muhammad s.a.w menerusi saranan dari wahyu. Sikap
sabar adalah sikap tertinggi untuk membentuk self state yang tinggi kuasa magnitudnya. Tiada
gelombang negatif atau perbuatan fisiologi yang negatif jika sabar menjadi sebahagian dari
pembentukan representasi internal. Hal ini ada disentuh menerusi ayat ke 22-24, surah Ar Rad
yang bermaksud;

Dan orang-orang Yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan
mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka,
secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan Dengan cara Yang
baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan Yang sebaik-baiknya pada hari
akhirat; Iaitu syurga Yang kekal Yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang
Yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak
mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;
(memberi hormat Dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan
kesabaran kamu. maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Satu kajian yang telah dilakukan oleh para


psikologi telah dikongsikan menerusi majalah
Proceeding of the National Academy of Science,
ada menyatakan bahawa, sel kekebalan tubuh
wanita lebih cepat menurun jika mengalami
tekanan psikologi yang tinggi. Penelitian telah
dilakukan oleh para doktor perubatan dan ahli
psikologi; tekanan psikologi turut
mempengaruhi sistem kekebalan tubuh badan
manusia.

Mari kita renungi diri kita sendiri. Biasakah anda mengalami sakit-sakit badan, lenguh otot,
demam dan seumpamanya di saat self state anda menurun atau berada pada energi negatif?
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Biasa bukan? Yes, inilah simptom yang bakal di alami oleh manusia yang tidak ada kekuatan diri
yang tinggi. Di saat stimulus menekan psikologi, representasi internal telah mengarahkan
kelakuan mereka ke arah yang menyakitkan.

Namun yang demikian, Al-Quran telah mengajar kita bahawa, sikap sabar adalah teknik atau
langkah yang paling berkesan dalam usaha mengembalikan kekenduran atau ketegangan emosi
Penjelasan Al-Quran & Hadith

yang dialami. Tanpa adanya sikap sabar dengan tekanan kehidupan, ada dikalangan manusia
yang tiada sistem kepercayaan ketuhanan, maka mereka mengambil jalan singkat atau gelap
dengan cara membunuh diri, mengambil pil-pil, mengambil alkohol, menghabiskan masa di
pusat hiburan dan sebagainya.

47
Tanpa adanya sabar, manusia akan melihat dunia ini pada perspektif yang berbeza. Seorang
yang tidak beriman kepada Tuhan, jika tekanan hidup melanda pada dirinya, mereka akan
mengatakan, dunia ini sudah berakhir! Tetapi tidak bagi orang yang beriman kerana Nabi
Muhammad s.a.w telah bersabda;

Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin. Jika ia tertimpa musibah ia bersabar. Itu baik
baginya dan ketika dalam keadaan lapang ia bersyukur. Itu juga baik baginya.

Sahih Muslim

DELETION, GENERALIZATION & DISTORTION

Perkara yang menarik tentang keupayaan minda manusia ini ialah bagaimana ia berfungsi. Para
pengkaji NLP telah mendapati, minda manusia ini mengandungi sistem tapis atau filter. Semua
info yang dicerap oleh pancaindera, akan dan pasti melalui filters ini. Secara mudahnya, mari
kita lihat gambarajah berikut untuk menjelaskan situasi sebenar, apakah filters yang ada di
dalam minda manusia;

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

Filter minda tersebut ialah Deletion, Generalization dan Distortion. Prinsip yang berlaku dalam
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

minda atau perspektif yang wujud dalam minda manusia akan wujud selepas melepasi filters ini.
Ibarat seperti sistem penapis air di rumah. Air yang kita ambil untuk diminum adalah hasil atau
kesan dari proses saringan menerusi beberapa tahap tapisan. Akhirnya, kita mampu minum air
tawar bersih yang tidak perlu dimasak! Inilah analogi bagi filters minda manusia.

Kesan akhir pada proses penapisan ini, akan membentuk apa yang dinamakan mental picture
Penjelasan Al-Quran & Hadith

atau peta kefahaman. Sebagai contoh, di dalam satu bilik kuliah, seramai 40 pelajar. Seorang
pensyarah telah memberikan penerangan mengenai suatu topik. Kebiasaanya, 40 pelajar
menghasilkan 40 bentuk kefahaman berbeza! Hal ini berlaku adalah disebabkan keupayaan atau
potensi visual, auditori, kinestatik setiap pelajar adalah berbeza. Setiap perbezaan itu juga akan
menghasilkan keputusan yang berbeza juga.

48
Mental picture adalah proses terakhir sebelum melahirkan sesebuah tindakan. Setiap respon
yang diambil oleh manusia adalah bergantung 100% terhadap apa yang difikirkan dan
dirasakan. Jika informasi awal ialah 100% (datang dari dunia eksternal), kemudian melalui
penapis, mungkin informasi asal sudah tinggal kurang dari 100% yang asal. Mungkin telah
terjadi sebuah generalisasi, pemotongan dan pengherotan.

Berikut ialah contoh mudah untuk memahami apa itu sistem deletion, distortion dan
generalization; (rujuk muka surat sebelah)

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

49
DELETION GENERALIZATION DISTORTION

Apabila informasi yang anda Apabila anda melakukan


perolehi begitu banyak dan proses generalisasi, anda
kadangkala tidak relevan sebenarnya telah Proses menjadikan infomasi
Definisi untuk anda, maka anda mengurangkan tekanan pada asal kepada suatu informasi
mungkin akan memadamnya diri sendiri untuk melakukan yang lain. Berbeza dari yang
dan tidak lagi mengingatinya. proses berfikir yang spesifik asal
Anda hanya fokus kepada dengan adanya label, kelas dan
info yang relevan sebagainya.

Anda sedang berjalan di


pusat membeli belah. Fokus
anda ialah untuk membeli Saat anda ditanya oleh
pakaian baru. Disaat anda pensyarah anda; siapa yang
melalui jalan ke kawasan hadir kelas hari ini dengan Anda tidak berpuas hati
Contoh pakaian, anda telah ditegur menaiki kereta. Kemudian, dengan rakan anda si A. Saat
oleh salesman. Dia meminta 3 anda mengatakan, semua ketika rakan anda si B
minit masa anda untuk orang menaiki kereta! meminta tolong
memberi laluan padanya bagi menyampaikan mesej, anda
menjelaskan produk minyak Persoalannya, benarkah semua sampaikan mesej kepada si A
wangi. Selepas anda selesai, yang hadir pada waktu itu dengan mesej yang lain.
anda terus kembali fokus semuanya menaiki kereta?
kepada apa yang anda
inginkan. Segala info tentang
minyak wangi, anda terus
lupakan.

Kita melakukan sesuatu


perkara adalah berdasarkan Generalisasi amat penting jika
kepada apa yang kita anda tidak mempunyai
fokuskan. Namun yang sebarang fakta, statistik atau Pengherotan mampu
demikian, kita sentiasa di maklumat yang tepat. Hal ini mengubah persepsi. Tanpa
Kepentingan asak dengan informasi dari mampu memberikan adanya pengherotan, idea,
pelbagai sudut. Anda gambaran awal kepada cadangan atau seumpamanya
mempunyai pilihan samada persekitaran anda untuk akan statik dan tiada
untuk menggabungkan info memacu kepada tahap berfikir pembaharuan
baru dengan yang sedia ada yang lebih spesifik
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

atau padamkan. Semua ini


akan memberikan keputusan
yang berbeza-beza.

Kadangkala, info yang Generalisasi akan menutup Pengherotan yang melampau


dilupakan atau dipadam itu sesebuah pilihan atau peluang. atau negatif akan
Penjelasan Al-Quran & Hadith

tidak relevan pada waktu itu Akhirnya, sebuah keperluan menyebabkan kerosakan atau
Implikasi dan relevan pada waktu lain. untuk memahami sesuatu kezaliman. Pengherotan
Di saat anda memerlukan perkara itu menjadi umum dan adalah perlu jika mampu
info tersebut, anda mungkin tidak begitu tepat. menyelamatkan keadaan atau
alami sedikit masalah. seseorang

50
AL-QURAN MENERANGKAN PENAPIS MINDA

Fokus utama tentng hal penapis minda ada pada surah An Nisa' ayat ke 46 yang bermaksud;

Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab
Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad):
"Kami dengar", (sedang mereka berkata Dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga
berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu Yang buruk", serta (Mereka
mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka Yang tersebut) hanya memutar belitkan
perkataan mereka dan mencela ugama Islam. dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan
Kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah Yang demikian itu lebih
baik bagi mereka dan lebih betul. akan tetapi Allah melaknat mereka Dengan sebab kekufuran
mereka. oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

Jelas menerangkan tentang sikap orang-orang Yahudi. Perasan berasa suci dan kaum yang
dijanjikan syurga, tetapi sebenarnya tidak. Namun yang demikian, mari kita selami apakah
isyarat Al-Quran disebalik kisah yang berlaku terutamanya sikap pada kaum ini. Secara
kesimpulannya, tafsir menjelaskan bahawa, kunci pada surah ini ialah tentang Rifa'ah Bin Zaid.
Beliau merupakan tokoh Yahudi yang sering bermain lidah dengan Rasulullah saw. Kemudian,
ayat ini diturunkan bagi menerangkan kepada kita bahawa orang Yahudi merupakan musuh
besar agama.

