Anda di halaman 1dari 10

Kerangka Strategi Pendapatan

Bina Strategi Pendapatan Seperti Robert Kiyosaki


Dengan panduan ringkas ini, saya akan berkongsi langkah demi langkah, bagaimana beliau menyusun strategi pendapatan. Cara inilah yang beliau gunakan untuk memastikan bahawa setiap sen yang beliau perolehi, akan bekerja keras untuk menjana dan melindungi kekayaan beliau. Hasil Aplikasi Strategi Pendapatan Hasil daripada strategi Pendapatan ini, beliau telah berjaya: Membina syarikat jurulatih kewangan antarabangsa bernilai jutaan USD Memiliki 4000 hartanah sewa yang menjana pendapat pasif DAN Mempunyai dana simpanan jangka panjang berbentuk komoditi seperti emas, perak dan minyak yang menyimpan nilai kekayaan beliau. Kenapa orang lain TIDAK BERJAYA? Ramai yang telah membaca buku Rich Dad Poor Dad tetapi masih tidak berjaya mengikuti jejak Robert Kiyosaki. Tiga kesilapan utama yang kita selalu lakukan: 1. Mempunyai pendapatan aktif sahaja tidak cukup. Meskipun mereka mendapat puluhan ribu RM sebulan 2. Pendapatan pasif yang banyak tidak menjanjikan mereka akan terus senang kalau pendapatan tersebut tidak dilindungi 3. Simpanan jangka panjang adalah penting, tetapi mesti didahului dengan peningkatan aliran tunai terlebih dahulu. Taksub Simpanan Jangka Panjang Menyekat Pendapatan Saya Semasa menceburi pelaburan silver, saya terlampau taksub dengan simpanan jangka panjang iaitu simpanan berbentuk silver bar dan koin. Walaupun saya telah menemui cara simpanan yang bijak, namun saya masih bergelut dengan kewangan bulanan. Ini kerana, hampir kesemua wang lebihan dari pendapatan makan gaji saya (pendapatan aktif), terus disalurkan kepada simpanan jangka panjang. Hasilnya amat tidak memuaskan!

Kerangka Strategi Pendapatan


Bagaimana Saya Berjaya Menjana Pendapatan Optimum Setelah membuat banyak kajian tentang pengurusan kewangan dan mendapati cara pengurusan pendapatan saya adalah tidak optimum kerana terlalu mementingkan simpanan jangka panjang. Sepatutnya hasil dari pendapatan makan gaji digunakan untuk merancang untuk menjana pendapatan pasif atau membina pendapatan aktif lebih besar. Sekarang, selain dari pendapatan aktif dari makan gaji, saya telah pelbagaikan pendapatan aktif melalui karya Panduan Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, saya telah membina pendapatan pasif dengan merekrut agen affiliate untuk memasarkan panduan tersebut. Saya juga telah mula menghadiri Seminar Hartanah untuk membina portfolio pendapatan pasif dalam hartanah. Dengan menghadiri seminar hartanah tersebut, saya telah berjaya membeli rumah sewa tanpa cengkeram! Dengan aliran tunai yang lebih kukuh, saya dapat melipat gandakan simpanan jangka panjang berbentuk emas dan perak. Saya juga mengambil keputusan untuk menghadiri National Achievers Congress 2012 di Sunway Convention Center pada Mei lepas untuk belajar terus daripada Robert Kiyosaki sendiri. Ucapan yang beliau beri telah mengesahkan keberkesanan strategi pendapatan kerana beliau telah berjaya membina aset yang kukuh (lihat Hasil Aplikasi Strategi Pendapatan m.s 1) Saya yakin bahawa saya sekarang berada di jalan yang bijak dalam pengurusan pendapatan saya dengan mengaplikasikan strategi yang tepat. Mitos Menjana Pendapatan Optimum Majoriti kita masih belum dapat mengoptimumkan pendapatan kerana kita belum membetulkan persepsi kita. Ada yang menganggap bahawa sebab gaji mereka kecil, mereka tidak mampu menyimpan untuk jangka panjang atau menghasilkan pendapatan pasif. Cara ini bukan untuk orang kaya sahaja! Bukan untuk golongan pendapatan lebih RM5000 sahaja! Walau apa taraf pendapatan anda, dengan ilmu dan disiplin, saya yakin anda boleh berjaya.

Kerangka Strategi Pendapatan


Kerangka Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki

Pendapatan Aktif

Perniagaan: Buku, Seminar, Jurulatih Kewangan

Pendapatan Pasif

Hartanah Sewa: Lebih 4000 Pangsapuri

Simpanan

Komoditi: Emas, perak, lombong minyak

Merujuk rajah di atas, anak panah melambangkan aliran tunai dari satu aset ke aset seterusnya. Beliau mempunyai syarikat antarabangsa yang mengedarkan produk pendidikan kewangan. Pendapatan lebihan disalurkan untuk membeli pangsapuri sewa yang susah melebihi 4000 buah setakat ini. Pangsapuri-pangsapuri ini menghasilkan aliran tunai berbentuk pendapatan pasif. Daripada pendapatan pasif tersebut, beliau akan membina dana simpanan berbentuk komoditi seperti lombong-lombong emas, perak dan minyak. Kalau kita lihat dengan teliti rajah di atas, beliau tidak menyimpan tunai untuk jangka panjang. Wang tunai digunakan sama ada untuk perbelanjaan bulanan, pembiayaan kos syarikat, membeli aset hartanah atau ditukarkan kepada bentuk komoditi. Beliau menegaskan bahawa tidak ada gunanya menyimpan matawang kertas kerana nilai matawang semakin terhakis. Nilainya makin lenyap kerana bankbank pusat dunia telah mencetak matawang sewenang-wenangnya.

Kerangka Strategi Pendapatan


Kerangka Strategi Pendapatan ANDA

Pendapatan Aktif

Jenis & Jumlah Pendapatan

Pendapatan Pasif

Jenis & Jumlah Pendapatan

Simpanan

Jenis & Bentuk Simpanan

Tindakan Anda: 1. Senaraikan Pendapatan Aktif Anda dan Jumlah Pendapatan 2. Senaraikan Pendapatan Pasif Anda dan Jumlah Pendapatan 3. Senaraikan Simpanan Jangka Panjang Anda dan Bentuk Simpanan Ambil satu kertas kosong dan mula senaraikan kesemua kategori di atas supaya anda boleh lihat gambaran kasar situasi anda sekarang. Matlamat anda sekarang ialah untuk merancang kewangan anda supaya boleh disalurkan kepada aktiviti yang boleh membuat wang anda bekerja lebih kuat dari segi penjanaan dan perlindungan kekayaan.

Kerangka Strategi Pendapatan


Langkah 1: Pendapatan Aktif Optimum Saya yakin anda sudah ada pendapatan aktif sama ada bekerja makan gaji atau punya perniagaan sendiri. Untuk yang bekerja makan gaji, mungkin kita kena mula melihat peluang untuk memulakan perniagaan. Nabi Muhammad s.a.w memang menganjurkan aktiviti perniagaan kerana 9/10 rezeki datang daripada perniagaan.

Tiada idea perniagaan? Cuba fikirkan aktiviti atau benda yang anda paling suka buat. Kalau sebelum ini anda suka dengan fesyen, boleh mulakan perniagaan jual tudung, baju atau kasut. Kalau suka dengan sukan, boleh mulakan perniagaan eBay jersi bola atau memorabilia pasukan bola yang anda sokong mati-matian selama ini. Perniagaan sekarang bukan sahaja secara fizikal, telah ramai yang menceburi perniagaan internet yang memerlukan modal yang rendah.

Kerangka Strategi Pendapatan


Jika anda sudah ada perniagaan, SYABAS! Anda boleh mula memikirkan bagaimana mengembangkan syarikat enterprise kepada Sendirian Berhad atau lebih besar lagi. Wang lebihan dari perniagaan juga boleh digunakan untuk dilaburkan kepada perniagaan lain. Dalam hal ini, anda menjadi pelabur dana di dalam perniagaan tersebut, orang lain yang menjalankannya dan keuntungan dikongsi bersama.

Langkah 2: Pendapatan Pasif Optimum Ramai di antara kita yang menganggap pendapatan pasif ialah pendapatan buat sekali, terus menerus dapat duit. Dalam hal hartanah sewa contohnya, ramai yang lihat bahawa lepas beli rumah, kita hanya goyang kaki kutip sewa. Sebenarnya kita masih juga kena jaga penyewa, penyelenggaraan rumah dan membayar ansuran kepada bank. Bukanlah goyang kaki sangat, cuma usaha yang kita curahkan tidak seteruk untuk mendapat pendapatan aktif. Kalau kita lihat contoh yang dibuat oleh Robert Kiyosaki, beliau membina aset hartanah sebagai pendapatan pasif. Adakah ini satu-satunya sahaja pendapatan pasif pilihan kita?