Mari kita fokus kepada sikap mereka yang sering berinteraksi dengan mindanya (Orang
Yahudi). Ringkasnya dari tafsir Ibnu Abbas;

i) Pembela Yahudi seperti Malik bin Ash Shaif dan para pengikutnya suka merubah
perkataan dari tempat-tempatnya; merubah informasi tentang sifat dan perilaku nabi
Muhammad saw - Menurut Quraish Shihab (Pakar tafsir Indonesia), Yahudi mengubah
ayat seperti hukuman rejam pada penzina ditukar hanya dipukul. Mereka telah pun
mendengar kata-kata dan pesanan dari nabi. Kemudian mereka mengolah semua yang
di dengarkannya itu dengan fakta yang salah kepada orang lain.

ii) Mereka (Yahudi) datang kepada nabi dan berkata; Kami dengar ucapanmu tetapi
kami tidak mahu dengar! (Engkar)

iii) Mereka (Yahudi lagi) menyatakan apa yang ada di dalam hati mereka kepada nabi
dengan berkata; 'Raa'ina~ Dengarkanlah kami wahai Muhammad! Yang membawa
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

maksud dalam bahasa orang Yahudi - Aku dengar lalu aku tidak aku dengar! ~ Mereka
ingin mengajak semua (pengikut nabi & serata penduduk Mekah) masuk agama Yahudi.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

51
POIN PENGAJARAN PENAPIS MINDA

i Sikap buruk minda Yahudi untuk melakukan proses


yang dinamakan DISTORTION - Pengherotan fakta/ DISTORTION
kebenaran

ii Menafikan dan menghilangkan apa yang diterima DELETION

Menjadikan semua yang disampaikan oleh nabi


Muhammad saw adalah bersifat umum dan tiada
iii nilai berbanding apa yang mereka (Yahudi) GENERALIZATION
bawakan seperti apa yang mereka telah ubah dalam
taurat!

Inilah tiga penapis utama dalam minda manusia. Allah swt telah menerangkan kepada dunia
neurologi bahawa apa yang masuk menerusi deria pancaindera manusia akan dan boleh
mengalami tiga situasi ini. Contoh mudah;

Deletion ~ Berapa banyak fakta/ ilmu yang telah kita fahami dan kuasai setelah pulang dari
kelas/ kuliah? Pasti banyak yang telah atau 'ter-delete' secara sengaja @ tidak

Distort ~ Berapa banyak fakta/ info telah kita sampaikan kepada orang lain benar-benar
mencapai 100% dari peristiwa benar yang telah kita lihat, dengar dan rasa? Pasti ada
kekurangan pada perkataan kita bukan?

General ~ Banyak perkara yang telah kita umumkan seolah tiada apa yang penting dan ia
menjadi biasa. Kadangkala ia tidak boleh dipercayai 100%! Contoh ayat mudah; semua lelaki
sama saja! (ayat pesimis)

Inilah yang telah jelas lagi terang bersuluh akan apa yang berlaku diminda manusia. Ia telah
dijelaskan menerusi TRUE STORY. Bukankah kita juga sering melakukan proses penapisan fakta,
ilmu, informasi dan sebagainya? Bagaimana minda kita dengan Al-quran? Ibadah? Zikir? dan
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

sebagainya?
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Ada juga yang berkata dengan menggunakan penapis minda;

i) Ah, solat sunat aje. Sunat kan? (Generalization)


ii) Sembahyangkan boleh lewat-lewatkan kan? Sunah nabi apa lewatkan zohor, isyak
(Distortion)
Penjelasan Al-Quran & Hadith

iii) Buat apa baca Al-Quran kalau asyik salah je. Kena tegur salah sana sini. Penatlah
Malaslah! (Deletetion)

Dan banyak sekali info akhir kita disaring oleh tiga penapis minda ini. Ingatlah, semua ini ada
dalam diri manusia. Kuasai minda anda saat anda mula berasa 'going backward' dari Tuhan. Ini
adalah kerana minda 'Yahudi' sedang bermain di minda! Nauzubillah!
52
TEKNOLOGI NEURO KLASIK

Pernahkah anda menonton cerita menganai penyiasatan? Atau seumpamanya? Saat ketika polis
atau pegawai menyoal si pesalah atau tertuduh, mereka merenung tajam pada wajah si
penjenayah. Adakah anda perasan semua ini? Apakah maksud dari semua tindakan ini? Adakah
mereka ini boleh membaca pemikiran orang?

Tahukah anda, pada zaman tamadun China purba, seorang pesalah yang disabitkan sesuatu
tuduhan akan melalui satu ujian yang sangat unik. Para penghakim akan menggunakan nasi
untuk mengetahui fakta dari si tertuduh. Nasi tersebut akan disumbat ke dalam mulut dan
kemudian si tertuduh ditanya dengan pelbagai soalan yang berkaitan. Selepas semua soalan
telah disoal, kepalan nasi yang dimasukkan ke dalam mulut tadi dikeluarkan. Keputusan dapat
diketahui dengan keadaan nasi itu samada kering atau basah. Hukuman akan dijatuhkan jika
kepulan nasi itu kering dan dibebaskan jika masih basah.

Prinsip biologi tubuh manusia yang dipegang sekian lama oleh tamadun Cina ini ialah;

i) Dengan adanya tekanan dari luar, tubuh manusia akan memberikan respon samada
normal atau pun tidak
ii) Dengan adanya tindak balas biologi dan emosi di saat suspek berbohong, ia akan
memberi kesan terhadap kepulan nasi

Prinsip ini telah ditemui oleh tamadun Cina dengan satu keyakinan dan kefahaman bahawa,
setiap respon internal manusia akan memberi kesan kepada eksternal manusia.

Prinsip dan kepercayaan tamadun Cina ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk
penciptaan satu alat pengesan seawal tahun 1885 lagi oleh Cesare Lambroso. Ketika itu, beliau
mencipta sejenis alat yang mampu mengukur perubahan kadar tekanan darah. Alat tersebut
kemudiannya diinovasikan oleh Vittoro Benussi dengan mengukur kadar hela pernafasan
manusia. Kemudian, pada tahun 1935, seorang saintis, Loenarde Keeler dari Amerika Syarikat,
merupakan orang pertama yang menguji mesin poligraf ke atas seseorang suspek yang dituduh
melakukan jenayah. Penggunaan mesin itu telah dilakukan di Portage, Wisconsin, Amerika
Syarikat. Akhirnya, mahkamah menjatuhkan hukuman kerana
didapati bersalah atas tuduhan jenayah yang dikenakan ke atasnya.

Prinsip yang sama telah berkemabng luas dengan adanya


penciptaan dan penemuan yang baru tentang alat untuk mengesan
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

pembohongan di seluruh dunia. Pada awal 1990-an, satu lagi


kaedah baru untuk mengesan pembohongan telah ditemui oleh
seorang saintis Jepun bernama Seiji Ogawa. Penciptaan terbaru
oleh saintis Jepun ini adalah menggunakan proses mengesan imej
ke atas otak melalui getaran magnetik atau lebih dikenali sebagai
Functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI).
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar
boleh dikesan menggunakan kaedah fMRI ini. Melaluinya, gerak balas ketika otak sedang
melakukan penipuan dapat dikesan dengan lebih berkesan.

53
Penggunaan mesin fMRI ini kemudiannya digunakan
oleh pihak-pihak berkuasa dalam bidang undang-
undang dan jenayah di pelbagai negara bagi tujuan
mengesan pembohongan yang dilakukan oleh
seseorang suspek. Fungsinya adalah sama seperti
mesin poligraf. Terbaru, mahkamah-mahkamah di AS
juga sedang menimbangkan dengan serius untuk
menggunakan bukti yang dihasilkan oleh mesin fMRI
selepas melihat keberkesanan serta ketepatannya
dalam membantu menyelesaikan banyak kes di seluruh
dunia.

Renungilah ayat Al-Quran di dalam surah Al-Alaq, ayat ke 15-16 yang bermaksud;

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari erbuatannya
Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam
neraka); ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah

Mengapa Allah s.w.t mengatakan ubun-ubun? Apa yang menariknya pada bahagian tersebut?

Di dalam surah ini, Allah s.w.t menerangkan kepada manusia bahawa, setiap tindak balas
internal manusia akan mempengaruhi fisiologi. Di dalam surah ini, hal yang, perkara utama yang
dijelaskan secara spesifik adalah mengenai orang yang berbohong. Di saat manusia berbohong,
ubun-ubun mereka akan menunjukkan respon yang tertentu.

Dalam satu kajian yang menarik telah dijalankan oleh pakar psikiatri dan saintis neuro dari
University of Pennsylvania, iaitu Dr. Daniel Langleben. Beliau menyatakan bahawa, saat ketika
manusia berbohong, terdapat tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif iaitu;

i) Anterior cingulate cortex,


ii) Dorsal lateral prefrontal cortex dan
iii) Parietal cortex.

Tambahnya lagi, otak terpaksa bekerja lebih keras atau berganda untuk memproses maklumat
yang tiada di dalam minda untuk dipancarkan menerusi sistem neuro. Tetapi berlaku
disebaliknya pula kepada manusia yang tidak berbohong. Mesin fMRI mengesan tiada aktiviti
otak yang berat atau berganda dan otak manusia bekerja dan aktif secara normal.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

KUE AKSES MATA

Selain dari mengetahui fungsi ubun-ubun manusia, satu lagi kemahiran NLP yang unik ialah
mengetahui pergerakkan anak mata. Gerakan anak mata adalah mewakili sistem representasi
Penjelasan Al-Quran & Hadith

seseorang yang menerangkan situasi sebenar keadaan dirinya. Dengan adanya pemerhatian
yang spesifik pada mata dan bahasa yang digunakan, anda mampu menguasai orang lain dan
situasi ini dinamakan kue akses mata.

Namun yang demikian, sebelum anda memahami dengan lebih mendalam mengenai kue akses
mata ini, mari kita renungkan surah Mumin, ayat ke 19 yang membawa maksud;

54
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata
seseorang, serta mengetahui akan apa Yang tersembunyi di Dalam hati.

Uniknya ayat ini, Allah s.w.t memberikan isyarat kepada kita bahawa, ada ilmu dan kemahiran
yang unik pada setiap gerakan mata manusia. Dengan memahami dan mengetahui apa hikmah
di balik pergerakkan mata ini, maka NLP telah memperjelaskan dengan penemuan bahawa,
gerakan mata akan menjelaskan situasi diri seseorang.

Menurut tafsir, perkataan yang digunakan dalam Al-Quran ialah khainah; seakar kata khinayah.
Pandangan negatif yang disembunyikan terhadap sesiapa yang dilecehhkan atau yang menjadi
sasaran kejahatan yang dinamakan khianatnya mata.

Mengapa Allah s.w.t memberi tahu kepada kita tentang mata? Ya! Inilah antara jawapannya! Kue
akses mata.

Secara ringkasnya, kue mata mewakili kue visual, auditori dan kinestatik;

Kue Penjelasan

Jika anda berkomunikasi dengan orang lain di hadapan anda, disaat anda
memintanya supaya mengingat (visualkan) atau membina imej, polar gerakan
Visual mata adalah ke arah atas; jika matanya ke arah kanan + atas, situasi ini
menggambarkan orang tersebut sedang mengingat atau mencari paparan imej
yang pernah dilihat. Jika matanya disebelah atas + kiri, situasi ini ialah, orang
tersebut sedang membina imej yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Jika anda berkomunikasi dengan orang lain di hadapan anda, disaat anda
memintanya supaya mengingat (bunyi) atau membina bunyi, polar gerakan mata
Auditori adalah ke arah tengah mata; jika matanya ke arah kanan, situasi ini
menggambarkan orang tersebut sedang mengingat atau mencari bunyi yang
pernah didengarnya. Jika matanya kesebelah kiri, situasi ini ialah, orang tersebut
sedang membina bunyi yang tidak pernah didengarnya sebelum ini.

Kinestatik Jika anda berkomunikasi dengan orang lain di hadapan anda, disaat anda
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

bertanyakan tentang perasaan, gerakan matanya akan ke bawah + kiri.


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Jika anda meminta kenalan anda ini berkata dalam diri, polar gerakan matanya
kebawah + kanan.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

55
CARTA CORAK MATA IMEJ (VISUAL)

Kedudukan Mata Kue Mata Soalan

Membina gambar atau Visual Apa keadaan rumah anda jika


Constructed (Vc) dicat dengan warna hijau?

Mengingat gambar atau Visual Apa warna dan bentuk


Remembered (Vr) rumah anda 3 tahun yang
lepas?

CARTA CORAK MATA BUNYI (AUDITORI)

Kedudukan Mata Kue Mata Soalan

Membina bunyi atau Auditory Jika anda menjerit dengan


Constructed (Ac) kuat di dalam bangunan yang
kosong, bagaimana
kekuatannya?

Mengingat bunyi atau Bagaimana suara ibu saat


Auditory Remembered (Ar) memanggil anda dari dapur? Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

56
CARTA CORAK MATA BUNYI (AUDITORI)

Kedudukan Mata Kue Mata Soalan

Mengenalpasti keadaan Apa rasanya apabila anda


emosi, perasaan atau memijak permaidani tebal dari
keselesaan diri (K) Turki ini?

Suara hati atau bercakap Apa bentuk perkataan yang


dalam diri tanpa ada suara biasa anda katakana pada diri
dari mulut. Dialog diri (Aid) disaat anda berasa bersalah
pada orang lain?

Justeru, kue mata ini sebenarnya tidaklah berhenti pada mata sahaja. Namun, ia adalah petunjuk
kepada apa yang ada di dalam hati manusia. Hal ini ada dijelaskan oleh Allah s.w.t pada
penghujung ayat 19, surah Mumin tadi. Untuk topik mengenai hati, maka anda harus teruskan
membaca pada bab seterusnya!

Kesimpulan tentang kue mata ini boleh dirujuk pada gambarajah dibawah ini;

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

CATATAN PENTING: Bagi mereka yang kidal (left handed), semua posisi ini adalah terbalik.

57
BAB 3

Action Believe Values (A+B=V)

Apa yang membuatkan anda melakukan sesuatu perkara


adalah kerana anda begitu percaya. Setiap perbuatan akan
menceritakan apakah nilai yang ingin anda miliki. Untuk
menguasai suatu perubahan dalam diri, kita harus
mengenalpasti apakah sistem kepercayaan yang telah kita
tanam secara sedar atau tidak. Tanpa
mengetahuinya, kita mungkin sebenarnya
sedang menanam benih pohon duri yang akan
kembali menyakitkan diri sendiri.

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

58
Jika anda yakin, anda pasti boleh melakukannya! Anda pasti menerima habuannya jika anda
bertindak dengan penuh keyakinan! Dan bermacam-macam lagi perkataan positif yang pastinya
anda pernah lihat atau dengar. Anda setuju dengan saya? Ya, memang benar! Jika anda sentiasa
bergaul dengan manusia yang positif mindanya, anda pasti menerima kata-kata seumpamanya.
Namun, jika anda bergaul dengan manusia yang pesimis, kata-kata yang bertentangan pula
bakal diterima oleh anda!.

Apa yang saya pelajari dengan makna keyakinan (belief) ialah, ia membuka pintu yang bernama
harapan. Tanpa adanya sedikit keyakinan, maka pintu harapan akan tertutup dengan rapat
sekali! Apa maksudnya?

Bayangkan anda berada di dalam satu situasi yang amat tertekan. Anda berada di bawah
timbunan tanah akibat tanah runtuh. Anda berasa begitu panik dan ketakutan. Suasana ruang
yang kecil dan dipenuhi air membuatkan anda berasa seperti akan mati dengan cepat! Anda
cuba untuk melepaskan diri dari suasana tersebut. Sementara itu, anda ternampak radio
telekomunikasi. Dengan pantas anda mengambil radio tersebut dan menghubungi dunia luar!
Apa perasaan anda jika panggilan anda mendapat respon? Bantuan akan tiba dalam masa 1 jam
lagi. Apakah respon anda?

Saya yakin, semua manusia akan berasa lebih yakin dan kuat untuk bekerja lebih keras demi
meneruskan kehidupan. Anda pasti tidak akan berasa lemah dan berfikiran negatif sambil
mengira waktu sehingga anda mati. Tetapi bayangkan, jika anda tidak ada kesempatan untuk
menghubungi dunia luar, apa yang bermain di fikiran anda? Perasaan anda? Tindakan anda?

Sudah pasti, dengan dua situasi di atas akan membuatkan kita berbeza pada setiap keyakinan,
tindakan dan nilai.

Saya sering bertemu dengan orang yang optimis dengan kehidupan. Mereka sering melakukan
afirmasi pada diri mereka dengan berkata; Saya yakin saya boleh berjaya!. Pada pandangan
anda, apa yang biasa berlaku kepada tindakan mereka selepas melakukan afirmasi? Mereka
lebih bersemangat untuk melakukan apa yang mereka inginkan dan sentiasa cerdas dalam
setiap tindakan.

Semasa zaman sekolah dahulu, saya pernah melihat dan


mendengar kata-kata seperti ini; Aku mesti gagal. Pada
pandangan anda, apa yang berlaku pada tindakan (action)
mereka yang berkata seperti itu? Yes! Mereka berjalan dengan
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

perlahan, lemah dan tidak bersemangat. Saat mengulangkaji


pelajaran, tidak begitu fokus kepada penyelesaian tetapi terlalu
banyak masanya berfokuskan kepada masalah dan kesusahan
untuk menguasai sesuatu subjek matapelajaran. Biasakan hal ini
berlaku pada anda?
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Teringat pula saya pada juara tinju, Muhammad Ali. Jika saya
menonton video beliau di Youtube, saya juga akan terkesan
dengan afirmasi yang sering diulang-ulang pada dirinya. Begitu
dahsyat sekali kata-katanya sehingga mampu mempengaruhi
psikologi dirinya 100%! Malah, Muhammad Ali juga mampu
menakutkan musuh lawannya dengan kata-kata yang begitu

59
intens, penuh keyakinan dan jelas! Itulah kunci kekuatan dan kejayaan Muhammad Ali. Beliau
sendiri memberitahu pada dirinya supaya kuat, tidak gentar dan tidak lemah!

Muhammad Ali ada mengatakan. sebelum saya mengalahkan musuh saya di dalam gelanggang,
saya harus pastikan saya sudahpun mengalahkan musuh di dalam diri saya di luar gelanggang!.
Apakah maksud dalam diri itu? Ia adalah ketakutan, kebimbangan, kerisauan, gementar dan
kegelisahan. Akhirnya, Muhammad Ali mampu melahirkan sebuah keyakinan dan harapan
untuk menang dalam setiap perlawanan!

Harapan wujud dengan adanya keyakinan dan harapan mampu menolak pelbagai jenis tindakan
(action) dalam diri. Tiada seorang manusia pun yang sering berkata kepada kita bahawa kita ini
lemah, penakut, pengecut, tidak kuat dan sebagainya melainkan diri kita sendiri yang
memberitahu kepada diri kita sendiri! Ingat! No body tells you that you are weak rather your own
self!

KISAH SI PERAMAL NASIB

Ada kisah menarik dari zaman Cina kuno. Diceritakan bahawa, ada seorang tukang tilik nasib
yang begitu dipercayai oleh masyarakat pada zaman itu. Dia begitu dipercayai kerana apa yang
diramalkannya akan menjadi kenyataan. Tiada siapapun yang mampu menandingi si tukang
tilik nasib ini.

Pada satu hari, ada dua orang ibu yang sedang mengandungkan bayinya datang bertemu dengan
si tukang tilik nasib ini. Ibu yang pertama datang dan bertanya; wahai si tukang tilik yang hebat,
katakan pada diriku ini, pada masa akan datang, apa nasib anak yang aku kandung ini?.
Kemudian si tukang tilik ini pun meminta si ibu tadi mengangkatkan tapak tangannya untuk
melihat dan meramal masa depan anaknya itu. Kemudian si tukang tilik ini pun berkata; Wah!
Harapan dan nasib anakmu ini akan mengubah nasib mu juga. Anak ini akan menjadi seorang
raja yang kaya raya! Si ibu terkejut dan gembira apabila mendengar kata-kata si tukang tilik.
Lalu si ibu itupun terus pulang dan kemudian melahirkan anak itu. Si ibu ini pun terus
membesarkan anaknya tanpa bersusah payah mengajar, mendidik dan memberikan fokus yang
besar kepada anaknya kerana ibu itu yakin bahawa anaknya akan membawa tuah apabila
dewasa kelak.