Kerangka Strategi Pendapatan


Antara pendapatan pasif lain: Royalti karya Komisyen (daripada downline MLM, jual insurans) Dividen dan pendapatan faedah (memiliki saham dan bon) Pendapatan daripada perniagaan yang tidak memerlukan penglibatan langsung Pendapatan daripada iklan internet di laman web seperti blog, forum atau facebook

Kenapa Robert Kiyosaki memilih hartanah sebagai pendapatan pasif utama? Secara ringkasnya, hartnah memberi peluang kepada beliau membina aset tanpa menggunakan wang sendiri. Beliau menggunaka dana pihak lain (OPM Other Peoples Money) dengan cara: Pinjaman dari bank Duit sewaan digunakan untuk membayar ansuran Mencari pelabur luar untuk membiaya projek perumahan pangsapuri Mendapat insentif pelepasan cukai kerajaan kerana membantu skim perumahan di Amerika

Kerangka Strategi Pendapatan


Langkah 3: Simpanan Jangka Panjang Optimum Semasa memberi ucapan di dalam National Achievers Congress yang di adakan di Sunway Convention Center pada 30 Mei 2012, beliau memberi peringatan kepada peserta supaya lebih bersedia dengan keadaan ekonomi yang lebih buruk menjelang 2016. Di dalam ucapan tersebut, beliau menggariskan 5G yang amat penting untuk survival dan terus makmur pada masa krisis: 1. Ground (Hartanah): Semua orang perlu tempat berteduh. Ini adalah salah satu sebab beliau fokus untuk memiliki sebanyak hartanah sewa yang mungkin kerana ramai yang tidak akan mampu meneruskan ansuran rumah bila krisis melanda. 2. Grubs (Makanan): Keperluan asas manusia yang akan mengalami masalah kekurangan bekalan. Beruntunglah sesiapa yang ada lading sayur atau kambing sendiri 3. Gasoline (Bahan bakar): Penjanaan elektrik dan kenderaan memerlukan petroleum. Robert Kiyosaki mempunyai syarikat lombong minyak yang memberikannya aliran tunai 4. Guns (Senjata): Krisis ekonomi adalah masa yang secara relative tidak aman dan ada kemungkinan kita mesti mempertahan diri, keluarga dan harta. 5. Gold (Wang sebenar): Tidak hanya khusus kepada emas, beliau juga mengesyorkan penyimpanan koin dan bar perak kerana emas dan perak adalah wang terunggul. Salah satu komponen 5G ini ialah emas & perak. Robert Kiyosaki menggunakan emas & perak sebagai alat simpanan beliau untuk jangka panjang bagi persediaan menghadapi krisis.

Kerangka Strategi Pendapatan

Jikalau dibandingkan antara emas dan perak, Robert Kiyosaki mengesyorkan simpanan perak. Di dalam bukunya Unfair Advantage: Silver is still sleeping and affordable for everyone, even poor people. (Perak masih lagi mampu dimiliki oleh semua orang, walaupun orang susah) .Gold is hoarded, and silver is consumed. Silver is the sleeper, but you have to do your own research and come to your own conclusions. (Emas disimpan, perak ada pelbagai kegunaan. Aset perak masih dalam fasa senyap, tetapi anda mesti buat kajian dan keputusan sendiri) Sekali lagi dijelaskan di sini bahawa Robert Kiyosaki tidak mementingkan simpanan matawang tunai untuk menghadapi krisis. Beliau akan terus fokus untuk membina sebanyak mana komponen 5G untuk menghadapi krisis.

Kerangka Strategi Pendapatan


Anda WAJIB Bertindak Hari Ini! Akhir kata, saya harap anda tidak akan habis membaca panduan ini dan mengetepikannya terus! Anda mesti dapat gambaran pendapatan dan simpanan anda untuk lebih tersusun dan menjana pendapatan optimum! Sekali lagi saya mohon anda print muka ini dan mula isikan pendapatan dan simpanan anda. Pendapatan Aktif Jenis Pendapatan Jumlah Pendapatan

Pendapatan Pasif Jenis Pendapatan

Jumlah Pendapatan

Simpanan Jangka Panjang Bentuk Simpanan

Jumlah Simpanan

Panduan ini disusun oleh: Rakan Silver Anda, Ikram Adi www.PelaburanSilver.com

Anda mungkin juga menyukai