Kemudian, ibu kedua datang bertanyakan soalan yang sama seperti si ibu yang pertama. Setelah
dia melihat tapak tangan ibu kedua ini, si tukang tilik ini pun berkata; Nasib mu sangat malang.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Anakmu ini akan menyusahkan seluruh keluargamu apabila dia dewasa kelak! Si ibu kedua ini
berasa terkejut dan kecewa dengan kandungannya! Tapi, si ibu yang kedua ini berkata kepada
dirinya; Aku yakin, aku boleh mengubah apa yang dikatakan oleh si tukang tilik ini. Aku sendiri
akan pastikan anak yang bakal lahir ini tidak membawa nasib malang! Lalu si ibu kedua ini
melahirkan dan kemudian mengasuh, mendidik dan memberikan fokus yang paling tinggi
kepada perkembangan anaknya itu.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Setelah 30 tahun berlalu, si ibu pertama datang kembali kepada si tukang tilik. Ibu yang pertama
berkata, wahai tukang tilik yang penipu! Sudah 30 tahun aku membesarkan anak aku. Dia tidak
menjadi raja seperti yang engkau katakan dahulu! Anakku menjadi seorang yang pemalas dan
tidak berguna dalam keluargaku dan sering menyusahkan aku!. Si tukang tilik tua itupun hanya
tersenyum lebar dan tidak berkata apa-apa. Kemudian, si tukang tilik ini teringatkan kepada si

60
ibu yang kedua yang pernah bertemu dengannya dahulu dengan bertanyakan soalan dan
harapan yang sama. Si tukang tilik ini pun terus menuju ke kampung wanita kedua itu.

Apabila tiba di kampung milik si ibu kedua itu, alangkah terkejutnya si tukang tilik ini melihat
suasana kampung ini bertukar menjadi sebuah pekan yang maju. Kemudian dia terus
bertanyakan soalan kepada si ibu yang kedua, dimanakah anak yang kamu lahirkan dahulu? Si
ibu kedua itupun berkata; anakku sekarang berada di istana raja. Anakku telah menjadi raja
muda di negara ini. Si tukang tilik itupun bertanya lagi, apa yang menyebabkan anakmu ini
menjadi raja? Lalu si ibu pun menjawab; Dahulu, di saat engkau mengatakan anakku ini akan
menyusahkan aku dan keluargaku, aku langsung sukar untuk mempercayainya. Lalu aku lahirkan
anak ini dan kemudian aku asuhnya supaya menjadi manusia yang hebat! Barulah si tukang tilik
nasib ini memahami, mengapa kata-katanya dahulu bertukar. Semuanya adalah kerana sistem
kepercayaan!

TEKNOLOGI KEPERCAYAAN

Sepanjang pembacaan saya menerusi buku-buku motivasi dari dalam dan luar negara seperti
Zig Ziglar, Edward De Bono, Kiyosaki, Danah Zohar, Deepak Chopra, Bandler, Milton, Daniel
Goleman, Anthony Robbins, Maxwell, Jak Canfield, Stephen R. Covey, Dr. Zhi Gang Cha, Dr.
Ibrahim Elfikry, Napolean Hill, Mark Victor, Eckhart Tolle, Dr Musa Ar Rasyid, Dr Ary Ginanjar
Agustian dan sebagainya, terdapat sentuhan pada daerah kepercayaan atau belief systems.
Kepercayaan disini yang cuba saya maksudkan ialah bukan kepercayaan berhubung dengan
mana-mana agama, tetapi sesuatu yang dipegang, diyakini, dirasai dan disatukan dalam sistem
saraf sebagai satu indikator atau penanda aras bagi mengharungi kehidupan.

Sistem kepercayaan merupakan satu teknologi yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada
manusia. Ia diibaratkan seperti tersedianya hardware kepercayaan dan manusialah yang
mempunyai pilihan untuk memasukkan atau install software-nya.
Akhirnya, ia tersimpan di bawah fikiran bawah sedar dan mengatur 88%
dari polar kelakuan atau action yang bakal diambil. Sistem kepercayaan
inilah yang menjadikan apa kita pada saat ini! Hati-hati dengan software
kepercayaan yang anda install-kan dahulu.

Satu kata-kata yang saya ambil dari internet, oleh Robert Oxton Bolton; A
belief is not merely an idea the mind possesses; It is an idea that possesses
the mind. Sistem kepercayaan adalah satu bentuk atau ruang yang akan
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

diisikan oleh manusia menerusi deria. Apa yang pernah dilalui, dirasa,
disentuh, didengar, dilihat dan sebagainya, akan membentuk satu polar kepercayaan hidup.
Menerusi polar inilah, manusia akan meneruskan kehidupan mereka dengan mengambil set
tindakan tertentu (sets of action). Ringkasnya, teknologi kepercayaan manusia ini boleh
dinyatakan sebagai;
Penjelasan Al-Quran & Hadith

i) Pengalaman kehidupan yang memberi kesan tinggi pada sudut pandang


ii) Segala perisian kepercayaan yang telah di-install adalah benar menurut pandangan
sendiri
iii) Kepercayaan yang ditanam akan mengakibatkan dua perkara; menghalang atau
membenarkan apa yang anda ingin lakukan

61
iv) Biasanya apa yang manusia percaya itu akan membuatkan manusia lebih yakin
untuk memasuki pintu-ruang harapan.
v) Kepercayaan mampu membentuk acuan karakter, tabiat dan ego manusia
vi) Kepercayaan juga adalah penentu kepada apa yang anda ingin miliki dan setiap apa
yang dimiliki itu mempunyai nilai (values) yang tersendiri.

Ada kaitan dengan anda pada setiap poin di atas?

Jika kita membaca sejarah tamadun teknologi manusia, semuanya berkembang maju dengan
adanya inovasi dan ciptaan baru adalah kerana perisian kepercayaan yang ada dalam minda.
Bayangkan, dahulu manusia begitu percaya bahawa dunia ini adalah rata dan siapa yang belayar
ke hujung horizon, mereka akan jatuh! Namun yang demikian, kepercayaan itu mulai tergugah
apabila wujud sekumpulan manusia yang optimis, belayar dan ingin membuktikan bahawa
kepercayaan klasik itu tidak benar sama sekali! Akhirnya, manusia mengatur langkah yang amat
berpengaruh kepada sejarah manusia dengan bertindak memecahkan belenggu diri sendiri.

Bagaimana pula software kepercayaan


tipikal masyarakat kita? Jika dahulunya,
orang tua atau orang kampung sering
menceritakan kepada kita cerita-cerita
yang berunsurkan mistik. Cerita itu
dipersembahkan dengan penuh
keyakinan sehingga orang yang
mendengarkannya terutamanya kanak-
kanak terpegun dan mengambil cerita itu seolah-olah benar! Sedangkan ia tidak benar sama
sekali! Apa yang terjadi pada golongan yang mempercayai cerita atau kepercayaan seperti ini?
Antara kesannya ialah, wujud sekumpulan manusia yang hidup dengan ketakutan, cemas, tidak
bersemangat, sentiasa kebelakang dan semua hal yang negatif dan melemahkan! Tetapi, apa
yang berlaku kepada mereka yang tidak pernah mendengar dan mempercayai semua hal seperti
ini? Fikirkanlah!

Hari ini, waktu ini, jika kita mempunyai perisian kepercayaan yang melemahkan dan negatif,
kita boleh mencabut atau membuangnya dengan menggantikan perisian kepercayaan yang
baru. Lakukanlah proses afirmasi pada diri dengan berkata-kata yang positif dan bertenaga
tinggi untuk menolak semua kepercayaan lama. Kedua, bergaullah dengan orang yang positif
dan mempunyai sistem kepercayaan yang luar biasa. Anda pasti mudah dipengaruhi oleh
mereka yang positif! Tetapi anda harus ingat, kita juga mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

negatif!

ZERO ALASAN

Mengapa alasan sentiasa terpancar dari mulut kita? Terbayang di dalam minda kita? Ia adalah
Penjelasan Al-Quran & Hadith

kerana kepercayaan yang tertanam di dalam minda. Dahulunya, saya pernah diminta untuk
memberikan ucapan di khalayak ramai. Saya sering menolak dan melarikan diri! Mengapa saya
melakukan hal tersebut? Ini adalah kerana, pada usia itu, waktu itu, saya begitu yakin dan
percaya bahawa, saya akan kelihatan sangat teruk apabila berhadapan dengan orang ramai.
Saya begitu yakin bahawa, saya tidak boleh bercakap dengan baik dan teratur apabila berdiri

62
seorang di atas pentas. Saya begitu percaya bahawa,
saya adalah orang yang paling teruk pada waktu itu.
Hal ini sentiasa bermain di fikiran.

Sedangkan, persekitaran saya, guru saya, rakan saya


sentiasa memberi galakkan, kata-kata positif dan
sebagainya. Tetapi kini, saya mulai faham bahawa,
apa yang kita percaya akan memberi kesan kepada
tindakan kita. Setiap tingkahlaku atau action manusia
adalah bergantung 100% kepada apa yang dipercayai! ~ Perisian kepercayaan saya hari ini
yang membuatkan saya obses dengan public speaking ialah, siapa yang akan bercakap jika saya
tidak bercakap? Kepercayaan ini meyakinkan saya untuk berhadapan dengan ketakutan saya
selama ini!

Sekarang, kenalpasti dan cari, apakah kepercayaan racun atau poison believe yang telah lama
kita ambil? Kita simpan di dalam minda separa sedar kita? Tuliskan dibawah ini dan rasionalkan
semula, mengapa kita mengambil racun ini?

Bil Poison Belief

6
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

KALAHKAN DIRI SENDIRI DAHULU

Tahukah anda, pada tahun 29 Mei 1953, Sir Edmund Hillary telah menciptakan rekod dunia;
Penjelasan Al-Quran & Hadith

manusia pertama yang mendaki gunung Everest. Sebelum beliau mencapai kejayaan terbesar
ini, beliau telahpun berjaya mendaki gunung-gunung lain bagi persediaan beliau mendaki
gunung yang lebih tinggi! Persediaan ini bukanlah hanya semata-mata persediaan fizikal dan
mental, tetapi persediaan untuk melahirkan sebuah harapan dan keyakinan yang tinggi untuk
ekspedisi yang seterusnya.

63
Di dalam autobigrafinya, beliau ada menyebut bahawa; It is not
the mountain that we conquer, but ourselves. Apakah maksud
tertinggi dari kata-kata ini? Yes! Kata-kata ini ada kaitan dengan
kepercayaan Sir Edmund Hillary dan juga pasukan pendakian
mereka. Walaupun dalam catatan sejarah pendakian ini telah
menemui banyak kali kegagalan dan kepayahan, namun beliau
tetap terus meyakinkan dirinya dan orang lain agar teruskan
ekspedisi ini dengan mengambil tindakan yang realiti dan bukan
sekadar angan-angan! Inilah sikap atau attitude seorang juara!

Kejayaan Edmund Hillary dalam penaklukan Everest terletak


pada kepercayaan, tindakan dan nilai. Formula ini hampir sama
dengan apa yang dikatakan oleh Muhammad Ali; mengalahkan
musuh sebenar di luar gelanggang sebelum menjatuhkan musuh
di dalam gelanggang. Apa yang harus dikalahkan ialah gelojak
diri yang ada di dalam (internal state).

TINDAKAN YANG BERASASKAN KEPERCAYAAN MELAHIRKAN NILAI

Mari kita fahami lebih jauh dan mendalam tentang formula atau undang-undang psikologi
manusia; Belief, Action dan Values. Kembali kepada kisah benar Edmund Hilllary. Beliau berjaya
menawan diri dan Everest; berjaya menyusun strategi yang spesifik untuk ekspedisi tersebut.
Persoalannya sekarang, apakah perbezaan anda dengan Sir Edmund Hillary ini tentang tindakan
mendaki gunung Everest? Sejauh manakah kepentingan hidup anda dengan Edmund Hillary ini
untuk menawan Everest? Apa makna ketinggian Everest pada anda dan juga pada Edmund
Hillary? Ada perbezaan?

Jawapannya; Ya! Sudah pasti ada jurang perbezaan. Dan jurang itu sangat dalam sekali! Jika hari
ini anda diminta untuk menawan Everest; dalam kesibukan harian anda, adakah anda akan
menerima tawaran itu? Adakah penting bagi diri anda menawan Everest pada waktu ini?

Perbezaan ini adalah disebutkan sebagai nilai atau values. Manusia diciptakan dengan adanya
potensi untuk meletakkan sebuah nilai. Dan potensi ini adalah usaha manusia yang bersifat
peribadi dan sukar untuk difahami oleh orang lain! Nilai inilah yang menjadi puncak atau high
purpose dalam setiap kehidupan manusia yang serba unik ini.
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Nilai bagi pendakian Everest untuk Hillary mempunyai nilainya yang tersendiri. Walaupun
beliau telah menulis kata-kata yang indah tentang pendakian ini, manusia lain tetap tidak akan
mengetahui, merasai dan mengalami akan sebuah nilai itu.

Sebagai contoh lain dan mudah, cuba anda bayangkan sekarang, apakah benda, barang atau apa
sahaja yang anda suka dan cintai. Sudahkah anda membayangkannya? Kemudian, apa yang anda
Penjelasan Al-Quran & Hadith

perlakukan pada barang atau apa sahaja benda itu, setiap hari? Sudah bayangkan? Dapat
rasakan?

Ya, ada yang menyatakan, saya sayangkan kucing saya. Saya selalu bermain dengannya setiap
hari. Ada juga yang mengatakan, saya sayangkan handphone saya. Saya akan meluangkan masa
yang banyak untuk explore kebolehannya. Dan pelbagai lagi. Persoalannya, adakah sama nilai

64
seekor kucing, handphone, karier, pekerjaan dan apa sahaja dengan orang lain? Sudah tentu
berbeza bukan? Walaupun manusia lain turut menyukai perkara atau benda yang sama dengan
anda, namun tahap nilainya pula pasti berbeza. Inilah yang dinamakan unik!

Sebuah makna atau nilai adalah tujuan terbesar pencarian manusia. Sedar atau tidak, manusia
sanggup berbelanja, menghabiskan usia, waktu dan sebagainya hanya untuk memiliki,
memaknai, merasai dan mengalami nilai itu di dalam diri!

Renungilah ayat ke 162, surah Al Anam yang bermaksud;

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah
Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya, jika kita perhatikan dengan fokus yang tinggi pada ayat ini, ia membawa nilai yang amat
istimewa buat manusia yang istimewa! Tidaklah sama nilai atau values pada setiap perkataan ini pada
setiap manusia!

Inilah yang dinamakan pengabdian manusia kepada nilai. Sedar atau tidak, manusia mencari
satu titik yang mana mereka mampu merasakan kebahagaiaan, ketenangan dan kesejahteraan
dalam saraf! Jika tidak, manusia akan memenuhi fitrah mereka ini dengan satu bentuk
pengabdian yang lain dan ia akan memberatkan lagi bebanan mental dan psikologi.

HADITH JIBRAIL
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Sedarkah anda semua, hikmah atau pengajaran terbesar beselindung di balik perkataan yang
tertulis pada himpunan hadith yang ke 2 dalam hadith 40? Saya yakin, ramai di kalangan kita
sudahpun membaca dan memahami serta mengikuti perbahasannya. Namun yang demikian,
hadith ini tidak hanya terhenti pada perbahasan apa itu Islam, Iman dan Ihsan (3I) serta hari
akhirat.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Perspektif kontemporari yang boleh di ambil sebagai pengajaran dari hadith ini adalah,
bagaimana 3I ini berfungsi pada kehidupan manusia. Pada saat ini, kita sudahpun maklum dan
super sedar bahawa, kehidupan yang kita lalui ini adalah aturan dari Maha Pencipta. Tiada
satupun yang terlepas dari aturanNya.

65
Berbalik kepada fakta dan hakikat bahawa, Tuhan menciptakan potensi fizikal ini atau
hardware, pastilah ia dilengkapi dengan software-nya. Jika teknologi terkini bernama komputer
atau komputer riba (laptop) adalah sempurna fungsinya adalah kerana ia dilengkapi dengan
software. Tanpanya, komputer akan hanya menjadi bahan tayangan dan bukan berfungsi seperti
apa yang direncanakan sepenuhnya.

Begitu juga dengan manusia. Apa sahaja potensi yang ada pada manusia seperti tangan, mata,
kaki, otak, jantung dan sebagainya, tidak akan berfungsi sempurna jika manusia tiada arah atau
misi kehidupan. Misi dan visi manusia adalah tidak sama dengan misi visi haiwan. Misi visi
tumbuh-tumbuhan serta alam ini tidak juga sama. Misi dan visi inilah ibarat software bagi
manusia. Jika manusia hidup tanpa dibekalkan potensi untuk bertindak, meyakini sesuatu
perkara serta menghidupkan nilai manusiawi, maka manusia bekerja seperti mana haiwan
bekerja!

Renungilah ayat ke 30, surah Al-Baqarah yang membawa maksud;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa
bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Ayat ini adalah satu rahsia besar Tuhan yang mempunyai makna serta nilai sangat besar dan
tidak mampu difahami oleh malaikat. Para malaikat cuba melakukan perbandingan antara
ciptaan dan kewujudannya dengan manusia, namun hikmah kewujudan ini adalah hikmah
terbesar yang pernah diberitahu Tuhan kepada malaikat.

Apakah tujuan khalifah diwujudkan? Apa tugas khalifah yang harus dilaksanakan? Bilakah tugas
ini harus disempurnakan?

Soalan di atas adalah berkaitan dengan tujuan besar manusia ini wujud di muka bumi. Namun
yang demikian, maksud khalifah, menurut tafsir; bererti yang menggantikan atau yang datang
sesudah siapa yang datang sebelumnya. Astinasinya dari ayat ini juga, manusia diciptakan,
lengkap dengan misinya yang tersendiri!

Hari ini, jika anda mengikuti dan menyelusuri setiap ucapan, kata-kata semangat tips dari
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

jurulatih, coach, penceramah dan sebagainya, banyak sekali menyentuh aspek action, believe
dan values. Malah, mereka ini, sama ada dari luar Negara atau dalam negara, tetap menceritakan
prinsip ini dan ia diulang-ulang begitu banyak sekali! Motivator kelas dunia seperti Dr. Ibrahim
El-Fikry, Anthony Robbins, Jack Canfield, Stepehen R. Covey, Dr. Zhi Gang Sha, Napoelean Hill,
John C. Maxwell dan sebagainya, senantiasa menerangkan, mengolah dan menekankan akan
kepentingan dan kesan ketiga-tiga elemen ini dalam kehidupan manusia.
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Justeru, 1400 tahun dahulu, nabi Muhammad s.a.w telah diberikan panduan oleh perantaraan
Jibrail kepadanya agar mengubah dunia tanah Arab dengan membawa pengisian atau software
kepada minda dan hati manusia. Lihat sahaja transformasi yang luar biasa tercatat dalam
sejarah. Bagaimana dunia Arab, tamadun Parsi, Rom, dan dunia telah berubah dari satu bentuk

66
mind set yang rendah kepada standard yang amat tinggi! Apakah agenda transformasi minda
dan hati yang dibawakan oleh nabi Muhammad s.a.w?

Jawapannya ialah, apa itu Islam, Iman dan Ihsan!

*Rujuk pada lampiran 1

REFLEKSI RUKUN ISLAM

Perkara pertama yang harus kita lihat dan fahami ialah, bagaimana seorang hamba, seorang
manusia biasa boleh berubah menjadi seorang wira dan pejuang dengan adanya 3I ini? Apakah
mesej yang sebenarnya disentuh oleh Rasulullah s.a.w kepada manusia?

Sedar atau tidak, makna yang disebutkan oleh baginda s.a.w. menerusi soalan apa itu Islam
ialah satu set tindakan tertentu yang harus di sempurnakan oleh umat Islam. Set tindakan atau
set of actions ini harus dilaksanakan secara konsisten dan berulang-ulang dengan tujuan sebagai
salah satu pekerjaan atau aktiviti yang akan membezakan di antara orang Islam dan bukan
Islam. Namun penjelasan disini bukanlah untuk memfokuskan kepada hal-hal yang berkait
dengan hukum agama, tetapi penjelasan yang cuba disampaikan ialah, setiap set tindakan di
dalam Rukun Islam ini akan membezakan di antara manusia yang telah mengambil suatu
tindakan atau tidak!

Bukankah tindakan atau action itu amat penting dalam merealisasikan apa sahaja yang kita
impikan?

Hari ini, ramai manusia mempunyai cita-cita, impian dan sebagainya. Namun, ternyata, di dunia
hari ini ramai juga manusia yang gagal! Mengapa hal ini berlaku? Jawapannya terletak kepada
ACTION! Bermacam ragam dan jenis impian tetapi gagal mengambil sebarang tindakan yang
spesifik dan terancang!

Anda bacalah semua jenis buku motivasi, dan kita akan dapati, semua jenis kejayaan di dunia ini
diperolehi dengan adanya tindakan! Kejayaan dan kebahagiaan juga tidak akan menjadi milik
kita seandainya kita hanya terus dengan angan-angan dan berpeluk tubuh, tanpa melakukan
atau tanpa mengambil sebarang tindakan! Malah, ada pepatah mengatakan; Action speaks
louder than words!
Renungilah juga hadith ke 3 di dalam hadith himpunan Imam Nawawi yang bermaksud;
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( ) beliau
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan
Penjelasan Al-Quran & Hadith

sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke BAITULLAH dan menunaikan puasa pada
bulan Ramadhan.

Renungidan cuba anda perhatikan di antara hadith ke dua dan ketiga ini. Sebenarnya, terdapat
benang yang tercantum di antaranya yang menguatkan lagi makna pada hadith ke 2! Apakah
maksudnya?
67
Jika kita sudah memahami bahawa di dalam hadith ke 2 ini, Rasulullah s.a.w menjawab dengan
tenang bahawa Islam itu ada 5 perkara yang wajib dilaksanakan atau wajib di ambil tindakan
(action oriented), maka di dalam hadith ke 3 ini pula, menguatkan lagi akan makna yang ada
pada hadith ke dua. Baginda s.a.w. telah menyatakan dengan jelas bahawa, Islam itu berdiri di
atas lima perkara! Lima tindakan! Lima set of actions yang penting!

Bukankah Islam itu juga membawa maksud, agama itu adalah action oriented? Dan pengajaran
terbesar berdasarkan perspektif motivasi untuk menuju kejayaan itu adalah mengambil
tindakan nyata?! Yes! Inilah maksud sebenar bekerja atau bertindaklah!

Kesimpulannya, menurut perspektif motivasi menerusi hadith kedua tentang Islam ini ialah,
untuk berjaya atau untuk melakukan suatu perbubahan pada diri dan masyarakat, tindakan
adalah teras! Tanpa sebarang tindakan, maka tiada apa yang akan berubah dan berbeza!

KUASA NIAT

Sebelum kita beralih ke daerah, apa itu refleksi bagi Rukun Iman, mari kita perdalamkan lagi
kefahaman dan keyakinan kita akan teknologi psikologi yang terkandung di dalam Rukun Islam.
Pada tahap ini, kita sudahpun memahami bahawa, mesej terbesar dalam perspektif motivasi,
Rukun Islam adalah set tindakan yang terarah atau sets of action yang mempunyai elemen;

i) Pengulangan
ii) Waktu yang tertentu
iii) Disiplin
iv) Konsisten
v) Bergerak dari satu tempat, keadaan dan situasi ke arah yang berlainan

Kelima-lima elemen ini adalah teras bagi setiap tindakan yang terbukti hasilnya. Namun yang
demikian, untuk apa sesuatu tindakan yang berteraskan kepada kelima-lima elemen ini?

Ahli neoru ada menjelaskan, setiap perbuatan yang dilakukan secara konsisten, berulang-ulang
akan membantu manusia untuk menjadikan setiap perkara yang dilakukan itu mampu dikuasai
dan segala signals yang dihantar ke bahagian otak manusia, akan disimpan pada minda bawah
sedar. Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan itu menjadi satu memori bawah sedar, maka ia
bakal menjadi habit atau karakter anda! Inilah kehebatan suatu tindakan yang dilakukan secara
berulang kali! Ia mampu membuatkan kita menjadi manusia yang berjaya! Namun, harus juga
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

kita berhati-hati dengan pengulangan. Kerana, jika sesuatu perkara yang dilakukan itu adalah
positif, maka yang bakal dilahirkan, dizahirkan adalah berdasarkan apa yang dipilih!

Sekarang, perhatikan semula semua perbuatan yang terkandung di dalam Rukun Islam ini.
perkara penting yang cuba dijelaskan menerusi hadith ini ialah, sesuatu perbuatan itu atau
tindakan, tidak lengkap atau tidak akan wujud tanpa adanya niat! Tanpa adanya lintasan niat
Penjelasan Al-Quran & Hadith

atau intention yang spesifik, maka tidak akan ada motion!

Apa pentingnya niat? Dan bagaimana niat berfungsi?

Mari kita lihat dengan jelas, apakah yang dimaksudkan dengan niat atau intention ini menerusi;

68
Definisi menurut Maksud

Intention is an agent's specific purpose in performing an action or


series of actions, the end or goal that is aimed at. Outcomes that are
Wikipedia unanticipated or unforeseen are known as unintended consequences.
Intentional behavior can also be just thoughtful and deliberate goal-
directedness. Recent research in experimental philosophy has shown
that other factors may also matter for whether or not an action is
counted as intentional.

1 : a determination to act in a certain way : resolve

2 : import, significance

Merriam - Webster 3
a : what one intends to do or bring about
b : the object for which a prayer, mass, or pious act is offered

4 : a process or manner of healing of incised wounds

5 : concept; especially : a concept considered as the product of attention


directed to an object of knowledge

1. intending, purpose, aim, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: I did it


without any ~ of hurting him, saya melakukan perbuatan itu tanpa
sebarang niat utk melukakan hatinya; he went to night school with the
~ of becoming an accountant, dia belajar di kelas malam dgn tujuan
hendak menjadi akauntan; our ~ is to leave early tomorrow, maksud
Dewan Bahasa & Pustaka
kami hendak bertolak awal besok; have an ~, berniat, bertujuan,
bermaksud: she has no ~ what so ever of accepting the offer, dia sedikit
pun tdk berniat hendak menerima tawaran itu;

2. (in pl), (old-fashioned) purpose in regard to marriage, niat, tujuan:


Im sure his ~s are honourable, saya yakin niatnya baik.

Niat adalah apa yang telah kita ucapkan atau lintaskan menerusi lidah-suara kita atau suara di
dalam hati (self talk). Teknologi niat ini sebenarnya sudah lama kita gunakan, sehinggakan kita
sudah tidak mampu lagi untuk melihat akan kehebatan niat dalam membentuk diri atau apa
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

sahaja yang kita inginkan!


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Niat adalah satu teknologi manusiawi yang sangat hebat dan berkuasa! Niat mampu memainkan
peranannya dengan mewujudkan apa yang kita inginkan. Bayangkan apa yang pernah anda lalui
sebelum ini. Apakah niat anda yang telah anda lintaskan dan akhirnya wujud atau sudahpun
direalisasikan. Bukankah semua itu bermula dari niat?
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Disaat manusia menggunakan teknologi niat, maka seluruh molekul-molekul yang ada di dalam
dirinya akan tersusun, bergetar dan membentuk sel-sel yang khusus selari dengan apa yang
cuba diniatkan. Malah, niat itu adalah hasil! Dan niat itu juga adalah description atau synopsis
kepada apa yang kita inginkan, kita bentukkan, kita rasakan dan apa sahaja. Itulah kuasa niat
yang ada di dalam setiap diri manusia!

69
Justeru, niat juga akan membezakan setiap tindakan (action). Lihat sahaja niat anda sekarang
dengan niat orang yang sudah berjaya dan bahagia. Mengapa diri kita ini dengan orang lain
berbeza? Mengapa mereka begitu berbeza cara bercakap, cara berinteraksi, cara bekerja dan
pelbagai lagi bentuk kepelbagaian dalam dirinya. WHY? Sudah tentu, ia adalah kerana niat!
Kuasa niat ini juga mempunyai keupayaan atau magnitud kuasanya yang berbeza-beza. Ada
manusia yang mempunyai niat yang sama, tetapi medan kekuatannya berbeza pula. Hal ini turut
pernah dialami oleh kita sebagai manusia. Adakah semua ini relevan bagi anda?

Yes! Niat akan membawa kita kepada apa yang kita inginkan. Dengan niat juga, kita akan sampai
ke daerah yang kita inginkan. Bak kata pepatah, tiada niat, tiada keputusan (results). Inilah
kuasa dan peranan niat yang ada di dalam diri kita. Maka, hari ini, saat ini, kita harus sedar akan
pengaruh dan kesan niat terhadap apa sahaja yang kita inginkan. Dan setiap niat ada kesannya
yang tersendiri samada kita sendiri sudah menjangkakan dan mungkin di luar jangkaan kita!

Ringkasnya, niat adalah idea kepada pembentukan kehidupan kita. Niat akan membentuk
karakter, sikap dan seluruh psikologi kita mengarah ke suatu hasil yang kita sudah mampu
melihat, mendengar dan merasa. Namun, dari sudut NLP, niat ini adalah mewujudkan set
pemikiran yang realitistik (namun harus juga optimis), tujuan, boleh diukur, mampu
dilaksanakan, melibatkan masa dan ruang (time & space) dan juga makna (values). Tanpa
adanya set minda seperti ini, kita mungkin akan menjalani kehidupan tanpa ada arah dan tujuan
yang jelas! Tetapi dengan adanya niat, maka keseluruhan alam cakerawala ini akan menumpu
kepada tenaga yang kita sendiri wujudkan dan semuanya ini akan bergerak mendekati anda!

Mulakanlah dengan mengenalpasti apa niat anda. Apa niat dalam bidang yang anda ceburi
sekarang. Apa niat anda untuk berkahwin, bekerja, memasak, mengemas rumah, menulis,
membaca, bermasyarakat dan sebagainya. Wujudkan niat itu dan anda pasti akan mewujudkan
apa yang telah anda niatkan! Ingatlah, niat juga adalah mata kepala bagi minda kita untuk
bekerja. Sesuatu yang wujud di dunia material kita ini adalah kerana wujudnya niat di dalam
minda dan hati seseorang.

Kenalpasti niat anda sekarang!

TAHAP TERTINGGI SEBUAH NIAT

Sebuah peristiwa yang pernah berlaku di alam ini iaitu peristiwa hijrah. Iaitu kisah mengenai
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

umat Islam keluar secara kolektif dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku adalah strategi
Rasulullah s.a.w. kepada kekuatan Islam pada masa akan datang. Dan pengajaran terbesar di
kisah hijrah ini ialah, melihat perspektif baru untuk melakukan sesuatu yang lebih besar! Yes!
Jika kita inginkan perubahan yang positif kepada diri dan persekitaran kita, maka ubahlah sudut
pandang anda terhadap sesuatu. Dengan adanya sudut yang berbeza terhadap sesuatu, maka
sudut pandang sesuatu juga akan melihat anda pada sudut yang lain juga!
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Kisah hijrah ini berlaku dengan adanya catatan pada hadith pertama di dalam himpunan Imam
Nawawi iaitu mengenai Semua amalan adalah dengan niat. Berikut adalah catatan Imam
Bukhari yang membawa maksud;

70
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia
yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Apakah refleksi hadith ini menerusi kaca mata motivasi dan


NLP?

Hikmah yang mampu kita perahkan bagi mendapatkan jus


atau patinya di sini ialah, hijrah adalah manifestasi kepada
total action bagi umat Islam pada ketika itu. Mereka harus
mengambil action yang tersusun dan terancang dengan
keluar dari kota Mekah dengan bekalan potensi fizikal
mereka semata-mata! Namun yang demikian, action yang
direalisasikan oleh umat Islam itu adalah bersandarkan
kepada kuasa niat!

Umat Islam sanggup mengorbankan dan melakukan apa sahaja adalah kerana terdapat satu niat
yang sangat berkuasa menguasai seluruh potensi fizikalnya! Dan menerusi catatan sejarah,
kuasa niat inilah yang akhirnya, umat Islam memiliki kekuatan sosial yang hebat! Bukankah
hebat kuasa niat ini dan betapa besarnya pengaruh terhadap semua tindakan kita?

Kebanyakkan dari kita, ada unsur skeptikal dalam memahami hadith ini. Dimanakah titik
prasangka negatif itu? Yes, ia ada pada kisah seorang pemuda yang keluar dari kota Mekah
kerana mengikuti wanita yang diingininya. Maka pemuda ini berniat untuk melakukan hijrah
kerana tidak mahu ditinggalkan. Lalu, Rasulullah s.a.w pun menjelaskan situasi tersebut dengan
berkata; barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan
Rasul. Jika mereka berhijrah kerana dunia, maka hijrahnya ke arah apa yang ditujuinya itu.

Disinilah perspektif yang harus kita fahami dengan jelas, apakah yang berlaku sebenarnya.
Rasulullah s.a.w. dengan tenang telah menjelaskan kepada kita semua bahawa;

i) Setiap niat itu akan mengarahkan seseorang itu kepada apa yang diniatkan
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

ii) Tahap atau level niat; tahap tertinggi niat seseorang itu mengambil sesuatu tindakan
adalah kerana Allah dan Rasul, maka medan kuasa niat itu adalah sangat kuat
berbanding hanya kerana dunia

Itulah mesej besar dari hadith ini.


Ada pandangan yang agak
Penjelasan Al-Quran & Hadith

skeptikal mengatakan, lelaki yang


berhijrah kerana wanita ini
adalah seolah-olah melakukan
perkara yang salah. Bukan sama
sekali! Niat berkahwin juga
adalah di antara niat-niat yang

71
baik dan sangat disukai oleh baginda s.a.w. Cuma pada situasi, keadaan, dimana Rasulullah
s.a.w. ingin melatih hati dan niat ummat pada saat peristiwa hijrah itu tidak dicampuri dengan
niat yang lain. Kerana, apabila adanya dua atau lebih niat dalam masa yang sama, maka titik
fokus pada suatu tindakan itu akan tersasar dari sasaran sebenar niat hijah itu!

Namun yang demikian, prinsip


utama yang Rasulullah s.a.w
telah sampaikan kepada kita
sekalian manusia ialah, niat akan
menentukan ke mana manusia
akan pergi dan setiap niat itu
ada tahapnya yang berbeza-
beza!

KOMBINASI NIAT & TINDAKAN

Setelah kita memahami bahawa, refleksi Rukun Islam itu adalah sebuah tindakan yang
berteraskan kepada jenis atau tahap niat yang ada padanya. Sekarang, kita sudahpun meyakini
bahawa, disebalik hadith ke dua ini mengandungi formula yang sangat luar biasa. Rangka
formula ini jelas bahawa, ia sangat harmoni dan relevan serta selari dengan apa yang dunia
motivasi atau NLP hari ini bicarakan.

Sebuah tindakan yang diambil atau dilakukan oleh manusia sebenarnya adalah kombinasi
antara niat. Tiada satupun perkara yang dilakukan oleh manusia pada waktu ini tanpa ada niat
disebaliknya. Tidak mungkin sesuatu tindakan dilakukan tanpa motif!

Begitu juga dengan apa yang terjadi pada kita. Habit, akhlak dan sebagainya, semuanya bermula
dari niat. Kehidupan kita ini, sejak dari bangun tidur dan kembali tidur sentiasa berkitar dengan
gelombang niat. Pastikanlah niat anda dicetuskan (trigger) beserta perancangan dan strategi
yang mantap. Khuatir, kelak, kita akan sentiasa berada pada tahap motivasi hidup yang sangat
rendah dan mungkin boleh memusnahkan tindakan kita sendiri!
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

72
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

73
Penjelasan Al-Quran & Hadith
REFLEKSI RUKUN IMAN

Terdapat 6 elemen yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, saat ditanya oleh Jibrail.
Namun yang demikian, kita boleh mengenalpasti dengan terang dan jelas bahawa, perkataan
percaya atau beriman kepada; Allah, para malaikat, kitabNya, rasulNya, hari Kiamat dan Qada
Qadar (Ketentuan). Menurut perkataan beriman atau percaya ini adalah membawa maksud
orang yang percaya atau yakin ~ true believers.

Disini, saya tidak meneruskan penghuraian panjang mengenai 6 elemen yang harus manusia
percayakan tetapi saya ingin kita bersama fokuskan kepada rangka percaya. Persoalannya,
apakah manusia ini ada teknologi di dalam minda dan hatinya untuk mengambil sesuatu
perkara, benda dan sebagainya untuk dipercayai? Yes! Manusia mempunyai kemampuan untuk
melakukan hal tersebut! Mempercayai sesuatu!

Namun yang demikian, dapat saya simpulkan disini ialah, Rukun Iman menekankan konsep
kepercayaan atau kebolehan manusia untuk mempercayai sesuatu perkara. Inilah terasnya.
Malah, ada pepatah yang mengatakan, manusia adalah makhluk yang penuh dengan
kepercayaan.

Di dalam konteks rukun Iman, manusia ditawarkan supaya menyimpan dan meletakkan sistem
kepercayaan hidup mereka dengan set kepercayaan yang benar. Manusia sebenarnya
mempunyai banyak pilihan untuk memilih, sistem kepercayaan apakah yang terbaik untuk
dirinya. Tiada sesiapapun yang menghalang atau memberi galakkan kepada kita untuk
mengambil atau berpaut kuat pada sesuatu kepercayaan.

Sekali lagi saya ingatkan kepada anda, sistem kepercayaan yang cuba saya huraikan di sini
bukanlah semata-mata kepercayaan beragama tetapi sistem teknologi kepercayaan yang ada
pada manusia itu sendiri. Yes! Itulah manusia. Hidup bahagia dan tenang dengan apa yang
mereka percayakan! Malah dengan apa yang mereka percayakan dan yakin itu juga boleh
menyebabkan mereka hidup dalam kesengsaraan!

Menurut kajian pakar, sistem kepercayaan manusia terbentuk dengan adanya pengaruh dan
faktor tertentu. Antaranya ialah;

i) Faktor keluarga; Pecahan di dalam pengaruh ini dibahaikan pula kepada ibubapa,
adikberadik dan saudara mara.
ii) Faktor masyarakat; cara hidup masyarakat serta budaya yang dihidupkan secara
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

tidak langsung membentuk polar fikir dan perasaan.


iii) Faktor sekolah; tempat dimana kematangan berfikir dibentuk dan dibangunkan
iv) Faktor rakan; dengan siapa manusia bergaul. Kesan pergaulan ini akan menyentuh
sistem kepercayaan.
v) Faktor media massa; teknologi media massa seperti internet, televisyen, akhbar
dan sebagainya, adalah sumber kepada pengembangan minda manusia
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Cuba anda renungkan pada diri sendiri, apakah perbuatan, tingkahlaku atau polar berfikir dan
tindakan sama sahaja seperti ibu ayah anda? Cuba renungkan, apakah bentuk budaya, aktiviti
kemasyarakatan dan seumpamanya, telah anda lakukan secara kolektif? Bayangkan dan
renungkan kembali, apa yang telah anda ketahui dan fahami tentang dunia remaja anda dahulu
sewaktu di sekolah? Universiti dan tempat kerja?

74
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

75
Penjelasan Al-Quran & Hadith
Semua yang ada pada keluarga, masyarakat, sekolah, rakan dan media masa, ada pada diri anda
sekarang bukan? Secara sedar atau tidak, semua informasi dan apa sahaja input dari luar telah
tertanam di dalam minda separa sedar anda! Maka, hari ini, tindakan, polar berfikir
kebanyakkannya dipengaruhi oleh minda bawah sedar!

Inilah salah satu bentuk kepercayaan yang dibentuk oleh faktor-faktor di atas. Ia amat kuat
pengaruhnya dan perkara ini sudahpun dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi kata-katanya
yang direkodkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud;

Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya
menjadi Yahudi, Nasrani maupun Majusi.

Apakah refleksi anda terhadap hadith ini? Ya, kebanyakkan kita memahaminya menerusi
implikasi agama pada bayi itu. Namun yang demikian, kata-kata nabi ini ada kaitan dengan
belief systems yang dicorakkan oleh pengaruh sekelilingnya. Rangka utama dari hadith ini
adalah; anak yang baru dilahirkan, minda bawah sedar mereka tiada apa-apa rakaman kecuali
software fitrah. Justeru, pada awal kelahiran, fungsi akal masih lagi belum memainkan
peranannya yang sempurna. Namun, sebaik sahaja bayi atau anak itu menjalani proses
tumbesarannya, maka fasa imprint, modelling dan social akan membentuk siapakah atau apakah
karakternya.

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Ketiga-tiga fasa ini telah dibangunkan oleh Tad James, yang mana beliau memperkemaskan lagi
teori dan lapangan yang dicadangkan oleh Morris Massey. Ringkasnya, fasa pembangunan diri
ini secara tidak langsung, menyentuh minda separa sedar manusia dan akhirnya membentuk
karakteristik individu yang terlibat.

Secara tidak langsung, penemuan serta pencerapan yang tinggi telah dilakukan oleh dua tokoh
Penjelasan Al-Quran & Hadith

tadi sebenarnya menyentuh isi penting mengenai hadith yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.
mengenai bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Justeru, proses pengembangan diri telah
berlaku kepada bayi yang dilahirkan, akhirnya faktor lingkungan adalah faktor terbesar dalam
proses pembentukan sistem kepercayaan seseorang itu.

76
Renungilah pula pada ayat ke 170, surah Al-Baqarah yang bermaksud;

Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah"
mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek
Kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham
sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah
(dari Allah)?

Menurut Ibnu Abbas, ayat di atas ini diturunkan setelah peristiwa Rasulullah s.a.w mengajak
golongan Yahudi supaya masuk kepada agama Islam. Kemudian, Rafi bin Harmalah dan Malik
bin Auf pun kembali menjawab ajakan nabi Muhammad s.a.w. dengan berkata; Wahai
Muhammad! Kami hanya mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami. Mereka lebih
tahu dan lebih baik daripada kami!

Inilah bukti yang jelas menerangkan kepada kita bahawa, cara hidup, life style, budaya dan
seumpamanya dari keluarga dan masyarakat, telah mempengaruhi minda bawah sedar manusia
dan akhirnya manusia sanggup mempertahankannya demi mempertahankan kedudukan atau
status nenek moyang mereka ini pada satu tahap yang dipandang tinggi pada fikiran dam
perasaan mereka! Sedangkan, nabi s.a.w. telah berkata lagi; walaupun nenek moyang mereka ini
tidak pernah mendapat hidayah atau petunjuk dari Tuhan, adakah kamu akan terus menerus
mempertahankan apa yang nenek moyang kamu ajarkan? Mereka semuanya menjawab; Ya!

Bukankah mereka ini golongan yang telah melalui fasa imprint modeling social menuju
pembentukan belief systems dalam kehidupan mereka?

REFLEKSI RUKUN IHSAN

Perkara ketiga terpenting yang ditanya oleh malaikat Jibrail kepada nabi Muhammad s.a.w.
adalah ihsan. Maksud secara lateral menerusi hadith, ihsan bermaksud; melakukan sesuatu
perkara itu seolah-olah kamu melihat Tuhan (Allah); jika kamu tidak mampu melihatnya, maka
yakinlah bahawa Tuhan itu sentiasa melihat kamu. Inilah makna dan hakikat bagi ihsan. Agenda
kehidupan yang meletakkan Tuhan sebagai pengadil, penilai, pengkritik dan segalanya buat
manusia hidup dengan adanya tali atau connection yang berhubung terus dengan Tuhan (Allah
s.w.t.).

Renungilah surah Al Hajj, 78 yang membawa maksud;


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

.Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang
demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

Apa yang boleh kita pelajari dari ayat di atas?


Penjelasan Al-Quran & Hadith

Kakak sulong saya pernah memberikan wang kertas US. Inilah pengalaman saya yang pertama
melihat dan merasa terkstur pada wang kertas itu. Apa yang menariknya, pada wang kertas itu,
tertulis In God We Trust. Hebat perkataan ini sehingga membuatkan mereka terkehadapan dan
maju dari sudut ekonomi. Inilah kepercayaan yang dipegang dengan kuat oleh mereka pada
ketika dahulu. Namun yang demikian, kepercayaan ini semakin rapuh di dalam diri dan kini
hanya tinggal pada perkataan sahaja.

77
Menurut tafsir, ayat di atas merupakan salah satu manifestasi bagi ihsan. Kepercayaan tertinggi
bagi orang yang beriman untuk mewujudkan satu tali yang mampu mengikat diri orang
beriman dengan Tuhannya. Dengan adanya tali ini, manusia mampu mengawal dan
menguruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna! Tanpa adanya tali yang kuat ini,
manusia akan memilih untuk mengikat dirinya dengan sesuatu yang tidak kukuh atau rapuh!

Bayangkan, apa yang akan terjadi jika mendaki gunung dengan menggunakan tali yang kuat
tetapi diikat pada sesuatu yang tidak kuat? Tidak stabil? Tidak kukuh?

Disini, refleksi ihsan dalam konteks motivasi dan NLP, ia adalah sebuah nilai atau values yang
wujud, kesan dari sebuah tindakan dan kepercayaan (believe systems). Nilai ini adalah merujuk
kepada apakah results atau natijah bagi setiap kelakuan dan tindakan manusia yang
berlandaskan apa yang dipercayainya. Nilai atau values ini tidak akan wujud tanpa adanya
penglibatan set of action dan believe systems manusia!

Sebagai contoh mudah, mari kita lihat dibawah ini;

BELIEVE SYSTEMS SETS OF ACTION VALUES

Mengambil hak orang lain


adalah baik jika hasil tersebut
membantu orang lain

Bekerja keras mampu


menghasilkan wang yang
banyak

Menghisap rokok akan


membuatkan diri saya lebih
tenang dan mampu
menghilangkan masalah Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP

Jika ada masalah, bomoh


kampung boleh membantu
menyelesaikan masalah kita!
Penjelasan Al-Quran & Hadith

78
BELIEVE SYSTEMS SETS OF ACTION VALUES

Saya tidak boleh makan madu.


Jika saya cuba, saya akan
muntah dan terasa loya di
tekak

Saya tidak berani untuk


berjalan di lorong itu kerana
ada orang kata tempat itu ada
penunggu!

Saya sudah tiada harapan lagi


untuk sembuh. Biarlah hidup
aku seperti ini

Matematik ialah subjek yang


paling susah sekali!

Saya tidak berani nak tegur


orang tu. Takut nanti dia
marah saya balik!
Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi
Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

79
REFLEKSI 3I DALAM PSIKOLOGI & MOTIVASI

Di dalam penelitian saya menerusi Al-Quran dan hadith, titik pertemuan yang sangat signifikan
ialah, tujuan tertinggi kehidupan manusia. Setiap kehidupan, setiap nyawa ada tujuannya yang
tersendiri dan berbeza di antara satu sama yang lain. Namun yang demikian, setelah dunia
mengharungi dari satu kotak abad ke satu abad, dari satu revolusi ke satu revolusi, dari satu
tamadun ke satu tamadun, catatan dan rekod manusia telah menceritakan bahawa, pada satu
tahap, manusia tidak lagi mengejar kemewahan, tidak lagi berperang, tidak mahu kesengsaraan
dan semua hal-hal yang merosakkan. Situasi ini seolah-olah manusia telah berada pada satu
tahap atau keadaan dimana mereka mula mendekati kepada kesempurnaan, kesembuhan
(healing) dari kesakitan yang dalam dan menuju kepada kebahagiaan (happiness).

Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi


Al-Quran BerbicaraTentang NLP
Penjelasan Al-Quran & Hadith

80

NANTIKAN SAMBUNGAN BUKU PENUH YANG LENGKAP DAN TERBAIK UNTUK ANDA.

Al-Quran BerbicaraTentang NLP


Kenali & Cintai Potensi Diri Dengan Kemahiran NLP Menerusi

81
Penjelasan Al-Quran & Hadith

Anda mungkin juga menyukai